laporan qurban mra 1432

14
LAPORAN PERLAKSANAAN QURBAN TERBAIK 1432 Malaysia-Indonesia-Thailand-Myanmar-Pakistan-Somalia

Upload: mohd-shahrulazilan

Post on 10-Mar-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan perlaksanaan Qurban MRA bagi tahun 1432 di enam buah negara.

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

LAPORAN PERLAKSANAAN

QURBAN TERBAIK 1432 Malaysia-Indonesia-Thailand-Myanmar-Pakistan-Somalia

Page 2: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

MRA LAKSANA QURBAN DI THAILAND

MRA SEMEMANGNYA mempunyai hubungan yang akrab dengan umat Islam di Thailand. Sempadan kedua buah negara tidak pernah memisahkan kami dengan masyarakat muslim di Thailand. Kerjasama erat dan utuh ini telah terjalin sejak sekian lama diantara MRA dan beberapa organisasi di Selatan Thailand, hampir setiap bulan kami bertemu dan meran-cang pelbagai program bersama. Malahan melalui MRA, seramai 20 buah keluarga anak yatim sedang di-taja setiap bulan. Pada Qurban 1432 ini, sebanyak sepuluh ekor lembu te-lah berjaya dikorbankan di wilayah Selatan Thailand. Kerja-kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan daging dilakukan dengan kerjasama beberapa or-ganisasi setempat di Selatan Thailand seperti Young Mus-lim Association of Thailand (YMAT). Pengagihan berjalan dengan lancar dan kami mengu-capkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada MRA untuk melaksanakan Qurban ini.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-2

Page 3: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

Kerja-kerja memotong daging menjadi kecil, menimbang dan membungkus se-dang dilakukan secara gotong royong oleh masyarakat setempat.

Daging yang telah siap ditimbang dibungkus mengikut berat yang berse-suaian sebelum dimasukkan kedalam kenderaan untuk pengagihan.

Bungkusan daging yang telah siap dibung-kus akan diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan, keluarga anak yatim dan fakir miskin dikawasan tersebut

Setelah disembelih, daging akan dilapah, dan dimasukkan kedalam kenderaan untuk dihantar ke pusat pembungkusan. Pen-yembelihan dilakukan secara tertutup bagi menjaga sensitivity masyarakat setempat.

Wakil MRA di Selatan Thailand bergambar bersama-sama penerima daging qurban MRA yang terdiri daripada kelompok ibu tunggal, anak yatim, faqir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang daging qurban atas daging yang diberikan.

3-QURBAN TERBAIK 1432 MRA

Page 4: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

QURBAN BERSAMA ANAK YATIM DI SUMATERA BARAT

QURBAN 1432 DISAMBUT meriah di kompleks Taman Asuhan Panti Zuamak, (TAPUZ) Padang Pariaman, Sumatera Barat. Kompleks ini menempatkan sebuah rumah anak-anak yatim ini yang didiami oleh lebih daripada 60 orang anak yatim lelaki dan perempuan ini dikelolakan oleh MRA sejak dari tahun 2009 lagi, setepatnya selepas berlakunya gempa bumi Sumatera Barat yang mengorbankan ramai nyawa serta membawa kerosakan yang cukup banyak kepada harta benda dan bangunan dika-wasan ini. Dikompleks ini juga terdapat bangunan se-kolah yang didirikan untuk anak-anak yatim ini belajar bagi memastikan mereka tidak keciciran dalam bidang akademik walau-pun mereka hidup sebagai anak yatim dan serba kekurangan

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-4

Page 5: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

ANAK-ANAK YATIM bersama dengan salah seorang tenaga pengajar di TAPUZ Padang Pariaman bergambar bersama lembu yang bakal diqur-bankan. Di TAPUZ ini, mereka diajar ilmu-ilmu agama d i samping i lmu- i lmu akademik yang lain. Ini bertujuan untuk menyiapkan mereka dengan segala keperluan untuk menempuh hidup yang serba mencabar diluar sana apabila mereka tamat belajar dan keluar dari TAPUZ ini nanti. Lautan yang terbentang luas dibe-lakang mereka merupakan Lautan Hindi.

ANAK-ANAK YATIM sudah bersedia untuk memegang lembu yang sedang dipersiap-kan untuk diqurbankan. Anak-anak yatim ini kebanyakkannya menjadi yatim selepas peristiwa gempa bumi di Sumatera pada 2009 yang lalu. Selain dari kos makan dan minum mereka, MRA turut menanggung segala kos berkai-tan penginapan, pelajaran termasuk yuran persekolahan mereka.

LEMBU yang telah disembelih, dilapah dan dihiris menjadi kecil, sebelum dibungkus dan diagihkan kepada pen-duduk sekitar yang memerlukan. Sele-bihnya daging ini digunakan untuk keperluan harian anak-anak yatim disini. Sumbangan anda kepada anak-anak yatim ini amatlah dialu-alukan dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan daging qurban yang telah diberikan.

5-QURBAN TERBAIK 1432 MRA

Page 6: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

QURBAN BUAT SAUDARA DI PAKISTAN

SEBANYAK EMPAT EKOR LEMBU telah diqurbankan di Pakistan kali ini. Lembu-lembu ini adalah sumbangan dari umat Islam Malaysia yang prihatin dan sentiasa menyokong umat Islam Pakistan dalam segala keadaan. MRA berada di Pakistan sejak dari kejadian Banjir Besar yang melanda bahagian utara dan tengah Pakistan pada Ogos 2010 yang lalu. Sehingga kini, MRA telah membina lebih daripada 80 buah Rumah Syukriah dan berpuluh-puluh pam air untuk kegunaan penduduk yang dilanda banjir tem-pohari QURBAN TERBAIK 1432 MRA-6

Page 7: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

MRA TELAH BERKERJASAMA dengan se-buah organisasi tempatan yang cukup dikenali iaitu Yayasan Al Khidmat yang merupakan rakan pelaksana bagi pro-gram Qurban MRA di Pakistan sejak sekian lama. Pemilihan, pembelian, penyembelihan dan pengagihan semuannya dilakukan oleh Yayasan Al Khidmat. Daging-daging qurban ini juga telah diagihkan oleh Yayasan Al Khidmat kepada para pen-duduk yang telah dikenalpasti hidup me-larat dan miskin dikawasan utara Pakistan iaitu di Khyber Pakhtun Khwa. Agihan daging Qurban ini sudah semesti-nya menjadi hadiah terbaik kepada mereka yang melarat kerana ada dian-tara mereka yang tidak menjamah dag-ing sejak sekian lama. Bagi pihak penerima daging qurban, mereka mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa sumbangan anda.

Terima Kasih Malaysia

Semoga Allah sahaja yang membalas

sumbangan anda

7-QURBAN TERBAIK 1432 MRA

Page 8: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

PELARIAN SOMALIA TERIMA DAGING QURBAN DARI MRA

BUAT PERTAMA KALINYA MRA terlibat dalam pro-gram Qurban melibatkan unta. Jumlahnya juga agak besar iaitu 42 ekor. Unta ini disembelih pada hari raya Qurban dan pada hari-hari Tashrik. Ini adalah kerana ada diantara kem yang terletak jauh dipendalaman, agak sukar untuk dipantau dalam masa satu hari. Unta-unta ini diagihkan kepada tiga bandar utama di Puntland, Somalia - Bosaso, Garowe dan Galkaiyo. Daging-daging sembelihan ini kemudiannya diagih-agihkan ke kem-kem pelarian yang terletak jauh dipendalaman menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Program Qurban di Somalia ini dikawal selia oleh Pen-gurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar yang ketika itu masih lagi berada di Somalia. Beliau telah memastikan bahawa setiap haiwan yang diqur-bankan memenuhi segala syarat-syaratnya.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-8

Page 9: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

Daging-daging yang telah di-lapah dan dipotong kecil d iangkut menggunakan kenderaan dan dibawa ke kem-kem pelarian untuk diagih-agihkan kepada para pe-larian. Mereka sungguh gem-bira dengan pemberian ini dan begitu bersyukur dengan inga-tan dan sokongan yang diberi-kan oleh saudara seagama dari Malaysia.

Kaum ibu dan orang perempuan dari kem-kem pelarian yang ber-kaitan akan keluar menuju ke kenderaan kami dan menunggu pengagihan daging-daging terse-but dilakukan. Mereka kekal berdisiplin walaupun berada dalam suasana kelaparan dan kesempitan, tidak bertolak-tolak dan berebut.

Memahami kesukaran mereka yang tinggal di kem-kem pelarian, MRA mem-bekalkan beg plastik ber-logo MRA bagi memu-dahkan mereka membawa pulang daging-daging qur-ban yang diberikan kepada mereka. Ini adalah dian-tara para penerima daging qurban di Somalia.

9-QURBAN TERBAIK 1432 MRA

Page 10: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

MUSLIM THAILAND SALUR QURBAN KE SOMALIA MELALUI MRA

SEBANYAK 15 EKOR UNTA telah disumbangkan oleh umat Islam Thailand melalui MRA untuk umat Islam di kem-kem pelarian sekitar Puntland, Somalia. Masyarakat Islam Thailand telah membuktikan ba-hawa batas sempadan dan perbezaan geografi tidak pernah memisahkan umat Islam walau di bumi mana sekalipun mereka berada. Perasaan kasih sayang dan saling ingat mengingati satu sama yang lain jelas terjalin bilamana dalam musim ibadah seperti Qurban ini, masyarakat mus-lim Thailand tetap mendahulukan saudara yang serba memerlukan, yang berada didalam keadaan kebuluran dan kemarau. Sebelum ini, masyarakat Muslim Thailand turut menyumbang kepada umat Islam di wilayah ben-cana seperti di Sumatera Barat dan Utara Pakistan.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-10

Page 11: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

Setiap UNTA yang diqur-bankan dibacakan nama para peserta qurban yang terbabit. Amalan berqurban di Somalia tidak banyak ber-beza dengan di Malaysia, In-donesia dan Thailand kerena mereka juga terdiri dari pen-gikut Mazhab Shafiee. Justeru kaedah dan konsep qurban yang mereka guna-kan adalah sama seperti yang diamalkan disini.

Bentuk mukabumi, keadaan jalanraya dan kedudukan kem pelarian yang agak jauh dari penempatan utama pen-duduk menyukarkan proses pengagihan daging sekiranya tidak dirancang dengan teliti, M R A m e n g g u n a k a n kenderaan pacuan 4 roda ter-masuk lori untuk menghantar daging qurban ke kem pe-larian di Puntland

Daging Unta merupakan makanan yang paling dige-mari di kawasan ini. Sumban-gan ini amat bermakna bagi mereka yang sejak sekian lama tidak mendapat makanan yang mencukupi gara-gara kemarau dan ke-buluran yang melampau di sini. Terima kasih kepada saudara kami, Muslim Thai-land yang prihatin.

11-QURBAN TERBAIK 1432 MRA

Page 12: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

MRA terima lebihan QURBAN QURBAN kali ini memperlihatkan kesiap siagaan MRA untuk memastikan setiap daging yang ada dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Kita sering mendengar daging-daging Qurban tidak sampai ke sasaran yang memerlukan sebaliknya ada yang busuk tergantung di pagar kerana tuan punya rumah bercuti di kampung. MRA menerima sumbangan daging Qurban dari Surau Al Ikhlas, Taman Ampang Indah, hamba Allah dari Kajang dan dari Surau Al-Hidayah, Pangsapuri Cemara, Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Daging-daging ini telah kami simpan dan hanya dihantar pada bulan berikutnya kepada mereka yang memer-lukan. Semoga tahun hadapan kami boleh menda-patkan lebih banyak lagi sumbangan daging. MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas ban-tuan dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Peniaga-peniaga Daging, Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan. Jasa kalian Allah sahaja yang dapat mem-balasnya. SAHABAT MRA sedang mengeluarkan daging dari peti sejuk beku

Sebahagian dari peti ais yang digunakan untuk menyimpan lebihan daging Qurban sebelum diagihkan kepada yang memerlukannya.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-12

Page 13: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

LEBIHAN daging Qurban yang disimpan oleh MRA di peti sejuk dingin beku Jalan Raja Bot telah selamat diagih-agihkan kepada para pelarian Rohingya di Cheras Baru.

Majlis penyerahan daging Qurban ini telah disempur-nakan oleh Cik Fauziah Tahar, Pengurus Pentadbiran MRA. Kami menjangkakan bagi tahun yang men-datang, lebih banyak lagi daging yang dapat kami

Majlis Penyampaian sumbangan daging Qurban kepada komuniti Rohingya yang terdapat di kampung Chreas Baru, Selangor

13-QURBAN TERBAIK 1432 MRA

Page 14: LAPORAN QURBAN  MRA 1432

BILANGAN BAHAGIAN QURBAN MENGIKUT NEGARA

YAYASAN MALAYSIAN RELIEF AGENCY mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang Qurban Terbaik 1432 yang telah mengambil bahagian. Sumbangan yang telah anda berikan amat dihargai oleh masyarakat tempatan di tempat-tempat dimana Qurban anda dilaksanakan. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih disamping mendoakan agar

setiap penyumbang diterima qurbannya dan diampunkan ALLah segala dosanya. Di pihak MRA kami amat bersyukur kerana telah mendapat kepercayaan dari para penyumbang sekelian dan kami berazam untuk terus meluaskan lagi aktiviti Qurban Terbaik MRA ke kawasan yang memerlukan seperti yang telah kami laksanakan dalam tahun 1432 hijrah ini. Kami mengharapkan kerjasama dan sokongan berterusan dari para penyumbang agar kami da-pat mewakili anda semua sekali lagi untuk perlaksanaan Qurban Terbaik 1433 nanti. Sukalah saya memetik ayat dari Surah Al Hajj ayat 37 Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG PALING BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif