laporan pelaksanaan internship

9
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP Sebelum Bermula 7 Julai hingga 8 Ogos 2014, saya dan rakan-rakan telah diamanahkan untuk melaksanakan internship di sekolah yang sama kami berpraktikum iaitu Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis. Pada peringkat permulaan ini, kami telah melakukan perbincangan antara kami bagi memilih projek-projek yang bersesuaian dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak unit praktikum IPG Kampus Perlis. Sebelum itu, kami telah melakukan rondaan di sekitar sekolah bagi mengenal pasti kawasan atau tempat yang boleh dijadikan bahan projek internship kami. Setelah itu, kami terus menetapkan projek-projek yang kami akan buat sepanjang tempoh internship kami di SK IPGM Perlis iaitu selama sebulan. Kami telah bersepakat memilih membuat banner carta organisasi sekolah di bilik tetamu atau dikenali juga sebagai bilik VVIP, mencetak serta melekatkan gambar-gambar guru-guru dan staf yang menjadi ketua bagi setiap bilik dan menulis nilai-nilai murni di setiap anak tangga di tangga utama pejabat. Kami juga melakukan sesi kolaborasi dengan guru pembimbing kami berkenaan ketiga-tiga projek yang telah kami pilih itu. Seterusnya, saya dan rakan-rakan terus mengusulkan projek ini kepada guru besar SK IPGM Perlis, Encik Burhanudin serta membentangkan draf kepadanya mengenai perancangan yang telah kami bincangkan sebelum ini. Guru besar juga memberikan tindak balas positif dengan memberi lampu hijau serta memberi idea-idea tambahan kepada kami dengan harapan supaya projek yang akan kami lakukan ini dapat direalisasikan dan disiapkan dengan jayanya.

Upload: nzm91

Post on 19-Jul-2016

84 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

laporan intern

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelaksanaan Internship

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Sebelum

Bermula 7 Julai hingga 8 Ogos 2014, saya dan rakan-rakan telah

diamanahkan untuk melaksanakan internship di sekolah yang sama kami

berpraktikum iaitu Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis. Pada peringkat permulaan ini,

kami telah melakukan perbincangan antara kami bagi memilih projek-projek yang

bersesuaian dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak unit praktikum

IPG Kampus Perlis. Sebelum itu, kami telah melakukan rondaan di sekitar sekolah

bagi mengenal pasti kawasan atau tempat yang boleh dijadikan bahan projek

internship kami. Setelah itu, kami terus menetapkan projek-projek yang kami akan

buat sepanjang tempoh internship kami di SK IPGM Perlis iaitu selama sebulan.

Kami telah bersepakat memilih membuat ‘banner’ carta organisasi sekolah di bilik

tetamu atau dikenali juga sebagai bilik VVIP, mencetak serta melekatkan gambar-

gambar guru-guru dan staf yang menjadi ketua bagi setiap bilik dan menulis nilai-nilai

murni di setiap anak tangga di tangga utama pejabat.

Kami juga melakukan sesi kolaborasi dengan guru pembimbing kami

berkenaan ketiga-tiga projek yang telah kami pilih itu. Seterusnya, saya dan rakan-

rakan terus mengusulkan projek ini kepada guru besar SK IPGM Perlis, Encik

Burhanudin serta membentangkan draf kepadanya mengenai perancangan yang

telah kami bincangkan sebelum ini. Guru besar juga memberikan tindak balas positif

dengan memberi lampu hijau serta memberi idea-idea tambahan kepada kami

Page 2: Laporan Pelaksanaan Internship

dengan harapan supaya projek yang akan kami lakukan ini dapat direalisasikan dan

disiapkan dengan jayanya.

Setelah itu, saya dan rakan membahagikan tugas masing-masing dan mula

mendraf kertas kerja bagi ketiga-tiga projek ini. Kami sentiasa melakukan ‘follow up’

dengan pihak sekolah dengan sentiasa merujuk kepada guru besar akan segala

yang telah kami lakukan dan apa yang pihak sekolah mahukan. Sebagai contoh, draf

kertas kerja juga telah kami rujuk kepada guru besar supaya tiada kesilapan dari segi

ejaan nama, dan tarikh kerana kesempurnaan dalam sesuatu tugas itu amat kami

titik beratkan. Akhirnya, draf yang kami rujuk kepada guru besar diterima dan

seterusnya kami panjangkan dengan kertas kerja bagi ketiga-tiga projek ini.

Page 3: Laporan Pelaksanaan Internship

Semasa

1. ‘Banner’ Carta Organisasi SK IPGM Perlis

Carta organisasi yang ada semasa kami sampai di sekolah pada awal

minggu kami sampai untuk menjalankan projek internship, carta organisasi

tersebut merupakan carta organisasi yang tidak dikemaskini, terdapat guru

yang sudah keluar dan juga guru yang baru mendaftar di sekolah tersebut,

tidak dikemaskini. Jadi, kami telah pun mendraf sebuah carta organisasi

sekolah yang lengkap dan dikemaskini dan merujuknya kepada pihak sekolah

yakni guru SK IPGM Perlis.

Setelah mendapat lampu hijau daripada pihak sekolah, kami terus

mereka carta organisasi sekolah menggunakan perisian Adobe Photoshop

dan menghantarnya kepada syarikat percetakan untuk mencetaknya. Proses

mereka dan mencipta sebuah carta organisasi sekolah sebenarnya

mengambil masa yang agak lama kerana kami perlu mendapatkan maklumat

terkini mengenai bilangan guru dan staf sekolah yang ada di sekolah.

Kemudian proses mereka dan mencipta juga mengambil masa yang agak

lama kerana kami masih lagi dalam peringkat pembelajaran. Namun, atas

usaha yang tidak pernah henti, kami akhirnya dapat mencetaknya pada masa

yang ditetapkan.

Page 4: Laporan Pelaksanaan Internship

Proses mereka dan mencipta carta organisasi sekolah menggunakan perisian

Adobe Photoshop

Proses melekatkan ‘banner’ carta organisasi sekolah di bilik VVIP

Page 5: Laporan Pelaksanaan Internship

2. Gambar Ketua Bilik

Mencari pihak individu yang bertanggungjawab ke atas sesuatu bilik

menjadi satu masalah kepada bukan sahaja murid, malah guru juga kerana ia

akan memakan masa pengajaran dan pembelajaran untuk mencari individu

yang bertanggungjawab bagi bilik yang hendak digunakan. Bagi

menyelesaikan masalah ini, kami mencari satu altenatif iaitu mencetak dan

menampal nama dan gambar guru atau staf yang bertanggungjawab atau

menjadi ketua bagi bilik-bilik tersebut.

Oleh kerana kami telah mendapat maklumat dan gambar guru dan staf

pada projek pertama, nyata ia amat memudahkan kami untuk menjalankan

projek yang kedua. Dalam projek yang kedua ini, kami mencetak

menggunakan kertas gambar atau ‘golssy papper’ dan ‘laminate’ gambar

tersbut supa ia tahan lama dan tidak mudah koyak. Seterusnya, kami

menampal gambar tersebut di bilik-bilik yang sepatutnya mengikut senarai

yang diberikan kepada kami.

Page 6: Laporan Pelaksanaan Internship

Gambar-gambar ketua bilik yang telah siap dicetak

Proses menampal gambar ketua bilik

Page 7: Laporan Pelaksanaan Internship

3. Menulis Nilai-Nilai Murni Pada Anak Tangga

Tangga utama berhampiran bilik guru dan pejabat sekolah merupakan

tangga tumpuan yang sering menjadi laluan utama guru dan murid turun naik.

Tidak terkecuali juga para tetamu seperti pihak nazir dan pelawat-pelawat

luar. Jadi, kami bersepakat mencantik dan memperindahkan lagi tangga

tersebut supaya ia turut menjadi tarikan utama bagi sekolah yang menjadikan

sasaran sekolah kluster pada tahun 2015 ini.

Hal ini juga bersifat serampang dua mata kerana kami bukan sahaja

memperindahkan tangga tersebut, malah kami juga memperindahkannya

dengan nilai-nilai murini yang kami tulis bagi setiap anak tangga di tangga

utama tersebut. Jadi, secara tidak langsung, ia dapat mengingatkan warga SK

IPGM Perlis dengan nilai-nilai murni yang ada serta mengamalkannya dalam

kehidupan seharian.

Page 8: Laporan Pelaksanaan Internship

Proses mengecat anak tangga sekolah

Page 9: Laporan Pelaksanaan Internship

Selepas

Setelah sebulan menjalankan projek internship di SK IPGM Perlis, akhirnya

sempurna juga ketiga-tiga projek yang telah kami rencanakan pada awal kami

menjejakkan kaki di sekolah ini. Berikut merupakan hasil projek internship kami di SK

IPGM Perlis. :