laporan pertandingan bercerita bahasa melayu tahap 2 -dah diedit
DESCRIPTION
laporanTRANSCRIPT
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
Laporan Aktiviti Pertandingan Bercerita Tahap 2 Anjuran Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Agama Sibu
2014
Peringkat : Sekolah
Nama Sekolah : SK Agama (MIS ) Sibu
Tarikh : 19 Februari 2014
Tempat : Kelas 2 Mawar
Masa : 1400-1700 petang
Penyertaan guru : Semua guru
Penyertaan murid : Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6)
1.0 Pengenalan
Pertandingan bercerita merupakan salah satu aktiviti anjuran
Panitia Bahasa Melayu SK Agama Sibu. Aktiviti ini bertujuan untuk
mencungkil bakat murid di samping mencari wakil sekolah untuk menyertai
pertandingan bercerita peringkat bahagian Sibu untu tahun 2014.
2.0 Rasional
Pertandingan ini bertujuan untuk mencari pelajar yang berbakat
dalam bidang bercerita dan membuka peluang kepada mereka untuk
menyertai pertandingan seumpama ini. Di samping itu, melalui pertandingan
ini dapat menambah keyakinan murid dalam menyampaikan cerita di
hadapan khalayak ramai.
SK Agama Sibu 2014 1
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
3.0 Objektif
3.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara
bersahaja dan menyakinkan.
3.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya
kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil
karya sendiri.
3.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi
serta berdaya saing dalam kalangan murid.
4.0 Syarat-syarat Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap 2 ( tahun 4, 5, dan 6 )
2 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
(a) buku-buku cerita
(b) cerita-cerita dari majalah
(c) cerita-cerita darpada bahan elektronik
(d) hasil karya sendiri
3 Kualiti cerita :
(a) Isi cerita mestilah mengandungi unsur-ubsur pengajaran dan
nilai-nilai murni yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan
agama.
(b) Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur
murid.
(c) Cerita tersebut perlulah pelbagai jenis dan skopnya tidak
tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.
SK Agama Sibu 2014 2
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
4 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang
diperuntukkan. Setiap masa peserta diberi masa untuk bercerita antara
6 minit hingga 8 minit.
5 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke- 8, menandakan masa
persembahan telah tamat.
6 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
7 Unsur puisi, nyayian dan cakap ajuk untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
8 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke
hadapan dan setapak ke belakang.
9 Peserta tidak dibenarkan memakai kostum.
10 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta
membuat persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau
melebihi lapan (08) minit.
11 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :
(a) menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan agama.
(b) Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus.
(c) Dibantu oleh orang lain.
(d) Menggunakan ‘props’, “back-drops”, muzik kesan bunyi.
12 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
13 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk
menentukan pemenang :
(a) teknik persembahan
(b) bahasa dan pertuturan
(c) penghayatan cerita
SK Agama Sibu 2014 3
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
14 Keputusan panel hakim adalah muktamad .
14.1 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.
14.2 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan,
meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.
14.3 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan.
14.4 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan
berdasarkan bahan rangsangan.
5.0 Ringkasan Aktiviti
Setiap murid yang menyertai pertandingan bercerita ini, terlebih
dahulu diberikan pilihan untuk memilih cerita sendiri lebih awal agar mereka
dapat bersedia dan dapat berlatih menggunakan sebutan serta intonasi yang
betul . Ini juga melatih mereka menunjukkan gaya persembahan yang
menarik dalam pertandingan bercerita.
Semasa pertandingan 3 orang hakim telah dilantik untuk mengadili
pertandingan ini. Aturcara pertandingan telah berjalan dengan lancar. Semua
peserta telah menyampaikan cerita dengan lancar. Walau bagaimanapun
tahap cerita murid tidak mencapai tahap yang memuaskan dan ada di
SK Agama Sibu 2014 4
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
kalangan murid tidak begitu yakin menyampaikan cerita. Aturcara
pertandingan tamat kira-kira jam 5.00 petang.
6.0 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan
Pengerusi : Puan Saftuyah binti Omar
Naib Pengerusi : Puan Norlija binti Tomi
AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Hakim Tahap 2
Hakim Bahasa : Encik Razali bin Arifin (Ketua)
Hakim Gaya Persembahan : Puan Mimmunah binti Ali
Hakim Sebutan dan Intonasi : Cik Hazlila
AJK Perakam & Dokumentasi : Puan Norlija binti Tomi
Juruacara Majlis : Encik Yazid bin Junaidi
AJK Bacaan Doa : Ustaz Mohd Jamri bin Jemati
AJK PA Sistem : Encik Haji Mohd Mahren bin Ismail
Penjaga masa : Puan Mastura binti Sahar
AJK Hadiah dan Sijil : Puan Anita binti Saar
Puan Saftuyah binti Omar
SK Agama Sibu 2014 5
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
7.0 Aturcara Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
Tarikh : 19 Februari 2014
Tempat : Kelas2 Mawar
Masa : 2.00 petang (Rabu)
TENTATIF PROGRAM
1.45 petang : Kehadiran para peserta.
1.55 petang : Kehadiran para jemputan
2.00 petang : Majlis bermula
i. Ucapan pengerusi majlis
ii. Ucapan perasmian Guru besar
2.10 petang : Pertandingan bercerita bermula
4.50 petang : Tamat pertandingan /bersurai
* (Tertakluk kepada pindaan)
SK Agama Sibu 2014 6
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
8.0 Senarai peserta pertandingan.
Pertandingan Berserita Bahasa Melayu Tahap 2Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sibu 2014
Bil. Nama Peserta Kelas Tajuk Cerita1 Muhd Fariduddin Thamin 4K 2 Mohd Firdaus Idham 4M 3 Mohd Haziq 5D Tujuh Tuan Puteri4 Ahmad Fazrul Haziq 5M Serigala dengan Pengembala Biri-biri5 Azlina bt Azizee 6D Pak Mamat Naik Kapal terbang6 Anuar bin Omar 6T Si Camba7 Mohd Aidil Haziq 5K Pak Usup Tukang Rumah8 Rabiatul Adawiyah 6T Peeriuk Bubur Ajaib9 Dayang Haziqah binti Abang Kiprawi 6M Tanggang Anak Derhaka10 Nuraisha binti Kassim 4M Periuk Ajaib11 Norisawati binti Darwish 4T Puteri Raja dan katak yang hodoh12 Nurul Nadia 5K Saya Tak Hodoh13 Ahmad Haiqal Nur Hazeem 4D Si Pengail Ikan14 Amirah Fatin binti Aljian 4D Raja Bersiung15 Zamir Arif bin Rissamudin 6K Bunga Nasi16 Ameera Nazirah binti Zakwan 5M Akibat Berangan17 Nur Syafiqah binti Salman 4K 18 Nur Allya Nuha 5T Puteri Duyung19 Sofea Nurhafliana 5D Tujuh Tuan Puteri20 Mohd Syahrizan binti Mustafa 6D Pkak Pandir dengan Putera Raja21 Mohd Fitri bin Syamsul 6M Periuk Bubur Ajaib22 Nurul Azia Syafiqa 5T Hadiah daripada Ahli Silap Mata23 Amirul Fikri bin Hassim 4T Hud-hud yang Setia24 Nurul Hazlinda binti Isman 6K Periuk Bubur Ajaib
SK Agama Sibu 2014 7
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
9.0 Keputusan Pertandingan Bahasa Melayu Tahap 2
Kedudukan Nama pemenang MarkahPertama Sofea Nurhafliana bt Wahaf 80Kedua Dayang Haziqah binti Abang Kiprawi 74Ketiga Ahmad Haiqal Nur Hazeem 67
Keempat Amirah Fatin bin Aljian 65Kelima Ahmad Fazrul Haziq 59
10.0 Suasana Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 22014
SK Agama Sibu 2014 8
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
10.0 Penutup
Pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan. Peserta yang mendapat
tempat yang pertama akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita
Bahasa Melayu Tahap 2 ke peringkat bahagian Sibu.
SK Agama Sibu 2014 9
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
Laporan disediakan oleh;
........................................(SAFTUYAH BT OMAR) Penyelaras , Pertandingan Bercerita BM Tahap 2. .
Disahkan oleh;
...............................(YACOB BIN HAJI PON )Ketua Panitia, Panitia Bahasa MelayuSK Agama Sibu
Disemak oleh;
................................ (SHARKAWI BIN HAMDAN) Guru Besar, SK Agama Sibu.
SK Agama Sibu 2014 10