laporan pelaksanaan internship

9
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : NUR AFIQAH BINTI AZHAR PROGRAM : CERAMAH NAMA SEKOLAH : SK PANGKALAN TLDM, TELUK SEPANGGAR NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM NUZUL QURAN TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI (10.00AM - 12.00PM) OBJEKTIF: 1. Meningkat dan memantapkan lagi amalan-amalan fardu ain dikalangan murid-murid. 2. Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak. 3. Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar suasana majlis dibulan ramadhan. 4. Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang mana disyariatkan berpuasa bagi seluruh umat Islam. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan bersama-sama dengan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Hussain Bin Haji Othman berkenaan projek-projek yang akan dilaksanakan di sekolah. 2. Perbincangan bersama ketua Panitia Pendidikan Islam mengenai program ceramah Nuzul Quran sempena program Ihya Ramadhan. 3. Penyediaan kertas kerja untuk program ceramah Nuzul Quran.

Upload: hafiz-vs-haffizie

Post on 21-Jul-2016

167 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pismp

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelaksanaan Internship

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NUR AFIQAH BINTI AZHAR

PROGRAM : CERAMAH

NAMA SEKOLAH : SK PANGKALAN TLDM, TELUK SEPANGGAR

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM NUZUL QURAN

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 HARI (10.00AM - 12.00PM)

OBJEKTIF:

1. Meningkat dan memantapkan lagi amalan-amalan fardu ain dikalangan murid-murid.

2. Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak.

3. Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar suasana majlis dibulan ramadhan.

4. Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang mana disyariatkan berpuasa bagi seluruh umat Islam.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan bersama-sama dengan Penolong Kanan Pentadbiran, En.

Hussain Bin Haji Othman berkenaan projek-projek yang akan dilaksanakan di

sekolah.

2. Perbincangan bersama ketua Panitia Pendidikan Islam mengenai program

ceramah Nuzul Quran sempena program Ihya Ramadhan.

3. Penyediaan kertas kerja untuk program ceramah Nuzul Quran.

4. Mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar untuk menganjurkan Program

Ceramah Nuzul Quran.

5. Mengedarkan surat jemputan kepada penceramah jemputan Ustaz Syahir Bin

Ismail.

Page 2: Laporan Pelaksanaan Internship

6. Melakukan persiapan tempat sempena program Nuzul Quran (25/7/2013)

7. Mengatur kedudukan murid lelaki dan perempuan sepanjang majlis berlangsung.

8. Mencari penceramah gantian apabila penceramah jemputan tidak dapat hadir.

9. Majlis ditukar kepada program kuiz agama sementara mencari penceramah

gantian

10.Ustaz Hafiz dijemput untuk memberikan ceramah sempena Program Ceramah

Nuzul Quran.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Program Ceramah Nuzul adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada murid

sebagai satu cara meraikan kedatangan bulan ramadhan. Murid-murid diberikan

penerangan mengenai peristiwa turunnya Al-Quran bagi menghayati keindahan dan

kemuliaan Al-Quran dalam diri umat islam.

Program yang diatur bersama Panitia Pendidikan Islam ini bukan sahaja

mengadakan ceramah tetapi juga dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,

zikir As-Maulhusna dan juga kuiz agama. Bacaan ayat-ayat suci ini bukan sahaja

dibaca sempena majlis Nuzul Quran tetapi juga mempunyai tujuan yang lebih luas iaitu

untuk menerapkan nilai dan penghayatan yang terdapat dalam bacaan ayat-ayat suci

Al-Quran disamping menerapkan budaya membaca Al-quran.

Walaupun penceramah jemputan tidak dapat hadir pada program ini tetapi

kesungguhan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru-guru untuk membantu

memastikan perjalanan program ini berlansung supaya perhimpunan murid-murid tidak

menjadi sia-sia. Usaha dan bantuan yang diberikan guru maenunjukkan kerjasama dan

ikatan ukhwah yang terjalin sepanjang kami menjalani praktikum fasa 3 dan internship

dieratkan lagi bersempena bulan ramadhan yang mulia ini. kesabaran murid-murid

untuk duduk dan bersama-sama dengan menjayakan program ini seharusnya dipuji

walaupun dalam keadaan berpuasa dan kurang selasa kerana cuaca panas, tetapi

Page 3: Laporan Pelaksanaan Internship

mereka membuktikan bahawa bulan ramadhan bukanlah penghalang kepada mereka

untuk memperolehi nikmat-nikmat pahala dalam bulan ramadhan ini.

2) Kekurangan Projek/Aktiviti:

Walaupun perancangan yang dilaksanakan cukup baik dan mendapat kerjasama

daripada pihak sekolah, namun cabaran dalam menjayakan program ini tetap wujud.

Cabaran paling besar adalah apabila penceramah jemputan memaklumkan beliau tidak

dapat hadir sewaktu program hampir bermula. ketidakhadiran penceramah ini

menyebabkan program tidak dapat berlansung mengikut ketetapan yang telah

dirancang. Usaha mencari penceramah jemputan berjaya apabila Ustaz Hafiz, ustaz di

sekolah ini bersetuju untuk memberikan ceramah walaupun tanpa apa-apa persediaan

yang dilakukan.

Kami juga perlu memberikan perhatian terhadap pemberitahuan dan malkluman

kepada guru-guru dan murid-murid beberapa hari sebelum program berlansung.

Kegagalan komunikasi antar pihak kami dengan guru-guru dan murid-murid sedikit

sebanyak menimbulkan kekeliruan kepada guru-guru dan murid-murid mengenai

program yang akan dijalankan.

Kesilapan daripada pihak guru pelatih untuk menyediakan Plan B sekiranya

program tidak dapat berjalan mengikut perancangan sememangnya amat dikesali.

Seharusnya pihak kami lebih prihatin terhadap prosedur-prosedur yang perlu dilakukan

untuk menjemput penceramah jemputan untuk memastikan sesuatu program dapat

berjalan dengan lancar.

Selain itu kawalan terhadap murid-murid juga perlu dipertingkatkan bagi

memastikan murid-murid dapat menimba seberapa banyak ilmu yang disampaikan oleh

penceramah jemputan. Sikap murid dalam sesuatu ceramah menunjukkan

mencerminkan sikap murid-murid. Oleh itu, kawalan murid-murid perlu kami perbaiki

untuk menjaga nama baik sekolah di mata orang luar.

Page 4: Laporan Pelaksanaan Internship

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada masa hadapan, kami perlu sentiasa bersedia dengan dengan sebarang

kemungkinan yang mungkin berlaku sewaktu menjayakan sesuatu program. Kami juga

perlu peka dengan prosedur dan persediaan untuk menjayakan sesuatu majlis untuk

memastikan sebarang masalah dapat dielakkan. Sebarang makluman terhadap

perjalanan program perlu dimaklumkan lebih awal kepada guru-guru dan murid-murid.

Kawalan murid-murid perlu kami perbaiki untuk menjaga nama baik sekolah di mata

orang luar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kami berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh

pihak sekolah sepanjang kami melaksanakan program ini. beberapa kekurangan yang

kami hadapi akan dijadikan pengajaran kepada kami untuk menjadi guru yang lebih

baik pada masa hadapan. Kesepakatan dan kerjasama antara semua pihak menjadi

menjadikan kerja kami lebih mudah dan senang diuruskan.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

Tandatangan :_____________________ Tandatangan:_____________________

Nama :_____________________ Nama :_____________________

Tarikh :_____________________ Tarikh :_____________________

Page 5: Laporan Pelaksanaan Internship

Lampiran

Gambar 1: Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Gambar 2: Sesi Kuiz Agama

Page 6: Laporan Pelaksanaan Internship

Gambar 3: Sesi Kuiz Agama

Gambar 4: Sesi Ceramah Ustaz Hafiz

Page 7: Laporan Pelaksanaan Internship

Gambar 5: Sesi Ceramah Ustaz Hafiz