laporan perkhemahan1
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
1/21
INSTITUT PENDIDIKAN PERGURUAN KAMPUS PULAU
PINANG
SIRI PERTAMA
TARIKH : 20 OKTOBER 2012
LOKASI :SJKC CHONG TEIK
NAMA PELAJAR : AMIRULLAH A/L O.N MOHD KASSIM
TESL A AMBILAN JUN 2011
(720408-07-5467)
NAMA PEMANTAU : Dr. MOHANARAJU ANNAMALAI
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
2/21
PRA
PERANCANGAN
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
3/21
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjahyang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedarakan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan sedardidedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa denganmenanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Pada tahun ini, Pengakap SJKC Chong Teik dengan kerjasama SMJK Sacred Heartdan SJKC Tar Thong diberi peluang untuk mengelolakan perkhemahan unit-unitberuniform yang melibatkan murid tahap 2.
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapaiobjektifnya.
Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluangkepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka.
Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan lagitali persaudaraan sesame murid dan juga guru.
2.0 NAMA PROGRAM
Perkhemahan Unit Beruniform (Pengakap) SJKC Chong Teik
3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
1) Mengukuhkan ilmu pendidikan luar pendidikan luar yang telah dipelajari sertaberkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
2) Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di sekolah.
3) Memnbina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
4) Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
5) Menerapkan sikap hormat menghormati sesama insan.
6) Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
4/21
4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan mendapat:
1) Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan Yang Maha Esa.
2) Bekerjasama dalam membina khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.
3) Tolong-menolong dalam aktiviti memasak.
4) Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti ikatan, memasak, dan merentashalangan.
5.0 JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
Cik Lai Choon Bee
(Guru Besar)
NAIB PENGERUSI
Pn Chuah Kooi Siam
(Penolong Kanan Kokurukulum)
KETUA PROJEK
En.Amirullah A/L O.N Mohd Kassim
PENOLONG KETUA PROJEK
Cik Lee Soek Kuen
SETIAUSAHA
Cik Balilah bt Mohd Bashah
BENDAHARI
En. Ng Choon Seng
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
5/21
KETUA PERKHEMAHAN
Cik Goh Sze Ying
(Guru Penasihat Pengakap SMJKC Sacred Heart)
6.0 AHLI JAWATANKUASA
AKTIVITI
1. En. Amirullah A/L O.N Mohd Kassim
2. Cik Lee Soek Kuen
PERALATAN
1. En. Tan Bing Guan
2. En. Tan Choon Hock
KESELAMATAN
1. Cik Yoeh Siew Bee
MAKANAN DAN MINUMAN
1. Cik Jamaliah bt Zainol Abidin
2. Pn. Ong Lay Ching
DOKUMENTASI
1. Cik Balilah bt Mohd Bashah
2. Cik Lee Soek Kuen
HADIAH DAN CENDERAMATA
1. Pn Heng Siuk Hua
DISPLIN PELAJAR
1. Cik Yoeh Siew Bee
2. Pn Tan Bee Kim
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
6/21
PENGESAHAN PENDAFTARAN
1. Cik Norsyuhadah bt Abd Majid
2. Pn Wong Mooi Sim
7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Hari : Sabtu
Tarikh : 13 Oktober 2012
Tempat : SJKC Chong Teik
Jurulatih : Jurulatih daripada Guru SMJK Sacred Heart
8.0 SASARAN PENYERTAAN
Program ini adalah mensasarkan kepada ahli unit beruniform Pengakap SJKC
Chong Teik dan SJKC Tar Thong seramai 67 orang.
9.0 SENARAI TUGAS
1. KETUA PROJEK
a) Membentuk jawatankuasa
b) Mempengerusikan mesyuarat
c) Merujuk kepada penasihat
2. PENOLONG KETUA PROJEK
a) Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
7/21
3. SETIAUSAHA
a)Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b) Urusan surat menyurat dan borang
4. BENDAHARIa) Mengutip, menyelaraskan dan menyediakan penyata kewangan berkaitanprogram
b) Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya
5. PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN
a) Merancang segala pengisian aktiviti
b) Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat
6. PERALATAN
a) Merancang dan menentukan perlatan yang diperlukan untuk program
b) Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan diletakkan distor sekolah dengan keadaan baik seperti asal.
7. KESELAMATAN
a) Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap
b) Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti
c) Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan
8.MAKANAN DAN MINUMAN
a) Merancang dan menentukan menu makanan
b) Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih
c) Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
8/21
9. DOKUMENTASI
a) Mencatat segala aktiviti yang berjalan
b) Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c) Menyediakan laporan perkhemahan dan dokomentasikan
d) Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untukdidokumentasikan
10. HADIAH/CENDERAMATA
a) Menyediakan hadiah dan cenderamata program
11. DISPLIN PESERTA
a) Mengawal displin para peserta sepanjang perkhemahan
12. PENGESAHAN PENDAFTARAN
a) Memastikan para peserta sudah berada di sekolah sebelum program dijalankan
b) Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiuasaha
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
9/21
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) CATATAN
Makanan dan minuman:
Pagi
Tengahari
Petang
RM2.00x 76 orang
RM5.00x 76 orang
RM2.00x 76 orang
RM152.00
RM380.00
RM152.00
Cenderamata/Hadiah RM116.00 RM116.00
Lain-lain RM100.00 RM100.00
Jumlah RM900.00
11.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
10/21
SABTU/20 0KTOBER 2012 MENU
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Air mineral
Bihun goreng
Air mineral
Nasi Ayam
Air kotak
Roti
12.0 TENTATIF PROGRAM
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
11/21
MASA PERKARA GURU BERTUGAS
7.00-7.30 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
7.30-8.00 pagi Taklimat Program Ketua Program
8.00-8.30 pagi Minum pagi AJK Makanan
8.30-12.00 tengahari Pertandingan Mencari HartaKarun
Jurulatih SMJKC SacredHeart
12.00-1.30 tengahari Makan tengahari AJK Makanan
1.30-2.00 petang Rehat
2.00-4.30 petang
i) Belajar ikatan
ii) Pertandingan ikatanJurulatih SMJKC Sacred
Heart
4.30-5.30 petang
i) Acara penutup
ii) Penyampaian hadiah
AJK Hadiah/Cenderamata
5.30-5.45 petang Makan petang AJK Makanan
5.45 petang Bersurai
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
12/21
LATAR BELAKANG PESERTA
MAKLUMAT PESERTA
DEMOGRAFI PESERTA
LATAR BELAKANG PESERTA
Para peserta terdiri daripada 13 orang peserta dari SJK(C) Tar Thong dan 54
orang peserta lagi terdiri daripada pelajar-pelajar dari SJK(C) Chong Teik.
Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Semua peserta terdiri
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
13/21
daripada ahli pengakap yang pernah mengikuti perkhemahan dan mempunyai
kemahiran asas dalam ilmu pengakap. Para peserta terdiri daripada mereka
yang tinggal di sekitar kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang.
MAKLUMAT PESERTA
Para peserta terdiri daripada 37 orang peserta lelaki dan 30 orang peserta
perempuan. Maklumat lengkap adalah seperti yang dilampirkan.
DEMOGRAFI PESERTA
Seramai 57 orang peserta terdiri daripada kaum Cina, 9 orang kaum Melayu dan
seorang kaum India.
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
14/21
PERSEKITARAN
PROGRAM
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP)
SJKC CHONG TEIK 11000, BALIK PULAU
PULAU PINANG.
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
15/21
Pendahuluan
Pada 13 Oktober 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Teik dengan
kerjasama Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Tar Thong dan Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Cina (SMJKC) Sacred Heart telah mengadakan satu program Kem Sehari
Pengakap Kanak-Kanak 2012 bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Chong Teik, Balik Pulau. Program ini berlansung dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul
5.45 petang.
Sabtu (13 Oktober 2012)
Pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi di kantin SJKC Chong Teik. Peserta
dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Satu kumpulan mempunyai 10 orang
peserta. Selepas pembahagian kumpulan, peserta diberikan sarapan sebelum program
bermula.
8.30 pagi
Semua peserta telah berkumpul di dalam dewan dan berada di kumpulan masing-
masing. Taklimat program telah disampaikan oleh Cikgu Amirullah A/L O.N Mohd
Kassim sebagai Ketua Program pada kali ini. Cikgu Amirullah memberi serba sedikit
maklumat mengenai perjalanan sepanjang program tersebut.
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
16/21
8.45 pagi
Peserta berkumpul mengikut kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menamakan
dan slogan kumpulan masing-masing. Aktiviti ini dibantu oleh Pengakap dari SMJKC
Sacred Heart.
9.00 pagi-12.30 tengahari
Aktiviti seterusnya adalah pertandingan Mencari Harta Karun. Pertandingan ini
menggunakan sistem stesen. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke
stesen yang lain untuk menjalankan aktiviti. Terdapat 8 stesen kesemuanya dan setiap
kumpulan harus melepasi setiap cabaran yang disediakan apabila berada di stesen
tersebut untuk membolehkan kumpulan tersebut bergerak ke stesen yang berikutnya.
Aktiviti ini berjalan dengan baik dan menyeronokkan. Aktiviti ini dikelolakan dengan baik
oleh Ketua Aktiviti Kim Boon Seng dan dibantu oleh pembantu urusetia serta guru.
Aktiviti ini telah dapat memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama antara satusama lain.
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
17/21
12.00 tengah hari
Peserta berehat sambil makan tengah hari yang telah disediakan oleh AJK Makanan.
Setiap peserta dikehendaki membuang bekas makanan dan minuman di dalam tong
sampah yang telah disediakan.
1.30 petang
Pelajar Muslim ke Bilik Agama SJKC Chong Teik untuk solat Zohor berjemaah dan
imami oleh Muhammad Aiman,peserta program ini. Manakala peserta bukan Muslim
membuat senamanrobik yang dikelolakan oleh urusetia program. Aktiviti ini berjalan
baik dengan bantuan radio dan peserta gembira sambil bersenamrobik. Satu aktiviti
yang menyihatkan badan dan menghiburkan.
2.0 petang
Aktiviti seterusnya adalah belajar ikatan. Aktiviti ini dilakukan di dewan SJKC Chong
Teik. Fasilitator ditempatkan pada setiap kumpulan untuk menunjukkan ikatan yang
digunakan dalam perkhemahan pengakap. Guru memantau aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti ini dapat melihat kemahiran peserta berfikir secara kritis dan kreatif.
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
18/21
3.00 petang
Selepas belajar ikatan, satu pertandingan ikatan telah diadakan. Pertandingan ini
diadakan untuk melihat tahap kefahaman mereka dalam mempelajari ikatan. Ikatan
yang paling kemas, pantas dan betul cara ikatan akan dikira pemenangnya. Kumpulan
yang berjaya adalah Kumpulan 4. Aktiviti ini dibantu oleh urusetia dan guru.
Selepas itu, urusetia mengisi aktiviti dengan pelbagai permainan berkaitan dengan
pengakap seperti kerusi beracun, dan tepuk pengakap.
4.30 petang
Acara penutup dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Program Cikgu Amirullah dan
seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Guru Besar SJKC Chong Teik Cik Lai
Choon Bee. Penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh Guru Besar SJKC
Chong Teik dan Penolong Kanan SJKC Tar Thong.
Keputusan pertandingan seperti berikut:
BIL ACARA PEMENANG
1 PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN KUMPULAN 7
2 PERTANDINGAN IKATAN KUMPULAN 4
Sebelum bersurai, sesi fotografi diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.
5.45 petang
Makan petang disediakan oleh AJK Makanan dan seterusnya bersurai.
Penutup
Kem Sehari Pengakap berjalan dengan lancar. Semua aktiviti dijalankan dengan baik
dan teratur. Keseluruhan objektif kem ini tercapai dan diharapkan aktiviti sperti ini dapat
diteruskan demi manfaat murid itu sendiri. Kem ini berjaya dengan adanya kerjasama
antara SJKC Tar Thong dan SMJKC Sacred Heart.
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
19/21
LAPORAN
REFLEKTIF
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
20/21
13.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan
insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu
sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.
Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa
berlaku sebarang kemalangan dan kecederan.
Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta
segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk
individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama
ini dengan lebih baik.
REFLEKSI
KEBAIKAN
1) Kem Pengakap telah memupuk semangat berpasukan di antara peserta. Peserta
dilihat tolong-menolong sesama peserta di dalam kumpulan masing-masing.
Contonya di dalam pertandingan Mencari Harta Karun. Di sini kita dapat lihat para
-
7/29/2019 LAPORAN PERKHEMAHAN1
21/21
peserta saling tolong-menolong untuk memastikan kumpulan mereka mencapai
kemenangan.
2) Di samping itu, nilai-nilai murni dapat diterapkan pada diri setiap insan.
Contohnya sikap berani dalam apa jua keadaan, berdaya saing, bersungguh-
sungguh, tolong-menolong,bekerjasama, berkeyakinan dan sebagainya.
3) Para peserta juga dapat belajar mendisplinkan diri. Contohnya, para peserta
diminta berkumpul sebelum masa yang telah ditentukan oleh fasilitator. Di sini, para
peserta haruslah menepati masa dan mereka belajar untuk mendisplinkan diri.
4) Selain itu, para peserta dapat menambahkan kemahiran softskill dan kemahiran
bertutur di kalayak ramai. Contohnya, peserta di minta untuk memperkenalkan
kumpulan masing-masing di hadapan. Ini dapat meningkatkan keyakinan mereka di
dalam berkomunikasi.
5) Peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan yang baru seperti belajar
ikatan. Peserta diajar cara ikatan pengakap yang sebenarnya oleh fasilitator yang
berkemahiran di dalam bidang Pengakap.
KELEMAHAN
1) Program tidak berlangsung pada waktu yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan
waktu menjadi terhad dan tidak mencukupi.