laporan pertandingan anugerah inovasi kerajaan...
TRANSCRIPT
LAPORAN PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA
TAHUN 2017
TAJUK INOVASI
LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA DRONE
(LPM SKYVIEW AGENT)
NAMA PEREKA CIPTA
LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA Aras 10, Menara MITC, Jalan Konvensyen,
Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
1.0 PENGENALAN
1.1 PENERANGAN MENGENAI JABATAN
Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan Negeri
Melaka yang ditubuhkan pada 17.12.2002 melalui Enakmen Lembaga
Perumahan Melaka (ELPM) 2002 yang di warta pada 17.12.2002 seperti Warta
Kerajaan Jilid 46 No. 25 Tahun 2002. Sebelum Lembaga Perumahan Melaka
ditubuhkan , ia terletak di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kerajaan Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang menubuhkan Lembaga
selepas Kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan peranan Kerajaan Negeri
di sektor perumahan.
1.1.1 Visi
Menjadi Organisasi Yang Unggul Dalam Pembangunan Perumahan
Negeri
1.1.2 Misi
Menggubal Dasar dan Menyelaras Pembangunan Perumahan Mampu
Milik Negeri Melaka Bagi Mencapai Misi “Satu Keluarga Sebuah
Rumah” Ke Arah Melaka Maju Fasa II.
1.1.3 Objektif Jabatan
a) Memperkasakan Kapasiti dan Keupayaan Lembaga Perumahan
Melaka. Merancangkan, melaksana & menyelaras pembangunan
projek perumahan bagi mencapai misi ‘Satu Keluarga Sebuah
Rumah’.
b) Mewujudkan suasana perumahan yang selesa, harmoni dan
mampu dimiliki.
c) Bertindak sebagai pusat rujukan dan pemudahcara perumahan
Negeri Melaka.
d) Menggalakkan amalan teknologi hijau dalam pembangunan
perumahan Negeri Melaka.
1.1.4 Peranan Jabatan
Tanggungjawab LPM merangkumi :
a) Merancang, membangunkan, melaksanakan dan menggalakkan
pembangunan serta menjalankan pemasaran dan penjualan
perumahan terutamanya bagi perumahan awam dan mampu
milik.
b) Menjalankan peranan penyelarasan antara agensi bagi
membolehkan kemajuan dan perlaksanaan pesat pembangunan
perumahan.
c) Mengurus dan mengutip sewaan Rumah Awam / Pangsa
Kerajaan Negeri serta mengutip hasil jualan Perumahan Awam
Kos Rendah.
d) Mengurus, menyelenggara dan memantau projek perumahan
Awam / swasta di Negeri Melaka.
e) Memantau projek perumahan terbengkalai Negeri Melaka.
f) Sumber maklumat perumahan Negeri Melaka.
g) Melayani aduan awam berkaitan perumahan.
1.1.5 Piagam Pelanggan
a) Memproses pembelian rumah kos rendah (borang telah lengkap)
setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengisian
Lembaga Perumahan Melaka dalam tempoh 30 hari bekerja.
b) Memproses permohonan geran rumah awam dan rumah pangsa
Kerajaan dalam tempoh 14 hari setelah mendapat pengesahan
bayaran.
c) Memastikan aduan kerosakan rumah awam dan rumah pangsa
dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja.
d) Memastikan aduan awam dilaksanakan dalam tempoh 7 hari
bekerja.
e) Memastikan kutipan sewa rumah pangsa dan rumah awam
Kerajaan Negeri dibuat secara bulanan.
PENGARAH EKSEKUTIF (N52)
BAHAGIAN PENTADBIRAN & PSM
PEG.TADBIR (N41)
PEM.OPSI (N11)
P.NOTIS (N11)
P.NOTIS (N11)
PEMANDU (H11)
PEMANDU (H11)
PT P/O (N17) PT P/O (N17)
BAHAGIAN KEWANGAN
AKAUNTAN (N41)
PT KEW (W17)
PT KEW (W27)
PT P/O (N17)
PPT (N27)PEN.AKAUNTAN
(W27)
BAHAGIAN TEKN.MAKLUMAT
PEN.PEG.TEK.MAKLMT
PT P/O (N17) PT P/O (N17)
BAHAGIAN KOM.KORPORAT
PEG.PEMASARAN (N41)
KPT (N22)
PT P/O (N17)
PT P/O (N17)
PT P/O (N17)
BAHAGIAN PEMASARAN
PEG.TADBIR (N41)
PT P/O (N17)
PT P/O (N17)
PT P/O (N17)
PPK (N17)
PPK (N17)
PTR (N11)
BAHAGIAN PERUNDANGAN &
PENGUATKUASAAN
PPUU (L29)
PPT (N27)
PPK (N17)
PPK (N17)
PPK (N17)
PPK (N17)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
PEG.TADBIR (N41)
PT P/O (N17)
PEN.JURUTERA (J29)
PEN.JURUTERA (J29)
BAHAGIAN KEJURUTERAAN
JURUTERA (J41)
PT P/O (N17)
PEN.PEG.PRNCG BNDR (J29)
PEN.JURUTERA (J29)
PEMBANTU KHAS (N17)
1.1.6 Carta Organisasi
1.2 PENGENALAN MENGENAI INOVASI
1.2.1 Tujuan Projek Inovasi
Ciptaan ini merupakan alat yang dikemaskini dan dipelbagaikan penggunaan drone
untuk meningkatkan keberhasilan dalam kerja-kerja pemantauan, baikpulih dan
memberi persektif secara lebih perinci dan menyeluruh.
1.2.2 Objektif Projek
a) Memudahkan pemantauan projek dijalankan secara menyeluruh di tapak.
b) Mengurangkan masa dan risiko dalam memantau dan penyelenggaraan.
c) Meningkatkan kualiti visual dalam penyediaan laporan dan mesyuarat.
1.2.3 Proses Pelaksanaan Inovasi
Pelaksanaan inovasi ini dibuat secara in-house di mana semua peralatan
diperoleh melalui pembelian drone dan digunakan secara menyeluruh dan
pelbagai keadaan serta keperluan.
1.2.4 Tempoh Pelaksanaan
Pelaksanaan inovasi LPM Skyview Agent ini telah dimulakan pada Januari
2016 dan proses ini berterusan sehingga kini.
1.2.5 Peringkat Pelaksanaan
Bagi permulaan pelaksanaan inovasi LPM Skyview Agent. Pelaksaan ini
dilakukan secara berperingkat, berikut adalah peringkat yang telah dilalui
dalam menjayakan pelaksanaan inovasi ini :
a) Arahan - Arahan daripada Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan
Melaka untuk bersama-sama mencari jalan untuk mendapatkan keadaan
sebenar dan menyeluruh status projek ditapak dan menjalankan
penyelenggaraan secara berkala bagi bagi bangunan dibawah seliaan
LPM.
b) Cadangan - Semua bahagian diminta untuk mengemukakan cadangan
c) Prototaip - Setelah semua cadangan diterima, LPM Skyview Agent telah
dipilih dan prototaip bagi inovasi ini telah dibuat untuk proses pengujian.
d) Perubahan sistematik – Beberapa kali perubahan telah dilakukan ke atas
LPM Skyview Agent ini bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa
agar fungsinya dapat digunakan secara optima.
1.2.6 Implikasi Kewangan (jika ada)
Implikasi kewangan yang ketara dapat dilihat pada lawatan tapak yang
dijalankan kerana petugas tidak perlu lagi masuk ke segenap sudut tapak utk
melihat status semasa projek. Masa petugas penyelenggaraan dapat
dijimatkan dan disamping mengurangkan risiko kemalangan terutama bagi
kerja-kerja melibatkan tempat tinggi.
1.2.7 Kaedah Pencetusan Idea
Cetusan idea ini bermula daripada isu menjalankan kerja-kerja pemantauan
projek perumahan untuk dibentangkan pada kerajaan negeri. Ditambah pula
petugas penyelenggaraan menghadapi cabaran dan risiko kemalangan
untuk memantau keadaan bangunan tinggi terutama di rumah awam jenis
pangsa dan PPR. Oleh itu, satu perbincangan telah dibuat bersama
Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka untuk menyelesaikan isu
tersebut daripada terus berlanjutan. Hasil perbincangan telah bersetuju
untuk menggunakan drone secara khusus bagi tugas-tugas tersebut.
1.2.8 Kategori Inovasi
Kategori inovasi bagi LPM Skyview Agent adalah Inovasi Produk
1.2.9 Indikator Inovasi
Indikator inovasi bagi LPM Skyview Agent ini adalah menjimatkan masa,
tenaga, dan meningkatkan keselamatan petugas.
2.0 Perihal Gambarajah Inovasi
Gambar 1
Gambar 2
A B
C D
E
Gambar 3
Untuk memudahkan fungsi drone ini difahami, di sini disertakan gambarajah
yang berkaitan sebagai rujukan selanjutnya.
Gambar 1 adalah 2 komponen utama drone iaitu aircraft (A) dan remote (B).
Merujuk kepada Gambar 2, boleh dilihat pecahan komponen yang ada pada
drone iaitu propeller (C), charger/cable (D), dan beg (E) bagi tujuan
meyimpan dan melindungi drone serta peralatan lain.
Gambar 3 menunjukkan fungsi dan kegunaan aircraft dan remote.
3.0 KEGUNAAN LPM SKYVIEW AGENT
3.1 Kepelbagaian Penggunaan LPM Skyview Agent
BIL KEGUNAAN KETERANGAN
1
DAV CALCULATION
PENGUKURAN DISTANCE, AREA DAN VOLUME MELALUI STARTING FLY
POINT ATAU TAKEOFF POINT
2
MAPPING & ACTUAL VIEW
MAPPING BY POINT COMBINATION DAN PELAPORAN “ACTUAL VIEW”
SUSUNATUR TAMAN PERUMAHAN BERBANDING PELAN KM SEBENAR
3
EARLY & FOLLOW ME REPORTING
SEMAKAN CUT N FILL , JENIS DAN UMUR TANAMAN, SERTA FINAL
DISCHARGE UNTUK PROJEK PERUMAHAN
RAKAMAN KEADAAN SEMASA TAPAK MELALUI FOLLOW ME SECARA
AUTOMATIK SETTING.
4
SKYVIEW AGENT
AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA PERTAMA GUNA DRONE UNTUK
PEMANTAUAN LAPORAN PROJEK PERUMAHAN (ALP DAN JKEP)
PEMANTAUAN KEMASUKAN PENYEWA PROJEK PERUMAHAN RAKYAT
MELALUI PELAPORAN PENGGUNAAN PARKING KERETA DAN LAMPU
RUMAH
5
REAL LAYOUT PLANNING
PERANCANGAN “REAL LAYOUT PLANNING” MAJLIS BESAR KERAJAAN
NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
6
PREVENTIVE MAINTANANCE CREW
PEMERIKSAAN DINDING DAN BUMBUNG BOCOR SERTA PEMERIKSAAN
TANGKI PADA BANGUNAN YANG TINGGI DAN PEMERIKSAAN LAMPU
PADA WAKTU MALAM DARI RUANG UDARA
7
INSPECTOR DRONE
PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN COPPER TAPE LIGHTNING ARRESTER
DI RUANG BUMBUNG YANG SUKAR DI LIHAT DAN PEMANTAUAN GEJALA
SOSIAL, DADAH DAN VANDALISME DI SESUATU KAWASAN PERUMAHAN
PADA WAKTU MALAM
8
SUPERVISOR IN THE SKY
PEMERIKSAAN STATUS KERJA YANG DILAKSANAKAN OLEH
KONTARKTOR PEMBERSIHAN DAN KONTRAKTOR KESELAMATAN
PEMANTAUAN PROJEK DARI JARAK JAUH MELALUI RUANG UDARA
WALAUPUN PINTU UTAMA PROJEK DITUTUP DAN SEKIRANYA TIDAK
DIBENARKAN MASUK
9 ONE ANGLE EYE PELAPORAN SATU PROJEK DARI MULA KERJA HINGGA SIAP
MEMPEROLEHI SIJIL PERAKUAN DAN PEMATUHAN (CCC) PADA SATU
TITIK TAKEOFF YANG SAMA UNTUK ANGLE YANG SAMA
10 EYE OF BIRD PENERBANGAN DUA DRONE SECARA SERENTAK PADA KETINGGIAN
YANG SAMA BAGI MELAPORKAN DUA SUDUT PROJEK SEPERTI
DERETAN RUMAH KIRI DAN KANAN DAN DOSATUKAN DALAM TWO
WINDOW VIDEO.
11 LIVE STREAMING VIDEO PELAPORAN KEADAAN SEMASA TAPAK PROJEK PERUMAHAN SECARA
LIVE VIEW DI DALAM SESUATU MESYUARAT.
3.1.1 DAV Calculation
a) Pengukuran jarak horizontal dan vertical serta kiraan area dan volume melalui
starting fly point atau takeoff point
b) Gimbal calibration hendaklah dilaksanakan bagi memastikan kamera berada
dalam keadaan stabil dan baik
c) Compass calibrataion juga perlu dilaksanakan bagi memastikan takeoff point
dapat ditentukan pada satu titik
3.1.2 Mapping & Actual View
a) Gabungan titik takeoff bagi menghasilkan mapping kawasan dan pelaporan
“actual view” susunatur taman perumahan berbanding pelan km sebenar
b) Perbandingan dilaksanakan diantara rakaman udara pada ketinggian maksima
500m dan diameter 5000m
c) Plotting km sebenar yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
dapat dilihat perbezaan samada selari atau tidak dengan actual view yang
dilaksanakan
3.1.3 Early & Folow Me Reporting
a) Semakan cut n fill , jenis dan umur tanaman, serta final discharge untuk projek
perumahan
b) Melalui maklumat yang diperolehi, anggaran nilaian tanah dan juga pampasan
tambahan tanah dapat ditentukan
c) Kebolehupayaan dan juga kebolehpasaran sesuatu projek juga dapat dibuat
berdasarkan lokasi serta kemudahan dikawasan sekeliling yang dirakam
melalui pernerbangan.
3.1.4 Skyview Agent
a) Agensi kerajaan negeri melaka pertama guna drone untuk pemantauan laporan
projek perumahan bagi mesyuarat ALP LPM dan Mesyuarat Jawatankuasa
Khas Ekspress Perumahan (jkep) yang dipengerusikan oleh yab ketua menteri
melaka.
b) Semasa mesyuarat alp tersebut, sebanyak 36 projek perumahan dapat
dilaporkan dalam masa 7.35 minit.
c) Ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk melihat keadaan tapak projek
berbanding lawatan turun padang satu persatu tapak projek.
Pameran kali pertama Drone Kepada YAB Ketua Menteri Melaka
Pelaporan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ekspress Perumahan
Pelaporan Dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah LPM
Pelaporan 37 Projek Perumahan Dalam Masa 7.35 minit @ 12.29 saat/projek
BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU UNIT RMM
PEMANTAUAN PROJEK USAHASAMA LPM
1 RMM BANDAR HIJAU AYER KEROH BINTANG URUSJUTA SB 710
2 MGO HOME DURIAN TUNGGAL WAWASAN INTACT PROPERTIES SB 129
3 RMM KUALA SUNGAI BARU MEGA 3 HOUSING SB 393
4 RMM PARIT MELANA SMS REALTY SB 225
5 RMM PULAI FONION DEVELOPMENT SB 304
6 PMM BUKIT BARU SHANG HEIGHT REALTY SB 72
7 RMM BELIMBING NKS DEVELOPMENT SB 257
PEMANTAUAN PROJEK CONVERT
8 TAMAN SUNGAI UDANG INDAH GABUNGAN EHSAN SB 103
9 TAMAN BUKIT KATIL DAMAI ALPHA MARVEL SB 116
10 TAMAN GADUNG BAHAGIA THIAN REALTY SB 24
11 TAMAN PAYA RUMPUT INDAH GABUNGAN EHSAN SB 43
12 TAMAN PAYA RUMPUT PERDANA GJH AVENUE SB 116
PEMANTAUAN PROJEK RMM SWASTA/AGENSI
13 RMM BUKIT RAMBAI AYU RIA SDN BHD 27
14 TAMAN KLEBANG JAYA REKABINA PERTIWI SB 35
15 RMM TANJUNG MINYAK KIARA HARAPAN SB 10
16 RMM TAMAN GADUNG BAHAGIA THIAN REALTY SB 24
17 TAMAN PERTAM JAYA PERTAM 432
18 RMM TAMAN SERULING JAYA MNM HARTANAH 476
19 RMM TAMAN DALONG SENTOSA BUKIT KENYALANG DEV 47
20 TAMAN TANJUNG MINYAK PERDANA KIARA HARAPAN SB 324
PEMANTAUAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
21 PPR KRUBONG GEMAWAN BINA SB 600
22 PPR TEHEL PERMATA REBANA SB 500
23 PPR KLEBANG SIERRA TEGUH SB 255
PEMANTAUAN PROJEK RUMAH IDAMAN RAKYAT (RIR)
24 RIR KELUBI SPNB 248
25 TAMAN SUTERA WANGI SPNB 250
PEMANTAUAN PROJEK PPA1M
26 PPA1M JASIN BISTARI HOMEWISE CONSTRUCTION SB 546
27 PPA1M TANJUNG MINYAK MERAK MESRA SB 95
28 PPA1M SATRIA AVENUE TPG DEVELOPMENT SB 300
PEMANTAUAN PROJEK PRIMA
29 PRIMA BALAI PANJANG JERAM ANGGUN SB 980
30 PRIMA A’FAMOSA TANJUNG RATNA SB 755
31 PRIMA ALOR GAJAH PRSARANA PERSONA SB 1160
32 PRIMA PULAU SEBANG WINTARIJAYA SDN BHD 1,058
33 PRIMA TAMAN SERINDIT POTENSI LESTARI SB 2070
34 PRIMA DURIAN TUNGGAL BUILD TREKKER SB 772
35 PRIMA MELAKA TENGAH 1 WESB REALTY SB 600
36 PRMA TANJUNG KLING 1 DAN 2 MAJU PUNCAK BUMI SB 648
37 PRIMA AYER PANAS YENG CHONG REDALTY 1760
3.1.5 Real Layout Planning
a) Perancangan “Real Layout Planning” majlis besar kerajaan negeri dan
kerajaan persekutuan
b) Real layout dapat dihasilkan dengan lebih tepat kerana maklumat yang diplot
lengkap dengan pengukuran panjang dan lebar
c) Contoh majlis yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya menggunakan
kaedah real layout palnning ini adalah lawatan yab perdana menteri melaysia
ke projek perumahan rakyat tehel pada 10 April 2017.
3.1.6 Preventive Maintanance Crew
a) Pemeriksaan penyelenggaraan dinding dan bumbung bocor serta pemeriksaan
tangki pada bangunan yang tinggi
b) Rakaman udara melalui drone ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah video dan juga snapshot photo pada satu sesi penerbangan yang
sama.
c) Zooming image dapat dilaksanakan pada item yang kecil seperti keretakan
dinding, kebocoran bumbung dan juga kerosakan gutter.
3.1.7 Inspector Drone
a) Pemantauan dan pemeriksaan kecurian copper tape lightning arrester di ruang
yang sukar di lihat seperti diatas bumbung yang cerun dan tinggi.
b) Risiko pekerja bagi tujuan pemeriksaan secara manual dapat dielakkan secara
keseluruhannya kerana rakaman pemeriksaan dilaksanakan dari ground level
sahaja tanpa perlu memanjat ruang bumbung yang berbahaya.
c) Penjimatan masa dan tenaga berbanding pemeriksaan manual oleh technician.
Pemeriksaan Copper Tape secara manual
Pemeriksaan Copper Tape menggunakan drone
3.1.8 Supervisor In The Sky
a) Pemeriksaan status kerja yang dilaksanakan oleh kontarktor pembersihan dan
kontraktor keselamatan
b) Pemeriksaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dari ruang udara samada
pekerja pembersihan serta pengawal keselamatan berada ditapak atau tidak
melalui satu takeoff point sahaja.
c) Kadar kebersihan dan pencerobohan sesuatu kawasan melalui pagar juga
dapat dikenalpasti.
4.0 IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI
4.1 Hasil penggunaan Skyview Agent
BIL KEGUNAAN KETERANGAN
KEKERAPAN
PENERBANGAN
SETAHUN
KADAR SEWAAN
DRONE PEMBEKAL
(RM3,000.00 /
PENERBANGAN)
1 DAV CALCULATION PENGUKURAN JARAK HORIZONTAL DAN
VERTICAL MELALUI STARTING FLY POINT
ATAU TAKEOFF POINT
10 KALI 10 X RM3,000.00
= RM 30,000.00
2 MAPPING & ACTUAL
VIEW
PELAPORAN “ACTUAL VIEW” SUSUNATUR
TAMAN PERUMAHAN BERBANDING
PELAN KM SEBENAR
50 KALI 50 X RM3,000.00
= RM 150,000.00
3 EARLY & FOLLOW
ME REPORTING
SEMAKAN CUT N FILL , JENIS DAN UMUR
TANAMAN, SERTA FINAL DISCHARGE
UNTUK PROJEK PERUMAHAN
20 KALI 20 X RM3,000.00
= RM 60,000.00
4 SKYVIEW AGENT AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA
PERTAMA GUNA DRONE UNTUK
PEMANTAUAN LAPORAN PROJEK
PERUMAHAN (ALP DAN JKEP)
8 KALI 8 X RM3,000.00
= RM 24,000.00
5 REAL LAYOUT
PLANNING
PERANCANGAN “REAL LAYOUT
PLANNING” MAJLIS BESAR KERAJAAN
NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
14 KALI 14 X RM3,000.00
= RM 42,000.00
6 PREVENTIVE
MAINTANANCE
CREW
PEMERIKSAAN DINDING DAN BUMBUNG
BOCOR SERTA PEMERIKSAAN TANGKI
PADA BANGUNAN YANG TINGGI
24 KALI 24 X RM3,000.00
= RM 72,000.00
7 INSPECTOR DRONE PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN
COPPER TAPE LIGHTNING ARRESTER DI
RUANG BUMBUNG YANG SUKAR DI LIHAT
24 KALI 24 X RM3,000.00
= RM 72,000.00
8 SUPERVISOR IN THE
SKY
PEMERIKSAAN STATUS KERJA YANG
DILAKSANAKAN OLEH KONTARKTOR
PEMBERSIHAN DAN KONTRAKTOR
KESELAMATAN
24 KALI 24 X RM3,000.00
= RM 72,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 174 KALI 174 X RM3,000.00
= RM 522,000.00
Nisbah Belanja Kepada Penjimatan
Kos LPM DRONE = RM10,000.00
Bil Unit LPM DRONE = 2 unit Kos Perbelanjaan = RM 10,000.00 x 2 unit = RM 20,000.00
Impak Penjimatan
(Kos Perbelanjaan = RM 20,000.00) x 100% = 3.83%
(Penjimatan 2016 = RM522,000.00) Nisbah Belanja Kepada Penjimatan = 3.83% : 96.17%
= RM 1.00 : RM 25.10 (SETIAP RM1 YANG DIBELANJAKAN AKAN MENJIMATKAN RM25.10)
5.0 IMPAK INOVASI
a) Menjimatkan kos perbelanjaan bagi sewaan drone luar
b) Menjimatkan masa dan tenaga kerja penyelenggaraan
c) Memudahkan dan mempercepatkan proses pemantauan projek
d) Mengurangkan risiko dan keselamatan bekerja secara manual
e) Memastikan pembangunan perumahan negeri sistematik dan terancang
f) Mudah untuk mengukur lebar dan jarak kawasan yang sukar dilalui
g) Mudah untuk menentukan ketinggian sesuatu bangunan perumahan
h) Mengelakkan kegagalan perancangan susunatur majlis besar kerajaan
i) Memudahkan untuk mengumpul info maklumat dan mukabentuk tanah
6.0 Perkongsian Pintar Dengan Pihak Berkuasa Perumahan Negeri Lain
Sepanjang tahun 2016, sebanyak 2 SUK Bahagian Perumahan iaitu Pahang dan
Perak telah datang membuat lawatan dan mempelajari kaedah pengunaan LPM
Skyview Agent yang dilaksanakn oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM).
Berdasarkan lawatan tersebut, semua SUK Bahagian Perumahan terbabit amat
tertarik dan berminat untuk menggunakan aplikasi yang sama bagi mengatasi
pemantauan dan penyelenggaraan bangunan bertingkat.
Lawatan SUK Pahang di LPM Lawatan SUK Perak di LPM
7.0 PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Kesan daripada penggunaan ini, LPM Skyview Agent juga menerima permohonan
daripada agensi lain untuk membantu mereka dalam memantau pembangunan dan
keadaan semasa projek mereka. Antara agensi yang telah memohon bantuan
adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Perbadanan Kemajuan
Negeri Melaka (PKNM) dan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Melaka. Keadaan ini
sekaligus meningkatkan imej LPM dan mengeratkan hubungan LPM dengan agensi
lain.
8.0 PENUTUP
Mulai tahun 2016, penggunnan LPM Skyview Agent ini dikembangkan dan
diluaskan penggunaanya kepada projek-projek baru, dalam pembinaan dan
pemantauan perumahan dibawah penyeliaan LPM berdasarkan petunjuk prestasi
yang cemerlang semasa pemantauan projek dan penyelenggaraan bangunan.
Selain itu, Pihak LPM bercadang untuk membantu agensi lain melalui perkhidmatan
drone kepada agensi lain dengan kadar harga yang akan ditentukan kemudian.
Disediakan Oleh :
MOHD SALLEH BIN HAMIDOM
Timbalan Pengarah 1
Lembaga Perumahan Melaka
Tel : 019-6823565
Emel : [email protected]