laporan hub etnik
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SKP 2204
HUBUNGAN ETNIK
KUMPULAN KURSUS : 25
TAJUK KAJIAN:
Pantang larang di Kalangan Masyarakat Malaysia
PENSYARAH
PUAN AZLINA ABDULLAH
KUMPULAN TUGASAN : 14
AHLI KUMPULAN
NAMA NO. MATRIK
Mas Nur Aizzat bt. Rabani 146138
Joanne Khan A/P Prak Khan 147074
Nasrul Fathima Bt Syed Ibrahim 147203
Siti Nurshazwani bt Musa @ Mohd Zaid 147458
Soh Sin Hui 149769
Isi kandungan
1. pengenalan
2. metodologi kajian
3. penemuan kajian dan analisis data
4. perbincangan dan cadangan
5. kesimpulan ...?
6. rujukan
Pengenalan
Pantang larang didefinasikan sebagai peraturan larangan bagi sesebuah
kehidupan bangsa itu. Pada abad-21 ini, pantang larang tidak lagi begitu giat
diamalkan berbanding kepada masa-masa yang lalu. Pantang larang telah dianggap
sebagai sesuatu yang menakut-nakutkan generasi muda, lebih mudah lagi ia adalah
sebagai kepercayaan karut sahaja.
Pantang larang yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam semua masyarakat di
Malaysia. Kaum Melayu mempunyai sesuatu peribahasa, “Biar mati anak, jangan
mati adat.” Ini membawa makna begitu pentingnya sesuatu adat dalam masyarakat.
Dalam bangsa Malaysia terdapat tiga kaum majoriti, iaitu Kaum Melayu, Kaum Cina
dan Kaum India. Ketiga-tiga kaum ini terdapat pantang larang tersendiri yang
diwarisi sejak turun temurun.
Kajian lapangan ini berobjektif mengetahui tentang penyertaan dan pemikiran
masyarakat Malaysia dalam pantang larang tidak mengira kaum sendiri ataupun
kaum lain. Persamaan dan perbezaan dalam adat pantang larang boleh dilihat
melalui kajian ini. Setiap kaum mempunyai pantang larang yang boleh dikaji dari
perspektif yang berbeza. Hubungan antara kaum boleh dieratkan melalui kerana
mempunyai adat yang sama.
Metodologi kajian
Pengenalan
Pengkaji akan menentukan bagaimana kajian tentang pantang-larang di kalangan
masyarakat Malaysia. Antaranya ialah reka bentuk kajian, penentuan lokasi kajian,
persampelan kajian, analisis data dan limitasi kajian.
Reka bentuk kajian
Kajian ini menggunakan beberapa kaedah dalam usaha untuk mendapatkan
matlumat yang diperlukan. Antara kaedah yang dilakukan ialah kaedah kuantitatif.
Kaedah kuantitatif yang kami lakukan adalah secara soal selidik dan survey. Selain
itu, pengkaji juga menggunakan kaedah sekunder seperti buku rujukan dan journal.
Lokasi kajian
Pusat membeli-belah di sekitar Klang Valley dipilih sebagai tempat pengagihan
borang soal selidik. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji hendak mendapatkan
respondens yang berbilang kaum dan umur.
Persampelan kajian
Beberapa soalan dalam bentuk soal selidik telah disediakan untuk mengetahui
pendapat respondens tentang pantang-larang berbilang kaum di Malaysia. Kajian
soal selidik ditujukan kepada 50 orang respondens iaitu 20 orang Melayu, 20 orang
Cina dan 10 orang India. Sampel respondens ditujukan kepada mereka yang
berumur 20-50 tahun. Kajian ini diadakan adalah untuk lebih memahami pantang
larang pelbagai kaum.
Kaedah analisis data
Hasil kajian yang diperoleh melalui borang soal selidik dikumpul untuk dianalisis.
Data yang dikumpul kemudiannya dikategorikan mengikut kaum
Soalan 5
Kebanyakkan respondens iaitu sebanyak 76% berpendapat bahawa pantang-larang
di kalangan masyarakat Malaysia diasaskan oleh nenek moyang. Mereka berasa
begitu kerana kebanyakkan pantang-larang diwarisi secara turun-temurun dan tidak
kenal asal usulnya. Sebanyak 12% pula berpendapat bahawa pantang-larang ialah
sesuatu amalan yang tidak berasas. Mereka berasa bahawa pantang larang adalah
sesuatu kepercayaan karut dan tidak membawa faedah kepada sesiapa. 8%
respondens pula tidak mengambil tahu tentang pantang laran. Kemungkinan mereka
telah dipengaruhi oleh arus pemodenan dan tidak kisah lagi tentang pantang larang.
Soalan 6
Sebanyak 70% respondens kami berasa golongan tua yang memegang pada
pantang larang. Ini mungkin disebabkan golongan tua tidak terdedah kepada
perubahan arus teknologi dan sains. Mereka masih percaya kepada kepercayaan
dan pantang-larang yang diturunkan oleh nenek moyang. Terdapat 30% respondens
pula berpendapat bahawa semua lapisan masyarakat yang memegang pada
pantang larang. Mereka berasa bahawa golongan muda juga berpegang pada
pantang larang kerana telah diasuh sejak kecil oleh ibu bapa mereka.
Soalan 7
52% respondens berpendapat bahawa pantang larang diwujudkan untuk mencegah
perbuatan kurang baik. Antara pantang-larang yang dimaksudkan ialah ‘menyanyi
sambil memasak akan menyebabkan perempuan itu berkahwin dengan seorang
lelaki tua.’ Sebenarnya, ini adalah hanya untuk mencegah perempuan daripada
menyanyi sambil memasak kerana ia adalah tidak sopan dan kurang bersih. 28%
respondens pula berpendapat pantang-larang dapat mengelakkan bala. Contoh
pantang-larang tersebut adalah seperti ‘ibu yang hamil tidak boleh melintas bawah
ampaian, nanti anak gagap.’ Sebenarnya ibu hamil dihindari daripada melintas
bawah ampaian demi keselamatan diri dan kandungan. Ibu yang hamil tidak harus
banyak membengkok untuk mengelakkan daripada ditimpa kemalangan. Selain itu,
20% respondens pula berpendapat pantang-larang diwujudkan hanya untuk
menakut-nakutkan generasi muda. Mereka berasa pantang-larang adalah tidak
bermakna dan tiada apa-apa yang akan berlaku walaupun tidak mempercayai
pantang-larang tersebut.
Soalan 9
Sebanyak 32% respondens kami berpegang pada pantang-larang orang Melayu. Ini
kerana 40% respondens kami adalah berbangsa Melayu. Namun yang berpegang
pada pantang-larang orang Melayu adalah kurang daripada 40% kerana
kemungkinan mereka telah dipengaruhi oleh arus pemodenan dan tidak lagi
berpegang pada pantang-larang. Walau bagaimanapun, kami mempunyai 2
respondens yang berbangsa Cina yang berpegang pada pantang larang orang
Melayu.
Soalan 10
Sebanyak 60% respondens tidak berpegang kepada pantang-larang orang Cina.
Kebanyakkan yang tidak berpegang kepada pantang-larang orang Cina adalah
respondens yang berbangsa lain. Mereka lebih berpegang pada pantang-larang
kaum sendiri. 40% respondens kami berpegang kepada pantang-larang orang Cina.
Kebanyakkan mereka adalah kaum Cina. Oleh itu, mereka percaya kepada pantang-
larang yang wujud dalam hidup mereka.
Soalan 11
Sebanyak 96% daripada respondens kami menyatakan bahawa mereka tidak
berpegang pada pantang larang orang India. Walaupun terdapat agak 20% daripada
respondens kami berbangsa India, namun ramai terutama golongan muda tidak lagi
berpegang pada pantang larang kaum sendiri kerana mereka telah dipengaruhi oleh
arus pemodenan. Manakala terdapat 4% respondens kami yang masih berpegang
pada pantang-larang orang India. Mereka terdiri daripada golongan tua yang masih
mematuhi dan berpegang kuat pada pantang-larang dan kepercayaan yang telah
diwarisi sejak dahulu lagi.
Soalan 12
Sebanyak 36 respondens mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang
pantang-larang daripada datuk dan nenek mereka. 39 respondens pula mengetahui
pantang-larang daripada ibu bapa mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling
rapat dengan mereka. 18 respondens kami pula mengetahui pantang larang
daripada kawan-kawan. Tidak ramai respondens yang mengetahui pantang-larang
daripada cikgu kerana cikgu lebih mengajar tentang ajaran yang bersifat saintifik. 6
respondens kami mengatakan bahawa mereka mengetahui pantang-larang daripada
media massa seperti buku, majalah, dokumentari dan filem.
Soalan 14
Sebanyak 12% respondens berpegang pada pantang-larang tanpa sebab tertentu.
Mereka mungkin berasa yang tiada
Soalan 15
64% respondens berkata bahawa pantang-larang mempengaruhi amalan seharian
mereka secara sederhana sahaja. Ini adalah kemungkinan kerana pada zaman
moden ini, pengaruh pantang larang telah berkurangan dengan pembangunan ilmu
sains. Sebanyak 30% respondens berkata bahawa pantang-larang tidak
mempengaruhi amalan seharian mereka. Kebanyakkan respondens ini berumur 20-
30 tahun. Ini adalah sebab pada zaman moden ini, banyak ibu bapa tidak lagi
memberitahu anak-anak mereka tentang pantang-larang kaum mereka. Oleh itu
mereka tidak mempratikkan pantang larang. 6% respondens pula memberitahu
bahawa pantang larang sangat mempengaruhi amalan seharian anda. Respondens
ini tergolong daripada golongan tua. Mereka sangat mempercayai pantang larang
kerana mereka kurang terdedah kepada arus pemodenan dan sains.
Soalan 16
46% respondens kami berasa mereka memperolehi kebaikan daripada mengikuti
pantang-larang kaum sendiri atau kaum lain. Mereka menyatakan bahawa mereka
dapat mendisiplinkan diri dengan mengikuti pantang-larang kaum mereka. Selain itu,
hati mereka juga akan berasa tenang kerana tahu bahawa mereka telah mengambil
jalan untuk mengelakkan kecelakaan. Selain itu, bagi mereka, pantang-larang dapat
menghindari mereka daripada membuat perbuatan yang jahat. Sebanyak 54%
respondens kami berasa bahawa mereka tidak memperolehi apa-apa kebaikan
daripada mengikuti pantan-larang. Ini mungkin kerana tidak mempercayai pada
pantang-larang. Di samping itu, mereka tidak mengikuti pantang-larang kaum sendiri
atau kaum lain.
Soalan 17
74% respondens kami bersetuju bahawa mereka akan menurunkan pantang-larang
yang mereka tahu kepada generasi yang akan datang. Pantang-larang telah diwarisi
secara turun-temurun. Oleh itu, ia tidak harus diabaikan. Selain itu, sesetengah
mungkin berasa bahawa mengikuti pantang larang dapat mengelakkan bala dan
kecelakaan. 26% respondens pula memilih untuk tidak menurunkan pantang larang
yang mereka tahu kepada generasi yang akan datang. Ini mungkin kerana mereka
tidak lagi berpegang pada pantang larang. Bagi mereka, pantang larang adalah satu
kepercayaan karut dan tidak berguna.
Soalan 18
Sebanyak 76% respondens kami berasa bahawa amalan pantang-larang patut
diteruskan oleh masyarakat di Malaysia kerana sesetengah orang mendapat
kebaikan daripada berpegang pada pantang-larang. Pantang-larang ini telah wujud
sejak masa nenek moyang lagi. Jadi, mereka berasa tiada rugi jikalau meneruskan
pantang-larang tersebut. 24% respondens kami pula berasa amalan pantang-larang
tidak patut diteruskan oleh masyarakat Malaysia. Mereka berasa pantang-larang
tidak membawa faedah dan adalah sesuatu kepercayaan karut. Oleh itu, tiada
gunanya untuk mengikuti pantang-larang.
Soalan 19
Sebanyak 81% respondens berminat untuk mengetahui tentang pantang-larang
kaum lain tetapi tidak berrminat untuk mengamalkannya. Mereka hendak menambah
pengetahuan mereka tentang adat dan kepercayaan kaum lain tetapi masih terikat
untuk mengikuti kepercayaan kaum masing-masing. 11% respondens pula berminat
untuk mengetahui pantang-larang kaum lain untuk pengetahuan sendiri dan
berminat untuk mengamalkannya. Mereka hendak berjaga-jaga dan menghindari diri
daripada kecelakaan. Selain itu, dalam negara yang berbilang kaum ini, pantang-
larang dan kepercayaan kaum lain mungkin bertindih dengan kepercayaan kaum
sendiri. Terdapat 15% respondens kami yang tidak berminat langsung untuk
mengetahui tentang pantang-larang kaum lain. Mereka hanya berpegang kuat pada
kepercayaan kaum sendiri. Di samping itu, segelintir golongan muda langsung tidak
mempercayai lagi pada pantang-larang.
Rujukan
Buku
A.Aziz Deraman(1995). Adat dan Pantang Larang Orang Melayu. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
M. Rajantheran(1994). Adat dan Pantang Larang Orang India. Kuala Kumpur:Fajar Bakti
Wan Seng,Ann (1994). Adat dan Pantang Larang Orang Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
http://sasterasmso.tripod.com/id3.html
http://malaysiana.pnm.my/01/0103ind_pengenalan.htm
Lampiran
PROPOSAL HUBUNGAN ETNIK
Ahli-ahli kumpulan:
Mas Nur Aizzat bt. Rabani 146138
Joanne Khan A/P Prak Khan 147074
Nasrul Fathima Bt Syed Ibrahim 147203
Siti Nurshazwani bt Musa @ Mohd Zaid 147458
Soh Sin Hui 149769
Tajuk: Pantang-larang di kalangan masyarakat Malaysia.
Objektif:
1) Mengenalpasti pantang-larang yang ada dalam kaum Melayu, Cina dan
India.
2) Meninjau sejauh mana amalan pantang-larang dipraktikkan dalam kehidupan
seharian.
3) Mengenalpasti kewujudan pertindihan pantang-larang antara masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum.
Permasalahan: Sejauh manakah pantang-larang masih wujud dalam kehidupan
masyarakat?
Lokasi: Pusat membeli-belah
Skop: Masyarakat Malaysia yang terbahagi kepada 3 kumpulan umur iaitu antara
16-25, 26-50 dan 51 ke atas.
Kaedah pengumpulan data:
Data primer: Borang soal selidik,
- bilangan respondens:
a) borang soal selidik – 50 orang
Data sekunder: Buku rujukan, journal
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAFAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Soal Selidik Hubungan Etnik(kump. 25)
Pantang Larang di Kalangan Masyarakat Malaysia
1) Umur : ___________2) Kaum: ___________3) Jantina : Lelaki / Perempuan 4) Asal dari: Bandar / Luar bandar
5) Apakah yang anda faham tentang pantang larang di kalangan masyarakat Malaysia?
Diasaskan oleh nenek-moyang
Amalan tidak berasas (keeprcayaan karut)
Anda tidak mengambil tahu
Lain-lain. Nyatakan___________________
6) Pada pandangan anda, lingkungan golongan yang memegang pantang larang ini adalah….
Orang-orang tua
Muda-mudi
Semua lapisan masyarakat
7) Pada pandangan anda, apakah agaknya satu sebab konkrit mengapa adanya pantang larang?
Mencegah perbuatan kurang baik
Mengelakkan bala
Sahaja untuk menakut-nakutkan generasi muda8) Tandakan pada pantang larang yang anda tahu(boleh tanda lebih daripada satu):
Kaum Melayu
Tidak boleh menyanyi semasa memasak
Kenan(Ibu mengandung tidak boleh menganiayi binatang mati untuk mengelakkan anak yang bakal dilahirkan terkenan binatang tersebut.)
Tidak boleh duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
Tidak boleh bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
Lain-lain. Nyatakan ________________________
Kaum Cina
Nombor 4 membawa malang.
Tidak boleh menyapu lantai semasa Tahun Baru Cina
Kehadiran kucing hitam di majlis pengebumian kaum Cina membawa tanda buruk.
Tidak boleh tidur menghadap kepada pintu.
Sebelum masuk ke bilik semasa berada di hotel, dikehendaki mengetuk pintu dahulu.
Lain-lain. Nyatakan ________________________
Kaum India
Pada hari-hari perayaan seperti Tahun Baru, Deepavali, Ponggal, Onam dan Ugadi, setiap individu perlu membuka mata pada waktu subuh dan memandang apa-apa objek yang dianggap suci.
Sekiranya seorang makan nasi di tempat yang gelap, maka hantu, penunggu atau roh akan sama-sama menjamah makanan itu.
Lain-lain. Nyatakan ________________________
9) Adakah anda memegang pantang larang orang Melayu? Ya Tidak Jika ya,nyatakan__________________________
10) Adakah anda memegang pantang larang orang Cina? Ya Tidak Jika ya,nyatakan __________________________
11) Adakah anda memegang pantang larang orang India? Ya Tidak Jika ya,nyatakan __________________________
12) Bagaimanakah anda mengetahui tentang pantang larang?
Daripada datuk dan nenek
Daripada ibubapa
Daripada kawan-kawan
Daripada cikgu
Daripada media massa
Lain-lain. Nyatakan ____________________________________
13) Adakah anda memegang kepada mana-mana pantang larang? Ya Tidak
14) Kenapa anda pegang pada pantang larang(jika ada)?
Tiada sebab tertentu
Ikut ajaran ibubapa
Ikut kawan sekeliling
Mengikuti media massa
Lain-lain. Nyatakan _______________________
15) Sejauhmanakah pantang larang mempengaruhi amalan seharian anda? Sangat menpengaruhi Sederhana Tidak dipengaruhi
16) Adakah anda memperolehi kebaikan daripada mengikuti pantang larang kaum sendiri atau kaum lain?
Ya Tidak Jika ya, nyatakan _______________________
17) Adakah anda akan menurunkan pantang larang yang anda tahu kepada generasi yang akan datang? Ya Tidak
18) Adakah anda berasa bahawa amalan pantang larang patut diteruskan oleh masyarakat di Malaysia? Ya Tidak
19) Adakah anda berminat mengetahui tentang pantang larang kaum lain?
Berminat untuk pengetahuan sendiri dan juga mengamalkannya
Berminat untuk pengetahuan sahaja tetapi tidak berminat untuk mengamalkannya
Tidak berminat langsung