laporan big - kesantunan berbahasa
DESCRIPTION
laporan Big - Kesantunan BerbahasaTRANSCRIPT
Laporan ceramah BIG – kesantunan berbahasa
1.0 PENGENALAN
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi
merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran, serta
memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat
pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang
tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan
kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan
sahsiah yang terpuji.
Program Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan (
FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ). Program ini dijalankan berdasarkan Sukatan Wajib
Pro Forma (WAJ 3114) yang wajib ke atas setiap Guru Pelatih. Program ini melibatkan semua
pelajar Institut Pendidikan Guru. Melalui aktviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan.
Program Bina Insan Guru mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Satu sukatan pelajaran yang standard telah
disediakan bagi program pra perkhidmatan di Institut Perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran yang
disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama
dalam proses pembinaan insan guru. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu
Konsep dan Ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan
tanggungjawab Insan Guru.
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG). Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru
Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu
juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu
mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan
keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu
selaras dengan hasrat negara. Program ini juga bagi melahirkan kesedaran diri akan peranan
sebagai seorang guru.
YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan
Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidikan kepada pembangunan
modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral
yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk
melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai
intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang
serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek.
2.0 MATLAMAT
Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru yang mempunyai
kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura
keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru. Program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan bertujuan memberi
pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.
3.0 OBJEKTIF
Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru
yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Melalui program Bina Insan Guru ini pelajar dapat mencapai objektif berikut :-
3.1 Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.
3.2 Memupuk nilai empati dan prihatin terhadap golongan kurang upaya dalam kalangan guru-guru
pelatih.
3.3 Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan
bertanggungjawab kepada pasukan.
3.4 Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan
masyarakat.
3.5 Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
3.6 Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi
dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
4.0 JADUAL PELAKSANAAN / AKTIVITI
Tarikh : 1 Februari 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang.
5.0 TEMPAT
Dewan Kuliah B, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan Kolej Kuching, Sarawak
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan Pengajian PISMP TESL 1, TESL 2, TESL 3, TESL 4, BC 1, BC 2, PRA dan BM JANUARI
2012.
7.0 JAWATANKUASA KELAS
Jawatankuasa kelas PISMP BM JAN 2012
Pengerusi : Mohamad Najib Bin Marasan
Naib Pengerusi : Pylissia Jannet anak Liap
Setiausaha : Calvin anak Brian
Bendahari : Nur Azizah Binti Dirmanto
Ahli Jawatankuasa Kecil :
(i) JK Peralatan
Aziz Bin Polai
Terence Galaw anak Balut
(ii) JK Pengangkutan
Mohd Fakhrullah Bin Mohd Sallehudin
Abdul Hanafi Bin Ibrahim
(iii) JK Kebajikan / Keselamatan / Kecemasan
Sumanti Binti Abdullah
Adibah Shakirah Binti Rehal
(iv) JK Kebersihan
Nur Haziqah Binti Norani
Lydia Saling
(v) JK Makanan
Sofianie Sulaiman
Syaza Izzati Binti Amir
(vi) JK Pertandingan dan Pengadilan ( Aktiviti)
Mathew Anak Nasem
Muhammad Alif Bin Mahmud
(vii) JK Kerohanian
Allan Bacelon Anak Guben
Khairul Aizat Bin Saini
(viii) JK Hadiah dan Cenderamata
Mayrone Ria
Hamzah Bin Masleh
(ix) Dokumentasi dan Fotografi
Allan Bacelon Anak Guben
Sumanti Binti Abdullah
8.0 SENARAI NAMA PESERTA
Senarai guru pelatih PISMP BM JAN 2012
9.0 KANDUNGAN
SEBELUM Ceramah yang bertajuk ‘Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran
Mendengar Secara Efektif’ telah disampaikan oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang
Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Batu Lintang. Ketika
program ini dijalankan, tutor kumpulan turut hadir sebagai pemantau.
SEMASA Sesi penyampaian ceramah diadakan pada pukul 2 petang. Penyampaian
ceramah berjalan dengan lancar walaupun sedikit lambat kerana ketiadaan
LCD di dalam dewan kuliah. Walau bagaimanapun, sesi penyampaian ceramah
amat memuaskan dan mendapat respons yang amat baik daripada peserta-
peserta program. Penyampaian ceramah pada petang itu amat baik kerana
penceramah begitu bersungguh-sungguh menyampaikan ceramah beliau. Para
peserta program juga menunjukkan minat dalam ceramah ini kerana tajuknya
yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian para peserta.
Dalam ceramah ini, Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah selaku
penceramah telah menyampaikan elemen-elemen penting dalam kesantunan
berbahasa. Terdapat tiga jenis kesantunan berbahasa dalam bahasa Melayu.
Jenis-jenis kesantunan berbahasa ini ialah bahasa lisan, bahasa tubuh dan
bahasa tulisan. Setiap bahasa ini mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam
bahasa Melayu. Sebagai contoh dalam komunikasi harian dan dalam surat-surat
rasmi dan tidak rasmi.
Selain itu, antara intipati dalam ceramah pada petang itu ialah ciri-ciri
kesantunan berbahasa. Antaranya ialah menegakkan nilai-nilai sosial ketika
berbahasa, memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain, norma
berkomunikasi yang mencerminkan ‘jiwa’ masyarakat berkenaan,
memperlihatkan timbang rasa yang diberikan kepada orang lain ketika
berbahasa, menyeimbangkan kemesraan dan keramahan dan sebagainya.
Perkara ini ditekankan kerana ianya merupakan perkara yang amat penting
dalam kesantunan berbahasa.
Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa kita tidak boleh
menggunakan bahasa yang tidak baik dalam pertuturan seharian seperti bahasa
yang menunjukkan kepura-puraan, bahasa sindiran dan bahasa yang menghina
seseorang mahupun pihak-pihak tertentu. Hal ini demikian kerana ianya boleh
menjejaskan orang lain dan diri kita sendiri. Jadi, bahasa yang sesuai haruslah
digunakan untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat.
SELEPAS Pada penghujung ceramah, kami amat berpuas hati dengan penyampaian
ceramah kerana beliau bukan sahaja memfokuskan tajuk yang disampaikan,
malah beliau turut memberi banyak contoh yang berkaitan dengan tajuk yang
disampaikan. Malah, beliau turut menyelitkan unsur-unsur kecindan dalam
ceramah ini bagi menjadikan sesi ceramah ini tidak membosankan. Sesi
ceramah berakhir pada pukul 5 petang.
10.0 PENILAIAN KENDIRI
Pada 1 Februari 2013 yang lalu, satu program ceramah telah dilaksanakan oleh
pihak institut di bawah program Bina Insan Guru (Semester 3). Ceramah ini telah
disampaikan kepada pelajar PISMP ambilan Januari 2012. Ceramah yang bertajuk
‘Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif’ telah disampaikan
oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Batu Lintang. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah B (DKB) pada pukul 2
petang dan turut dipantau oleh tutor kumpulan masing-masing.
Ceramah yang telah disampaikan pada kali ini mempunyai kekuatannya
tersendiri. Ceramah yang menggabungkan lapan kelas PISMP ambilan Januari 2012 ini
memberikan keseronokan bukan sahaja kepada penceramah malah kepada peserta
program itu sendiri. Hal ini demikian kerana penceramah boleh mendengar respons
yang pelbagai daripada para peserta. Sebagai contoh, apabila penceramah bertanya
tentang contoh-contoh kesantunan berbahasa, beliau dapat mendengar pendapat yang
berbeza daripada kelas-kelas yang berbeza ini. Secara tidak langsung, kepelbagaian
pendapat ini menjadi input kepada peserta-peserta program.
Selain itu, ceramah yang bertempat di DKB ini telah memudahkan lagi proses
penyampaian ceramah ini dengan berkesan. Hal ini demikian kerana kedudukan para
peserta yang berdekatan dengan kedudukan penceramah memudahkan kontak mata di
antara kedua-dua pihak. Dengan adanya kontak mata yang berkesan, para peserta
dapat memberikan fokus terhadap ceramah yang ingin disampaikan. Malah,
kedudukan tempat duduk ala-ala auditorium ini memudahkan penceramah untuk
meluaskan pandangan ke seluruh ruang dalam dewan.
Dalam setiap program yang dilaksanakan, sudah pastinya ada kelemahannya
yang tersendiri. Begitu juga dengan program ceramah ini yang mempunyai
kelemahannya tersendiri. Penglibatan kumpulan sasaran yang terdiri daripada lapan
buah kumpulan ini sudah semestinya membawa kepada kesesakan dan membawa
kepada bunyi bising. Hal ini demikian kerana ruang di dalam dewan yang tidak cukup
besar dan hanya boleh memuatkan 90 peratus daripada para peserta. Selebihnya
terpaksa berhimpit-himpit dan terdapat sebilangan para peserta yang duduk di
bahagian belakang. Perkara ini seterusnya menyukarkan mereka untuk mendengar
ceramah yang disampaikan.
Bunyi-bunyi bising pula terhasil kesan daripada para peserta itu sendiri yang
tidak menumpukan perhatian terhadap ceramah yang disampaikan. Bunyi bising ini
sedikit sebanyak mengganggu peserta lain yang ingin mendengar ceramah yang
disampaikan. Gangguan bunyi-bunyi bising ini telah menyukarkan penyampaian
ceramah ini dengan berkesan.
Walaupun terdapat pelbagai jenis gangguan ketika pelaksanaan ceramah ini,
namun di sini para peserta program telah sedaya upaya untuk memberikan fokus
terhadap sesi ceramah ini. Gangguan yang terdapat di sekitar telah kami gunakan
sebagai peluang untuk fokus dan mendengar dengan lebih baik setiap perkara yang
disampaikan dan dibincangkan.
Selain itu, penglibatan lapan buah kumpulan PISMP ambilan Januari 2012 juga
telah memberikan peserta-peserta program peluang untuk mendengar pendapat yang
pelbagai dan juga memberikan respons yang pelbagai kepada penyampai ceramah.
Melalui interaksi dua hala ini, kami dapat menerima banyak input yang berguna untuk
kegunaan pada masa akan datang.
Masalah-masalah yang timbul ketika sesi ceramah ini berlangsung haruslah
diatasi dengan segera. Banyak alternatif lain yang boleh digunakan bagi menangani
masalah ini. Sebagai contoh, ceramah pada masa akan datang boleh diadakan di
Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Hal ini demikian kerana runag dan
tempat duduk yang besar boleh memuatkan lapan buah kumpulan PISMP ambilan
Januari 2012 ini. Ruang yang besar dan tempat duduk yang mencukupi mampu
memberikan keselesaan kepada para peserta program itu sendiri.
Alternatif seterusnya ialah dalam pelaksanaan program seperti ceramah,
haruslah kiranya ada pemantau yang boleh memantau pergerakan para peserta. Hal
ini demikian supaya pemantau dapat memantau dan menegur perlakuan para peserta
yang tidak memberikan fokus terhadap sesi ceramah ini. Sebagai contoh, sekiranya
ada dalam kalangan para peserta yang bermain komputer dan telefon bimbit, perkara
ini haruslah ditegur oleh pemantau. Para peserta program yang membuat bising juga
perlu ditegur supaya peserta-peserta lain lebih selesa dan seterusnya dapat
mendengar ceramah dengan baik.
Secara kesimpulannya, pelaksanaan program ceramah ini mempunyai kekuatan
dan kelemahannya yang tersendiri. Walaupun terdapat kekangan-kekangan dalam
penyampaian ceramah ini, hal itu bukan menjadi penghalang kepada peserta-peserta
program untuk menerima ilmu dan input-input baharu. Malah, ia telah menjadi satu
cabaran bagi para peserta untuk menjadi lebih fokus dan lebih peka ketika ceramah
ini dilaksanakan.
11.0 REFLEKSI KENDIRI
Pada 1 Februari 2013 yang lalu, satu program ceramah telah dilaksanakan oleh
pihak institut di bawah program Bina Insan Guru (Semester 3). Ceramah ini telah
disampaikan kepada pelajar PISMP ambilan Januari 2012. Ceramah yang bertajuk
‘Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif’ telah disampaikan
oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Batu Lintang. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah B (DKB) pada pukul 2
petang dan turut dipantau oleh tutor kumpulan masing-masing. Pelaksanaan program
ceramah ini telah memberikan banyak manfaat kepada saya terutamanya sebagai
seorang bakal guru pada masa akan datang.
Ceramah pada hari itu adalah berkaitan dengan kesantunan berbahasa dan
kemahiran mendengar secara efektif. Melalui ceramah ini, kami telah belajar tentang
beberapa perkara asas dalam kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa
mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri yang melibatkan
penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Sebagai contoh, gelaran
warisan (Raja, Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda, Tengku), dan gelaran
kurniaan (Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka) hendaklah
sesuai dan betul mengikut gelaran yang telah diberikan. Sebagai seorang bakal guru
pada masa akan datang, penggunaan gelaran kepada individu-individu ini haruslah
dikenalpasti dan tidak boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan pangkat dan
gelaran seseorang.
Melalui ceramah ini, kami turut mengetahui elemen-elemen penting dalam
kesantunan berbahasa. Antaranya ialah, menegakkan nilai-nilai sosial ketika
berbahasa, memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain, norma berkomunikasi
yang mencerminkan ‘jiwa’ masyarakat berkenaan, memperlihatkan timbang rasa yang
diberikan kepada orang lain ketika berbahasa, menyeimbangkan kemesraan dan
keramahan dan sebagainya. Di sini, apabila kita telah mengetahui elemen-elemen
penting dalam kesantunan berbahasa, kita dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian terutamanya apabila telah bergelar seorang guru kelak. Sebagai
contoh, ketika kita sedang berbual dengan orang yang lebih tua, bahasa yang
digunakan dalam perbualan seharusnya bahasa yang memperlihatkan rasa hormat kita
kepada mereka. Malah bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami oleh
golongan ini. Contoh kedua ialah, sekiranya kita ingin menolak permintaan seseorang,
bahasa yang digunakan haruslah bahasa yang tidak mengecilkan hatinya. Hal ini
demikian supaya beliau tidak ambil hati dan tidak terguris hatinya apabila
permintaannya ditolak.
Dalam ceramah ini juga kami telah belajar mengenai bahasa tubuh. Bahasa
tubuh merupakan satu cara untuk berkomunikasi tanpa menggunakan alat pertuturan
secara lisan. Bahasa tubuh menggunakan bahagian tubuh badan seperti gerakan mata,
mimik muka dan gerakan anggota badan untuk berkomunikasi. Penggunaan bahasa
tubuh ini amat penting terutamanya ketika kita berhadapan dengan orang-orang
kurang upaya. Malah, penggunaan bahasa tubuh juga sesuai digunakan apabila
seseorang guru mengajar murid-muridnya. Hal ini demikian kerana penggunaan
bahasa tubuh mampu menarik minat murid-murid untuk mendengar ajaran guru.
Sebagai contoh, ketika mengajar kata kerja bahasa Melayu, guru boleh menggunakan
bahasa tubuh agar murid-murid lebih mudah untuk memahami dan seterusnya dapat
menarik minat mereka untuk belajar.
Di samping itu, pelaksanaan program ceramah ini juga telah membuka minda
kami tentang kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian
terutamanya apabila bergelar seorang pendidik pada masa akan datang. Sebagai
seorang guru, amat penting untuk kita memahami dan mengaplikasi kesantunan
berbahasa dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana bukan rakan sejawatan
dan murid-murid sahaja yang bergaul dengan kita, malah ibu bapa turut bergaul
dengan kita terutamanya pada hari permuafakatan ibu bapa dan guru. Jadi amat
penting untuk kita menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila apabila
berkomunikasi dengan mereka. Di sini, ibu bapa akan melihat kita sebagai rol model
yang harus diteladani oleh anak-anak mereka. Tetapi sekiranya kita tidak
menggunakan bahasa yang sopan, ibu bapa akan mempunyai persepsi yang lain
terhadap kita sebagai seorang guru.
Secara kesimpulannya, ceramah ini memberi banyak input yang berguna kepada
kita dalam kehidupan seharian terutamanya apabila kita berkomunikasi dengan
banyak pihak dalam urusan harian kita.
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
12.0 KESIMPULAN
Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan
Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah
dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya
intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping program
dan aktiviti yang dirancangsecara khusus , usaha pembinaan insan guru
yang unggul in i juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG).
Sesungguhnya Program Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang
berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa
bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai sifat lemah-
lembut , bersopan santun dan mempunyai kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila berbahasa atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.
Lima kepentingan aspek kesantunan berbahasa ialah mengandungi nilai hormat yang tinggi , kosa kata halus dan bertatasusila, tidak menyinggung perasaan orang lain apabila bertutur, melambangkan kesantunan budi, kehalusan dan kesopanan tingkah laku penutur, mencerminkan akal budi seseorang atau anggota masyarakat serta kesantunan berbahasa melambangkan warisan bangsa melalui penghasilan karya sajak serta pantun.
Kesantunan berbahasa yang mengandungi nilai hormat yang tinggi menunjukkan komunikasi antara penutur memerlukan kesopanan yang tinggi. Hal ini kerana apabila seseorang individu bertutur dengan individu lain, akan menimbulkan perasaan hormat kepada rakan. Bagi kelompok masyarakat pula, kesantunan berbahasa amat penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling bertolak-ansur serta dapat mewujudkan kerjasama. Tambahan pula, negara akan disanjung oleh negara-negara luar kerana rakyat yang mendiami negara tersebut mempunyai kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi. Secara tidak langsung, bilangan pelancong juga akan berminat untuk mempelajari bahasa yang dituturkan.
Selain itu, kepentingan kesantunan berbahasa ialah mempunyai kosa kata yang halus dan bertatasusila. Hal ini menunjukkan pengunaan kosa kata amat penting dalam berkomunikasi. Ia juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan. Sebagai contoh, pengerusi yang mengendalikan sesebuah majlis mengucapkan “selamat pagi dan salam sejahtera kepada def-def kehormat, tuan puan serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.” Suasana majlis juga akan menjadi tenang dan berjalan lancar.
Tambahan pula, melalui kesantunan berbahasa juga, kita tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Hali ini menggambarkan nilai hormat dan memahami perasaan seseorang individu. Sebagai contoh, apabila kita menegur seseorang, tegurlah dengan kata yang sopan agar dia tidak tersinggung dengan teguran kita.
Aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan warisan bangsa. Melalui penghasilan karya-karya sajak, pantun, syair, gurindam dan lain-lain lagi. Maksud tersirat melalui penghasilan karya dapat
difahami dengan jelas dan membolehkan seseorang individu mengambil iktibar dan menjadikan sebagai kata-kata ransangan diri.
Melalui pertuturan bahasa melayu juga, seseorang akan tidak dianggap sebagai seorang yang biadab atau tidak beradab sekiranya menggunakan bahasa yang sopan dan menekankan aspek kesantunan berbahasa dalam pertuturan seharian.
Tambahan pula, kesantunan bahasa menggambarkan orang melayu mementingkan serta mengutamakan adab dan nilai-nilai murni di dalam pertuturan. Sebagai contoh, dengan menggunakan gelaran untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Selain itu, seseorang perlulah berjabat tangan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin.
Selain itu, melalui kesantunan berbahasa juga melambangkan sebagai satu bahasa yang indah dan mempunyai peradaban. Kesantunan berbahasa juga dapat diterapkan melalui slogan-slogan. Sebagai contoh “budi bahasa budaya kita”. Hal ini menggambarkan bahasa yang indah dan mempunyai nilai-nilai murni.
Melalui aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan menggambarkan tingkah laku penutur. Tingkah laku penutur dapat dicerminkan dari sikap serta cara percakapan. Sekiranya seseorang penutur bercakap dalam keadaan megah, masyarakat sekeliling akan menggambarkan penutur tersebut sebagai seorang yang bongkak dan sombong.
Sehubungan dengan itu, kesantunan berbahasa juga dapat memupuk kesedaran warganegara yang mengambil emeh dalam aspek pertuturan. Sebagai contoh, golongan remaja bertutur tanpa adab dan sopan santun. Secara tidak langsung, ia menjejaskan imej sesebuah negara.
Sistem panggilan yang melibatkan kerabat diraja terbahagi kepada dua iaitu sistem kekeluargaan dan sistem kata ganti nama diri. Sistem kekeluargaan merujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri seharian. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata ganti nama diri. Sistem ini di bahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua serta kata ganti nama diri ketiga.
Melalui sistem kekeluargaan , penggunaan kata ganti nama diri digunakan mengikut gelaran. Sebagai contoh, anakanda, ayahanda, bonda, kakanda serta adinda. Sistem ini berbeza dengan panggilan seharian golongan rakyat biasa. Contohnya panggilan ayah, emak, kakak serta adik.
Sistem kata ganti nama diri yang pertama ialah penggunaan “beta” dan “patik”. Kata ganti nama pertama berbeza cara pemakaiannya walaupun melibatkan orang yang pertama. Beta digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan, Sultanah serta Tengku Ampuan apabila bertutur dengan golongan rakyat biasa. Istilah “patik” pula merujuk kepada rakyat jelata apabila hendak bertutur dengan golongan diraja.
Sistem kata ganti nama diri yang kedua ialah “Tuanku”. Kata ganti nama diri “Tuanku” digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja dan merujuk kepada raja yang berkenaan.
Selain itu, kata ganti nama diri ketiga pula ialah , “Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia serta Baginda”. Kata ganti nama diri ini merujuk kepada Raja atau Permaisuri apabila bercakap dengan orang lain. Manakala, “Tuan Hamba” digunakan oleh Raja atau Permaisuri kepada orang bawahan yang dilawan bercakap.
Kesantunan Berbahasa
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2.Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
3.Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
4.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
6.Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9, Lihat contoh berikut:
PakDigunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
MakDigunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
TokDigunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
AbangDigunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
KakakDigunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
AdikDigunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
12. Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.
13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
14. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku(Aceh).
15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman
17. Rujukan HormatOrang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha