laporan al-khindi 2u bahagian hea dan ......laporan program sepanjang bulan julai hingga oktober...
TRANSCRIPT
LAPORAN PROGRAM AL-KHINDI 2U
SEKSYEN PUSAT SUMBER, BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN PEGUAM NEGARA
LOKASI
BAHAGIAN PENYEMAKAN DAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG
30 JULAI (KHAMIS),
BAHAGIAN PENYELIDIKAN 20 OGOS 2015 (KHAMIS)
DAN
BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN
20 OKTOBER 2015 (SELASA)
SEKSYEN PUSAT SUMBER
BAHAGIAN PENGURUSAN
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA
OKTOBER 2015
2
LAPORAN PROGRAM AL- KHINDI 2U SEKSYEN PUSAT SUMBER
BAHAGIAN PENGURUSAN, JABATAN PEGUAM NEGARA DI BAHAGIAN PENYEMAKAN DAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG
PADA 30 JULAI 2015 (KHAMIS), DI BAHAGIAN PENYELIDIKAN PADA 20 OGOS 2015 (KHAMIS)
DAN DI BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN PADA 20 OKTOBER 2015 (SELASA)
_______________________________________________________________
1. TUJUAN
Program Al-Khindi 2U merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Perpustakaan
Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi, Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendekatkan
buku kepada warga AGC bagi menanam minat membaca yang tinggi dan
menggunakan bahan bacaan yang berkualiti sekali gus melahirkan warga AGC yang
berilmu dan bermaklumat. Program ini berorientasikan pengguna bertujuan membawa
perkhidmatan pinjaman buku dan pencarian maklumat secara terus dari Perpustakaan
Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi kepada setiap warga AGC di Bahagian masing- masing
(Al-Khindi 2U).
2. LAPORAN PROGRAM
Sepanjang bulan Julai hingga Oktober 2015, Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-
Khindi, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meneruskan lagi Program Al-Khindi 2U ke
Bahagian-Bahagian berikut :-
• Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang,
Aras 8, AGC, Putrajaya pada 30 Julai 2015 (Khamis),
• Bahagian Penyelidikan, Aras 5, AGC, P4, Putrajaya
pada 20 Ogos 2015 (Khamis) dan
Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Aras 5, AGC,
Putrajaya pada 20 Oktober 2015
Sebanyak 240 naskhah buku yang terkini meliputi pelbagai perkara seperti
Administrative Law, Constitutional Law, Legal Writing, Judging Law and Policy,
3
Citizenship, Islamic Law, IT dan lain-lain tajuk penting telah dipilih dari Koleksi
Perpustakaan Al-Khindi untuk dibawa bagi semakan, bacaan dan peminjaman warga
AGC di Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang dan sebanyak
209 naskhah buku-buku seperti law revision, legal research, legislation, contract,
management, IT, Islamic law telah dibawa ke Bahagian Penyelidikan manakala
sebanyak 206 naskhah buku seperti Courts Criminal Practice, Citizenship, Criminal
Law, Constitutional and Administrative Law, Evidence, Cyberspace Law, Data
Protection and Privacy pula telah dibawa ke Bahagian Perbicaraan dan Rayuan untuk
tujuan yang sama. Program Al-Khindi 2U tidak dapat dijalankan pada bulan November
di Bahagian Guaman kerana ketiadaan tempat yang bersesuaian sempena projek COO
Jabatan manakala bagi bulan Disember Program Al-Khindi 2U tidak dijalankan di
Bahagian Pengurusan bagi memberi laluan kepada Program Galakan Membaca Kanak-
Kanak AGC.
3. AKTIVITI PROGR AM
Program Al-Khindi 2U meliputi Sesi Peminjaman Buku sepanjang hari (termasuk waktu
rehat tengah hari) dan Taklimat / Demo Penggunaan Web OPAC, Portal Al- Khindi dan
A-PEL (termasuk E-Books). Program telah dijalankan di Ruang Legar, Aras 8,
Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang, di Ruang Coffee Corner,
Aras 5, di Bahagian Penyelidikan dan di Ruang Legar Aras 5, Bahagian Perbicaraan
dan Rayuan.
Aturcara Program adalah seperti berikut:
Pinjaman dan Pemulangan/Pembaharuan Buku Perpustakaan Al-Khindi
(9.00 pagi – 5.00 petang)
Taklimat Penggunaan Web OPAC/Portal Al-Khindi dan Penggunaan A-PEL
(10.00 pagi-11.30 pagi)
Kakitangan Bertugas pada 30 Julai 2015 (Khamis)
1) Pn. Masliana binti Mansor ( 9.00 pagi -1.00 petang);
Pn. Rosilah binti Seri
2) En. Mohd Shukri bin Abdul Razak (1.00 petang - 5.00 petang)
4
Pn. Nor Fatiha binti Che Mood
Kakitangan Bertugas pada 20 Ogos 2015 (Selasa)
1) Pn. Siti Kamariah binti Hj Salleh ( 9.00 pagi -1.00 petang);
En. Muhamad Farhan bin Yahaya
2) En. Huzaizi bin Hamzah (1.00 petang - 5.00 petang)
Pn. Udaisah binti Hj. Hassan
Kakitangan Bertugas pada 20 Oktober 2015 (Selasa)
1) Pn. Masliana binti Mansor ( 9.00 pagi -1.00 petang);
Pn. Siti Hajar binti Harun
2) En. Mohd Shukri bin Abdul Razak (1.00 petang - 5.00 petang)
Pn. Nor Fatiha binti Che Mood
4. LAPORAN AL-KHINDI 2U DI BAH AGIAN PENYEMAKAN DAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG
Taklimat / Demo Web OPAC, Portal al-Khindi dan A-PEL (termasuk E-Books) telah
disampaikan oleh Encik Mohd Shukri bin Abdul Razak, Penolong Pustakawan,
Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat Sumber) di Bilik Mesyuarat 1, Aras 8 pada jam
10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program Al-Khindi 2U di Bahagian Penyemakan dan
Pembaharuan Undang-Undang telah dihadiri oleh seramai 34 orang yang diketuai oleh
Ketua Unit Peluasan/Terjemahan iaitu Puan Zaliha binti Mohd Janis, Pegawai
Undang-Undang dan Kumpulan Pelaksana.
Sebanyak 18 naskhah buku telah dipinjam dan 3 naskhah buku telah dipulangkan
manakala aktiviti pendaftaran ahli baru ialah sebanyak seorang sahaja. Tiada aktiviti
pembaharuan pinjaman buku direkodkan untuk sesi kali ini. Senarai Peminjaman
Buku adalah seperti di Lampiran A.
5. LAPORAN AL-KHINDI 2U DI BAH AGIAN PENYELID IK AN
Taklimat / Demo Web OPAC dan Portal al-Khindi telah disampaikan oleh Puan Ruzilah
5
binti Ehsan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat
Sumber) dan Taklimat A-PEL pula telah disampaikan oleh Puan Noorma binti Mohd
Nor, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat Sumber) mulai jam
10.00 pagi hingga 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat 2, Aras 5. Seramai 35 orang
telah hadir diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan iaitu Encik Donald
Joseph Franklin dan Ketua-Ketua Pasukan iaitu Puan Wan Aima Nadzihah binti
Wan Sulaiman, Encik Al-Muhammad Mukmin bin Abdul Ghani, Pegawai Undang-
Undang serta Kakitangan Pelaksana sementara peminjaman dan pemulangan buku
berjalan dengan lancar seperti biasa.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan dari para pegawai dan kakitangan
Bahagian Penyelidikan sungguh pun terdapat kekangan tugas namun masih berminat
meluangkan masa untuk turut serta dalam Program Al-Khindi 2U bagi tahun 2015 ini.
Sebanyak 22 naskhah buku telah dipinjam, 10 naskhah buku telah dipulangkan dan
tiada pendaftaran sebagai ahli baru. Senarai Peminjaman Buku adalah seperti di
Lampiran B.
4. LAPORAN AL-KHINDI 2U DI BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN
Taklimat / Demo Web OPAC, Portal al-Khindi dan A-PEL (termasuk E-Books) telah
disampaikan oleh Puan Ruzilah binti Ehsan, Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat Sumber) di Bilik Mesyuarat 1, Aras 5 pada
jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program Al-Khindi 2U di Bahagian Perbicaraan
dan Rayuan telah dihadiri oleh seramai 21 orang yang diketuai oleh Ketua
B a h a g i a n G r e d U t a m a A iaitu Encik Manoj Kurup, Pegawai Undang-
Undang dan Kumpulan Pelaksana.
Di samping galakan pinjaman buku, kemudahan untuk mendaftar sebagai ahli baru
Perpustakaan Al-Khindi disediakan bagi warga Bahagian Perbicaraan dan Rayuan
yang masih tidak berkesempatan berdaftar sebagai ahli. Pengguna berkesempatan
untuk memulangkan buku-buku yang telah lewat pemulangan dan ini satu cara untuk
mendapatkan kembali buku-buku terlewat dan melengkapkan lagi koleksi Perpustakaan
Al-Khindi. Sebanyak 2 naskhah buku telah dipinjam dan 2 naskhah buku telah
dipulangkan manakala aktiviti pendaftaran ahli baru ialah seorang sahaja. Tiada
6
aktiviti pembaharuan pinjaman buku direkodkan untuk sesi kali ini. Senarai
Peminjaman Buku adalah seperti di Lampiran C.
5. KESIMPULAN Program Al-Khindi 2U yang diusaha dan diteruskan oleh Seksyen Pusat Sumber,
Bahagian Pengurusan ini telah mendapat maklum balas yang amat
memberangsangkan. Program ini memberi manfaat ke arah m e n ingkatkan lagi
sistem penyampaian Perpustakaan Al-Khindi bagi memudah dan menggalakkan
peminjaman buku serta memupuk budaya membaca di kalangan warga AGC. Ketua
Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, para pegawai serta kakitangan Bahagian
Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang, Bahagian Penyelidikan dan
Bahagian Perbicaraan dan Rayuan telah banyak memberi sokongan dan kerjasama
dalam menjayakan Program Al-Khindi 2U dan ini amat dihargai serta
didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Program ini a k a n t e r u s
d i l a k s a n a k a n p a d a t a h u n 2 0 1 6 a g a r dapat mendekatkan lagi
silaturahim di antara Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi dengan warga Jabatan
Peguam Negara.
7
GAMBAR SEKITAR AKTIVITI PROGRAM AL-KHINDI 2U
BAHAGIAN PENYEMAKAN DAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG
PADA 30 JULAI 2015 (KHAMIS)
11
GAMBAR SEKITAR AKTIVITI
PROGRAM AL-KHINDI 2U
BAHAGIAN PERBICARAAN DAN RAYUAN PADA 20 OKTOBER 2015 (SELASA)