laporan epidemiologi mizan

Upload: zack-mamat

Post on 04-Oct-2015

105 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Laporan Epidemiologi Pelatih Oembantu Perubatan

TRANSCRIPT

PENGENALANDenggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Setakat ini tiada vaksin yang boleh merawat penyakit ini kecuali mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes aegypti masuk ke Malaysia dari Afrika melalui pelabuhan. Pada 1900-an, nyamuk Aedes aegypti bandar-bandar pelabuhan dan pesisiran pantai. Pada 1920-an, nyamuk Aedes aegypti boleh ditemui hampir kesemua bandar-bandar di Malaysia. Pada 1990, nyamuk Aedes aegypti sudah meliputi semenanjung Malaysia.Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus flavirus menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit. Virus flavirus dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus flavirus. Nyamuk Aedes berupaya menyebarkan penyakit ini dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia. Seseorang pesakit yang telah mendapat denggi akan menjadi pembawa sepanjang hayat. Nyamuk Aedes betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari). Virus flavirus dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit. INSIDENSKadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk. Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995.

DEFINISIDemam virus akut yg bercirikan demam secara tiba-tiba dan berterusan selama 3 5 hari, tidak melebihi 7 hari serta sering terdapat disphagia, sakit kepala yang kuat, myalgia , sakit retro-orbital, anoreksia, ruam serta gangguan trek gastrousus.

VEKTOR DAN AGEN JANGKITANPenyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti dan nyamuk Aedes Albopictus. Nyamuk Aedes Aegypti tinggal di dalam rumah manakala albopictus mempunyai habitat di luar rumah. Kebiasaannya nyamuk aedes akan menggigit pada waktu awal pagi dan senja. Nyamuk aedes yang menggigit manusia merupakan nyamuk betina. Nyamuk jantan pula lebih kepada tumbuhan sebagai sumber makanan. Kebiasaannya nyamuk betina akan hidup selama 30 hari berbanding nyamuk jantan yang hanya mampu hidup selama 7 hari sahaja. Jangkahayat nyamuk betina yang lebih lama menyebabkan ianya mudah merebak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jarak terbang nyamuk adalah sejauh 200 meter tetapi mampu mencapai sehingga 400 meter. Nyamuk yang efektif dengan virus denggi mampu merebakkan virus berkenaan dalam jarak tersebut.DATA DAN STATISTIKJADUAL KES DEMAM DENGGI/DEMAM DENGGI BERDARAH MENGIKUT KAWASAN, DAERAH JELEBU 2004-2009KAWASAN TAHUN

200420052006200720082009

Bandar29303029510

Luar Bandar314922332611

Graf di atas menunjukkan jumlah kes demam denggi/demam denggi berdarah mengikut kawasan, daearah Jelebu 2004-2009. Pada tahun 2004, sebanyak 29 dilaporkan di kawasan bandar dan 31 kes dilaporkan di kawasan luar bandar. Pada tahun 2005, sebanyak 30 kes dilaporkan di kawasan bandar 49 kes di kawasan luar bandar. Pada tahun 2006, terdapat sebanyak 30 kes dilaporkan di kawasan bandar dan 22 kes di luar bandar. Pada tahun 2007, sebanyak 29 kes dilaporkan di kawasan bandar dan 33 kes luar bandar. Pada tahun 2008, terdapat penurunan kes yang dilaporkan iaitu 5 kes di kawasan bandar dan 26 kes di luar bandar. Pada tahun 2009, sebanyak 10 kes di kawasan bandar dan 11 kes di kawasan luar bandar.JADUAL KES DEMAM DENGGI/DEMAM DENGGI BERDARAH MENGIKUT PENYAKIT, DAERAH JELEBU 2004-2009PENYAKIT TAHUN

200420052006200720082009

Demam Denggi587948493120

Demam Denggi Berdarah204301

Graf di atas menunjukkan kes demam denggi/demam denggi berdarah mengikut penyakit, daerah Jelebu 2004-2009. Sepanjang tempoh ini, kes demam lebih tinggi berbanding demam denggi berdarah. Pada tahun 2004 (58 kes), 2005 (79 kes), 2006 (48 kes), 2007 (49 kes),2008 (31 kes), dan 2009 (20 kes) yang dicatatkan bagi kes demam denggi. Pada tahun 2004 (2 kes),2006 (4 kes), 2007 (3 kes), 2009 (1 kes), pada tahun 2005 dan 2008 tiada kes dicatatkan bagi demam denggi berdarah.JADUAL KES DEMAM DENGGI/DEMAM DENGGI BERDARAH MENGIKUT BULAN, DAERAH JELEBU 2004-2009BULAN TAHUN

200420052006200720082009

Januari5125402

Februari4109112

Mac4512302

April386421

Mei3162652

Jun677953

Julai 3631432

Ogos143532

September541225

Oktober452260

November401232

Disember721020

Graf di atas menunjukkan jumlah kes demam denggi/demam denggi berdarah mengikut bulan, daerah Jelebu untuk tahun 2004-2009. Pada tahun 2004, sebanyak 5 kes dilaporkan pada bulan Januari,manakala Februari (4 kes), Mac (4 kes), April (3 kes), Mei (3 kes), Jun (6 kes), Julai (3 kes), Ogos (1 kes) September (5 kes), Oktober (4 kes), November (4 kes) dan Disember (7 kes). Pada tahun 2005, sebanyak 12 kes dicatatkan pada bulan Januari, manakala pada bulan Februari (10 kes), Mac (5 kes), April (8 kes), Mei (16 kes), Jun (7 kes), Julai (6 kes), Ogos (4 kes) September (4 kes), Oktober (5 kes), November tiada kes yang dilaporkan dan Disember (7 kes). Pada tahun 2006, terdapat 5 kes pada bulan Januari, manakala bulan Februari (9 kes), Mac (12 kes), April (6 kes), Mei (2 kes), Jun (7 kes), Julai (3 kes), Ogos (3 kes) September (1 kes), Oktober (2 kes), November (1 kes) dan Disember (1 kes). Pada tahun 2007, sebanyak 4 kes dilaporkan pada bulan Januari, manakala bulan Februari (1 kes), Mac (3 kes), April (4 kes), Mei (6 kes), Jun (9 kes), Julai (14 kes), Ogos (5 kes) September (2 kes), Oktober (2 kes), November (2 kes) dan tiada kes dilaporkan bulan Disember. Pada tahun 2008, tiada kes dilaporkan pada bulan Januari dan Mac, manakala bulan Februari (1 kes), April (2 kes), Mei (5 kes), Jun (5 kes), Julai (3 kes), Ogos (3 kes) September (2 kes), Oktober (6 kes), November (3 kes) dan Disember (2 kes). Pada tahun 2009, sebanyak 2 kes dilaporkan pada bulan Januari, manakala bulan Februari (2 kes), Mac (2 kes), April (1 kes), Mei (2 kes), Jun (3 kes), Julai (2 kes), Ogos (2 kes) September (5 kes), tiada kes dilaporkan pada bulan Oktober, November (2 kes) dan tiada kes dilaporkan pada bulan Disember.

JADUAL KES DEMAM DENGGI/DEMAM DENGGI BERDARAH MENGIKUT JANTINA, DAERAH JELEBU 2004-2009JANTINA TAHUN

200420052006200720082009

Lelaki405126382317

Perempuan2028261484

Graf di atas menunjukkan kes demam denggi/demam denggi berdarah mengikut jantina, daerah Jelebu 2004-2009. Pada tahun 2004, 40 orang lelaki dijangkiti dan 20 orang perempuan. Pada tahun 2005, sebanyak 51 kes dilaporkan melibatkan orang lelaki dan 28 kes melibatkan orang perempuan. Pada tahun 2006, lelaki dan perempuan masing-masing mencatat 26 kes. Pada tahun 2007, sebanyak 38 kes dilaporkan melibatkan lelaki dan 14 kes melibatkan orang perempuan. Pada tahun 2008, sebanyak 23 kes dilaporkan melibatkan lelaki dan 8 kes melibatkan orang perempuan. Pada tahun 2009, sebanyak 17 kes dilaporkan melibatkan lelaki dan 4 kes melibatkan orang perempuan.

JADUAL KES DEMAM DENGGI/DEMAM DENGGI BERDARAH MENGIKUT BANGSA, DAERAH JELEBU 2004-2009BANGSATAHUN

200420052006200720082009

Melayu39582233188

Cina16122011710

India114421

Lain-lain486442

Graf diatas menunjukkan jumlah kes demam denggi/demam denggi berdarah mengikut bangsa, Daerah Jelebu 2004-2009. Sepanjang tempoh ini bangsa Melayu sering mencatatkan kes tertinggi. Seterusnya, bangsa Cina, diikuti lain-lain dan jumlah kes terendah dari bangsa India.

KAWALAN PENYAKITPenghapusan Sumber PembiakanPenghapusan sumber pembiakan adalah melakukan pengawasan terhadap kehadiran jentik-jentik di kawasan persekitaran rumah, premis perniagaan,sekolah, tapak pembinaan dan sebagainya. Aktiviti ini memerlukan penglibatan dari semua pihak untuk menjayakannya. Antara aktiviti yang boleh di lakukan adalah mencari dan mengapusakan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di rumah, cuci serta sental semua alas pasu bunga dan bekas jambangan bunga,membuang sampah sarap dengan betul, memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air (mengikut arrahan pengeluar), dan bersihkan rumah dan kawasan sekelilingnya sekurangnya 10 minit setiap seminggu.Kawalan KimiaBahan kimia yang boleh digunakan untuk membunuh jentik-jentik eades adalah Temephos 1% SG. Temephos adalah nama bahan aktif pembunuh jentik-jentik, manakala SG sand granul (butir) adalah bahan lengai. Antara jenama yang mengandungi bahan aktif Temephos ialah CREEK 1.0G, ABATE 1.1G, LAVETTE 1.0G, dan AZAI 1%. Ia adalah selamat digunakan mengikut sukatan yang betul tanpa meninggalkan kesan kepada kesihatan manusia dan boleh bertahan selama 3 bulan tanpa dicuci. Sukatan asas bagi Temephos adalah 10 gm untuk 20 gelen (100 liter) air. Sukatan untuk bekas-bekas lain adalah 2.5 gm (1/4 sudu teh) Temephos 1% SG untuk 25 liter (5 gelen ) air ataupun sebaldi air, 5 gm (1/2 sudu teh) Temephos 1% SG untuk 50 liter (10 gelen) air yang bersamaan satu besen air yang besar, 20 gm (2 sudu teh) Temephos 1% SG untuk 200 liter (40 gelen) air yang bersamaan satu tong drum air.Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi. Ia akan dilakukan apabila kejadian denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan akan diulang selepas 7-10 hari. Semburan kabus (fogging) dilakukan pada waktu awal pagi dan petang (senja) sekiranya tiada hujan kerana nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu tersebut.Penggunaan aerosol dan ubat nyamuk adalah digalakkan.Kawalan BiologiKawalan biologi melalui bacteria seperti Bacillus thuringi ensis israelensis dan Bacillus sphaericus. Ikan hanya untuk takungan yang besar. Antara jenis ikan yang boleh digunakan adalah Gambusia affinis dan Poecilla reticulate. Pemangsa semulajadi kepada jentik-jentik adalah Toxorhynchites spp. dan Mesocyclops spp. (kutu air).Lindungi Diri Dari Gigitan NyamukUntuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. Gunakan kelambu semasa tidur.Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah 6.00 pagi - 10.00 pagi dan 5.00 - 8.00 malam.Melalui Undang-UndangMelaksanakan perlaksana undang-undang dengan lebih tegas dengan Akta pemusnah serangga pembawa penyakit 1975 (pindaan 2000). Sekiranya gagal mematuhi perintah ini, individu boleh didakwa di mahkamah mengikut seksyen 23 Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000). Jika di sabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.RUMUSANKes demam denggi berlaku di sepanjang tahun. Secara keseluruhannya kita memerlukan komitmen dan penglibat sepenuhnya (aktif) daripada komuniti untuk mengurangkan kejadian kes ini kerana meraka lebih mengetahui keadaan sekeliling mereka. Kementerian kesihatan seharusnya menuruskan sistem penyampaian yang sedia ada seperti IEC (maklumat, pendidikan dan komunikasi). Antara aktivitinya ialah ceramah/ taklimat, pameran, kuiz kesihatan, tayangan gambar/VCD/DVD, pengedaran dan penyebaran maklumat melalui risalah, poster, dan bahan-bahan pelajaran kesihatan yang lain. Namun begitu, penglibatan daripada pihak swasta dan NGO diperlukan untuk membantu dan menjayakan program yang dilaksanakan.Kesimpulannya, penyakit demam denggi dan denggi berdarah dapat dikawal dan dicegah sekiranya mendapat kerjasama dari semua pihak dalam sebarang aktiviti kawalan dan pencegahan yang dilakukan.

RUJUKAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Denggi http://en.wikipedia.org/wiki/Dengue_fever http://www.gov.my/MyGov/BI/Directory/Citizen/CitizenHealth/HealthPersonal/CommonDiseases http://library.thinkquest.org/07aug/01614/dengue-malaysia.html http://www.dph.gov.my/vektor/eng/kes_dd_tahunan.htm http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=17 http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=28&storyid=1231474221719 http://wonder.cdc.gov/wonder/prevguid/p0000373/p0000373.asp http://www.who.int/csr/disease/dengue/en/index.html

LAMPIRAN

BULANTAHUN

200420052006200720082009

Januari5125402

Februari4109112

Mac4512302

April386421

Mei3162652

Jun677953

Julai 3631432

Ogos143532

September541225

Oktober452260

November401232

Disember721020

PENYAKITTAHUN

200420052006200720082009

Demam Denggi587948493120

Demam Denggi Berdarah204301

MUKIMTAHUN

200420052006200720082009

Kenaboi562500

Triang Hilir623333

Glami Lemi1113211288

Peradong261621

Pertang1713151185

Ulu Triang12174430

Kuala Klawang51931063

Ulu Klawang233111

KAWASANTAHUN

200420052006200720082009

Bandar29303029510

Luar Bandar314922332611

BANGSATAHUN

200420052006200720082009

Melayu39582233188

Cina16122011710

India114421

Lain-lain486442

JANTINATAHUN

200420052006200720082009

Lelaki405126382317

Perempuan2028261484

2