laporan pembajaan _radial-trench soil replacement technique

Upload: amalina-hamdani

Post on 12-Jul-2015

200 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI JALANJALAN PRESINT 5 DAN PRESINT 6, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

LAPORAN PROGRAM PEMULIHAN POKOK Delonix regia dan Jacaranda filicifolia DENGAN KAEDAH RADIAL-TRENCH SOIL REPLACEMENT

RISDA PLANTATION SDN. BHD.(Dahulu dikenali sebagai RISDA Smallholder Plantation Sdn Bhd)

1.0 Pengenalan 1.1

Delonix regia Delonix regia atau Semarak Api merupakan pokok yang berasal dari

famili Leguminosae. Pokok jenis ini diperkenalkan pada tahun 1840

dan

begitu popular ditanam sebagai pokok hiasan dan teduhan. Merupakan spesies daun luruh terutama sekali di negeri di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Tumbuh sehingga 15 meter tinggi dengan silaranya yang melebar atau mendatar dan rendang. Daunnya nipis, tidak padat kerana daunnnya kecil dan halus, menjadikan silaranya lutsinar dan memberikan teduhan yang sederhana. Bunganya berwarna merah terang dan kadangkala kekuningan terkeluar pada jambak bunga dengan pucuk atau daun muda. Buahnya kekacang sehingga 45 cm panjang, keras berwarna hitam dan pecah serta melepaskan biji benih tanpa menggugurkan kekacangnya. Pokok ini juga memiliki pertumbuhan yang cepat. Pokok ini juga sesuai ditanam di pinggir jalan dan lebuh raya, kawasan lapang dan taman serta menghiasi perkarangan bangunan yang luas. Tumbuh dengan baik di kawasan yang tanahnya subur dan bersaliran baik seperti di kawasan pinggir pantai. (Gambar 1)

Gambar 1. Delonix regia 1

1.2

Jacaranda filicifolia Jacaranda filicifolia yang berasal dari Amerika Selatan merupakan

sejenis pokok yang ditanam untuk tujuan hiasan. Mempunyai saiz kecil antara 10 m hingga 15 m tinggi. Silaranya nipis dan tidak sebentuk. Jacaranda filicifolia atau Jakaranda ialah sejenis pokok separa luruh. Daun halusnya akan gugur dan kadangkala diikuti oleh pembungaan. Bunganya berwarna ungu keluar pada hujung ranting. Buahnya kekacang, pipih berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kelabu coklat apabila matang. Di dalamnya terdapat biji benih nipis seperti kertas tisu yang tersusun rapat. Jakaranda mempunyai pertumbuhan sederhana cepat dan memerlukan tanah yang baik untuk tumbuh subur dengan bentuk yang menarik. Namun pembunggaannya tidak sekata atau tidak menyeluruh pada satu-satu pokok. (Gambar 2)

Gambar 2. Jacaranda filicifolia

2

1.3

Tanah Tumbuhan bergantung kepada beberapa sumber asas yang penting

untuk hidup seperti cahaya matahari, karbon dioksida, air dan juga nutrien mineral. Karbon dioksida dan cahaya matahari tersedia dalam jumlah yang banyak serta mudah diperolehi. Manakala air serta nutrien mineral merupakan sumber yang terhad bagi tumbuhan yang hanya boleh diperolehi dari tanah. Oleh sebab itu, tanah yang tidak subur akan menyebabkan tumbuhan turut tidak subur. Tanah terdiri daripada beberapa komponen seperti batu mineral, bahan organik, air, nutrien mineral yang tersedia untuk tumbuhan, ruang partikel udara (macropore dan micropore) dan organisma hidup selain tumbuhan (kulat, serangga, protozoa dan bakteria). Tanah merupakan satu aspek penting yang menyediakan bekalan air, kestabilan dan nutrien makanan untuk tumbuhan. Keberkesanan tanah dalam menyediakan kesemua sumber penting untuk tumbuhan ini bergantung kepada bebrapa faktor seperti pH tanah, komposisi mineral/kimia, kedalaman, cuaca persekitaran, tekstur dan kadar resapan tanah. Kedalaman tanah atau isipadu tanah bukan sahaja akan menghadkan pengakaran, tetapi juga kandungan tetap air dan nutrien yang ada untuk pertumbuhan pokok. Kadar resapan tanah merujuk kepada kapasiti bagi air untuk meresap di antara ruang partikel tanah serta bergerak melalui setiap horizon tanah. pH tanah pula berkait rapat dengan nutrien tanah tersedia untuk tumbuhan. Pada keadaan tanah yang berasid nutrien mineral mudah didapati. Akan tetapi tanah yang begitu berasid mempunyai kandungan Aluminium (Al) yang tinggi dan ion metal bertoksik yang lain. Penentuan kadar pH yang tepat untuk tanah amat penting untuk tumbesaran pokok. 2.0 Masalah Kepadatan Tanah di Tapak Keadaan akar pokok yang berpintal (girdle/circle) di tapak disebabkan keadaan tanah sekeliling lubang tanaman yang sangat padat dan berbatu meyebabkan tumbesaran bagi pokok Jacaranda filicifolia dan Delonix regia di tapak perlahan dan terbantut (Gambar 3). Kepadatan tanah merupakan 3

masalah yang kerap berlaku dalam landskap disebabkan oleh penarahan (pemotongan) tanah, penambakan tanah dan penggunaan jentera berat pada peringkat awal pembinaan (Gambar 4). Masalah ini berlaku apabila partikelpartikel tanah termampat dan seterusnya mengurangkan jumlah atau menghapuskan ruang udara dalam tanah. (Gambar 5)

Gambar 3. Keadaan pokok Jacaranda ficifolia dan Delonix regia yang kurang berdaun dan kurang subur. 4

BATU

TANAH YANG PADAT

Gambar 4. Tanah yang padat dan berbatu.

Gambar 5. Kesan kepadatan tanah kepada ruang udara dalam tanah. Tanah yang sangat padat kurang mengandungi macropore dan ini menjejaskan kadar serapan dan saliran air dalam tanah. Macropore berfungsi secara efektif dalam pengaliran air di antara ruang dalam tanah. Proses pertukaran gas dalam tanah turut terjejas dalam keadaan tanah yang sangat padat (terdapat kurang oksigen dalam tanah, karbon dioksida masih terkumpul pada akar pokok dan kadar pegangan air berkurangan).

5

Tanah yang mempunyai kepadatan yang sederhana boleh membantu dalam mengurangkan kadar kehilangan air dari tanah akibat proses pengewapan. Akan tetapi, tanah yang mempunyai kepadatan yang tinggi menghalang tumbesaran akar dan menghadkan pergerakan akar menembusi tanah untuk menyerap nutrien serta air. Ketidaksuburan tanaman penutup bumi juga merupakan kesan daripada tanah yang sangat padat. Pada kebiasaannya, tanah yang padat mengandungi kadar nutrien dan bahan organik yang rendah. Bahan organik merupakan pelekat semulajadi yang memegang partikel tanah dalam bentuk butiran di mana bertindak dalam menghindar kepadatan tanah berlaku. Bahan organik juga boleh

membekalkan sumber nutrien jangka panjang kepada pokok. 3.0 Cadangan Membaikpulih Keadaan di Tapak Terdapat beberapa kaedah atau teknik untuk membaikpulih keadaan tanah di tapak seperti Drill-hole soil replacement, soil cultivation, radial-trench

soil replacement dan juga sungkupan. Akan tetapi, untuk kerja membaikpulihkeadaan tanah di sepanjang jalan Presint 5 (laluan ke Pusat Sukan Rekreasi Air), teknik radial-trench soil replacement dilaksanakan. Teknik dilakukan dengan menggali beberapa parit atau lubang yang mengunjur keluar dari kawasan dripline pokok. Lubang digali mengelilingi pokok dengan

kedalaman lebih kurang 2.5 kaki (Gambar 6). Kemudian lubang yang digali diisi semula dengan campuran baja untuk menggantikan tanah asal yang padat dan berbatu (Gambar 7). Program membaikpulih keadaan tanah ini dilaksanakan sebanyak dua fasa yang mempunyai campuran baja yang berbeza, seperti berikut: a. Fasa 1 LM Plus (soil conditioner) + Jutani (baja organik) + urea b. Fasa 2 Jutani (baja organik) + urea Penyemburan racun kulat dan serangga dilakukan sebelum pengisian campuran tanah diisi ke dalam lubang (Gambar 8). Furadan (carbofuran) juga dicampur bersama campuran tanah. Penggunaan Furadan bertujuan supaya racun sistemik tersebut diambil bersama media yang lain sebagai langkah kawalan serangan serangga (Gambar 9).

6

Gambar 6. Parit/ lubang dalam anggaran sedalam 0.75m dan 0.3m lebar digali dikeliling pokok.

Gambar 7. Campuran tanah diisi ke dalam lubang yang telah digali.Fasa 1: LM Plus(Soil Conditioner) 40kg + Jutani (Baja organik) 20kg + urea 1kg Fasa 2: Jutani (Baja organik) 40kg + urea 1kg

7

Gambar 8. Lubang disembur dengan racun serangga dan racun kulat.Racun serangga: Chalcid 5.0SC (A.I: Fipronil) sebagai kawalan serangan anai-anai. Racun kulat: Pipertox 84.0 (A.I: copper oxychloride) sebagai kawalan penyakit akar.

Gambar 9. Racun Furadan (racun sistemik) dicampur sebanyak 250gm ke dalam campuran tanah.

8

Di bawah adalah butiran bagi rawatan memeperbaiki struktur tanah secara

Radial-Trench Soil Replacement di Jalan Presint 5(laluan ke Pusat SukanRekreasi Air): Kaedah Lokasi Pokok : Radial-trench soil Replacement : Jalan Presint 5 (laluan ke Pusat Sukan Air) : i) Delonix regia 186 pokok ii) Jacaranda filicifolia 121 pokok Baja yang digunakan : a. Fasa 1 i. ii. iii. LM Plus Jutani Urea 307 beg (40kg/beg) 153 beg (40kg/beg) 6 beg (50kg/beg)

b. Fasa 2 i. ii. Jutani Urea 307 beg (40kg/beg) 6 beg (50kg/beg)

Racun yang digunakan : a. Racun serangga i. ii. Chalcid 5.0SC Furadan 1 botol (1 liter/botol) 77 paket (1kg/paket)

b. Racun kulat i. Pipertox 84.0 1 kotak (1kg/kotak)

9

4.0

Keputusan Rawatan Selepas Membaikpulih Rawatan dengan menggunakan teknik Radial-trench soil replacement,

didapati memberikan kesan yang positif terhadap kedua-dua spesies pokok. Rawatan ini ternyata memperbaiki struktur tanah yang padat kepada struktur tanah yang lebih peroi. Tanah yang peroi ini boleh meningkatkan lagi pergerakan akar untuk menembusi tanah. Pergerakan akar yang lebih menyeluruh boleh menambah kestabilan pokok itu sendiri. (Gambar 10)

Gambar 10. Sistem akar pokok yang aktif menembusi tanah memberi kestabilan dan kesuburan kepada pokok.

10

Kehadiran organisma hidup di dalam tanah seperti cacing tanah, lipan dan ulat gonggok juga membantu dalam memperbaiki struktur tanah (Gambar 11). Organisma hidup tersebut bertindak sebagai pengurai kompaun organik termasuk baja organik dan sisa tumbuhan. Organisma ini mengasingkan gas nitrogen dan nutrien lain serta menukarkan nitrogen dalam atmosfera kepada bentuk yang boleh diserap oleh pokok. Kehadiran organisma tanah ini juga boleh meningkatkan jumlah ruang partikel udara dalam tanah. Terdapat hubungan simbiosis yang berlaku di antara pokok dan juga organisma tanah. Hasil sampingan (by-product) daripada pertumbuhan akar dan pokok menjadi makanan kepada organisma tanah. Organisma tanah pula akan membantu pokok dari segi proses penguraian bahan organik, kitar nutrien makanan, memperbaiki struktur tanah dan mengawal kehadiran makhluk perosak (Jadual 1). Contoh organisma tanah yang mengawal makhluk perosak adalah

T richoderm a

viride

(BTV01),

T richoderm a

harzianum

(BTH01&02),

Paecilom yces lilanicus, Pseudom onas fluorescens dan Bacillus subtilis. Kesemuacontoh organisma tanah tersebut mempunyai fungsi dalam menentang organisma perosak seperti Ganoderma sp., Fusarium sp., Phytopthera sp. dan lain- lain lagi.

Gambar 11. Kehadiran cacing tanah di dalam tanah.

11

Jadual 1. Jadual ini menunjukkan fungsi-fungsi organisma tanah. Dengan keadaan tanah yang telah subur, ia akan memberi kesan kepada keadaan pokok. Sekiranya diperhatikan keadaan pokok Delonix regia dan

Jacaranda filicifolia sebelum dan sesudah rawatan, terdapat penemuan yangmemberangsangkan seperti pertumbuhan pucuk baru, daun pokok yang lebih hijau dan rimbun. (Gambar 12 dan 13)

12

SEBELUM RAWATAN

SELEPAS RAWATAN Gambar 12. Perkembangan pokok Delonix regia selepas rawatan.

13

SEBELUM RAWATAN

SELEPAS RAWATAN Gambar 13. Keadaan pokok Jacaranda filicifolia sebelum dan selepas rawatan dilakukan.

14

5.0

Kesimpulan Tanah di sekeliling pokok yang digantikan dengan media campuran tanah yang baru mampu menyediakan tanah yang mempunyai kadar pegangan air yang lebih tinggi, menggalakkan aktiviti organisma tanah yang penting untuk pembaikan struktur tanah dan penguraian bahan organik. Keadaan tanah yang lebih peroi dan berongga akan membolehkan akar terus berkembang dan seterusnya menjadikan pokok lebih sihat dan stabil.

15