laporan enggor
DESCRIPTION
pusat ikan hiasanTRANSCRIPT
Laporan Program Lawatan sambil Belajar dan Kursus
Ternakan dan Pengeluaran Ikan Hiasan di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak
Pada 1 Mei 2013 yang lalu seramai 33 orang guru pelatih dari opsyen Reka
Bentuk dan Teknologi IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan lawatan ke Pusat
Ikan Hiasan Enggor yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak. Lawatan tersebut diiringi
oleh tiga orang pensyarah subjek iaitu Hazmin Bin Mat Yusof, Suzana Binti Mohamed
dan Zulkifly Bin Yusuf. Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi sukatan matapelajaran
RBT3109 iaitu Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan semester
ini. Selain itu juga, kursus ini di buat bagi memberi pendedahan awal kepada guru
pelatih tentang cara pemeliharaan ikan hiasan dengan betul, teknik bagi pembiakan
ikan serta makanan rumusan yang sesuai bagi ikan hiasan mengikut jenisnya. Selain itu
kesempatan ini juga mampu memberikan satu lagi peluang kepada guru pelatih untuk
memperoleh pengalaman sebenar mengenai ikan hiasan di Pusat Pemeliharaan Ikan
Hiasan Enggor, Perak.
Kami telah bertolak ke sana dengan menaiki bas persiaran pada pukul 8.00 pagi
1 Mei 2013. Perjalanan ke Kuala Kangsar telah mengambil masa selama 6 jam untuk
sampai ke tempat kursus. Sampai sahaja kami di sana, kami telah di sambut oleh
penyambut tetamu. Selepas itu, kami dikehendaki membuat pendaftaran bagi menanda
kehadiran kami ke kursus ini. Semasa sesi pendaftaran juga, kami telah di agihkan
cadar, selimut dan sarung bantal untuk digunakan di bilik yang disediakan. Bagi guru
pelatih perempuan, mereka telah menyediakan 2 buah rumah di mana setiap rumah
mengandungi 7 buah katil. Bagi guru pelatih lelaki pula, mereka disediakan bilik asrama
yang juga dimuatkan dengan 7 buah katil. Bilik yang disediakan amat selesa dan
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti almari, tempat penyidai baju, sterika
dan sebagainya.
Selesai aktiviti pendaftaran, kami semua menyiapkan diri untuk solat dan makan
malam. Pada pukul 8.30 malam, kami semua bersedia di bilik kuliah bagi menonton
tayangan video industri perikanan. Antara video yang ditunjukkan adalah mengenai
cara untuk menyediakan akuarium yang lengkap, jenis ikan hiasan dan sebagainya.
Tayangan tersebut telah dikendalikan oleh Pn Marry di mana beliau adalah salah
seorang pegawai di pusat ikan hiasan ini. Aktiviti tayangan video telah berakhir pada
pukul 10.30 malam.
Keesokan harinya iaitu 2 Mei 2013, kami memulakan aktiviti dengan bersarapan
pagi. Sarapan yang disediakan ialah bee hoon goreng dan air kopi suam. Selesai
sarapan pagi iaitu pada pukul 8.30 pagi, kami dikehendaki untuk berada di bilik kuliah
untuk mendengar ceramah daripada ketua pusat perikanan ini iaitu Pn. Nor Mastura
Hasan mengenai status dan pengenalan ikan hiasan. Antara isi kandungan ceramah
tersebut ialah mengenai kategori ikan hiasan mengikut spesis di mana antara spesis
yang ditunjukkan ialah “CYPRINIDAE”, “ANBANTIDE”, “POICILIDE” dan sebagainya
lagi. Slot pertama ini berlangsung selama 2 jam. Selepas slot pertama habis, kami di
beri rehat selama 30 minit bagi menyambung slot yang seterusnya. Slot seterusnya
bermula pada pukul 11.00 pagi. Slot pada kali ini ialah ceramah mengenai teknik
pembiakan ikan “CYPRINDS” DAN “ANABATIDS”. Jenis ikan di bawah spesis
“ANABATIDS” ialah ikan Pelaga. Di mana ianya beranak. Manakala, ikan dari spesis
“CYPRINIDS” adalah ikan Koi. Ceramah telah diberikan oleh En. Abd Halim Zaki. Slot
ini juga telah berlangsung selama 2 jam.
Selesai slot kedua, kami diberi masa untuk berehat bagi menyiapkan diri untuk
solat zohor dan makan tengah hari. Slot seterusnya telah di sambung pada pukul 2.30
petang. Slot ini juga membincangkan mengenai teknik bagi pembiakan ikan, tetapi
teknik pembiakan adalah dari spesis yang berbeza. Spesis yang dipilih pada kali ini
ialah “CICHLID” dan “PEOCILID”. Jenis ikan “CICHLID” ialah ikan Diskus, Anggel Dan
Oscar. Manakala, jenis ikan bagi spesis “PEOCILID” terdiri daripada ikan guppy. Kami
juga diberitahu sedikit maklumat bagi mebezakan ikan jantan dan betina. Bagi
mengenalpasti jantina ikan jantan , warna yang lebih menaik berbanding ikan betina,
sirip dorsal dan anal lebih panjang dan ikan jantan agak garang berbanding ikan betina.
Manakala, bagi ikan betina pula, warnanya kurang menarik dan sirip dorsal lebih
pendek berbanding ikan jantan. Kelas ini juga berlangsung selama 2 jam.
Pada pukul 8.30 malam, kami telah deberi ceramah mengenai makanan
rumusan bagi ikan hiasan. Ceramah ini telah diberikan oleh En. Nazri Yaacob. Menurut
En. Nazri, bagi memilih makanan yang sesuai untuk ikan yang dibela, kita mesti
mengetahui jenis pemakan ikan tersebut terlebih dahulu. Ia bagi mengelakkan
pemberian makan yang tidak sesuai kepada ikan. Kelas ini diadakan sehingga jam
10.30 malam.
Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, 3 Mei 2013 aktiviti pertama adalah sama
seperti hari sebelumnya iaitu sarapan pagi. Selesai sarapan pagi, kami semua
dikehendaki berkumpul di pusat pengeluaran ikan dihadapan pusat kuliah kami. pada
hari ini, kami hanya ditunjuk simulasi dan melakukan beberapa amali yang telah
dipelajari pada hari sebelum. Simulasi pertama ialah mengenai pengurusan tangki dan
kolam. Kami di ajar mengenai langkah-langkah menguruskan kolam dengan betul.
Beberapa orang guru pelatih lelaki juga telah dipilih untuk melakukan simulasi tersebut.
seterusnya, selesai sahaja simulasi pengurusan tangki dan kolam, kami ditunjukkan
pula simulasi mengenai pembiakan ikan “SYPRINID” dan “ANABATID”. Kami telah
ditunjukkan oleh EN. Halim Zaki cara untuk mencucuk hormon pada ikan. Ikan yang
digubakan untuk dibuat pembiakan ialah ikan koi. Langkah pertama yang perlu
dilakukan ialah memengsankan ikan tersebut dahulu. Ia adalah bagi memudahkan
untuk menyuntik hormon pada ikan tersebut. Bahan yang digunakan untuk
memengsankan ikan ialah minyak cengkih. Apabila ikan tersebut mulai lali dengan ubat
yang diberikan, ikan tersebut ditimbang untuk mendapatkan berat ikan tersebut. Ikan
perlu ditimbag bagi menentukan sebanyak mana dos yang sesuai digunakan mengikut
berat ikan tersebut. selepas itu, proses suntikan hormon dilakukan dan kemudian ikan
segera diletakkan di dalam tangki khas supaya ia kembali pulih.
Selesai simulasi yang kedua, kami ditnjukkan pula simulasi mengenai pembiakan
ikan “CICHLID” dan “PEOCILID”. Apa yang perlu dibuat bagi membiakkan ikan spesis
ini ialah mengenalpasti yang manakah ikan jantan dan yang mana ikan betina. Apabila
dikenalpasti, ikan-ikan tersebut diletakkan di satu tangki. Oleh itu, amat mudah bagi
membiakkan ikan jenis ini.
Akhir sekali, program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
guru pelatih dalam pengetahuan kehidupan alam sekitar seperti kehidupan akuatik.
Segala ilmu yang ditimba sepanjang program ini boleh diaplikasikan pada masa akan
datang khususnya apabila berada di sekolah kelak.