laporan perkhemahan 2014

8
Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya, 48000 Selangor. LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 TEMPAT: KEM LEMBAH GENTING BATANG KALI, SELANGOR TARIKH : 31 Oktober, 1 DAN 2 November 2014 ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM SK BUKIT RAWANG JAYA LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2014

Upload: sahreel

Post on 10-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh laporan perkhemahan

TRANSCRIPT

Page 1: laporan perkhemahan 2014

Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya, 48000 Selangor.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014

TEMPAT:

KEM LEMBAH GENTING BATANG KALI, SELANGOR

TARIKH :

31 Oktober, 1 DAN 2 November 2014

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM

SK BUKIT RAWANG JAYA

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2014

PENDAHULUAN

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Bukit Rawang Jaya, Rawang Selangor telah berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November 2014 di Kem Lembah Genting

Page 2: laporan perkhemahan 2014

Batang Kali Selangor. syukur ke hadrat ilahi kerana program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang dirancang. Sesungguhnya, kerjasama dan penglibatan semua pihak daripada pihak kem lembah genting, para guru dan murid-murid Sk Bukit Rawang Jaya yang baik telah membantu kelancaran program tersebut seterusnya memberi banyak faedah kepada semua pihak.

Pada kali ini seramai 58 orang murid daripada Pengakap, Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pergerakan Pueri Islam Malaysia telah berjaya merealisasikan objektif perkhemahan.

OBJEKTIF

Untuk mencungkil bakat kepimpinan peserta.

Untuk melatih sikap bertanggungjawab dan menanam sikap kekeluargaan serta kerjasama dalam ahli kumpulan.

Untuk membentuk ketahanan fizikal dan mental para peserta agar mempunyai sikap berdaya saing dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan.

Setiap peserta yang menyertai perkhemahan ini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang sangat mencabar seperti Night Walk, Jungle Tracking, Obstacle & River Crossing dan Flying Fox. Setiap pasukan juga terlibat dalam aktiviti yang menguji daya kreativiti dan kemahiran berfikir mereka melalui aktiviti Compass Orienteering dan juga Malam Aneka Ragam yang amat memerlukan mereka bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai objektif.

JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

Page 3: laporan perkhemahan 2014

PENASIHAT : En. Mohd Yazid@Mohd Paisal B. Mohamad Kamin

NAIB PENGERUSI : Pn. Jaina Bt. Seeni MohamedTIM PENGERUSI 1 : Pn. Chandradevi a/p ChelliahTIM PENGERUSI 2 : Pn. Zulaifah Bt. Mohd YussufPENYELARAS : En. Amirul SETIAUSAHA : En. Mohamad Syahril BaharomBENDAHARI : Pn. Norazlin B. SapuanKEM KOMANDAN : En. Kornain B. SabliPEN KEM KOMANDAN : Pn. Masrina Bt. Mohd Salleh

JAWATANKUASA KECIL PERKHEMAHAN : Semua guru SK Bukit Rawang Jaya.

UNIT:

Antara Unit beruniform yang terlibat ialah:

1. Pengakap

2. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)

3. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

4. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Urusetia Perkhemahan

AJK Pendaftaran

1. Pn. Raspal Kaur2. Pn. Mary Ann3. Cik Kala4. Pn. Tuty5. Pn. Raedah6. Pn. Zanariah7. Pn. Rohaya Shafie

AJK Makanan Hari Kedua

AJK Makanan Hari Pertama

1. Pn. Raspal Kaur2. Pn. Mary Ann3. Cik Kala4. Pn. Tuty5. Pn. Raedah6. Pn. Zanariah7. Pn. Rohaya Shafie

AJK Makanan Hari Ketiga

1. Pn. Saibatunnajmiah2. Pn. Koe Bi Hun3. Pn. Norazlin

Page 4: laporan perkhemahan 2014

1. Pn. Saibatunnajmiah1. Pn. Norazlina Sulaiman2. Pn. Koe Bi Hun3. Pn. Kamariah

AJK Aktiviti LDK

1. En. Salmi2. En. Hazam3. En. Kamal4. En. Hadi5. En. Wan Flaszy6. En. Anuzi7. En. Rozmam8. En. Mohd Harmizy9. En. Ahmad Nadzri10. En. Rahim11. En. Kornain12. Pn. Wan Rohana13. En. Ruzairi14. En. Mohamad Syahril15. Pn. Kamariah16. Pn. Norazlin

AJK Aktiviti Kerohanian

1. En. Anuzi2. En. Rozmam3. En. Rahim4. En. Kamal5. En. Ahmad Nadzri6. Pn. Koe Bi Hun7. Cik Kala

PROGRAM / AKTIVITI :

AJK Aktiviti Luar

1. En. Salmi2. En. Hazam3. En. Kamal4. En. Hadi5. En. Wan Flaszy6. En. Anuzi7. En. Rozmam8. En. Mohd Harmizy9. En. Rahim10. En. Kornain11. Pn. Wan Rohana12. En. Ruzairi13. En. Mohamad Syahril

Page 5: laporan perkhemahan 2014

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2014 Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya, Selangor.

TARIKH PERLAKSANAAN : 31 Oktober, 1 dan 2 November 2014.

TEMPAT : Kem Lembah Genting, Batang Kali Selangor.

MASA : Bermula pada jam 3.00 petang (31 Oktober 2014) hingga jam 3.00 petang (2 November 2014).

KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 3, 4, 5 dan 6

BILANGAN PESERTA : Seramai 58 orang

Unit

Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 JUMLAH

L P L P L P L P L P

Pengakap 2 3 3 6 3 1 14 4

PBSM 1 3 2 2 6 2

TKRS 1 5 1 2 2 8 3

PPIM 1 9 6 6 0 22

JUMLAH 4 1 11 13 10 6 3 11 28 31

DAPATAN :

KEKUATAN

Peserta perkhemahan memperoleh pelbagai pendedahan dan pengalaman baru melalui aktiviti yang dilalui. Selain itu, perkhemahan pada kali ini dapat membentuk ketahanan fizikal dan mental, disiplain serta ketepatan masa para peserta agar mempunyai sikap berdaya saing dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan apabila berdepan situasi yang sukar di dalam dunia sebenar.

KELMAHAN

Penyertaan perkhemahan pada tahun ini agak memuaskan berbanding tahun lepas. Ini kerana yuran yang dikenakan agak tinggi iaitu RM 110, walaupun ia bersesuaian dengan tempat dan aktiviti yang dijalankan namun ramai ibu bapa mempunyai komitmen lain yang perlu didahulukan. Selain itu, peserta tahun 6 juga agak kurang penyertaan ini disebabkan komitmen mereka pada aktiviti tahun 6 iaitu lawatan ke Sunway Lagoon yang

Page 6: laporan perkhemahan 2014

melibatkan perbelanjaan yang agak tinggi.

PENAMBAHBAIKAN:

Pihak sekolah akan berusaha menjalankan program perkhemahan tahun hadapan dengan bantuan ‘tajaan’ dari pihak PIBG dan organisasi luar seperti syarikat perniagaan dan orang perseorangan.

PENUTUP

Kebanyakan peserta memberi komitmen yang begitu tinggi dan memberi respon yang positif setelah berakhirnya perkhemahan ini. Mereka berjaya menunjukkan perubahan semangat dan disiplin yang tinggi dalam memberi kerjasama dan tolong menolong dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Perkhemahan pada tahun ini juga diharap setiap peserta berjaya menimba sebanyak mungkin pengalaman, sekali gus menjadikan mereka lebih matang dalam menempuh kehidupan masa sekarang dan akan datang. Seterusnya diharap kepimpinan dan daya tahan para peserta akan menjadi bertambah mantap, khususnya bagi setiap pemimpin kecil bagi pasukan unit beruniform.

Disediakan oleh

................................................(MOHAMAD SYAHRIL B. BAHAROM)Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform 2014SK Bukit Rawang Jaya, Selangor

Disahkan oleh

.................................................(ZULAIFAH BT. MOHD YUSSUF)GPK KokurikulumSK Bukit Rawang Jaya, Selangor.