laporan kajian kepuasan pelanggan aplikasi caknakajian kepuasan pelanggan aplikasi cakna secara...
TRANSCRIPT
LAMPIRAN 2.3
LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
APLIKASI CAKNA
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR,
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)
1010
Pengenalan
Smart Application Cakna merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memberi
kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) melalui aplikasi mobile. Ia dibangunkan dengan menggunakan kepakaran
dalaman Bahagian Teknologi Maklumat, KPKT dengan kerjasama Jabatan Kerajaan
Tempatan (JKT) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).
Pada tahun 2015, aplikasi ini telah dilaksanakan secara live kepada tujuh (7) PBT perintis
iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Bentong, Majlis
Daerah Tanjung Malim dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Objektif Kajian Kepuasan Pelanggan Aplikasi Cakna secara online telah dijalankan bermula 02 Mac
2016 sehingga 09 Mac 2016 bagi mendapatkan maklum balas daripada pelanggan / kumpulan
sasaran mengenai keberkesanan aplikasi ini. Sebanyak 360 responden telah memberikan
maklum balas terhadap kajian ini. Soalan kajian ini adalah seperti di Lampiran A.
1111
Penemuan Kajian 1. Jantina
Berdasarkan daripada kajian ini, majoriti pengguna iaitu 241 responden (66.9%) adalah
terdiri daripada kaum lelaki manakala 119 responden (33.1%) adalah terdiri daripada kaum
perempuan.
2. Umur
Aplikasi Cakna ini memfokuskan kepada kumpulan sasaran Gen-Y iaitu golongan yang
berumur 20-35 tahun. Berdasarkan kajian ini, majoriti pengguna adalah daripada golongan
yang berumur 20-35 tahun iaitu 180 daripada 360 responden (50%). Manakala pengguna
daripada golongan yang berumur 36-45 tahun adalah sebanyak 106 responden (29.4%) dan
pengguna daripada golongan yang berumur 46-60 tahun adalah sebanyak 74 responden
(20.6%).
1212
3. Aplikasi Cakna yang digunakan
Smart Application Cakna terdiri daripada tiga. Sebanyak 267 responden (74.2%) merupakan
pengguna aplikasi mudah alih Cakna samada melalui Android, iOS atau GAMMA. Sebanyak
97 responden (26.9%) pula adalah pengguna portal awam dan 49 responden (13.6%) adalah
pengguna Sistem Dashboard Cakna.
4. Gambaran aplikasi Cakna
Berdasarkan kepada maklum balas responden, sebanyak 189 responden (52.5%)
menyatakan bahawa aplikasi Cakna adalah sangat berguna manakala 126 responden (35%)
pula menyatakan bahawa aplikasi Cakna adalah unik. Selain itu, sebanyak 50 responden (13.9%) pula
menyatakan aplikasi Cakna adalah berkualiti tinggi. Sebanyak 25 responden (6.9%) menyatakan
aplikasi ini berkualiti rendah dan 19 responden (5.3%) lagi menyatakan aplikasi ini tidak boleh
diharapkan.
1313
5. Respon yang pantas terhadap aduan yang dibuat
Berdasarkan kepada maklum balas daripada 357 responden, 138 responden (38.7%)
menyatakan respon yang diterima terhadap aduan yang dibuat adalah sederhana pantas
manakala 126 responden (35.3%) pula menyatakan respon terhadap aduan yang dibuat
adalah pantas. Sebanyak 38 responden (10.6%) lagi menyatakan respon terhadap aduan
yang dibuat adalah sangat pantas.
Aplikasi ini turut menerima respon negatif iaitu sebanyak 34 responden (9.5%) menyatakan
respon terhadap aduan yang dibuat adalah sangat tidak pantas dan 21 responden (5.9%)
lagi menyatakan respon terhadap aduan yang dibuat adalah tidak pantas.
1414
6. Aplikasi memenuhi keperluan pengurusan aduan
Berdasarkan kepada maklum balas daripada 357 responden, 141 responden (39.5%)
menyatakan aplikasi Cakna memenuhi keperluan pengurusan aduan manakala 122 responden
(34.2%) pula menyatakan aplikasi Cakna memenuhi keperluan pengurusan aduan adalah
sederhana. Sebanyak 50 responden (14%) lagi menyatakan aplikasi Cakna sangat memenuhi
keperluan pengurusan aduan.
Aplikasi ini turut menerima respon negatif iaitu sebanyak 25 responden (7%) menyatakan
aplikasi Cakna sangat tidak memenuhi keperluan pengurusan aduan dan 19 responden
(5.3%) lagi menyatakan aplikasi Cakna tidak memenuhi keperluan pengurusan aduan.
7. Aplikasi mudah untuk dicapai
Berdasarkan kepada maklum balas daripada 357 responden, 148 responden (41.5%)
menyatakan aplikasi Cakna mudah untuk dicapai manakala 108 responden (30.3%) pula
menyatakan aplikasi Cakna sederhana mudah untuk dicapai. Sebanyak 84 responden
(23.5%) lagi menyatakan aplikasi Cakna sangat mudah untuk dicapai.
Aplikasi ini turut menerima respon negatif iaitu sebanyak 9 responden (2.5%) menyatakan
aplikasi Cakna tidak mudah untuk dicapai dan 8 responden (2.2%) lagi menyatakan aplikasi
Cakna sangat tidak mudah untuk dicapai.
1515
8. Aplikasi mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti penggunaan elemen multimedia,
interaktif serta dinamik
Berdasarkan kepada maklum balas daripada 357 responden, 149 responden (41.7%)
menyatakan aplikasi Cakna adalah menarik manakala 128 responden (35%) pula
menyatakan aplikasi Cakna adalah sederhana menarik. Sebanyak 56 responden (15.7%) lagi
menyatakan aplikasi Cakna adalah sangat menarik.
Aplikasi ini turut menerima respon negatif iaitu sebanyak 16 responden (4.5%) menyatakan
aplikasi Cakna adalah tidak menarik dan 11 responden (3.1%) lagi menyatakan aplikasi
Cakna sangat tidak mudah menarik.
1616
9. Aplikasi memenuhi gaya hidup masa kini, persekitaran semasa dan sesuai di
peringkat tempatan / global
Berdasarkan kepada maklum balas daripada 357 responden, 160 responden (44.8%)
berpuas hati menyatakan aplikasi Cakna adalah memenuhi gaya hidup masa kini, persekitaran
semasa dan sesuai di peringkat tempatan / global manakala 105 responden (29.4%) pula
sederhana berpuas hati dan sebanyak 69 responden (19.3%) lagi sangat berpuas hati.
Aplikasi ini turut menerima respon negatif iaitu sebanyak 12 responden (3.4%) sangat tidak
berpuas hati menyatakan aplikasi Cakna adalah memenuhi gaya hidup masa kini, persekitaran
semasa dan sesuai di peringkat tempatan / global dan 11 responden (3.1%) lagi menyatakan
tidak berpuas hati.
1717
10. Aplikasi memberi kesan atau impak yang tinggi kepada Kerajaan / kumpulan sasar
Berdasarkan kepada maklum balas daripada 308 responden, 118 responden (38.3%)
menyatakan aplikasi Cakna memberi kesan atau impak yang tinggi kepada Kerajaan /
kumpulan sasaran manakala 117 responden (38%) pula berpendapat aplikasi Cakna
memberi kesan atau impak yang tinggi kepada Kerajaan / kumpulan sasar secara sederhana
dan sebanyak 46 responden (14.9%) lagi menyatakan aplikasi Cakna sangat memberi kesan
atau impak yang tinggi kepada Kerajaan / kumpulan sasar.
Aplikasi ini turut menerima respon negatif iaitu sebanyak 17 responden (5.5%) menyatakan
aplikasi Cakna sangat tidak memberi kesan atau impak yang tinggi kepada Kerajaan /
kumpulan sasar dan 10 responden (3.2%) lagi menyatakan aplikasi Cakna tidak memberi kesan
atau impak yang tinggi kepada Kerajaan / kumpulan sasar.
1818
11. Pengguna berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan
Berdasarkan kepada maklum balas daripada 360 responden, 148 responden (41.1%)
menyatakan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi Cakna
manakala 109 responden (30.3%) pula menyatakan sederhana berpuas hati dengan mutu
perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi Cakna dan sebanyak 56 responden (15.6%) lagi
menyatakan aplikasi Cakna sangat berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang
ditawarkan oleh aplikasi Cakna.
Aplikasi ini turut menerima respon negatif iaitu sebanyak 24 responden (6.7%) menyatakan
sangat tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi Cakna
dan 23 responden (6.4%) lagi menyatakan tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang
ditawarkan oleh aplikasi Cakna.
Jantina : *
Lelaki
Perempuan
Umur : *
20-35
36-45
46-60
Nyatakan aplikasi Cakna yang anda gunakan.. *
Aplikasi Mudah Alih Cakna
Sistem Dashboard Cakna
Portal Awam Cakna
1. Apakah perkataan yang sesuai anda gunakan untuk
menggambarkan aplikasi Cakna? *
Sangat berguna
Berkualiti tinggi
Unik
Berkualiti rendah
Tidak boleh diharapkan
2. Adakah aplikasi ini memberikan respon yang pantas
terhadap aduan yang dibuat? *
1 2 3 4 5
Sangat tidak
pantas
Sangat
pantas
3. Adakah aplikasi ini memenuhi keperluan pengurusan
aduan anda? *
1 2 3 4 5
Sangat tidak
memenuhi
keperluan
Sangat
memenuhi
keperluan
4. Adakah aplikasi ini mudah untuk dicapai? *
Sangat sukar
dicapai
1 2 3 4 5
Sangat
mudah
dicapai
5. Adakah aplikasi ini mempunyai ciri-ciri yang menarik
seperti penggunaan elemen multimedia, interaktif serta
dinamik? *
1 2 3 4 5
Sangat tidak
menarik
Sangat
menarik
6. Adakah aplikasi ini memenuhi gaya hidup masa kini,
persekitaran semasa dan sesuai di peringkat
tempatan/global? *
1 2 3 4 5
Sangat tidak
berpuas hati
Sangat
berpuas hati
7. Jika anda adalah pengguna Sistem Dashboard Cakna
KPKT, adakah aplikasi ini memberi kesan atau impak yang
tinggi kepada Kerajaan dan rakyat/kumpulan sasar?
1 2 3 4 5
kesan /
impak yang
tinggi
kesan /
impak yang
tinggi
8. Secara keseluruhannya, adakah anda berpuas hati dengan
mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi ini? *
1 2 3 4 5
Sangat tidak
berpuas hati
Sangat
berpuas hati
Jika tidak berpuas hati, pilih salah satu kenyataan dibawah :
Masalah akses kepada aplikasi Cakna
Disebabkan tidak mesra pengguna
Other :
SUBMIT
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms