laporan big ceramah
DESCRIPTION
Bina Insan GuruTRANSCRIPT
BILPERKARAMUKA SURAT
1Pengenalan
2Matlamat
3Rasional
4Objektif
5Tentatif Program
6Senarai Nama Pelajar
7Laporan Jawatan Kuasa
8Refleksi Kendiri
9Analisis Bina Insan Guru
10Kertas Bina Insan Guru (Rujuk Lampiran)
11Buku Program (Rujuk Lampiran)
12Gambar-Gambar Aktiviti
13Penutup
14Lampiran
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALANProgram ceramah Pembinaan Insan Guru yang seimbang adalah satu kurikulum yang disediakan dalam program Bina Insan Guru (BIG). Program ini wajib dilaksanakan oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru termasuklah guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru. Program Bina Insan Guru (BIG) telah dilaksanakan untuk fasa yang pertama pada Semester tiga yang melibatkan guru-guru untuk menguruskan perkhemahan termasuklah membuat aktiviti air. Pada semester empat pula guru-guru didedahkan dengan aktiviti ceramah yang boleh membentuk jati diri guru-guru ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
2.0 MATLAMAT
Aktiviti ceramah dalam program Bina Insan Guru (BIG) ini dapat melatih atau meningkatkan kemahiran guru-guru Program Pensiswazahan Guru untuk menganjurkan beberapa ceramah di sekolah menjurus kepada kecemerlangan akademik, sahsiah terpuji dan kualiti kepimpinan untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat.3.0 RASIONAL
Pelajar Program Pensiswazahan Guru merupakan aset penting untuk melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa hadapan. Oleh itu mereka perlu didedahkan dengan program-program yang melibatkan semangat berpasukan dan bertanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara. Tidak secara langsung, mereka akan didedahkan untuk menganjurkan program ceramah untuk pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa semasa berada di sekolah.
4.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk: Membina kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti ceramah. Membina semangat bekerjasama, bertanggungjawab, dan kerja berpasukan (team work) dalam melaksanakan sesuatu program. Meningkatkan nilai-nilai keperibadian dan profesionalisme seseorang guru. Memantapkan kualiti kepimpinan seorang guru.
5.0 TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PROGRAM8.00 Pendaftaran pelajar
8.30 pagi
Sarapan pagi
8.55 Ketibaan Penceramah Bacaan doa oleh saudara Md Farhi Bin Rejab
9.00 pagi CeramahTajuk: Menangani Disiplin Di Kalangan PelajarPenceramah: En. Mohd Tamyes Bin SaimunGuru Besar CemerlangSek Keb King George (V)
10.00 pagi Penyampaian hadiah Rehat Jamuan makan ringan
10.30 pagiBersurai
6.0 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA DAN PESERTA
JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En. Ghazali bin Ismail (Mentor ) Pengerusi : En. Hisam b. Mohamed ( Ketua Unit BMM 3) Setiausaha : Pn. Ratna bt Mohd Razali Bendahari : Pn. Taslimah bt Jamhari
JAWATAN KUASA KERJAJURUACARAEn. Hishammudin bin Mat SaatPENDAFTARANPn. Ayu bt WenEn. Amran b. Abd WahabJuzliza bt MohamedBUKU PROGRAMPn. Silawati bt Mat YusoffPn. Marina bt Md YusofPn. Nariah bt Mat AliBACAAN DOAEn. Muhamad Farhi b. Md RejabJAMUAN VIPPn. Dahlia bt RiduanPn. Nazariza bt AhmadJAMUAN GURUCik Norzaliza bt Abd AzizPn. Norizai bt Md Daud
PERSEDIAAN TEMPATPn. Rohashamsilawani bt NorshamaliEn. Abd Razak bin BashahPn. Hasmida bt IbrahimJURUFOTOEn. Ezwan bin IbrahimEn. Hamdan bin Awang HamatEn. Norazlin bin AbasRAKAMAN/DOKUMENTASIEn. Shamsul Kamal bin NafiahPn. Zalifah bt Abd HadiCENDERAHATI PENCERAMAHPn. Salhawati bt YusofPn. Rodziah bt ZainalSIARAYA/PERALATANEn. Zamri bin YusofEn. Zamri bin BaharuddinLAPORANPn. Rozita bt Mohd SaidCik Norazizah bt MohamadPn. Wan Norhayati bt Wan HassanKEBERSIHAN DAN KESELAMATANPn. Norlia bt NasirPn. Sharti Fazlinda bt Sulaiman
SENARAI PESERTA GURU PPG UNIT BMM 3 (AMBILAN JUN 2011)
KUMPULAN: UNIT BMM 3MENTOR: EN. GHAZALI BIN ISMAILBILNAMAJantinaN0 IC
1.Abd. Razak B. BashahL770324087917
2.Amran Bt. Abdul WahabL730929055575
3.Ayu Bt WenP730211135680
4.Dahlia Binti RiduanP820910055240
5.Ezwan B. IbrahimL820211055233
6.Hamdan B. Awang HamadL711205035559
7.Hasmida Bt. IbrahimP730416055270
8.Hisam B. MohamedL720326125213
9.Hishammudin B. Mat SaatL800613065495
10.Juzliza Bt. MohamedP720623086118
11.Marina Bt. Md YusofP721028045340
12.Muhamad Farhi B. Md RejabL730628075695
13.Nariah Bt. Mat AliP720903035198
14.Nazariza Bt. AhmadP760610055204
15.Nor Rizai Bt. Md. DaudP720626035834
16.Norazizah Bt. MohamadP731215655340
17.Norazlin B. AbasL740204105335
18.Norlia Bt. NasirP730501016030
19.Norzaliza Binti AzizP830925055306
20.Ratna Binti Mohd RazaliP720330055166
21.Rodziah Bt. ZainalP730317085976
22.Rohashamsilawani Bt.Nor ShamaliP731231055076
23.Rozita Bt. Mohd SaidP730824055026
24.Salhawati Bt. YusofP800107125600
25.Shamsul Kamal B. NafiahL730816105775
26.Sharti Fazlinda SulaimanP720519045316
27.Silawati Binti Mat YusoffP760513045354
28.Taslimah Binti JamhariP720404015846
29.Wan Noor Hayati Bt. Wan HassanP720618035770
30.Zalifah Bt. Abdul HadiP730405055064
31.Zamri B. BaharuddinL781030055875
32.Zamri B. YusoffL731124026261
33.Mazeliah Bt JalilP700102016060
7.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA (CENDERAHATI) Setiap program yang dijalankan pasti ada ahli jawatan kuasanya yang menggerakkan perjalanan program. Tanpa ahli jawatan kuasa sesebuah program pasti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebelum program BIG ini dilaksanakan, satu ahli jawatan kuasa telah dibentuk bersama-sama dalam mesyuarat yang dihadiri oleh semua pelajar PPG. Dalam mesyuarat ini, saya dan seorang lagi rakan saya telah dipilih bagi melaksanakan tugas untuk mencari cenderahati. Cenderahati ini adalah untuk disampaikan kepada tutor kami iaitu Encik Ghazali Bin Ismail dan tuan penceramah iaitu Encik Mohd Tamyes Bin Saimun. Dalam mesyuarat juga kami sebulat suara memutuskan untuk memberi cenderahati yang bernilai sebanyak RM30 setiap satu. Wang saguhati juga akan disampaikan kepada penceramah iaitu sebanyak RM150. Dengan bajet wang tersebut, saya dan rakan saya memutuskan untuk membeli buah-buahan yang dibungkus cantik dan diletakkan di dalam sebuah bakul. Kami menempah buah-buahan ini siap dengan gubahannya sekali di sebuah kedai buah yang terletak berdekatan dengan kediaman saya. Walaupun dengan kadar bajet yang rendah, kami berjaya memujuk tuan kedai buah untuk menghasilkan dua buah bakul berisi buah-buahan yang cantik. Kami memutuskan untuk membeli buah-buahan kerana bagi kami buah-buahan merupakan buah tangan yang sangat sesuai untuk semua golongan orang baik yang tua mahupun yang muda. Bagi wang saguhati pula, kami cuma menyediakan sampul surat yang simple untuk menyimpan wang saguhati tersebut.
8.0 REFLEKSI KENDIRI
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat mengikuti program bina insan guru ini sehingga tamatnya program ini, memang saya akui program ini telah menemui tujuannya kerana bagi saya pelajar yang menyertai program ini telah mempelajari banyak perkara ini termasuklah juga diri saya, banyak pengalaman baru yang telah saya timba sepanjang Program Bina Insan Guru ini. Pada sesi pertama iaitu sesi ceramah bertajuk Menangani Disiplin disampaikan oleh Encik Mohd Tamyes Bin Saimun yang merupakan seorang guru besar cemerlang, telah menaikkan semangat saya sebagai seorang guru. Saya tidak melepaskan peluang mencatat segala tips yang telah diberikan oleh beliau, Saya amat khusyuk mendengar ceramah beliau tentang kisah hidup beliau. Di samping beliau menyampaikan tips untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, beliau telah terapkan banyak nilai-nilai murni dan sebagai pengajaran kepada kami semua, perkara yang paling saya ingat adalah tentang keikhlasan sebagai seorang pendidik. Menurut beliau, sebagai seorang guru beliau tidak mengharapkan ganjaran atau nama, tetapi yang penting adalah keazaman dan keikhlasan hati dalam membuat kerja dan sanggup menghabiskan masa serta tenaga. Seorang guru yang berdedikasi juga tidak boleh lari daripada masalah kerana di sebalik masalah sebenarnya adanya peluang yang boleh kita pelajari, kerana pada masa ini kita dapat lihat sikap guru yang suka mengambil mudah tentang sesuatu perkara terutamanya tentang anak-anak murid.Selain menyampaikan cara-cara untuk menangani masalah disiplin di sekolah, beliau juga menyampaikan beberapa tip untuk seronok melakukan kerja kerana daripada keikhlasan hati, lahirlah semangat untuk seronok bekerja. Antaranya adalah komited dengan kerja dan sanggup meluangkan lebih masa, menepati masa, personaliti yang mesti kemas serta ringan tulang untuk membantu kerja orang lain. Segala tips ini, saya tidak lupa untuk catatkan kerana tidak mahu terlupa.
9.0 ANALISIS AKTIVITI BINA INSAN GURU
Kekuatan:Antara kekuatan yang saya telah kenalpasti adalah dalam program BIG 6 ini adalah dimana program berbentuk ceramah ini membolehkan guru guru bertemu sendiri dengan guru besar cemerlang dan mendapatkan tips-tips yang berguna daripada beliau, disamping bertanyakan tips, guru -guru juga berpeluang mendapatkan bahan-bahan pengajaran yang ingin dikongsi oleh guru cemerlang. Kami juga berpelunag menambahkan pengetahuan tentang Jabatan Pendidikan Negeri serta kami mendapat panduan tentang cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang mengikut prosedur-prosedur yang betul. Selain daripada itu, ceramah yang disampaikan juga penuh dengan kata-kata semangat serta telah menyuntik semangat guru- guru untuk menjadi pendidik yang berdedikasi. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kami telah mempelajari bahawa kita hendaklah sentiasa berusaha mengembangkan potensi diri, dan juga potensi anak-anak murid kerana tanpa usaha serta semangat untuk menyumbang kepada diri, anak bangsa dan juga negara, menyebabkan guru menjadi tidak berkualiti.Kelemahan:Antara kelemahan yang saya telah kenalpasti adalah dimana tempoh masa ceramah, saya merasakan sekiranya masa dipanjangkan mungkin ia menjadi lebih menarik kerana lebih banyak perkongsian yang boleh didapati. Selain daripada itu, saya merasakan lebih seronok sekiranya soal jawab yang diadakan boleh dipanjangkan lagi masanya namun mungkin disebabkan kekangan masa, penceramah tidak dapat menlaksanakannya.Penambaikkan:Cadangan saya adalah supaya tempoh masa dipanjangkan supaya lebih banyak pengkongsian boleh berlaku.
10.0 KERTAS KERJA BINA INSAN GURU
SILA RUJUK LAMPIRAN 1
11.0 BUKU PROGRAMSILA RUJUK LAMPIRAN 2
12.0 GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Gambar semasa berlangsung mesyuarat BIG pada 12 Januari 2013.
Gambar 1Gambar 2
Gambar semasa sesi pendaftaran.
Gambar 3Gambar 4
Gambar semasa bersarapan di kantin Sek Keb King George V.Gambar 5Gambar 6
Gambar fail yang diberikan kepada setiap guru pelatih sebelum sesi ceramah dan keadaan sebelum sesi ceramah bermula.Gambar 7 Gambar 8
Gambar semasa sesi ceramah berlangsung.Gambar 9Gambar 10
Gambar semasa sesi penyampaian cenderahati dan wang sagu hati oleh Ketua Unit Encik Hisam Gino kepada tuan penceramah.
Gambar 11
Gambar kenangan bersama Penceramah En Mohd Tamyes Bin Saimun.
Gambar 12
13.0 PENUTUP Program Bina Insan Guru ini telah memberikan pelbagai ilmu, pengajaran dan pengalaman yang menarik kepada setiap pesertanya. Pelbagai manfaat yang dapat di peroleh melalui setiap tugas yang telah dilaksanakan. Ternyata aktiviti yang dirancang dapat membentuk ciri-ciri keperibadian seorang guru serta membina personaliti seorang guru. Program pendidik keguruan berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Hasrat dari pelbagai pihak juga menyatakan bahawa pendidikan yang berkualiti tinggi dan berintegriti agar dapat membina negara bangsa yang unggul. Dari segi pelaksanaan, saya berpendapat program ini dapat membantu pembentukan guru yang dihasratkan oleh FPK dan FPG. Ini kerana aktiviti kemasyarakatan ini dapat melahirkan bakal guru yang mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan dan sosial yang tinggi selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru yang ditawarkan oleh kerajaan. Program ini mampu memupuk semangat jiwa yang kental sebagai seorang guru yang tabah, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak pilih kasih. Secara keseluruhan aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak. Kami bukan sahaja mendengar ceramah secara bersahaja, tetapi kami cuba untuk memupuk jati diri kami untuk menjadi guru yang bukan sahaja baik tetapi terbaik. Semoga aktiviti BIG yang mendatang lebih banyak aktiviti yang dijalankan serta dapat membantu guru-guru dalam membentuk jati diri yang unggul serta bersemangat untuk mendidik anak bangsa.
14.0 LAMPIRAN