laporan l.i
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
DISEDIAKAN OLEH
SITI NORFARAHIM BINTI ABDUL RAHIM
05DTP11F1027
DI
SYARIKAT AM-ME SDN BHD
1ST& 2ND FLOOR LOT 9743 SUBLOT 33
TAMAN LEE LING PHASE 12 (SHOPHOUSE)
JALAN MATANG 93050 KUCHING, SARAWAK
Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kuching Sarawak bagi memenuhi sebahagian dari syarat
penganugerahan Diploma dari Kementerian Pendidikan Malaysia
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
SESI DISEMBER 2012
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat
ilahi ke atas kurniaanNya, akhirnya saya dapat menyiapkan laporan Latihan Industri
dengan lengkap pada masa yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.Dalam ruangan ini
juga saya ingin menyampaikan rasa terima kasih sya kepada pihak Syarikat AM-ME
kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya selama 5 bulan saya menjalani
Latihan Industri di syarikat tersebut.
Jutaan terima kasih juga kepada jurutera-jurutera dan juruteknik-juruteknik
Syarikat AM-ME yang turut membantu member tunjuk ajar kepada saya walaupun
permulaannya sukar untuk mereka berkomunikasi dengan saya. Tidak lupa juga kepada
pengarah syarikat Tuan Haji Ahmad Mulana dan penyelia saya Cik Tay Hui Ya kerana
memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalani latihan Industri di Syarikat AM-ME
Sdn.Bhd.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah
Politeknik Kuching kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan buku laporan
ini.Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas
saya ketika di dalam kelas Soft Skill. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang
turut menyumbang dari segi kewangan dan juga sokongan kepada saya. Dengan kata-
kata semangat dari keluarga menyebabkan saya yakin dalam membuat laporan.
Akhir sekali kepada rakan-rakan saya yang turut memberi sokongan dan
cadangan kepada saya untuk memebuat laporan ini.Tidak lupa juga kepada rakan
seperjuangan saya di Syarikat AM-ME.Sedikit sebanyak mereka telah membantu saya
dalam membuat kerja harian di tempat latihan.
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan
1.1.1 Objektif Latihan Industri
1.1.2 Objektif laporan
1.1.3 Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 Pengenalan
2..1.1 Lokasi
2.1.2 Carta Organisasi
BAB 2 RINGKASAN MINGGUAN
3.1 Pendahuluan
1.2
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib bagi semua pelajar Politeknik
kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan
industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik (KPTM).
Tempoh Latihan Industri yang dijalankan oleh pelajar Politeknik adalah selama
kira-kira 5 bulan iaitu di mana pelajar akan menjalani Latihan Industri pada semester ke-
4.
Bermula dari Jun 2001, semua Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia melaksanakan sistem yang memberikan sepuluh mata kredit kepada pelajar
yang menjalani Latihan Industri.
Setiap pelajar yang akan menjalani Latihan Industri ditempatkan di organisasi
samada dipilih oleh pelajar sendiri atau pihak Politeknik bersesuaian dengan kursus yang
diambil. Semasa menjalani Latihan Industri di organisasi masing-masing, pelajar akan
didedahkan dengan suasana kerja yang sebenar yang tidak pernah berlaku di Politeknik
dan kehidupan seharian pelajar tersebut.
1.1.1 Objektif Latihan Industri
Latihan Industri ini adalah untuk mencapai objektif-objektif tertentu ke atas diri
seseorang pelajar tersebut sebelum mereka keluar sebagai graduan di Politeknik di mana
mereka akan mendapat peluang pekerjaan yang berkaitan dengan kursus yang diambil
dengan penganugerahan Diploma dari Politeknik.
Antara objektif latihan industri ialah untuk mendedahkan para pelajar dengan
suasana di alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, latihan ini juga akan melatih para
pelajar membina personality diri yang positif apabila menjalani latihan industri. Di
samping itu, objektif latihan ini juga adalah untuk melatih pelajar melakukan sesuatu
tugas atau kerja dengan mendengar dan mengikut arahan yang diberi oleh pihak syarikat.
Latihan industri bertujuan untuk meningkatkan lagi minat pelajar terhadap kursus
yang diambil serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam diri pelajar ketika
dia alam pekerjaan. Selain itu, latihan ini juga adalah untuk melatih pelajar supaya
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan industri yang telah ditetapkan.
Dengan adanya latihan industri jugalah, pelajar akan dapat menyediakan laporan
latihan Industri dengan lengkap setelah tamat Latihan Industri untuk dinilai oleh pihak
Politeknik sebagai bukti bahawa pelajar tersebut ada menjalani latihan di syarikat
tersebut.
1.1.2 Objektif Laporan
Laporan yang disediakan penting sebagai bahan bukti dan hasil catatan
perjalanan aktiviti pelajar sepanjang mereka menjalani Latihan Industri bagi memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan Diploma. Di Politeknik atau dimana-mana institut
pengajian tinggi, para pelajar diwajibkan menunjukkan buku laporan mereka kepada
pensyarah bagi mereka membuat penilaian yang telah ditetapkan di dalam peraturan
Latihan Industri.
Laporan Latihan Industri juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada pelajar yang
lain yang akan menjalani Latihan Industri. Laporan ini juga dapat menunjukkan kerja-
kerja yang dilakukan oleh pelajar sepanjang mereka menjalani latihan industri di
syarikat masing-masing.
Tujuan utama pihak Politeknik mewajibkan penulisan buku laporan adalah untuk
memberikan latihan kepada para pelajar agar dapat menyediakan buku laporan yang
sempurna apabila berada di alam pekerjaan kelak.
Selain itu, laporan yang hendak ditulis mestilah lengkap dan teratur bagi
mendapatkan markah terbaik dalam penulisan buku laporan ini. Buku laporan ini akan
diperiksa dan diteliti oleh pihak Politeknik bagi memastikan para pelajar menjalani
Latihan Industri mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.
1.1.3 Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar
Setiap pelajar Politeknik wajib menjalakan latihan industry. Latihan ini akan
dijalankan selama satu semester atau 5 bulan. Latiihan ini merupakan satu titik
permulaan alam pekerjaan yang sebenar yang sememangnya berhubung dengan apa
yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajian.
Terdapat banyak kepentingan latihan industri ini kepada pelajar. Setiap palajar
harus tahu tentang kepentingan latihan industri dalam sistem pembelajaran. Justeru itu,
pelajar hendaklah memanfaatkan peluang sepanjang tempoh latihan. Antara kepentingan
latihan industri kepada pelajar adalah untuk melepaskan syarat utama yang diwajibkan
ke atas pelajar-pelajar Politeknik bagi mendapatkan Diploma.
Selain itu, latihan ini juga membolehkan pelajar mendapat pengalaman dan
pengetahuan dalam kursus yang diamnil sebelum menceburi mana-mana bidang
pekerjaan yang berkaitan atau sesuai dengan ursus yang diambil. Ini akan menjadi
bekalan kepada pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi
realiti di alam pekerjaan yang sebenar.
Latihan Industri ini juga dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar
dalam sistem pembelajaran yang berasaskan teori. Dengan adanya latihan industri ini,
pelajar akan lebih memahami apa yang telah dipelajari secara amali dan dapat
membentuk seorang pelajar yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dari segi
amali mahupun teori. Dengan erti kata lain, para pelajar akan memperolehi lebih banyak
pengalaman dan memiliki pengetahuan yang lebih dengan menggabungkan ilmu dari
segi teori dan amali.
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 PENGENALAN
Syarikat AM-ME Sdn Bhd (SASB) telah ditubuhkan pada 18/04/2000 sebagai
sebuah syarikat kontraktor elektrik.Dari segi sejarah penubuhannya, SASB sebenarnya
adalah berasal daripada Syarikat AM Electrical Works (AMEW) iaitu sebuah syarikat
jenis perseorangan yang berdaftar sebagai kontraktor elektrik dan bertaraf Bumiputra
dengan Pusat Khidmat Kontraktor, CIDB, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Pejabat
Kewangan Persekutuan, Unit Pendaftaran Konraktor, SESCO dan Telekom Malaysia
Berhad. Secara umumnya, segala urusan yang berkaitan dengan AMEW termasuklah
kakitangan atau pekerjanya telah diambil alih sepenuhnya oleh pengurusan yang baru
dengan tertubuhnya SASB.
Sejajar dengan kemunculan alaf baru ini, SASB ditubuhkan dengan tujuan untuk
memperluas/memperkembangkan lagi operasinya keseluruh Malaysia dan menyertai
atau memperolehi kontrak yang lebih besar kosnya. Semasa masih dibawah AMEW,
syarikat hanya beroperasi di Sarawak, Sabah dan Labuan sahaja.
Kakitangan yang terdiri daripada pekerja yang berpengalaman telah berjaya
menyiapkan kerja-kerja yang dibuat dengan bermutu tanpa mengira saiz dalam tempoh
yang ditetapkan. Disamping itu, kedudukan kewangan yang kukuh serta perhubungan
yang baik telah mayakinkan para pembekal kami untuk bekerjasama dimana mereka
telah member kemudahan kredit dan harga yang kompotetif.
Dengan adanya kakitangan yang berpengalaman, rekod kerja yang baik dan
kemudahan kredit serta harga barang yang kompotetif daripada pembekal, maka tidak
hairanlah mengapa kami berjaya mendapat beberapa projek yang besar dalam setahun
serta berulang daripada pelanggan yang sama.
Pada 8hb oktober 2003, SASB telah Berjaya memperolehi Sijil ISO 9001-2000
(Quality Management System) daripada Allied Certification Services. Ini adalah sebagai
salah satu inisiatif kami untuk maju setapak ke hadapan.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya
saing dan berdaya maju menjelang Wawasan 2020, kami akan berusaha member
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami tanpa mengira saiz atau lokasi kerja
yang dibuat. Sokongan padu daripada pelanggan yang berpuashati dengan perkhidmatan
yang kami berikan akan membantu kami untuk muncul sebagai sebuah Syarikat
Kontraktor Elektrik Bumiputra yang berjaya menjelang Wawasan 2020.
2.1.1 LOKASI
Pejabat Syarikat AM-ME Sdn.Bhd terletak di Tingkat 1 dan 2 Lot 9743 Sublot 33
Taman Lee Ling Fasa 12 (Shophouse) Jalan Matang 93050 Kuching Sarawak.
Manakala,stor syarikat ini terletak di Lot 4567, Lorong 6A1 Taman Matang Jaya, Jalan
Matang 93050 Kuching, Sarawak.
2.1.2 CARTA ORGANISASI
PENGARAH URUSANHJ.AHMAD MULANA BIN HASSAN
JURUTERAMOHAMMAD BIN ALI
ELSA BINTI AHMAD MULANA
EKSEKUTIF KESELAMATANMOHD.RIZAL BIN AHMAD MULANA
BAHAGIAN TEKNIKAL
PENYELIA/ORANG KOMPETEN
MOHD ZAMRI BIN AHMAD MULANAMOHD RIZAL BIN AHMAD MULANA
MUSTAFAR BIN AHMAD MULANA
RAMLAN BIN AHMADAZYZZY BIN JOHARI
ZURAKMAN BIN ZULKIPLEE
KHASRI BIN MAHEDINMOHD ZAMRIE BIN MOS
BAHAGIAN PROJEK
MOHD ZAMRI BIN AHMAD MULANA
MOHAMMAD BIN ALI
BAHAGIAN PROJEK(PENTADBIRAN)
ELSA BINTI AHMAD MULANA
TAY HUI YAAZALAN BIN JUNAIDI
BAHAGIAN PENTADBIRAN/AKAUN AM-ME
AIDAWATY BIN HUSAINITAY HUI YA
BAB 3
RINGKASAN MINGGUAN
3.1 PENDAHULUAN
Dalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan banyak
perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, saya
juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu
dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri.
Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian
pengurusan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 8 jam 1/2
sehari, bermula dari jam 08.00 a.m – 05.30 p.m setiap hari bermula dari hari Isnin –
Sabtu. Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri
selama 22 minggu.
3.2 RINGKASAN MINGGU PERTAMA HINGGA KE 20
MINGGU AKTIVITI
1 & 2 Mendaftar di Syarikat AM-ME Sdn. Bhd pada jam
8.00 pagi
Mengisi buku dokumen keluar/masuk
Belajar cara-cara pemfailan sesuatu dokumen
Belajar dan mengetahui tujuan membuat ‘Purchase
Order (PO)’
Membuat label dan melabel alat elektronik bagi
Program 5S iaitu susun,sisih,sapu,seragam dan
sentiasa amal
Fotokopi dokumen ‘Bank Guarantee’ bagi projek
Celcom
Menaip rumusan sebut harga kerja elektrik bagi projek
MRSM
Melipat ‘Shop Drawing’
Gotong-royong sempena Tahun Baru 2013 (Program
5S) selama tiga hari
3&4 Membuat pemfailan
Menyediakan dokumen-dokumen untuk ‘Claim 10%’
bagi projek Celcom
Memasang rak besi untuk diletakkan di dalam stor fail
Mengira jenis lampu
Menaip senarai lampu
Membuat ‘Purchase Order (PO)’ dan ‘Delivery Order
(DO)’ bagi projek Celcom
Membuat ‘Request of Work Order’ untuk setiap tapak
bagi projek Celcom
Membuat ‘Renewal of Banking Facilitys’
5&6 Membuka fail baru untuk Projek Celcom
Fotokopi ‘Invoice’ untuk setiap tapak untuk rujukan
akauntan
Membuat pemfailan
Membuat surat rasmi bagi penamatan penyewaan
incubator bagi tiga syarikat
Membuat salinan katalog untuk dilampirkan bersama
dokumen tender yang lain bagi projek Jabatan Kimia
Bintulu
Mencari ‘resume’ yang terbaru bagi jawatan ‘Site
Engineer’ dan ‘Supervisor’
Fotokopi ‘Collateral Deposit’ untuk setiap tapak bagi
projek Celcom
Fotokopi dokumen lessen untuk Sungai Antu bagi
projek Celcom
Menaip senarai lampu
Mengemas Pejabat. Mengemas pejabat adalah rutin
pekerja setiap minggu
7&8 Membuat pemfailan
Mengemaskini PO & DO projek Celcom
Membuat fotokopt insuran untuk setiap tapak bagi
projek Celcom
Menyediakan dokumen untuk membuat ‘Celcom
Claim 40%’ bagi projek Celcom
Mengisi buku dokumen keluar/masuk
Pergi ke Syarikat Tiong hee untuk membuat
pembayaran servis lori syarikat
Membuat ‘Administration & Finance monthly meeting
2013’
Mengira jenis lampu
Menampal bahan-bahan elektronik di papan untuk
membuat ‘Sample Board’ bagi Jabatan Kimia Bintulu
9&10 Mendengar arahan dari penyelia sepanjang penyelia
tiada seperti:-
- Merekod dokumen keluar/masuk
- Cop fax yang datang
- Merekod segala panggilan dari luar
Melipat ‘Shop drawing’
Mengemaskini fail setiap tapak bagi projek ‘Celcom’
Membuat empat salinan laporan bagi projek Jabatan
Kimia Bintulu
Menaip surat ‘Final Acceptance Certificate (FAC)’
bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar
Mengemas fail di bilik stor dari tahun 1999 hingga
2012 selama empat hari berturut-turut
Fotokopi ‘Schematic diagram’ iaitu ‘distribution board
(DB)’ dan ‘main switch board (MSB)’ dalam bentuk
saiz A4 bagi projek Pembinaan Sekolah Baru 12 Bilik
Darjah SK Landeh
11&12 Menyemak jumlah jenis pendawaian di dalam lukisan
Membuat pemfailan
Membuat ‘Summary details for supervisor and general
worker’
Membuat DO untuk empat tapak iaitu:-
- Kpg kaba
- Rumah Tujang
- Rumah Segan
- Sg.Strass
Belajar menggunkan ‘User Business System (UBS)’
untuk menguruskan stok Jabatan Kimia
Mengikuti mesyuarat bersama pengarah dan staf
Mengemaskini PO bagi projek Celcom
Membuat fotokopi dokumen untuk ‘Celcom Claim
40%’
Mengisi boring kehadiran pelajar praktikal bagi bulan
dua pelajar dari LSK
Belajar menggunkan UBS
Memasukkan stok item bagi Jabatan Kimia Bintulu
dengan menggunakan UBS
Membuat ‘Summary of UBS’
Membuat pemfailan
Fotokopi ‘Company Profile’ untuk dilampirkan
bersama tender
Fotokopi ‘BPM Claim’ bagi projek Celcom
13&14 Menaip semula ‘Schedule of Price’ bagi projek Felcra
Samarahan Palm Oil Mill, Sarawak
Fotokopi katalog untuk dilampirkan bersama tender
Membuat pemfailan
Membuat fotokopi ‘Provisional Acceptance Certificate
(PAC)’ bagi projek Celcom
Mengemaskini PO Celcom bagi bulan 3
Menyemak bahagian katalog dalam kontrak dan
katalog fail JKR untuk dihantar ke JKR bagi projek
Jabatan Kimia, Bintulu
Membuat ‘retention claim’ 12 tapak bagi projek
Celcom Batch 1
Medengar dan melihat cara-cara menggunakan
Microsoft Project daripada jurutera
Membuat DO bagi projek Celcom batch 2 part 2
Membalut ‘drawing’ Jabatan Kimia, Bintulu untuk
dibawa oleh Pengarah untuk mesyuarat di Kuala
lumpur
15&16 Fotokopi DB/MSB dari ‘drawing’ untuk di buat sebut
harga oleh bagi….. tender Komplek Majlis Islam Miri,
Sarawak
Mengira jenis lampu bagi tender Komplek Majlis
Islam Miri, Sarawak
Membuat pemfailan
Membuat ‘retention claim’ bagi projek Celcom batch 1
Part 1
Fotokopi ‘Bill of Quantity (BQ)’ bagi tender Komplek
Majlis Islam Miri, Sarawak
Mengisi buku keluar/masuk
Membuat ‘Summary Details for Mechanical Engineer
17&18 Membuat DO untuk Jabatan Kimia dengan
menggunkan UBS
Membuat pemfailan
Fotokopi katalog dan dokumen tender untun tender
Komplek Majlis Islam, Miri
Membuat ‘retention claim’ untuk projek Celcom
Batch 1 Part 1 dan Celcom Batch 2 part 2
Mengajar asas penggunaan UBS kepada jurutera
elektrik
Mengisi borang ‘mock-up’
19&20 Membuat DO & PO bagi projek Jabatan Kimia dengan
menggunakan UBS
Membuat pemfailan
Membuat ‘summary details for UBS’
Cop borang Mock Up
Mengisi buku dokumen keluar/masuk
Fotokopi catalog bagi projek Jabatan kimia, Bintulu
Membuka fail bagi pekerja teknikal yang baru
Membuat senarai nama pekerja yang bertugas untuk
projek Jabatan Kimia, Bintulu
BAB 4
BAHAGIAN TEKNIKAL
4.1 5S
4.1.1 PENGENALAN
5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di
Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini
kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri
Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Colombia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan
Mexico.Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara
berterusan.5S ialah singkatan kepada perkataan Jepun iaitu:
SEIRI ertinya SISIH
SEITON ertinya SUSUN
SEISO ertinya SAPU
SEIKETSU ertinya SERAGAM
SHITSUKE ertinya SENTIASA AMAL
Amalan 5S sangat popular pada masa kini kerana dengan adanya amalan ssebegini,
tempat kerja lebih bersih dan tersusun dan lebih selamat.Hasil daripada amalan ini
mudah dilihat oleh semua orang dan sedikit sebnayak menjana pemikiran kreatif
kakitangan. Malah, ia dapat meningkatkan disiplin semulajadi kepada kakitangan serta
kakitangan akan berbagga dan menghargai tempat kerja. Di samping itu juga, ia dapat
meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan agensi.
4.1.2 AMALAN 5S
4.1.2.1 SEIRI – SISIH
Sisih adalah menyisih dan membuang barang atau dokumen yang tidak perlu di
tempat kerja dengan mengasingkan barang atau dokumen mengikut keadaan dan
keperluan.Patuhi prosedur yang sedang berkuatkuasa bagi penyisihan barang/dokumen
yang perlu dilupuskan. Gunakan Sistem Kad Pembuangan iaitu:-
Hijau - Buang/Sisih
Kuning - Tidak Pasti
Merah - Simpan
4.1.2.2 SEITON – SUSUN
Susun adalah menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil
dan disimpan semula. Ikuti kaedah `Masuk Dulu Keluar Dulu’ ( First In First Out) untuk
menyimpan sesuatu barang atau dokumen. Selain itu, wujudkan tempat khas untuk
sesuatu barang dengan jelas. Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label
yang jelas. Letakkan barang di tempat yang mudah dilihat, mudah dikesan dan disimpan
semula.Asingkan peralatan eksklusif dengan peralatan biasa.Peralatan yang kerap
digunakan mestilah diletakkan berhampiran dengan pengguna bagi memudahkan
pengguna mengguna peralatan itu.
4.1.2.3 SEISO – SAPU
Sapu dimaksudkan disini adalahmembersih tempat kerja dan peralatan pejabat
dengan rapi supaya bebas dari kekotoran.Amalkan amalan SAPU ini selama 5 – 10
minit setiap hari sebelum tamat waktu pejabat. Tugaskan penjaga bagi setiap peralatan
atau ruang (ownership) bagi memastikan paralatan atau ruang dalam keadaan yang
bersih.Selain itu, gabungkan aktiviti pembersihan dengan pemeriksaan supaya dapat
mengenalpasti amalan ini dilakukan dengan lancer atau tidak.
4.1.2.4 SEIKETSU – SERAGAM
Seragam ialah mengamalkan Sisih, Susun dan Sapu secara berkesan.Wujudkan
peraturan atau etika untuk dipatuhi.Lekatkan peraturan atau etika pada peralatan atau
ruang yang digunakan bersama. Dengan adanya peraturan dan etika pada setiap
peralatan dan ruang, ia akan mewujudkan rasa tanggungjawab seseorang pekerja
terhadap sesuatu.
4.1.2.5 SHITSUKE - SENTIASA AMAL
Dengan mempraktikkan Amalan 5S, ia dapat mendisplinkan kakitangan di
tempat kerja.Selain itu, mereka akan sentiasa mematuhi peraturan atau etika yang
disediakan sehingga menjadi budaya di tempat kerja dan bekerjasama serta berfikiran
positif di samping dapat menjadi seorang yang profesional.
4.2 FAKTOR KEJAYAAN AMALAN 5S
Salah satu faktor kejayaan Amalan 5S ialah sokongan dan komitmen berterusan
dari pengurusan atasan dengan penegasan yang diberikan. Amalan 5S ini bermula
dengan kesedaran, latihan, pemantauan dan penilaian walaupun pada mulanya ia akan
menjadi sesuatu yang remeh dikalangan kakitangan. Semua orang
wajibmengamalkannya dan tiada siapa yang memerhati sahaja. Dengan mengulangi
putaran 5S, ia akan mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya budaya.
4.3 KESAN AMALAN 5S
Kesan daripada Amalan 5S ialah tempat kerja lebih bersih, kemas, selamat dan
selesa. Malah, kakitangan akan seronok bekerja dalam suasana yang sebegitu. Selain itu,
dapat menjana pemikiran kreatif dan meningkatkan disiplin, kecekapan dan
produktiviti.Amalan 5S ini juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan
mengurangkan pembaziran.Ia juga dapat menjimatkan masa pencarian dokumen dan
membina budaya kualiti.
4.4 LANGKAH KE ARAH PELAKSANAAN PROGRAM 5S
4.4.1 LANGKAH 1 (PERSEDIAAN)
Pengurusan tertinggi mestilah memahami falsafah dan faedah 5S. Selain itu,
perlulah mengadakan lawatan organisasi model 5S. Pengurusan tertinggi memberi
sokongan yang padu bagi pelaksanaan Amalan 5S dan menubuhkan jawatankuasa
pemandu 5S serta melantik penyelia bagi Amalan 5S dan melatih penyelia dan
jawatankuasa 5S.
Tugas pemandu adalah menentukan arah keseluruhan pelaksanaan 5S dan
membentuk pelan pelaksanaan. Selain itu, pemandu 5S juga menentukan belanjawan
serta sumber-sumber kewangan dan menetapkan polisi, peraturan serta garis panduan.
Mengenalpasti ahli jawatankuasa, pemudahcara dan ketua kumpulan adalah tugas
pemandu. Pemandu juga menetapkan sistem ganjaran, Mengawasi dan menilai kemajuan
pelaksanaan dengan jawatankuasa audit serta mengawal kemajuan program dengan
pembentukan standard yang sesuai berkaitankebersihan.
4.4.2 LANGKAH 2 (PELANCARAN RASMI OLEH PIHAK PENGURUSAN
TERTINGGI)
Pada langkah kedua ini, pengurusan tertinggiakan mengumumkan pelaksanaan
program 5S dan menerangkan objektif program 5S kepada semua pekerja. Pengurusan
tertinggi juga akan menghebahkan carta organisasi 5S dan tugas serta tanggungjawab
kumpulan kecil kakitangan. Beliau juga akan memastikan penyediaan alat-alat promosi
seperti kain rentang, poster, kertas edaran, lencana dan sebagainya sudah dilakukan.
Akhir sekali, mengadakan latihan 5S, luaran atau dalaman serta lawatan ke organisasi
contoh kepada semua kakitangan.
4.4.3 LANGKAH 3 (GOTONG-ROYONG SEMUA PEGAWAI DAN
KAKITANGAN)
Selepas pengurusan tertinggi mengumumkan pelaksanaan 5S, anjurkan gotong-
royong.Semua pegawai dan kakitangan akan diberi tanggungjawab kumpulan kecil di
seluruh kawasan mengikut zon. Sediakan alat dan bahan mencuci secukupnya.Aktiviti
ini termasuk membuat SISIH atau mengasing dan mengenal pasti barang yang tidak
perlu.Gotong-royong 5S ini perlu diadakan secara berterusan mengikut keperluan dan
matlamat.
4.4.4 LANGKAH 4 (PERMULAAN SISIH)
Sediakan kaedah membuang barang yang tidak perlu di kawasan tempat kerja
(kad pembuangan).Aktiviti SISIH diamalkan oleh semua orang untuk menyisih barang
buangan selepas Hari Gotong-Royong (Big Cleaning Day).Pada hari gotong-royong ini,
kenalpasti dan asingkan barang tidak perlu untuk pelupusan dan direkodkan (jika
perlu).Barang yang tidak perlu milik organisasi perlu dikaji dahulu untuk mendapat
kelulusan pengurusan sebelum tindakan diambil. Item yang tiada nilai dan senang
dibuang mestilah dibuang dengan segera manakala item yang ada nilai dan boleh dijual
mestlah cari pembeli yang menawarkan harga yang tinggi.Aktiviti SISIH perlu
dilakukan secara berterusan mengikut keperluan.
Pada hari gotong-royong, setiap orang perlu mengenal pasti barang atau bahan
yang tidak diperlukan.Adakan “HARI SISIH - BIG SEIRI DAY” 2 kali setahun dan
fokus utama adalah pembuangan bahan atau item yang tidak diperlukan.Semasa aktiviti
harian 3S (SISIH, SUSUN dan SAPU), setiap orang cuba untuk membuang item yang
tidak perlu dan mengelak dari mengumpul barang atau bahan yang tidak diperlukan.
Ketua bahagian dan juruaudit 5S melawat tempat kerja dan berbincang dengan
pemudahcara berkenaan pembuangan barang atau bahan yang tidak diperlukan.
4.4.5 LANGKAH 5 (AMALAN SISIH, SUSUN, SAPU)
SEIRI : Buang barang/bahan yang tidakdiperlukan dan tidak digunakan, gunakan ruang
secara ekonomikal.
SEITON : Perbaiki lokasi dan kaedah penyimpanan barang supaya masa mencari dan
mengambil dapat diminimumkan.
SEISO : Patuhi jadual mencuci dan memeriksa peralatan dan keselamatan bagi
mewujudkan tempat kerja yang cekap, selesa dan selamat.
Amalan SUSUN mempunyai tujuh prinsip iaitu yang pertama, ikut kaedah
‘MASUK DAHULU KELUAR KEMUDIAN’ (FIFO) untuk menyimpan sesuatu.
Wujudkan tempat khas untuk sesuatu item dengan jelas. Semua barang atau bahan dan
tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas supaya mudah untuk dikenal pasti
apabila hendak digunakan. Selain itu, letakkan barang atau bahan di tempat yang mudah
diambil dan disimpan semula. Akhir sekali,asingkan alatan eksklusif dan yang
biasa.Alatan yang kerap digunakan diletak dekat atau berhampiran pengguna.
LANGKAH 6 (AUDIT BERKALA)
Bagi langkah yang terakhir, adakan audit dalaman 5S dan rancang sistem
galakan. Dan jalankan audit dalaman 5S secara berterusan. Untuk memeriahkan lagi
suasana program amalan 5S ini, wujudkan pertandingan antara bahagian untuk
mengekalkan aktiviti 5S dan berikan anugerah secara berkala kepada kumpulan
pemenang bagi menghargai penyertaan mereka. Adakan lawatan sambil belajar ke
organisasi yang mengamalkan 5S untuk bertukar idea bagi berkongsi idea dan
menambahkan pengalaman. Menganjurkan pertandingan antara bahagian atau unit bagi
mengelakkan aktiviti 5S terhenti dan rancang aktiviti peningkatan kualiti yang baru.
4.5 KESIMPULAN
Pelaksanaan 5S melibatkan semua peringkat kakitangan dan kakitangan perlu
diberi kesedaran melalui kempen 5S.Latihan Amalan 5S untuk pemudahcara dijalankan
secara dalaman serta jawatankuasa Pemandu ditubuhkan di mana ahli terdiri daripada
ketua-ketua bahagian. Jawatankuasa Kerja (Promosi, Latihan dan Audit) dilantik dan
dipengerusikan oleh ketua-ketua bahagian untuk merancang aktiviti secara
menyeluruh.Pelan tindakan pelaksanaan 5S disediakan oleh setiap jawatankuasa kerja
dalam tempoh ditentukan. Status pencapaian aktiviti dibentangkan dalam mesyuarat
pengurusan untuk makluman dan tindakan.
Pemudahcara perlu memberi laporan kepada ketua bahagian masing-masing
untuk maklumat dan sokongan. Pemudahcara dibenarkan mengadakan perbincangan
dengan ahli kumpulan di bawah kelolaannya untuk memberi galakan dan sokongan demi
kejayaan 5S.Kumpulan 5S digalakkan mengadakan perbincangan ringkas seminggu
sekali bagi merancang dan memantau perkembangan aktiviti 5S di kawasan zon masing-
masing. Kumpulan 5S juga dikehendaki menyediakan pelan tindakan untuk pembaikan
di zon sendiri.Gunakan sudut 5S untuk maklumat tentang aktiviti 5S.
PESANAN BELIAN(PO) DAN PESANAN PENGHANTARAN(DO)
5.1 PESANAN BELIAN (PURCHASE ORDER /PO)
Satu pesanan belian (PO) adalah dokumen komersial yang dikeluarkan oleh
pembeli kepada penjual, menunjukkan jenis, kuantiti, dan bersetuju harga bagi produk
atau perkhidmatan penjual menyediakan kepada pembeli. Menghantar pesanan
pembelian kepada pembekal merupakan tawaran undang-undang untuk membeli produk
atau perkhidmatan.
Penerimaan pesanan belian oleh penjual biasanya membentuk satu kontrak antara
pembeli dan penjual. Jadi, kontrak tidak wujud sehingga pesanan belian diterima. Ia
digunakan untuk mengawal pembelian produk dan perkhidmatan dari pembekal luar.
Membuat pesanan pembelian adalah biasanya langkah pertama dalam proses pembelian
sesuatu barang.
5.2 PESANAN PENGHANTARAN (DELIVERY ORDER/DO)
Pesanan Penghantaran (DO) adalah dokumen dari pengirim, atau pemilik kargo
yang perintah pembebasan pengangkutan kargo kepada pihak lain. Biasanya perintah
bertulis membenarkan penghantaran langsungbarangan kepada pembawa gudang, atau
orang lain yang dalam perjalanan perniagaan biasa mereka gudang resit isu atau bil
muatan.
Menurut Kanun Perdagangan Seragam, perintah penyampaian merujuk kepada
suatu perintah yang diberikan oleh pemilik barang-barang kepada orang dalam milikan
mereka (pengangkut atau gudang) mengarahkan orang untuk menyampaikan barang itu
kepada orang yang bernama dalam perintah itu.
6.1 PEMFAILAN
6.1.1 SISTEM FAIL
Sistem fail adalah satu proses penyimpanan segala rekod dan dokumen untuk
simpan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir. Ia juga merupakan
satu proses klasifikasi penyusunan, penyimpanan dan pelupusan rekod supaya mudah
diperolehi dengan cepat bila dikehendaki.
Tujuan pemfailan ialah untuk membantu agensi awam melaksanakan urusan
pentadbiran pejabat dengan lebih cekap, teratur dan berkesan serta memperkemaskan
Arahan perkhidmatan sedia ada supaya ianya sentiasa relevan dan dapat dijadikan
panduan kepada agensi awam.
Selain itu, ia juga dapat mewujudkan sistem pengurusan rekod yang sistematik,
cekap dan berkesan di jabatan dan membantu pegawai atau staf yang terlibat dengan fail
dan surat dalam kerja-kerja mereka. Di samping itu juga ia dapat membantu pegawai
atau staff yang terlibat dengan fail dan surat dalam kerja-kerja mereka.
Sistem ini digubal berasaskan Arahan Perkhidmatan dan ditambah baik dengan
mengambil kira kemajuan teknologi maklumat dan multimedia di samping mengekalkan
kaedah pelaksanaan tugas secara tradisional terutamanya di jabatan atau agensi yang
kecil. Rujukan hendaklah dibuat pada pekeliling, surat pekeliling atau peraturan lain
yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa berkaitan dengan Panduan Pengurusan
Pejabat. Kepentingan pengurusan fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di
dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Fail mesti
diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang
ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.
7.1 SHOP DRAWING
7.1.1 PENGENALAN
Sebuah lukisan kedai adalah lukisan atau set lukisan yang dihasilkan oleh
kontraktor, pembekal, pengilang, sub-kontraktor, atau pembuat. ‘Shop drawing’
biasanya diperlukan untuk komponen pasang siap. Contoh termasuk lif, struktur keluli,
kekuda, pra-tuang, tingkap, peralatan, kabinet, unit pengendalian udara dan
millwork.Juga penting adalah pemasangan dan penyelarasan lukisan kedai perdagangan
seperti lembaran ductwork logam, paip, paip, perlindungan kebakaran, dan elektrik.
‘Shop drawing’tidak dikeluarkan oleh arkitek dan jurutera di bawah kontrak
mereka dengan pemilik. ‘Shop drawing’ ialah pengeluar atau versi kontraktor disediakan
maklumat yang ditunjukkan dalam dokumen pembinaan. ‘Shop drawing’ biasanya
menunjukkan lebih terperinci daripada dokumen-dokumen pembinaan. Ia diambil untuk
menjelaskan pemasangan barang-barang untuk anak-anak kapal pengeluaran pengilang
atau krew pemasangan kontraktor. Gaya ‘shop drawing’biasanya adalah amat berbeza
daripada lukisan arkitek itu. Penekanan utama lukisan kedai adalah pada produk tertentu
atau pemasangan dan tidak termasuk catatan mengenai produk dan pemasangan lain,
melainkan jika integrasi dengan produk yang berkenaan adalah perlu.
Istilah ‘shop drawing’ merujuk dengan gambar, gambar rajah,ilustrasi, jadual,
kepingan potong, pemasangan pengilang risalah dan data yang lain atau maklumat yang
khusus disediakan atau dipasang oleh atau bagi kontraktor dan diserahkan oleh
kontraktor untuk menggambarkan beberapa sebahagian daripada kerja-kerja
projek.Lukisan kedai biasanya disediakan oleh pakar subkontraktor atau fabrikasi dan
biasanya diperlukan untuk komponen pasang siap, seperti lif, kekuda, pra-tuang,tingkap,
peralatan, kabinet,dan unit-unit pengendalian udara.
Penggunaan ‘shop drawing’ digunakan dalam projek-projek pembinaan biasa
dan kesan yang liabiliti pemilik, arkitek,jurutera, kontraktor am,subkontraktor, khusus
subkontraktor dan bahan pembekal. Memahami kegunaan ‘shop drawing’, bagaimana
mereka dikaji semula dan diluluskan dan jenis-jenis tuntutan undang-undang yang
timbul daripada ‘shop drawing’ dan prosedur kajian adalah penting untuk
meminimumkan potensi liabiliti dan memudahkan pembinaan proses.
‘Shop drawing’ dicipta untuk menjelaskan fabrikasi atau pemasangan barang-
barang untuk pengeluaran atau krew pemasangan.Sebagai salah satu mahkamah
menjelaskan, ‘shop drawing’ adalah perkataan yang terakhir sebagaimana kerja-kerja
yang perlu diteruskan dan menggantikan seni bina pelan. Itulah sebabnya dikaji semula
dan diluluskan oleh arkitek yang memeriksa mereka untuk pematuhan dengan reka
bentuk konsep projek dan mematuhi spesifikasi dokumen-dokumen kontrak.
Oleh itu, ‘shop drawing’yang diluluskansentiasa menjalankan asal tujuan
rancangan. ‘Shop drawing’ digunakan padaprojek-projek pembinaan kerana ia tidak
boleh dilaksanakan untuk reka bentuk profesional (arkitek atau jurutera) untuk
menyediakan perihal setiap butir-butir yang bangunan yang besar dan rumit atau
penambahbaikan lain. Selain itu, lukisan seni bina dan spesifikasi yang biasanya hanya
menentukan prestasikehendak yang perlu dipenuhi oleh kontraktor, bukan khusus reka
bentuk projek di bawah dokumen kontrak diterbitkan oleh Amerika Institut Arkitek
(AIA), ‘shop drawing’ bukan sebahagian daripada kontrak dokumen.
7.1.2Ulasan dan Kelulusan ‘shop drawing’
Pemilik kontraktor dan reka bentuk profesional semua mempunyai
tanggungjawab tertentu dan liabiliti berkenaan dengan ‘shop drawing’.Kesilapan yang
ditemui di ‘shop drawing’sering membawa kepada yang tidak diduga atau yang tidak
diingini hasil pembinaan dantuntutan undang-undang yang ketara terhadap arkitek,
jurutera dankontraktor.Pemilik projek jarang memikul tanggungjawab langsung untuk
‘shop drawing’.
Walau bagaimanapun, pemilik boleh bertanggungjawab kerana tindakan arkitek
atau jurutera yang bertindak sebagai ejen bagi pemilik.Kontraktor itu mempunyai
tanggungjawab untuk mengkaji semula dan meluluskan ‘shop drawing’sebelum
mengemukakannya kepada reka bentuk profesional untuk ulasan lanjut dan kelulusan.
Tujuan kajian kontraktor ‘shop drawing’ ialah untuk menyelaraskan perdagangan
dan mengesahkan bahawa projek boleh dibina seperti yang dikehendaki dengan
dokumen-dokumen kontrak.Kontraktor mengesahkan dimensi ‘shop drawing’ berkaitan
dengan ‘shop drawing’ lain dan pelan. Kontraktor membuat nota khas semakan selain
daripada yang diminta oleh reka bentuk profesional. ‘Shop drawing’ tidak sepatutnya
menjadi satu cara untuk mencadangkan perubahan dari pelan seni bina. Jika perubahan
atau penyelewengan daripada rancangan diperlukan, perintah perubahan bertulis perlu
dilaksanakan.
Reka bentuk professional tanggungjawab adalah untuk mengkaji dan meluluskan
‘shop drawing’ bagi memeriksa pematuhan dengan maklumat yang diberikan dan
konsep reka bentuk yang dinyatakan di dalam dokumen kontrak dan bukan untuk
menentukan ketepatan dan kesempurnaan butiran seperti dimensi dan kuantiti atau
arahan yang menyokong untuk pemasangan.
7.1.3 Kesimpulan
Proses ‘shop drawing’menimbulkan risiko yang mesti diuruskan dengan berhati-
hati kerana masalah semasa kajian boleh membawa kepada pemasangan yang tidak betul
dan kelewatan. Kontraktor yang profesional dalam reka bentuk boleh mengurangkan
liabiliti dengan mempunyai kontrak yang jelas bahasa yang menggambarkan tujuan yang
tepat dan batasan kajian semula dan kelulusan ‘shop drawing’. Penjadualan yang betul
kajian ‘shop drawing’ adalah pentinguntuk memastikan pemulihan yang tepat pada
masanyadan untuk mengelakkan tuntutan kelewatan.
8.1 USER BUSINESS SYSTEM
8.1.1 PENGENALAN
UBS merupakan perisian perakaunan yang popular di Malaysia dan di Negara-
negara lain seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina dan negara-negara lain.
Kegunaan Sistem Perkaunan UBS ialah untuk tujuan perakaunandan menghasilkan
laporan-laporan perniagaan dan penyata pendapatan dengan menggunakan software
UBS.
UBS Stock Control adalah sistem yang kuat, cekap dan tepat dengan keupayaan
untuk mengekalkan tahap optimum inventori.Sistem ini boleh mengintegrasikan dengan
Sistem Perakaunan UBS, untuk menyediakan fungsi-fungsi perakaunan yang luas dan
dapat mengintegrasikan untuk UBS Sistem Titik Jualan, untuk mengawal semua
pergerakan inventori berkesan.
UBS Stock Control boleh disepadukan untuk UBS Perakaunan.UBS Stock
Control adalah sistem masa nyata yang mengemaskini stok anda dengan segera selepas
kemasukan.Ia juga melakukan sebagai sistem invois di mana anda boleh mencetak
invois dan pesanan penghantaran. R & D yang meluas sejak beberapa tahun lalu telah
meningkatkan keberkesanan sistem. Satu Rang Undang-undang yang mudah lagi
berkuasa modul bahan telah dimasukkan untuk meningkatkan sistem.
Matlamat UBS ialah untuk memberikan kefahaman yang sistematik. Sistem ini
menyediakan penyelenggaraan garis saham di tangan, resit, isu-isu, jualan (diproses
melalui sistem bil) dan pemindahan.
UBS Computerised Accounting System melakukan proses penyimpanan rekod-rekod
kewangan dan laporan-laporan kewangan, dimana ia biasa ditemui dalam operasi merekod akaun
secara manual. UBS ialah satu perisian perakaunan berkomputer yang komprehensif kerana bentuk
perisiannya yang sesuai untuk semua jenis perniagaan.UBS Computerised Accounting System ialah
satu pakej penyelesaian kewangan yang fleksibel. UBS membolehkan kita untuk membina dan
mengekalkan keseluruhan set akaun.
Satu siri komprihensif laporan disediakan untuk menganalisis pergerakan
saham, untuk menyediakan satu sejarah transaksi untuk tujuan audit dan analisis
permintaan dan lain-lain. Antara laporan disediakan:-
a. Titik Jualan (Point of Sales)
b. Pesanan Pembelian (Purchase Order)
c. Perintah Penerimaan(Received Order)
d. Pemiutang (Creditors)
Inventori (Inventory)
Pertanyaan(Inquiries)
Bil (Billing)
Penghutang (Debtors)
Jualan (Sales)
8.1.2 TUJUAN UBS STOCK CONTROL
Tujuan UBS diperkenalkan ialah untuk mendaftar semua stor yang terdapat di
HQ dan cawangan-cawangan lain, merekod penerimaan barang mengikut stor yang
terlibat dan pengeluaran barang daripada stor. Selain itu, ia juga dapat mengemaskini
maklumat stor serta merekod paras minima dan mengetahui baki terkini stor. Dengan
adanya sistem ini, kehilangan barang-barang di stor akan dapat dielakkan dan
memudahkan pengawalan barang-barang di stor.
8.1.3 CARTA ALIR PENGGUNAN UBS
LOG IN UBS
clickUBS select type UBSat the password click OK
TO CREATE ITEM, SUPPLIER AND CUSTOMER CODE AND NAME
Click MAINTENANCE
ITEM MAINTENANCE
9.1 PROSES TENDER
9.1 PENGENALAN
Di Malaysia, amalan yang biasa diamalkan ialah klien menawarkan sesuatu
projek pada kelompok kontraktor dimana kontraktor tersebut masing-masing akan
menyediakan kos yang paling optimum dan keputusannya adalah terletak kepada klien
untuk memilih kontraktor yang layak. Apabila tender dari sesebuah kontraktor itu
diterima oleh klien, maka wujudlah ikatan yang dinamakan kontrak antara kontrak yang
dipilih oleh klien.
Tender ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk
melakukan kerja disamping mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkenaan.
Menurut March (2003) pula, proses menender merupakan proses taktikal bagi pemilihan
satu-satu pihak bagi membekal suatu perkhidmatan, produk atau item kerja. Tanpa
menghiraukan mekanisme pemilihan, proses tawaran dan penerimaan perlu ada di dalam
Masukkan ITEM NO, ITEM DESCRIPTION, UNIT MEASURE, UNIT COST PRICE dan QUANTITY
tender.Ia merupakan satu proses bertaktik sebagai keputusan yang strategik terhadap
suatu pihak serta skop kerja yang telahpun dikenalpasti.
Tender merupakan proses utama yang dilakukan oleh klien untuk mendapatkan
kontraktor yang layak. Pemilihan kontraktor biasanya dibuat melalui pertandingan yang
melibatkan perbandingan antara perkara tertentu seperti harga dan masa pembinaan.Ini
adalah antara faktor utama pemilihan kontraktor selain reputasi serta pengalaman
kontraktor tersebut.
Tender merupakan suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang bagi
mendapatkan persetujuan daripada pihak tertentu.Sesuatu tender merangkumi beberapa
peringkat, tatacara dan prosedur yang berkenaan.Ia melibatkan proses dokumentasi,
proses pemilihan dan penilaian kontraktor dan proses untuk menentukan harga kontrak
terbaik yang boleh dipersetujui serta masa penyiapan yang paling relevan untuk
menyiapkan sesuatu projek pembinaan. Tender boleh diringkaskan sebagai satu sistem
untuk memilih kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja kontrak pembinaan. Menurut
Marsh (2003), prosedur spesifik yang diadaptasi bagi sesuatu proses tender akan
bergantung kepada ciri-ciri berikut :-
(i) Jenis pentenderan yang akan dibuat
(ii) Bilangan petender yang dipilih
(iii) Keadaan kontrak
(iv)Sama ada proses yang melibatkan peringkat tunggal atau dua peringkat
(v) Pertanggungjawab yang diperlukan
(vi)Nilai jangkaan tender
(vii) Lokasi tender
(viii) Mekanisme pemilihan
Secara umumnya, tujuan utama proses menender adalah untuk memilih seorang
kontraktor yang benar-benar berkelayakan dan bagi mendapatkan satu tender yang boleh
dipersetujui dan diterima oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
9.2 JENIS TAWARAN
Terdapat beberapa jenis tender yang dipraktikkan di Malaysia. Antara yang
sering diamalkan ialah tender terbuka, tender terpilih dan tender perundingan. Setiap
jenis tender mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan pelaksananannya
adalah bergantung kepada kesesuaian dalam proses menender. Pemilihan jenis tender
dalam sesuatu projek pembinaan banyak bergantung kepada beberapa faktor utama
seperti saiz projek, lokasi pembinaan, kesesuaian dengan masa serta kos yang
diperuntukkan, pengalaman dan sebagainya.
9.2.1 TENDER TERBUKA
Tender jenis initerbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor atau pembekal
yang berdaftar dengan Kementerian kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) bagi kerja.
Tender terbuka sering dilamalkan dalam industri pembinaan di Malaysia untuk
memilih kontraktor yang berkelayakan dan untuk melaksanakan suatu pembinaan yang
dirancang.Persaingan secara tender terbuka adalah lebih adil dan dapat menjamin harga
tender yang ditawarkan mengikut pasaran semasa.Klien akan mengiklankan tawaran
dalam akhbar-akhbar tempatan untuk menjemput kontraktor yang berminat menawarkan
harga yang munasabah bagi projek tersebut.
Di dalam iklan tawaran,akan disebut tentang skop kerja yang ditawarkan dan isu-
isu yang penting berkaitanprojek yang akan dijalankan yang perlu diberi perhatian oleh
pihak kontraktor.Iklan bagi tender terbuka juga mencakupi rangka yang terperinci
tentang jenis, ukuran, program dan sifat utama kerja atau projek.Petender akan
dikenakan sejumlah wang tertentu untuk membeli dokumen tender tersebut dan
dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar pada tarikh dan tempat yang telah
ditetapkan.
Penawaran harga oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran kasar
sesebuah pembinaan berdasarkan pengalaman kontraktor itu sendiri.Harga ini
termasuklah harga bahan binaan,gaji pekerja, bayaran untuk sub-kontraktor, kerja
sampingan dan keuntungan. Harga tender yang diserahkan itu merupakan tawaran yang
muktamad tanpa ada apa-apa perundingan dan tawar-menawar dengan pihak
klien.Semua kontraktor yang berkelayakan boleh mencuba nasib mereka untuk
memenangi tender tersebut kerana klien tidak terikat untuk memilih mana-mana
pentender yang menawarkan harga yang rendah.
Tujuan tender jenis ini adalah untuk membolehkan klien mendapatkan seorang
kontraktor yang menawarkan harga yang paling minimum bagi suatu projek pembinaan
tanpa menjejaskan mutu kerja dan bahan binaan.Walaupun begitu, harga yang paling
rendah tidak semestinya harga yang paling baik pada pandangan klien. Dalam tender ini,
klien yang diwakili oleh perunding arkitek, jurutera dan juru ukur bahan akan membuat
pelawaan kepada kontraktor untuk menender di akhbar-akhbar.
Tender terbuka mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan jenis-jenis
tender lain. Tender terbuka memberi peluang yang samarata kepada semua kontraktor
yang baru mendaftar dan kurang pengalaman. Ini kerana pemilihan adalah berdasarkan
harga yang ditawarkan oleh setiap kontraktor. Di samping itu,ia juga tidak memerlukan
kemahiran dan kelayakan yang khusus. Tender jenis ini juga tidak menggalakkan
manipulasai dan pakatan harga di antara kontraktor yang memasuki tender. Tender jenis
ini bersifat kompetitif dan ini juga boleh mewujudkan persaingan yang sihat diantara
kontraktor yang terlibat dan kebaikan kepada klien pula adalah dari segi aspek pemilihan
kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling munasabah.
Tender terbuka tidak sesuai untuk projek yang memerlukan penyepian
segera.Kos projek mungkin akan meningkat disebabkan mutu kerja yang dihasilkan
kurang berkualiti disebabkan harga tawaran yang terlalu rendah. Ini adalah amat berisiko
keran kontraktor mungkin akan membuat tuntutan yang tidak munasabah untuk
mengelakkan kerugian.
Tender jenis ini jarang dipraktikkan oleh pihak swasta.Ini adlah kerana proses
yang panjang diperlukan bermula daripada peringkat penyediaan dokumen,
mengiklankan, penyediaan lukisan spesifikasi sehinggalah kepada proses penilaian dan
pemilihan kontraktor yang layak yang mana berlaku pembaziran wang dan masa.
Selain itu, tender terbuka kurang mengalakkan penggunaan alatan moden kerana
projek yang biasanya terlibat dengan tender terbuka adalah berkos rendah dan
sederhana. Kesukaran memilih kontraktor yang layak juga menjadi satu masalah bagi
pihak klien kerana ia melibatkan jumlah yang agak besar dan membazir masa dan wang
bagi kedua-dua pihak iaitu kontraktor dan klien.
9.2.2 TAWARAN TERHAD DAN TERTUTUP
Tender yang terpilih adalah tender yang hanya dikemukakan kepada kontraktor-
kontraktor yang telah dipilih oleh klien. Ini bermakna jumlah kontraktor yang boleh
memasuki tender untuk tender jenis ini adalah kecil tetapi kontraktor ini dipilih
berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang luas dalam sesuatu bidang. Kontraktor
yang berpengalaman luas dan mempunyai kemahiran tertentu yang bersesuaian akan
dikenalpasti terlebih dahulu dan hanya mereka sahaja yang akan dipelawa untuk
menyertai tender. Bilangan kontraktor terpilih biasanya kecil iaitu antara 5 hingga 8
orang.Persaingan juga berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil. Melalui sistem tender ini,
pemilihan kontraktor binaan dan kelayakannya. Terdapat dua cara menyenaraikan
kontraktor yang biasa diamalkan iaitu:
1. Perunding bagi pihak klien akan menyenaraikan nama-nama kontraktor yang
layak. Tender hanya akan ditawarkan kepada nama kontraktor yang termasuk
dalam senarai tersebut. Kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah dan
rendah biasanya akan dipilih.
2. Proses yang telah diterangkan dalam “Kod Peraturan Pemilihan”.
Tender terpilih mengurangkan risiko kegagalan pembinaan dan mengurangkan kos
penyediaan dokumen tender. Ia amat sesuai bagi kerja-kerja khas yang memerlukan
kemahiran tertentu. Projek dapat disiapkan dengan baik kerana kontraktor yang
berpotensi, bereputasi tinggi serta yang benar-benar layak telah dipilih di peringkat awal
lagi.
Sistem tender terpilih juga tidak dapat lari dari kekurangannya iaitu tidak semua
kontraktor yang baru berdaftar dan kurang pengalaman kerana ia terhad untuk kontraktor
yang mahir serta berpengalaman. Salah satu masalah yang sering timbul apabila
mengamalkan tender jenis ini ialah terdapatnya pakatan harga di antara kontraktor yang
disenaraikan. Klien tidak mempunyai pilihan lain jika semua kontraktor meletakkan
harga yang tinggi dari kos yang ditaksir dari anggaran kasar, maka pemilihan terpaksa di
buat ke atas kontraktor yang menawarkan harga yang paling rendah antara kontraktor
tetapi lebih tinggi dari kos asal. Biasanya kes ini berlaku jika kontraktor itu mengenali
antara satu sama lain.
Tender terhad hanya boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan khas
Perbendaharaan Malaysia sebelum ianya dilaksanakan. Tawaran terhad biasanya terbuka
kepada semua kontraktor yang termasuk di dalam kategori yang telah dinyatakan dalam
iklan tawaran. Contohnya tawaran terhad kepada kontraktor bumiputera sahaja.
9.2.3 TAWARAN PERUNDINGAN
Dalam tender perundingan, klien akan menghantar surat kepada kontraktor
tertentu untuk menjemput kontraktor tersebut menyediakan rangka perbelanjaan bagi
projek yang dirancangkan. Klien akan berunding dengan seorang kontraktor secara
langsung mengenai projek pembinaan yang akan dilaksanakan sebelum memilih
kontraktor yang bersesuaian melalui tender perundingan. Biasanya klien akan
menjemput kontraktor yang mempunyai reputasi dan rekod yang baik yang diketahui
latar belakang projek yang terlibat serta semestinya berkemahiran.
Biasanya, kos yang ditawarkan oleh kontraktor adalah lebih tinggi jika
dibandingkan dengan jenis-jenis tender yang lain. Ini kerana kontraktor akan terlibat
secara langsung dari peringkat awal kitaran hidup projek pembinaan sehinggalah ke
peringkat penyerahan projek kepada klien. Klien akan diberi penerangan yang jelas dan
terperinci mengenai kesesuaian rekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi yang
digunakan secara cara binaan yang maksimumkan keuntungan sesuatu projek
pembianaan. Namun begitu, kos bagi membiayai proses tender adalah murah
memandangkan klien telah pun mempunyai kontraktor pilihan yang dirasakan layak
tanpa perlu melibatkan jemputan untuk menender yang mengambil masa yang panjang
dan tanpa melibatkan kontraktor yang ramai. Terdapat dua jenis tender perundingan
yang biasa dijalankan:
1. Tender yang diambil oleh kontraktor antarabangsa
Tender ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar, berteknologi
tinggi dan memerlukan kepakaran yang sangat khusus. Contohnya adalah
pembinaan lapangan terbang antarabangsa, empangan hidroelektrik, bangunan
pencakar langit dan sebagainya. Satu jemputan tawaran akan dikeluarkan iaitu
antara kontraktor antarabangsa yang terlibat. Tujuanya adalah memberi
kemudahan kepada klien untuk berhubung dengan kontraktor bagi mengetahui
keupayaan dan kebolehan sebenar kontraktor bagi menjalankan projek tersebut.
Kemudian, tawaran yang dihantar akan ditapis dan boring tawaran tender akan
diberikan kepada kontraktor yang layak.
2. Tawaran oleh firma arkitek
Dalam tender jenis ini, boring tawaran hanya dikeluarkan kepada sejumlah kecil
kontraktor yang terpilih atau telah menjadi anak syarikat. Segala keperluan dan
perbelanjaan akan dibincangkan bersama antara kontraktor terlibat dengan firma
arkitek yang dilantik dan keputusannya adalah bergantung kepada arkitek yang
bertanggungjawab.
Secara umumnya, tender perundingan membolehkan perbincangan diadakan
antara pihak klien dan kontraktor bagi mendapat kos yang sesuai selain kontraktor dapat
memberi nasihat tentang rekabentuk, teknologi, bahan, cara pembinaan dan sebagainya.
9.2.4 TENDER PRAKELAYAKAN
Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-konbtraktor
supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara
pengurusan bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di
dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas
Perbendaharaan Malaysia. Secara amnya, tender prakelayakan adalah agak sama dengan
tender terbuka. Perbezaanya Cuma kontraktor yang akan dipilih adalah kontraktor yang
mempunyai latarbelakang yang kukuh dan rekod yang baik sahaja akan dipilih
berbanding tender terbuka di mana semua kontraktor mempunyai kelayakan yang
sepatutnya iaitu mempunyai kepakaran kerja, modal pusingan yang cukup dan
kemahiran dalam bidang tertentu, satu boring tawaran akan diberi kepada kontraktor
yang memohon. Dalam borang tawaran ini kontraktor dikehendaki memberi maklumat
tentang kenyataan kewangan dan pengurusan untuk memastikan latar belakan diketahui
dengan jelas oleh klien.
Notis tawaran tender prakelayakan juga sama dengan tender terbuka iaitu dibuat
dengan menyatakan skop kerja dan tarikh tawaran dan butir-butir lain mengenai projek
yang akan dijalankan. Tambahannya, adalah klien selalunya menetapkan jangka masa
pembinaan bagi projek tersebut.Selain itu, notis tawaran juga berkehendakkan
kontraktor membuat pembayaran tertentu bagi menjamin semua kontraktor yang
memasuki tawaran adalah ‘bona fide’.
9.3 DEPOSIT TENDER
Pembekal atau kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan Kementerian
Kewangan dikecualikan dari mengemukakan deposit tender. Bagi tender antarabangsa,
pretender asing diperlukan mengemukakan deposit tender bernilai antara RM62,500
bagi tawaran kurang dari RM5 juta sehinggan deposit bernilai RM1 juta bagi tawaran
bernilai RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender kerja, petender
dikehendaki mengemukakan deposit tender bernilai RM50,000 bagi kontrak di bawah
RM10 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi kontrak kerja yang bernilai RM100
juta. Deposit tender adalah dikecualikan bagi tender tempatan. Bagi tender antarabangsa,
deposit tender hendaklah dikenakan seperti berikut:
ANGGARAN NILAI TENDER JUMLAH DEPOSIT TENDER
Hingga RM 5 juta RM 62,500
Melebihi RM 5 juta sehingga RM 10 juta RM 187,500
Melebihi RM 10 juta sehingga RM 20 juta RM 375,000
Melebihi RM 20 juta sehingga RM 30 juta RM 625,000
Melebihi RM 30 juta RM 1 juta
Deposit tender bekalan/perkhidmatan
ANGGARAN NILAI TENDER JUMLAH DEPOSIT TENDER
Hingga RM 10 juta RM 50,000
Melebihi RM 10 juta sehingga RM 20 juta RM 150,000
Melebihi RM 20 juta sehingga RM 50 juta RM 350,000
Melebihi RM 50 juta sehingga RM 100
juta
RM 750,000
Melebihi RM 100 juta RM 1 juta
Deposit tender kerja
Bagi pretender tempatan yang mendapat pengecualian daripada pendaftaran,
deposit tender hendaklah dikenakan sebanyak 2.5 % daripada harga tawarannya atau
maksimum RM 10,000. Semua deposit tender hendaklah dalam bentuk draf bank atau
jaminan bank.
Oleh kerana pentender tempatan tidak dikenakan deposit, sekiranya kontraktor
menolak tawaran setelah tawaran dibuat kepadanya dalam tempoh sah laku tawaran
berkenaan, tindakan penggantungan pendaftaran akan diambil terhadap mereka.
Kontraktor tersebut akan digantung oleh Perbendaharaan daripada mengambil bahagian
dalam tender kerajaan selama dua tahun bagi kesalahan pertama dan lima tahun bagi
kesalahan kedua. Untuk kesalahan ketiga, pendaftaran syarikat berkenaan akan
dibatalkan, seterusnya nama pemilik modal atau ahli Lembaga Pengarah
disenaraihitamkan.
Dalam pelawaan tender hendaklah disyaratkan bahawa bagi mereka yang
dikenakan bayaran deposit tender, jika pentender enggan menandatangani sesuatu
kontrak selepas tendernya disetuju terima atau menarik balik tendernya sebelum
keputusan dibuat, maka deposit tendernya akan dirampas. Ini adalah bagi memastikan
bahawa pentender benar-benar serius dalam menender sesuatu bekalan, perkhidmatan
atau kerja. Deposit tender bagi pentender yang tidak Berjaya hendaklah dipulangkan
setelah tender itu disetuju terima oleh pentender yang berjaya atau selepas tamat tarikh
sah laku tender. Deposit pentender yang berjaya akan dikembalikan selepas bon
perlaksanaan diterima.
Sebelum sesuatu kontrak bekalan atau perkhidmatan yang nilainya melebihi RM
50,000 tetapi tidak melebihi RM 500,000 disempurnakan, kontraktor yang Berjaya
hendaklah memberi Bon Perlaksanaan sebanyak 2.5% daripada jumlah harga kontrak.
Bagi kontrak yang melebihi RM500,000 pula, Bon Perlaksanaan yang diperlukan ialah
sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak.
Untuk kontrak bekalan atau perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa selama
dua tahun atau lebih, peratus Bon Perlaksanaan hendaklah dikira mengikut harga
anggaran kontrak bagi setahun sahaja dan tidak daripada keseluruhan harga
kontrak.Walaubagaimanapun, tempoh tamat Bon Perlaksanaan tersebut hendaklah
meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.
9.4 PROSES MEMASUKI TENDER JKR OLEH KONTRAKTOR
Terdapat beberapa prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh kontraktor sebelum
iadapat bertanding untuk memperolehi tender tersebut iaitu iklan, mengisi dokumen
tender dan menghantar dokumen tender sebelum tarikh tutup.
9.5 IKLAN
Apabila mempelawa tender, publisiti yang seluas-luasnya hendaklah dibuat
supaya semua pembekal yang ‘bona fide’berpeluang untuk meyertai tender dan dengan
yang demikian membolehkan kerajaan memperolehi tawaran yang terbaik.Tender
tempatan hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurang satu akhbar harian utama
berbahasa Melayu.Walaubagaimanapun, untuk tender antarabangsa, sekurang-
kurangnya di dalam dua akhbar, di mana satu berbahasa Melayu dan satu berbahasa
Inggeris pemberitahuan juga dihantar kepada kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi negara-
negara yang sesuai dan boleh mengambil bahagian di dalam tender tersebut. Bagi tender
yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan, iklan tender juga akan dipaparkan di
dalam laman web BPPK. Pentender diberi tempoh tidak kurang dari 21 hari bagi tender
tempatan.Bagi tender antarabangsa, tempoh tersebut adalah tidak kurang dari 56 hari.
Walaupun publisiti meluas digalakkan bagi urusan tender, pertimbangan
sewajarnya mengenai kos iklan hendaklah juga diambilkira. Sekiranya kontraktor yang
berkelayakan di bawah satu-satu bidang adalah diketahui tidak melebihi lima kontraktor,
iklan tidak perlu dibuat. Dalam hal demikian, kelulusan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
Setelah mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada kontraktor yang diluluskan
hendaklah dihantar melalui surat berdaftar. Iklan tender dikeluarkan pada setiap minggu
iaitu pada hari Isnin dan Khamis di dalam akhbar-akhbar tempatan iaitu bagi projek
yang melebihi RM 100,000. Bagi projek yang nilai tendernya kurang RM 100,000, sebut
harga akan dipamerkan pada papan kenyataan jabatan.
Kontraktor yang ingin memasuki tender perlu menyemak keperluan kerja,
kelayakan kelas, kepala dan subkepala serta masa dan tempat kepala.Juga perlu
dipastikan tarikh tutup tawaran serta jumlah wang cagaran dan wang tebusan.
Di samping keperluan di bawah Arahan Perbendaharaan bagi publisiti tender,
kenyataan tender hendaklah juga menyatakan bahawa dokumen tender hendaklah
dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan dituliskan rujukan tertentu supaya boleh
dikenali sebelum ianya dibuka. Waktu tender ditutup bagi penerimaan hendaklah
ditetapkan pada jam 12.00 tengahari pada hari bekerja.
9.6 DOKUMEN TENDER
a. Antara kandungan yang patut ada di dalam suatu tender ialah
b. Arahan kepada penender
c. Spesifikasi-spesifikasi
d. Borang-borang tender
e. Surat Setujuterima
f. Syarat-syarat tender
g. Terma-terma kontrak
h. Bills of Quantities/Ringkasan tender
i. Jadual Kadar Harga
j. Lukisan teknikal serta pelan
k. Cadangan-cadangan pemindahan teknologi
l. Prestasi/Track record
m. Profail/Kedudukan kewangan petender
n. Perkara-perkara lain yang berkaitan
9.7 PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER
9.7.1 PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
i. Sediakan dokumen berasingan untuk perincian teknikal dan harga.
ii. Tawaran perlu dikemukakan dalam sampul yang berasingan dan berlakri serta
kedua-dua sampul perlu dimasukkan ke dalam satu bungkusan.
iii. Syarat wajibnama syarikat dan harga tidak dicatat dalam dokumen tawaran
teknikal.
9.7.2 PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER KERJA
a) Perlu menggunakan Borang JKR Siri 203 untuk tender kerja secara
konvensional, Borang PWD DB/T untuk projek yang dilaksanakan
secaraTurnkey atau Design and Build.
b) Borang JKR Siri 203 digunakan bagi projek yang dibiayai oleh peruntukan asing
setelah dipersetujui.
c) Memasukkan peruntukan Seksyen 34(2) Akta CIDB 1994 (Akta 520) berkaitan
levi sebanyak 0.125% bagi tender kerja melebihi RM500,000 bagi petender yang
berjaya.
9.7.3 PENGURUSAN TENDER-TENDER KERAJAAN.
Setiap jabatan dikehendaki mengikuti garis panduan yang berikut untuk menggelakkan
kelewatan pengurusan tender-tender kerajaan.
I. Sebelum satu-satu tender itu diambil, satu carta (jadual) hendaklah diadakan bagi
menunjukkan anggaran masa untuk tiap-tiap peringkat dari tarikh tender ditutup
hingga keputusan dibuat.
II. Penilaian tender hendaklah dilakukan dengan segera dan tidak melewati tempoh
yang ditetapkan di dalam carta (jadual).
III. Lembaga Tender hendaklah bersidang dalam tempoh 2 minggu selepas penilaian
tender selesai.
IV. Keputusan sesuatu tender itu hendaklah dilampirkan kepada penender yang
berjaya menurut carta (jadual) yang ditetapkan.
V. Di mana sesuatu tender itu perlu dirujuk kepada Perbendaharaan untuk
keputusan, rujukan tersebut hendaklah sampai kepada Perbendaharaan dalam
tempoh 7 hari selepas keputusan Lembaga Tender.
9.8 MENGISI DOKUMEN TENDER
Cara mengisi sesuatu boring tender adalah penting untuk menjamin Dokumen
Tender dari kontraktor tersebut sah dan layak memasuki tender.Kontraktor hendaklah
membuat perkiraan awal sendiri untuk dibandingkan dengan ‘quotation’ dari JKR dan
seterusnya dapat memberikan harga yang kompetitif. Bagi dokumen tender yang
menggunakan senarai kuantiti (BQ), hendaklah dipastikan kadar harga dan mendarabkan
kuantiti dengan betul.
Kesilapan yang kecil sekalipun seperti mengisi jenama peralatan tidak seperti
yang dihargakan adalah perlu dielakkan.Kontraktor juga perlu memastikan jumlah
senarai kuantiti atau ringkasan tawaran dipindahkan dengan betul ke Ringkasan Tender
dan seterusnya ke Borang Tender.Akhir sekali, kontraktor perlu mencatatkan harga
tender, tempoh kerja dan kemudiannya menandatangani Borang Tender.
Dokumen Tender akan dijual mulai tarikh iklan tender tersebut dibuat di dalam
akhbar tempatan. Hanya kontraktor atau pembekal yang memenuhi syarat-syarat
pendaftaran dalam bidang yang berkenaan dibenarkan membeli Dokumen Tender
tersebut.Bagi tender antarabangsa, pengecualian diberikan dari syarat-syarat keperluan
pendaftaran.
9.9 PENUTUPAN TENDER
Tender mahupun sebut harga yang diterima tanpa dibuka hendaklah dimasukkan
ke dalam peti tawaran berkunci. Peti tawaran hendaklah ditanda tarikh dan waktu peti
akan dibuka. Dua kunci yang berbeza bagi peti tawaran hendaklah diadakan dan anak
kunci dipegang secara berasingan oleh dua orang pegawai kanan Jabatan
berkenaan.Keselamatan peti tawaran hendaklah sentiasa dijaga.
Biasanya tempoh antara penyediaan tender hingga penutupan tender adalah
minima antara 21 hari. Namun tempoh ini akan lebih lama jika membabitkan projek
yang lebih besar kosnya. Sebelum menghantar sesuatu dokumen tender itu, kontraktor
hendaklah menyemak pada iklan tarikh tutup dan tempat mengemukakan tender kerana
ia mungkin berbeza dengan tempat membeli tender. Kontraktor juga perlu memastikan
tajuk dan nombor projek dicatatkan di luar sampul surat tender.
Borang Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang bertulis tajuk projek
berkenaan sebelum pukul 12 tengahari. Begitu juga jika boring tersebut dihantar melalui
mel udara. Penghantaran boring tender selepas masa dan tarikh tersebut tidak akan
dilayan. Satu lagi perkara penting dalam menghantar Borang Tender adalah elakkan
menggabungkan 2 tender dalam 1 sampul walaupun kedua-dua tender tersebut
mempunyai tarikh tutup yang sama kerana projek yang berlainan mempunyai peti yang
berbeza dan dalam kes ini kerugian adalah bagi pihak kontraktor itu sendiri.
9.10 KONTRAK
Kontrak ialah satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk
menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Ianya merupakan satu persetujuan
bertulis berdasarkan perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang
mengikat kedua-dua belah pihak yang berkontrak yang terlibat iaitu klien dan
kontraktor.
Kontrak merupakan elemen yang sangat penting dalam industry pembinaan
kerana terdapatnya proses kerjasama antara pelbagai pihak bagi mewujudkan tujuan
persetujuan yang dipersetujui. Dalam projek-projek kerajaan, jika didapati perlu atau
sesuai untuk mengadakan satu kontrak formal, kontrak itu hendaklah dibuat atas nama
Kerajaan dan ditandatangani oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta Kontrak Kerajaan
1949.
Sebelum sesuatu kontrak kerja dimulakan, kontraktor hendaklah mengemukakan
Bon Perlaksanaan sebanyak 5% daripada keseluruhan kontrak. Bon Perlaksanaan yang
dikemukakan hendaklah dalam bentuk jaminan dari bank berlesen di bawah akta Bank
dan Institusi Kewangan 1989 yang menjalankan perniagaan di Malaysia atau Jaminan
Insurans hendaklah bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM1 juta. Bagi nilai
melebihi RM1 juta, jaminan hanya boleh dikemukakan dalam bentuk Jaminan Bank
sahaja.
Jenis-jenis kontrak yang biasa dipraktiskan di Malaysia mempunyai 4 jenis iaitu
kontrak ‘Lump Sum’ (Gumpalan), konrak ‘Measure & Value’ (Ukur & Nilai), kontrak
‘CostReimursement’ (Kos Pembayaran Ganti) dan kontrak Turnkey.
9.10.1 KONTRAK LUMP SUM
Kontrak Lump Sum boleh dilaksanakan dalam tiga cara. Pertamanya berdasarkan
kepada lukisan spesifikasi yang disertakan dengan spesifikasi.Biasanya kontrak ini
digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan lukisan spesifikasi
yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan ukuran yang tepat.Ini
menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.
Kontrak Lump Sum berdasarkan lukisan dan senarai bahan digunakan untuk
projek-projek yang bernilai lebih RM 1 juta.Dengan menggunakan kaedah pengukuran
yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang terlibat dapat
merasai keadilan. Jenis kontrak seperti ini juga kan memudahkan pembayaran kemajuan
kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai.
Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga pula
digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan
kebanyakan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga kadangkala
digunakan dalam kerja penyeleggaraan bangunan. Menurut Saidin (1998), kontrak Lump
Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum yang boleh dibahagi kepada dua
kategori:-
I. Kontrak Fixed Price – merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di
dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh diubah setelah kontrak
ditandatangani
II. Kontrak Firm Price – boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh
mengubah jumlah besar kontrak tersebut
9.10.2 KONTRAK MEASURE AND VALUE
Kontrak jenis ini secara khususnya digunakan bagi bangunan-bangunan yang
besar serta perlu dirahsiakan daripada pengetahuan masyarakat kedudukan bahagian-
bahagian tertentu di dalam bangunan tersebut, misalnya ialah penjara dan institusi
kewangan atau bank kerana factor keselamatan.Pembinaan dilakukan secara tepat di
mana tiada penyediaan lukisan spesifikasi yang setara dan senarai bahan bagi tujuan
perlaksanaan.
Masalah yang biasa di dalam kontrak jenis ini adalah dari aspek menentukan
harga perbelanjaan sebenar khususnya pada peringkat permulaan kerja.Tawaran projek
adalah secara sementara atau dikenali juga sebagai provisional.Bayaran hanya dibuat
setelah kontraktor yang terlibat memulakan kerja-kerja yang telah disiapkan.
Pengubahsuaian kontrak biasa berlaku dan bahagian yang dimaksudkan itu adalah:-
(i) Lukisan, spesifikasi kerja dan jadual kadar harga – pembayaran dilakukan
mengikut jadual yang telah dipersetujui terlebih dahulu antara pihak klien dan
kontraktor
(ii) Lukisan, analisa kos dan spesifikasi kerja – pembayaran bagi projek adalah
berpandukan pada projek-projek lain yang setara iaitu mempunyai fungsi dan
bentuk fizikal yang agak sama
9.10.3 KONTRAK COST REIMBURSEMENT
Kontrak Cost Reimbursement kadangkala juga dikenali sebagai Kontrak Cost
Plus. Secara umumnya, kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama
iaitu:-
I. Wang Kos Prime + Yuran Tetap
II. Wang Kos Prima + Peratus Yuran
III. Wang Kos Prima + Yuran Sasaran
Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan
manakala Wang Kos Prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos pekerja
dan kos peralatan atau jentera dan juga alat-alat sampingan di dalam pembinaan projek
berkenaan.
Biasanya, kos pengurusan dan keuntungan telah dipersetujiu terlebih dahulu dalam
bentuk sejumlah peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan.
Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu
disiapkan cepat. Oleh sebab itu, para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan
jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa
menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang paling minimum.
Yuran sasaran adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor
dengan juru ukur bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani. Kadar
tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor tersebut
dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan dengan
memuaskan.Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba
untuk menyiapkan projek berkenaan. Sebelum kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh
kedua-dua pihak, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian serius iaitu:-
(i) Angka atau jumlah harga anggaran
(ii) Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih
tinggi daripada harga anggaran
(iii) Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan
kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran
9.10.4 KONTRAK TURNKEY
Dalam kontrak turnkey , pihak klien menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab
penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti
pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu
organisasi atau perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta
mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta
kemahuan pihak kerajaan yang bertindak sebagai klien.
Kebaikan menggunakan pendekatan turnkey adalah dapat mengurangkan
penglibatan klien secra langsung mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan masalah
teknikal, kecepatan dan pengawalan kos pembinaan secara keseluruhan. Penyediaan
awalan, iaitu merekabentuk serta kerja-kerja pengurusan bagi pengurusan bagi projek-
projek besar yang sulit lagi komplek adalah satu tanggungjawab yang amat besar dan
memakan masa yang agak lama. Menurut Uzairi (1998), terdapat dua factor yang
menyebabkan konsep turnkey diketengahkan iaitu:-
I. Keperluan dan pemintaan serta desakan yang semakin meningkat
terhadap projek-projek yang sedia dalam perancangan daripada pihak-
pihak tertentu
II. Kekurangan dari segi kepakaran teknikal serta sumber tenaga kerja
9.11 KESIMPULAN
Dalam industri pembinaan, terdapat banyak jenis tender yang membolehkan
klien mendapat kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek.Setiap tender juga
mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri.Klien boleh memilih iaitu
untuk mengemukakan pelawaan tender terhadap semua kontraktor melalui tender
terbuka atau hanya mengemukakan pelawwan terhadap kontraktor yang dipilih melalui
tender terpilih.
Tender perundingan pula lebih menguntungkan klien dimana terdapat
perundingan secara terperinci antara klien dengan kontraktor sebelum bermulanya
peringkat rekabentuk dan segala keperluan dibincang bersama.Tender prakelayakan pula
biasanya diamalkan untuk mendapatkan kontraktor yang mempunyai kemahiran tertentu
sahaja. Walaupun begitu, keputusan untuk memilih jenis tender yang ditawarkan
bergantung juga kepada jenis, kos serta keperluan projek tersebut. Lebih besar serta
komplek projek tersebut, lebih tinggi risiko yang perlu ditanggung oleh klien.
Secara umumnya, prosedur dalam proses tender adalah boleh dikatakan tiada
bezanya di antara praktis JKR dan penguasa tempatan kerana kedua-dua jabatan masih
mempraktikkan landasan yang digariskan di dalam Arahan Perbendaharaan dan
pemilihan tender yang Berjaya perlu dirujuk kepada Lembaga Perolehan seperti yang
ditekankan di dalam Arahan perbendaharaan.
10.1 TUNTUTAN PENGEKALAN (RETENTION CLAIM)
Tuntutan pengekalan ialah tuntutan terhadap kontraktor bagi apa-apa kecacatan
dalam projek berpunca daripada penggunaan bahan-bahan berkualiti rendah.Semasa
tempoh liabiliti kecacatan atau dalam tempoh satu tahun selepas pengeluaran Sijil
Penyiapan, ia hendaklah terlebih dahulu memberitahu kontraktor seperti kecacatan dan
memerintahkan kecacatan diperbetulkan dalam tempoh 90 hari daripada pengeluaran
perintah itu.
Perintah itu juga perlu termasuk kegagalan kontraktor untuk membuat
pembaikan yang diperlukan dalam tempoh itu. Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-
kerja pembaikan yang diperlukan.Kegagalan di pihak sebahagian daripada kontraktor itu
untuk membayar balik kepada kos pembaikan, kini boleh membuat tuntutan ke atas
wang pengekalan atau Keselamatan Prestasi. Kontraktor itu mempunyai hak untuk
bertanding tuntutan untuk pembayaran balik.
10.1.1 DOKUMEN YANG DISEDIAKAN OLEH FIRMA
Penutup surat (cover letter)
Invois (invoice)
Pesanan Belian (purchase order)
Arahan kerja (work order)
Rang undang-undang yang dibina daripada kuantiti (Bill of Quantity)
Senerai semak yang diuji terima (aaceptance check list)
Gambar (picture)
Borang permit untuk bekerja (PTW Forms)
10.1.1.1 ARAHAN KERJA (WORK ORDER)
Sesuatu perintah kerja ialah perintah yang diterima oleh organisasi daripada
pelanggan atau suatu perintah yang dicipta dalam organisasi serta sesuatu perintah kerja
mungkin bagi produk atau perkhidmatan.
Dalam persekitaran pembuatan, perintah kerja ditukar dari pesanan jualan untuk
menunjukkan bahawa kerja adalah kira-kira untuk memulakan pembuatan, bangunan
atau kejuruteraan produk yang diminta oleh pelanggan.Dalam persekitaran
perkhidmatan, perintah kerja boleh bersamaan dengan perintah perkhidmatan mana WO
merekodkan lokasi, tarikh dan masa perkhidmatan dijalankan dan jenis kerja yang
dilakukan.Jenis anggota seoerti kedudukan pekerjaan juga boleh disenaraikan pada WO.
Kadar dan juga jumlah jam bekerja dan jumlah nilai juga ditunjukkan pada perintah
kerja.
Sesuatu perintah kerja adalah dokumen dalaman yang digunakan secara meluas
oleh perniagaan berasaskan projek, pembuatan dan pembinaan.Sesuatu perintah kerja
mungkin bagi produk atau perkhidmatan. Dalam persekitaran pembuatan, pesanan kerja
digunakan untuk memberi isyarat permulaan proses pembuatan dan yang mungkin akan
dikaitkan dengan bil bahan. Oleh itu, pesanan kerja akan menyatakan:
Kuantiti produk akan dikeluarkan, dibina atau direka
Jumlah bahan mentah yang akan digunakan, harga dan jumlah
Jenis kadar buruh yang diperlukan, (setiap jam atau per unit)
Jumlah penggunaan mesin bagi setiap mesin semasa proses penyaluran
10.1.1.2 SENARAI KUANTITI (BQ)
Senarai kuantiti merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan
dan segala butiran kerja dan kuantiti akan ditentukan dalam dokumen tender sebelum
tender dipelawa. Penender yang menyertai tender akan menentukan harga untuk butir-
butir kerja yang terkandung dalam Dokumen Tender.
Kebaikan senarai kuantiti ialah kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami
bidang kerja masing-masing apabila menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti.
Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk
menilai bayaraan kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor danmenilai
perubahan kerja. Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti
bagi membeli bahan binaan.Kontraktor juga dapat menentukan sebut harga dari sub-
kontraktor dan boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.
10.1.1.3 BORANG PERMIT UNTUK BEKERJA (PTW FORMS)
Satu sistem permit untuk kerja-kerja adalah sistem bertulis rasmi yang digunakan
untuk mengawal jenis tertentu kerja yang berpotensi berbahaya. Satu permit untuk kerja-
kerja adalah dokumen yang menyatakan kerja-kerja yang akan dilakukan dan langkah-
langkah yang perlu diambil. Permit untuk bekerja membentuk bahagian penting dalam
sistem kerja yang selamat untuk penyelenggaraan banyak aktiviti. Mereka membenarkan
untuk memulakan kerja hanya selepas prosedur yang selamat telah ditentukan dan
mereka menyediakan rekod jelas bahawa semua bahaya dijangka telah dipertimbangkan.
Permit diperlukan apabila kerja-kerja penyelenggaraan hanya boleh dijalankan sama ada
perlindungan biasa yang jatuh atau apabila bahaya baru diperkenalkan oleh kerja.
Contohnya, kemasukan ke dalam kapal, panas kerja dan pecah saluran paip.
10.2 Tujuan
Wang pengekalan berfungsi sebagai keselamatan jaminan.Untuk perolehan
Barang, wang pengekalan adalah jaminan bagi apa-apa kecacatan paten atau terpendam
barangan dihantar dalam tempoh jaminan itu. Bagi perolehan Projek Infrastruktur, wang
pengekalan ditolak daripada bil kemajuan kontraktor untuk menampung apa-apa
kerosakan atau kemusnahan daripada kerja-kerja, kecuali orang-orang yang disebabkan
oleh force majeure, dan juga untuk keselamatan, perlindungan, keselamatan, dan
keselesaan kakitangan kontraktor, pihak ketiga, dan orang ramai, serta kerja-kerja,
peralatan, pemasangan dan sebagainya akan terjejas oleh kerja-kerja pembinaan itu.
11.1 SIJIL PENERIMAAN AKHIR(FAC), SIJIL PENERIMAAN
SEMENTARA(PAC) DAN PENYIAPAN PEMBINAAN(CC)
11.1.1 SIJIL PENERIMAAN AKHIR (FINAL ACCEPTANCE CERTIFICATE)
Suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pentadbir kontrak berikutan selesainya
membuat kecacatan. Selepas tamat tempoh penyelenggaraan, setiap peningkatan
perbandaran yang digariskan dalam perjanjian perkhidmatan, perunding pemaju mesti
memohon Sijil Penerimaan Akhir (FAC). Tujuan FAC adalah untuk memindahkan
tanggungjawab penuh untuk peningkatan perbandaran dari pemaju ke kota.
11.1.2 SIJIL PENERIMAAN SEMENTARA (PROVISIONAL ACCEPTANCE
CERTIFICATE)
Satu istilah yang sering digunakan yang berkaitan dengan pembinaan loji atau
jentera yang kompleks. Dalam kebanyakan kes jumlah separa ditahan oleh pembeli dan
dibayar terhadap sijil (PAC = Sementara Sijil Penerimaan - FAC = Sijil Penerimaan
Final). Sedikit kaedah bayaran ini adalah satu risiko kepada pembekal kerana pembekal
adalah bergantung kepada kesanggupan pembeli untuk mengeluarkan sijil-sijil.
Penyelesaian yang lebih baik untuk pembekal adalah untuk mendapatkan
pembayaran sepenuhnya terhadap dokumen pelanggan bebas dan secara berasingan
menawarkan satu atau lebih. PAC akan dikurangkan atau FAC dibatalkan apabila
jaminan dikeluarkan dan ditandatangani.
11.1.3 PENYIAPAN PEMBINAAN (CONSTRUCTION COMPLETION)
Apabila peningkatan perbandaran telah dibina, perunding pemaju mesti
memohon secara bertulis kepada jabatan yang berkenaan dengan pemeriksaan bagi
setiap peningkatan perbandaran bagi mengemukakan apa-apa keputusan ujian yang
diperlukan dan kembali dokumentasi dan kemudian mengemukakan Sijil Siap
Pembinaan (CC) seperti yang digariskan dalam perjanjian perkhidmatan. Borang
permohonan CC hendaklah dikemukakan dalam tiga salinan di atas kertas hijau dengan
salinan lukisan yang menunjukkan peningkatan perbandaran dilampirkan kepada setiap
satu daripada tiga bentuk CC.
12.1 PERALATAN-PERALATAN YANG DIGUNAKAN
12.1.1 PENGENALAN
Dalam melaksanakan sesuatu tugas, terdapat banyak peralatan yang digunakan
untuk memudahkan sesuatu kerja itu disiapkan. Malah pada zaman yang serba moden
dan canggih ini, semua pejabat ada memiliki paralatan-peralatan mereka yang tersendiri
untuk memudahkan sesuatu kerja.
12.2 MESIN FOTOSTAT
Mesin fotastat sudah lama wujud dalam kehidupan manusia bagi memudahkan
manusia membuat salinan daripada dokumen asal. Mesin fotastat dahulunya hanya boleh
memfotostatkan dokumen tetapi sekarang mesin fotostat dapat menjadi mesin pencetak,
mesin pengimbas dan mesin faksmili.
Mesin fotostat telah ditempatkan tidak berjauhan daripada pekerja yang
berjenama Xerox. Mesin fotostat ini perlu di ‘install’ di semua computer dan mesin
fotaostat di sambung ke internet dengan menggunakan wayar LAN supaya warga kerja
dapat menggunakan mesin fotostat tersebut untuk mencetak dokumen-dokumen yang
diperlukan. Mesin fotostat tersebut juga boleh menyimpan memori pengguna yang
menggunakan mesin ini untuk memfotostat atau mencetak dokumen.
12.3 MESIN BINDING
Mesin ‘binding’ adalah mesin yang digunakan untuk menebuk lubang pada tepi
dokumen yang hendak ditebuk. Mesin ‘binding’ selaku digunakan di pejabat dan di
tempat perindustrian. Ia digunakan supaya dokumen kelihatan seperti buku atau folio
serta kelihatan versih dan kemas. Terdapat beberapa jenis ‘binding’ seperti mesin
‘binding manual’ dan ‘mesin ‘binding elektrik’. Di sini mereka menggunakan ‘binding
manual’.
12.4 TELEFON
Mempelajari cara menjawab panggilan telefon dan cara untuk
menyambungkannya ke talian yang sewajarnya adalah perkara ya ng penting yang patut
di pelajari supaya mudah berinteraksi dengan kakitangan. Kakitangan yang hendak
berhubung dengan kakitangan yang lain boleh mendail nombor sambungan yang telah
ditetapkan untuk pekerja tersebut. Jika kakitangan hendak menelefon pembekal atau
orang luar, kakitangan perlu menekan nombor 9 terlebih dahulu dan diikuti dengan
nombor pembekal atau orang luar tersebut.
12.5 MESIN FAKS
Mesin faks ialah suatu mesin yang digunakan untuk menghantar surat atau
dokumen kepada pihak jauh dalam masa yang singkat sahaja. Selain itu, mesin ini juga
boleh menerima surat selain dari menghantar. Sebagai contoh ialah pihak syarikat kerap
menggunakan mesin faks untuk menghantar surat atau memo kepada pihak-pihak yang
berkaitan.
BAB 5
DAPATAN DAN CADANGAN
Selama saya menjalani latihan di Syarikat AM-ME Sdn Bhd, saya berpuas hati
terhadap setiap arahan, kerja-kerja ataupun tugasan yang telah mereka berikan.Selama 5
bulan saya menjalani Latihan Industri, ianya banyak memberi kelebihan saya dalam
menyelesaikan masalah. Saya juga dapat menjalankan latihan yang telah saya pelajari di
Politeknik.
Sepanjang menjalani Latihan Industri di Syarikat AM-ME, saya melakukan
kerja-kerja yang diberikan itu sendiri berdasarkan arahan dan tunjuk ajar yang diberikan.
Mereka tidak berat mulut untuk memberi tunjuk ajar dan mereka juga turut memberi
peluang kepada kami supaya mengutarakan apa sahaja soalan dan pendapat untuk
menambah baik nama syarikat. Dalam sesebuah organisasi, mustahil jika dikatakan tiada
kekurangannya. Sepanjang lima bulan menjalani Latihan Industri di sana, saya dapat
membuat beberapa inferens dan pemerhatian sama ada di seluruh bahagian di mana saya
ditempatkan.
Di samping itu juga, saya juga mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan
yang tidak pernah saya alami ketika di dalam kelas.Saya juga mendapat pendedahan
suasana pekerjaan di dalam syarikat.Saya telah belajar bagaimana menguruskan masa
dan menghargai kerja berkumpulan di kalangan rakan sekerja. Malah, saya turut
mengikuti apa yang telah saya pelajari di Politeknik dalam kursus ‘soft skill’.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah perkara yang perlu di ambil berat oleh
pihak syarikat ini iaitu kakitangan hendaklah menunjukkan sikap yang profesional
ketika bekerja kerana ia akan memberi tanggapan yang negatif kepada orang yang
berada di sekeliling. Selain itu, perkara lain yang perlu di ambil berat ialah ketika
pengambilan pelajar yang memohon untuk menjalani latihan, pastikan pihak syarikat
meneliti betul-betul kursus yang diambil oleh pelajar yang memohon dan menempatkan
di bahagian yang sesuai dengan kursus yang di ambil oleh mereka.
Sungguh pun tempoh saya berada di Syarikat AM-ME boleh dikatakan agak
singkat, tetapi masih banyak lagi perkara yang belum dipelajari, namun apa yang saya
perolehi amat berharga dan berguna untuk saya aplikasikannya untuk pembelajaran dan
kehidupan saya pada masa akan dating.
Tempat latihan industri adalah satu ‘advance’ kepada para pelajar yangmenjalani
latihan tersebut kerana banyak yang diperlukan dan difahami seperti dalam teori ketika
pembelajaran di Politeknik. Diharap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan
yang proaktif bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti masing-masing.
BAB 6
KESIMPULAN
Latihan Industri merupakan salah satu cara bagi mendedahkan para pelajar
dengan cara bekerja yang sebenar dan bagi mengukuhkan lagi pengajaran yang telah
dipelajari secara teori di Politeknik. Disebabkan itu, pihak Kementerian Pelajaran Tinggi
Malaysia dan politeknik mewajibkan semua pelajar di Politeknik menjalani Latihan
Industri kerana ianya mempunyai objektif yang tersendiri dan yang paling penting ialah
ianya dapat mendedahkan para pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar sebelum
mereka menamatkan pengajian di Politeknik. Selain itu, Latihan Industri juga
merupakan ‘advance’ kepada pelajar apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar
yang lebih realiti dan mencabar kelak.
Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat
membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang
teknikal,sekaligus menjadikan Politeknik sebagai platform pendidikan yang
praktikal.Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih
setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur
untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi
yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat Politeknik itu sendiri yang
mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam negara
ini.