laporan btp 2011 pdf
TRANSCRIPT
RASIONAL MUKA HADAPAN
Wayar gentian optik:
Melambangkan peranan BTP sebagai peneraju
dalam bidang teknologi pendidikan.
Warna-warni wayar gentian optik:
Gabungan sektor-sektor di BTP dan BTPN
yang bekerjasama memastikan dasar teknologi
pendidikan dapat direalisasikan.
Logo BTP dan warna ungu logo:
Melambangkan logo korporat dan
warna korporat BTP
LAPORAN TAHUNAN 2011
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ISSN: 1511-7979
Hak Cipta © Terpelihara, kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam
apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran
terlebih dahulu Pengarah BTP. Perundingan tertakluk kepada perkiraan
royalti atau honorarium.
Terbitan:
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tel: 603-20987788
Faks: 603-20923763
Web: http://www.moe.edu.my
BIL. KANDUNGAN HALAMAN
1. SEKAPUR SIRIH iii
2. VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN iv
3. LATAR BELAKANG 3
4. CARTA ORGANISASI 4
5. PERANAN DAN FUNGSI BAHAGIAN 5
6. LAPORAN AKTIVITI BTP
Kemudahan Infrastruktur ICT 9
Sistem Pengurusan Pendidikan 31
Kandungan Bahan Digital P&P 39
Penilaian Prestasi Pembestarian Sekolah 51
Pembangunan Modal Insan 65
Sistem Sokongan Bersepadu 85
7. LAPORAN AKTIVITI BTPN
Pemilihan Tokoh NILAM 2011 101
Program Khemah Membaca 2011 102
BTPN Johor 103
BTPN Kedah 107
BTPN Kelantan 109
BTPN Melaka 115
BTPN Negeri Sembilan 121
BTPN Pahang 125
BTPN Perak 129
BTPN Perlis 133
BTPN Pulau Pinang 137
BTPN Sabah 141
BTPN Sarawak 145
BTPN Selangor 149
BTPN Terengganu 154
BTPN WP Kuala Lumpur 158
BTPN WP Labuan 164
8. GLOSARI AKRONIM 166
9. SIDANG REDAKSI 170
i
Kandung an
Sekapur Sirih Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia kerana berjaya menerbitkan Buku Laporan Tahunan
2011 Bahagian Teknologi Pendidikan.
Buku Laporan Tahunan ini merupakan suatu dokumentasi yang
boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan tentang
pelaksanaan program dan aktiviti yang telah disempurnakan
sepanjang tahun 2011 oleh Bahagian Teknologi Pendidikan
(BTP) dan cawangannya iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB)
serta Pusat Kegiatan Guru (PKG).
Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan pada tahun 2011 selaras dengan visi, misi
serta moto BTP, “Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”. Perkara ini dibuktikan melalui
dokumentasi aktiviti-aktiviti seperti yang terdapat di dalam Buku Laporan Tahunan BTP 2011.
Aktiviti dan program yang dijalankan bertujuan untuk menambah baik kemudahan persekitaran
pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan, memantapkan lagi kecekapan dan kemahiran
khususnya dalam bidang teknologi pendidikan, bagi warga BTP dan cawangan, juga kepada
pihak pentadbir sekolah, Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Penyelaras Bestari .
Saya berharap agar segala usaha gigih warga BTP dan cawangan dalam merealisasikan
program dan aktiviti pada tahun 2011 tidak berakhir setakat itu sahaja. Sebaliknya, dalam
menggalas cabaran bagi menambah baik pendidikan di negara ini, seluruh warga BTP perlu
terus bersedia untuk melaksanakan pelbagai tugas yang diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab dan ikhlas. Warga BTP juga perlu sentiasa membuka minda dan peka kepada
amalan-amalan terbaik (best practices) yang dilaksanakan sama ada di dalam mahupun di luar
lingkungan organisasi ini, bagi meningkatkan lagi pencapaian BTP secara keseluruhannya dan
sistem penyampaian perkhidmatan amnya.
Saya amat berbesar hati atas kejayaan semua warga BTP dan cawangan dalam
menyempurnakan tugas sepanjang tahun 2011 dan mendoakan agar BTP dapat bergerak
dengan lebih cemerlang selari dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia
khususnya dan hasrat kerajaan amnya.
Terima kasih.
ROSNANI BINTI MOHAMED ALI
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
iii
MISI
VISI
PIAGAM PELANGGAN
Meneraju transformasi generasi bestari
melalui teknologi pendidikan
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan
instruksional menerusi pembudayaan
Inovasi teknologi pendidikan
1.
Mengambil tindakan terhadap aduan masalah ICT KPM
di sekolah dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
2. Membangun, menerbit dan membekalkan sekurang-kurangnya
700 judul bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
ke sekolah dalam tempoh setahun.
3. Memberi khidmat bantu dan nasihat kepakaran dalam
pengurusan Pusat Sumber Sekolah kepada sekurang-
kurangnya 750 buah sekolah dalam tempoh setahun.
4. Memastikan siaran EduwebTV KPM mencapai sekurang-
kurangnya 97 peratus uptime pada bila-bila masa.
5. Memastikan semua sekolah mencapai tahap minimum
3-Bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards
(SSQS) pada tahun semasa.
Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh
tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang
dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:
MOTO Teknologi Untuk Pendidikan Bestari
iv
1
Pengurusan Tertinggi
Dr. Soon Seng Thah TIMBALAN PENGARAH
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut TIMBALAN PENGARAH
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BESTARI
Puan Rosnani binti Mohamed Ali PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
2
Pen
gu
rusan
Tert
ing
gi &
Ketu
a-K
etu
a S
ekto
r
1.
P
uan R
osnani bin
ti M
oham
ed A
li -
Pengara
h B
TP
2.
D
r S
oon S
eng T
hah –
Tim
bala
n P
engara
h P
em
bangunan T
eknolo
gi P
endid
ikan
3.
T
uan H
aji
Wan M
ohd N
oor
bin
Wan E
ndut
– T
imbala
n P
engara
h P
em
bangunan P
endid
ikan B
esta
ri
4.
P
uan Q
ham
aria
h b
inti S
am
u –
Ketu
a S
ekto
r P
em
bangunan K
apasiti P
rofe
sio
nalis
me
5.
P
uan H
aja
h N
ora
izan
bin
ti M
oham
ed –
Ketu
a S
ekto
r P
em
besta
ria
n S
ekola
h
6.
P
uan R
audah b
inti S
ula
iman –
Ketu
a S
ekto
r R
epositori
& R
angkaia
n
7.
P
uan H
aja
h A
sia
h b
inti R
am
li – K
etu
a S
ekto
r K
eju
rute
raan
8.
T
uan H
aji
Sham
suddin
bin
Hassan –
Ketu
a S
ekto
r P
enyia
ran
Pendid
ikan
9.
D
atin C
he N
orm
adia
h b
inti C
he A
bbas –
Ketu
a S
ekto
r P
enguru
san
Litera
si T
eknolo
gi P
endid
ikan
10.
Puan N
orm
a b
inti D
aud –
Ketu
a S
ekto
r P
enguru
san
Str
ate
gik
11.
Encik
Zu
lkefle
e b
in K
usin
– K
etu
a S
ekto
r T
eknolo
gi M
aklu
mat K
om
unik
asi P
endid
ikan.
12.
Tu
an H
aji
Mukhair
bin
Muham
ad –
Ketu
a S
ekto
r R
esos P
em
bela
jara
n
13.
Tuan H
aji
Mohd.
Haliz
a b
in M
ohd.
Adnan –
Ketu
a S
ekto
r P
enguru
san A
plik
asi P
endid
ikan (
Tia
da D
ala
m G
am
bar)
3
Lat Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) mula ditubuhkan pada tahun 1971 dengan nama
Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (BPSP). Ia bertujuan untuk memberi
perkhidamatan pendidikan yang berasaskan siaran radio, perkhidmatan alat pandang
dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah.
Pada 8 Februari 1988, BPSP telah ditukarkan namanya kepada Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat
sumber sekolah. Pada tahun 1996, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat
Kegiatan Guru (PKG) diletakkan di bawah pentadbiran BTP dengan jumlah keseluruhan
sebanyak 2,598 perjawatan.
Pada tahun 2007 nama PSPN telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri (BTPN). Tujuan penukaran namanya adalah untuk menaikkan taraf organisasi
tersebut sebagai satu saluran penghubung antara BTP dengan sekolah dalam
usaha meningkatkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah-sekolah. Mulai tahun
2002 BTP, BTPN dan PKG diberi tanggungjawab untuk mengurus, memantau dan
menilai pelaksanaan Projek Rintis Sekolah Bestari yang melibatkan 88 buah sekolah di
seluruh Malaysia.
Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality
Management Systems Requirements bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang
dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki. Sejak tahun 2005,
BTP telah ditugaskan sebagai agensi utama (lead agency) untuk menyelaras,
memantau dan menilai pelaksanaan pembestarian sekolah di seluruh negara. Bahagian
Teknologi Pendidikan bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelaras,
memantau dan menilai aktiviti berikut:
• Pembangunan Pusat Akses Sekolah,
• Naik Taraf Peralatan ICT di 88 Sekolah Bestari Rintis
• Naik Taraf Pusat Data kepada Pusat Repositori KPM,
• Menambah baik Rangkaian ICT sekolah
• Naik taraf Local Area Network (LAN) / Wide Area Network (WAN ) sekolah
• Naik Taraf Sistem Web-TV
• Pembekalan Peralatan untuk Penggunaan Aplikasi Pengurusan Sekolah.
BTP juga bertanggungjawab membangun dan memperoleh sistem aplikasi ICT selain
daripada mengendalikan penyenggaraan peralatan ICT dan perisian bagi memastikan
semua peralatan sentiasa berfungsi dengan baik.
ar Belakang
5
Peranan & Fung Secara umumnya peranan Bahagian Teknologi Pendidikan dalam memperkasakan
Pembestarian Sekolah merangkumi semua aspek iaitu kemudahan infrastruktur ICT di
sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah, pembekalan bahan bantu mengajar berasaskan
ICT bagi menyokong integrasi ICT di sekolah, khidmat kepakaran bagi membantu guru
dalam P&P dan sistem sokongan yang berterusan. Sehubungan itu, setiap sektor
melaksanakan aktiviti dan program yang sejajar dengan fungsi BTP seperti berikut:
Fungsi 1:
Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan.
Fungsi 2:
Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan
sokongan perkhidmatan ICT.
Fungsi 3:
Merancang, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan pelaksanaan Sekolah
Bestari dan pembestarian sekolah.
Fungsi 4:
Merancang, menyedia dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
pelbagai media.
Fungsi 5:
Merancang, mengurus dan menyelaras pengurusan literasi maklumat dan teknologi
pendidikan serta pembangunan Pusat Rujukan dan Dokumentasi (Pusat Sumber) BTP-
BTPN-PTPB-PKG.
Fungsi 6:
Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang
diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak.
Fungsi 7:
Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran,
pembelajaran dan pengurusan sekolah.
Fungsi 8:
Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan
kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.
si Bahag ian
6
TEKNOLOGI MAKLUMAT &
KOMUNIKASI PENDIDIKAN
7
LAPORAN AKTIVITI BTP
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
9
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
Dalam pengurusan infrastruktur rangkaian WAN dan LAN di BTP, rangkaian dan
sekolah, bahagian telah menetapkan supaya 10,000 lokasi dapat mengakses internet.
Dalam tempoh interim 2011, sebelum pelaksanaan 1BestariNet, semua sekolah, BTP
dan rangkaian adalah bebas memilih internet service provider (ISP) untuk langganan
talian internet masing-masing. Perkhidmatan Celcom Broadband telah dimanfaatkan
sehingga tamat kontrak pada Oktober 2011 di BTP.
Kertas cadangan untuk penyambungan perkhidmatan internet dengan pertambahan
bilangan USB broadband telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
untuk perolehan pada tahun 2012. Surat dan kertas permohonan kelulusan pelanjutan
tempoh interim untuk talian Internet BTP/BTPN/PTPB/PKG bagi tahun 2012 sementara
menunggu projek 1BestariNet dilaksanakan telah dihantar kepada Ketua Setiausaha
(KSU) KPM pada 13 Disember 2011.
Pusat Repositori dan pusat hosting data di Bahagian ini diurus dan diselenggara bagi
memastikan sistem-sistem aplikasi berjalan lancar. Pencapaian pada tahun 2011
menunjukkan beban kerja antara dua server aplikasi yang mempunyai fungsi yang
sama dapat diagihkan secara seimbang. Manakala kesemua bahan dimuat naik ke
dalam sistem dan ketersediaan aplikasi adalah pada tahap 95 peratus. Perkhidmatan
yang ditawarkan di Pusat Repositori juga berfungsi pada tahap 99.3 peratus.
Dalam pelaksanaan pengintegrasian talian EG*Net dan SchoolNet (dedicated gateway)
bagi aplikasi HRMIS di sekolah, pengujian capaian HRMIS melalui URL telah
dilaksanakan.
Kemudahan infrastruktur ICT yang disediakan untuk sekolah
serta di BTP meliputi kemudahan rangkaian internet, intranet
serta kemudahan perkakasan dan peralatan komputer.
RANGKAIAN INTERNET DAN INTRANET
10
Projek Makmal Komputer Sekolah merupakan projek kerjasama dengan Unit
Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri yang bermula pada Mac tahun
2000. Projek ini dimulakan dengan Projek Rintis yang melibatkan 18 buah sekolah
diikuti dengan projek seterusnya secara berfasa. Sehingga Mac tahun 2009 sebanyak
7,176 buah makmal komputer telah dibangunkan dari Fasa 1 hingga Fasa 4. Pada
tahun 2011 sebanyak 117 buah Makmal Komputer sekolah baharu telah disiapkan
untuk digunapakai pada tahun 2012. Jumlah ini menjadikan sebanyak 7293 buah
sekolah telah dilengkapi dengan Makmal Komputer.
Kebanyakan peralatan ICT yang dibekalkan dalam projek Fasa 1 hingga Fasa 3 telah
luput tempoh jangka hayat kerana melebihi lima tahun. Peralatan ICT dan perisian yang
telah luput tempoh perlu dinaiktaraf sama ada dari aspek teknologi, perkakasan
mahupun perisian, bagi memastikan pengintegrasian ICT dalam pendidikan dapat
dinikmati oleh semua murid secara berkesan.
Sehingga Disember 2010, kebanyakan peralatan ICT di 5,591 Makmal Komputer
sekolah didapati dalam keadaan yang kurang memuaskan dan perlu digantikan.
Sebanyak 1,186 sekolah pula didapati tidak dibekalkan dengan peralatan ICT untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan itu, Projek Penggantian Peralatan ICT di Makmal Komputer Sekolah dan
Projek Perolehan Peralatan ICT bagi Makmal Komputer Baharu telah digabungkan
dalam Projek Pembekalan Peralatan ICT dengan Kaedah HP Multiseat.
PERKAKASAN DAN PERALATAN KOMPUTER
Kemudahan prasarana komputer di sekolah adalah sangat penting bagi memastikan
berlakunya Pembestarian Sekolah. Justeru Bahagian ini telah mengambil dua
pendekatan iaitu melaksanakan penyenggaraan perkakasan komputer sedia ada,
melaksanakan penggantian untuk dasar sedia ada seperti Pembangunan Makmal
Komputer Sekolah dan Pusat Akses dan mengurus perolehan untuk dasar baru seperti
program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
PENGGANTIAN PERALATAN ICT MAKMAL KOMPUTER,
PUSAT AKSES SEKOLAH DENGAN KAEDAH HP MULTISEAT
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
11
Negeri
Penggantian Makmal Komputer
Bil.
Sekolah
Kelulusan
ITEM KPM Kos Kos Latihan
Johor 36 36 4,170,781.00 36,000.00
Kedah 25 25 2,911,305.00 25,000.00
Kelantan 21 21 2,445,281.00 21,000.00
Melaka 21 21 2,436,446.00 21,000.00
N. Sembilan 20 20 2,320,685.00 20,000.00
Pahang 35 35 4,053,855.00 35,000.00
Perak 29 29 3,372,774.00 29,000.00
Perlis 13 13 1,509,883.00 13,000.00
P. Pinang 22 22 2,556,477.00 22,000.00
Sabah 20 20 2,563,867.90 22,000.00
Sarawak 23 23 2,942,010.40 25,300.00
Selangor 36 36 4,187,656.00 36,000.00
Terengganu 23 23 2,674,673.00 23,000.00
WP KL 21 21 2,443,276.00 21,000.00
WP Labuan 5 5 636,990.00 5,500.00
Harga siling projek dalam Rolling Plan 1, RMK10 bagi kedua-dua projek yang telah
digabungkan ialah RM 56 juta. Berdasarkan harga siling projek yang diluluskan,
peralatan ICT di 350 Makmal Komputer sekolah akan digantikan dan sebanyak 117
buah sekolah akan dibekalkan dengan peralatan ICT baharu.
Agihan peruntukan bagi projek penggantian mengikut negeri
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
12
Bagi tahun 2011, tumpuan projek adalah untuk menggantikan peralatan ICT di 350
buah Makmal Komputer sekolah yang telah dikenal pasti sebagai beyond economic
repair (BER) dan membekalkan peralatan ICT di 117 makmal komputer yang belum
dibekalkan peralatan.
Untuk tujuan itu BTP telah melaksanakan penggantian peralatan ICT di 350 buah
sekolah dan pembekalan peralatan ICT di 116 buah sekolah termasuk siap dipasang,
diuji lari dan ditauliahkan. Pemasangan tidak dapat dilaksanakan di SK Nabawan,
Sabah kerana masalah litar pintas. Sehubungan dengan itu, SK Kinabutan telah dipilih
bagi menggantikan SK Nabawan. Kerja-kerja pemasangan di SK Kinabutan
dilaksanakan pada awal tahun 2012.
Prestasi perbelanjaan projek adalah seperti dalam carta di bawah. Jumlah perbelanjaan
ialah RM55,604,643.90 dengan penjimatan RM375,379.50 iaitu 10.5 peratus.
0.00
1,000,000.00
2,000,000.00
3,000,000.00
4,000,000.00
5,000,000.00
6,000,000.00
7,000,000.00
Joho
r
Kela
nta
n
N.
Sem
bila
n
Paha
ng
Perlis
WP
KL
Keda
h
Me
laka
Pula
u P
inang
Pera
k
Sela
ngo
r
Tere
ngga
nu
Saba
h
Sara
wa
k
WP
Labu
an
Jum
lah
Anggaran Kos Asal
PerbelanjaanSebenar
Penjimatan
%Penjimatan
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
13
TABURAN MAKLUMAT KOMPUTER SEKOLAH YANG TERLIBAT
Penggantian peralatan ICT telah dilaksanakan bagi makmal komputer di 211 Sekolah
Kebangsaan (SK), enam (6) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJK(C)), dua (2)
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK(T)), 129 Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK), sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sebuah Sekolah
Berasrama Penuh (SBP).
Pemilihan sekolah telah dilaksanakan bersama dengan JPN dan BTPN untuk
memastikan sekolah-sekolah adalah layak menerima penggantian peralatan ICT.
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa sekolah yang memerlukan
penggantian tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan peruntukan serta
maklumat kurang tepat.
Bagi projek perolehan peralatan ICT untuk makmal komputer baharu, sebanyak 46 SK,
40 SMK, 11 SJK(C), lima (5) SJK(T), sebuah SMKA, sebuah sekolah Pendidikan Khas
dan lima (5) SABK telah dilaksanakan. Secara keseluruhan, sebanyak 467 sekolah
telah mempunyai makmal komputer yang berupaya berfungsi sebagai makmal bahasa.
CABARAN-CABARAN PERLAKSANAAN PROJEK
(a) Bilangan makmal yang dapat digantikan tidak selaras dengan bilangan yang
perlu diganti mengakibatkan bilangan peralatan ICT di Makmal Komputer
sekolah semakin meningkat.
(b) Data asas yang digunakan untuk tujuan pelaksanaan yang dibekalkan oleh
BTPN dan JPN didapati kurang tepat mengakibatkan perlunya pengubahsuaian
lokasi pelaksanaan.
(c) Pemasangan yang kurang kemas di kebanyakan makmal kerana pihak sekolah
tiada kepakaran untuk melaksanakan ujilari dan pentauliahan.
(d) Konsep Makmal Komputer sedia ada tidak sesuai dengan keperluan peralatan
untuk melaksanakan persekitaran pembelajaran maya.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
14
TINDAKAN SUSULAN
Bahagian Teknologi Pendidikan telah mengambil langkah penambahbaikan seperti
berikut:
a) Menjalankan sesi technology update, ujilari dan kajian pembangunan (R&D)
……terhadap keupayaan teknologi yang cost effective untuk dilaksanakan di makmal
……komputer sekolah. Daripada usaha-usaha tersebut, BTP telah mengenal pasti
……teknologi thin client yang didapati lebih murah tetapi berupaya untuk memberi
……pengalaman pengguna yang sama dengan komputer peribadi sedia ada.
b) Menyediakan pelan perancangan penggantian dan perolehan baharu peralatan ICT
……yang menyeluruh untuk memastikan tiada peralatan yang luput tempoh di makmal
……komputer sekolah.
c) Membuat verifikasi semasa lawatan PKG ke sekolah-sekolah ahli ke atas data
…...berkaitan makmal komputer dan makmal bahasa supaya keputusan penggantian
…...dan pemilihan yang lebih cepat dan tepat.
d) Menyediakan makmal komputer yang berupaya untuk menampung keperluan
……pembelajaran kendiri seperti penyelesaian Persekitaran Pembelajaran Maya.
PENYENGGARAAN PERALATAN ICT KPM
Merujuk kepada surat dari Bahagian Kewangan; KP(BB.Kew)(BTJ)1600/107(13)
bertarikh 14 Januari 2009, penyelenggaraan peralatan ICT di institusi pendidikan KPM
di bawah kategori pengajaran dan pembelajaran telah dipertanggungjawabkan kepada
BTP. Tujuan penyenggaraan dilaksanakan adalah untuk memastikan peralatan ICT di
sekolah-sekolah KPM berfungsi untuk P&P. Penyelenggaraan peralatan ICT di sekolah-
sekolah KPM dilaksanakan dengan kaedah-kaedah berikut:-
1. Peruntukan Penyelenggaraan Peralatan ICT sekolah-sekolah KPM pada tahun
2011 diperturunkan secara subwaran kepada BTPN, PTPB, PPD dan sekolah
berPTJ bagi negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri
Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
2. Peruntukan Penyelenggaraan Peralatan ICT sekolah-sekolah KPM juga diturunkan
subwaran kepada BTPN di empat (4) buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis
dan Melaka bagi Kontrak Secara Rundingan Terus.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
15
Kontrak penyelenggaraan adalah selama lima (5) tahun berkuat kuasa mulai 12 Julai
2010 sehingga 11 Julai 2015. Perkara-perkara yang dinyatakan di bawah juga
dilaksanakan iaitu:
• Pengumpulan maklumat sekolah yang perlu disenggara
• Garis panduan 2011 sebagai rujukan
• Taklimat tatacara dan prosedur kewangan
• Pemantauan penyenggaraan di peringkat negeri secara berterusan
• Laporan penyelenggaraan dikumpul dan dianalisa setiap bulan
• Penyenggaraan dibuat mengikut pekeliling, garis panduan, spesifikasi dan skop
kerja yang ditetapkan.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
Jumlah sekolah yang telah dibuat penyenggaraan adalah seperti berikut:-
Subwaran : 4,090 buah sekolah
Rundingan Terus : 1,295 buah sekolah
Jumlah keseluruhan : 5,385 buah sekolah
BIL KAEDAH PELAKSANAAN
PENYENGGARAAN
JUMLAH
SEKOLAH
1 SUBWARAN 4,090
2 KONTRAK RUNDINGAN TERUS 1,295
JUMLAH 5,385
SUBWARAN 4,090 buah
sekolah (76%)
KONTRAK RUNDINGAN
TERUS 1,295 buah
sekolah (24%)
16
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
ANALISIS PENYENGGARAAN MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2011
BIL. NEGERI
BILANGAN SEKOLAH
BANDAR LUAR
BANDAR JUMLAH
1 JOHOR 147 379 526
2 KEDAH 91 357 448
3 KELANTAN 65 338 403
4 MELAKA 73 153 226
5 NEGERI SEMBILAN 98 367 465
6 PAHANG 78 311 389
7 PERAK 138 292 430
8 PERLIS 8 14 22
9 PULAU PINANG 34 31 65
10 SABAH 43 259 302
11 SARAWAK 117 652 769
12 SELANGOR 473 319 792
13 TERENGGANU 89 268 357
14 WP KUALA LUMPUR 159 0 159
15 WP LABUAN 26 0 26
16 WP PUTRAJAYA 6 0 6
JUMLAH 1,645 3,740 5,385
17
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
ANALISIS PENYENGGARAAN DI KAWASAN BANDAR
MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2011
JOHOR 147 sekolah
(9%) KEDAH 91 sekolah
(6%) KELANTAN 65 sekolah
(4%)
MELAKA 73 sekolah
(4%)
NEGERI SEMBILAN 98 sekolah
(6%)
PAHANG 78 sekolah
(5%)
PERAK 138 sekolah
(8%)
PULAU PINANG 34 sekolah (2%)
PERLIS 8 sekolah (0%)
SABAH 43 sekolah (3%)
SARAWAK 117 sekolah
(7%)
SELANGOR 473 sekolah
(29%)
TERENGGANU 89 sekolah
(5%)
WP KL 159 sekolah
(10%)
WP PUTRAJAYA 6 sekolah
(1%)
WP LABUAN 26 sekolah
(2%)
18
JOHOR 379 sekolah
(10%)
KEDAH 357 sekolah
(10%)
KELANTAN 338 sekolah
(9%)
MELAKA 153 sekolah
(4%)
NEGERI SEMBILAN 367 sekolah
(10%) PAHANG
311 sekolah (8%)
PERAK 292 sekolah
(8%)
PULAU PINANG 31 sekolah
(1%)
SABAH 259 sekolah
(7%)
SARAWAK 652 sekolah
(17%)
SELANGOR 319 sekolah
(9%)
TERENGGANU 268 sekolah
(7%)
PERLIS
14 sekolah
(0.5%)
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
ANALISIS PENYENGGARAAN DI KAWASAN LUAR BANDAR
MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2011
19
CABARAN-CABARAN PERLAKSANAAN PROJEK
Lokasi sekolah yang jauh dan kuantiti peralatan yang disenggara
Kebanyakan sekolah di Sarawak dan Sabah berada di lokasi pedalaman. Pelaksanaan
penyenggaraan perlu mengambil kira faktor demografi dan logistik di samping bilangan
peralatan ICT di lokasi yang memerlukan penyelenggaraan. Faktor lokasi menyebabkan
syarikat tidak mampu melaksanakan penyenggaraan seperti ditetapkan kerana kos
yang ditanggung oleh syarikat untuk logistik adalah lebih tinggi daripada kos
penyenggaraan.
Kesukaran PTJ mendapatkan syarikat
Bilangan syarikat tempatan di Sarawak dan Sabah yang berupaya melaksanakan kerja-
kerja penyenggaraan masih kurang. Kesukaran pihak PTJ mendapatkan syarikat yang
bersesuaian melambatkan kerja penyenggaraan di PTJ masing-masing.
Proses sebut harga mengambil masa yang lama
Terdapat agensi pelaksana yang masih kurang mahir untuk melaksanakan proses sebut
harga dan mengambil masaxyang lama dalam penyediaan sebut harga tersebut. Pihak
PTJ yang melaksanakan sebut harga juga dikhuatiri tidak mematuhi tatacara dan
proses sebut harga yang telah ditetapkan.
Pengumpulan data dan prestasi penyelenggaraan
Terdapat agensi pelaksana yang tidak dapat memberikan laporan mengikut masa yang
ditetapkan iaitu pada setiap 5 haribulan. Sekiranya penyenggaraan dilaksanakan secara
rundingan terus pelaporan akan lebih berpusat, pengumpulan data sekolah dan prestasi
penyenggaraan di sekolah akan lebih terancang dan sistematik. Sekolah juga akan
dipastikan dibuat penyenggaraan secara menyeluruh dan tiada sekolah yang tercicir
dalam pelaksanaan penyenggaraan.
Penyenggaraan secara rundingan terus atau kontrak berpusat
Pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT secara rundingan terus atau kontrak
berpusat dilihat mempunyai kebaikan antaranya seperti berikut:-
• Pihak Kerajaan dapat mencapai penjimatan kerana lebih banyak sekolah dapat
disenggara dengan peruntukan sama yang diberikan.
• Kos penyenggaraan peralatan ICT akan mengambil kira kos logistik dan lebih
banyak syarikat tempatan boleh dilantik untuk melaksanakan projek ini. Kaedah ini
dapat mengatasi kesukaran pihak PTJ mendapatkan syarikat tempatan yang
berupaya melaksanakan kerja penyenggaraan peralatan ICT sekolah yang dihadapi
sebelum ini.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
20
• Perkhidmatan penyenggaraan secara berpusat melalui satu punca perkhidmatan
akan menjimatkan kos penyenggaraan kerana penyenggaraan dilaksanakan
secara berpusat (collective).
• Penggantian alat ganti pada peralatan ICT juga dapat diperoleh dan dilaksanakan
dengan cepat kerana alat ganti diperoleh secara berpusat oleh syarikat.
Pengurusan penyenggaraan juga akan menjadi lebih mudah dan strategik.
• Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan mematuhi tatacara sebut harga serta
prosedur kewangan yang ditetapkan.
MAKMAL KOMPUTER SEBAGAI MAKMAL BAHASA MBMMBI
Mesyuarat Pelarasan Inisiatif ICT KPM pada 22 Disember 2008 yang dipengerusikan
oleh YBhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang, KSU KPM telah memutuskan supaya
BTP diberi tanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif ICT P&P sekolah di KPM.
Sejajar dengan Dasar MBMMBI yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menggantikan
program PPSMI, BTP bertanggungjawab mengkaji keperluan peralatan ICT di Makmal
Komputer serta naik taraf peralatan bagi membolehkan makmal tersebut beroperasi
sebagai makmal bahasa. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Induk Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Bil. 03/2009 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Menteri Pelajaran pada 5 Oktober 2009.
Pada tahun 2011, sejumlah 20 buah sekolah telah dirintiskan untuk Projek Makmal
Bahasa. Pada tahun 2011 juga, sejumlah 1,548 makmal komputer dan Pusat Akses
Sekolah telah dilengkapkan dengan kemudahan Makmal Bahasa (Fasa 1). Dengan
infrastruktur serta kelengkapan makmal komputer sedia ada, fungsi Makmal Bahasa
dapat direalisasikan dalam P&P serta mencapai objektif seperti berikut:
• Menyediakan landasan, situasi atau mekanisme yang dapat menggabungkan
elemen - elemen multimedia secara interaktif supaya pengajaran dan
pembelajaran bahasa lebih menarik dan efektif
• Meningkatkan minat murid dalam mengikuti kelas bahasa di Makmal Bahasa di
samping membolehkan murid belajar secara individu atau lebih dikenali sebagai
terarah kendiri (self-directed), akses kendiri (self-access), rentak kendiri (self-
paced) dan penaksiran kendiri (self-assess)
• Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi,
morfologi, sintaksis dan semantik sesuatu bahasa
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
21
• Mengawasi murid secara pengawalan berpusat supaya guru dapat mengawal
selia pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan murid.
Pembekalan Makmal Bahasa Fasa 1 tahun 2011 melibatkan 1,368 buah Makmal
Komputer, 180 buah pusat akses dan sebuah Makmal Sekolah Pendidikan Khas.
Pecahan pembekalan peralatan ICT dan perisian untuk 1,548 buah sekolah mengikut
keperluan sebuah makmal/pusat akses adalah seperti berikut:
MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
Peralatan
• Headset - 41 unit
• Audio splitter - 20 unit
• Monitor LCD (untuk guru) - 1 unit
• UV Light Box - 1 unit
Perisian
• Perisian Pengurusan Makmal – 1 set
• Perisian Bahasa Malaysia – 1 set
• Perisian Bahasa Inggeris – 1 set
Pusat Akses Sekolah
• Headset - 20 unit
Perisian
• Perisian Bahasa Malaysia – 1 set
• Perisian Bahasa Inggeris – 1 set
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
22
MAKMAL PENDIDIKAN KHAS
Peralatan ICT:
• 1 PC Guru
• 11 Headset
• 11 Scanner
• 2 Embosser
Perisian:
• Perisian Pengurusan Makmal – 1 set
• Perisian Bahasa Malaysia – 1 set
• Perisian Bahasa Inggeris – 1 set
PERUNTUKAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN
Pelaksanaan makmal bahasa ini telah dimulakan pada April 2011 dan telah selesai
pada 31 Disember 2011.
Tender bagi projek makmal bahasa ini telah dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu
Tender Peralatan dan Tender Perisian yang masing-masing mempunyai nilai sebanyak
RM7,819,109.20 dan RM29,279,869.54.
Kos projek untuk pelaksanaan makmal bahasa sebuah (1) Sekolah Pendidikan Khas
adalah RM88,645.20.
CABARAN-CABARAN PERLAKSANAAN PROJEK DAN TINDAKAN
SUSULAN
• Makmal Bahasa yang disediakan dalam Fasa 1 kurang menyokong pembelajaran
kendiri kerana dua orang murid terpaksa berkongsi satu komputer. Berdasarkan
tinjauan, perkongsian komputer akan menjejaskan pembelajaran murid yang lebih
lemah kerana kawalan perjalanan perisian biasanya dikawal oleh murid yang lebih
dominan. Walau bagaimanapun pihak KPM akan melaksanakan penambahbaikan
dengan meningkatkan bilangan komputer di dalam satu makmal. Makmal
Komputer akan dilengkapkan dengan 40 terminal murid (komputer murid) yang
lengkap dengan papan kekunci, tetikus dan headset untuk kegunaan murid-murid
dan satu komputer guru yang mempunyai dua monitor.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
23
• Guru dilatih untuk menggunakan sebuah monitor untuk menguruskan
pembelajaran dan satu lagi untuk menjalankan P&P.
• Di samping itu, kesemua terminal murid boleh dikawal daripada komputer guru
melalui aplikasi pengurusan pembelajaran (Classroom Management System).
Sistem ini mengupayakan guru untuk menjalankan pengajaran dengan lebih
fleksibel. Sistem ini membolehkan guru mengajar sekumpulan murid sementara
murid-murid lain menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.
Perisian yang dibekalkan ke makmal bahasa telah dinilai oleh Panel Penilai KPM
namun perisian yang terpilih masih mempunyai errata yang ketara. BTP telah
mengambil langkah untuk mengenal pasti errata tersebut untuk ditambah baik oleh
pihak syarikat. Di samping itu, satu kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan
penggunaan makmal bahasa serta perisian kursus yang dibekalkan di bawah projek
MBMMBI untuk mengenal pasti jurang yang perlu ditangani oleh KPM agar makmal dan
perisian yang disediakan mendatangkan manfaat yang optimum kepada murid.
Proses penyenggaraan peralatan ICT di sekolah-sekolah.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
24
STA
TIS
TIK
JU
ML
AH
SE
KO
LA
H T
ER
LIB
AT
DA
LA
M P
RO
JE
K M
AK
MA
L
BA
HA
SA
DA
SA
R M
BM
MB
I FA
SA
1 T
AH
UN
2011
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
25
PERALATAN ICT YANG TELAH UZUR DAN ALAT GANTINYA TIADA DI PASARAN
Terdapat peralatan ICT sedia ada di BTP, BTPN, PTPB dan PKG yang tidak mampu
untuk menjalankan aplikasi perisian yang digunakan di sekolah. Terdapat juga
peralatan yang sudah uzur dan alat gantinya telah tiada di pasaran. Justeru itu,
penggantian peralatan ICT khasnya di BTPN, PTPB dan PKG perlu dilakukan dengan
segera bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan aktiviti khidmat bantu
kepada sekolah.
KOS BAIK PULIH YANG MAHAL DAN PERALATAN TELAH DIKATEGORIKAN
SEBAGAI BEYOND ECONOMIC REPAIR (BER)
Kos bagi membaik pulih peralatan ICT di BTPN dan PKG kebanyakannya telah melebihi
60 peratus daripada harga asal dan telah dikategorikan sebagai item BER. Ini kerana
peralatan telah dibekalkan sejak dari tahun 2000.
KE ARAH PENINGKATAN TAHAP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Peralatan ICT sedia ada di PKG yang dibekalkan mulai tahun 2002 telah uzur dan
memerlukan penggantian. Penggantian peralatan ICT kepada yang mempunyai
sekurang-kurangnya spesifikasi lebih baik adalah penting bagi meningkatkan tahap
pengurusan dan pentadbiran di BTPN dan PKG.
PENGGANTIAN PERALATAN ICT DI BTP, BTPN, PTPB DAN PKG
Proses penyenggaraan peralatan ICT di salah sebuah PKG di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT
26
PENGURUSAN STRATEGIK
27
PENGURUSAN APLIKASI
PENDIDIKAN
29
SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN
LAPORAN AKTIVITI BTP
31
Berasaskan kontrak KPM MOE(SPS&SPK) A003/2009, SPS dibangunkan untuk
sekolah. Sistem Pengurusan Kementerian (SPK) dibangunkan untuk pengumpulan
data sekolah di KPM. Punca kuasa bagi perolehan Intellectual Property Rights (IPR)
bagi SPS adalah:
• Mesyuarat Khas Perolehan IPR SPS bertarikh 23 Ogos 2010 yang dipengerusikan
oleh mantan Tan Sri KSU
• Mesyuarat Pengurusan Profesional KPM bertarikh 10 Oktober 2010 yang
dipengerusikan oleh mantan Tan Sri KPPM
PERLAKSANAAN SPS
Mulai 1 Jun 2009, SPS dipasang di semua 88 buah Sekolah Bestari Rintis. Pada 20
November 2009, semua keperluan bagi pelaksanaan SPS di 88 buah Sekolah Bestari
Rintis telah dilaksanakan mengikut kontrak. Kerja penyenggaraan dan khidmat
sokongan kepada SPS dilaksanakan pada tahun 2010 dan 2011 mengikut jadual yang
ditetapkan seperti di dalam kontrak. SPS telah digunakan sepenuhnya di 88 buah
Sekolah Bestari Rintis mulai tahun 2010. Data pemantauan menunjukkan peningkatan
penggunaan SPS dalam operasi sekolah.
SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN
SPS merupakan lanjutan Smart School Management
System (SSMS) dan Web School Management System
(WSMS) yang menyediakan aplikasi pengautomasian
operasi harian sekolah.
32
SPS terdiri daripada 22 modul berikut:
– Pengurusan Maklumat Sekolah
– Pengurusan Kemudahan Sekolah
– Pengurusan Takwim
– Pengurusan Pentadbir Sistem
– Pengurusan Staf
– Pengurusan Murid
– Pengurusan Sistem Rumah
– Pengurusan Jadual Waktu
– Pengurusan Asrama
– Pengurusan Kehadiran
– Pengurusan Kelas
– Pengurusan Kedatangan Murid
– Pengurusan Kaunseling
– Pengurusan Disiplin
– Pengurusan Kurikulum
– Pengurusan Kandungan
– Pengurusan Program NILAM
– Pengurusan Peperiksaan
– Pengurusan Kokurikulum
– Pengurusan Laporan
– Pengurusan Utiliti
– Pengurusan e-Cuti
Kajian penggunaan SPS mendapati 89.7
peratus pengguna bersetuju bahawa SPS
memenuhi keperluan operasi sekolah
manakala hanya 10.3 peratus pula
mencadangkan penambahbaikan dibuat
kepada SPS.
SPS tidak dapat digunakan sepenuhnya
kerana kekangan pertindihan kemasukan
data berulang dengan sistem-sistem sedia
ada di sekolah seperti EMIS, SMM dan
lain-lain serta dasar-dasar yang
menghalang seperti kewajipan mengisi
secara manual Daftar Kehadiran Pelajar
dan Buku Rekod Mengajar.
PELAKSANAAN LATIHAN
PENGGUNAAN
Sepanjang tahun 2011, seramai 310 orang
guru di Melaka dan 434 orang pegawai
PKG, PTPB dan BTPN telah diberikan
latihan pendedahan tentang enam (6)
Modul Teras dalam SPS KPM. Latihan
kepada guru-guru di Melaka telah
dijalankan pada Julai 2011 melalui tiga
sesi. Setiap sesi mempunyai tiga kumpulan
yang dikendalikan oleh pegawai BTP.
SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN
33
Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di
bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Pihak MAMPU bekerjasama dengan
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
Open Source Software (JPOSS) KPM.
Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007.
Berdasarkan dapatan PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke
atas sistem yang telah dirintiskan. Tempoh projek LMS adalah selama dua (2) tahun
dan merangkumi skop seperti berikut:
• 50 sekolah yang terpilih
• Penambahbaikan LMS sedia ada
• Pembekalan dan pemasangan LMS
• Pembekalan dan pemasangan 20 PC, 1 pencetak, 1 pengimbas dan 1 server bagi
setiap sekolah (termasuk pemasangan wayar dan network cabling)
• Pembekalan dan pemasangan Content Server di KPM
• Pemindahan teknologi dan latihan
• Meja Bantuan
• Waranti dan penyenggaraan
Pada tahun 2009, LMS-MAMPU telah dirintis di lima (5) buah Sekolah Bestari. Pada
tahun 2010, projek ini diperluaskan ke 45 buah sekolah terpilih. Pada Julai 2011,
MAMPU telah melaksanakan peluasan LMS kepada 70 buah sekolah lagi melalui
RMK10.
LMS kini digunakan di semua 50 buah sekolah rintis LMS-MAMPU. Data pemantauan
menunjukkan secara keseluruhannya penggunaan adalah sederhana tinggi. Penurunan
penggunaan diperhatikan pada penghujung 2010 kerana kurang pemantauan oleh
pihak berkepentingan.
Selain daripada 70 buah sekolah baru, Projek LMS-MAMPU RMK10 juga melihat
semula pelaksanaan LMS di 50 buah sekolah sedia ada.
LMS (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)
SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN
34
Majlis Penyerahan LMS-MAMPU RMK9 kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada
15 Ogos 2011 di pejabat MAMPU, Putrajaya sebagai tanda bahawa projek tersebut
sudah tamat pelaksanaan mengikut kontrak. KPM diwakili oleh Ketua Pengarah
Pelajaran, YBhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud manakala MAMPU diwakili oleh
Ketua Pengarah, YBhg. Dato’ Mohamad Zabidi Zainal.
Seorang guru sedang melaksanakan pengajaran di
dalam Bilik LMS di SK Seri Bintang Utara.
SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN
35
PENGURUSAN PENTADBIRAN
36
RESOS PEMBELAJARAN
37
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LAPORAN AKTIVITI BTP
39
Rancangan-rancangan tersebut boleh dilayari di www.eduwebtv.com dan
mengandungi lapan saluran – Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, Kurikulum,
Interaktif, Siaran Langsung, dan Panduan. Bilangan kandungan rancangan EduwebTV
yang telah dimuat naik sehingga 31 Disember 2011 adalah seperti dalam Jadual di
bawah.
BTP berjaya menerbitkan rancangan berasaskan kurikulum untuk sekolah menengah
dan rendah, iaitu sebanyak 20 rancangan program MBMMBI bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, 40 rancangan bagi mata pelajaran Sejarah,
Teknik & Vokasional dan Pendidikan Agama Islam, serta 10 rancangan LINUS.
Perkara Status
Kuantitatif Rancangan Jumlah
Jumlah rancangan
yang dimuat naik
mengikut saluran
sehingga
31 Disember 2011
Berita Bahasa Melayu (BM) 1,005
Berita Bahasa Inggeris (BI) 1,216
Berita Terkini (BM/BI) 21
Jumlah Saluran Berita 2,221
Akademik 116
Rencana (BM/BI) 325
Wawancara 108
Kurikulum 775
Interaktif 209
Siaran Langsung 50
Jumlah Keseluruhan 3,804
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dengan tagline “Pendidikan Digital Untuk Semua”, bahan
EduwebTV kini boleh dimuat turun (download) oleh
pengguna di mana sahaja pada bila-bila masa.
RANCANGAN TV PENDIDIKAN MELALUI EDUWEBTV
40
PENGGUNAAN EDUWEBTV 2011
Jumlah hits bagi portal EduwebTV (2008 – 2011) 472,311,513
Jumlah rancangan yang telah dimuat turun pada
bulan Disember 2011 35,674
Jumlah rancangan yang telah dimuat turun (2008-
2011) 2,279,629
Bilangan pengguna berdaftar www.eduwebtv.com
sehingga 31 Disember 2011 120,609
0
2,000,000
4,000,000
6,000,000
8,000,000
10,000,000
12,000,000
14,000,000
16,000,000
18,000,000
20,000,000
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sept Okt Nov Dis
Jumlah Hits EduwebTV (1 Januari 2011 - 31 Disember 2011)
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
41
Aktiviti mempromosi rancangan pendidikan di dalam EduwebTV.
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
42
Penerbitan klip video, dokumentasi pendidikan dan liputan dalam negara.
Tarikh Acara Tempat
1 10 Februari 2011 Perutusan Tahun Baharu
YB Menteri Pelajaran PICC, WP Putrajaya
2 23 Februari 2011 Lawatan Kerja KPPM ke BTP /
Ujian ‘Live’ EduwebTV BTP, Kuala Lumpur
3 28 Februari 2011 Lawatan Kerja Delegasi Central
Province Kandy, Sri Lanka BTP, Kuala Lumpur
4 4 April 2011 Majlis Anugerah Cemerlang
SPM 2011 LP, Putrajaya
5 16 Mei 2011 Majlis Pelancaran Sambutan
Hari Guru Kebangsaan 2011 BCCK, Sarawak
6 16 – 25 Mei 2011 Kejohanan Balapan dan Padang
MSSM ke-53 Stadium Ipoh, Perak
7 21 Jun 2011 Simposium Pendidikan ke-2 BTP, Kuala Lumpur
8 1 – 3 Julai 2011 Pertandingan Wind Orchestra PICC, WP Putrajaya
9 5 – 7 Julai 2011 Pelancaran Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
SK Jalan 3, Bangi,
Selangor
10 12 – 14 Julai 2011 Bahas Piala Perdana Menteri PICC, WP Putrajaya
11 30 Jun - 2 Julai 2011 Pelancaran 1Murid 1Sukan Taiping, Perak
12 7 – 9 Ogos 2011 Bicara KPM Sempena
Hari ASEAN WP Putrajaya
13 17 – 19 Ogos 2011 Forum Perdana BTP, Kuala Lumpur
14 5 – 7 September 2011 Majlis Ramah Mesra Sambutan
Aidilfitri KPM WP Putrajaya
15 14 – 17 Oktober 2011 Forum 1Bahasa 1Bangsa
1Negara WP Putrajaya
16 12 November 2011 Hari UNESCO Malaysia IFDR, Kuala Lumpur
17 19 – 22 Disember 2011 Mutiara Seni UiTM Shah Alam,
Selangor
18 9 – 10 November 2011 Taklimat Kesedaran ICT BTP, Kuala Lumpur
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
43
BTP merupakan salah satu Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang
berperanan dalam menghasilkan bahan P&P pelbagai media. Bahan P&P pelbagai
media meliputi bahan seperti perisian kursus pendidikan (CDRI), cakera padat audio &
video, kaset audio, e-Bahan pendidikan dan bahan daripada internet. Proses
pembangunan bahan ini telah bermula semenjak tahun 1998.
Proses P&P di Sekolah-sekolah Bestari telah menekankan kepada pembelajaran
terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri yang mampu menarik minat murid. Ia
juga disokong dengan satu sistem yang berupaya merekod aktiviti pembelajaran yang
menggunakan bahan-bahan digital serta bahan daripada internet. Elemen-elemen
tersebut akan menjadikan proses P&P di Sekolah-sekolah Bestari berbeza dengan
sekolah yang lain.
Memandangkan permintaan dan keperluan pendidikan kini yang menuju ke arah
pembestarian pendidikan, pembangunan e-Bahan hendaklah dapat memenuhi
keperluan dan permintaan P&P dalam bilik darjah. Selain itu pelbagai kaedah
pembelajaran memerlukan capaian kepada bahan tersebut melalui pelbagai cara.
Berdasarkan kepada keperluan ini dan perkembangan terkini teknologi dalam
pendidikan, BTP telah mengorak langkah untuk menghasilkan e-Bahan yang lebih
kreatif dan inovatif. e-Bahan dan e-Content yang dibangunkan adalah berasaskan web
dan memenuhi piawaian Sharable Content Object Reference Model (SCORM) dan
diurus melalui LMS.
Matlamat utama penghasilan e-Bahan adalah untuk mempertingkatkan kualiti P&P
melalui teknologi maklumat (ICT) sebagai pemudah cara dan dapat memupuk
pembelajaran sepanjang hayat. Sebanyak 396 Learning Objects akan dibangunkan
pada tahun 2012 yang melibatkan mata pelajaran Phonics for Reading, Sains Tahap 1,
Matematik Tahap 1, Pendidikan Islam: Ibadah & Akhlak Tahap 2, KOMSAS Bahasa
Malaysia Tingkatan 1, Bahasa Tamil SK Tahap 1, Bahasa Cina SK Tahap 1 dan
Kesenian Bahasa Malaysia Tahap 1. Mata pelajaran Prasekolah dan Pendidikan Khas
dibangunkan secara dalaman oleh BTPN Kedah dan BTPN Negeri Sembilan pada
tahun 2011 dengan kerjasama BTP.
PEMBANGUNAN E-BAHAN
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
44
PENCAPAIAN
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat J/K
PICT P&P bagi membangunkan e-bahan dengan mempunyai ciri-ciri NextGen eContent
pada 17 Mac 2011. Bengkel Penyediaan Analisis Keperluan Pengguna dan Bengkel
Penulisan Skrip telah diadakan.
Bilangan judul dan learning objects (LO) mengikut mata pelajaran
0
20
40
60
80
100
120
515
10 1015 11 9
1510 10 10 10 11
37
75
39
20
62
78
53
105
80
100
29
7061
Judul LO
PENCAPAIAN
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat
JKPICT-P&P bagi membangunkan e-Bahan dengan mempunyai ciri-ciri Next-Gen e-
Content pada 17 Mac 2011. Bengkel Penyediaan Analisis Keperluan Pengguna dan
Bengkel Penulisan Skrip telah diadakan.
Bilangan judul dan Learning Object (LO) mengikut mata pelajaran
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
45
BTP telah memperoleh dan mengedarkan CD Bahan Digital Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris MBMMBI tahap menengah rendah ke semua sekolah menengah pada
tahun 2011. Semua PKG telah menerima bahan digital sebelum 15 Oktober 2011.
BTPN dan PKG pula telah menguruskan taklimat berkaitan bahan digital tersebut
kepada seorang guru Bahasa Malaysia dan seorang guru Bahasa Inggeris Tingkatan 1
sebelum 18 November 2011. Bahan digital berbentuk CD ini akan digunakan oleh guru
Bahasa Malaysia dan guru Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mulai tahun 2012.
Sebanyak 2,750 set bahan digital sokongan untuk pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah dihantar ke semua sekolah menengah di
bawah program menjayakan dasar MBMMBI.
Sebanyak dua pemantauan telah dilaksanakan oleh BTP sepanjang tahun 2011. Guru-
guru yang menggunakan bahan digital yang telah dibekalkan untuk Tahun 1
menyatakan bahawa berdasarkan pemerhatian mereka, bahan digital sokongan ini
memberi impak positif terhadap pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Salah satu kulit cakera padat Learning Object (LO) bagi mata pelajaran
Bahasa Malaysia Menengah Rendah
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
46
Projek perolehan bahan digital Bahasa Malaysia dan English Language Tahap
Menengah Rendah dan Pendidikan Khas bagi pelaksanaan dasar MBMMBI telah
dijalankan dengan jayanya dengan agihan kepada pengguna seperti berikut:
PERKARA PERUNTUKAN TELAH
DIBELANJAKAN
Bahasa Malaysia
Menengah
Rendah RM1,300,000.00 RM1,003,750.00
English Language
Menengah
Rendah RM1,300,000.00 RM825,000.00
Bahasa Malaysia
Pendidikan Khas
Tahap 1
RM199,066.00
•Peruntukan tambahan perolehan
bahan digital untuk pendidikan khas
telah diberikan oleh Bahagian
Kewangan kerana peruntukan asal
adalah RM 191,000.00.
RM199,066.00
English Language
Pendidikan Khas
Tahap 1
RM199,066.00
•Peruntukan tambahan perolehan
bahan digital untuk pendidikan khas
telah diberikan oleh Bahagian
Kewangan kerana peruntukan asal
adalah RM191,000.00.
RM199,066.00
KANDUNGAN BAHAN DIGITAL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INSTITUSI BAHAN DIGITAL
BAHAGIAN KPM 10
BTP 37
BTPN 30
PTPB 30
PKG 368
IPG 27
SEKOLAH MENENGAH 2,248
SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 1,185
JUMLAH 3,935
47
PEMBESTARIAN SEKOLAH
49
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN SEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI BTP
51
Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya
Multimedia (MSC). Sekolah Bestari dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,
bermula dengan projek rintis (1999-2002) di mana 88 buah sekolah telah dipilih untuk
dijadikan sekolah penanda aras. Fasa kedua (2003-2005) ialah Fasa Pemantapan 88
Sekolah Bestari. Fasa ketiga (2006-2010) ialah Fasa Pembestarian semua sekolah dan
fasa keempat (2011-2020) ialah Fasa Penstabilan dan Kelestarian.
Program Memperkasa 88 Sekolah Bestari Penanda Aras bertujuan mendedahkan
kepada semua pentadbir mengenai beberapa inisiatif baru berkaitan Sekolah Bestari
agar mereka boleh menjadi pemangkin kepada setiap pelaksanaan dasar pendidikan
dan apa jua inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat kali ini dijalankan pada
27 hingga 29 Julai 2011 di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam dan memberikan
pendedahan kepada peserta mengenai 1BestariNet yang dijangka akan mula
dilaksanakan pada 1 Januari 2012.
Di samping itu, penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) juga dimantapkan lagi
dengan taklimat panjang lebar oleh penceramah iaitu Tuan Haji Mohd Haliza bin Mohd.
Adnan, Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
Ini amat penting kerana pentadbir sekolah bestari perlu menjadi juara pembestarian
sekolah dalam penggunaan SPS dan menjadi penanda aras kepada 10,000 buah
sekolah di Malaysia.
Selain itu, penerangan mengenai EduwebTV telah disampaikan oleh Ketua Sektor
Penyiaran Pendidikan, Tuan Haji Shamsudin bin Hassan. EduwebTV merupakan satu
wadah baru dalam dunia pendidikan untuk para guru, murid, ibu bapa dan orang ramai
melihat berita mengenai agenda pendidikan serta boleh memuat turun bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran, berita serta maklumat yang diperlukan. Sementara itu,
para guru yang berdaftar juga boleh berkongsi maklumat dengan memuat naik video
pendidikan yang bersesuaian.
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
MESYUARAT PROGRAM MEMPERKASA 88 SEKOLAH BESTARI
Pembestarian sekolah meningkatkan kualiti pendidikan
dengan pengintegrasian ICT untuk memaju, menghubung
dan memantapkan modal insan berkemahiran abad ke-21.
52
Pelbagai input lain termasuk mengenai Pembestarian Sekolah, Kemahiran Abad ke-21
serta Pelan Tindakan Pembestarian Sekolah dibentangkan oleh penceramah dari BTP
dan turut dibincangkan bersama para peserta.
Majlis perasmian penutup mesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Siti
Zaleha binti Abdullah Sani, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia pada hari Khamis 28 Julai 2011. Antara kandungan ucapan YBhg
Dato’ Pengarah adalah harapan agar semua pentadbir Sekolah Bestari dapat
menunjukkan kecemerlangan dan menjadi pemangkin pembestarian kepada semua
sekolah di negeri masing-masing.
Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta oleh Pengarah BTP
YBhg. Dato’ Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani
Murid-murid di salah sebuah Sekolah Bestari yang terdapat di negeri Selangor
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
53
Tahun 2006 hingga 2010 merupakan Fasa Pembestarian Sekolah. Mesyuarat di antara
Pengurusan Tertinggi KPM, Multimedia Development Corporation (MDeC) dan mantan
YB Menteri Pelajaran pada 23 September 2008, telah bersetuju supaya MDeC
membantu KPM dalam pelaksanaan pembestarian sekolah dengan memberi fokus
kepada 50 buah sekolah luar bandar dan pedalaman secara berperingkat.
Program Sekolah Bestari Luar Bandar dilaksanakan supaya 50 buah Sekolah Bestari
Luar Bandar yang terpilih akan menjadi pemangkin untuk mempercepatkan
pembestarian sekolah-sekolah di sekitarnya. Seterusnya lebih ramai murid akan
mendapat akses kepada pendidikan berkualiti selaras dengan matlamat Bidang
Keberhasilan Utama Kebangsaan (NKRA) yang dipertanggungjawabkan kepada KPM
iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Sebagai pemacu pembestarian sekolah, pentadbir di 50 buah Sekolah Bestari Luar
Bandar perlu bertindak sebagai pemangkin pembudayaan ICT dalam pengurusan,
pengajaran dan pembelajaran, serta penerapan Kemahiran Abad ke-21 di sekolah
supaya matlamat pembestarian sekolah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras
dengan Pelan Strategik Pembestarian 2011-2015.
Objektif Program Sekolah Bestari Luar Bandar adalah seperti berikut:
• Menyediakan khidmat pengurusan dan pemantauan secara end-to-end kepada
sekolah-sekolah di dalam pengintegrasian bahan berasaskan ICT dan alatan
bantuan mengajar yang inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bestari.
• Mewujudkan model pelaksanaan yang efisien dan menjimatkan kos bagi sekolah-
sekolah yang dipilih.
• Program Outreach Sekolah Bestari Luar Bandar adalah untuk memantapkan
pengurusan dan peranan pentadbir Sekolah Bestari Luar Bandar sebagai pemangkin
pembudayaan ICT sekolah agar sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu 500
buah sekolah mencapai taraf 5-Bintang dalam penarafan SSQS dapat dicapai.
• Satu mesyuarat melibatkan Sekolah Bestari Luar Bandar telah diadakan oleh BTP
pada 7 hingga 9 Jun 2011 di Hotel Summit, Subang USJ, Selangor. Mesyuarat telah
dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani, Pengarah BTP.
MESYUARAT PROGRAM OUTREACH SEKOLAH BESTARI
LUAR BANDAR
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
54
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 29 orang pentadbir Sekolah Bestari Luar Bandar.
Para pentadbir didedahkan mengenai Pelan Pembestarian Pendidikan KPM yang
disampaikan oleh Dr. Dorothy DeWitt dari Sektor Pembestarian Sekolah, BTP.
Maklumat ini diberikan agar para pentadbir sedar mengenai hala tuju pembestarian
sekolah dan dapat merancang pelbagai aktiviti bagi menjayakan Pelan Pembestarian
Pendidikan KPM ini.
Kemahiran Abad ke-21 turut didedahkan kepada para pentadbir supaya dapat
disampaikan kepada guru-guru di sekolah untuk pengintegrasian di dalam P&P masing-
masing. Selain itu, penerangan mengenai EduwebTV juga telah disampaikan oleh
Encik Gilbert Perreire dari Sektor Penyiaran Pendidikan, BTP.
Para peserta juga telah berbengkel dan membentangkan pelan tindakan pembestarian
pendidikan sekolah masing-masing. Melalui pembentangan yang dijalankan, jelas
menunjukkan objektif mesyuarat telah tercapai dan dapat difahami oleh para peserta.
Majlis perasmian penutup mesyuarat telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Shamsuddin
bin Hassan, Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan yang mewakili Pengarah BTP pada
9 Jun 2011. Dalam ucapannya beliau berharap agar para pentadbir memaksimumkan
penggunaan inisiatif ICT KPM yang ada di sekolah seperti Makmal Pengkomputeran
KPM, program MBMMBI, 1BestariNet, e-Bahan dan Pusat Akses Sekolah. Beliau juga
telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta mesyuarat.
Sekolah Bestari Luar Bandar merupakan penggerak utama atau key players dalam
mencapai matlamat atau sasaran pembestarian sekolah. SK Palong 14 (F), Negeri
Sembilan merupakan Sekolah Bestari Luar Bandar yang mengoptimumkan penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT telah menjadi budaya para
guru dan murid di sekolah ini. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
efektif dan berdaya saing dengan penggunaan ICT di sekolah. Murid-murid
menggunakan ICT untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa sempadan dengan
bimbingan para guru.
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
55
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
Pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan aplikasi SSQS dalam
talian telah dilaksanakan pada 13 Jun hingga 20 Ogos 2011 mengikut zon:
Zon Sabah, WP Labuan, dan Sarawak pada 13 Jun hingga 17 Julai 2011
Zon Utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis) dan Timur (Kelantan, Terengganu
dan Pahang) pada 4 hingga 30 Julai 2011
Zon Tengah (Selangor, WP Putrajaya dan Kuala Lumpur) dan Selatan (Johor,
Melaka, Negeri Sembilan) pada 25 Julai hingga 20 Ogos 2011.
Keputusan analisis penarafan SSQS 2011 telah dibentangkan di Mesyuarat Profesional
KPM, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari Bil. 2/2011 pada 15
September 2011 dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) ke-33 pada 4
Oktober 2011. Sebanyak 9,662 buah sekolah telah melaksanakan penarafan kendiri
dalam talian dan 95 peratus atau 9,156 sekolah mencapai tahap bestari, iaitu
pencapaian 3-Bintang hingga 5-Bintang.
Objektif penarafan pembestarian sekolah ini adalah seperti berikut:
• Meningkatkan penggunaan ICT sekolah.
• Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam
pengurusan serta P&P.
• Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM.
• Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT
untuk P&P.
Keputusan penarafan pembestarian sekolah menggunakan SSQS telah menunjukkan
peningkatan pada bilangan sekolah yang mencapai tahap bestari. Peningkatan tahap
bestari sekolah adalah impak daripada program pemantapan pembestarian yang
dilaksanakan oleh BTP dan rangkaian melibatkan pentadbir sekolah termasuk daripada
88 Sekolah Bestari Penanda Aras, Sekolah Bestari Luar Bandar, Guru Penyelaras
Bestari serta Guru Penyelaras ICT. Antara program-program yang dilaksanakan adalah
Program Pemantapan Pengurusan Bestari, outreach Sekolah Bestari Luar Bandar,
Bengkel Mengoptimum Peranan Guru Penyelaras Bestari/Guru Perpustakaan dan
Media serta program perkongsian pintar dengan agensi kerajaan dan swasta.
PENARAFAN SEKOLAH MELALUI
APLIKASI SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)
56
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
Tah
ap
besta
ri s
ekola
h-s
ekola
h y
ang
me
mp
ero
leh 3
-Bin
tan
g h
ingg
a 5
-Bin
tan
g d
ala
m p
en
ara
fan
SS
QS
57
Pada tahun 2011 keputusan penarafan sekolah menunjukkan terdapat tiga (3) buah
negeri di mana sekolahnya telah mencapai 100 peratus tahap bestari. Negeri tersebut
adalah Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Bagi 88 Sekolah Bestari Penanda Aras, keputusan SSQS 2011 menunjukkan kesemua
sekolah mencapai tahap bestari dengan 80 buah sekolah memperoleh nilai 5-Bintang.
Manakala dalam kategori Sekolah Bestari Luar Bandar pula sebanyak 22 buah sekolah
telah berjaya mencapai 5-Bintang.
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
Keputusan Keseluruhan Penarafan
Sekolah Bestari Penanda Aras dan Sekolah Bestari Luar Bandar
58
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
KEPUTUSAN SSQS TAHUN 2011
(TAHAP BESTARI MENGIKUT NEGERI)
BIL. NEGERI BILANGAN
SEKOLAH PERATUS (%)
1 JOHOR 1121 98.9
2 KEDAH 393 99.2
3 KELANTAN 573 98.8
4 MELAKA 311 100.0
5 NEGERI SEMBILAN 459 99.4
6 PAHANG 686 95.7
7 PERAK 1085 99.7
8 PERLIS 99 98.0
9 PULAU PINANG 393 99.2
10 SABAH 993 81.7
11 SARAWAK 1182 86.2
12 SELANGOR 849 96.7
13 TERENGGANU 474 97.7
14 WP KUALA LUMPUR 290 98.3
15 WP LABUAN 26 100.0
16 WP PUTRAJAYA 21 100.0
JUMLAH 9,962
59
Secara keseluruhannya pencapaian tahap bestari di bandar adalah 97.9 peratus
berbanding dengan 93.2 peratus sekolah di luar bandar. Dari segi pencapaian taraf 5-
Bintang, keputusan menunjukkan tiada perbezaan ketara dilihat antara sekolah bandar
dan luar bandar. Sebanyak 317 sekolah di bandar mencapai taraf 5-Bintang dan 310
sekolah di luar bandar mencapai taraf 5-Bintang.
Pada tahun 2011 masih terdapat sebanyak 506 (5.24%) sekolah yang belum mencapai
tahap bestari, iaitu 399 (4.13%) sekolah mencapai taraf 2-Bintang dan 107 (1.11%)
sekolah mencapai taraf 1-Bintang.
Keputusan penarafan menunjukkan tiga (3) negeri yang masih mencatat peratus tinggi
sekolah yang mencapai taraf 2 dan 1-Bintang adalah Sabah (198 sekolah - 18.32%),
Sarawak (190 sekolah - 13.85%) dan Pahang (31 sekolah - 4.32%).
Keputusan Penarafan SSQS Bagi
Sekolah Bandar
Keputusan Penarafan SSQS Bagi
Sekolah Luar Bandar
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
60
Analisis Peratus Sekolah Yang Mencapai Taraf 2-Bintang dan 1-Bintang 2009 - 2011
Antara maklum balas yang diperolehi daripada Mesyuarat JK Pemandu Sekolah Bestari
Bil. 2/2011, indikator-indikator SSQS perlu ditambahbaik untuk mengambil kira outcomes
murid, khususnya kepada kemahiran abad ke-21. Beberapa siri bengkel dilaksanakan
pada tahun 2011 melibatkan Bahagian KPM serta agensi lain seperti MOSTI, MAMPU,
SKMM dan MDeC untuk memurnikan indikator-indikator bagi domain penggunaan ICT,
modal insan, aplikasi pendidikan dan infrastruktur yang berasaskan outcomes/hasil dari
aspek penggunaan teknologi secara inovatif dan kreatif dalam pembelajaran abad ke-21.
Taraf Bintang
SSQS
Tahun
2009
Tahun
2010
Tahun
2011
2-Bintang 7.8% 6.9% 4.1%
1-Bintang 2.6% 2.1% 1.1%
0
10
20
30
40
50
60
5 4 3 2 1
1.1
28.5
59.9
7.8 2.6 3.0
38.4
49.5
6.9 2.1
6.5
47.1 41.2
4.1 1.1
P
E
R
A
T
U
S
2009
2010
2011
PENILAIAN PRESTASI PEMBESTARIAN
SEKOLAH
61
PEMBANGUNAN KAPASITI
PROFESIONALISME
1
PENYIARAN
PENDIDIKAN
63
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
LAPORAN AKTIVITI BTP
65
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003 menekankan bahawa peralatan
teknologi yang dibekalkan di sekolah perlu digunakan secara maksimum bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Semua guru perlu
menerapkan penggunaan teknologi dan mengintegrasikan penggunaannya dalam P&P.
Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan, yang dilancarkan
oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada 12 Oktober 2010, menggariskan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Langkah itu meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan
generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.
Dasar ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Pembestarian Pendidikan yang
menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana bagi menggalakkan daya kreativiti
berkembang, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah. Empat asas yang menjadi teras dasar tersebut adalah seperti berikut:
• Pembangunan modal insan berterusan
• Penggunaan teknologi yang sesuai bagi mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada
dalam pendidikan
• Proses P&P
• Pengurusan pendidikan dengan menggunakan ICT.
Kajian SchoolNet Assessment and the Role of ICT in Education (2011) oleh The Boston
Consulting Group mencadangkan agar KPM mewujudkan komunikasi berkesan dalam
kalangan pegawai pendidikan, pentadbir sekolah dan guru bagi menangani pengurusan
perubahan di pelbagai peringkat dalam usaha membangunkan kompetensi ICT dalam
P&P. Bengkel Literasi Teknologi Pendidikan yang dilaksanakan dapat menjadi wahana
bagi merealisasikan cadangan tersebut.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Pembangunan modal insan melibatkan semua aktiviti dan
program untuk kemenjadian murid dan peningkatan
kompetensi guru dalam pengurusan serta P&P.
BENGKEL LITERASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
66
Bengkel ini menyokong usaha bagi meningkatkan kompetensi pegawai BTP, BTPN,
PTPB dan PKG berkaitan ICT dalam pendidikan bagi memantapkan Pembestarian
Sekolah Fasa 4 (Konsolidasi dan Kelestarian).
Bengkel Literasi Teknologi Pendidikan dilaksanakan bertujuan untuk:
• Meningkatkan kefahaman pegawai BTPN, PTPB dan PKG berkaitan Pelan
Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 dan peranan BTP dalam memastikan
kejayaan pelaksanaan 1BestariNet;
• Memberi kesedaran kepada pegawai BTP dan rangkaian serta guru berkaitan
literasi dan inovasi teknologi pendidikan dalam P&P abad ke-21;
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran literasi dan inovasi teknologi
pendidikan yang berteraskan ICT supaya dapat digabung jalin dalam P&P;
• Meningkatkan profesionalisme dan ketrampilan pegawai BTP dan rangkaian serta
guru dalam pelaksanaan P&P abad ke-21; dan
• Menyediakan platform bagi perkongsian maklumat dan idea dalam perancangan
dan pelaksanaan P&P berasaskan literasi dan inovasi teknologi pendidikan.
Bengkel yang telah dilaksanakan melibatkan metodologi seperti berikut:
• Pre-test secara online sebelum sesi bermula
• Taklimat dan ceramah
• Bahan bengkel dan tugasan dimuat naik ke URL: http://bibliografi.moe.edu.my
• Bengkel / Tugasan Kumpulan
• Aplikasi secara hands-on
• Tugasan dimuat naik melalui aplikasi web
• Sesi perbincangan, pembentangan dan rumusan
• Maklum balas peserta bagi setiap topik secara online
• Post-test secara online selepas bengkel tamat
Seramai 400 orang peserta terdiri daripada pegawai BTP, BTPN, PTPB dan PKG
menyertai bengkel yang telah diadakan di lima (5) zon. Hasil kajian pre-test yang
dilaksanakan, 99 peratus peserta mendapat peningkatan kemahiran literasi maklumat
menggunakan teknologi pendidikan.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Sebahagian peserta Bengkel Literasi Teknologi Pendidikan yang terdiri daripada
pegawai BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
67
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah. Pelaksanaan program ini
meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca dalam kalangan murid.
Program ini mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999, dengan Tahun Satu
di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah,
berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 13/1998:
Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Kemuncak kepada Program NILAM ialah Anugerah NILAM Kebangsaan. Anugerah
NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi Kementerian Pelajaran
Malaysia terhadap usaha gigih murid-murid yang telah mengambil bahagian secara aktif
dalam aktiviti Program NILAM di sekolah seluruh negara.
Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 telah diadakan pada 16 Julai 2011 bertempat
di Hotel Quality, Shah Alam. YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Tokoh NILAM Kebangsaan
Sekolah Rendah
Sharrada a/p Segeran
SK Convent Father Barre
Sungai Petani, Kedah
Tokoh NILAM Kebangsaan
Sekolah Menengah
Rubendran a/l Arumugam
SMK Pandan Jaya,
Pandan Jaya, Selangor
ANUGERAH NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM) KEBANGSAAN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
68
Kem Membaca 1Malaysia dengan tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”
merupakan satu acara terbesar di Malaysia yang melibatkan penyertaan 641,641 murid
sekolah dan melibatkan hampir 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Program besar-besaran kali keempat ini dijalankan selama satu minggu mulai 30
Oktober 2011 sehingga 5 November 2011 dan telah tercatat sebagai ‘The Most Number
of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam catatan Malaysian Book
of Records (MBOR).
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Puan
Rosnani Binti Mohamed Ali, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, yang mewakili
Timbalan Menteri Pelajaran, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, pada 2 November 2011 di
Dewan SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ia dilancarkan bersama kempen READ
2011: One Nation Reading Together yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan dengan kerjasama Scholastic Malaysia.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih sekali lagi pada tahun ini untuk menjadi
tuan rumah dan SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur telah terpilih sebagai lokasi majlis
pelancaran. Majlis ini dihadiri oleh pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan,
Bahagian Buku Teks, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, BTPN WP Kuala Lumpur,
JPN WP Kuala Lumpur, Pengetua, Guru Besar, Puan Linda Warfel, Timbalan Presiden
Pendidikan Rantau Asia Pasifik Scholastic Malaysia, murid dari sekolah berdekatan dan
wakil dari pihak media tempatan.
Rakan perkongsian pintar yang turut hadir memeriahkan majlis terdiri daripada
Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan
Negara Malaysia, Asia Foundation dan Scholastic Malaysia.
KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M 2011)
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
69
Perkembangan pesat dan inovasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
memungkinkan penyebaran maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Menyedari
hakikat ini, Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber
Pendidikan Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P&P Fasa 1,
2011 dilaksanakan. Kumpulan sasaran adalah 10,000 GPB dan GPM. Program
dilaksanakan secara berfasa mengikut zon. Tujuannya adalah untuk meningkatkan
kompetensi Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
sebagai penggerak utama dan agen perubahan (change agent) dalam melaksanakan:
• proses transformasi pendidikan
• meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan sumber
pendidikan berasaskan ICT
• menjadikan ICT sebagai pengupaya dalam mencapai kecemerlangan kualiti
pendidikan
Objektif bengkel adalah seperti berikut:
• meningkatkan kompetensi GPB dan GPM dalam mengguna dan mengintegrasikan
sumber pendidikan berasaskan ICT dalam P&P
• meningkatkan kadar penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan
berasaskan ICT dalam P&P di sekolah
BENGKEL MENGOPTIMUM PENGGUNAAN & PENGINTEGRASIAN
SUMBER PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK) P&P FASA 1, 2011
Fasilitator membantu para peserta bengkel ketika salah satu sesi hands-on
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
70
Pada tahun 2011, BTP telah melaksanakan beberapa siri bengkel. Antaranya Bengkel
Penyediaan Modul bagi Mengoptimum Peranan GPB & GPM yang terbahagi dua iaitu
Pembinaan Modul pada 22 hingga 24 Mac 2011 dan Pemurnian Modul pada 5 hingga 7
April 2011 .
Bengkel kedua adalah pelaksanaan Bengkel Jurulatih Utama (JU) bagi Bengkel
Mengoptimum Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK
dalam P&P ke arah pembestarian sekolah seperti berikut:
Semua Jurulatih Utama BTPN/PKG telah melaksanakan bengkel mengoptimum GPB
dan GPM di negeri masing-masing mulai Mei 2011. Pada umumnya, pelaksanaan
program ini telah dapat meningkatkan tahap bestari sekolah semua negeri. Bimbingan
yang diberikan semasa bengkel membolehkan GPB dan GPM mengoptimumkan
peranan mereka sebagai lead user di sekolah dan dapat membimbing guru-guru lain.
Walau bagaimanapun, modul yang digunapakai dalam program ini perlu ditambahbaik
selaras dengan pelaksanaan projek 1BestariNet serta pengenalan Virtual Learning
Environment (VLE) di semua sekolah.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
ZON TARIKH BTPN TERLIBAT
ZON UTARA 26 -28 April 2011 BTPN Kedah
ZON TENGAH 26 – 28 April 2011 BTPN Selangor
ZON TIMUR 3 – 5 Mei 2011 BTPN Pahang
ZON SELATAN 3-5 Mei 2011 BTPN Melaka
ZON SARAWAK 18 – 20 Mei 2012 BTPN Sarawak
ZON SABAH 24 -26 Mei 2012 BTPN Sabah
71
Bilangan GPB/GPM yang dilatih dalam Bengkel Mengoptimum Penggunaan dan
Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam P&P Fasa 1, 2011.
BTPN Sasaran
Bilangan GPB/GPM
Yang Akan Dilatih*
Bilangan GPB/GPM
Yang Telah Dilatih
JOHOR 565 565
KEDAH 360 360
KELANTAN 289 289
MELAKA 155 155
NEGERI SEMBILAN 232 42
PAHANG 363 70
PERAK 545 516
PERLIS 53 53
PULAU PINANG 198 198
SABAH 640 640
SARAWAK 724 196
SELANGOR 454 326
TERENGGANU 241 42
WP KL & PUTRAJAYA 158 30
WP LABUAN 52 52
JUMLAH 4,758 3,534
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
72
Program CyberSAFE in Schools telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
pada 24 September 2010 di SMK Tandek, Kota Marudu, Sabah. Program Cyber Security
Awareness for Everyone atau lebih dikenali sebagai CyberSAFE, adalah inisiatif
kerajaan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu teknikal
mahupun sosial yang dihadapi oleh pengguna-pengguna internet, terutamanya
mengenai bahaya dan ancaman yang dihadapi semasa melayari dunia siber.
Program CyberSAFE In Schools merupakan program kerjasama di antara KPM dan
MOSTI melalui agensi CyberSecurity Malaysia. Objektif program CyberSAFE in Schools
adalah untuk memberi kesedaran keselamatan siber dan meningkatkan pengetahuan
penggunaan internet secara selamat dalam kalangan guru dan murid sekolah. Program
ini menjadi sangat relevan kerana peningkatan internet dalam kalangan murid
menyebabkan mereka semakin terdedah kepada ancaman siber seperti kes buli dalam
talian atau cyberbullying, cybergrooming, cyberstalking, pencurian identiti orang lain
(identity theft) dan menciplak karya orang lain (plagiarism).
Sebagai usaha untuk melibatkan lebih banyak sekolah dan lebih ramai guru serta murid
menyertai Program CyberSAFE, BTP dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan
DiGi Telecommunications Bhd. melaksanakan peluasan CyberSAFE in Schools ke
seluruh negara mengikut enam (6) zon: Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara, Zon
Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak.
Program CyberSAFE in Schools dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan DiGi
Telecommunications Bhd. telah dilancarkan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi
(Timbalan Menteri Pelajaran II) pada 15 November 2011. Program CyberSAFE in
Schools dilaksanakan menggunakan dua pendekatan:
• Program dirancang dan diuruskan oleh BTP seperti bengkel dan seminar
menggunakan peruntukan sedia ada BTP; dan
• Program kesedaran yang dipohon oleh sekolah melalui www.cybersafe.my terus
kepada pihak CyberSecurity Malaysia.
PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR: CYBERSAFE IN SCHOOLS
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
73
Tujuan program ini diadakan ialah untuk:
• Mewujudkan kesedaran keselamatan siber dan meningkatkan pengetahuan
penggunaan internet secara selamat dalam kalangan guru dan murid sekolah.
• Mewujudkan kesedaran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara
selamat dan beretika dalam kalangan guru dan murid sekolah.
• Membantu guru membimbing murid dalam penggunaan internet secara selamat
dan beretika.
• Meningkatkan kemahiran ICT tambahan murid dan guru.
Sejak dilancarkan, program CyberSAFE in Schools telah melibatkan 80 buah sekolah,
1,655 orang guru dan 14,530 orang murid di seluruh negara. Program ini berjaya
melengkapkan murid dengan kemahiran ICT tambahan yang menyedari aspek
keselamatan semasa menggunakan ICT.
Pengisian bengkel bagi murid, guru dan ibu bapa merangkumi topik Kesedaran
Keselamatan Siber dan Penerokaan Siber, Google-Fu serta bagaimana membimbing
murid menggunakan laman sosial seperti FaceBook dengan selamat. Selain daripada
penganjuran bengkel, terdapat juga beberapa aktiviti dan pertandingan seperti
CyberSAFE Hunt dan Cyber Discovery Camp.
Murid-murid yang terlibat dengan Program CyberSAFE in Schools
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
74
Pelaksanaan program Perkongsian Awam-Swasta antara KPM dan Syarikat Maxis
Berhad ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT
(Pengajaran dan Pembelajaran) Bil. 3/2011 pada 26 April 2011.
Program ini menyediakan persekitaran pembelajaran maya (VLE) secara percuma
kepada murid dan guru di sekolah, tidak terhad kepada penggunaan dalam bilik darjah
atau makmal komputer sahaja. Ini bermakna program ini boleh digunakan di mana
sahaja setelah pengguna didaftarkan.
Pelaksanaan program ini juga merupakan pendekatan strategik yang menguntungkan
KPM kerana murid dan guru dapat memanfaatkan bahan yang ditawarkan dalam talian.
Sumbangan portal dan bahan dalam talian bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
adalah untuk menggalakkan e-pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya
pembelajaran abad ke-21. Sekolah dipilih berdasarkan keputusan SSQS 2010 dan
diambil kira berdasarkan infrastruktur ICT yang baik dan dapat menampung
pelaksanaan program ini.
Sebanyak 100 buah sekolah menengah terlibat di dalam pelaksanaan Fasa 1 program
ini. Untuk pelaksanaan awal, peserta daripada 30 buah sekolah dipilih bagi mengikuti
kursus serta bengkel pada tahun 2011.
Program Pembelajaran Maxis e-Kelas dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti
berikut:
• Menyokong usaha KPM untuk merapatkan jurang digital.
• Mengukuhkan pembelajaran Sains (termasuk Fizik, Kimia dan Biologi) dan Matematik
dengan menyediakan kandungan multimedia interaktif dalam talian.
• Menggalakkan guru dan murid mengintegrasi ICT dalam pembelajaran dan
pengajaran selaras dengan pembestarian sekolah.
• Mesyuarat kick off Pelaksanaan Program Pembelajaran Maxis eKelas telah
dilaksanakan pada 26 Mei 2011 di BTP. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah
BTP dan dihadiri oleh semua Ketua Sektor BTP, pegawai dari BPSBPSK, BPPDP,
BPKhas, BPI, BPTV, BPSH serta pegawai Maxis Berhad. Dalam mesyuarat tersebut,
taklimat berkenaan Program Pembelajaran Maxis eKelas telah diberikan.
PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR: PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN MAXIS e-KELAS
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
75
Bengkel Pembinaan Modul Program Maxis e-Kelas telah diadakan pada 7 hingga 8
Julai 2011 di BTPN Negeri Sembilan dengan dihadiri oleh seramai 31 orang pegawai
daripada BPI, JNJK, BPSBPSK, BTP, BTPN Melaka, Perak, Pahang, Selangor,
Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Maxis Berhad.
Modul-modul yang dibina dan dimurnikan semasa Bengkel tersebut adalah Modul Guru,
Modul Pentadbir, Modul Cabaran dan Modul Lawatan Sekolah. Modul Guru
membolehkan guru mengintegrasikan bahan Maxis e-Kelas dalam P&P di sekolah.
Modul Pentadbir memberi pendedahan kepada pentadbir mengenai ICT dalam
pendidikan. Modul ini membantu pentadbir untuk merancang dan memantau
pelaksanaan Maxis e-Kelas di sekolah mereka. Modul Cabaran adalah modul bagi
menggalakkan penggunaan Maxis e-Kelas. Modul Lawatan Sekolah adalah sebagai
alat pemantauan pelaksanaan Maxis eKelas dan sebagai bantuan atau sokongan
kepada sekolah yang terlibat.
Bengkel Pelaksanaan Program Maxis e-Kelas telah dilaksanakan di Hotel Peninsula
Residence All Suite, Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 Oktober 2011. Bengkel ini
menggunakan modul-modul yang telah dibina dan dimurnikan dalam bengkel di BTPN
Negeri Sembilan. Bengkel ini dihadiri oleh peserta daripada 30 buah sekolah rintis
Program Maxis eKelas. Setiap sekolah diwakili oleh seorang pengetua, seorang
pentadbir program Maxis e-Kelas, seorang guru Matematik dan seorang guru Sains.
Susulan daripada bengkel ini, cabaran Maxis e-Kelas diadakan. Cabaran Maxis e-Kelas
dibahagikan kepada Cabaran Sekolah dan Cabaran Murid. Bagi Cabaran Sekolah, satu
laporan amalan terbaik pengintegrasian perlu disediakan oleh pentadbir dan guru.
Maxis e-Kelas dalam P&P. Laporan tersebut dihantar kepada urus setia mulai
16 November 2011 sehingga 24 Februari 2012 melalui e-mel [email protected].
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Peserta Bengkel Pelaksanaan Program Pembelajaran dalam Talian
Maxis eKelas di BTPN Negeri Sembilan pada 7 – 8 Julai 2011
76
Program terangkum dalam aktiviti perkongsian pintar yang menguntungkan KPM tanpa
implikasi kos pembelian peralatan dan infrastruktur kerana perkongisan pintar ini
merupakan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) Syarikat
ELMO Japan Ltd.
Program perkongsian pintar ini adalah untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam
pendidikan dan merupakan pendekatan strategik yang menguntungkan KPM kerana
murid dan guru dapat memanfaatkan bahan yang ditawarkan dalam talian.
Pihak syarikat telah menghadiahkan 12 unit ELMO Classroom Solution kepada KPM.
Sepuluh (10) penerima Fasa 1 terdiri daripada enam (6) buah sekolah, dua (2) buah
IPGM, BTPN WPKL dan ibu pejabat BTP. Dua (2) unit akan diserahkan kepada
sekolah pada 2012. Senarai agihan adalah seperti berikut:
• IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa, WP Kuala Lumpur
• IPGM Kampus Ilmu Khas, WP Kuala Lumpur
• BTPN WP Kuala Lumpur
• Ibu Pejabat BTP
• SJK(T) Vageesar, Kuala Selangor
• SJK(C) Aik Thee, Kuala Selangor
• SK Putrajaya Presint 8 (2), Putrajaya
• SAM Muhammadiah, Pekan Sabak, Selangor
• SMK Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor
• SK Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek, Selangor
Majlis penyerahan ELMO CRS di Hotel Eastin, Petaling Jaya pada 1 Mac 2011 telah
disempurnakan oleh Pengarah BTP.
Dua sesi latihan Jurulatih Utama (JU) Pengintegrasian ELMO CRS dalam P&P telah
dilaksanakan pada bulan Februari 2011 untuk lapan (8) orang JU dari IPGM Kampus
Ilmu Khas dan IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa.
Satu sesi latihan telah dianjurkan bagi 24 orang guru Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik dari enam (6) buah sekolah penerima unit ELMO CRS.
Guru berperanan sebagai jurulatih di peringkat sekolah.
PERKONGSIAN PINTAR:
PROGRAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI ELMO
CLASSROOM SOLUTION (CRS) DALAM P&P
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
77
Satu pemantauan penggunaan ELMO CRS telah dilaksanakan di enam (6) buah
sekolah, dua (2) buah IPGM, BTP & BTPNWPKL pada 4 hingga 15 Julai 2011 untuk
mengenal pasti dan melaporkan penggunaan ELMO CRS oleh guru.
Satu lawatan pemantauan penggunaan ELMO CRS di tiga (3) buah sekolah dan di
IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa telah dijalankan pada 22 hingga 23 Ogos 2011
untuk meninjau penggunaan ELMO CRS oleh pensyarah IPG.
Majlis penyerahan ELMO CRS kepada IPGM dan sekolah
di Hotel Eastin Petaling Jaya (Februari 2011)
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
78
PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR KPM-ELMO JAPAN:
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI ELMO
CLASSROOM SOLUTION (CRS) DALAM P&P 2011
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
79
Pada tahun 2010, BTP telah berjaya melaksanakan satu simposium pendidikan yang
bertemakan Trend Gaya Pembelajaran Abad Ke-21 dengan kerjasama rakan
perkongsian pintar Oracle Education Foundation. Kesinambungan daripada program
tersebut, Simposium Pendidikan Ke-2 yang bertema Rangkaian Kolaborasi Pendidikan
(Educational Networking) telah dicadangkan.
Simposium pendidikan yang dianjurkan oleh Sektor Pembestarian Sekolah, BTP adalah
satu program intervensi untuk membantu guru serta pegawai pendidikan memahami
dan menangani cabaran-cabaran pembelajaran abad ke-21. Simposium ini adalah satu
perkongsian pengalaman, idea dan pendapat antara peserta dan ahli panel yang terdiri
daripada guru, ahli akademik dan industry player. Kesedaran guru membolehkan
mereka mengaplikasi pedagogi bersesuaian bagi melahirkan modal insan yang
mempunyai kemahiran berfikir tahap tinggi (higher order thinking skills), inovatif dan
kreatif sebagai tenaga kerja mahir, berkualiti dan berdaya saing.
Simposium Pendidikan 2011 dianjurkan bagi mencapai objektif berikut:
• Menyediakan platform perkongsian ilmu tentang rangkaian kolaborasi pendidikan
(educational networking) kepada guru, murid, pegawai BTP, BTPN dan JPN.
• Membantu meningkatkan kesedaran peserta tentang etika penggunaan rangkaian
kolaborasi pendidikan dan mengaplikasikan pengetahuan yang dikongsi dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
• Membantu peserta mengoptimum tanggungjawab mereka sebagai agen perubahan
dalam transformasi pendidikan.
Tajuk-tajuk ceramah yang dibentangkan adalah seperti berikut:
• Delivering Communication and Collaboration, Cross-Platform and Community
Services oleh Hanson Toh, Malaysia Country Consultant Google, Inc.
• Interactive and Creative Learning in Class Using ICT Classroom Solutions oleh
Jason Lui, Pengurus Besar ELMO Company Limited
• Securing Your Online Identity: The Danger of Social Media oleh Aaron Mokhtar,
CyberSecurity Malaysia
• Educating For The Future oleh Farad Alhusaini
• Teaching With Projects – A Personal Experience oleh Sawaran Jit Kaur, Kolej Tun
Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak.
SIMPOSIUM PENDIDIKAN 2011 RANGKAIAN KOLABORASI
PENDIDIKAN (EDUCATIONAL NETWORKING)
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
80
REPOSITORI & RANGKAIAN
81
KEJURUTERAAN
83
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
LAPORAN AKTIVITI BTP
85
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
Bahagian Teknologi Pendidikan telah membangunkan satu sistem sokongan bersepadu
bagi menyokong dan membantu menjayakan semua program dan aktiviti yang
dilaksanakan. Sistem ini merangkumi sokongan kepada pembangunan sumber manusia
(latihan), prasarana tempat kerja, khidmat teknikal dan kejuruteraan.
Sebanyak lima (5) program lawatan kerja, kursus, seminar, persidangan, tugas rasmi
luar negara telah diuruskan bagi 20 orang pegawai BTP dalam tahun 2011 di bawah
peruntukan one-off luar negara BTP atau tajaan agensi luar. BTP telah mengharumkan
nama KPM melalui sesi dialog, mesyuarat dan pembentangan berkaitan pencapaian
pengintegrasian inisiatif ICT dalam pembestarian sekolah.
Sebanyak 151 program latihan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan fungsi
BTP telah diuruskan. Seramai 1,795 staf telah dilatih dalam bidang utama seperti dalam
jadual Ringkasan Pelaksanaan Latihan Tahun 2011 berikut:
Ringkasan Pelaksanaan Latihan Tahun 2011
Bil. Bidang Bil. Kursus Peserta
1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 52 955
2 Media / Penerbitan 22 282
3 Pengurusan & Pentadbiran 31 165
4 Pembangunan Sumber Manusia (Kemahiran Generik) 26 281
5 Program Menyokong Dasar MBMMBI 6 30
6 Program ‘Nilai’ 14 82
Jumlah 151 1795
Bil. Nama Program/ Tempat Tarikh
1 E-Learning Korea 2011 Conference (Seoul, Korea) 6 - 7 September 2011
2 The 21st Round of APEC E-Learning Training
Program (Korea) 5 - 13 Oktober 2011
3 Guest Education Training At Jeollanamdo Office Of
Education (Jeollanamdo, Korea) 5 - 14 Oktober 2011
4 Japan Prize 2011 CrossMedia Forum (Tokyo,
Jepun) 21 - 28 Oktober 2011
5
UNESCO International Expert Meeting on ICT in
Education Indicators of E-School (Hangzhou,
China)
13 - 15 Disember 2011
Ringkasan Pelaksanaan Program Lawatan Luar Negara Tahun 2011
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
Ringkasan Pelaksanaan LatihanTahun 2011
86
Se
na
rai se
min
ar
dan la
tiha
n k
e lu
ar
neg
ara
ya
ng
te
lah d
ihad
iri p
eg
aw
ai B
TP
pada 2
01
1:
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
PE
RS
IDA
NG
AN
/SE
MIN
AR
A
NJ
UR
AN
/TE
MP
AT
/TA
RIK
H
WA
KIL
BT
P
PE
NC
AP
AIA
N
1st e
-IC
ON
Wo
rld
Co
nte
st
(e-L
ea
rnin
g In
tern
ati
on
al
Co
nte
st
of
Ou
tsta
nd
ing
Ne
w A
ges
)
Ke
me
nte
ria
n
Pe
laja
ran,
Sa
ins
& T
ekn
olo
gi K
ore
a S
ela
tan d
an
Mic
rosoft
d
i S
eou
l,
Ko
rea
Se
lata
n.
17 –
25 F
eb
ruari
201
1
Tu
an
Haji Z
ain
ud
in b
in A
bb
as
KS
Re
sos P
em
be
laja
ran
(me
ng
irin
gi g
uru
& m
urid
Seko
lah B
esta
ri)
Be
st
Co
lla
bo
ratio
n T
eam
(Ka
teg
ori P
ela
jar)
Inte
rnati
on
al
Co
nfe
ren
ce
on
e-E
du
cati
on
an
d
e-L
ea
rnin
g (
ICE
EL
) 2
01
1
Pa
ris,
Pera
ncis
24 –
26 J
un
2011
Da
to’
Dr.
Sit
i Z
ale
ha b
inti
Ab
du
lla
h S
an
i
Pe
ng
ara
h B
TP
W
akil M
ala
ysia
da
n K
PM
As
ia P
acif
ic M
inis
teri
al
Fo
rum
on
IC
T i
n
Ed
uc
ati
on
(A
MF
IE)
2011
UN
ES
CO
A
sia
&
P
acific
Re
gio
na
l B
ure
au
o
f E
du
catio
n
dan
In
tel C
orp
ora
tion
di M
an
ila
,
Filip
ina
13 -
14 J
ula
i 2
01
1
Pu
an
Haw
a b
inti
Ha
ji S
aid
Tim
bala
n P
eng
ara
h B
TP
Pu
an
Van
ida
bin
ti K
rish
na
Se
kto
r P
eng
uru
san S
tra
teg
ik
Wakil M
ente
ri P
ela
jara
n
Ma
laysia
(P
em
be
nta
ng
an
kert
as k
erj
a
“The
Ma
laysia
n
Sm
art
Sch
oo
l E
va
luatio
n”)
E-L
ea
rnin
g K
ore
a 2
01
1
Co
nfe
ren
ce
– 3
rd F
EA
LA
C
Ex
pe
rt M
eeti
ng
on
Cu
rre
nt
Issu
es
Se
ou
l, K
ore
a S
ela
tan
6 –
9 S
ep
tem
ber
201
1
Da
to’
Dr.
Sit
i Z
ale
ha b
inti
Ab
du
lla
h S
an
i
Pe
ng
ara
h B
TP
Wakil M
ala
ysia
dan
KP
M
(Je
mp
uta
n d
ari k
eduta
an
Re
pu
blik K
ore
a S
ela
tan
)
21
st R
ou
nd
AP
EC
e-L
ea
rnin
g T
rain
ing
(Ae
LT
) P
rog
ram
me
Institu
te o
f A
PE
C C
olla
bo
rative
Ed
uca
tion
, K
ore
a
(IA
CE
) d
i
Bu
san
d
an
S
eou
l,
Ko
rea
Se
lata
n
4 -
13 O
kto
ber
201
1
Pu
an
Va
nid
a b
inti
Kri
sh
na
Se
kto
r P
eng
uru
san S
tra
teg
ik
Be
st
Co
lla
bo
ratio
n A
ward
for
Tea
m P
roje
ct (M
ala
ysia
da
n
Sa
kh
a-R
ussia
)
87
Bahagian Teknologi Pendidikan komited terhadap membangunkan kapasiti
profesionalisme pegawainya dan memastikan pengekalan kecemerlangan perkhidmatan
para pegawainya selaras dengan usaha memastikan inisiatif ICT sebagai landasan
utama pendidikan di abad ke-21 tercapai.
Selaras dengan saranan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor
Dasar dan Pembangunan Pendidikan terhadap ’focus on people’, BTP menjadikan
bengkel ini sebagai satu platform pembangunan ’kepegawaian’ bagi para pegawai dari
pelbagai peringkat. Peserta bengkel diberi peluang untuk melalui sesi perkongsian
amalan terbaik menerusi seminar, lawatan kerja dan dialog di samping memperkasakan
tadbir urus yang menitikberatkan integriti serta mampu membudayakan kecemerlangan
perkhidmatan mereka kepada rakan-rakan sejawat.
Bengkel ini membantu mengukuhkan pemahaman para peserta terhadap dasar-dasar
negara seperti Pelan Transformasi Ekonomi (Government Transformation Plan (GTP)),
Bidang Keberhasilan Utama Negara (Natiional Key Result Area), Aktiviti Ekonomi Utama
Nasional (National Key Economic Areas (NKEA)) dan 1BestariNet.
Sebagai jentera penggerak negara, para peserta perlu mempunyai kefahaman yang jitu
tentang dasar-dasar negara bagi melaksanakan tugas mereka dan memenuhi hasrat
KPM dalam menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran abad ke-21. Bengkel ini
dilaksanakan bagi tujuan mencapai objektif seperti berikut:
• Menganalisis amalan sedia ada dan amalan terbaik (best practises) untuk pemetaan
hala tuju fungsi BTP
• Menjalin budaya kerja cemerlang sebagai fokus oleh setiap pegawai dalam
menetapkan KPI di semua peringkat
• Mengekalkan kecemerlangan pegawai dalam perkhidmatan bagi menjamin
pencapaian aspirasi negara
• Melahirkan role model di kalangan pegawai-pegawai cemerlang bagi membudayakan
kecemerlangan perkhidmatan kepada rakan sejawat. Sesi taklimat, dialog dan
lawatan meletakkan penanda aras baru dalam prestasi kerja KPI pegawai.
BENGKEL MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN
DALAM PERKHIDMATAN BTP, BTPN, PTPB DAN PKG 2011 DAN
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG BTP 2010
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
88
Pembangunan dan pembudayaan ICT dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan
agenda dalam Pembestarian Sekolah di mana penggunaan ICT sebagai pengupaya
pedagogi dan pengurusan sekolah merupakan antara pemangkin kejayaan Pelan
Transformasi Kerajaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa usaha berterusan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kecekapan sumber manusia dalam kalangan pegawai
terutamanya di BTP, BTPN, PTPB dan PKG perlu dititikberatkan bagi membangunkan
profesionalisme kepegawaian yang berpengetahuan (knowledge workers), mempunyai
penguasaan ICT, tadbir urus yang baik (good governance), sentiasa bersedia menerima
dan memberi respon kepada harapan stakeholders dan pelanggan yang semakin
meningkat. Lonjakan ini dibuat melalui inisiatif ICT yang menjadi fungsi utama BTP.
Seminar ini telah diadakan di Hotel Quality, Shah Alam, Selangor dan dihadiri oleh 110
orang peserta. Objektif bagi Seminar Pengukuhan Profesionalisme: Penyediaan
Perancangan Strategik bagi Melaksanakan 1BestariNet adalah seperti berikut:
• Memahami secara jelas Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 dan peranan
setiap Sektor dalam mencapai objektif pelan tersebut
• Memahami secara jelas pelaksanaan 1BestariNet dan peranan BTP dalam
pelaksanaannya selama 15 tahun (5+5+5). Mengubah perspektif peserta terhadap
pendekatan penyelasaian masalah dari berfikir secara inside-out kepada outside-in
serta penyesuaian dan penambahbaikan business process sedia ada
• Mengenali dan melihat bagaimana e-Bahan dapat digunakan dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran maya berasaskan ICT
• Mengenali dan melihat bagaimana EduwebTV dapat digunakan dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran maya berasaskan ICT
• Mengenali dan memahami Kemahiran Abad Ke-21 sebagai “bentuk dan fungsi"
pengajaran dan pembelajaran yang memanfaatkan teknologi baru dan pedagogi yang
lebih mantap berdasarkan kajian-kajian terkini.
SEMINAR PENGUKUHAN PROFESIONALISME DAN PENYEDIAAN
PERANCANGAN STRATEGIK MELAKSANAKAN 1BESTARINET
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
89
Para pembantu tadbir dan staf kumpulan sokongan merupakan ahli-ahli yang penting di
dalam sesebuah organisasi. Tanpa sokongan padu daripada mereka, kelancaran
perjalanan organisasi akan terjejas. Oleh kerana pejabat merupakan pusat atau nerve
centre bagi sesebuah organisasi, keberkesanan sistem pentadbirannya akan hanya
dapat dicapai jika para pembantu tadbir dan staf kumpulan sokongan memahami dan
mengamalkan prinsip kualiti dan peningkatan diri yang berkesan.
Bengkel Pembangunan Pembantu Tadbir dan Kumpulan Sokongan (AKS) 2011 disusun
khusus untuk memberi pendedahan kepada konsep kualiti dan pembangunan diri dan
membawa peserta melihat dari perspektif organisasi yang lebih luas melewati skop
tugas mereka seharian. Bengkel ini telah dilaksanakan di BTPN Terengganu dari 10
hingga 13 Oktober 2011 dengan melibatkan 40 orang AKS.
Pendekatan praktikal yang melibatkan peserta secara aktif dan berpusatkan kepada
aktiviti harian di pejabat secara khusus telah digunakan dalam keseluruhan
program. Objektif Bengkel Pembangunan Pembantu Tadbir dan Kumpulan Sokongan
(AKS) Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 adalah seperti berikut:
• Menjalankan tugas seharian dengan lebih kompeten dan objektif selaras dengan visi
dan misi organisasi
• Merancang tugas harian secara lebih sistematik dan menggunakan sumber dengan
cekap dan berkesan
• Melaksanakan tanggungjawab terhadap organisasi dengan penuh komitmen sesuai
dengan tuntutan dan cabaran kini
• Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan pelanggan dalaman dan luaran
serta mengamalkan prinsip kualiti dalam setiap aktiviti yang dilakukan di tempat kerja
• Meningkatkan tahap etika dan nilai-nilai murni dalam menyampaikan perkhidmatan
kepada umum.
BENGKEL PEMBANGUNAN PEMBANTU TADBIR DAN
KUMPULAN SOKONGAN (AKS) BTP 2011
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
90
KHIDMAT KEJURUTERAAN
Sektor Kejuruteraan di BTP memberi khidmat sokongan dan peralatan bagi liputan
siaran langsung, rakaman langsung, suntingan dan rakam salin bagi penerbitan
rancangan kurikulum dan ehwal semasa untuk EduwebTV. Selain daripada itu, Sektor
Kejuruteraan juga bertanggungjawab untuk mengurus penyenggaraan sistem elektrikal
dan mekanikal serta memastikan keselamatan bangunan dan sistem penggera di
Kompleks BTP berfungsi dengan baik.
Liputan rakaman menggunakan Van Siaran Luar (Outside Broadcast Van – OB Van)
yang menggunakan teknologi high definition (HD) adalah sebuah studio bergerak untuk
membuat liputan multiple camera production (MCP) di luar kawasan ibu pejabat BTP.
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
91
Sektor Kejuruteraan juga memberi kemudahan serta perkhidmatan bantuan teknikal di
BTP khususnya dan bagi majlis anjuran Bahagian-bahagian di KPM amnya.
Kemudahan dan bantuan teknikal yang diberikan adalah dari segi siaraya, audio visual,
playback video dan pelbagai lagi bantuan teknikal. Antara program yang melibatkan
perkhidmatan bantuan teknikal yang telah diberikan adalah seperti berikut:
• Perhimpunan Bulanan di BTP pada setiap bulan sepanjang tahun 2011
• Pegawai tunggu sedia di bilik – bilik mesyuarat di BTP khususnya dan di KPM amnya
bagi memastikan semua peralatan audio visual seperti conference microphone, skrin,
projector LCD dan playback bahan video berfungsi dengan sempurna
Antara program yang menggunakan perkhidmatan siaraya di Auditorium BTP:
• Lawatan Kerja dan Lawatan Sambil Belajar
• Taklimat ICT, Taklimat Sebut Harga, Taklimat Fire Prevention
• Seminar Keselamatan ICT
• Majlis Graduasi atau Mini Konvokesyen sekolah-sekolah berhampiran BTP
• Perasmian Majlis Anugerah Tawaran Baru Pengetua
• Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang BTP dan KPM
• Pertandingan Pertunjukan Sains oleh Petrosains
KEMUDAHAN SERTA PERKHIDMATAN BANTUAN TEKNIKAL
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
92
Taklimat Kesedaran Keselamatan ICT yang diberikan kepada semua warga BTP dan
rangkaian serta pengedaran dokumen Dasar Keselamatan ICT KPM merupakan
sebahagian daripada aktiviti yang selaras dengan Penarafan Star Rating MAMPU.
Objektif taklimat adalah:
• Memberi pendedahan kesedaran keselamatan ICT kepada warga BTP dan rangkaian
• Menambah pengetahuan keselamatan ICT dan cara menanganinya
• Memahami, mematuhi dan bersikap bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang
insiden keselamatan ICT
• Mempromosikan Dasar Keselamatan ICT KPM.
Majlis taklimat telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Soon Seng Thah, Timbalan Pengarah
Pembangunan Teknologi Pendidikan yang mewakili YBhg. Puan Rosnani binti
Mohamed Ali, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan pada 10 November 2011 di
Auditorium BTP. Warga BTP/BTPN/PKG yang menghadiri taklimat tersebut telah diberi
pendedahan dan penerangan yang jelas daripada penceramah-penceramah yang
berpengalaman berkaitan keselamatan ICT serta cara menanganinya, iaitu:
• Jenayah Siber: Bagaimana Menyekat Ancaman Siber
– Encik Rahmat Abu Nong, SKMM
• Jangan Biarkan Virus Menghantui Anda
– Encik Mohanakumar Naidu, KAV
• Anak Ketagih Berinternet
– Puan Irma Diana binti Md. Ali, Websense Malaysia
• Cybersafe Security Awareness, Please Hack Me Now!
– Encik Jazannul Azriq bin Aripin, Cybersecurity Malaysia
Tema taklimat yang dipilih; “Selamat Sebelum Sesal” adalah sangat sesuai dan
bertepatan bagi mengingatkan semua warga BTP dan rangkaian tentang kepentingan
untuk sentiasa mematuhi dan mengamalkan Dasar Keselamatan ICT KPM sebelum
diserang virus, digodam, disalah guna dan diperdaya mendapatkan maklumat sulit.
TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN ICT
YBrs. Dr. Soon Seng Thah menyampaikan ucapan
perasmian program tersebut.
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
93
Kontrak bagi perkhidmatan untuk Projek EduwebTV di antara Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan Zeal Hi-Tech Solution Sdn. Bhd. telah bermula pada 1 Mac 2008 dan
tamat pada 28 Februari 2011.
Semua kerja yang telah dijalankan oleh pihak syarikat yang berkaitan dengan
pengurusan EduwebTV seperti pengurusan dan pengoperasian Pusat Data, preventive
maintenance (PM), corrective maintenance (CM), pengurusan pangkalan data
(database), pemantauan, video streaming, penyediaan laporan dan sistem pengurusan
bahan (CMS) telah diambil alih sepenuhnya oleh BTP bermula 1 Mac 2011.
Seramai 10 orang pegawai BTP dari Pasukan Kerja EduwebTV telah menghadiri sesi
Training-of-Trainer (TOT) EduwebTV seperti yang dipersetujui di dalam kontrak
EduwebTV. Mereka bertanggungjawab untuk memberi latihan asas penyenggaraan
kepada pegawai-pegawai pelapis di peringkat BTPN/PKG.
Objektif latihan ini adalah untuk:
• Memberi pendedahan dan latihan asas penyenggaraan kepada pegawai pelapis di
peringkat BTP dan BTPN bagi pengurusan di Pusat Data Wilayah EduwebTV di
Kuantan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
• Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pegawai-pegawai pelapis di peringkat
BTPN bagi mengurus, menyenggara dan melaksanakan operasi Pusat Data Wilayah
EduwebTV.
• Mengurangkan kos tuntutan perjalanan pegawai BTP kerana pelaksanaan preventive
maintenance (PM) dan corrective maintenance (CM) dilaksanakan oleh Kumpulan
Penyenggaraan Pusat Data Wilayah EduwebTV di peringkat BTPN yang berhampiran
dengan Pusat Data Wilayah EduwebTV.
• Secara keseluruhannya, enam (6) orang pegawai BTP, 20 orang pegawai BTPN dan
16 orang pegawai PKG telah diberikan latihan.
• Susulan daripada pendedahan dan latihan yang diberikan, penyenggaraan dan
pemulihan Pusat Data EduwebTV di Pusat Data Cyberjaya, Pahang, Johor, Pulau
Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching telah dapat dilaksanakan dengan lancar.
KHIDMAT SOKONGAN EDUWEBTV:
LATIHAN ASAS PENYENGGARAAN PUSAT DATA EDUWEBTV
PEGAWAI PELAPIS BTP, BTPN DAN PKG YANG DILANTIK
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
94
Sejak tahun 2006, Lightweight Directory Access Protocol (LDAP) telah diguna pakai
semasa projek Web School Management System (WSMS) di bawah kendalian Telekom
Smart School Sdn. Bhd. (TSS). Lesen Novell Access Manager termasuk LDAP bernilai
USD61,000 bagi 60,000 pengguna telah didaftarkan di bawah KPM. Namun demikian,
lesen tersebut tidak diguna pakai selepas projek WSMS ditamatkan.
Perkembangan pembangunan aplikasi-aplikasi pendidikan bagi pengurusan serta
pengajaran dan pembelajaran atas talian semakin meningkat. Di antaranya EduwebTV,
MyGfL, EMIS, SPS, LMS, SPPICTS, SSQS, Support Ticketing System (STS) dan lain-
lain. Setiap aplikasi mempunyai pengenalan pengguna (ID) dan kata laluan masing-
masing. Ini telah menimbulkan isu keselamatan bagi sesuatu aplikasi terutamanya
authentication, authorization, data duplication dan vulnerabilities.
Berdasarkan analisis log masalah yang dilaporkan kepada Meja Bantuan EduwebTV,
didapati bahawa kebanyakan masalahnya adalah dalam kategori authentication, iaitu
lupa kata laluan, tidak boleh login, cara bagaimana login dan sebagainya.
Memandangkan semua inisiatif aplikasi dibangun dan dilaksanakan di bawah bahagian
dan jabatan masing-masing, lama-kelamaan KPM akan mengalami banyak kesulitan
dalam menguruskan sistem dan aplikasi pendidikan tersebut secara sistematik.
Sehubungan dengan itu, cadangan pelaksanaan POC Single Sign-on (SSO) dan
authentication aplikasi pendidikan KPM telah dibentangkan dan diluluskan dalam
Mesyuarat JKPICT (P&P) Bil. 3/2010 pada 29 Jun 2010. Pelaksanaan POC SSO ini
bertujuan untuk mengenal pasti dan mencadangkan apa-apa pendekatan penyelesaian
bersepadu SSO dan authentication terbaik bagi pengurusan capaian aplikasi-aplikasi
KPM di sekolah.
PELAKSANAAN PROOF OF CONCEPT (POC) SINGLE SIGN ON
(SSO) DAN AUTHENTICATION APLIKASI PENDIDIKAN KPM
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
95
Pelaksanaan POC SSO telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2011 dengan kerjasama
Novell, TM, GITN, FTS, RASB, KPM dan MAMPU. Dapatan pengujian POC SSO adalah
seperti berikut :
Skop POC
SSO
Aktiviti
Pengujian
POC SSO
Dapatan/Catatan
Novell
eDirectory
sebagai
central
LDAP
authenticat
ion
Simplifying
User Creation
for SPS and
LMS
Pengguna (murid dan guru) disahkan
(authenticated) dalam central LDAP. Central
LDAP merupakan repositori tunggal (single
repository) untuk pengurusan semua profil
pengguna sedia ada dan akan datang.
Menyediakan platform SSO bagi
pelaksanaan aplikasi pendidikan dan
keperluan KPM pada masa hadapan.
Integrasi
LMS dan
SPS
kepada
central
LDAP
(Novell
eDirectory)
Verify LDAP
Integration
Pendaftaran (create) pengguna (murid dan
guru) baru dalam SPS berjaya diwujudkan
(created) dalam central LDAP.
Pengintegrasian tersebut membolehkan
pengguna tersebut login kepada LMS tanpa
daftar semula dalam LMS.
Web Single
Sign On
(WebSSO)
ke SPS
SPS Access
with
centralized
LDAP
Authentication
Pengguna berjaya akses ke SPS melalui
LDAP berdasarkan ID yang wujud dalam
central LDAP.
SSO ini mengurangkan isu pengenalan
pengguna (ID), kata laluan yang dilupakan
pengguna dan pengoperasian teknikal.
Web Single
Sign On
(WebSSO)
ke LMS
LMS Access
with
centralized
LDAP
Authentication
Pengguna berjaya akses ke LMS melalui
LDAP berdasarkan ID dalam LDAP.
SSO ini mengurangkan isu pengenalan
pengguna (ID) dan pengguna terlupa kata
laluan serta pengoperasian teknikal.
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
96
Antara maklum balas yang diperolehi daripada pengujian POC SSO adalah:
• Penyelesaian Novell LDAP sesuai digunakan untuk melaksanakan SSO secara:
– pelaksanaan ‘Quick Win’
– memilih beberapa sekolah yang berlainan lokasi dan persekitaran infrastruktur
rangkaian yang berbeza
– mengkaji keperluan kos mengikut fasa
– Melaksanakan kajian impak terhadap penyelesaian ‘Quick Win’ sebelum
diperluaskan ke fasa seterusnya
• Boleh atau sesuai dilaksanakan terhadap aplikasi yang tersedia sama ada
centralized/distributed – tidak perlu menunggu centralize database SPS
• Mengkaji dan merancang untuk dilaksanakan rintis di sekolah-sekolah bagi melihat
keberkesanan POC SSO dalam infrastruktur sekolah dari segi implementasi
• Perlu mengkaji dan meneliti sama ada central SSO server mampu menampung
jumlah pengguna yang sangat banyak dalam satu masa yang sama (concurrent
login user)
• Tempoh masa login (wait respond) perlu diperbaiki lagi.
• Antara muka Web SSO kurang menarik.
Pihak-pihak yang telah bekerjasama menjayakan Proof of Concept Single Sign On
(POC SSO)
SISTEM SOKONGAN BERSEPADU
97
PENGURUSAN LITERASI
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
99
• Pemilihan Tokoh NILAM 2011 • Program Khemah Membaca 2011 • Laporan Aktiviti Peringkat Negeri
LAPORAN AKTIVITI BTPN
101
Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina
tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan sasaran untuk mewujudkan
budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Beberapa program galakan
membaca dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan melalui aktiviti asas,
pemupukan dan pengayaan. Program Pemilihan Tokoh NILAM adalah salah satu
program yang memberi penghargaan kepada pelajar yang telah melaksanakan
Program NILAM dengan cemerlang.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PEMILIHAN TOKOH NILAM 2011
Saat mendebarkan bagi seorang peserta
ketika sesi penilaian individu
Urus Setia sedang sibuk
menguruskan pendaftaran murid.
Antara pemenang Tokoh NILAM Peringkat Negeri
102
Program Khemah Membaca 2011 merupakan satu lagi program selain daripada
Pemilihan Tokoh NILAM 2011, yang dilaksanakan bersempena dengan Program
Galakan Membaca di sekolah yang mengumpulkan murid-murid setelah program ini
membabitkan aktiviti-aktiviti pembacaan yang berteraskan pelajaran.
Program Khemah Membaca 2011 juga merupakan satu wahana yang dapat
meningkatkan pencapaian program NILAM di samping menjadi pemangkin
kecemerlangan prestasi akademik murid-murid. Para peserta menjalankan pelbagai
aktiviti yang telah dirangka, di samping berinteraksi, bekerjasama dan saling membantu
semasa menjayakan tugasan yang diberikan.
Objektif utama program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta
tentang kemahiran asas membaca bagi mendapatkan hasil yang optimum dan melatih
peserta untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti pembacaan untuk mencerap maklumat
dengan lebih berkesan.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PROGRAM KHEMAH MEMBACA 2011
Antara aktiviti yang dijalankan semasa perlaksanaan Program Khemah Membaca
adalah lawatan ke Pusat Sumber BTP, pertandingan bercerita dan resensi buku .
103
Pada tahun 2011, BTPN Johor telah membantu SMK Agama Segamat selaku sekolah
tunggal yang menerima projek LMS di negeri Johor untuk berkongsi pengetahuan dan
kemahiran penggunaan LMS dengan sembilan (9) buah Sekolah Bestari Perdana, lima
(5) buah Sekolah Bestari Luar Bandar dan 35 buah sekolah harian terpilih. LMS
merupakan aplikasi untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
BTP bersama MAMPU melaksanakan projek rintis bermula pada 25 Mac 2009 sehingga
24 Mac 2013.
Objektif mewujudkan LMS ialah membentuk satu persekitaran perkongsian pengajaran
dan pembelajaran ke arah pembestarian sekolah. Ia juga memanfaatkan sepenuhnya
kemudahan ICT sedia ada seperti server, Makmal Pengkomputeran, Pusat Akses
Sekolah, Projek NetBook 1Malaysia, rangkaian internet, wireless dan Projek Rangkaian
CAT-6. Projek LMS turut memberikan laluan kepada pihak komuniti khasnya ibu bapa
dan penjaga untuk memantau prestasi pembelajaran murid dengan kebenaran akses ke
sistem ini.
Dua (2) mata pelajaran telah dipilih iaitu Sejarah bagi sekolah menengah dan Kajian
Tempatan bagi sekolah rendah. Guru-guru pakar peringkat negeri bagi kedua-dua mata
pelajaran telah membantu menyediakan isi kandungan yang bertepatan dengan
sukatan pelajaran. Penambahbaikan sentiasa dilakukan terhadap bahan-bahan sedia
ada seperti contoh berikut:
• Persediaan migrasi ke pelantar VLE apabila 1BestariNet dilaksanakan sepenuhnya.
• Menambah aktiviti-aktiviti dalam isi kandungan seperti kuiz, ujian topik, ujian bulanan,
ujian penggal dan peperiksaan online.
• Proses penyenggaraan server yang dilakukan oleh GPB atau Guru Penyelaras
ICT(GICT)
LAPORAN AKTIVITI BTPN
JOHOR
PERLUASAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (SPP)
ATAU LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
104
KURSUS KE ARAH PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
CEMERLANG BAGI GURU-GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
DAERAH MERSING
Satu kursus bertajuk ”Ke Arah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang bagi
Guru-guru Perpustakaan dan Media Daerah Mersing telah diadakan di Klebang Beach
Resort, Melaka pada 12 hingga 14 Julai 2011. Kursus ini telah dihadiri oleh 45 orang
GPM dari seluruh daerah Mersing.
Kursus ini memberi pendedahan kepada Guru Perpustakaan dan Media mengenai garis
panduan dan piawaian serta ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan
Pusat Sumber Sekolah, Program NILAM dan literasi maklumat. Kursus ini dibiayai oleh
Pejabat Pelajaran Daerah Mersing.
Kursus Ke Arah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang bagi
Guru-guru Perpustakaan dan Media Daerah Mersing
LAPORAN AKTIVITI BTPN
JOHOR
105
STATUS PENGUNJUNG KE PUSAT KEGIATAN GURU
NEGERI JOHOR 2011
PKG adalah pusat bimbingan profesional teknologi pendidikan yang menyediakan
perkhidmatan sokongan setempat bagi kepakaran pedagogi dan teknologi pendidikan
secara terus atau dalam talian. Sehubungan itu, PKG dijadikan platform pelbagai
program setempat.
Berikut adalah maklumat berkaitan bilangan pengunjung ke PKG negeri Johor
sepanjang tahun 2011:
Bil Daerah Jumlah PKG Jumlah
Pengunjung Rumusan
1 Batu Pahat 9 8,870
Purata bagi
pengunjung
yang hadir
di sebuah
PKG adalah
seramai 98 orang
dalam tempoh
sebulan
2 Johor Bahru 4 2,960
3 Pasir Gudang 3 2,324
4 Kluang 4 4,180
5 Kota Tinggi 3 3,120
6 Mersing 2 2,800
7 Muar 10 5,908
8 Pontian 4 6,644
9 Segamat 4 8,654
10 Kulaijaya 2 2,978
Jumlah 45 48,438
Pengunjung ke PKG mengikut pecahan daerah negeri Johor
LAPORAN AKTIVITI BTPN
JOHOR
106
STUDIO PENYIARAN BTPN JOHOR
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah dipilih oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan, KPM untuk menerima geran membina mini studio pada 2009. Kerja-kerja
pembinaan telah dijalankan pada akhir tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada Mac
2010. Peralatan bertaraf broadcast mula dipasang pada Jun 2010 dan diserahkan
sepenuhnya kepada BTPN Johor pada Disember 2010. Bermula pada tahun 2011,
BTPN Johor mempelawa warga pendidikan untuk bersama-sama memanfaatkan
kemudahan studio penyiaran ini demi kepentingan dan kemajuan pendidikan negara.
Peralatan Audio Video
Kamera Video Pentas Utama
LAPORAN AKTIVITI BTPN
JOHOR
107
Kursus tersebut telah dijayakan dengan bantuan kepakaran penceramah dan fasilitator
dalaman terdiri daripada pegawai-pegawai BTPN Kedah.
Setiap peserta dikehendaki melakukan latihan amali di lokasi penggambaran meliputi
aspek pembinaan skrip, protokol kewartawanan, penggambaran, stand-upper,
penyuntingan dan persembahan serta tayangan hasil dokumentasi yang dihasilkan
oleh setiap kumpulan.
Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah mengadakan Kursus Asas
Kewartawanan pada 3 hingga 7 April 2011 di Pantai Merdeka Beach Resort, Kota Kuala
Muda, Kedah. Para peserta terdiri daripada 32 orang Pegawai Teknologi Pendidikan
dan Juruteknik Komputer di Pusat Kegiatan Guru Negeri Kedah. Program ini bertujuan
memberi latihan dan pengalaman bekerja secara berkumpulan yang meliputi aspek:
• Penggunaan dan pengendalian kamera video
• Teknik penggambaran dan penerbitan video kewartawanan
• Pembinaan skrip penerbitan video
• Membuat suntingan video
Penggambaran lokasi di Pantai Pendaratan Ikan,
Kota Kuala Muda, Kedah oleh peserta kursus
KURSUS ASAS KEWARTAWANAN
(E.N.G – ELECTRONIC NEWS GATHERING)
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KEDAH
108
Di akhir kursus tersebut, Tuan Haji Md Zin bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah,
BTPN Kedah telah hadir menyampaikan ucapan perasmian penutup serta penyampaian
sijil kepada semua peserta.
Di dalam ucapan beliau menggesa supaya peserta kursus dapat menggunakan
kemahiran yang telah dipelajari bagi menghasilkan penerbitan video yang lebih bermutu
dan menarik perhatian pelanggan terutama dalam penyediaan bahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran yang diperolehi ini juga dapat
mereka sebar luas kepada warga pendidik serta murid-murid di sekolah.
Peserta kursus sedang mempelajari fungsi
kamera video
Peserta kursus yang bertindak sebagai
‘stand-upper’ di dalam kursus tersebut.
Tuan Haji Md Zin bin Abu Bakar menyampaikan
sijil penyertaan kepada para peserta
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KEDAH
109
Majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Kelantan 2011 merupakan satu manifestasi berbentuk penghargaan kepada pegawai-
pegawai BTPN Kelantan dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam meningkatkan mutu
proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Majlis anugerah ini dikelolakan setelah mengambil kira penglibatan secara menyeluruh
warga pendidik serta memberi pengiktirafan kepada murid, guru, sekolah serta
pegawai-pegawai di BTPN Kelantan yang mencapai tahap terbaik dalam
membestarikan sekolah-sekolah di Kelantan.
Majlis Anugerah ini telah diadakan pada 11 Disember 2011 bertempat di Dewan Besar
BTPN Kelantan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rosnani binti Mohamed Ali,
Pengarah BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis yang bermula jam 2.00 hingga
5.00 petang ini telah dihadiri oleh Ketua-ketua Sektor, wakil Ketua Jabatan, Pengetua,
Guru Besar, guru-guru dan murid-murid.
Tujuan Majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan BTPN Kelantan 2011 adalah
seperti berikut:
• memberi pengiktirafan dan pengukuhan di atas pencapaian terbaik murid, guru dan
sekolah dalam bidang berkaitan Program NILAM, Pusat Sumber Cemerlang dan
Pembestarian Sekolah 5-Bintang Penarafan SSQS sepanjang 2011.
• memotivasikan pentadbir sekolah serta warga pendidik untuk meningkatkan usaha
dan daya saing menjadi sekolah terbaik dalam pencapaian bidang P&P berasaskan
teknologi pendidikan.
ANUGERAH KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN 2011
Puan Rosnani binti Mohamed Ali sedang
menyampaikan ucapan dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan
BTPN Kelantan 2011
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KELANTAN
110
Dalam majlis tersebut penghargaan diberikan kepada murid yang terpilih mewakili
negeri Kelantan ke Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan 2011 iaitu:
• Nur Shafiqa binti Zupli - SMK(A) Naim Lilbanat
• Siti Munirah Aminah binti Mohd. Razali - SMK Pengkalan Chepa 1
• Nur Izzati binti Mohd Surdi - SK Sri Suri 1
• Mutri Nilis Maisarah binti Nasarudin - SK Sri Wangi 2
Dalam majlis yang sama, penghargaan turut diberikan kepada sekolah yang berjaya
mencapai status Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan 2011
yang berdasarkan pada dua (2) kategori seperti berikut:
Sekolah Bandar: Sekolah Luar Bandar:
- SMK Zainab 1 (SM Bandar) - SMK Kandis (SM Luar Bandar)
- SK Panji (SR Bandar) - SK Desa Pahlawan(SR Luar Bandar)
Turut mendapat penghargaan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan
ialah 35 buah sekolah yang berjaya mencapai Pembestarian Sekolah 5-Bintang
Penarafan SSQS 2011. Majlis yang diadakan ini pada keseluruhannya telah memberi
kesan positif kepada warga BTPN Kelantan dan pihak sekolah serta berupaya menjadi
pemangkin kepada kesedaran tentang objektif serta peranan yang dimainkan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan
hasrat kerajaan ke arah pembestarian sekolah.
Pengarah BTP, Puan Rosnani binti Mohamed Ali menyampaikan
penghargaan kepada murid yang mewakili negeri Kelantan
ke Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan 2011
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KELANTAN
111
HARI PROMOSI BTPN KELANTAN
Antara objektif perlaksanaan Hari Terbuka ini adalah :
• Guru dapat mengenal pasti bahan-bahan digital yang dapat membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran.
• Guru dapat menerima dan memahami secara mendalam tentang penggunaan
EduwebTV, Kampus ASTRO, i–NILAM dan Radio Interaktif.
• Meningkatkan budaya penggunaan bahan pelbagai media dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Hari promosi ini disasarkan kepada semua warga pendidik, murid-murid serta individu
berminat tentang proses serta inovasi baru dalam P&P. Sehari sebelum program
diadakan, pihak Unit PKG bersama semua staf berkampung di lokasi bagi membuat
persiapan seawal jam 8.30 pagi lagi. Persiapan yang diaturkan mengambil kira keadaan
lokasi sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Sambutan Perayaan Hari Guru 2011.
Hari Promosi BTPN Kelantan julung kali diadakan bagi mempromosikan Bahagian ini
kepada warga pendidik secara keseluruhan dan telus kepada kemampuan BTPN
Kelantan di dalam arena penyelidikan dan penghasilan bahan sumber berasaskan
pengajaran dan pembelajaran. Bertemakan “e-Learning and u-Learning”, Hari Promosi
BTPN Kelantan diadakan bersempena Sambutan Perayaan Hari Guru ke–40 Peringkat
Negeri Kelantan yang diadakan pada 3 Julai 2011 bertempat di SMK Bandar Machang.
PKG Negeri Kelantan mengambil inisiatif dan kesempatan untuk melancarkan siri
promosi pengenalan dan penjenamaan semula bahan yang antara lain seperti: CDRI,
EduwebTV, Kampus Astro, i-NILAM , Daftar e-mel dan Radio Interaktif.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KELANTAN
112
Pada 3 Julai 2011, gerai promosi BTPN–PKG Kelantan menerima sambutan yang amat
menggalakkan daripada warga pendidik. Para pengunjung yang terdiri daripada warga
pendidikan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan
bahan-bahan sumber pendidikan. Pamplet dan brosur yang disediakan berperanan
sebagai satu nilai tambah dalam pengetahuan sedia ada pendidik.
Hari Promosi BTPN–PKG Kelantan berhasil membawa dimensi baru dalam tahap
pemahaman warga pendidik terhadap inisiatif BTPN-PKG Kelantan secara lebih
menyeluruh. Melalui aktiviti seperti inilah, pihak BTPN-PKG Kelantan dapat menerima
dan sekaligus memberi pelbagai elemen penting dalam proses mendigitalkan
pendidikan. Konsep “e-Learning and u-Learning” yang menjadi salah satu gagasan
KPM akan terlaksana sekiranya agensi terbabit dapat berperanan sebagaimana yang
sepatutnya.
Guru-guru mengambil kesempatan ke pameran Hari Promosi BTPN Kelantan
untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan teknologi pendidikan.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KELANTAN
113
MESYUARAT PENYELARASAN PENYENGGARAAN
PERALATAN ICT SEKOLAH KPM 2011
Taklimat penyelarasan penyenggaraan peralatan ICT telah diadakan pada 29 Mei
hingga 1 Jun 2011 di BTPN Kelantan. Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah untuk
memaklumkan kepada pihak berkaitan mengenai tatacara dan prosedur operasi
penyenggaraan peralatan ICT secara subwaran di bawah BTPN, PPD dan sekolah-
sekolah KPM bagi tahun 2011. Objektif taklimat adalah seperti berikut:
• Menerangkan kaedah pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT melalui
subwaran
• Memberi pendedahan tentang proses aliran kerja penyenggaraan peralatan ICT
• Memberi penjelasan tentang cara penggunaan borang-borang yang perlu dalam
pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT .
• Menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai perolehan secara sebut harga
di samping memberi kesedaran tentang kepentingan perolehan dibuat dengan
sistematik.
Kumpulan sasaran terdiri daripada pegawai BTPN Kelantan, Pegawai Pelajaran Daerah
dan Pengetua sekolah berPTJ. Manakala penceramahnya terdiri daripada Puan
Rosnani bt Mohamed Ali (Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari, BTP,
KPM), Encik Abdullah bin Yusuf (KPP BTPN Negeri Sembilan) dan Encik Abu Bakar bin
Khalid (Pegawai BTPN Negeri Sembilan). Cik Zarina binti Paijo dan Cik Mabel Dominic
Madai dari Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi Pendidikan, BTP, KPM bertindak
sebagai urus setia dan fasilitator. Berikut adalah PTJ yang terlibat:
(1) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
(2) Pejabat Pelajaran Daerah:
• PPD Kota Bharu
• PPD Bachok
• PPD Tumpat
• PPD Pasir Mas
• PPD Pasir Puteh
• PPD Tanah Merah
• PPD Jeli
• PPD Machang
• PPD Gua Musang
• PPD Kuala Krai
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KELANTAN
114
Pemantauan oleh pihak BTP, JPN, BTPN, PPD dan PKG perlu dilaksanakan supaya
penyenggaraan peralatan ICT oleh syarikat yang dilantik dijalankan mengikut keperluan
dan permintaan sebenar dengan mematuhi tatacara pengurusan kewangan dan amalan
perbelanjaan berhemah demi peningkatan perkhidmatan KPM.
Dato Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani, Pengarah BTP menyampaikan geran
penyenggaraan kepada wakil PPD dan Pengetua Sekolah berPTJ bagi
negeri Kelantan bagi Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah KPM 2011
LAPORAN AKTIVITI BTPN
KELANTAN
PTJ Subwaran (RM)
BTPN & PKG 500,000.00
PPD 1,225,000.00
Sekolah PTJ 385,000.00
Jumlah 2,110,000.00
Nilai Agihan Peruntukan
115
PENCAPAIAN 100 PERATUS TAHAP PEMBESTARIAN SEKOLAH
DAN PENCAPAIAN TAHAP 5 BINTANG DALAM PENARAFAN
SEKOLAH BERASASKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION
STANDARDS (SSQS) TAHUN 2011
Negeri Melaka telah berjaya mencapai sasaran 100 peratus sekolah mencapai Tahap
Pembestarian Sekolah (3-Bintang ke atas) bagi Tahun 2011. Lebih membanggakan,
daripada 311 buah sekolah yang telah ditarafkan, 214 buah telah berjaya mencapai
Tahap 5-Bintang, iaitu pencapaian tertinggi jika dibandingkan dengan pancapaian
negeri-negeri lain seluruh negara. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih serta komitmen
yang tinggi oleh pihak sekolah dengan bimbingan Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Melaka.
Kecemerlangan ini adalah atas inisiatif BTPN Melaka yang telah memainkan peranan
penting dengan menerapkan konsep peluasan Sekolah Bestari ke semua sekolah di
seluruh negeri Melaka dengan mengambil kira manfaat (leveraging) semua inisiatif ICT
yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Proses ini telah
dilaksanakan secara berterusan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan
pengurusan sekolah serta P&P secara interaktif berasaskan ICT.
BTPN Melaka sentiasa memandu sekolah ke arah mencapai matlamat Pembestarian
Sekolah. Bimbingan secara konsisten telah membantu sekolah dalam meningkatkan
kadar pembelajaran berpusatkan murid bagi membangunkan modal insan
berkemahiran ICT yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI) serta patuh kepada ajaran agama.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
MELAKA
116
Antara pembudayaan penggunaan ICT di sekolah yang telah diketengahkan oleh BTPN
Melaka kepada sekolah-sekolah di negeri Melaka adalah penggunaan portal untuk
perkongsian sumber, mengaktifkan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), memulakan
pendekatan pembelajaran ubiquitous (merentas masa dan tempat), menerapkan
Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21, memberanikan diri mencuba strategi futuristic,
memperbanyakkan latihan kemahiran dan program inovasi, mengoptimumkan
penggunaan secara sihat laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter untuk
perkongsian maklumat dan komunikasi.
Selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), murid-murid
seawal Tahun 1 telah didedahkan kepada literasi dan penggunaan ICT melalui mata
pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Begitu juga dengan pelaksanaan dasar MBMMBI,
konsep Makmal Bahasa dan penggunaan bahan digital diperkenalkan kepada murid
Tahun 1 dan Tingkatan 1.
Sehubungan itu, BTPN Melaka telah memainkan peranan penting dengan memastikan
prasarana ICT di sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan sedia untuk
digunakan. Pihak sekolah juga telah mengambil inisiatif untuk mendidik warga sekolah
tentang cara dan penggunaan peralatan ICT dengan betul dan cermat. BTPN Melaka
juga telah membantu guru-guru dengan memberi bimbingan berkaitan pembinaan bahan
P&P dan pengintegrasian maklumat agar guru dan murid sentiasa segar dan sedar
dengan setiap pembaharuan dalam dunia ICT.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
MELAKA
117
Pelbagai aktiviti berikut telah dilaksanakan oleh BTPN Melaka sepanjang tahun 2011
dalam konteks memandu sekolah ke arah pencapaian tahap bestari. Contoh aktiviti:
1. Majlis Pengiktirafan dan Penganugerahan Sijil 5-Bintang.
2. Pelantikan & Latihan Jurulatih Utama SSQS.
3. Bengkel Penghuraian Strategik Pembudayaan ICT di Sekolah kepada semua
GPB/Guru Penyelaras ICT (GPICT).
4. Taklimat Pengurusan & Bengkel Penganalisaan Pencapaian SSQS kepada
Pengetua/Guru Besar.
5. Program Khidmat Bantu Prasarana ICT.
6. Pemantauan dan Bimbingan Aktiviti Pembudayaan ICT.
TAHUN 5
BINTANG 4
BINTANG 3
BINTANG 2
BINTANG 1
BINTANG JUMLAH SEKOLAH
2009 2 123 167 8 0 300 2010 93 177 25 9 0 304 2011 214 95 *2 0 0 311
Pencapaian Bintang
Pencapaian Pembestarian
TAHUN JUMLAH SEKOLAH DITARAF
PENCAPAIAN PEMBESTARIAN (3-BINTANG + 4-BINTANG + 5-BINTANG)
JUMLAH CAPAI PERATUS CAPAI 2009 300 292 97.3 % 2010 304 295 97 % 2011 *311 311 100 %
* Jumlah sekolah 2011 termasuk Sekolah Henry Gurney – Kategori SM
LAPORAN AKTIVITI BTPN
MELAKA
118
Bengkel ini diadakan pada 17, 19 dan 20 Oktober 2011 bertempat di Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Sebanyak 121 buah sekolah di negeri Melaka
terlibat dengan Pelaksanaan Projek Makmal Bahasa bermula pada tahun 2012. Bengkel
yang dijalankan ini melibatkan seramai 383 orang peserta termasuk 20 orang Juruteknik
Komputer dengan setiap sekolah menghantar tiga (3) orang peserta.
Bengkel ini telah dijalankan selama tiga (3) hari. Peserta-peserta adalah terdiri daripada
guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Guru
Penyelaras Bestari atau Guru Penyelaras ICT dan Juruteknik Komputer di sekolah.
Pendedahan yang diberikan kepada peserta adalah tertumpu kepada kemahiran
penggunaan perisian sokongan Net Support System untuk pengurusan kelas.
Pendedahan turut diberikan mengenai perisian MBMMBI yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu E-Kata dan Fun and Friend.
BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN PERISIAN BAHASA MELAYU
DAN BAHASA INGGERIS DAN SISTEM PENGURUSAN KELAS
(CMS) BAGI PERLUASAN MAKMAL BAHASA MBMMBI
SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA 2011
LAPORAN AKTIVITI BTPN
MELAKA
119
Pendaftaran peserta bengkel bersama
urus setia dan pegawai BTPN Melaka.
Taklimat berkaitan objektif bengkel dan
tentatif atur cara bengkel oleh urus setia.
Bantuan secara individu turut diberikan
kepada peserta dalam sesi hands-on.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
MELAKA
120
MAJLIS ANUGERAH Q-BESTARI SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2011
Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011 telah
diadakan pada 22 September 2011 bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi,
Tanjung Bidara. Majlis ini dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar, GPB/GPICT
dan GPM sekolah di daerah Alor Gajah.
Majlis ini dianjurkan bagi menjana kecemerlangan pendidikan melalui pembudayaan ICT
dalam pengurusan pentadbiran sekolah serta dapat melahirkan modal insan yang kreatif
dan inovatif. Bertemakan “Pembestarian Pemacu Kecemerlangan Pendidikan”, Majlis ini
dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti berikut:
• Menyemai dan menggalakkan budaya kerja cemerlang melalui pembudayaan
teknologi ICT dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.
• Memberi pengiktirafan kepada pemimpin dan warga sekolah yang cemerlang dalam
pengurusan dan pentadbiran juga penggunaan aplikasi ICT yang
memberangsangkan.
• Memupuk dan menyemai budaya ICT dalam pentadbiran pengurusan sama ada di
pejabat mahupun di dalam bilik darjah.
• Menyemai dan memupuk semangat berdaya saing melalui pendidikan dan
kemahiran ICT yang dilaksanakan di sekolah.
• Melahirkan satu masyarakat yang meletakkan pendidikan sebagai fokus utama
dalam kehidupan.
Anugerah telah disampaikan oleh Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib, Timbalan
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
MELAKA
Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib melawat tapak pameran dan
menyampaikan anugerah kepada para pemenang.
121
PERTANDINGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
(PROJECT-BASED LEARNING)
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2011
Pertandingan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning - PBL)
Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 hingga
10 November 2011. Pertandingan ini bertujuan menyokong pelaksanaan Program
Pembestarian Pendidikan di Negeri Sembilan bagi tahun 2011/2012 dan membantu
sekolah mencapai KPI dalam menepati hala tuju pembestarian pendidikan.
Tujuan dan matlamat pertandingan ini adalah untuk menggalakkan guru-guru
menggunakan pelbagai kaedah P&P selaras dengan matlamat ke arah pembestarian
pendidikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan galakan
kepada pelajar tentang pengintegrasian kemahiran generik, kemahiran teknologi
peralatan, kemahiran teknologi perisian, kemahiran literasi maklumat dan juga
kemahiran mengurus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seramai 210 orang murid dan guru hadir mewakili 35 buah sekolah yang berjaya ke
pertandingan peringkat negeri. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu
Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Sekolah Rendah. Sebanyak 15 buah sekolah
mewakili sekolah menengah dan 35 buah sekolah pula mewakili sekolah rendah. Johan
pertandingan kategori sekolah menengah disandang oleh SMK Jelai Felda, Gemas.
Tempat kedua adalah SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson dan tempat ketiga
adalah SMK Yam Tuan Radin, Kuala Pilah. Manakala bagi kategori sekolah rendah
pula, johan pertandingan dirangkul oleh SJKC Lukut, tempat kedua SK Palong 14
(Felda), Gemas dan tempat ketiga SK Pasoh 3 (Felda), Batu Kikir.
Sebahagian peserta pertandingan yang mengambil bahagian.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
NEGERI SEMBILAN
122
MENJEJAK TOKOH: ZA’BA
PKG Bahau telah menyertai Program Literasi Maklumat yang bertajuk Menjejak Tokoh:
Za’ba sempena Program Kembara Buku 1Malaysia yang diurusetiakan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada
murid terpilih dari kawasan PKG Bahau telah menyertai program tersebut.
Program ini telah berlangsung selama tiga (3) hari iaitu dari 4 hingga 6 Oktober 2011.
Lokasi yang terlibat adalah Teratak Za’ba, makmal komputer sekolah yang terlibat dan
Pejabat Daerah Jempol.
Para pelajar telah didedahkan kepada teknik-teknik pencarian maklumat melalui
temuramah, artifak-artifak bersejarah dan pencarian melalui internet. Hasil penemuan
telah dibentangkan dalam bentuk persembahan multimedia dan buku skrap pada hari
ketiga di Pejabat Daerah Jempol.
Sesi taklimat di Teratak Za’ba
Pelajar juga berpeluang menghadiri majlis forum yang bertajuk ‘Buku Penggerak Minda
dan Jati Diri’. Ahli panel forum terdiri daripada Angkasawan Negara, Dato’ Sheikh
Muzaffar Shukur dan Penolong Pengarah dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia iaitu
Encik Mohammad Sharif Apen.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah
Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus.
Peserta dan Jurulatih Utama bergambar di hadapan Teratak Za’ba
LAPORAN AKTIVITI BTPN
NEGERI SEMBILAN
123
PELANCARAN PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH BERSAMA
KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan ruang pembelajaran yang dilengkapi dengan
kemudahan ICT bagi membolehkan murid belajar secara kendiri serta mendapatkan
maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat yang
berkonsepkan cyber café. Penggunaan oleh komuniti juga digalakkan bagi
mengimarahkan PuAS sebagai satu tempat pengajaran dan pembelajaran tentang
kemahiran ICT bagi masyarakat setempat.
BTPN Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengadakan Program Pusat Akses
Bersama Komuniti pada 28 hingga 29 Oktober 2011 di SK Tunku Besar Tampin.
Program tersebut bertujuan menggalakkan masyarakat setempat menggunakan ICT
dalam pengurusan kehidupan seharian. Pada program tersebut, BTPN Negeri Sembilan
Darul Khusus telah mengedarkan brosur mengenai perbankan internet, e-bayaran, e-
permohonan, tempahan melalui talian dan lain-lain lagi.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Shamsul Kahar bin Mohd
Deli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri
Sembilan Darul Khusus. Selepas merasmikan program, beliau telah melapangkan masa
melawat gerai pameran dan beramah mesra dengan semua yang hadir pada hari itu.
Seorang warga komuniti sedang asyik mendengar
penerangan tentang Program Oracle ThinkQuest.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
NEGERI SEMBILAN
124
Program Pusat Akses Sekolah Bersama Komuniti telah berlangsung selama satu hari
bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Antara pengisian program adalah:
• Kursus Modul Penggunaan Pusat Akses
• Taklimat Pengurusan Perubahan dan Kemahiran Abad Ke-21
• Taklimat Modul PuAS
• Taklimat Literasi Maklumat dan Literasi Teknologi Pendidikan
• Pameran Modul ICT, PBL dan Oracle ThinkQuest oleh BTPN, PKG, sekolah
rendah dan menengah sekitar daerah Tampin dan Gemas.
Seramai 600 orang telah hadir sepanjang penganjuran program, terdiri daripada
pegawai-pegawai BTPN, JPN, PPD, PKG, Pengetua dan Guru Besar sekolah seluruh
Negeri Sembilan yang mempunyai Pusat Akses, Guru Perpustakaan dan Media, Guru
Penyelaras Bestari, pihak media, agensi luar, Ketua Komuniti dan orang ramai.
Program tersebut dilihat telah berjaya menyedarkan kepada semua bahawa Pusat
Akses Sekolah merupakan pemangkin pendidikan bestari yang menawarkan sokongan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran kendiri, juga sebagai tempat untuk
mengakses maklumat secara percuma pada bila-bila masa.
YB Dato’ Shamsul Kahar bin Mohd Deli, melancarkan
Program PuAS Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus
LAPORAN AKTIVITI BTPN
NEGERI SEMBILAN
125
Seramai 40 orang Juruteknik Komputer BTPN dan PKG Negeri Pahang telah
menghadiri Bengkel Verifikasi Data Pengurusan Peralatan ICT secara online di Hotel
Citrus, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut telah diadakan pada 22 hingga 25 November
2011. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh dua orang penceramah dari BTPN
Pahang iaitu Tuan Haji Abd Muaais bin Haji Lokman dan Encik Mohamad Nasir bin Mat
Tahir.
Bengkel tersebut memberikan maklumat berkaitan pengurusan data berkaitan peralatan
ICT yang dibuat secara dalam talian. Bengkel tersebut bertujuan meningkat dan
menyelaraskan pengurusan pemverifikasian peralatan ICT bagi BTPN dan PKG negeri
Pahang. Bengkel ini merupakan salah satu daripada siri bengkel dan program latihan
yang dilaksanakan oleh BTPN Pahang bagi meningkatkan kompetensi staf. Sebanyak
14 kursus dan bengkel peningkatan kompetensi diadakan sepanjang tahun 2011.
BENGKEL VERIFIKASI DATA PENGURUSAN PERALATAN ICT
SECARA ONLINE BTPN-PKG PAHANG
Juruteknik-juruteknik Komputer yang mengambil bahagian dalam bengkel tersebut
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PAHANG
126
KAJIAN PENILAIAN OUTCOME PROJEK i-PINTAR
Gerak kerja lapangan bagi Kajian Penilaian Outcome Projek i-Pintar telah dilaksanakan
di SK Tasik Chini, Pekan pada 7 Oktober 2011. Seramai 30 orang murid telah
ditemubual dan diminta menjawab soal selidik yang disediakan. Selain menjawab
soalan, pemerhatian juga telah dibuat oleh penyelidik.
Pihak BTPN Pahang yang melaksanakan kajian ini telah mendapat kerjasama penuh
daripada pihak sekolah, PPD Pekan dan JPN Pahang. Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan papan putih interaktif (interactive whiteboard) yang dikenali sebagai
i-Pintar adalah sangat membantu dalam meningkatkan tahap pembelajaran murid dan
pengajaran guru. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lancar, menarik
dan menyeronokkan murid. Terdapat korelasi penurunan kadar ponteng sekolah
dengan penggunaan i-Pintar. Hal ini ditunjukkan dengan peratus kehadiran ke sekolah
meningkat bagi kelas murid yang menggunakan i-Pintar.
Kajian Penilaian Outcome Projek
I-Pintar dijalankan melalui sesi temu bual
dan pemerhatian oleh penyelidik.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PAHANG
127
BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PRAKTIS BESTARI
PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ) 2011
Projek Jawab Untuk Jaya (JUJ) melibatkan pembinaan dan percetakan soalan latihan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membantu calon-calon peperiksaan
SPM di negeri Pahang membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan SPM
yang sebenar. Projek ini adalah kerjasama Pakatan Strategik (Strategic Partnership)
agensi berkaitan pendidikan di negeri Pahang iaitu Yayasan Pahang, Jabatan Pelajaran
Negeri Pahang, BTPN Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Projek ini melibatkan 20 mata pelajaran SPM (6 subjek teras dan 14 subjek elektif) yang
melibatkan 205 buah sekolah (SMK, SMAN, SABK, MRSM dan Sekolah Agama
Negeri). Secara amnya, projek yang telah bermula sejak tahun 1996 hingga kini, telah
melibatkan 160 orang Guru Cemerlang yang membina Soalan Praktis Bestari, Modul
mata pelajaran dan Skema Jawapan serta Bahan Seminar Guru. Selain membina dan
mencetak soalan Praktis Bestari, projek ini menghasilkan CD Interaktif yang dibekalkan
ke semua sekolah menengah di negeri Pahang setiap tahun. Yayasan Pahang adalah
penyumbang dana terbesar projek ini.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PAHANG
128
PROGRAM DIGITAL STORY-TELLING PAHANG 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama pihak Multimedia
Development Corporation (MDeC) dan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu
Tanah Air (PAPITA) telah menganjurkan Program Digital Story Telling – Showing
Animation With A Hope (SAWAH) di Negeri Pahang bagi tahun 2011.
Bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, sebanyak dua (2) fasa
program telah diadakan iaitu pada 4 hingga 8 Julai 2011 melibatkan 10 buah sekolah di
Daerah Jerantut dan Lipis serta pada 18 hingga 22 Julai 2011 melibatkan 10 buah
sekolah di Daerah Kuantan dan Pekan.
Program ini melibatkan 20 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, 20 orang guru dan 60
orang murid yang telah didedahkan kepada penggunaan perisian animasi dan
seterusnya menghasilkan paparan animasi berdasarkan lagu-lagu yang telah ditetapkan
PAPITA.
Satu majlis penganugerahan sijil penyertaan dan hadiah kepada para pemenang telah
diadakan pada 28 September 2011 di Dewan Seri Utama, BTPN Pahang yang telah
disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang mewakili Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PAHANG
129
PROGRAM LIVE STREAMING
Pada tanggal 21 April 2011, Unit Promosi, Inovasi dan Media (UPIM), BTPN Perak telah
menganjurkan satu program yang dikenali sebagai ‘Program Live Streaming’. Program
ini diadakan untuk memperkenalkan kepada pegawai-pegawai BTPN dan PKG Perak
cara muat turun sesuatu rakaman yang telah dibuat agar dapat ditonton secara
langsung melalui internet. Program ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang berlangsung di Ipoh, Perak.
Program ini telah diadakan di Bilik Juara, BTPN Perak yang dikendalikan oleh Ketua
Unit UPIM, Encik Sharuddin bin Mohammad Yusof dan dibantu oleh Encik Abdul Manap
bin Haji Ibrahim.
Dalam program ini, para peserta turut berpeluang melakukan secara hands-on memuat
turun pelbagai aktiviti melalui program Live Streaming.
Pegawai BTPN dan PKG yang mengambil
bahagian dalam Program Live Streaming.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERAK
130
KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan telah diadakan pada 20 dan 21 April 2011
bertempat di BTPN Perak. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan
dan kemahiran kepada peserta tentang cara mengurus aset dan stor mengikut prosedur
dan proses yang ditetapkan. Kursus ini telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh,.
Seramai 25 orang peserta termasuk Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak iaitu
Encik Mohammad Yusof bin K. Mohamad telah menghadiri kursus tersebut. Encik
Aszairol Nizam bin Ahmad Sayuly, pegawai BTPN Perak yang mempunyai
pengetahuan dan pengalaman yang luas khususnya berkaitan pengauditan pengurusan
aset dan stor, telah sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta tip-tip berguna
untuk panduan peserta dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Dalam ucapannya pada Majlis Penutup Kursus tersebut, Encik Mohammad Yusof bin
K. Mohamad berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh
peserta kursus serta dapat diamalkan dalam urusan kerja seharian. Beliau juga
berharap kerja atau tugas yang diamanahkan dapat dilaksana dengan lengkap dan
mengikut peraturan. Seterusnya beliau berharap kesemua pegawai BTPN dan PKG
Perak dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh untuk meningkatkan organisasi BTPN.
Penceramah kursus sedang
berinteraksi dengan para peserta.
Penyampaian ucapan penutup oleh
Encik Mohammad Yusof bin K. Mohamad
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERAK
131
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI PERAK 2011
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS) Peringkat Negeri Perak telah
dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Sebanyak dua (2) buah
sekolah telah terlibat iaitu SK Seri Iskandar, Bota (28-31 Mac 2011) dan SK Siputeh,
Batu Gajah (4-7 April 2011). Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Perak dan
PKG bertanggungjawab memastikan pembangunan Pusat Sumber Sekolah dari segi
fizikal dan perkhidmatan terutama penggunaan PSS dalam menyokong P&P di dalam
bilik darjah supaya lebih berkesan.
Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah telah dimasukkan ke dalam salah satu
skop utama Dokumen Kualiti MS ISO 9001:2008 BTPN Perak iaitu dalam PKP 02:
Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah. Sekolah-sekolah yang dipilih terdiri daripada
sekolah yang mempunyai Pusat Sumber Sekolah dalam Kategori 2-Bintang mengikut
penilaian kendiri (Index Quality Pusat Sumber Sekolah atau iq-PSS).
Program ini bertujuan memastikan sekolah-sekolah tersebut dapat memberi
perkhidmatan terbaik kepada warga sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan
dalam dokumen kualiti BTPN Perak. Di samping itu, ianya bertujuan membantu
sekolah-sekolah menaik taraf Pusat Sumber Sekolah serta memberi pendedahan
secara amali kepada Guru Perpustakaan dan Media yang terlibat. Tuan Haji Zolkifli bin
Sabran daripada Unit Pusat Sumber Sekolah, BTPN Perak telah memberi penerangan
secara menyeluruh tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Program ini secara tidak langsung akan memantapkan lagi fungsi BTPN dalam
memberi penjelasan yang menyeluruh kepada guru-guru betapa pentingnya peranan
PSS yang baik untuk meningkatkan pencapaian pendidikan murid-murid. Majlis
Perasmian penutup di SK Siputeh, Batu Gajah telah disempurnakan oleh Encik
Mohammad Yusof bin K. Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Perak. Manakala
di SK Seri Iskandar, Bota majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Md Isa bin Md
Amin, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERAK
132
Pegawai Unit Pusat Sumber, Tuan Haji Zolkifli bin Sabran
memberi taklimat.
Peserta kursus Khidmat Bantu Pusat Sumber mendengar
taklimat dengan penuh perhatian
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERAK
133
Pesta Buku Perlis 2011 telah dilaksanakan lebih awal berbanding tahun-tahun terdahulu
iaitu bermula 24 hingga 30 Mac 2011. Pesta Buku Perlis merupakan salah satu
daripada aktiviti tahunan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan tahun 2011
merupakan penganjuran tahun yang kesembilan.
Kejayaan penganjuran ini adalah hasil daripada kerjasama yang total daripada semua
pihak seperti Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain. Usaha ini adalah bertujuan
untuk memperkembang dan memperluaskan lagi interpretasi positif masyarakat
terhadap konsep dan kepentingan membaca di kalangan individu.
Majlis perasmian pesta buku pada tahun ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku
Raja Muda Perlis pada 24 Mac 2011. Turut serta dalam majlis tersebut ialah ketua-
ketua jabatan, pengetua, guru besar sekolah dan Guru Perpustakaan dan Media.
Anggaran jemputan yang hadir pada hari tersebut adalah seramai 300 orang.
Penyertaan terdiri daripada syarikat-syarikat buku dari seluruh negara melibatkan 70
buah gerai dan juga dimeriahkan dengan penglibatan daripada agensi-agensi kerajaan
tempatan yang mengadakan pameran pendidikan. Jumlah pengunjung sepanjang
berlangsungnya Pesta Buku Perlis 2011 dianggarkan seramai 21,970 orang
.
PESTA BUKU PERLIS 2011
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menyampaikan titah ucapan
perasmian pesta buku berkenaan.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERLIS
134
Sekitar acara Pesta Buku Perlis 2011
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERLIS
135
BTPN Perlis merupakan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri yang pertama
memperoleh pengiktirafan MS ISO 9001:2000 iaitu mulai 23 November 2007. Pensijilan
kedua MS ISO 9001:2008 diterima daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada
15 Februari 2008 dengan pengekalan enam skop utama Prosedur Kualiti Pengurusan.
SKOP UTAMA PENSIJILAN
PKP 01 - Pemantauan Pengurusan Pusat Kegiatan Guru
PKP 02 - Pengurusan Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah
PKP 03 - Pengurusan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri
PKP 04 - Pengurusan Perkhidmatan dan Pentadbiran
PKP 05 - Pengurusan Kewangan
PKP 06 - Pengurusan Pusat Kegiatan Guru
Bermula pada tahun 2011, BTPN Perlis membuat keputusan menggugurkan tiga (3)
skop utama iaitu PKP 01, PKP 02, PKP 03 dan mengekalkan tiga (3) skop. Skop yang
dikekalkan ialah:
PKP 04 - Pengurusan Perkhidmatan dan Pentadbiran
PKP 05 - Pengurusan Kerja Kewangan
PKP 06 - Pengurusan Pusat Kegiatan Guru Negeri Perlis
PENSIJILIAN MS ISO 9001:2008
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERLIS
136
Tiga prosedur kualiti proses dan 10 prosedur kualiti pengurusan sokongan dijalankan
mengikut keperluan standard kualiti yang ditetapkan.
Antara program dan aktiviti utama adalah seperti berikut:
1. Mengurusetiakan Mesyuarat Pengurusan
2. Melaksanakan Audit Dalaman
3. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
4. Pelaksanaan Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
5. Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
6. Sasaran Kerja Tahunan
7. Pasukan Petugas Kualiti
8. Pengurusan Rekod Aktiviti BTPN dan PKG
9. Perancangan dan Pelaporan SKT BTPN dan PKG
Audit persijilan semula oleh SIRIM QAS International telah dilaksanakan pada 27 dan
28 Oktober 2011 oleh Tuan Haji Ali bin Borhan. Keputusan pengauditan memperoleh
enam (6) Opportunity for Improvement (OFI). Secara keseluruhannya beliau berpuas
hati dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti BTPN Perlis.
KPP BTPN Perlis menerima keputusan
pengauditan daripada Tuan Haji Ali bin
Borhan selepas proses pengauditan
dijalankan.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PERLIS
137
BAZAR BUKU PULAU PINANG 2011
Sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011, Pertandingan Melukis Imitasi Kulit Buku
merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan
PKG Teluk Air Tawar. PKG Teluk Air Tawar telah diberi kepercayaan untuk
melaksanakan aktiviti tersebut yang melibatkan sekolah-sekolah menengah di Daerah
Seberang Perai Utara pada 04 April 2011. Para peserta dapat mempamerkan bakat dan
kreativiti dalam penghasilan lukisan di samping menggalakkan mereka membaca dan
menghayati karya kreatif penulis-penulis daripada buku-buku yang dipilih. Melalui
pertandingan ini juga para peserta dapat membina keyakinan diri serta semangat
berdaya saing sesama mereka.
PKG Butterworth pula menganjurkan Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Melayu.
PKG Butterworth telah melaksanakan aktiviti tersebut pada 08 April 2011 bertempat di
Dewan Millenium, Kepala Batas melibatkan murid-murid Tahap Dua sekolah-sekolah
rendah di Daerah Seberang Perai Utara. Pemberian markah NILAM bagi kategori
Rakan Pembaca dapat direkodkan oleh Guru NILAM kepada murid yang mengambil
bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini dimenangi oleh Nur Ain Madihah
binti Harun dari SK Sungai Dua. Tempat kedua disandang Nuratiqah binti Zaharim dari
SK Kuala Perai dan tempat ketiga dimenangi Nurul Syafikah binti Abdul Mutalib dari SK
Permatang Tok Jaya.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PULAU PINANG
138
Jawatankuasa Penulisan Sejarah Peringkat BTPN/PKG yang dipengerusikan oleh Encik
Mohd Yusoff Bin Sahab telah diilhamkan oleh mantan KPP, Tuan Haji Mohamad bin
Latif. Mesyuarat kali pertama yang diadakan pada 14 Februari 2011 telah
membincangkan tentang permasalahan dalam penulisan sejarah. Mesyuarat ini juga
telah mengagihkan tugasan penulisan sejarah BTPN dan menetapkan pembentukan zon
penulisan sejarah untuk peringkat PKG.
Mesyuarat pemurnian yang diadakan pada 22 Februari 2011 di BTPN Pulau Pinang telah
membincang dan melaksanakan pemurnian terhadap draf penulisan sejarah yang telah
dilakukan oleh pihak PKG. Pada mesyuarat kali ketiga yang diadakan pada 31 Mac
2011, semua hasil telah dapat digabungkan ke dalam sebuah CD. Semasa perbincangan
dan pemurnian terakhir draf penulisan sejarah, mesyuarat telah menetapkan supaya
penulisan peringkat BTPN disempurnakan oleh YM Tengku Zakaria bin Tengku Jusoh
dan di peringkat PKG oleh Encik Rosli bin Hashim.
Bahan Penulisan Sejarah BTPN-PKG Pulau Pinang telah diserahkan kepada KPP BTPN
Pulau Pinang di hari persaraan beliau pada 15 April 2011. Pada Disember 2011
penambahbaikan telah dibuat sekali lagi dan hasilnya telah diedarkan kepada semua
warga BTPN dan PKG Pulau Pinang melalui e-mel. Sebagai inisiatif tambahan satu Profil
Pegawai dan Kakitangan BTPN-PKG juga telah diedarkan melalui e-mel bersama-sama
dengan e-Buku Sejarah BTPN-PKG Pulau Pinang.
PENSEJARAHAN BTPN/PKG PULAU PINANG
e-Buku Sejarah BTPN-PKG Pulau Pinang dan Profil Personel
Pegawai dan Kakitangan BTPN & PKG 1990 - 2011
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PULAU PINANG
139
Majlis interasksi telah dilangsungkan khas bersempena persaraan KPP BTPN Pulau
Pinang, Tuan Haji Mohamad Bin Latif pada 15 April 2011 dan dikenali sebagai majlis
‘Jasamu Dikenang’. Majlis ini turut dihadiri oleh KPP dari BTPN Perlis, Kedah, Perak,
Terengganu dan Negeri Sembilan, wakil-wakil PPD, wakil-wakil syarikat keselamatan,
kebersihan dan kafeteria, serta guru-guru setempat. Acara kemuncak ialah majlis send-
off selepas beliau mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir tepat pukul 5.10
petang. Sebelum itu beliau telah mengumumkan Encik Addnan Bin Abd Hamid
menjalankan tugas menanggung kerja KPP sehingga pelantikan KPP yang baru.
MAJLIS INTERAKSI BERSEMPENA PERSARAAN KPP
Secara rasminya Encik Mohd Yusoff Bin Sahab telah dilantik sebagai Ketua Penolong
Pengarah (KPP) yang baharu bagi BTPN Pulau Pinang berkuatkuasa pada 16 Jun 2011
[Rujukan: KP(PP) SULIT 0063/97/1 Jld. 18/(38)]. Majlis serahan tugas kepada KPP baru
telah dilaksanakan pada 20 Jun 2011.
MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN PERLANTIKAN KPP BAHARU
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PULAU PINANG
140
Pada 16 Disember 2011, Tuan Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut, Timbalan
Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan telah
melakukan lawatan kerja ke BTPN Pulau Pinang.
Lawatan tersebut tertumpu kepada pemantauan pengurusan kewangan. Beliau yang
secara keseluruhannya berpuas hati dengan pengurusan pentadbiran di BTPN Pulau
Pinang telah meminta agar penambahbaikan segera dibuat dalam bidang pengurusan
aset.
LAWATAN KERJA
TIMBALAN PENGARAH PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BESTARI BTP
KE BTPN PULAU PINANG
Tuan Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut, Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan
Bestari, BTP bersama sebahagian daripada warga kerja BTPN Pulau Pinang.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
PULAU PINANG
141
Pada 20 Februari 2011, BTPN Sabah telah mengadakan taklimat persekitaran kerja
berkualiti. Taklimat yang diadakan di Bilik Orkid itu bertujuan memberi penerangan bagi
mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selesa, berkesan dan berkualiti. Taklimat
disampaikan oleh Encik Ahamad Haji Jais, manakala perasmiannya pula
disempurnakan oleh Puan Hajah Junaidah binti Haji Yusuppu, Ketua Penolong
Pengarah BTPN Sabah.
Sehubungan itu, pada 04 Mac 2011, BTPN Sabah telah menerima kunjungan pasukan
Audit 5S Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Proses pengauditan dilaksanakan oleh
seramai lapan (8) orang pegawai, manakala audit kedua telah diadakan pada 13 Julai
2011 dan diikuti dengan audit susulan pada 22 Julai 2011.
TAKLIMAT PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI 5S
Pasukan Audit 5S JPN Sabah melawat ke Makmal Komputer
BTPN Sabah
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SABAH
142
KEBAJIKAN REKREASI BTPN SABAH HULUR SUMBANGAN
Kakitangan BTPN Sabah telah berjaya mengumpulkan sejumlah dana untuk
disumbangkan kepada 20 orang murid kurang mampu dari SK Buit Hill, Penampang.
Sumbangan yang berupa pakaian untuk menyambut perayaan Hari Raya itu telah
diserahkan kepada para penerima pada 26 Ogos 2011 di Bilik Rafflesia, BTPN Sabah.
Sumbangan telah diserahkan oleh Puan Ajanah Haji Mohamed, Penolong Pengarah
Kanan BTPN Sabah. Sebelum itu, pada 22 Ogos 2011, murid yang menerima
sumbangan telah dibawa ke kedai pakaian Kainmewah, Sinsuran Kota Kinabalu untuk
memilih sendiri pakaian masing-masing.
Puan Ajanah Mohammed menyampaikan sumbangan kepada murid SK Buit Hill
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SABAH
143
KURSUS ADAPTASI BUKU KEPADA SKRIP RADIO
Unit Penyiaran dan Teknikal BTPN Sabah telah menganjurkan Kursus Adaptasi Buku
Teks kepada bahan radio off-air bermula dari 1 hingga 5 Ogos 2011. Kursus yang
diadakan di Bilik Melur, BTPN Sabah telah melibatkan guru Bahasa Kadazandusun dan
guru Pendidikan Agama Islam dari beberapa buah sekolah Negeri Sabah. Dalam kursus
tersebut, peserta dikehendaki menulis skrip yang diadaptasi dari buku. Di akhir kursus,
peserta telah berjaya menyiapkan skrip untuk diterbitkan sebagai bahan pengajaran di
sekolah. Puan Hajah Junaidah binti Haji Yusuppu, KPP BTPN Sabah telah
menyampaikan sijil kepada peserta.
Peserta kursus menerima sijil dari KPP BTPN Sabah
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SABAH
144
Pada 28 September 2011, BTPN Sabah
telah mengadakan Perhimpunan Bulanan
di samping meraikan dua orang
kakitangan BTPN Sabah yang telah
bersara. Selain merasmikan perhimpunan,
Tuan Haji Bolong @ Mohd. Darwis bin
Haji Cholle, yang bertugas sebagai KPP
BTPN Sabah mulai 21 September 2011,
telah menyampaikan cenderamata
kepada kakitangan yang menyambut hari
lahir sepanjang bulan September.
PERHIMPUNAN BULANAN BTPN SABAH
KPP BTPN Sabah, Tuan Haji Bolong menyampaikan
cenderamata kepada En. Mohd Isa Ismail
Majlis Perpisahan Puan Hajah Junaidah binti Haji
Yusuppu, Ketua Penolong Pengarah BTPN Sabah,
telah diadakan pada 05 Ogos 2011. Majlis yang
diadakan di Bilik Rafflesia itu telah menghimpunkan
semua warga kerja BTPN Sabah, Pegawai
Teknologi Pendidikan Pusat Teknologi Pendidikan
Bahagian dan Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat
Kegiatan Guru seluruh Negeri Sabah. Puan Hajah
Junaidah binti Haji Yusuppu berpindah ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Pekan 2, Kota Belud untuk
bertugas sebagai Pengetua.
MAJLIS PERPISAHAN KPP BTPN SABAH
Puan Hajah Junaidah binti Haji Yusuppu
mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai-
pegawai BTPN Sabah
Tuan Haji Bolong @ Mohd Darwis bin
Haji Cholle menyampaikan cenderamata
kepada pegawai BTPN Sabah
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SABAH
145
KEM READ FOR LIFE & CAPACITY BUILDING
Kem Read for Life dan Capacity Building merupakan kerjasama antara Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM, Osaka Gas, Jepun
dan BTPN Sarawak. Program ini telah dijalankan di Miri pada 19 hingga 22 September
2011 melibatkan seramai 16 orang guru dan 36 orang murid.
Kem ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru-guru di sekolah
pedalaman untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam meningkatkan minat
murid untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan bantuan bahan dan peralatan yang
dibekalkan.
Kem ini juga memberi pengalaman baru kepada murid tentang dunia luar di samping
menikmati kemudahan panorama bandar.
Aktiviti yang dilaksanakan dalam Kem
Read For Life & Capacity Building
bersama wakil dari Osaka Gas, Jepun.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SARAWAK
146
PROJEK RINTIS LAMAN WEB SEKOLAH KAMEK
Projek Rintis Laman Web Sekolah Kamek ini adalah inisiatif kerajaan negeri melalui
Sarawak Information System (SAINS), BTPN Sarawak dan JPN Sarawak bertujuan
untuk memberi bantuan teknikal dan kepakaran ICT kepada pihak sekolah agar dapat
menggunakan internet secara efektif dan optimum.
Projek rintis fasa satu ini melibatkan 20 buah sekolah rendah di Daerah Kuching dan
Samarahan. Latihan telah diadakan pada 20 Oktober di Pusat SAINS dan dihadiri oleh
30 orang peserta termasuk pegawai BTPN. Laman web projek rintis berkenaan boleh
dilayari di URL http://www.sekolahkamek.com.my.
BIL DAERAH NAMA SEKOLAH
1
Kuching
SK Merpati Jepang SK Siol Kanan
SK Gita SK Tabuan Hilir
SK Green Road SK Sg Stutong
SK Major General Datu Ibrahim SK St Mary
SK St Joseph SK Catholic English
SJK Chung Hua No.3 SK Wira Jaya
2
Samarahan
SK Kg Melayu SK Kg Tanjung Tuang
SK Pendidikan Khas Kuching (P) SK St John
SK Serpan SK Kg Empila
SK Haji Kelali Semera SK Niup
SENARAI SEKOLAH PROJEK RINTIS LAMAN WEB SEKOLAH KAMEK
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SARAWAK
147
BTPN Sarawak mempromosi bahan pelbagai media dengan menggunakan tiga kaedah
iaitu pameran, pemantauan ke sekolah dan muat turun melalui portal BTPN Sarawak.
Tujuan promosi adalah untuk memperkenalkan kepada warga pendidik khasnya tentang
bahan pelbagai media yang baru sekaligus meningkatkan penggunaan bahan pelbagai
media dalam P&P. Pemantauan pengurusan bahan pelbagai media di sekolah adalah
bertujuan untuk memastikan sekolah mengurus bahan dengan baik di samping dapat
memperoleh maklumat tentang prestasi peminjaman dan penggunaan bahan.
BTPN Sarawak juga memberi khidmat bantu dan menghantar bahan pelbagai media ke
lima buah sekolah menengah yang baru beroperasi iaitu SMK Tebedu, SMK Tinjar,
SMK Kemena dan SMK Nanga Dap.
PROMOSI BAHAN PELBAGAI MEDIA
BIL. NAMA PROGRAM TARIKH TEMPAT
1 Program Sejiwa Senada
18-20 Mac 2011 Serian
31 Mac - 03 April 2011 Kuching Utara
17-19 Disember 2011 Dewan Suarah Kapit
2 Pameran Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 13-16 Mei 2011 Tebingan Kuching
3 Pameran Hari Bertemu
Pelanggan 24-25 September 2011 Bintang Plaza, Miri
AKTIVITI PAMERAN DAN PROMOSI
Dr. Soon Seng Thah, Timbalan Pengarah
Pembangunan Teknologi Pendidikan, BTP
bersama petugas pameran sempena Hari
Bertemu Pelanggan di Miri, Sarawak.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SARAWAK
148
Bengkel Pembangunan Bahan P&P Berasaskan Web merupakan satu wadah BTPN
Sarawak untuk membantu murid membudayakan ICT dan menjadikannya sebagai
amalan seharian. Peranan pendidik dalam pembangunan laman web pembelajaran
mampu menarik minat murid kerana bahan yang dibangunkan adalah berdasarkan
kepada kandungan tempatan, selaras tahap pengetahuan dan keupayaan murid.
BENGKEL PEMBANGUNAN BAHAN P&P BERASASKAN WEB
Bengkel ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam membangunkan sebuah
laman web pembelajaran di samping memberi pendedahan kepada guru tentang
kaedah dan teknik terkini dalam pembangunan laman web yang dianggap sukar pada
masa dulu.
Perisian yang digunakan merupakan perisian sedia ada di sekolah iaitu Microsoft Word
dan perisian percuma yang boleh dimuat turun dari internet iaitu WampServer sebagai
enjin web dan Hot Potatoes v.6 sebagai bahan untuk membina latihan.
Jadual di bawah menunjukkan senarai bengkel pembangunan bahan P&P berasaskan
web yang telah dijalankan:
BIL TARIKH BILANGAN PESERTA TEMPAT
1. 18–20 Julai 2011 10 orang SK Long Urun, Belaga
2. 25–26 Julai 2011 24 orang PKG Serian
3. 27–29 Julai 2011 25 orang PKG Sibu
4. 25–26 Oktober
2011 29 orang PKG Kuching
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SARAWAK
149
PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN PENDIDIKAN
“KEMBARA ILMU MERENTAS ADAT PERPATIH”
Dalam usaha mencapai matlamat pendidikan yang berkualiti dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA), PPD Hulu Langat mengorak langkah
bekerjasama dengan PKG Bangi untuk mengadakan Program Jalinan dan Jaringan
Pendidikan bertema “Kembara Ilmu Merentas Sempadan Menjejaki Bumi Perpatih ”.
Antara objektif program ini adalah:
• Melaksana dan mempertingkatkan pendidikan yang berkualiti berdasarkan sub
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
• Menjalinkan hubungan dan interaksi sosial antara sekolah, PIBG dan agensi
masyarakat.
• Melaksanakan program pembangunan pendidikan di peringkat daerah secara
kolaboratif
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara perkongsian ilmu
• Menentukan kecacatan sifar dalam pengurusan akademik, kokurikulum mahupun
sahsiah.
• Mewujudkan keyakinan masyarakat tentang sekolah sebagai institusi sosial
• Mengintegrasikan kepimpinan menengah dan rendah.
Pengisian program “Kembara Ilmu Merentas Sempadan Menjejaki Bumi Perpatih” ini
adalah seperti berikut:
• Pengenalan sejarah Negeri Sembilan menerusi wacana ilmu
• Persembahan puisi dan budaya Negeri Sembilan
• Perkongsian pintar pengurusan kurikulum antara PPD Hulu Langat dengan PPD
Tampin
• Hubungan sosio-budaya antara sekolah-sekolah yang terlibat
• Melihat masa hadapan hubungan Sekolah-Sekolah Zon Bangi dengan Sekolah-
Sekolah dalam Daerah PPD Tampin
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SELANGOR
150
Program tersebut melibatkan 100 orang peserta mewakili kumpulan seperti berikut:
• Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat
• Pegawai-pegawai di Pusat Kegiatan Guru Zon Bangi
• Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Zon Bangi
• Guru-guru Besar Sekolah Rendah Zon Bangi
• Guru-guru Sejarah Sekolah Menengah
• Guru-guru mata pelajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah Zon Bangi
• Dua (2) orang murid setiap sekolah dalam Zon Bangi
• Wakil-Wakil NGO Zon Bangi
Perjalanan program Kembara Ilmu Merentas Bumi Perpatih ini bermula di SK Jalan
Bukit dan bergerak ke Stesen Keretapi Kajang. Majlis Perasmian disempurnakan oleh
YB Dato’ Yap Pian Hon, Ahli Parlimen Serdang di Stesen Keretapi Kajang.
Semua peserta menaiki keretapi Event Coach untuk bertolak ke Stesen Keretapi
Gemas. Di situ, para peserta disambut dengan meriah oleh pihak PPD Tampin dan
sekolah-sekolah Daerah Tampin. Program kolaborasi diteruskan dengan lawatan ke
sekolah-sekolah Daerah Tampin khususnya di Gemas.
Para peserta sedang menunggu keretapi untuk memulakan
perjalanan “Kembara Ilmu Merentas Adat Perpatih”.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SELANGOR
151
PENERBITAN e-MAJALAH UNIT PENGURUSAN HAL
EHWAL PKG NEGERI SELANGOR
Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG Negeri Selangor telah mengambil inisiatif menerbitkan
e-majalah yang diberi nama UPHEPKG dengan membuat tiga (3) keluaran pada tahun
2011. Penerbitan ini bertujuan:
• Menyebarkan maklumat berkaitan PKG negeri Selangor
• Sebagai wadah rujukan berkaitan tatacara pengurusan PKG
• Memaparkan PKG Pilihan dan Staf Pilihan agar menjadi rujukan dan motivasi kepada
warga PKG lain di negeri Selangor untuk meningkatkan kecemerlangan PKG masing-
masing
• Menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG dan PKG
negeri Selangor
Sebanyak tiga (3) e-majalah telah dikeluarkan sebagai percubaan. Hasil maklum balas
daripada semua warga PKG negeri Selangor menunjukkan bahawa e-majalah ini dapat
membantu penyaluran maklumat secara terkumpul, kemas dan berkesan kepada PKG.
Pembinaan e-majalah ini menggunakan perisian Adobe InDesign versi 5.0. Pihak
UPHEPKG juga bercadang untuk bekerjasama dengan pihak Karangkraf Sdn Bhd
untuk memberi tunjuk ajar serta kaedah yang betul dalam mereka bentuk e-majalah ini.
e-Majalah UPHEPKG Bil. 01/2011 dan Bil. 02/2011
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SELANGOR
152
JEJAK KEMBARA FOTOGRAFI PANTAI TIMUR
Pada 27 November 2011 sehingga 1 Disember 2011, Unit Media, Promosi dan Inovasi
BTPN Selangor telah memilih kawasan Pantai Timur yang berpantai indah sebagai
lokasi pelaksanaan program. Selain daripada itu, kawasan Hutan Jelawang di Dabong,
Kelantan mempunyai air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara turut terpilih sebagai
lokasi penggambaran.
Persekitaran ini boleh memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan
pemilihan lokasi yang baik bagi menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti. Program
ini memberikan pengalaman yang luas dalam aspek berkenaan penggambaran dan
dapat memberi input-input yang berguna kepada pegawai-pegawai BTPN dan PKG
Selangor. Kursus ini dilaksanakan supaya para peserta mendapat manfaat berikut:
1. Meningkatkan kemahiran pegawai di Unit Media, Promosi dan Inovasi BTPN/PKG
Selangor dalam menjalankan aktiviti penggambaran luar.
2. Berkongsi idea dan pengalaman dengan rakan guru di sekolah yang dilawati
mengenai pembangunan dan kejayaan sekolah.
3. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan kamera digital dan teknik-
teknik menangkap gambar yang betul.
4. Meningkatkan kemahiran mengedit gambar menggunakan program Adobe
Photoshop.
5. Menjalinkan hubungan muhibah antara beberapa buah negeri dan bertukar
pendapat berkaitan dunia penggambaran.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
1. Perkongsian ilmu berkaitan penerbitan video termasuk skrip narrator dan konsep video
yang hendak diterbitkan
2. Perkongsian ilmu berkaitan teknik-teknik dalam fotografi seperti low light, slow shutter,
landskap dan penggambaran mikro.
3. Merakamkan pelbagai imej pegun dan video di lokasi-lokasi yang dilawati.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SELANGOR
153
Peserta yang menjayakan program
Jejak Kembara Fotografi.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
SELANGOR
154
BTPN Terengganu telah menganjurkan Seminar Pembestarian Sekolah Peringkat
Negeri Terengganu pada 30 Jun 2011 bertempat di Dewan Besar BTPN Terengganu.
Seminar ini disertai oleh 350 orang warga pendidik terdiri daripada para pegawai
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), PPD, PKG, Pengetua, Guru Besar, Guru
Penyelaras ICT dan Guru Penyelaras Bestari seluruh negeri Terengganu. Seminar ini
diadakan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah
memperkasakan penggunaan peralatan ICT dalam kalangan warga pendidik bagi
membantu P&P di bilik darjah.
YBrs. Dr. Ismail bin Zain, pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Kampus Ipoh, Perak dijemput memberikan ceramah bagi menjayakan seminar
berkenaan. Pengalaman beliau sebagai seorang guru dan pensyarah serta
kepakarannya dalam bidang rekabentuk pengajaran (instructional design) dan
multimedia dilihat amat sesuai dan relevan dengan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) masa kini. Ianya juga dilihat sejajar dengan slogan ‘Melestarikan
Pendidikan Terbilang’.
SEMINAR PEMBESTARIAN SEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI BTPN
TERENGGANU
155
Program Pemantauan Bersepadu BTPN-PKG Terengganu melibatkan pemantauan ke
sekolah-sekolah yang terlibat dengan projek-projek ICT Kementerian Pelajaran
Malaysia. Sebanyak 51 buah sekolah terpilih dalam pemantauan yang dilaksanakan
bermula pada bulan Ogos hingga September 2011.
Secara umumnya pemantauan ini adalah untuk meninjau dan menilai tahap
penggunaan peralatan ICT dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam kalangan guru
serta murid di 51 buah sekolah rendah dan menengah yang telah dipilih di seluruh
negeri Terengganu. Secara khususnya pula, pemantauan ini telah memberi fokus
kepada kemudahan internet iaitu projek Local Area Network (LAN) membabitkan aspek-
aspek seperti capaian internet dan kelajuannya. Selain itu, ianya juga bertujuan
memantau aspek fizikal, infrastruktur dan penggunaan makmal atau bilik komputer
sekolah.
Pemantauan juga memberi fokus kepada aspek pengurusan dan penggunaan beberapa
projek pendidikan utama seperti Projek e-Book, kelas maya, Projek Terengganu Cyber
School (TCSP), Learning Management System (LMS), Makmal MBMMBI dan Projek
Sekolah Angkat KPM-INTEL. Pemantauan juga melihat keberkesanan penggunaan
beberapa media utama yang ada di sekolah iaitu Kampus Astro, EduwebTV dan Pusat
Sumber Sekolah (PSS).
PROGRAM PEMANTAUAN BERSEPADU
Sesi pemantauan Projek e-Book yang dijalankan di SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
LAPORAN AKTIVITI BTPN
TERENGGANU
156
PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Terengganu telah mengadakan
Program Khidmat Bantu di 12 buah sekolah yang terpilih di Daerah Hulu Terengganu.
Program Khidmat Bantu telah bermula pada 3 Julai 2011 dan diakhiri dengan majlis
penutup pada 6 Julai 2011. Turut menjayakan program ini adalah pegawai-pegawai dari
setiap PKG di negeri Terengganu dan beberapa orang Guru Perpustakaan dan Media
sekolah-sekolah yang berdekatan. Program ini bertujuan meningkatkan penggunaan
PSS, pengurusan rekod, keceriaan dan susun atur peralatan serta Program NILAM di
kalangan sekolah di Daerah Hulu Terengganu.
Secara amnya, Program Khidmat Bantu PSS merupakan pemangkin kepada
peningkatan pencapaian akademik murid-murid di sekolah-sekolah berkenaan. Majlis
penutup telah berlangsung di SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu yang telah
disempurnakan oleh Encik Hasmasuhaimi bin Sulaiman, Pegawai Teknik dan
Vokasional, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
TERENGGANU
157
MESYUARAT BTPN-PKG BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI
PKG TERENGGANU
Mesyuarat BTPN-PKG Bersama Pengerusi-Pengerusi PKG Terengganu telah diadakan
bermula 18 hingga 20 September 2011 di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur. Mesyuarat yang dihadiri oleh hampir kesemua Pegawai Teknik
dan Vokasional PPD Terengganu merangkap pegawai perhubungan BTPN dan PKG di
PPD dan Pengerusi-Pengerusi JKPA PKG Terengganu antara lain bertujuan
membincang dan menyelesaikan permasalahan tentang pengurusan berkaitan PKG
dengan isu semasa. Mesyuarat ini juga penting bagi memantapkan hubungan kerja
antara BTPN Terengganu dan PKG dengan pegawai Teknik dan Vokasional PPD. Selain
itu, mesyuarat ini menjadi platform untuk merancang aktiviti-aktiviti dan hala tuju bersama
bagi melaksanakan dasar kerajaan berkaitan kecemerlangan pendidikan.
Sesi pembentangan telah diadakan semasa mesyuarat ini antaranya ”Jalinan PPD dan
PKG dalam Melestarikan Kecemerlangan Pendidikan” oleh Encik Rosdi Hashim, wakil
Pegawai Teknik dan Vokasional (Votek) PPD Marang, “Memperkasakan PKG Pahang -
Satu Perkongsian” oleh Tuan Haji Mohd Raauf bin Haji Jali, Ketua Penolong Pengarah
BTPN Pahang dan ”Pembestarian Sekolah dan Inisiatif ICT Terkini” oleh Tuan Haji Mohd
Haliza bin Mohd Adnan, Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan, Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai-pegawai Votek PPD
Terengganu dan Pengerusi-pengerusi JKPA PKG Terengganu juga telah berbengkel
dengan tajuk “Memperkasakan Peranan dan Fungsi Jawatankuasa Kerja di PKG”.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
TERENGGANU
158
LAWATAN KERJA PENGARAH PELAJARAN JPNWP KE
BTPN WPKL
Warga BTPN WPKL mengalu-alukan lawatan kerja Pengarah Jabatan Pelajaran
Negeri Wilayah Persekutuan ke BTPN WPKL pada 10 Oktober 2011. Kunjungan ini
adalah selaras dengan hasrat Pengarah mengenali setiap agensi pendidikan
di Wilayah Persekutuan.
Sempena lawatan beliau ke BTPN WPKL, satu sesi Taklimat Teknopen oleh Pegawai
Teknologi Pendidikan BTPN WPKL dan juga PKG turut diadakan. Taklimat ini juga
dihadiri oleh beberapa orang Ketua Sektor dari JPNWP.
KPP BTPN WPKL menyambut ketibaan Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
Sesi Perkongsian Ilmu
bersama pegawai-pegawai BTPN WP KL
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
159
BTPNKL dengan kerjasama UTM telah berjaya mengadakan Bengkel Green
Technology di PKG Sentul (Windows Multipoint Server) dan di SK Padang Tembak 1
(Windows 7). Projek Green Technology adalah projek guna semula komputer yang telah
dilupuskan untuk digunakan semula.
Satu kajian yang dilaksanakan bersama oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dan BTPNWPKL telah mendapati bahawa projek ini dapat menjimatkan kos tenaga,
lesen perisian dan peralatan tanpa menjejaskan prestasi peralatan dengan persekitaran
semasa. Konsep penyelesaian secara green technology adalah pelaksanaan
pemasangan DOM (Disk on Module) pada komputer sedia ada dengan pelayan (server)
yang baharu.
Hasil penilaian mendapati penggunaan komputer terpakai adalah bertambah dengan
adanya pemasangan sistem green technology ini. Antara sebab keadaan ini berlaku:
LAPORAN GREEN TECHNOLOGY UTM-BTPN WPKL
• Kekerapan kerosakan dapat dikurangkan
• Perisian yang terkini boleh digunakan dengan baik walaupun mesin dan sistem
operasi komputer dalam Projek Green Technology dikategorikan sebagai usang
• Sistem adalah lasak dan ia boleh dihentikan pada bila-bila masa tanpa
merosakkan cakera kerasnya.
• Client adalah serasi untuk digunakan di kebanyakan peranti
• Masa yang diambil untuk boot-up dan mematikan komputer adalah sangat cepat.
• Pengguna boleh menggunakan versi aplikasi yang terkini. Dengan menggunakan
sistem green technology, komputer tersebut hanya perlu melakukannya di
pelayan sahaja dan tidak perlu menambah RAM di komputer.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
160
Semua aspek telah diambil kira sebagai asas pertimbangan bagi melihat impak kepada
sekolah meliputi aspek seperti berikut:
1. Kos yang rendah – Pengurusan kepada client adalah dilakukan melalui pelayan,
bermakna kos penyenggaraan lebih tertumpu kepada pelayan. Serangan virus juga
dapat diminimakan kerana ia berpusat di pelayan
2. Lesen perisian – Semua instalasi lesen perisian dilakukan di pelayan dan ini
memudahkan untuk mengurus dan menyenggara.
3. Memudahkan urusan – Green Technology memudahkan penyenggaraan komputer
kerana proses instalasi tidak perlu dilakukan di stesen kerja.
4. Quick and easy deployment – Kerja-kerja naik taraf aplikasi baharu hanya perlu
dilakukan pada pelayan sahaja dan tidak memerlukan peningkatan kepada
perkakasan di tempat pengguna.
Komputer-komputer yang digunakan dalam Projek Green Technology
di SK Padang Tembak 1.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
161
Satu bengkel yang digerakkan secara usaha sama oleh PKG Segambut Jaya dan PKG
Bangsar telah berjaya dilangsungkan pada 21 Julai 2011 bertempat di Dewan Kuliah
Perdana, PKG Bangsar.
Seramai 58 peserta yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah
telah menghadiri bengkel tersebut. Mereka diberi bimbingan dan panduan dalam
menghasilkan boneka yang mudah menggunakan bahan-bahan yang tidak memerlukan
kos yang tinggi. Di samping itu, para peserta diberi pendedahan tentang bagaimana
menerapkan penggunaan boneka dalam P&P. Selain itu, guru-guru juga diberi
pendedahan berkaitan teknik penggunaan boneka yang boleh diserapkan dalam aktiviti
galakan membaca di sekolah. Empat (4) jenis boneka iaitu boneka jari, boneka kayu,
boneka ulat dan boneka stoking berjaya dihasilkan oleh peserta bengkel dalam tempoh
sehari bengkel diadakan.
Ketekunan peserta menghasilkan boneka.
BENGKEL PENGHASILAN BONEKA
ANJURAN PKG SEGAMBUT JAYA & PKG BANGSAR
Boneka yang telah dihasilkan oleh para peserta.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
162
CERDIKNet adalah akronim bagi Computer Educational Resource Development in
Kuala Lumpur. CERDIKNet merupakan jaringan pendidikan yang menyambungkan
sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menggunakan
kemudahan internet. Program ini menekankan pembelajaran berasaskan sumber serta
perkongsian sumber dan maklumat pendidikan melalui laman web CERDIKNet.
Bahan pengayaan P&P telah dibangunkan melalui laman web untuk sekolah-sekolah di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Laman ini adalah untuk warga pendidik khasnya
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. CERDIKNet dipelopori oleh BTPNWPKL, Guru
Pakar dan Guru Mata Pelajaran. CERDIKNet juga memaparkan bahan-bahan khusus
untuk kegunaan P&P di bilik darjah.
Murid-murid digalakkan menggunakan prasarana e-learning CERDIKNet yang disusun
mengikut subjek. Bahan-bahan tersebut disediakan oleh Guru Pakar dan Guru Mata
Pelajaran. Bahan-bahan ini dikemaskini dari semasa ke semasa.
CERDIKNet http://btpnkl.edu.my/cerdiknet
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
163
Tahun 1 2 3 4 5 6
Bahasa Malaysia 10 10 12 9 9 10
Bahasa Inggeris 9 7 8 7 8 6
Matematik 0 0 0 0 0 0
Pendidikan Islam 31 20 35 12 21 21
Sains 16 50 9 5 4 5
Bahan P&P Sekolah Rendah
Tingkatan 1 2 3 4 5 6
Bahasa Malaysia 4 3 16 2 4 0
Bahasa Inggeris 8 7 31 0 0 0
Matematik 18 12 20 4 0 0
Pendidikan Islam 0 28 0 27 4 0
Sains 39 16 0 8 0 0
Sejarah 4 4 4 4 4 4
Geografi 11 10 19 7 0 0
Perakaunan 9 4 0
Bahan P&P Sekolah Menengah
Bilangan item atau bahan yang terdapat dalam laman CERDIKNet:
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
164
MAJLIS ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN
SEMPENA KARNIVAL BESTARI PERINGKAT WP LABUAN 2011
Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan sempena Karnival Bestari Peringkat WP Labuan
2011 telah diadakan pada 14 November 2011 bertempat di Hotel Tiara, WP Labuan.
Majlis yang julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh:
1. YBhg. Puan Mistrine Radin, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
2. YBrs. Encik Ismail bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pelajaran (Bahagian Dasar)
3. YBrs. Encik Omar bin Baki Matusin, Timbalan Pengarah Pelajaran (Bahagian
Operasi)
4. Encik Awang Marten bin Haji Abd. Rahman, KPP BTPN WP Labuan
5. Encik Samsudin bin Yalla, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat
6. Cik Khaziyati binti Osman, Ketua Sektor Jaminan Kualiti
7. Para Pengetua dan Guru Besar; Guru Penyelaras Bestari/ICT
8. Guru Perpustakaan dan Media
9. Juruteknik Komputer dari semua sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Berikut adalah pemenang pertandingan dan penerima anugerah pada majlis Anugerah
Teknologi Pendidikan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan:
Pertandingan Fotografi (Guru/Pegawai/
Kakitangan dan Staf Sokongan)
JOHAN Norizal bin Manap
(SK Pekan 1)
NAIB
JOHAN
Norashikin binti Mohd. Tahir
(SK Pekan 1)
KETIGA Saliman bin Durasat
(SK Lubok Temiang)
JOHAN SK Pekan 1
Bentuk &
Ruang
(Matematik)
NAIB
JOHAN SK Pekan 2
Endangered
Animals
(Sains)
KETIGA SK Bukit
Kalam
The Rain
(Bahasa
Inggeris)
Pertandingan Power Point
(Sekolah Rendah)
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
165
Pertandingan Bahan Hasilan ICT
(Menengah Rendah)
JOHAN SMK
Mutiara
Rajah
(Geografi)
NAIB
JOHAN
SMK
Mutiara
Negeri-Negeri
Melayu
(Sejarah)
KETIGA SMK
Labuan Cell (Sains)
Anugerah Laman Web Sekolah Terbaik
(Sekolah Rendah)
JOHAN SK Tanjung Aru
NAIB JOHAN SK Membedai
KETIGA SK Pekan 2
Anugerah Laman Web Sekolah Terbaik
(Sekolah Menengah)
JOHAN SMK Sains Labuan
NAIB JOHAN SMK TP Bedaun
KETIGA SMK Teknik Labuan
Pertandingan Video Korporat Sekolah
(Sekolah Menengah)
JOHAN SK Pekan 1
NAIB JOHAN SK Membedai
KETIGA SK Pekan 2
Majlis penyampaian hadiah dan
kepada para pemenang.
LAPORAN AKTIVITI BTPN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Pertandingan Fotografi Like@Facebook
JOHAN Khatijah binti Lamudin
(SK St Anne) (178 Likes)
NAIB
JOHAN
Noor Farehin Mohd. Yusof
(SK Sg Bedaun) (57 Likes)
KETIGA Mahazi bin Ibrahim
(SMK Mutiara) (55 Likes)
Pertandingan Bahan Hasilan ICT Guru
JOHAN SK
Membedai
Menyiasat
Dunia
Teknologi
(Sains)
NAIB
JOHAN
SK
Pekan 1
Bumi & Alam
Semesta
(Sains)
KETIGA SK
Pekan 1
ICT Iqra’
(Pendidikan
Islam)
166
AKS
Anggota Kumpulan Sokongan
BER
Beyond Economic Repair
BPSP
Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan
BTP
Bahagian Teknologi Pendidikan
BTPN
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
CM
Corrective Maintenance
CSR
Corporate Social Responsibility
DLP Digital Light Processing
ELMO CRS
ELMO Classroom Solution
EMIS
Educational Management Information System (Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan)
FCC
Flagship Coordination Committee
GPB
Guru Penyelaras Bestari
GPM
Guru Perpustakaan dan Media
GTP
Government Transformation Plan
HD
High Definition
HRMIS
Human Resource Management Information System (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia)
ICT Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia
IPR Intellectual Property Rights
JAET Japanese Association of Educational Technology
JK PICT-P&P Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT – Pengajaran dan Pembelajaran
JPICT Jawatankuasa Pemandu ICT
KOMSAS Komponen Sastera
Glosari Akronim
167
GLOSARI AKRONIM
KPI Key Performance Indicator
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPPM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
KSU Ketua Setiausaha
LAN Local Area Network
LCD Liquid Crystal Display
LDAP Lightweight Directory Access Protocol
LINUS Literasi dan Numerasi
LMS Learning Management System
MAMPU Malaysian Administrative Modernisation and Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia)
MBMMBI Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
MCP Multiple Camera Production
MDeC Multimedia Development Corporation
MOE Ministry of Education
MOSTI Ministry of Science, Technology and Innovation (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
MSC Multimedia Super Corridor (Koridor Raya Multimedia)
MyGfL Malaysian Grid for Learning
NKEA National Key Economic Area (Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi)
NKRA National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara)
OB Van Outside Broadcast Van
OSS Open Source Software
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PKG Pusat Kegiatan Guru
PM Preventive Maintenance
168
GLOSARI AKRONIM
POC Proof–of-Concept
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
PSPN Pusat Sumber Pendidikan Negeri
PTJ Pusat Tanggungjawab
R&D Research and Development
SABK Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SCORM Sharable Content Object Reference Model
SJK(C) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
SJK(T) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
SK Sekolah Kebangsaan
SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
SKT Sasaran Kerja Tahunan
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMM Sistem Maklumat Murid
SPK Sistem Pengurusan Kementerian
SPPICTS Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah
SPS Sistem Pengurusan Sekolah
SSMS Smart School Management System
SSO Single Sign-on
SSQS Smart School Qualification Standards
STS Support Ticketing Systems
TOT Training of Trainers
169
GLOSARI AKRONIM
UPE Unit Perancang Ekonomi (Jabatan Perdana Menteri)
URL Uniform Resource Locator
VLE Virtual Learning Environment
WAN Wide Area Network
WP Wilayah Persekutuan
WSMS Web School Management System
YB. Yang Berhormat
YBrs. Yang Berusaha
170
PENAUNG
Rosnani binti Mohamed Ali
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
PENASIHAT
Dr. Soon Seng Thah
Timbalan Pengarah
Pembangunan Teknologi Pendidikan
Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut
Timbalan Pengarah
Pembangunan Pendidikan Bestari
KETUA EDITOR
Norma binti Daud
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Strategik
EDITOR
Fadzilah binti Ariffin
Brian Christopher De Rozario
Ruzana binti Tukimin
Noraminah binti Mohamed Ghazi
Haji Hashim bin Mohamed
KONSEP, GRAFIK DAN PERCETAKAN
Noraminah binti Mohamed Ghazi
Ruzana binti Tukimin
Mohd Yassim bin Ngah
Azmi bin Hamzah
Haji Mohd Arifen bin Naim
Mohd. Rosle bin Ahmad
JURUGAMBAR
Mohamad bin Abu Bakar
Azlil bin Basri
Norashikin binti Mohd Nor
Sidang Redak si