laporan penuh projek kemaskini stor sukan dan cat tiang gol
DESCRIPTION
REPORTTRANSCRIPT
PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013
LAPORAN PENUH PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT TIANG GOL
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG (SKBP)
DISEDIAKAN OLEH : GURU PELATIH IPGKDA
1.0 PENGENALAN
Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk
mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru
permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta
aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal
pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih
ini. Projek ini diberi nama “ Kemaskini Stor Sukan dan Cat Tiang Gol di Sekolah
Kebangsaan Bukit Pinang” yang melibatkan kami sendiri iaitu guru pelatih
semester 8 dalam menghias dan menyusun atur kembali stor sukan sekolah
serta mengecat semula tiang gol yang terdapat di SKBP.
2.0 RASIONAL
Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian
oleh pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana
bilik ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,
stor sukan perlu dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut
peredaran waktu selaras dengan kehendak keperluan semasa. Rasional projek
ini dibuat adalah untuk mengemaskini dan menyusun atur kembali stor sukan SK
Bukit Pinang agar lebih teratur, kondusif dan memudahkan segala pengurusan
keluar masuk barang dilaksanakan. Manakala tiang gol adalah salah satu
peralatan yang penting dalam banyak sukan yang cenderung dilaksanakan di
sekolah seperti tiang gol bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya.
Justeru, rasional mengecat semula tiang gol adalah bagi tujuan keselamatan dan
juga sebagai salah satu cara bagi menambahkan keindahan dan keceriaan
sekolah.
PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013
3.0 OBJEKTIF
Melalui projek ini, kami berharap akan dapat :-
i. Menjadikan stor sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang lebih kondusif
dan teratur untuk keselesaan guru dan murid.
ii. Meningkatkan keselamatan dalam penggunaan alatan sukan.
iii. Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan, cara
penggunaan alatan di stor sukan dan proses keluar masuk peralatan
sukan.
iv. Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.
v. Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor
sukan.
4.0 PROSES PELAKSANAAN PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT
TIANG GOL
5.1 SEBELUM PERLAKSANAAN
Berbincang bersama GPK Kokurikulum, Pn. Rohaya mengenai projek
yang akan dijalankan.
Membuat draf kertas cadangan dan meminta pandangan guru – guru.
Menyediakan kertas cadangan ‘Projek Kemaskini Stor Sukan dan
Tiang Gol’.
Menyerahkan kertas cadangan kepada Guru Besar SKBP untuk
mendapatkan kelulusan.
5.2 SEMASA PERLAKSANAAN
Mendapatkan peruntukan daripada sekolah.
Membersihkan stor sukan menyusun atur peralatan sukan.
Membeli cat dinding, cat kayu dan keperluan – keperluan lain yang
difikirkan sesuai untuk keceriaan stor sukan.
Mengecat tiang gol.
Memulakan proses mengecat dinding dan almari stor sukan.
Membuat draf banner untuk diletakkan di hadapan stor sukan.
PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013
Mendapatkan persetujuan daripaka GPK Kokurikulum dan Guru Besar.
Memenuhi dan menceriakan papan maklumat kokurikulum di hadapan
stor sukan.
Membuat label peralatan yang terdapat dalam stor sukan.
Menampal label tersebut mengikut kategori.
5.3 SELEPAS PERLAKSANAAN
Membuat laporan penuh Projek Kemaskini Stor dan Cat Tiang Gol.
Membuat refleksi projek.
Menfailkan segala maklumat dan laporan bergambar ke dalam fail
sekolah.
PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013
6.0 LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN
DAN CAT TIANG GOL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG
6.1 Kemaskini Stor Sukan