laporan kajian tindakan

18
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN EL - Q02 DISEIAKAN OLEH NAMA NO ID NO TELEFON DESMOND ANAK IKAL D20112053898 0135703005 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Upload: desmond-dy

Post on 29-Sep-2015

83 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

konsep muzik

TRANSCRIPT

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2TAJUK

LAPORAN KAJIAN TINDAKANKUMPULANEL - Q02DISEIAKAN OLEHNAMANO IDNO TELEFON

DESMOND ANAK IKAL

D201120538980135703005

NAMA TUTOR E-LEARNING:DR.EZAZOL BINTI IDRISTARIKH SERAH: 13 NOVEMBER 2012Isi KandunganMuka suratPenghargaan1

Abstrak2

1.0 Refleksi P&P yang lalu32.0 Isu Keperihatinan3 4 3.0 Objektif kajian44.0 Kumpulan Sasaran4 5 5.0 Pelaksanaan Kajian5 8 6.0 Cadangan Kajian seterusnya9

Rujukan10

Lampiran11

PenghargaanDengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada;Encik Engchin anak Niyat, Guru Besar SK Suba Buan,BauEncik Robert Bedali anak Sanaun, PK1 SK Suba Buan,BauPuan Cecilia Nisang anak Mindor, PK HEM SK Suba Buan,BauGuru-guru muzik Murid-murid tahun 1dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsungkerana telah membantu saya dalam menjayakan Laporan kajian Tindakan ini.Terima kasih.

1LAPORAN KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN MENGUASAI KONSEP MUZIK DINAMIK DAN TEMPO DALAM PERMAINAN ALAT PERKUSI KEPADA 6 ORANG MURID TAHUN 1

Oleh;

Desmond anak IkalSK Suba Buan,Bau94000 Bauu,Sarawak.

ABSTRAK

2Kajian ini saya laksanakan adalah setelah timbul kesedaran pada diri sendiri untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pembelajaran dan pengajaran. Jika disebut Pendidikan Muzik, sudah pasti ramai murid yang akan menunjukkan minat yang sangat mendalam malah sering kali menyatakan bahawa masa yang diperuntukan untuk pendidikan muzik tidak mencukupi. Ada kalangan murid pula terlalu bersemangat sehingga kurang memberikan perhatian kepada arahan guru kerana terlalu berkeinginan tinggi contohnya untuk bermain alat perkusi.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalselidik, temubual serta pemerhatian . Hasil tinjauan menunjukan murid sangat berminat dengan alat perkusi dan keinginan untuk mencuba sangat tinggi. Kemahiran dalam konsep muzik seperti Dinamik dan Tempo adalah penting bagi setiap murid untuk membantu mereka dalam penghasilan muzikal dan apreasasi muzik. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 1 di dalam penguasaan konsep muzik Dinamik lembut dan kuat ,saya mengaplikasikan kaedah Bermain Berpandukan Ikon Gambar.Untuk mengatasi masalah menguasai tempo cepat,lambat dan konsisten beat pula, saya memperkenalkan kaedah Permainan Pasing Barang.Saya telah memperkenalkan pelbagai jenis dan saiz ikon gambar untuk mereka mengahasilkan corak irama sepanjang satu bar yang akan dimainkan secara diulang-ulang (repetition) mengikut kreativiti murid sendiri.Saya juga telah memilih lagu yang sesuai untuk melakukan aktiviti Permainan Pasing Barang. Seramai 6 orang murid tserta seorang guru terlibat di dalam Kajian ini. Aktiviti ini dijalankan selama 60 minit iaitu 30 minit untuk Bermain berpandukan Ikon Gambar dan 30 minit untuk Permainan Pasing Barang . Aktiviti ini dijalankan pada hari yang berlainan. Hasil yang didapati melalui kaedah ini ialah ia mudah, senang dan menyeronokkan murid. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini haruslah dikekalkan agar murid lebih mudah menguasai konsep asas dalam pendidikan muzik.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Secara jujur, saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuas hati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik saya.Saya mendapati bahawa kaedah yang telah saya gunakan ada kalanya sukar untuk difahami oleh murid dan tidak memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan muzik sendiri. Pada dasarnya, setelah membuat kajian ini, kini saya mengakui bahawa saya telah mengabaikan Pengalaman Muzikal dan Elemen Penghasilan Muzikal yang sepatutnya dikuasai oleh setiap orang murid sebaik sahaja tamat sesi pembelajaran dan pengajaran.

Melalui kajian ini juga, saya telah mendapati bahawa sebenarnya murid-murid saya mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengusai konsep-konsep muzik. Kenyataan ini diteguhkan lagi dengan kebolehan murid yang begitu cepat dalam menguasai konsep muzik yang diajar. Sepanjang kajian ini juga, saya telah mendapat kebenaran tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu untuk mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan professional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baharu mengenai amalan. Dengan itu guru mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang efektif.Saya juga menyimpan harapan yang besar agar kajian ini akan dapat dijadikan sebagai panduan untuk masa-masa yang akan datang.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

3Kajian yang telah saya dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran dalam menguasai Dinamik ( lembut dan kuat ) dan penguasaan Tempo ( cepat,lambat dan konsisten beat ). Kajian ini adalah penting bagi murid tahap satu untuk menguasai konsep asas dalam muzik iaitu Dinamik dan Tempo. Untuk menguasai konsep Dinamik dan Tempo dalan sesuatu muzik, ia memerlukan kemahiran berfikir, serta keyakinan diri. Jika murid tidak boleh menguasai kedua-dua konsep ini, murid tersebut akan mengalami masalah dalam penghasilan muzikal,apreasasi muzik dari pelbagai repetoir malah mengalami masalah dalam nyanyian. Sekali gus, ini akan membawa masalah kepada murid apabila dewasa kelak kerana sememangnya diakui bahawa muzik adalah merupakan satu aspek yang sangat penting kerana ini boleh mempengaruhi mud seseorang.Dengan kemahiran mengetahui konsep muzik seperti dinamik dan tempo, adalah menjadi harapan agar murid dapat menghasilkan muzik yang lebih kreatif serta dapat mengadili muzik sedia ada baik muzik dari penggiat seni tanah air mahupun luar Negara.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am Tujuan Kajian ini dijalankan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menguasai dinamik ( kuat,lembut ) dan tempo ( cepat, lambat, konsisten beat )sesebuah muzik atau lagu seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam permainan alat perkusi seperti Drum, Kayu Tik Tok dan Kerincing.

3.2 Objektif Khusus i. Emosi dan tingkahlakuMenanamkan sikap minat yang mendalam dengan muzik serta mengubah sikap persepsi murid agar menganggap bahawa Muzik adalah mata pelajaran yang menyeronokkanii. SosialTidak menggangu rakan dan mengikut arahan terutama semasa bermain perkusiiii. Kesediaan belajar.Sentiasa bersedia untuk belajar asas muzik seperti nyanyian dan bermain perkusi.iv. PengamatanDapat menyanyi mengikut tempo, bermain perkusi dengan teknik yang betul, mengaplikasikan konsep dinamik dalam muzik,dapat bermain tempo cepat dan lambat,dapat bermain dalam konsisten beat.v. KemahiranMembantu murid dalam menghasilkan idea-idea muzikal. Membantu murid supaya menghasilkan muzik mengikut kreativiti mereka sendiri. Membantu meningkatkan kemahiran dalam bidang muzik terutamanya konsep asas muzik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4Kumpulan sasaran kajian ini ialah terdiri daripada 6 orang murid Tahun1 di SK Suba Buan,Bau. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua murid Tahun 1 dengan harapan agar semua murid di dalam kelas ini mendapat faedah dan manfaat kerana kaedah Bermain Berpandukan Ikon Gambar dan Permainan Pasing Barang ini boleh menarik minat semua murid dan akan mendatangkan kesan yang amat mendalam kepada murid terutama dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam pendidikan muzik.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 BERMAIN BERPANDUKAN IKON GAMBARSaya telah membahagikan murid kepada 3 kumpulan. Kumpulan yang pertama saya namakan sebagai kumpulan Kayu Tik Tok. Kumpulan yang kedua saya namakan sebagai kumpulan Drum. Manakala kumpulan yang ketiga saya namakan sebagai kumpulan Kerincing. Saya hanya menggunakan tiga kumpulan oleh kerana bilangan murid yang sangat sedikit.

Sebagai bahan bantu belajar, saya telah menyediakan 3 jenis ikon gambar yang berbeza. Ikon yang telah saya sediakan ialah gambar Gajah, Kucing dan Pili air. Sebelum melaksanakan kajian, saya telah menerangkan makna bagi setiap ikon gambar. Bagi mengelakkan murid keliru dengan konsep muzik, untuk pelaksanaan kajian ini, saya telah menukarkan sombol muzik krocet kepada bentuk ikon. Ikon gambar gajah,kucing dan pili air ialah merujuk kepada nilai not krocet. Pendekatan ini diambil kerana berdasarkan kepada pengalaman yang lalu murid akan keliru sekiranya bermain muzik dengan merujuk kepada notasi atau pun skor lagu. Saya mendapati masalah ini berlaku kerana pada peringkat usia murid Tahun satu, mereka masih sukar untuk menguasai kemahiran membaca skor lagu. Maka, untuk mengatasi masalah ini, pendekatan untuk menggunakan ikon gambar ialah kaedah yang terbaik untuk menggantikan nilai not dalam skor lagu.

Langkah seterusnya yang dilaksanakan ialah dengan membahagikan ikon gambar kepada kumpulan. Setiap kumpulan mendapat tiga gambar bagi setiap ikon. Kumpulan akan menyusun setiap ikon mengikut kreativiti sendiri. Guru hanya akan memberitahu sekiranya ikon gambar yang disusun telah melebihi nilai not dalam satu bar. Ini kerana, kajian ini hanyalah mengkehendaki murid untuk menghasilkan corak irama dalam meter lagu 4 krocet dalam satu bar. Setelah murid menyusun kad ikon mengikut kreativiti kumpulan masing-masing, kini tibalah masanya guru memberikan arahan unuk melaksanakan permainan perkusi.

5Berdasarkan kepada pengalaman sesi pembelajaran dan pengajaran yang lepas juga, saya telah mendapati bahawa murid kurang memberikan tumpuan kepada arahan guru setelah mereka menerima alat perkusi. Hal ini berlaku kerana murid terlalu teruja untuk bermain alat perkusi. Hasil dari pengalaman ini, saya telah mengambil keputusan untuk tidak memberikan alat perkusi terlebih dahulu. Saya menerangkan kepada murid kaedah bermain alat perkusi Drum,Kayu Tik Tok dan Kerincing kepada keseluruhan kelas. Keadah ini ternyata dapat menarik perhatian semua murid. Sebelum bermain saya menunjukkan cara bermain alat perkusi dengan berpandukan kepada ikon gambar yang dilihat. Sekiranya bermain alat perkusi pada ikon gambar gajah, alat perkusi haruslah dimainkan dengan kuat untuk menunjukkan dinamik kuat.Bagi ikon Kucing pula, alat perkusi haruslah dimainkan dengan lembut untuk menunjukan dinamik lembut. Manakala bagi ikon Pili air pula, murid haruslah berhenti bermain untuk menunjukkan rehat.

Berdasarkan kepada hasil kajian didapati bahawa hanya kumpulan kerincing yang ada menggunakan ikon gambar Pili air. Kumpulan ini memilih satu ikon gajah dan tiga ikon pili air. Ini menunjukkan bahawa kumpulan ini hanya perlu memainkan sekali sahaja kerincing dalam setiap bar. Bagi kumpulan Drum , mereka telah memilih dua ikon gajah dan dua ikon kucing. Ini bermakna , kumpulan Drum akan memukul drum dengan kuat sebanyak 2 kali dan memukul drum dengan lembut sebanyak 2 kali. Manakala kumpulan Kayu Tik Tok pula telah memilih satu ikon Gajah dan tiga ikon Kucing. Ini bermakna , kumpulan ini akan memukul kayu tik tok dengan kuat sekali sahaja dan memukul kayu tik tok dengan lembut sebanyak tiga kali. Setiap kumpulan akan mengulangi bar sebanyak 4 kali. Hasil kajian mendapati murid dapat mengaplikasikan dinamik lembut dan kuat dengan bermain merujuki kad ikon gambar. Setelah berpuas hati murid memainkan ciptaan corak irama masing-masing,saya seterusnya melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu bermain perkusi secara berkumpulan.

6Langkah pertama yang saya ambil ialah dengan dengan mengarahkan setiap kumpulan menyusun corak irama melalui kad ikon yang telah dihasilkan dihadapan kelas. Setiap kumpulan akan memainkan bar masing-masing dengan pengulangan sebanyak 4 kali kemudian disambung pula dengan kumpulan seterusnya dengan memainkan penghasilan corak irama masing-masing. Kaedah ini diulang sehinggalah semua kumpulan memainkan bar masing-masing. Hasil daripada kajian ini, saya telah mendapati bahawa murid telah dapat menghasilkan corak irama sepanjang 12 bar dengan mudah. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa murid telah berjaya menguasai konsep Dinamik di dalam permainan perkusi. Untuk menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran lebih menyeronokkan, saya telah mengarahkan murid untuk menghasilkan lirik lagu sendiri yang berkaitan dengan aktiviti harian untuk dinyanyikan mengikut corak irama yang telah dihasilkan.(Untuk gambaran yang lebih terperinci, sila rujuk Lampiran A). Perkara yang amat membanggakan saya hasil dari kajian ini ialah mendapati murid telah mendapat pengalaman muzikal yang sepatutnya diperolehi dalam setiap sesi P&P dan telah menghasilkan idea yang kreatif. Sebagai seorang guru muzik, saya merasakan kepuasan apabila mendapati murid Tahun satu dapat menghasilkan idea-idea yang kreatif . Kini, tibalah masanya untuk saya melaksanakan kajian saya yang kedua iaitu untuk membantu murid menguasai tempo cepat, lambat dan konsisten beat melalui kaedah Permainan Pasing Barang. 5.2 PERMAINAN PASING BARANGKajian dengan menggunakan kaedah ini memerlukan beberapa persediaan terutama untuk dijadikan sebagai bahan bantu balajar. Peralatan yang diperlukan ialah seperti;i. CD audio ( La Poh Bear ) Untuk aktiviti konsisten beatii. CD audio lagu ( Mari Bergerak) Untuk aktiviti tempo cepatiii.CD audio lagu ( Selamat Pagi ) Untuk aktiviti tempo lambativ.CD audio ( Cepat , Lambat, Cepat )v. Cawan kertas vi.RadioSebelum melaksanakan permainan pasing barang, murid diarahkan untuk mengalihkan kerusi dan meja ke tepi dinding kerana permainan ini memerlukan ruang yang agak besar. Murid kemudian diarahkan untuk duduk di atas lantai kemudian membentuk satu bulatan. Saya telah memberikan arahan kepada murid cara bermain. Cara permainan ini ialah;i. Guru akan memainkan laguii. Murid akan memasing cawan kepada rakan mengikut lawan arah jamiii. Murid akan melakukan aktiviti memasing barang bergantung kepada tempo muzik yang diperdengarkan.

7Setelah bersedia dengan peralatan, murid dibekalkan dengan satu cawan setiap orang. Cawan ini akan diletakkan dihadapan masing-masing di sebelah kiri. Setelah muzik dimainkan, guru akan memberikan isyarat untuk memulakan permainan. Untuk aktiviti yang pertama, saya telah memainkan lagu Mari Bergerak yang mempunyai tempo cepat. Hasil dari kajian dalam aktiviti yang pertama, saya mendapati murid agak sukar untuk memasing cawan menepati tempo. Masalah yang dihadapi juga ialah terdapat murid yang mempunyai lebih dari satu cawan dan ada pula murid yang tidak memiliki cawan apabila muzik habis dimainkan.

Setelah mendapati masalah ini, saya kemudian meneruskan kajian dengan aktiviti yang kedua iaitu permainan dengan menggunakan muzik lambat iaitu menggunakan lagu Selamat Pagi. Murid masih lagi duduk dalam bulatan dan bersedia untuk memasing barang kepada rakan. Apabila semuanya telah bersedia, saya memainkan lagu Selamat Pagi dan bersedia memberikan isyarat mula memasing barang kepada rakan. Setelah muzik habis dimainkan, saya mendapati bahawa ada penambahbaikan berbanding aktiviti yang pertama. Bagi saya, ini telah menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Walaupun ada kalanya cawan akan terkumpul pada salah seorang murid, namun ia dapat diperbetulkan semula setelah murid dapat menguasai tempo lagu.

Kajian ini diteruskan lagi dengan melaksanakan aktiviti yang ketiga. Untuk aktiviti ini, saya menggunakan audio La Poh Bear kerana ia mempunyai beat yang konsisten. Murid masih lagi duduk di dalam bulatan. Apabila muzik dimainkan, murid bersedia mendengar isyarat dari saya untuk mula memasingkan barang kepada rakan. Setelah muzik habis dimainkan , saya mendapati murid dapat memasing barang dengan lancar. Ini telah membuktikan bahawa kaedah yang telah saya pilih berjaya membantu murid untuk menguasai tempo cepat, lambat dan konsisten beat. Permainan ini saya teruskan dengan berulang-ulang mengikut audio yang berbeza-beza bagi memastikan murid benar-benar telah menguasai tempo.

Hasilnya, saya sangat berpuas hati kerana perkembangan murid dalam mempelajari dan menguasai tempo lagu sangat memberangsangkan. Saya juga menyedari bahawa pentingnya membuat kajian tindakan untuk membantu memperbaiki dan mencari jalan terbaik bagi murid dalam penguasaan sesuatu mata pelajaran.Dalam mata pelajaran muzik misalnya, saya telah membuat kajian ini kerana saya mendapati murid sukar bermain alat perkusi dengan betul dan pada pengamatan saya, masalah ini berpunca daripada kelemahan murid dalam menguasai tempo. Ternyata kajian saya membuahkan hasil kerana selepas kajian ini dijalankan, murid Tahun satu telah boleh mempamerkan aksi yang menarik dalam permainan perkusi terutama untuk mengiringi lagu.

86.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYASaya mencadangkan agar aktiviti ini dapat dilakukan pada kelas yang lain bagi mata pelajaran muzik. Saya mendapati kaedah ini telah berjaya membantu murid untuk menguasai tempo dan dinamik lagu. Sebagai Jurulatih utama Muzik KSSR Daerah,Saya mencadangkan agar guru-guru muzik di sekolah ini khasnya dapat mengikuti kaedah yang telah saya jalankan ini.Sebagai seorang pendidik,guru memainkan peranan dan akauntabiliti yang sangat besar dan sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Guru juga merupakan harapan Ibu bapa untuk menyalurkan maklumat yang benar-benar berkualiti dalam diri murid dalam dunia yang kian mencabar. Kini, peranan dan tangggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring dengan kehendak semasa.Sedikit sebanyak,perkembangan semasa menjadikan profesion keguruan turut menerima tempiasnya.Dalam usaha untuk merealisasikan impian kerajaan untuk mentranformasikan bidang pendidikan, guru perlu melakukan perubahan yang positif terutamanya dalam perancangan pembelajaran. Untuk pergi ke arah itu, guru perlu memikirkan apakah teknik dan strategi yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkualiti. Maka, untuk mencapai hasrat itu, sebagai seorang guru, membuat kajian tindakan adalah jalan yang terbaik untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan sesuatu aktiviti yang dijalankan.Rasionalnya, saya menyarankan agar kajian ini diteruskan oleh kerana saya memikirkan bahawa hanya melalui pendekatan yang kreatif dapat membantu seseorang guru itu untuk melahirkan murid yang berkreativiti dan berinovasi tingi. Tambahan pula, melalui kajian-kajian seperti ini guru akan mengetahui aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum mengadakan pengajaran seperti mana yang disarankan oleh Yusup (2006) iaitu : a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran?

c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul?

d. Adakah suasana pembelajaran selesa?

e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

Berdasarkan kajian ini, saya mendapati bahawa kelima aspek ini telah diambil kira sebelum kajian dijalankan. Maka, adalah wajar kajian ini terus diguna pakai.

9Rujukan

Buku Manual Kajian Tindakan, Edisi Ketiga ,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia, Disember 2008.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/ 2006/12/12/ penggunaan-teknologi-instruksoinal.html

Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia

Dokumen Standard Kurikulum, Pengalaman Muzikal ,Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

10Lampiran ACorak Irama yang dihasilkan oleh murid dimainkan menggunakan alat perkusi.

Dinamik kuatDinamik IembutRehat

Kumpulan Kerincing

Kumpulan Drum

Kumpulan Kayu Tik Tok

Contoh Borang Pemerhatian.

Bil.Nama muridTarikhPenilaian GuruMenguasai / Tidak Menguasai

1.John Arill24.10.2012Murid dapat mempraktikkan dinamik kuat dan lembut dalam permainan perkusi dengan betul.Menguasai

11