laporan post mortem ko-k 3
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Program “Kasih Disemai, Jalinan Bertaut” adalah sebuah program kemasyarakatan yang
dirancang untuk dilaksanakan oleh kumpulan kami. Pada peringkat perancangan, satu lawatan ke
tapak projek telah dilakukan iaitu pada 17 April 2010. Kumpulan kami sepakat memilih Surau
Al-Iman, Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah sebagai lokasi untuk menjalankan program
kemasyarakatan. Semasa sesi lawatan tersebut, pihak kami telah berjumpa dengan Ahli
Jawatankuasa Surau Al-Iman, Taman Nilam bagi mendapatkan pandangan dan persetujuan untuk
maksud tersebut.
Selain itu juga, mahasiswa kumpulan ini turut bertemu dengan Pegawai Parol Daerah Sungai
Petani, Cif Inspektor Khairul Suhaimi Bin Said bagi mendapatkan kebenaran untuk mahasiswa
UUM menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Parol Daerah Sungai Petani untuk melaksanakan
program “Kasih Disemai Jalina Bertaut” ini. Beliau bersetuju dengan projek yang dicadangkan
memandangkan terdapat seorang bekas banduan yang mendiami di kawasan perumahan tersebut.
Hasil perbincangan secara meja bulat dengan ahli Jawatankuasa Surau Al-Iman Taman Nilam
dan Pegawai Parol tersebut, akhirnya persetujuan diperolehi untuk menganjurkan program
“Kasih Disemai Jalinan Bertaut” ini dengan kerjasama Pejabat Parol Sungai Petani. Kami
memilih lokasi tersebut kerana memandangkan gejala sosial dalam kalangan remaja di sekitar
kawasan perumahan tersebut adalah meningkat. Keadaan ini ternyata membimbangkan ibu-bapa
dan masyarakat. Oleh itu, kami menjadi harapan penduduk setempat agar sedikit sebanyak
dengan program yang dianjurkan ini dapat membantu masyarakat khususnya dari sudut
bimbingan, pameran kesedaran, kaunseling, nasihat dan ceramah keagamaan untuk membantu
membendung masalah sosial yang berlaku. Diharapkan dengan perlaksanaan program ini, ia
dapat membantu bekas banduan tersebut untuk kembali mengintergrasikan dirinya ke dalam
kelompok masyarakat.
Pada 24 Mei 2010 kumpulan ini telah mendapat surat kelulusan daripada Pengarah PACE untuk
melaksanakan program ini seperti yang dicadangkan. Tanggal 03 Julai 2010(Sabtu), jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Surau Al-Iman, Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah telah
tercatat sebagai satu sejarah dan kenangan manis bagi kumpulan kami kerana program yang telah
dirancang dilaksanakan. Seawal jam 06.30 pagi, berbekalkan kekuatan ahli kumpulan seramai
sembilan orang mahasiswa Pengajian Luar Kampus (PLK) Universiti Utara Malaysia (UUM)
telah berkumpul dilokasi untuk menjayakan satu program kemasyarakatan yang telah
dirancangkan. Program ini bertemakan “Kasih Disemai Jalinan Bertaut”.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang hari tersebut. Pameran daripada pelbagai pihak seperti
Jabatan Kesihatan, Jabatan Penjara, Giat MARA, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pejabat
Parol turut memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. Antara pengisian utama sepanjang
program berlangsung terbahagi kepada 4 slot iaitu:
1. Aktiviti gotong-royong
Aktiviti gotong-royong ini adalah disekitar kawasan Surau Al-Iman. Aktiviti ini dijalankan
pada sebelah pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Aktiviti gotong-royong ini mendapat
kerjasama penuh daripada syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang membekalkan
peralatan-peralatan untuk membersihkan kawasan surau. Selain itu juga, pihak mahasiswa
turut mendapat kerjasama daripada kakitangan dan banduan yang masih menjalani perintah
parol daripada Pejabat Parol Daerah Sungai Petani, Pejabat Parol Pendang dan Pejabat Parol
Baling. Aktiviti gotong-royong ini berjaya menarik penyertaan hampir 100 orang masyarakat
tanpa mengira gender, usia dan kelas hireiki masyarakat.
2. Ceramah penyalahgunaan dadah
Slot kedua bermula jam 11.00 pagi. Penerangan yang diberikan adalah berkaitan dengan
penyalahgunaan najis dadah. Pihak ahli jawatankuasa program menjemput Pegawai Agensi
Anti Dadah (AADK) Daerah Kuala Muda, Encik Nor Hisham Bin Yahya. Beliau telah
berkhidmat bersama AADK hampir 8 tahun. Masyarakat setempat begitu tertarik dengan
penerangan yang diberikan oleh beliau. Dalam sesi ini juga, pihak AADK mengendalikan
sesi soal jawab di antara para hadirin dan juga sumbangan hadiah kepada mereka yang
Berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan tepat. Ternyata dengan adanya slot seperti
ini, masyarakat akan lebih faham dan peka terhadap penyalahgunaan dadah dan juga kesan
buruk akibat penyalahgunaan najis dadah tersebut.
3. Penerangan berkaitan Sistem Parol
Slot yang ketiga ini dikendalikan oleh mahasisawa Universiti Utara Malaysia sendiri iaitu
Encik Mohammad Nizar Bin Ismail yang juga merupakan Penolong Pegawai Parol Daerah
Sungai Petani. Slot ini bermula jam 2.30 petang. Penerangan yang diberikan adalah berkaitan
dengan Sistem Parol kepada penduduk yang hadir ke program “Kasih Disemai Jalinan
Terpaut” ini. Masyarakat diterangkan mengenai tujuan perlaksanaan Sistem Parol, organisasi
Lembaga Parol, banduan yang layak untuk diparolkan, tugas dan peranan yang harus
dimainkan oleh masyarakat dan kesan positif perlaksaan Sistem Parol ini. Ternyata
masyarakat begitu memahami tugas ddan tanggungjawab yang harus dimainkan bagi
membantu banduan dan bekas banduan untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
4. Ceramah Keagamaan
Slot terakhir dalam program “Kasih Disemai Bertaut” ini bermula pada jam 3.30 petang di
mana ceramah keagamaan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Bin Ahmad. Beliau
juga merupakan residensi di kawasan perumahan Taman Nilam. Al-Fadhil Ustaz merupakan
salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Agama Sungai Jagung, Sungai Petani selain turut
menjadi tenaga pengajaar kerohanian di Penjara Sungai Petani. Ceramah ini bertemakan
“Menyuntik Semangat Baru”. Tema ini dipilih bertujuan untuk memberikan keyakinan
kepada banduan dan bekas banduan untuk kembali bercampur dengan kelompok masyarakat.
Selain itu juga, slot keagamaan ini juga memfokuskan kepada fungsi dan tanggungjawab
masyarakat dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada banduan mahupun bekas
banduan selari dengan kehendak ajaran Islam yang syumul ini. Program ceramah ini berjaya
menarik penyertaan hampir 100 orang masyarakat Taman Nilam dan kawasan sekitarnya.
Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai pihak datang membantu untuk menjayakan Program
“Kasih Disemai, Jalinan Bertaut” seperti individu atau orang perseorangan, pihak agensi-agensi
kerajaan, pihak-pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO’S) dan masyarakat setempat.
Bantuan yang diberikan adalah dalam aspek kewangan, prasarana, idea-idea perancangan
program dan sebagainya. Pihak yang membantu menjayakan program ini ialah:
1. Penjara Sungai Petani
- membantu menyediakan peralatan khemah dan kerusi meja yang sedikit sebanyak
membantu memeriahkan lagi program ini.
2. Jabatan Kerja Raya
- Membantu menyediakan 3 buah khemah dan 200 buah kerusi untuk digunakan sepanjang
berlangsungnya program “Kasih Disemai Jalinan Bertaut” ini.
3. Jabatan Kesihatan
- membantu mahasiswa menjayakan program yang dianjurkan ini apabila menyediakan
khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga ujian ‘pap smear” dan
pencegahan awalan kanser payudara kepada kelompok wanita di sekitar Taman Nilam.
4. Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Daerah Kuala Muda
- Encik Nor Hisyam Bin Yahya sudi mengendalikan slot penerangan berkaitan dengan
penyalahgunaan dadah dan juga sumbangan hadiah kepada masyarakat yang dapat
menjawab dengan betul kuiz yang diberikan.
5. Jabatan Penjara Pokok Sena
- Memberikan sebuah bas pameran bergerak ternyata memberikan klimaks kepada program
yang dianjurkan ini.
6. Penduduk Taman Nilam
- Terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan surau dan menghadiri
setiap sesi program yang dijalankan pada hari tersebut. mereka juga membantu
menyediakan hidangan makanan sepanjang program berlansung.
7. Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Bin Ahmad
- memberikan ceramah keagamaan pada sesi sebelah petang yang bertajuk…
8. Syarikat Rapid Penang Bhd
- Syarikat konglomerat ini menyumbangkan hadiah berupa hamper kepada mahasiswa
untuk menjayakan program ini.
9. Giat MARA Sungai Petani
- Membantu membaiki motorsikal para penduduk kampung secara percuma.
10. Environment Idaman Sdn Bhd
- Syarikat konsensi pengumpulan sampah ini memberikan sumbangan dalam bentuk
peralatan-peralatan untuk slot gotong-royong pada sesi pagi..
Berbekalkan kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak, akhirnya
program “Kasih Disemai Jalinan Bertaut” ini dapat dijayakan dengan sempurna. Segala usaha,
tenaga kerja, sumbangan buah fikiran, kritikan-kritikan, komen-komen positif yang diberikan
telah banyak membantu menjayakan program ini. Semangat dan usaha gigih yang dipamerkan
akan menjadi kenang-kenangan yang tidak dapat dilupakan.
2.0 SKOP TUGAS
Ahli Jawatankuasa Induk
Pengarah Program : Encik Syed Naser Bin Syed Abdullah
Timbalan Pengarah : Encik Rosley Bin Meh
Setiausaha : Encik Mohammad Nizar Bin Ismail
Bendahari : Cik Nor Anisah Binti Ali
Ahli Jawatankuasa Kerja
Bil Biro Skop Tugas Tindakan
1 Pengarah
Program
Mengetuai segala persiapan dan perkara
yang berkaitan dengan program.
Merancang, mentadbir dan menyelia
semua biro yang dilantik untuk
melancarkan perlaksanaan program.
Mempengerusikan mesyuarat induk dan
jawatankuasa kecil program.
Encik Syed Naser
Bin Syed Abdullah
2. Timbalan
Pengarah
Projek
Membantu pengarah program sekiranya
diperlukan.
Mempengerusikan mesyuarat sekiranya
ketiadaan pengarah program.
Membantu pengarah program menyelia
perlaksanaan tugas oleh biro-biro.
Encik Rosley Bin
Meh
3. Setiausaha Menyediakan kertas kerja.
Menyediakan surat-surat berkaitan
dengan program.
Menghantar kad-kad jemputan program
kepada dif-dif jemputan.
Menyediakan minit mesyuarat sekiranya
terdapat mesyuarat induk.
Menyediakan senarai semak pentadbiran
Encik Mohammad
Nizar Bin Ismail
Biro Persiapan Tempat : Encik Mohd Rifqi Bin Mohd Razali
Cik Sarimah Binti Othman
Biro Keselamatan : Encik Mohammad Nizar Bin Ismail
Encik Rosley Bin Meh
Biro Protokol : Encik Syed Naser Bin Syed Abdullah
Cik Nurazimah Binti Zulkifli
Biro Cenderamata : Cik Ishamina Binti Abdul Aziz
Cik Nurazimah Binti Zulkifli
Biro Teknikal : Encik Azizi Bin Abu Hassan
Biro Jamuan
Biro Jemputan
Pengerusi Majlis
:
:
:
:
Encik Rosley Bin Meh
Cik Sarimah Binti Othman
Encik Mohd Rifqi Bin Mohd Razali
Cik Ishamina Binti Abdul Aziz
Cik Nor Anisah Binti Ali
majlis.
Menyediakan buku program
4. Bendahari Mencari sumbangan daripada pihak yang
berminat untuk menghulurkan
sumbangan.
Mengumpul wang pendapatan dan
direkodkan ke dalam buku.
Memastikan perbelanjaan yang
dilakukan mengikut tatacara yang betul.
Cik Nor Anisah
Binti Ali
5. Biro
Keselamatan
Memastikan keselamatan pengunjung
dan mahasiswa dalam keadaan terkawal.
Membantu penduduk sekiranya
berlakukanya kesesakan trafik di
kawasan program diadakan.
Encik Mohd Nizar
Bin Ismail
Encik Rosley Bin
Meh
6. Biro Protokol Menyediakan teks ucapan penutupan.
Menyediakan wakil untuk bacaan doa
Menentukan kedudukan tetamu mengikut
kekananan.
Menyediakan penyambut tetamu untuk
dif-dif jemputan.
Encik Syed Naser
Bin Syed Abdullah
Cik Nurazimah Binti
Zulkifli
7. Biro Persiapan
Tempat
Memastikan keperluan logistik tersedia.
Memastikan tempat untuk majlis
perasmian dan penutupan berada dalam
Encik Mohd Rifqi Bin
Mohd Razali
Cik Sarimah Binti
tahap yang dikehendaki. Othman
8 Biro Jemputan Membantu Setiausaha mengedarkan kad-
kad jemputan kepada mereka yang
terlibat..
Encik Mohd Rifqi
Bin Mohd Razali
Cik Ishamina Binti
Abdul Aziz
9 Biro Teknikal Memastikan peralatan khemah, kerusi
dan meja mencukupi.
Memastikan peralatan audio berfungsi
dengan baik.
Membantu Biro Persiapaan Tempat
menyediakan keperluan untuk majlis
perasmian dan penutupan.
Encik Azizi Bin Abu
Hassan
10. Biro
Cenderamata
Menyediakan cenderamata kepada
mereka yang terlibat secara lansung
ataupun tidak langsung sepanjang
program berlangsung.
Membantu Bendahari mendapatkan
sumbangan.
Cik Ishamina Binti
Abdul Aziz
Cik Nurazimah Binti
Zulkifli
11. Biro Jamuan Memastikan menu makanan untuk
program dapat disediakan mengikut
tempoh waktu yang telah ditetapkan.
Menghidangkan makanan kepada tetamu
jemputan mengikut protokol.
Cik Sarimah Binti
Othman
Encik Rosley Bin
Meh
12. Pengerusi
Majlis
Menyediakan teks pengerusi majlis
untuk sepanjang program berlangsung.
Memastikan program berjalan lancar
megikut tentatif program yang telah
disusun.
Cik Nor Anisah
Binti Ali
3.0 PENCAPAIAN OBJEKTIF
Objektif-objektif yang telah digariskan pada peringkat perancangan untuk di capai melalui
perlaksaan Program “Kasih Disemai, Jalinan Bertaut” ini adalah seperti berikut :
a) Melahirkan golongan mahasiswa yang prihatin kepada masyarakat serta pendedahan
mengenai kehidupan berkomuniti dengan lebih efisyen dan efektif.
b) Memberikan penerangan kepada semua lapisan masyarakat setempat mengenai
perlunya menerima semula bekas banduan untuk mengelakkan berlakunya relaps
terhadap perlakuan jenayah setelah mereka ini dibebaskan.
c) Menyumbangkan kepakaran yang ada dalam diri mahasiswa untuk membantu banduan
dan bekas-bekas banduan untuk kembali hidup bermasyarakat.
d) Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa pengajian Luar Kampus
(PLK) Universiti Utara Malaysia.
e) Memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kewujudan Sistem Parol yang telah
dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
f) Mengeratkan hubungan ukhwah di antara mahasiswa dengan agensi-agensi kerajaan,
pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.
Berdasarkan semua objektif tersebut, kumpulan kami sangat berpuashati kerana semua
matlamat dapat dicapai. Program yang dirancang juga berjalan dengan lancar dan sempurna
mengikut seperti yang dirancangkan. Kejayaan daripada perlaksanaan Program “Kasih
Disemai, Jalinan Bertaut” ini adalah seperti berikut :
a) Melahirkan kelompok mahasiswa yang kreatif, berketerampilan dan excellent
leadership dari aspek pengurusan dan kepimpinan sepanjang berlansungnya projek.
b) Membantu menaikkan imej Universiti Utara Malaysia dengan perlaksanaan program
kemasyarakatan seperti ini.
c) Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan ini, ianya telah memberikan input
yang manfaat kepada masyarakat setempat untuk menerima semula kehadiran bekas
banduan yang tamat menjalani hukuman penjara.
d) Dengan adanya majlis gotong-royong yang dianjurkan ini, bekas penghuni tirai besi
tidak lagi kekok untuk kembali hidup bermasyarakat setelah tamat menjalani hukuman
penjara.
e) Membantu bekas banduan untuk kembali ke pangkuan masyarakat tanpa wujudnya
sikap malu terhadap mereka.
f) Mengikis pandangan serong masyarakat terhadap bekas penghuni penjara yang telah
tamat menjalani hukuman penjara.
g) Masyarakat juga mendapat penerangan yang jelas berkaitan kesan buruk
penyalahgunaan dadah.
h) Membantu masyarakat memerangi jenayah seperti penyalahgunaan dadah, mencuri
dan sebagainya.
i) Membantu Jabatan Penjara mempromosikan Sistem Parol yang telah dilaksanakan
untuk menyakinkan masyarakat terhadap banduan dan bekas banduan.
j) Masyarakat juga memperolehi pengetahuan tentang Sistem Parol yang dilaksanakan di
Malaysia. Apa yang lebih membanggakan kumpulan kami ialah penerangan ini
disampaikan sendiri oleh salah seorang daripada ahli kumpulan kami.
4.0 ANALISIS SWOT
a) Pengarah Program
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
b) Timbalan Pengarah Program
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
c) Setiausaha
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan) Draf yang dirangka mendapat galakan dan sokongan daripada ahli-
ahli kumpulan.
Weaknesses (Kelemahan) Gagal mendapat kelulusan daripada PACE dengan kadar segera.
Opportunities (Peluang) Ingin memperbetulkan kesilapan yang dilakukan untuk program
yang akan datang
Threats (Ancaman) Desakan daripada PACE yang mahukan kertas kerja dioptimumkan
dari aspek pengurusan dan kewangan.
d) Bendahari
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan) Pelbagai usaha dilakukan untuk mengumpulkan dana bagi
menjayakan program ini dan hasilnya ada beberapa pihak
yang menghulurkan bantuan sama ada dari segi kewangan
dan bukan kewangan.
Berdasarkan wang yang terkumpul, kami dapat
menyediakan sehelai T’shirt untuk setiap ahli, menyediakan
makanan (minum pagi, makan tengahari dan minum petang)
untuk semua peserta program dan penduduk sekitar yang
menghadiri program tersebut, menyediakan hadiah dan
cendermata, menyewa beberapa peralatan untuk keperluan
sepanjang program berlangsung.
Weaknesses (Kelemahan) Sumbangan yang diperolehi hanya sekadar mencukupi
untuk menjalankan program tersebut. Peruntukan tambahan
diperlukan untuk menambahbaik beberapa perkara.
Opportunities (Peluang) Sekiranya memperolehi peruntukan yang lebih banyak,
beberapa perkara boleh ditambahbaik seperi menu makanan
yang dihidangkan, hadiah dan cenderamata yang diberikan,
serta sijil penyertaan boleh diberikan kepada semua peserta
yang terlibat dalam program.
Untuk menampakkan lebih keseragaman yang menampilkan
imej yang lebih baik, baju kemeja korporat akan dibekalkan
kepada ahli kumpulan.
Threats (Ancaman) Sekiranya gagal memperolehi dana yang mencukupi,
program ini pasti tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
Jika setiap pengeluaran wang yang dibelanjakan tidak
dicatatkan dengan baik, ia akan menyukarkan proses untuk
menutup akaun nanti. Setiap perbelanjaan perlulah
mempunyai resit pembelian sebagai bukti pengeluaran wang
berlaku.
e) Biro Persiapan Tempat
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
f) Biro Keselamatan
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan) Mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan masyarakat bagi
memastikan prgram berjalan dengan lancar.
Weaknesses (Kelemahan) Kehadiran pengunjung yang ramai menyebabkan berlakunya sedikit
kekalutan dar aspek kawalan trafik.
Opportunities (Peluang) Ingin menambahbaikkan pada masa-masa akan datang.
Threats (Ancaman) Kehadiran ramai pengunjung ke tapak program menyulitkan
kesesakan tarfik di Taman Nilam.
g) Biro Protokol
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
h) Biro Cenderamata
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
i) Biro Teknikal
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
j) Biro Jamuan
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
k) Biro Jemputan
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan)
Weaknesses (Kelemahan)
Opportunities (Peluang)
Threats (Ancaman)
l) Pengerusi Majlis
SWOT Huraian
Strengths (Kekuatan) Sistem PA yang baik. Sebarang hebahan boleh di dengar
oleh semua penduduk kawasan Taman Nilan dan taman lain
yang berdekatan.
Keadaan cuaca yang baik membolehkan program dapat
dijalankan dan dikendalikan dengan baik dan lancar. Tiada
aktiviti yang ditunda atau ditangguhkan atau dibatalkan pada
hari program tersebut.
Weaknesses (Kelemahan) Ini adalah pertama kali menjadi pengerusi majlis. Pada
peringkat permulaan agar gementar namun dengan sokongan
ahli kumpulan, setiap aktiviti yang dijalankan dapat
dikendalikan dengan baik.
Opportunities (Peluang) Sekiranya
Threats (Ancaman) Sekiranya tidak mempunyai PA System yang baik, ia akan
mempengaruhi perjalanan program kerana program
dilakukan dikawasan terbuka. Wujud masalah komunikasi
kerana mesej tidak sampai kepada penerima. Suara yang
tidak jelas dan tidak di dengari akan menyebabkan peserta
tidak memberi perhatian dan mungkin ada yang tertidur
semasa sesi ceramah berlangsung.
5.0 PUNCA MASALAH
Jawatan Masalah Punca Masalah
Pengarah
Timbalan Pengarah
Setiausaha Lewat menyediakan Kertas
Prjek
Kurang interaksi dengan
kepimpinan tertinggi program.
Bendahari Masalah peruntukan Usaha mencari sumbangan masih
kurang
Kebanyakannya bantuan yang
diperolehi adalah dari segi bukan
kewangan.
Biro Persiapan
Tempat
Biro Keselamatan Kesesakan trafik di Taman
Nilam.
Tidak mnyediakan pelan kontigensi
untuk melancarkan laluan trafik.
Biro Protokol
Biro Cenderamata
Biro Teknikal
Biro Jamuan
Biro Jemputan
Pengerusi Majlis Kurang pengalaman Ini merupakan pertama kali menjadi
Hebahan mengenai aktiviti
yang sedang berlangsung
pengerusi majlis
Hanya menjadi pengerusi untuk
Majlis Formal. Hebahan-hebahan
kepada orang ramai dilakukan oleh
pihak lain(Pengerusi Surau)
Untuk menjayakan program “Kasih Disemai Jalinan Terpaut” ini, pelbagai rintangan dan
dugaan dihadapi oleh kumpulan ini. Atas kebijaksaan Pengarah Program, Encik Syed Naser
Bin Abdullah, masalah yang timbul dapat di atasi dengan sokongan rakan-rakan yang lain.
Selain masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa program berdasarkan peranan yang
dimainkan, terdapat beberapa masalah lain yang timbul iaitu faktor masa. Ini kerana,
mahasiswa yang menganggotai kumpulan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya
yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan Pengarah Program terpaksa menyusun masa untuk
mesyuarat untuk membolehkan kesemua ahli kumpulan dapat dikumpulkan.
..........................
6.0 PELAN TINDAKAN
Jawatan Masalah Pelan Tindakan
Pengarah
Timbalan Pengarah
Setiausaha Kelewatan menyediakan
Kertas Projek
Lambat mendapat kelulusan
Akan menyediakan kertas projek
dalam tempoh yang awal untuk
menggelakkan kesulitan.
daripada PACE. Akan berurusan dengan PACE
dengan lebih awal untuk mendapat
kelulusan.
Bendahari Peruntukan Menggandakan usaha mencari
sumbangan dalam bentuk kewangan
dan bukan kewangan daripada
orang perseorangan, jabatan
kerajaan dan swasta dan NGO.
Mencari penaja utama untuk
menjayakan program
kemasyarakatan seperti ini.
Biro Persiapan
Tempat
Biro Keselamatan Aliran trafik yang perlahan. Menyediakan pelan kontigensi pada
masa-masa akan datang untuk
mengelakkan berlakunya kesulitan.
Biro Protokol
Biro Cenderamata
Biro Teknikal
Biro Jamuan
Biro Jemputan
Pengerusi Majlis Kurang pengalaman
Hebahan
Akan cuba menimba pengalaman
lagi dalam mempengerusikan majlis
supaya pada masa akan datang,
program yang dipengerusikan
adalah lebih baik.
Belajar menggunakan intonasi suara
dengan tepat.
Belajar menjadi seorang DJ sebagai
kemahiran tambahan agar tidak
kekok dan gementar apabila
memegang mikrofon.
Pelan tindakan untuk mengatasi masalah lain yang dihadapi oleh pelajar PLK ialah kumpulan
ini mengesyorkan agar tempoh perlaksaan program pada masa-masa akan datang dihadkan
sehingga jam 1.00 petang. Ini kerana, sekiranya waktu program dipanjangkan sehingga jam
5.00 petang, mahasiswa terpaksa mencari sumbangan yang lebih untuk menjayakan program
tersebut. Selain itu juga, kekangan masa menyebabkan ahli-ahli kumpulan terpaksa
mengorbakan Cuti Rehat untuk menghadirkan diri sekiranya diadakan mesyuarat. Oleh itu,
kami berharap sekiranya pihak Pusat Pengajian Lanjutan dan Profesional (PACE) dapat
mengeluarkan surat atau memo untuk disampaikan kepada Ketua Jabatan untuk membolehkan
ahli-ahli kumpulan memohon Cuti Tanpa Rekod (CTR).
..............................
7.0 CADANGAN
Semoga Program “Kasih Disemai, Jalinan Bertaut Siri 2” dapat dianjurkan dengan
penambahbaik di dalam beberapa perkara yang telah dikenalpasti agar program seperti ini dapat
memberikan lebih banyak kesedaran dan keinsafan kepada golongan masyarakat, keluarga dan
badan-badan sukarela untuk menerima kembali kepulangan bekas banduan dalam kelompok
masyarakat.
Harapan pihak penganjur, agar masyarakat dapat menerima semula kepulangan bekas-bekas
banduan tanpa memandang serong dan curiga kepada mereka. Keluarga bekas banduan juga
seharusnya memberikan sokongan moral dan perangsang yang berterusan untuk mengelakkan
berlakunya kegiatan residevis di kalangan bekas banduan. Jiwa yang ikhlas, hati yang terbuka,
pertolongan yang diperlukan haruslah diberikan kepada bekas banduan untuk membolehkan
mereka dapat meneruskan sisa-sisa perjuangan hidup mereka tanpa adanya rasa rendah diri,
tekanan perasaan dan sifat malu yang menebal dalam jiwa.
.....................
8.0 KESIMPULAN
Program yang dianjurkan ini secara amnya berjalan secra lancar. Walaupun terdapat sedikit
permasalahan ianya tidak mendatangkan kecacatan kepada program yang dianjurkan oleh
mahsiswa Universiti Utara Malaysia malahan ianya mendapat pujian daripada Pengarah Parol
Negeri Kedah dan wakil penduduk Taman Nilam. Segala permasalahan yang timbul pada
program "Kasih Disemai, Jalinan Bertaut" yang lepas akan cuba diperbaiki bagi memantapkan
lagi program yang akan diannurkan pada masa akan datang. Bagi ahli kumpulan yang kurang
aktif, mereka akan diberikan peluang untuk menonjolkan kebolehan mereka untuk
mengendalikan program "Kasih Disemai, Jalinan Bertaut 2" sekiranya diberi ruang dan peluang
oleh pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) pada masa-masa akan datang.