laporan sukan tradisional
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
1/7
LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
Pada semester ini, semua guru pelatih semester 8 ditugaskan untuk
menjalani internship selama sebulan di sekolah yang telah ditetapkan. Kami seramai
empat orang guru pelatih di tugaskan untuk menjalani internship di SK (LKTP)
Mempaga 2, Bentong, Pahang. Semasa menjalani internship ini, kami diminta
melaksanakan sekurang-kurangnya satu projek di sekolah. Setelah berbincang,
kami telah merancang untuk menjalankan Sukan Tradisional bersempana program
Bulan Kecergasan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Alhamdulillah, setelah
merancang ,projek ini berjaya dilaksanakan pada hari Rabu, 3 Julai 2013.
Pada sebelah pagi hari tersebut, majlis pelancaran Bulan Kecergasan telah
diadakan. Kami diminta untuk mengendalikan senaman aerobik. Semua murid dan
guru mengikut gerak yang kami lakukan. Ternyata, semua murid dan guru seronok
dan terhibur dengan senaman yang dijalankan. Setelah majlis perasmian selesai
dijalankan, kami ke padang pula untuk menyediakan tempat bagi acara Sukan
Tradisional.
Pada sebelah petang pula, bermulalah merealisasikan projek yang telah
kami rencanakan. Semua murid di arahkan berada di tengah padang. Permainan
diadakan di sekeliling padang. Pada petang itu, semua murid yang terlibat diminta
membawa kain batik bagi murid perempuan dank ain pelekat bagi murid lelaki.
-
7/27/2019 LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
2/7
RAJAH 1 : KAWASAN AKTIVITI SUKAN TRADISIONAL.
Terdapat lima permainan tradisional yang telh dijalankan, iaitu lastik tin, tarik
upih, terompah gajah, baling selipar, dan juga boling kelapa. Berikut dalah acara
setiap permainan dijalankan:
1. Lastik tin
RAJAH 2: KAWASAN PERMAINAN LASTIK TIN
Kawasan murid
ditempatkan
Lastik
tin
Tarik upihTerompah gajah
Boling kelapa
Baling
selipar
Kump.A Kump. B
xxxx xxxx
xxxx xxxx
-
7/27/2019 LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
3/7
Dalam permainan ni, satiap pasukan perlu menghantar empat orang pemain.
Cara permainannya ialah para pemain perlu melastik tin yang telah digantung pada
palang dengan menggunakan lastik dan batu. Setiap pemain diberi tiga biji batusahaja. Pasukan rumah sukan yang menyertai permainan tersebut dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan A disertai dua pasukan rumah sukan, dan
kumpulan B disertai dua pasukan rumah sukan. Setiap pasukan bertanding dalam
kumpulan masing-masing dan juara setiap kumpulan akan bertanding pula untuk
menentukan pemenang bagi acara tersebut. Kumpulan yang paling banyak dapat
melatik tin dengan tepat dikira sebagai pemenang.
2. Tarik upih
RAJAH 3: KAWASAN PERMAINAN TARIK UPIH
xx xx xx xx
xx xx xx xx
-
7/27/2019 LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
4/7
Permainan ini juga memerlukan empat orang pemain untuk setiap pasukan.
Dalam permainan ini, seorang pemain perlu duduk di atas upih dan seorang lagi
pemain perlu menarik upih tersebut hingga ke garisan penamat. Setelah sampai kegarisan penamat, pemain perlu menukar posisi, iaitu pemain yang menarik upih
duduk di atas upih dan pemain yang duduk di atas upih itu pula menarik upih
tersebut hingga ke garisan permulaan tadi. Setelah itu, permainan di ambil alih oleh
pemain ketiga dan keempat bagi setiap pasukan. Pemain yang sampai dahulu dikira
pemenang.
3. Terompah gajah
RAJAH 4: KAWASAN PERMAINAN TEROMPAH GAJAH
Permainan terompah gajah ini sebenarnya menggunakan tempurung kelapa,
tetapi, untuk keselamatan pemain, tempurung kelapa ini digantikan dengan
tempurung plastik. Perminan ini dimainkan adalah dengan cara pemain memijaktempurung tersebut sambil menyelitkan tali ke celah ibu jari kaki. Tangan hendaklah
x x x x
x x x x
x x x x
x x x x
-
7/27/2019 LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
5/7
memegang tali dan mengawal pergerakan. Pasukan yang paling pantas
menamatkanpermainan, dikira sebagai pemenang.
4. Baling selipar
RAJAH 5: KAWASAN PERMAINAN BALING SELIPAR
Permainan ini dimainkan dengan cara membaling gundu utama ke arah
selipar yang telah disusun di tengah-tengah gelanggang. Sekiranya pasukan
tersebut berjaya membaling gundu tepat ke arah sasaran, maka kumpulan tersebutperlu berusaha untuk menyusun semula selipat yang berada di tengah gelanggang
tersebut. Pasukan satu lagi perlu menghalang pasukan tersebut daripada menyusun
selipar tersebut dengan cara membaling gundu ke arah peserta kumpulan terbabit.
Peserta yang terkena gundu tersebut, dikira mati.
-
7/27/2019 LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
6/7
5. Boling kelapa
RAJAH 6: KAWASAN PERMAINAN BOLING KELAPA
Dalam permainan ini, para peserta setiap pasukan perlu melerekkan buah
kelapa ke arah botol yang telah disusun. Mata akan dikira mengikut jumlah botol
yang jatuh. Pasukan yang mengumpul paling banyak mata dikira sebagai
pemenang. Sememangnya, permainan ini agak mencabar.
Penyampaian hadiah akan diadakan pada minggu berikutnya bersama-sama
dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan sempena program Selamatkan
Bumi, Lestarikan Alam. Keputusan bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut:
Bagi acara lastik tin dan baling selipar, tempat pertama disandang oleh pasukan
daripada rumah Merah. Bagi acara boling kelapa pula, pemenangnya adalah
daripada pasukan rumah Kuning. Rumah Hijau pula telah memenangi acara tarik
upih sekali gus mengalahkan pasukan rumah lain. Manakala, acara terompah gajah
-
7/27/2019 LAPORAN SUKAN TRADISIONAL
7/7
dimenangi oleh pasukan daripada rumah Biru. Bagi pasukan yang tidak memenangi
acara yang dipertandingkan, mereka akan mendapat hadiah sagu hati.
Secara keseluruhannya, program ini dapat berlangsung dengan jayanya.
Namun, terdapat beberapa kekurangan kerana tiada sesuatu pun di dunia ini yang
memiliki kesempurnaan, begitu juga dengan kami. Kami hanya mampu berusaha
untuk memiliki kesempurnaan itu. Namun, kesempurnaan itu hanya milik Allah s.w.t
sebagai Sang Pencipta. Antara kekurangan yang paling ketara ialah kawalan murid.
Ternyata, kami masih perlu belajar dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelajar yang ramai.