laporan ceramah awal remaja 2012
TRANSCRIPT
TARIKH : 25 OKTOBER 2012ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
LAPORAN
PROGRAM PERSEDIAN AWAL REMAJA
PENGENALAN
Peringkat baligh merupakan fasa yang penting dalam kehidupan seseorang
individu. Kanak-kanak akan menghadapi perubahan yang besar apabila mereka
mencapai peringkat baligh dan seterusnya memasuki alam dewasa. Walaupun ini
berlaku secara semulajadi, pengetahuan tentang perubahan ini dan isu-isu yang
berkaitan dengannya adalah sesuatu yang harus dipelajari dan difahami. Selain
daripada perubahan fizikal dan emosi, Perubahan yang lebih penting yang akan
dihadapi oleh semua anak-anak ialah tanggungjawab selepas baligh kerana anak-anak
ini sekarang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala dosa dan pahala
berhubung segala perbuatan mereka.
Malangnya, seringkali anak-anak ini tidak disediakan dari awal untuk
menghadapi perubahan besar ini. Selain itu, isu-isu penting seperti pengetahuan seks
amat jarang dibincangkan. Kebanyakan ibu bapa berasa agak malu untuk berbincang
dengan anak-anak mereka tentang isu seperti ini. Akibatnya, anak-anak ini
menggunakan sumber-sumber lain seperti kawan-kawan mereka dan media massa
untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka.
Apabila membicarakan tentang pendidikan seks, ramai yang melihatnya dari
sudut fizikal atau lahiriah semata-mata. Dalam Islam, aspek seksual sentiasa
dibincangkan seiring dengan tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu
cara hidup. Inilah yang perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk
umat yang bertaqwa. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan kepada Allah swt sedalam-
dalamnya dan kecintaan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai
khalifah di muka bumi.
Dengan ini timbullah keperluan untuk mengadakan kefahaman tentang proses
baligh kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Isu-isu yang bersangkutan
khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan
merangkumi aspek fizikal dan spiritual.
TUJUAN
Persedian awal Remaja di jalankan bagi membekalkan murid dengan beberapa
perkara sebagai persedian kepada murid untuk menghadapi zaman remaja yang
amat mencabar.
OBJEKTIF
Objektif Program Persediaan Awal Remaja adalah seperti berikut;
Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja.
Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam
remaja dengan penuh yakin.
Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri
dengan sebaik mungkin.
Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan.
Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.
SASARAN Murid Tahun 4,5, dan 6 SK Haji Ramli
BUTIR-BUTIR PROGRAM
Tarikh program
25 Oktober 2012
Tempoh perlaksanaan
3 jam (09.00a.m – 12.00p.m)
Tempat program
Makmal Sains & Makmal Komputer SK Haji Ramli
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : PN HJH SITI EISHAH BT HJ SHAKARANI
GURU BESAR SK HAJI RAMLI
PENGERUSI : PN HJH HAMIZAN BT ARIFFIN
PK HEM SK HAJI RAMLI
NAIB PENGERUSI 1 : EN ZOLKIFLE B AHMAD
PK PENTADBIRAN SK HAJI RAMLI
NAIB PENGERUSI 11 : PN NORAIN BT HJ MAT SAID
PK KOKURIKULUM SK HAJI RAMLI
SETIAUSAHA : PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD
AHLI JAWATANKUASA : 1. EN. ANUAR B. HASSAN
2. PN ROHANI BT ABDUL HAMID
3. PN NORHAYATI BT SALLEH
4. CIK FADLIYANA BT MOHD FATHIL
09.00 pagi Ceramah Awal Remaja oleh Pegawai Kesihatan Klinik
Kesihatan Kedai Empat
(Makmal Komputer & Makmal Sains )
10.30 pagi Rehat
10.50 pagi Murid berkumpul di Dewan
Terbuka
11.00 pagi Ucapan aluan Pengerusi Majlis
11.10 pagi Bacaan Doa
11.20 pagi Ucapan Guru Besar
Pn Hjh Siti Eisah bt. Hj Shakarani
11.40 pagi Ucapan Pegawai Kesihatan
11.50 pagi Penyampaian Cenderamata
12.00 tgh Bersurai
PERJALANAN PROGRAM
Murid berkumpul di Dewan Terbuka sebelum mengikuti slot ceramah Awal
Remaja. Slot ceramah diadakan di dua tempat yang berlainan di mana murid
lelaki ditempatkan di makmal Sains manakala murid perempuan ditempatkan di
makmal komputer Slot ceramah bagi murid perempuan disampaikan oleh Pn
Norahiza, Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Kedai Empat manakala slot bagi
murid lelaki disampaikan oleh En. Mohd Ariff selaku Penolong Pegawai
Perubatan Klinik Kesihatan Kedai Empat..
Selesainya ceramah, murid berehat dan berkumpul semula untuk upacara
penutup di Dewan Terbuka. Sebagai pembuka majlis, Ustaz Anuar b Hassan
dijemput untuk membacakan doa memohon agar majlis diberkati. Sebagai
tanda merasmikan program, Pn Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani, Guru Besar SK
Haji Ramli diberi laluan untuk menyampaikan ucapan penuh bermakna kepada
murid-murid berkaitan program.
Majlis diteruskan dengan ucapan rumusan oleh En Mohd Ariff, Penolong
Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan diikuti majlis penyampaian sijil dan
cenderamata kepada penceramah.
PENUTUP
Program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang di dalam kertas kerja
yang telah disediakan. Kerjasama dari semua guru amatlah baik dalam pelaksanaan
program ini. Adalah diharapkan dengan segala input yang diperolehi dalam program ini
dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pada masa akan datang. Program
persediaan awal remaja ini diharapkan banyak membantu murid dalam mempersiapkan
diri sebelum melangkah ke fasa remaja yang penuh dengan cabaran.
Laporan disediakan oleh ; .......................................( MURSHU HAIL BT MUHAMAD )
UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS BACAAN DOA OLEH USTAZ ANUAR
GURU BESAR BERSAMA PEGAWAI KESIHATAN
UCAPAN PENUTUP PN GURU BESARRUMUSAN WAKIL PEG. KESIHATAN
MURID – MURID MENDENGAR UCAPAN PN GURU BESAR DAN PEG. KESIHATAN
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA KEPADA
PENCERAMAH