laporan refleksi tahap kompetensi kecerdasan emosi watak

2
Laporan refleksi tahap kompetensi kecerdasan emosi watak-watak dalam situasi Saya telah membaca cerpen Perlumbaan Kedua. Saya juga telah mengenalpasti beberapa situasi mencabar yang telah dihadapi oleh watak- watak dalam cerpen ini. Watak yang paling penting dalam cerpen Perlumbaan Kedua ialah Tuk Kura. Tuk Kura ialah watak utama dalam cerpen ini. Watak ini telah memainkan peranan yang besar dalam menghidupkan tema atau jalan cerita novel ini. Watak Tuk Kura dalam cerpen ini digambarkan sebagai satu watak yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Ciri ini boleh digambarkan semasa dia menghadapi cabaran dari Sang Arnab Putih. Tuk Kura yang tabah dan cekal telah menunjukkan betapa bijaksana dan matang. Selain itu, Tuk Kura ada mengamalkan ciri penerimaan diri. Ciri ini boleh digambarkan dengan Tuk Kura dan kaumnya tidak pernah berasa rendah diri tentang kelajuan berjalan mereka yang perlahan. Meraka telah menerima kekurangan diri itu, dan pada masa yang sama mereka juga memahami serta memahami dan menerima kelebihan mereka. Tuk Kura mempunyai kebolehan dalam mempunyai cangkerang yang keras, matang, bijaksana, dan berpengalaman luas. Tuk Kura memiliki penghargaan diri yang tinggi kerana beliau telah berjaya memenangi perlumbaan dengan kaum arnab. Sang Gajah merupakan watak sampingan dalam novel ini. Sang Gajah merupakan satu watak yang mempunyai konsep kendiri yang positif kerana dia bersifat sederhana dan rasional. Contohnya, Sang Gajah sentiasa menjadi hakim dengan adil dan sangat berdisiplin tentang kelakuannya. Selain itu, Sang Gajah mengamalkan ciri penerimaan diri kerana dia boleh menerima keputusan yang

Upload: haressh-bhavanii

Post on 17-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hbgnk

TRANSCRIPT

Laporan refleksi tahap kompetensi kecerdasan emosi watak-watak dalam situasi

Saya telah membaca cerpen Perlumbaan Kedua. Saya juga telah mengenalpasti beberapa situasi mencabar yang telah dihadapi oleh watak- watak dalam cerpen ini.

Watak yang paling penting dalam cerpen Perlumbaan Kedua ialah Tuk Kura. Tuk Kura ialah watak utama dalam cerpen ini. Watak ini telah memainkan peranan yang besar dalam menghidupkan tema atau jalan cerita novel ini. Watak Tuk Kura dalam cerpen ini digambarkan sebagai satu watak yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Ciri ini boleh digambarkan semasa dia menghadapi cabaran dari Sang Arnab Putih. Tuk Kura yang tabah dan cekal telah menunjukkan betapa bijaksana dan matang. Selain itu, Tuk Kura ada mengamalkan ciri penerimaan diri. Ciri ini boleh digambarkan dengan Tuk Kura dan kaumnya tidak pernah berasa rendah diri tentang kelajuan berjalan mereka yang perlahan. Meraka telah menerima kekurangan diri itu, dan pada masa yang sama mereka juga memahami serta memahami dan menerima kelebihan mereka. Tuk Kura mempunyai kebolehan dalam mempunyai cangkerang yang keras, matang, bijaksana, dan berpengalaman luas. Tuk Kura memiliki penghargaan diri yang tinggi kerana beliau telah berjaya memenangi perlumbaan dengan kaum arnab.

Sang Gajah merupakan watak sampingan dalam novel ini. Sang Gajah merupakan satu watak yang mempunyai konsep kendiri yang positif kerana dia bersifat sederhana dan rasional. Contohnya, Sang Gajah sentiasa menjadi hakim dengan adil dan sangat berdisiplin tentang kelakuannya. Selain itu, Sang Gajah mengamalkan ciri penerimaan diri kerana dia boleh menerima keputusan yang telah dibuat. Sang Gajah juga memiliki penghargaan diri yang tinggi kerana dia merupakan hakim bagi semua binatang di dalam hutan.