laporan lengkap karnival permainan tradisional
DESCRIPTION
pjmTRANSCRIPT
LAPORAN LENGKAP KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ‘CONGKAK)
TARIKH : 4 MAC 2013
LAPORAN : BIRO PERSIAPAN TEMPAT
NAMA AHLI AHLI,OPSYEN & : MUHAMMAD FATHIN BIN HAMID
NUR HIDAYAH BINTI ZAKARIA
NUR AFIFAH BINTI AHMAD
SEBELUM
Pada perjumpaan yang pertama saya dan dua orang lagi rakan telah dilantik untuk
memegang jawatan sebagai biro persiapan tempat. Pada mulanya kami mempunyai
masalah untuk diselesaikan kerana faktor kekurangan peralatan congkak serta jumlah
perserta yang kurang. Namun alhamdulilah,setelah berbincang dengan Puan Liza Binti
Saad,kami telah memutuskan untuk membuka tempat permainan hanya lima sahaja dan
tempat yang kami pilih ialah Dewan Indera Kayangan. Hal ini kerana dewan ini mempunyai
kelengkapan yang kami inginkan seperti meja,kerusi, serta sistem pengudaran yang baik.
Pengerusi bagi projek ini juga telah bersetuju dengan cadangan tempat yang diberikan.
SEMASA
Biro persiapan tempat berada di tempat karnival seawal jam 7 pagi bagi menyusun dan
menyiapkan tempat dengan lebih kemas dan teratur sebelum karnival diajalankan. Kami
memastikan setiap tempat dilabelkan bagi memudahkan para urusetia dan peserta
mengetahui segala maklumat yang dapat dirujuk. Tempat – tempat yang dilabelkan ialah
tempat ketua hakim bersama penjaga masa, papan markah, kecemasan bersama urusetia,
kawasan pertandingan congkak, stesen 1 hingga 5 dilabelkan untuk para pemain dan untuk
penilai serta ruang peserta congkak. Oleh sebab, karnival ini digabungkan sekali dengan
permainan batu seremban dan permainan kabadi, biro persiapan tempat perlulah
melabelkan tempat bagi memudahkan para peserta dan urusetia tidak keliru dan bercampur
aduk. Setelah selesai karnival dijalankan, biro persiapan tempat haruslah mengemas dan
membersihkan kawasan karnival pertandingan tersebut
SELEPAS
Selepas permainan congkak tamat, kami telah mengemas tempat permainan dengan
bantuan rakan-rakan yang lain. Sebelum peralatan seperti meja dan kerusi disimpan, kami
telah memastikan kuantiti peralatan yang digunakan adalah mencukupi serta telah disusun
dan diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam keadaan yang teratur dan kemas.
Peralatan seperti congkak dan guli telah kami serahkan kepada biro peralatan. Di samping
itu juga, kami telah melakukan pembersihan di kawasan tempat permainan dengan
mengutip sampah di sekitarnya.
DISEDIAKAN OLEH
(MUHAMMAD FATHIN BIN HAMID)
BIRO PERSIAPAN TEMPAT