laporan motivasi big1

6
TARIKH : 1 SEPTEMBER 2013 HARI : AHAD TEMPAT : Hotel Putra Palace, Kangar Perlis MASA : 7.45 pagi – 5.00 Petang

Upload: izhamrashid

Post on 09-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM LUMUT

TARIKH : 1 SEPTEMBER 2013HARI

: AHADTEMPAT : Hotel Putra Palace, Kangar Perlis

MASA : 7.45 pagi 5.00 PetangANJURANUnit Bimbingan Dan Kaunseling

Dengan KerjasamaAJK Kecemerlangan Tahun EnamLAPORAN PROGRAM RESET MINDA MURID TAHUN 6 2013

SRK STELLA MARIS (M)

Tarikh :1 September 2013Hari

: AhadMasa

: 7.45 pagi 5.00 petangTempat: Hotel Putra Palace, Kangar PerlisSasaran: 79 orang murid

Unit Bimbingan dan Kaunseling SRK Stella Maris dengan kerjasama AJK Kecemerlangan Tahun Enam telah menganjurkan Program Motivasi Reset Minda Murid Tahun 6 seperti ketentuan di atas. Program ini diadakan di Hotel Putra Palace,Kangar iaitu melibatkan semua murid tahun enam seramai 79 orang dari.tiga buah kelas iaitu Kelas Dinamik, Bestari dan Gemilang.

Program ini telah dimulakan dengan pendaftaran murid-muird pada pukul 7.45 8.00 pagi. Murid-murid hadir ke Hotel Putra Palace dihantar oleh ibubapa masing-masing. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada guru bimbingan dan kaunseling SRK Stella Maris (M) selaku juruacara majlis yang mengalu-alukan kehadiran penceramah, guru-guru dan para pelajar.

Program ini mempunyai tiga slot yang sangat bersesuaian dengan murid-murid Tahun Enam. Slot pertama pada pukul 8.00-10.00 pagi ialah motivasi bertajuk Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Affendi Rajni Khan selaku PTD di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Beliau telah mengupas tajuk kecemerlangan dan mengaitkan dengan situasi murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Selain itu, beliau turut menekankan serta mengingatkan murid-murid tentang tujuan hidup setiap manusia di dunia ini antara lain untuk kepentingan diri sendiri, untuk keluarga, ibu bapa, agama, masyarakat, bangsa dan negara. Beliau juga turut mengaitkan kejadian manusia di dunia ini yang lahir daripada persaingan dan setiap daripada manusia di dunia ini adalah juara dalam persaingan tersebut. Murid-murid juga diinasihatkan agar menghargai ibu bapa yang berkorban tenaga dan wang ringgit dalam membesarkan anak-anak demi menjamin kecemerlangan dalam hidup.Selain itu, murid-murid juga diingatkan agar menjaga hubungan dengan Tuhan dan menjaga solat agar hidup diberkati dan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

Diikuti oleh motivasi di slot kedua bertajuk Pengurusan Stress Peperiksaan pada pukul 10.30 12.30 tengah hari yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Sudin Bin Sarmin selaku pensyarah di IPG Perlis. Beliau menasihatkan murid-murid agar tidak mengata guru-guru yang banyak mengajar dan mendidik kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan manfaat dan menyebabkan ilmu yang diperolehi tidak berkat. Selain itu, murid-murid diingatkan agar menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya agar tidak memudaratkan diri dan menggunakannya untuk mencipta kecemerlangan diri.Seterusnya slot ketiga iaitu Dinamika Kumpulan telah diadakan jam 2.30-4.30 petang. Sebanyak tujuh kumpulan seramai 11 orang setiap kumpulan telah dibentuk dan dikendalikan oleh seramai enam orang guru. Murid-murid telah menjalankan permainan bagi membentuk binaan yang paling kukuh menggunakan kertas suratkhabar dan straw. Selepas itu, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil binaan mereka untuk diadili. Dinamika Kumpulan ini diadakan secara santai di kawasan kolam di Hotel Putra Palace.

Program ini diadakan khusus untuk memupuk semangat murid-murid agar terus bersemangat untuk belajar dan tidak mudah berputus asa sebelum menempuhi peperiksaan dalam tempoh 10 hari lagi. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan pendedahan kepada kemahiran belajar yang berkesan. Hal ini dapat membantu murid-murid agar dapat mencapai kecemerlangan akademik dan benar-benar bersedia untuk menempuhi peperiksaan UPSR nanti.

Dengan adanya program sebegini, ia dapat membina semangat jati diri, semangat juang dan tidak mudah menyerah kalah serta tidak lemah semangat dalam menghadapi tekanan sama ada dalaman atau luaran. Murid-murid mendapat kesedaran untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri dalam mengharungi cabaran akademik. Program ini juga turut menyentuh tentang realiti kehidupan murid-murid khususnya hubungan dengan Pencipta, hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan guru dan hubungan dengan rakan-rakan. Mereka perlu mengambilkira perkara-perkara yang perlu mereka lakukan apabila berhadapan dengan individu tersebut.Kecemerlangan pelajar tidak diukur dari segi akademik semata-mata sebaliknya kecemerlangan ini haruslah seiring dengan sahsiah diri yang mantap dalam setiap diri insan. Bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar , program ini dirancang untuk memberi penekanan untuk meningkatkan motivasi dan pendedahan kepada kemahiran belajar yang berkesan. Program ini juga dirangka agar murid-murid dapat mencapai matlamat kecemerlangan diri dan sahsiah yang terpuji.Diharapkan dengan terlaksananya program seperti ini akan dapat memberi kekuatan terhadap jati diri murid dalam kehidupan sehariannya sebagai pelajar. Dengan adanya jati diri yang kukuh mampu mempertingkatkan sahsiah diri yang sedia ada dalam diri murid-murid untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam akademik dan menghadapi realiti kehidupan sebenar. Diharapkan juga para peserta akan membuka minda untuk mengubah persepsi diri dan berusaha untuk mempelajari cara pembelajaran berkesan berdasarkan strategi yang betul.

Disediakan oleh,

,

........................................................

(NOOR AZLIANA BT KHAZALI)

SETIAUSAHA PROGRAM

Disemak oleh,

Disahkan oleh,.......................................................

..........................................

(PN SARIMAH BT RATIMAN)

(EN RAHIM B HASSAN)

PEN.KANAN HEM

GURU BESAR