laporan pelaksanaan internship

10
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : Siti Aminah binti Mat Nawi NO KAD PENGENALAN : 750225-03-5566 PROGRAM : PPG NAMA SEKOLAH : SK Kampung Maju Jaya NAMA PROJEK : Teknik Asas Dalam Jahitan Menggunakan Kertas CT TEMPOH PELAKSANAAN : 09.08.2015 - 04.09.2015 OBJEKTIF : 1. Menarik minat murid untuk mempelajari dunia jahitan. 2. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran jahitan tangan teru tama jahitan jelujur halus, jelujur kasar dan jahitan kia dengan lebih baik. 3. Mengenal pasti keberkesanan ‘ Teknik Kertas CT ’ dalam aktiviti menjahit dengan mengetahui langkah-langkah menjahit mengikut teknik yang betul.

Upload: siti-aminah-mat-nawi

Post on 03-Feb-2016

260 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

boleh dijadikan bahan rujukan untuk pelajar-pelajar ipt

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelaksanaan Internship

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Siti Aminah binti Mat Nawi

NO KAD PENGENALAN : 750225-03-5566

PROGRAM : PPG

NAMA SEKOLAH : SK Kampung Maju Jaya

NAMA PROJEK : Teknik Asas Dalam Jahitan Menggunakan Kertas CT

TEMPOH PELAKSANAAN: 09.08.2015 - 04.09.2015

OBJEKTIF :

1. Menarik minat murid untuk mempelajari dunia jahitan.

2. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran jahitan tangan teru

tama jahitan jelujur halus, jelujur kasar dan jahitan kia dengan lebih baik.

3. Mengenal pasti keberkesanan ‘ Teknik Kertas CT ’ dalam aktiviti menjahit

dengan mengetahui langkah-langkah menjahit mengikut teknik yang betul.

4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan

murid serta murid dengan guru.

5. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan dengan guru mentor.

Page 2: Laporan Pelaksanaan Internship

Berjumpa dengan En Ahmad Azhani untuk membincangkan tarikh yang

sesuai bagi melaksanakan program inovasi dalam pendidikan dan tarikh

yang dicadangkan ialah pada 26 Ogos 2015 pada hari Rabu dan

melibatkan murid tahun 4 Maju 2. Seterusnya, saya memaklumkan

kepada pihak pentadbir Pn Hajjah Yos Fatimah bt Selamat dan beliau

meminta kertas cadangan projek dibuat untuk rujukan beliau.

2. Membuat perancangan dan persediaan.

Saya membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan dan

pengesahan daripada Guru Besar . Selepas kertas kerja disahkan , saya

membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran.

3. Menjalankan aktiviti inovasi bersama kelas 4 Maju 2.

Saya menyediakan segala bahan untuk memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Melalui projek ini, saya dapat lebih memahami tahap kreativiti antara murid

dalam menghasilkan jahitan.

Page 3: Laporan Pelaksanaan Internship

2. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam menguruskan pdp saya

terutama apabila melibatkan penghasilan artikel jahitan. Di mana , tanpa

pengurusan masa yang cekap objektif pdp tidak akan tercapai.

3. Keberhasilan sesuatu projek inovasi akan berjaya dilaksanakan apabila adanya

kerjasama antara saya dan mentor. Setiap pandangan yang diberikan mentor

dapat membantu saya menguruskan pdp dengan lancar.

4. Latar belakang murid kelas 4 Maju 2 yang sebahagiannya ibunya bekerja

sebagai tukang jahit menyenangkan lagi proses pdp.

5. Kaedah menjahit menggunakan Kertas CT menarik minat murid terhadap subjek

Reka Bentuk Teknologi. Hal ini menyebabkan murid terangsang untuk meneroka

dan menjadi lebih kreatif dalam penghasilan artikel.

6. Melalui projek ini, saya dapat mengenal pasti bahawa tugas guru Kemahiran

Hidup bukan senang terutama ketika mengendalikan aktiviti tunjukcara di mana

kawalan kelas perlu dititikberatkan agar kelas tidak bising. Namun saya dapat

mengatasinaya dengan membuat kaedah stesen. Dimana, ketika kaedah

tunjukcara, kumpulan yang tidak terlibat akan melakukan kerja lain dengan

membuat peta minda 3 jenis jenis jahitan asas serta fungsi setiap jenis jahitan.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Aktiviti seperti ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana murid-

murid baru didedahkan dengan perkara baharu yang sebelum ini tidak

didedahkan ketika di tahap satu. Murid agak agresif untuk menjahit.

Page 4: Laporan Pelaksanaan Internship

2. Masa untuk mengadakan program singkat kerana sebelum subjek RBT murid

berada di surau sekolah untuk subjek Pendidikan Islam. Pergerakan murid ke

kelas agak lambat. Justeru, segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi

mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya terganggu atau

terlewat.

3. Sebelum ini, saya mengajar tahun 6 Maju 1 subjek Kemahiran Hidup dan

murid-murid ini mempunyai tahap pemahaman tinggi berbanding tahun 4. Ini

telah menyebabkab saya susah untuk mengenal pasti tahap pemahaman

murid tahun 4 Maju 2 dan mengambil masa yang agak lama untuk untuk

disesuaikan dengan projek inovasi ini.

4. Murid lelaki masih kurang dalam kreativiti kerana nampak perbezaan ketara

berbanding murid perempuan yang bebas dalam pemikiran mereka untuk

menghasilkan jahitan asas yang lebih kemas dan menarik.

5. Penggunaan tempat yang kurang sesuai dimana murid melakukan jahitan di

dalam kelas yang lantainya dipasang karpet dan bukannya di bengkel

Kemahiran Hidup. Ini kerana bengkel Kemahiran Hidup dijadikan kelas

sepenuh masa untuk murid tahun 5 Maju 2 disebabkan kekurangan kelas.

6. Aspek keselamatan kurang dititikberatkan terutama semasa penggunaan

jarum jahit. Ada murid yang meletakkan jarum merata-rata. Seharusnya

aspek keselamatan hendaklah saya utamakan semasa berlangsungnya amali

jahitan.

7. Kebersihan semasa berakhirnya pdp adalah kurang memuaskan walaupun

telah dipesan supaya mengemaskan meja kumpulan asing-masing. Jarum,

Page 5: Laporan Pelaksanaan Internship

benang dan kertas bertaburan di lantai dan kelihatan kelas agak kotor. Tiga

orang murid terpaksa ditugaskan untuk megemas bilik darjah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya berharap agar saya dapat menguruskan masa pdp saya dengan lebih

tersusun lagi selepas ini. Hal ini kerana saya tidak memantau pergerakan murid

sebelum subjek saya bermula. Pergerakan murid dari surau ke kelas agak lambat.

Namun sekiranya saya berkolaborasi dengan guru subjek agama pada masa akan

datang segala-galanya akan selesai.

Sokongan mentor dan perkongsian daripada guru-guru berpengalaman juga

penting bagi menambahbaik inovasi dalam pdp. Saya telah berbincang dengan mentor

walaupun masih baru dalam dunia pendidikan tetapi idea dan cadangan beliau sebagai

penambahbaik untuk projek inovasi seperti menggunakan kain cross stitch

menggantikan kertas untuk tahun hadapan akan saya usahakan walaupun kain

tersebut agak mahal.

Di samping itu juga, bagi kelas-kelas yang terlibat dengan kerja-kerja amali akan

diambil berat dengan menggunakan bengkel Kemahiran Hidup sebagai tempat yang

paling sesuai bukannya di bilik darjah. Setelah bersemuka dengan Guru Besar, kelas 5

Maju 2 akan mendapat tempat baharu iaitu.di sebelah bilik perpustakaan. Ini bermakna

saya perlu melengkapkan Bilik Kemahiran Hidup dengan segala alatan bagi

memudahkan guru dan murid melaksanakan pdp.

Page 6: Laporan Pelaksanaan Internship

KESIMPULAN

Alhamdulillah,saya rasa bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan

saya iaitu Inovasi dalam pengagajaran dan pembelajaran pada kali ini. Walaupun saya

telah 18 tahun berpengalaman dalam profesion perguruan ini, tetapi disebabkan sudah

lama tidak mengajar tahun 4 ditambah lagi dengan kurikulum yang baharu

menyebabkan saya berasa agak kekok untuk mengajar. Namun, berkat perkongsian

ilmu bersama mentor dan rakan-rakan yang sememangnya telah menghadiri kursus

kssr ini telah banyak membantu saya dalam pada kali ini. Hasil daripada pdp hari

tersebut, murid tidak sabar menunggu kelas RBT yang akan datang sehinggakan

mereka menggunakan waktu guru lain untuk membuat jahitan. Mereka begitu teruja dan

selepas ini, murid-murid ini sudah pandai menjahit sekiranya berlaku kecemasan di

sekolah mahupun di rumah. Ini bermakna objektif seperti yang dirancang telah berjaya

menarik minat murid.

Hasil perbincangan dan penilaian daripada mentor, kami merancang bermula

daripada sekarang untuk membuat perubahan ketara terhadap bengkel Kemahiran

Hidup. Kami tidak akan tunggu lagi. Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada murid

dan merasai pengalaman sebenar ketika berada di dalam bengkel. Segala peralatan

yang diperlukan oleh murid akan dilengkapkan dan kami akan menjadikan bengkel kami

sebuah bengkel yang kondusif.

Kekurangan bahan bantu mengajar di bilik darjah dan bengkel merupakan salah

satu faktor yang membunuh minat murid untuk belajar. Dalam kaedah tunjuk cara,

penggunaan BBM sangat diperlukan selain tunjukcara guru.

Page 7: Laporan Pelaksanaan Internship

Kesimpulannya, inovasi dalam pendidikan telah menarik minat murid terhadap

subjek Kemahiran Hidup. Oleh itu sebagai guru, saya perlu lebih kreatif dengan mencari

idea-idea baharu untuk mendidik anak bangsa yang berkemahiran dalam pelbagai

bidang. Kreativiti dan inovatif merupakan objektif utama dalam pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup.

Disediakan oleh,

………………………………..

(SITI AMINAH BINTI MAT NAWI)

Guru Pelatih

Disemak oleh,

…………………………………………..

( EN AHMAD AZHANI BIN YACCOB)

Guru Pembimbing

Page 8: Laporan Pelaksanaan Internship