laporan lawatan nahrim kpp - .::hydronet::. - water...
TRANSCRIPT
LAPORAN LAWATAN TEKNIKAL
KE
MAKMAL KUALITI AIR, NAHRIM
20hb September 2010 (Isnin)
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS Malaysia
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
i
Seramai 13 orang pegawai yang terlibat dalam program lawatan tersebut seperti berikut:- Bil. Nama Unit
1. Pn. Yuhaslin Yusof KPP Unit Pengurusan Maklumat
2. Ir. Mohd Zaharifudin Muhamad Ali PPK Seksyen Ramalan Banjir
3. Cik Norazilah Ab Razak PPK SPH
4. Pn. Nor Asiken Alias PP Unit Pengurusan Maklumat
5. En. Ahmad Tarmizi Mat Taib PP Unit Pengurusan Maklumat
6. En. Mohamad Hafiz Hassan PP Seksyen Ramalan Banjir
7. Cik Khairul Fadzilah Mohd Omar PP Unit Pengurusan Maklumat
8. Cik Wan Najihah Farhana Wan Hassan PP Unit Rekabentuk
9. Cik Lim Fei Fei PP Unit Sumber Air II
10. En. Firdaus Mohd Mubin PJ Unit Sumber Air II
11. En. Isyamuddin Ahmad J17 Unit Rekabentuk
12. En. Mohd Aiman Shazlishah Rosli J17 Unit Pengurusan Maklumat
13. En. Zulraimie Abdul Jabal J17 Seksyen Ramalan Banjir
1 1. Tujuan Lawatan BSAH ke Makmal Kualiti Air, NAHRIM
Lawatan BSAH ini bertujuan untuk :
1.1. Meneliti keperluan NAHRIM di dalam menyediakan Makmal Kualiti Air seperti
kelengkapan makmal, keperluan pegawai, kos yang terlibat, keperluan akreditasi MS-
ISO 17025.
1.2. Melihat usaha sama yang boleh dijalankan oleh BSAH, JPS Malaysia dengan pihak
NAHRIM di masa akan datang.
1.3. Melihat sendiri makmal Kualiti Air di NAHRIM.
2. Program Lawatan Makmal Kualiti Air, NAHRIM
2.1. Ketibaan ke NAHRIM disambut oleh Pn. Pauziah Hanum Abdul Ghani (Q54), Pengarah
Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, NAHRIM dan taklimat penerangan ringkas
berkenaan Makmal Kualiti Air disampaikan oleh En. Mohammad Azroie Bin Mohamed
Yusoff (Q41), Ahli Mikrobiologi dari Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar.
Gambar 1 :Taklimat dan perbincangan antara BSAH, JPS Malaysia dan NAHRIM
2.2. Pihak NAHRIM mensasarkan penubuhan makmal kualiti air mengkhususkan kepada
penyelidikan dan penemuan-penemuan yang membantu negara dalam mencari
penyelesaian kepada masalah air dan persekitarannya.
2
2.3. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih produktif Makmal kualiti air akan diuruskan
sebagai entiti tersendiri supaya perkhidmatannya tidak terbatas kepada satu pusat kajian
sahaja bahkan ia merupakan support service kepada semua pusat kajian yang sedia ada
dan juga memberi perkhidmatan kepada agensi-agensi luar NAHRIM dan pihak swasta.
Dijangkakan pada tahun 2011, Makmal Kualiti Air akan siap sepenuhnya.
2.4. Objektif Makmal Kualiti Air NAHRIM
i. Memastikan kebeterusan kajian-kajian jangka panjang supaya sesuatu penemuan
terhasil dan dapat di manfaatkan.
ii. Membantu negara memformulasikan polisi dan hala tuju negara dalam menangani
isu-isu berbangkit berkaitan dengan air dan persekitaran nya dan isu-isu
antarabangsa.
iii. Membantu membangunkan teknologi hijau dalam merawat air.
iv. Menampilkan NAHRIM sebagai sebuah institusi penyelidikan yang bertaraf
antarabangsa.
2.5. Unit Makmal Kualiti Air (Sementara) yang sedang beroperasi sekarang dibahagikan
kepada kepada 2 unit iaitu Unit Makmal Mikrobiologi yang dikendalikan seorang ahli
Mikrobiologi dan Unit Kimia yang dikendalikan seorang ahli kimia. Pihak NAHRIM
mensasarkan 6 seksyen akan beroperasi di bawah unit makmal kualiti air pada RMK-10
iaitu pada pertengahan 2011 seperti di lampiran A dan lampiran B. Disertakan salinan
slide pembentangan Makmal Kualiti Air di lampiran C.
3
Gambar 2: Lawatan Ke Makmal Mikrobiologi
Gambar 3: Lawatan Ke Makmal Kimia (Analitikal)
4 3. R&D Dalaman, NAHRIM
3.1. Di NAHRIM terdapat lima (5) pusat kajian utama yang menjalankan penyelidikan.
Kelima-lima (5) Pusat kajian sedia ada mensasarkan menjalankan sekurang-kurangnya
3 kajian yang memerlukan penganalisisan kualiti air. Dengan itu di anggarkan jumlah
kajian yang akan di laksanakan adalah 18 kajian ( termasuk 3 kajian Makmal Kualiti
Air). Jumlah sampel yang akan dikutip setiap bulan berdasarkan setiap kajian 18
sampel/bulan.
3.2. Terdapat lebih dari 40 ciri-ciri kimia yang boleh di analisa terhadap sesuatu sampel air.
Ciri-ciri kimia yang lazim di analisa adalah lebih kurang dua puluh sahaja (20). Dengan
itu di anggarkan jumlah parameter yang perlu di analisa ialah 4,320 setahun, ini
bermakna beban tugas setiap Pegawai Penyelidik di makmal menganalisis adalah 23
parameter setiap hari bekerja setiap bulan, dan ujian-ujian ini mesti di aplikasikan 3 kali
untuk setiap parameter.
3.3. Setiap analisa yang di jalankan perlu dijalankan oleh pegawai yang terlatih untuk tugas
makmal. Ini adalah kerana setiap penganalisisan yang di jalankan adalah khusus untuk
setiap parameter yang hendak di kaji serta prosedur penyediaan sampel yang berbeza-
beza dan penggunaan alatan dan bahan kimia yang berbeza.
4. Perkhidmatan Makmal Analisis Kualiti Air, NAHRIM (Sasaran 2011)
4.1. Di jangkakan dalam tahun 2011, makmal kualiti air akan di akredasitasi dan mendapat
pensijilan MS-ISO 17025. Akreditasi dan pensijilan adalah kemestian bagi makmal
kualiti air yang menjalankan penyelidikan dan seterusnya memberi perkhidmatan kepada
pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang serupa.
5
4.2. NAHRIM juga menjangkakan dapat memberi perkhidmatan sokongannya kepada mana-
mana agensi yang memerlukan perkhidmatan makmal bagi tujuan-tujuan menganalisis
ciri-ciri kimia atau biologikal untuk sesuatu sampel air yang mewakili sesebuah badan
air. NAHRIM mensasarkan pelanggan seperti Kementerian Kesihatan dari segi
pemantauan kualiti air minuman, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam
Sekitar dan sebagainya yang sememangnya menjalankan aktiviti pensampelan kualiti air.
Di samping itu juga perkhidmatan ini dapat dipanjangkan kepada institusi swasta dalam
bentuk kerjasama penyelidikan (research collaboration), perundingan dan sebagainya.
4.3. Menyediakan Khidmat Analisis Air yang komprehensif.
Parameter – parameter rutin : 1. In-situ parameter :
• pH, Salinity, Turbidity, Dissolved Oxygen (DO), Suspended Solid (SS),
Temperature, Total Dissolved Solid (TDS), Blue-green Algae, Chlorophyll, Depth
2. Parameter Makmal
• Aggregate Organics (BOD, COD), Heavy metals and minerals (copper,
aluminium, lead), Nutrients / Inorganics (nitrate, phosphate), Microbiological
(Total Coliforms).
5. Kesimpulan Hasil dari Lawatan
Hasil dari lawatan ke Makmal Kualiti Air, NAHRIM dapat dirumuskan bahawa:-
5.1. Pihak NAHRIM menjangkakan pada tahun 2011 Makmal Kualiti Air di NAHRIM akan
siap sepenuhnya dengan kelengkapan peralatan makmal. Pada waktu itu mereka bersedia
memberi perkhidmatan analisis sampel air sungai kepada agensi kerajaan dan swasta.
5.2. Parameter-parameter kualiti air yang diperlukan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Air
dan Hidrologi , Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memenuhi parameter yang
dianalisis di Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, NAHRIM.
6
5.3. Pihak Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, NAHRIM bersedia bekerjasama dengan
JPS di dalam memberi bantuan latihan kepada JPS, Malaysia terutamanya dari segi
latihan teknik pengambilan sampel, penyimpanan sampel sehingga sampel dihantar ke
makmal untuk dianalisis.
5.4. Sekiranya pihak JPS, Malaysia bercadang untuk mempunyai makmal kualiti air sendiri,
pertambahan jawatan Ahli Kimia dan Ahli Mikrobiologi perlu disediakan dan perolehan
peralatan makmal kualiti air dianggarkan RM15 juta.
5.5. Setiap makmal kualiti air yang menyediakan data kepada pihak pelanggan perlu
mempunyai sijil akreditasi MS-ISO 17025 supaya data-data yang dibekalkan boleh
diiktiraf.
5.6. Di dalam lawatan tersebut pihak BSAH telah menerima sebuah ‘Manual Pensampelan
Kualiti Air, draf pertama’ yang dikeluarkan oleh pihak NAHRIM.
Lampiran A: Cadangan Unit- Unit Di Makmal Kualiti Air (2011)
Lampiran B: Fungsi Unit- Unit Di Makmal Kualiti Air (2011)
Lampiran C : Slide Pembentangan Makmal Kualiti Air,
NAHRIM.