laporan pelaksanaan internship program sambutan maal hijrah 1437h

Download Laporan Pelaksanaan Internship Program Sambutan Maal Hijrah 1437h

Post on 13-Apr-2016

253 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

work

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1437H

NAMA PELAJAR : SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALIPROGRAM : PISMP (PA 2) SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3NAMA PROJEK : PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAHTEMPOH PELAKSAAN : 15 OKTOBER 2015

OBJEKTIF :a.Mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.b.Mendedahkan dan membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan kebaikan dari peristiwa hijrah itu.c.Mengubah tanggapan bukan islam terhadap umat islam.d.Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah

STRATEGI PELAKSANAAN :Sebagai melengkapkan prasyarat program internship, kami telah diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek di sekolah tempat kami berinternship. Sempena cuti Maal Hijrah yang lepas, kami telah bercadang untuk mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah. Sambutan Maal Hijrah adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi mengingati hari kebesaran Islam serta mengambil pengajaran dari peristiwa hijrah Rasulullah saw serta dapat membentuk pelajar menjadi seorang insan Muslim serta menjadi pelajar SK Batu 3 yang bersahsiah tinggi dan terpuji.Pada mulanya kami telah bertemu dan berbincang dengan mentor kami Puan Sanisah bt Abu Bakar berkenaan pelaksanaan program sambutan maal hijrah tersebut. Setelah mendapat persetujuan dan masa yang sesuai, kami telah berbincang tentang acara-acara yang akan diadakan dan sebagainya. Kami telah memilih penceramah dari guru j-Qaf SK Batu 3 sendiri iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Ali. Kami juga telah meminta pelajar-pelajar Tahun 6 Berlian menyampaikan nasyid dan juga seorang pelajar menyampaikan sajak. Tambahan lagi, kami telah menyediakan lembaran kertas mewarna yang mengikut tema Maal Hijrah bagi mengadakan pertandingan mewarna.Oleh kerana program dilaksanakan pada hari Khamis, maka ianya dimulakan dengan majlis bacaan Yassin mingguan yang disertai oleh semua pelajar dan guru-guru. Selepas bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Ali. Intipati caramah ini adalah berkenaan dengan penghijrahan nabi Muhammad saw tahun penghijrahan dan sebagainya. kesemua murid telah mendengar ceramah yang disampaikan dengan khusyuk serta menunjukkan respon yang memberangsangkan.Selepas itu, program diteruskan dengan persembahan sajak oleh pelajar Tahun 6 iaitu Dania Huda Husna bt Zulkifli. Dan juga persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Tahun 6 Berlian. Program ini diakhiri dengan pertandingan mewarna oleh pelajar-pelajar dengan tema Maal Hijrah 1437H.

REFLEKSI :1. Kekuatan Projek

Sepanjang proses kami menyiapkan program ini, terdapat beberapa kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Antaranya ialah sokongan guru-guru di SK Batu 3 yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan, perancangan dan pelaksanaan program Sambutan Maal Hijrah ini. Tambahan pula, program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dan juga pelajar. Selain itu, komitmen serta sambutan baik daripada kesemua pelajar dan guru-guru menjadikan program ini berjalan dengan baik dan lancar.

1. Kelemahan Projek

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan sepanjang melaksanakan program ini. Antaranya ialah dari segi masa. Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya dapat merancang sedikit sahaja program. Selain itu terdapat ramai pelajar yang tidak membawa alatan mewarna yang menyukarkan aktiviti mewarna yang diadakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh internship ini dipanjangkan sedikit agar kami dapat menyelesaikan kesemua projek-projek kami di sekolah dengan lebih sempurna. Selain itu, terdapat pelbagai lagi program yang boleh dijalankan contohnya aktiviti memasak bubur asyura oleh ajk PIBG dan sebagainya.

KESIMPULAN :Secara keseluruhannya program sambutan maal hijrah ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan dapat dilakukan dengan lebih baik. Insya Allah. Rujuk hasil dokumentasi program sambutan maal hijrah.

Disediakan oleh,

..(SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI)Pelajar Semester 8 PISMP,Ambilan Jan 2012,IPG Kampus Tun Hussien Onn.

Dokumentasi program Sambutan Maal Hijrah :