laporan kejohanan olahraga kali ke 16 sk tasek … · laporan pelaksanaan program kejohanan...

12
TARIKH : 02 MAC 2018 HARI : JUMAAT TEMPAT : PADANG, SK TASEK DERMAWAN LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK DERMAWAN 2018

Upload: others

Post on 15-Jul-2020

95 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

TARIKH : 02 MAC 2018

HARI : JUMAAT

TEMPAT : PADANG, SK TASEK DERMAWAN

LAPORAN KEJOHANAN

OLAHRAGA KALI KE 16

SK TASEK DERMAWAN

2018

Page 2: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

KERTAS

KERJA

Page 3: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

BUKU

PROGRAM

Page 4: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

INFO

BERGAMBAR

Page 5: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

Perbarisan Rumah Perdana Perbarisan Rumah Wira

Perbarisan Rumah Waja Perbarisan Rumah Putra

Perbarisan Prasekolah

Page 6: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

Kontigen Perbarisan Kontigen perbarisan bersama tuan perasmi.

Gimik perasmian

Ibu bapa hadir memberikan sokongan.

Ucapan perasmian oleh Tn Hj Ishsam Shanruddin

Perasmi menyampaikan hadiah kepada pemenang

Page 7: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

PKKO menyampaikan hadiah kepada pemenang. Rumah Wira menjadi Johan Perbarisan

Olahragawan dan Olahragawati

Penyampaian hadiah acara ibu bapa.

Johan Keseluruhan ialah Rumah Perdana

Page 8: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

LAMPIRAN VIDEO :

Youtube : ‘Kejohanan Olahraga SKTD 2018’

https://www.youtube.com/watch?v=VQcxJbyNr5A

Guru-guru bergambar sebagai kenangan.

Page 9: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

keputusan

Page 10: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

DAPATAN

Page 11: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI -16

SK TASEK DERMAWAN

TAHUN 2018

Laporan Pelaksanaan Program

Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada

hari Jumaat, 2 Mac 2018 bertempat di padang sekolah SKTD. Pihak sekolah berbesar hati kerana

Tn Hj Ishsam bin Shahruddin, Pengarah Urusan Ambang Korporat telah sudi hadir dan

merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini. En Shamsul Kamar, Naib Yang Dipertua PIBG SK

Tasek Dermawan turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Kejohanan yang bermula pada pukul 8 pagi menyaksikan 5 kontigen Pasukan Rumah

Sukan dan Prasekolah mengambil bahagian dalam pertandingan perbarisan. Setiap pasukan

diiringi oleh maskot Adiwira seperti Captain Amerika, Spiderman, Batman dan lain-lain lagi.

Kesemua kontigen perbarisan telah memberikan persembahan yang menarik dan berdisiplin serta

menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar, diikuti dengan ucapan perasmian oleh

Tn Hj Ishsam. Murid-murid berasa teruja dan gembira apabila tuan perasmi menghadiahkan

sejumlah wang tunai kepada setiap pasukan rumah sukan. Untuk gimik pelancaran, Tn Hj Ishsam

telah melepaskan belon-belon yang terdiri daripada 4 warna rumah sukan ke udara.

Acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah larian 50m, larian 80m, 100m dan

4x100m. Acara tarik tali akhir dan acara ibu bapa (leret kelapa dengan kayu hoki) turut diadakan

sebagai acara kemuncak kejohanan. Kesemua acara dapat dijalankan dengan lancar.

Kejohanan Olahraga pada pagi ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua

pemenang. Rumah Wira telah menjadi Johan acara tarik tali dan pertandingan perbarisan .

Olahragawan dan olahragawati pada tahun ini disandang oleh Muhammad Noor Iman bin Noor

Kamal dan Intan Qistina binti Mohd Hamezan dari rumah Perdana. Keputusan akhir

menyaksikan rumah Perdana menjadi Johan Keseluruhan sekaligus mengekalkan kejuaraan pada

tahun lepas. Kejohanan Olahraga Kali ke-16 berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Page 12: LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 16 SK TASEK … · Laporan Pelaksanaan Program Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 2 Mac

Refleksi

Kekuatan /Kelebihan:

1. Program ini melibatkan warga sekolah secara menyeluruh termasuklah guru, kakitangan,

murid-murid serta ibu bapa.

2. Acara dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan dalam tempoh masa yang

ditetapkan.

3. Semua peserta melibatkan diri secara aktif dalam semua acara yang dilaksanakan.

4. Pihak sekolah menerima sumbangan hadiah dari pelbagai pihak.

Kelemahan/ Kekangan/ Masalah yang dikenalpasti :

1. Tiada pertandingan hiasan rumah sukan kerana sumber kewangan yang terhad.

2. Tiada acara untuk pegawai dan kakitangan.

Cadangan Penambahbaikan

1. Mengadakan pertandingan hiasan rumah sukan.

2. Mengadakan acara untuk pegawai dan kakitangan.

Kesimpulan : Keseluruhannya, Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 berjaya

dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

………………… …………………………

(NOR EMYLIA BT MUHAWIZ) (PN JUMRAH BT SULTAN)

Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum,

Disahkan oleh,

...................................

(PAIZAH BINTI ALIAS)

Guru Besar