laporan pelaksanaan internship tangga bahasa

7
1 Laporan Pelaksanaan Internship Nama Pelajar :Nur Faseha Said Program :PISMP Matematik JANUARI 2012 Nama Sekolah : Sk Sembulan, Kota Kinabalu Nama projek/aktiviti : Tangga Bahasa Tempoh Pelaksanaan : 21 Oktober hingga 23 Oktober OBJEKTIF 1) Menjadikan sudut tangga bahasa sebagai pusat untuk pelajar menambah ilmu pengetahuan. 2) Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah. 3) Hasil kerja pelajar sebagai buah tangan/kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam persekolahan rendah kelak. Strategi pelaksanaan : 1) Perbincangan dengan mentor dan guru-guru bahasa Malaysia tentang cadangan projek yang akan dianjurkan oleh guru pelatih 2) Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru besar. 3) Bermesyuarat kali kedua dengan guru-guru yang terlibat dan mengumumkan ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kerja. 4) Menyediakan barangan keperluan. 5) Memulakan proses menghias tangga bahasa . Refleksi : 1) Kekuatan Projek Setelah selesai menjalankan projek tangga bahasa ini, kami mendapati kekuatan utama di dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik. Salah satu daripada kekuatan tersebut

Upload: mis-sheila

Post on 01-Feb-2016

276 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelaksanaan Internship Tangga Bahasa

1

Laporan Pelaksanaan Internship

Nama Pelajar :Nur Faseha Said

Program :PISMP Matematik JANUARI 2012

Nama Sekolah : Sk Sembulan, Kota Kinabalu

Nama projek/aktiviti : Tangga Bahasa

Tempoh Pelaksanaan : 21 Oktober hingga 23 Oktober

OBJEKTIF

1) Menjadikan sudut tangga bahasa sebagai pusat untuk pelajar menambah ilmu

pengetahuan.

2) Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian

terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

3) Hasil kerja pelajar sebagai buah tangan/kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam

persekolahan rendah kelak.

Strategi pelaksanaan :

1) Perbincangan dengan mentor dan guru-guru bahasa Malaysia tentang cadangan projek

yang akan dianjurkan oleh guru pelatih

2) Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru besar.

3) Bermesyuarat kali kedua dengan guru-guru yang terlibat dan mengumumkan ahli

jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kerja.

4) Menyediakan barangan keperluan.

5) Memulakan proses menghias tangga bahasa .

Refleksi :

1) Kekuatan Projek

Setelah selesai menjalankan projek tangga bahasa ini, kami mendapati kekuatan utama di

dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik. Salah satu daripada

kekuatan tersebut ialah komitmen mentor dan guru-guru bahasa Malaysia yang sangat baik

dalam membantu kami melaksanakan projek internship berkumpulan ini. Mereka banyak

membantu dalam membimbing kami terutamanya dalam hal-hal penyediaan bahan susun

atur dan reka letak.

.

Page 2: Laporan Pelaksanaan Internship Tangga Bahasa

2

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti

Kelemahan yang pertama adalah dari aspek gangguan daripada murid-murid. Tangga

bahasa ini terletak di kawasan laluan utama murid-murid dan guru untuk pergi ke kantin.

Apabila kami selesai melekatkan bahan-bahan yang bersesuaian pada dinding tersebut,

keesokkan harinya kami mendapati bahan tersebut telah dicabut, dikoyakkan dan juga

dibuang ke lantai. Hal ini telah melemahkan semangat kami untuk meneruskan projek

menghuas tangga tersebut. Selain itu, kami juga menghadapi masalah pengurusan masa

semasa menjalankan projek ini sehingga projek ini seringkali tertangguh dan tidak dapat

siap pada tempoh yang telah ditetapkan. Namun begitu, kami tetap meneruskan projek ini

dan bertekad untuk menyiapkan projek ini sebelum tamat tempoh internship di sekolah ini.

Cadangan Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah semua guru mengambil langkah proaktif

dalam memastikan murid-murid tidak menganggu bahan-bahan yang telah dilekatkan di

sudut tangga bahasa ini. Selain itu, dengan keadaan murid yang gemar mengganggu

tersebut, kami juga mungkin boleh menghias tangga tersebut dengan hanya menggunakan

cat dan warna pelaka tanpa menggunakan sebarang bahan yang ditampal. Hal ini bagi

memastikan info-info yang diletakkan di sudut tersebut kekal lama dan boleh digunakan

sampai bila-bila.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, projek ini berjaya dilaksanakan dengan teratur dengan bantuan

gurwu-guru khususnya guru bahasa Malaysia di Sk Sembulan. Diharapkan projek ini akan

memberikan manfaat khususnya untuk murid-murid Sk Sembulan.

Page 3: Laporan Pelaksanaan Internship Tangga Bahasa

3

Dokumentasi Pelaksanaan Projek Tangga Bahasa

Sebelum

Page 4: Laporan Pelaksanaan Internship Tangga Bahasa

4

Page 5: Laporan Pelaksanaan Internship Tangga Bahasa

5

Page 6: Laporan Pelaksanaan Internship Tangga Bahasa

6