laporan tahunan 2016fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=3dfc08d1336811b58a...laporan tahunan bkkm -...
TRANSCRIPT
4 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Pengenalan
Objektif & Visi
Carta Organisasi
Maklumat Pengurusan & Peruntukan Perbelanjaan
Aktiviti Dan Pencapaian
Cawangan Pematuhan Domestik
Cawangan Industri Domestik
Cawangan Eksport
Cawangan Import
Cawangan Pre-market Approval
Cawangan Standard dan Codex
Cawangan Makmal
Cawangan Surveilan
Cawangan Polisi dan Pemabngunan
Cawangan Komunikasi & Kepenggunaan
Kandungan
5
7
8
10
11
12
16
20
26
30
70
66
52
48
42
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
6 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Di Malaysia, kawalan keselamatan dan kualiti makanan bagi semua makanan sama ada keluaran tempatan ataupun yang diimport serta yang dieksport terletak di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan diberi mandat di bawah Akta Makanan 1983 untuk melindungi orang ramai dari segi bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. Di bawah Akta Makanan 1983, terdapat beberapa peraturan iaitu:
i) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang memastikan makanan dan pelabelannya mematuhi standard keselamatan makanan dan kualiti yang ditetapkan;
ii) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang memastikan makanan disediakan dalam keadaan bersih dan selamat;
iii) Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2009 (Pengeluaran Sijil Kesihatan untuk Pengeksportan Eksport Keluaran Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) untuk mengawal keselamatan dan keluaran ikan bagi tujuan eksport ke Kesatuan Eropah; dan Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 yang mengawal iradiasi makanan.
12345678
Mewujudkan rakan kongsi yang berkesan dan bekerjasama dengan pihakberkepentingan yang berkaitan termasuk agensi kerajaan, industri makanan,kumpulan pengguna dan akademia
Menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan berasaskan risiko
Merumus, menyemak dan mengemaskini undang-undang makanan
Surveilan, pemantauan dan penilaian rantaian bekalan makanan untuk strategi pengurangan risiko dan/atau intervensi
Mengukuh dan memperkasakan infrastruktur keselamatan makanan termasuk kemudahan makmal
Menjalin jaringan saintifik dengan organisasi kebangsaan dan antarabangsa
Membangunkan keupayaan dan kompetensi sumber manusia
Mendidik pengguna dalam pemilihan makanan yang bersih dan selamat
Di samping itu, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 mendaftar juruanalisis makanan dan mengawal amalan juruanalisis makanan. Akta ini juga adalah di bawah bidang kuasa Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan.
Bagi mengawal keselamatan makanan yang dijual di dalam negara termasuk makanan yang diimport serta makanan yang dieksport, beberapa strategi dirangka seperti berikut:
7LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integritinegara dalam keselamatandan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersamaberasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2010
Melindungi orang ramaidari bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan
VISIOBJEKTIF
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan terdiri daripada dua (2) Bahagian iaitu Bahagian Dasar, Perancangan Strategik dan Standard Codex dan Bahagian Pematuhan & Pembangunan Industri. Terdapat 10 Cawangan di bawah kedua-dua Bahagian ini iaitu:
01
02
03
04
05
Bahagian Dasar, Perancangan Strategik dan
Standard Codex
Cawangan Polisi dan Pembangunan
Cawangan Standard dan Codex
Cawangan Makmal
Cawangan Surveilan
Cawangan Komunikasi dan Kepenggunaan
01
02
03
04
05
06
Bahagian Pematuhan dan Pembangunan
Industri
Cawangan Pematuhan Domestik
Cawangan Industri Domestik
Cawangan Pre-Market Approval
Cawangan Import
Cawangan Eksport
8 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
MASUKKAN CARTA KKM DAN PERINGKAT BKKM (mohon buka pautan http://www.moh.gov.my/resources/index/carta%20organisasi/CARTA_ORGANISASI_KKM_21052018.png)
Kem
ente
rian
Kes
ihat
an M
alay
sia
Car
ta O
rgan
isas
i
9LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Peringkat Ibupejabat Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
Carta Organisasi
KETUA PENGARAHKESIHATAN MALAYSIA
PENGARAH KANANKESELAMATAN DANKUALITI MAKANAN
PENGARAH BAHAGIANPEMATUHAN DAN PEMBANGUNAN
INDUSTRI
SETIAUSAHAJURUNALISIS
MAKANAN MALAYSIA
PENGARAH BAHAGIANDASAR, PERANCANGAN
STRATEGIIK DAN STANDARD CODEX
CAWANGANPOLISI DAN
PEMBANGUNAN
CAWANGANSTANDARD
CODEX
CAWANGANSURVEILAN
CAWANGANMAKMAL
CAWANGANKOMUNIKASI DAN KEPENGGUNAAN
CAWANGANPEMATUHANDOMESTIK
CAWANGANINDUSTRI
DOMESTIK
CAWANGANIMPORT
CAWANGANEKSPORT
CAWANGANPRE-MARKET
APPROVAL
UNITPENTADBIRAN
SEKSYENPENGURUSAN
UNITKEWANGAN
10 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Maklumat Pengurusan Dan Peruntukan Perbelanjaan
orang3
orangorang
1orang
- 2orang
62orang
PEGAWAI PELAKSANA
127orang
PEGAWAI PENGURUSAN& PROFESIONAL
PEGAWAI BERTUKARMASUK
PEGAWAI BERTUKARKELUAR
PEGAWAI CUTIBELAJAR
PEGAWAI LEPASJAWATAN
PEGAWAI MENINGGAL DUNIA
PEGAWAI BERSARA
PERATUS BAKI
2.3 %
PERBELANJAAN
RM16,534,550.87RM16,924,907.00
PERUNTUKAN
A Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan
Rajah 1: Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan 2011 - 2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
CAWANGAN PEMATUHAN DOMESTIK01
Merancang, mengkaji semula dan menyelaras aktiviti penguatkuasaan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Aktiviti yang dijalankan termasuklah pensampelan makanan, pemeriksaan premis makanan, pendaftaran premis makanan, aktiviti penguatkuasaan seperti penutupan premis makanan yang tidak bersih, tindakan penyitaan bagi produk makanan yang tidak mematuhi perundangan, penyiasatan terhadap aduan dan pengurusan isu keselamatan makanan.
Pada tahun 2016, daripada sejumlah 131,165 premis makanan yang telah diperiksa, 2,703 (2.06 %) premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 (Rajah 1).
98039 132,258 127,323 120,169 124,254 131,165
140000
120000
10000
80000
60000
40000
20000
0
4.00%
3.50%
3.00%
2.50%
2.00%
1.50%
1.00%
0.50%
0.00%2011 2012 2013 2014 2015 2016
Bil.
Prem
is
Penu
tupa
n
Bil. Premis Ditutup
Bil. Premis Diperiksa
% Penutupan
3458 3447 4044 3115 2422 27033.50% 2.60% 3.20% 2.60% 1.90% 2.06%
Fungsi
LAPORAN TAHUNAN BKKM - 201612
13LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
B Pendaftaran Premis Makanan
Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009), premis makanan yang wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kilang makanan, premis yang terlibat di dalam katering makanan, premis outlet makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya serta kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan sedia dimakan. Pendaftaran premis makanan tersebut perlu dilakukan oleh pemilik premis melalui aplikasi atas talian di http://fosimdomestic.moh.gov.my/.
C Pensampelan Makanan
Pada tahun 2016, daripada 33,421 sampel makanan yang telah diambil dan dianalisa, 848 (2.54%) sampel didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Rajah 2). Seramai 156 orang penjual/pengeluar produk makanan yang didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang ditetapkan telah dihadapkan ke mahkamah dengan jumlah denda yang dikenakan sebanyak RM 337,150.01.
Rajah 2: Pensampelan Makanan 2011 - 2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Pendaftaran Premis Makanan Dari Tahun 2011 - 2016
KATEGORITAHUN
2011 2012 2013 2014 2015 2016Kilang Makanan 1,737 2,139 3,071 1,843 1,932 1,114Premis Katering Makanan 674 1,403 2,297 1,524 1,057 1,113Premis Outlet Makanan 12,661 21,071 38,670 33,580 17,554 12,777Kenderaan yang menjual Makanan 85 177 667 609 243 230Lain - Lain Premis Makanan - - - - 2479 477
JUMLAH 15,157 24,790 44,705 37,556 23,265 15,711*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
JADUAL01
80,000
70,000
60,000
50,000
40,000
30,000
20,000
10,000
0
4.0%
3.5%
3.0%
2.5%
2.0%
1.5%
1.0%
0.5%
0.0%
Jum
lah
Sam
pel
% P
elan
ggar
an
2011 2012 2013TAHUN
2014 2015 2016
Jumlah Sampel
Jumlah Pelanggaran
% Pelanggaran
67,128 46,479 32,789 35,848 36,034 33,4212,102 1,240 1,111 1,117 831 8483.1% 2.7% 3.4% 3.1% 2.3% 2.54%
14 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
D Pengawalan Residu Racun Perosak
Pada tahun 2016, sejumlah 1,076 sampel (Rajah 3) telah diambil untuk analisis residu racun perosak yang terdiri daripada 761 sampel sayur-sayuran dan 315 sampel buah-buahan. Hasil pemantauan sepanjang tahun 2016 menunjukkan bahawa terdapat 14 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi Kadar Maksimum Residu (MRL) sebagaimana dinyatakan di dalam Jadual 16, Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Rajah 3: Pensampelan Sayur-sayuran dan Buah-buahan untuk Analisis Residu Racun Perosak 2011-2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
E Pengawalan Residu Dadah Veterinar
Hasil daripada pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan residu dadah veterinar yang berterusan, didapati penyalahgunaan nitrofuran, chloramphenicol dan beta-agonist semakin menurun.
i) Nitrofuran dan ChloramphenicolPada tahun 2016, analisa nitrofuran dan chloramphenicol telah dijalankan ke atas sejumlah 206 sampel udang, 44 sampel ayam (Rajah 4) dan 23 sampel ikan (Rajah 5) dan didapati kesemua sampel tidak mengandungi nitrofuran dan chloramphenicol.
Rajah 4: Pensampelan Ayam Untuk Analisa Chloramphenicol dan Nitrofuran 2011-2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
450
400
350
300
250
200
150
100
50
2.0%
1.8%
1.6%
1.4%
1.2%
1.0%
0.8%
0.6%
0.4%
0.2%
0 0.0%
Jum
lah
Sam
pel
% P
elan
ggar
an
2011 2012 2013TAHUN
2014 2015 2016
Jumlah Sampel
Jumlah Pelanggaran
% Pelanggaran
342 392 178 107 93 440 2 0 0 0 0
0.0% 1.9% 0.0% 0.0% 0.0% 0.0%
4,500
4,000
3,500
3,000
2,500
2,000
1,500
1,000
500
1.40%
1.20%
1.00%
0.80%
0.60%
0.20%
0.00%0
Jum
lah
Sam
pel
% P
elan
ggar
an2011 2012 2013
TAHUN2014 2015 2016
Jumlah Sampel
Jumlah Pelanggaran
% Pelanggaran
0.40%
3,817 1 ,619
1,010 578 704 1 ,07625 17 0
0
8
1 40.70% 1 .10% 0 % 0 %
1.10% 1 .30%
15LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
ii) Beta-Agonist Pada tahun 2016, sejumlah 164 sampel telah diambil untuk analisa beta-agonist (Rajah 6).
Ini termasuk daging khinzir (133 sampel), daging lembu (14 sampel) dan daging ayam (17 sampel). Sejak tahun 2011 tiada sampel daging dikesan mengandungi beta-agonist.
Rajah 6: Pemantauan Beta-Agonist 2011 - 2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Rajah 5: Pensampelan Ikan Untuk Analisa Chloramphenicol dan Nitrofuran 2011 - 2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
300
250
200
150
100
50
0.9%
0.8%
0.7%
0.6%
0.5%
0.4%
0.3%
0.2%
0.1%
0 0.0%
Jum
lah
Sam
pel
% P
elan
ggar
an
2011 2012 2013TAHUN
2014 2015 2016
Jumlah Sampel
Jumlah Pelanggaran
% Pelanggaran
0 1 0 0 0 0 72 127 268 18 22 23
0.0% 0.8% 0.0% 0.0%
0.0% 0.0%
700
600
500
400
300
200
100
0.90%
1.00%
0.80%
0.70%
0.60%
0.50%
0.40%
0.30%
0.20%
0.10%
0 0.00%
Jum
lah
Sam
pel
% P
elan
gg
aran
2011 2012 2013TAHUN
2014 2015 2016
Jumlah Sampel
Jumlah Pelanggaran
% Pelanggaran
0 0 0 0 0 0 0.0% 0.0% 0.0% 0.0% 0.0% 0.0%
541 662 269 214 180 164
Aktiviti Pelesenan Mesin Jual Air
Mesin jual air adalah mesin layan diri yang akan mengeluarkan air secara automatik apabila dimasukkan syiling, token atau apa-apa cara yang membawa maksud yang sama. Air di dalam mesin jual air hendaklah melalui rawatan seperti penapisan, penyulingan, osmosis berbalik, pengionan dan penyahjangkitan bergantung kepada jenis mesin yang berada di pasaran. Peraturan 360C, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa semua mesin jual air perlu dilesenkan sebelum digunakan untuk tujuan perdagangan atau perniagaan.
Aktiviti pelesenan mesin jual air melibatkan proses verifikasi mesin serta pensampelan bagi sampel air dari mesin jual air. Sepanjang tahun 2016, sebanyak 612 Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air telah dikeluarkan oleh Cawangan ini. Senarai lesen yang telah dikeluarkan mengikut negeri adalah seperti graf di bawah:
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Rajah 7: Pengeluaran Lesen Mengendalikan Mesin Jual Air Mengikut Negeri Tahun 2016
CAWANGAN INDUSTRI DOMESTIK02
Fungsi
Bertanggungjawab dalam membantu industri makanan untuk menghasilkan produk yang selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya.
120
10080
60
40
20
0
2330
54
28
99109
4358
23
38
12 1
39
3
Perlis
Pera
kSe
langor
Negeri Sembila
n
Pahan
g
Negeri
Jumlah Lesen
Bil.
Les
en
WPKL
Tere
ngganu
Mela
ka
Sabah
Kelanta
n
Sara
wak
WP La
buan
Johor
Pulau
Pinan
g
Kedah
53
16 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
17LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Imej 1: Kulit Muka Video Dokumentari
Majlis Memperkenalkan Skim Pensijilan Makanan Autentik telah diadakan pada 19 Januari 2016. Skim ini diperkenalkan bagi mengiktiraf industri makanan yang menghasilkan produk makanan menggunakan bahan mentah dari sumber yang tulen. Buat masa ini, pensijilan ini ditawarkan kepada empat (4) produk makanan sahaja iaitu madu, kopi, daging dan sarang burung walit. Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan logo autentik yang boleh digunapakai oleh pihak industri yang telah mendapat pensijilan pada label produk makanan. Contoh logo autentik adalah seperti di bawah:
Imej 2: Logo Rasmi Autentik KKM
Video Dokumentari Teknik Pensampelan Bagi Tujuan Pelesenan Mesin Jual Air, Air Minuman Berbungkus (AMB), Air Mineral Semulajadi (AMS) dan Ais
Satu video dokumentari yang bertajuk Siri Panduan Visual - SOP Pensampelan Bagi Tujuan Pelesenan Mesin Jual Air, AMB, AMS dan Ais telah dibangunkan. Siri panduan visual ini merangkumi tiga (3) komponen utama dalam aktiviti pelesenan iaitu pelesenan Mesin Jual Air, AMB, AMS dan Ais. Video dokumentari ini dibangunkan untuk menyeragamkan teknik pensampelan di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh negara bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi pegawai di peringkat lapangan khususnya pegawai baru yang terlibat dalam aktiviti pensampelan.
Pelancaran Skim Pensijilan Makanan Autentik
18 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Selaras dengan perkembangan global, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan telah mengambil inisiatif membangunkan Skim Pensjilan Food Defense. Skim ini adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada syarikat yang berjaya melaksanakan kawalan dari ancaman yang disengajakan yang boleh menjejaskan produk makanan dan juga organisasi. Skim ini juga adalah sebagai memenuhi keperluan perundangan dalam Food Safety Modernization Act 2011, USFDA.
Justeru itu, satu majlis telah diadakan bagi memperkenalkan skim pensijilan ini pada 10 Mei 2016. Kira-kira seramai 200 orang peserta telah menghadiri majlis tersebut terdiri dari industri makanan. Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan logo food defense yang boleh digunakan oleh industri yang telah mendapat pensijilan pada label produk makanan. Contoh logo food defense adalah seperti di bawah:
Pelancaran Skim Pensijilan Food Defense
Imej 3: Logo Rasmi Food Defence Certification KKM
19LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Verifikasi Keselamatan Makanan di Sepanjang Rantaian
Verifikasi di sepanjang rantaian makanan merupakan satu pendekatan yang diambil bagi memastikan kepatuhan premis makanan kepada Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 1985 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pada tahun 2016, fokus diberikan kepada stor penyimpanan makanan pada suhu ambient yang memfokuskan kepada keperluan bagi stor penyimpanan makanan dalam mematuhi elemen-elemen di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sebanyak 214 buah stor penyimpanan makanan pada suhu ambient telah diverifikasi. Elemen yang dikenalpasti semasa proses varifikasi adalah seperti elemen Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), kebersihan dan pendaftaran premis, pekerja telah mendapat vaksinasi dan telah menghadiri Latihan Pengendali Makanan serta kawalan makhluk perosak.
Selain itu, verifkasi keselamatan makanan juga dijalankan untuk premis outlet makanan bergerak seperti foodtruck. Sepanjang 2016 sebanyak 427 buah premis outlet makanan bergerak telah diverifikasi. Seksyen Rantaian Makanan juga telah membangunkan Garis Panduan Penyediaan dan Penjualan Makanan di Premis Outlet Makanan Bergerak sebagai panduan untuk pengusaha outlet makanan bergerak memenuhi keperluan kebersihan makanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Verifikasi Ke Atas Bahan Mentah Disyaki Mengandungi Genetically Modified Organism (GM)
Verifikasi GMO dijalankan bagi mengenalpasti penggunaan bahan mentah mengandungi GMO di peringkat premis pemprosesan. Untuk tahun 2016, verfikasi memfokuskan kepada produk jagung dan hasilan jagung. Sebanyak 15 buah kilang telah diverifikasi dan sampel jagung telah diambil dari premis berkenaan.
CAWANGAN EKSPORT03
Fungsi
Bertanggungjawab dalam memastikan makanan yang dieksport adalah selamat dan mematuhi peraturan negara pengimport.
A Eksport ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah (EU)
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan telah dilantik oleh pihak Kesatuan Eropah (EU) sebagai Competent Authority (CA) di negara ini bagi memberi jaminan kepada pihak EU bahawa keperluan yang ditetapkan oleh pihak EU adalah dipenuhi di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan yang dieksport ke EU.
i) Pelaksanaan Kawalan Rasmi Bagi Tujuan Eksport Ikan Dan Hasilan Ikan Ke EU PKKM menjalankan kawalan rasmi berdasarkan kepada Standard Operating
Procedure dan Protokol yang terlibat dalam pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke EU seperti berikut:
a) Kelulusan premis eksport, kenderaan pengangkutan, pengeluar ais, stor sejuk beku, premis bahan mentah separa proses dan sumber bahan mentah yang diimport.
Pada tahun 2016, sebanyak 22 premis pemprosesan, 40 kenderaan pengangkutan,
satu (1) punca ais dan tiga (3) stor sejuk beku telah diluluskan. Audit pengawasan turut dijalankan ke atas semua premis pemprosesan, kenderaan pengangkutan, punca ais dan stor sejuk beku yang telah diluluskan.
b) Pelaksanaan Pelan Pemantauan
Pada tahun 2016, sebanyak 582 sampel produk akhir hasilan ikan, 171 sampel hasil tangkapan ikan dan 126 sampel air dan ais telah diambil bagi program pemantauan 2016 dan semua tindakan pembetulan telah pun diambil ke atas pelanggaran yang dikesan.
c) Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke EU Pada tahun 2016, sebanyak 560 Sijil Kesihatan telah dikeluarkan oleh BKKM yang
berjumlah RM 93 juta.
20 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
21LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
ii) Pengukuhan Kawalan Rasmi EU Management System for Official Control of Food Export of Fish and Fishery Products to EU (FExOC) telah dibangunkan dan sistem tersebut telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016. Objektif sistem ini dibangunkan adalah untuk mengukuhkan kawalan rasmi yang dilaksanakan oleh BKKM di mana semua maklumat mengenai program pemantauan dan juga audit pengawasan bagi semua kemudahan perikanan yang telah diluluskan termasuk rapid alert system dan pengeluaran sijil kesihatan bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan diintegrasikan ke dalam sistem ini.
B Eksport udang ke Amerika Syarikat
PKKM telah menjalankan kawalan keselamatan makanan ke atas premis pemprosesan, middlemen dan traders yang terlibat dalam pengeksportan udang ke Amerika Syarikat.
i. Penyenaraian Premis Pemprosesan, Middlemen dan Traders Udang Yang Mematuhi Keperluan Amerika Syarikat
Pada tahun 2016, sebanyak lapan (8) premis pemprosesan, dua (2) middlemen dan satu (1) trader telah disenaraikan bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan ke Amerika Syarikat.
ii. Pelaksanaan Program Pemantauan Pada tahun 2016, sebanyak 56 sampel udang telah diambil di bawah Program
Pemantauan Bagi Tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Amerika Syarikat dan tiada pelanggaran dikesan.
iii. Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi tujuan Udang ke Amerika Syarikat. Pada tahun 2016, sebanyak 14 Sijil Kesihatan telah dikeluarkan oleh BKKM
22 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
C Eksport ikan dan hasilan ikan ke Rusia
Tindaksusul dari perbincangan yang telah diadakan oleh PKKM dan pihak Perkhidmatan Persekutuan Pengawasan Haiwan dan Fitosanitasi (Rosselkhoznadzor) yang telah diadakan pada 18 Mei 2010 lalu, PKKM telah menyediakan draf Memorandum of Understanding between Government of Malaysia and Government of Russian Federation on Exportation and Safety of Fish and Seafood Products for Human Consumption from Malaysia to Russian Federation dan ianya adalah diperingkat akhir.
Selain itu, PKKM juga telah menjalankan program pemantauan ikan dan hasilan ikan ke atas premis yang berminat untuk mengeksport ke Rusia di mana sebanyak 212 sampel untuk Fishery End Products Monitoring Programme dan 16 sampel untuk Capture Fishery Monitoring Programme telah diambil pada tahun 2016. Tindakan pembetulan juga telah diambil ke atas semua pelanggaran yang dikesan.
D Eksport produk makanan berasaskan haiwan ke Vietnam
Berkuatkuasa mulai September 1, 2010, semua premis pemprosesan yang ingin mengeksport
produk makanan berasaskan haiwan perlu berdaftar dengan National Agro-Forestry-Fisheries Quality Assurance Department (NAFIQAD), Vietnam sebelum pengeksportan dijalankan. Ini adalah berdasarkan kepada Circular Guiding on the Food Hygiene and Safety Control for Imported Foodstuffs of Animal Origin, No. 25/2010/TT-BNNPTNT.
Pada tahun 2016, sebanyak 47 premis pemprosesan yang telah diluluskan dan disenaraikan
oleh pihak NAFIQAD bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Vietnam. Selain itu, sebanyak lapan (8) premis pemprosesan telah disenaraikan oleh pihak NAFIQAD bagi tujuan pengeksportan daging dan hasilannya ke Vietnam. Selain itu, Malaysia juga terus menjalankan pengeksportan produk makanan berasaskan tumbuhan setelah dibenarkan oleh pihak NAFIQAD bermula 10 Jun 2013 berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
23LAPORAN TAHUNAN BKKM - 201623 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
E Pengeksportan sarang burung walit (Edible Bird’s Nest), Ke China
Kementerian Kesihatan memandang serius isu pengeksportan sarang burung walit ke Republik Rakyat China (RRC) yang tidak mematuhi keperluan negara tersebut di mana paras nitrit adalah sifar dalam sarang burung walit. memandangkan Malaysia merupakan antara pengeksport utama sarang burung walit ke China.
Tambahan pula, keperluan ini tidak dapat dipenuhi oleh kebanyakan pengeksport sarang burung walit di Malaysia kerana kehadiran nitrit dalam sarang burung walit tidak dapat dielakkan memandangkan ianya hadir secara semulajadi dalam sarang burung walit.
Dalam hal ini, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengetuai delegasi Malaysia untuk lawatan kerja ke China pada 5 hingga 8 November 2011 khusus bagi membincangkan isu pengeksportan sarang burung walit ke China dengan Menteri Kesihatan China. Hasilnya, mesyuarat bersetuju supaya satu kajian yang komprehensif dijalankan bagi mendapatkan data saintifik mengenai kehadiran nitrit dalam sarang burung walit. Selain itu, mesyuarat juga bersetuju supaya Kumpulan Pakar Malaysia-China bagi Sarang Burung Walit dibentuk khusus bagi membangunkan standard nitrit dalam sarang burung walit yang akan dipersetujui bersama oleh Malaysia dan China.
Seiring dengan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan satu kajian yang komprehensif bermula pada bulan Oktober sehingga Disember 2011 bagi mendapatkan data saintifik mengenai kehadiran nitrit dalam sarang burung walit. Kajian telah dijalankan ke atas sarang burung walit, guano, air liur dan faktor persekitaran lain yang mungkin menyumbang kepada kehadiran nitrit dalam sarang burung walit.
Lanjutan daripada itu, Mesyuarat Kumpulan Pakar Malaysia-China bagi Sarang Burung Walit telah diadakan di Kuala Lumpur pada 28 hingga 30 Disember 2011 bagi membincangkan standard nitrit dalam sarang burung walit yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara.
Sehingga tahun 2016, sebanyak 46 premis pemprosesan telah disenaraikan oleh PKKM bagi pengeksportan sarang burung walit ke China. Dalam hal ini Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Verterinar (JPV), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sentiasa bekerjasma bagi memastikan Malaysia dapat terus mengeksport sarang burung mentah jenis bersih ke China tanpa halangan.
Pada 2016, sebanyak 246 sampel sarang burung walit dan 82 sampel air telah diambil bagi tujuan program pemantauan. Tindakan pembetulan telah diambil ke atas semua pelanggaran yang dikesan.
F Pengeksportan makanan sedia di makan (ready to eat) ke Singapura
Terdapat 6 kategori makanan sedia di makan ke Singapura iaitu kuih muih (traditional cake), nasi lemak dan makanan mudah rosak yang lain, kuih bulan, formula bayi, bijirin bayi dan produk kering dari kacang soya.
Pada tahun 2016, sebanyak 92 premis pemprosesan yang telah disenaraikan sebagai premis pengeskport makanan sedia di makan ke Singapura
24 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016 24LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
G Pengeksportan makanan diproses minima (minimally processed) ke Singapura
i) Pengeksportan makanan diproses minima sayur-sayuran dan buah-buahan
Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia - Singapura telah diadakan pada 7-8 oktober 2013 di Singapura. Mesyuarat tersebut telah bersetuju ke atas keperluan oleh Agri-Food and Veterinary Authority (AVA), Singapura untuk pendaftaran dan persijilan premis pemprosesan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran siap dimakan atau diproses secara minimum ke Singapura. Dalam hal ini, premis pemprosesan perlu mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Guideline for Ready-To-Eat / Minimally Processed Fruits and Vegetable.
Pada tahun 2016, sebanyak 17 premis pemprosesan telah berdaftar dan disahkan oleh PKKM untuk mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran sedia untuk dimakan atau yang diproses secara minimum ke Singapura.
ii) Pengeksportan Makanan Diproses Minima Kelapa ke Singapura
Mesyuarat Pasukan Petugas bagi Kelapa Yang Diproses Secara Minimum telah diadakan di Pulau Pinang pada 19 Januari 2011 bagi membincangkan draf garis panduan pengendalian produk tersebut bagi tujuan eksport ke Singapura di mana Jabatan Pertanian merupakan focal point untuk pengeksportan kelapa yang diproses secara minimum ke Singapura.
Pasukan Petugas tersebut telah melawat 3 premis pemprosesan yang terlibat dalam pemprosesan kelapa yang diproses secara minimum di Johor pada 2 hingga 3 Jun 2011. Pasukan Petugas kemudiannya memuktamadkan garis panduan tersebut dan membincangkan pelan pelaksanaan garis panduan tersebut. Garis panduan tersebut akan diluluskan semasa Mesyuarat Dua Hala Singapura pada tahun 2012.
Pada tahun 2016, tujuh (7) premis pemprosesan yang memproses kelapa secara minimum telah berdaftar dan disahkan oleh BKKM.
iii) Pengeksportan Makanan Diproses Minima Tebu ke Singapura
Pada tahun 2016, sembilan (9) premis pemprosesan yang memproses tebu secara
minimum telah berdaftar dan disahkan oleh BKKM.
25LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
H Pengeksportan ke negara China
i) Pengeksportan Durian Beku Ke China
General Administration of Quality Supervision Inspection and Quarantine (AQSIQ) China telah menjalankan audit ke atas enam (6) premis pemprosesan durian beku pada 12 - 17 Disember 2011. Objektif audit tersebut adalah untuk menilai status kepatuhan premis pemprosesan ke atas keperluan import durian sejuk beku ke China termasuk pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP).
Sebanyak sembilan (9) premis pemprosesan telah diluluskan oleh pihak AQSIQ bagi tujuan eksport durian beku ke China.
Pada 2016, sebanyak 18 sampel durian sejukbeku dan Sembilan (9) sampel air dipremis durian sejukbeku telah diambil bagi tujuan program pemantauan dan tiada pelanggaran dikesan.
ii) Misi Pemeriksaan Bagi Pengeksportan Susu Dan Hasilan Susu Ke China
Negara China telah menetapkan keperluan bahawa semua premis pemprosesan bagi produk susu dan hasilan tenusu yang dieksport ke China perlu berdaftar dengan Certification and Accreditation Administration of the People’s Republic of China (CNCA) berkuatkuasa mulai 1 Mei 2014. Bagi proses pendaftaran premis pemprosesan produk susu dan hasilan tenusu, pihak CNCA memerlukan maklumat berdasarkan soal selidik mengenai kawalan keselamatan makanan bagi produk susu dan hasilan tenusu di sepanjang rantaian pengeluaran, diikuti dengan semakan maklumat tersebut oleh pihaknya. Seterusnya pihak CNCA akan menjalankan pemeriksaan di Malaysia sebelum kelulusan untuk pendaftaran diberikan kepada premis pemprosesan yang terlibat.
Pada tahun 2016, sebanyak lima (5) premis pemprosesan susu dan hasilan susu telah disenaraikan oleh BKKM bagi pengeksportan susu dan hasilan susu ke China.
iii) Eksport Ikan dan hasilan Ikan Ke China BKKM menjalankan kawalan rasmi berdasarkan kepada Protokol yang terlibat
dalam pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke China seperti berikut:
- Kelulusan premis eksport dan stor sejuk beku Pada tahun 2016, sebanyak 78 premis pemprosesan dan dua (2) stor sejuk
beku telah diluluskan. Audit pengawasan turut dijalankan ke atas semua premis pemprosesan dan stor sejuk beku yang telah diluluskan.
I Pengeluaran sijil eksport selain ikan dan hasilan ikan ke EU
Pada tahun 2016, sebanyak 54, 893 Sijil Kesihatan dan 6274 Sijil Penjualan Bebas telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk pengeksportan produk makanan. Manakala sebanyak 187 Sijil Non Genetically Modified Food (Non-GMF) telah dikeluarkan oleh BKKM.
Secara amnya, pengimportan makanan di bawah kawalan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya tidak dikenakan permit import. Kelulusan pengimportan makanan akan diberikan oleh Pegawai Berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pintu masuk melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia - FoSIM).
Aktiviti kawalan makanan import yang dijalankan di pintu masuk Negara meliputi pemeriksaan dan persampelan konsainan makanan serta aktiviti penguatkuasaan seperti penahanan, penarikan balik, penolakan, pendakwaan dan pemusnahan konsainan yang melanggar perundangan makanan.
CAWANGAN IMPORT04
Fungsi
Bertanggungjawab dalam memastikan makanan import adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan peratutan - peraturannya
26 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
27LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
di mana konsainan makanan diberi pelepasan secara automatik.
Pegawai Berkuasa di pintu masuk perlu meneliti kesemua dokumen yang berkaitan (HC/CoA/Lesen) sebelum memberi pelepasan.
Pemeriksaan Dokumen Spesifik
Pemantauan Berasaskan Risiko
di mana pemeriksaan wajib dilakukan dan sampel makanan mungkin diambil untuk analisis makmal.
di mana pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsainan dilepaskan setelah pensampelan dijalankan.
pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsainan ditahan setelah pensampelan dijalankan dan ianya akan dilepaskan setelah keputusan analisa mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
di mana sistem secara automatik menolak konsainan produk makanan yang terlibat.
Surveilan Pengawasan
Tahan, Uji dan Lepas
Penolakan Automatik
Sistem Kawalan Makanan Import Semua makanan yang diimport perlu dirujuk ke Pahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), terlebih dahulu untuk proses kelulusan sebelum dibenarkan masuk ke Negara ini. Sejak tahun 2003, proses kelulusan akan diberikan secara elektronik melalui penggunaan sistem aplikasi berasaskan web iaitu Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) yang disepadukan dengan Sistem Maklumat Kastam (SMK) secara antara muka (interfaced). Sistem ini secara aktifnya digunakan di pintu-pintu masuk negara terutama yang terlibat dengan pengimportan makanan. Terdapat enam (6) tahap pemeriksaan bagi menentukan risiko makanan tersebut, seperti berikut:
Pelepasan Automatik Tanpa Syarat
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4
Tahap 5
Tahap 6
28 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
01
02
03
04
05
pemeriksaan dokumen - pemeriksaan perlu dilakukan ke atas 100% pada borang deklarasi (K1) yang diisytihar secara manual atau elektronik.
konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk darat
konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk laut
daripada jumlah pemeriksaan fizikal perlu diambil bagi tujuan persampelan.
100%
40%
70%
konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk udara35%
10%
PEMANTAUAN kesemua pintu masuk
seluruh Malaysia
Pemantauan makanan import di setiap pintu masuk
Cawangan Import memantau pencapaian ke semua 57 pintu masuk seluruh Malaysia. Pemantauan yang dijalankan berdasarkan kepada sasaran berikut:
29LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Aktiviti dan Pencapaian
Bagi tahun 2016, sebanyak 131,216 konsainan diperiksa di mana 14,473 (11%) sampel diambil untuk dianalisis (Rajah 1). Daripada jumlah sampel yang diambil, sebanyak 132 (0.9%) sampel didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Rajah 2).Pada tahun 2016, terdapat 91 alert makanan ke atas konsainan makanan yang tidak mematuhi dari 15 buah Negara. Alert makanan telah dinotifikasi kepada semua pihak negeri dan pintu masuk untuk tindakan selanjutnya
RAJAH 8: Pemeriksaan dan Persampelan Konsainan Makanan Import 2012-2016
Aktiviti kawalan makanan import di pintu masuk adalah berkesan dalam memastikan bahawa makanan yang diimport ke dalam Negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya. Ini terbukti dengan kadar pelanggaran yang paling rendah iaitu sebanyak 0.9% pada 2016 jika dibandingkan dengan pencapaian 5 tahun ke belakang (2012-2016).
RAJAH 9: Makanan Import yang melanggar 2012-2016
*Sumber: Cawangan Import, BKKM
200,000
180,000
160,000
140,000
120,000
100,000
80,000
60,000
40,000
20,000
18.0%
20.0%
16.0%
14.0%
12.0%
10.0%
8.0%
6.0%
4.0%
2.0%
0 0.0%
Jum
lah
Sam
pel
% P
elan
ggar
an
2012 2013TAHUN
2014 2015 2016
14583 17206 14673 14278 14473 8.5
9.5
11.7 11.5 11.0
Bil. Konsainan Diperiksa
Bil. Sampel Diambil
Peratus Persampelan
171948 181629 125936 124098 131216
*Sumber: Cawangan Import, BKKM
200000
18000
16000
14000
12000
10000
8000
6000
4000
2000
0
18.0%
20.0%
16.0%
14.0%
12.0%
10.0%
8.0%
6.0%
4.0%
2.0%
0 0.0%
Jum
lah
Sam
pel d
iam
bil
% P
elan
ggar
an
2012 2013TAHUN
2014 2015 2016
8.5 1.1 1.4 1.0 0.9
Bil. sample diambil
Bil. Pelanggaran
Peratus Persampelan
14583 17206 14673 14278 14473199 194 210 143 132
A. Skim Pensijilan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Points)
Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) merupakan salah satu program jaminan keselamatan makanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam memastikan pengeluaran makanan yang bersih dan selamat di sepanjang rantaian makanan. Skim pensijilan HACCP, KKM diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan keperluan import oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (USA) pada tahun 1996. Oleh itu KKM telah memperkenalkan Skim Pensijilan HACCP pada tahun 1997 dan dilancarkan pada 2001. Tujuan utama pensijilan HACCP adalah memberi pengiktirafan rasmi kepada pengilang makanan yang berjaya mematuhi standard dan elemen yang ditetapkan memandangkan sistem HACCP ini akan menjadi salah satu keperluan untuk pengeksportan makanan seluruh dunia.
Sehingga Disember 2016, sebanyak 476 sijil telah dikeluarkan kepada syarikat makanan yang telah mendapat pengiktirafan di bawah Skim Pensijilan HACCP, KKM. Pengiktirafan pensijilan ini telah banyak membantu pihak industri dalam memenuhi kehendak Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.
1 Seksyen Pensijilan
CAWANGAN PRE-MARKET APPROVAL
Fungsi
05
Bertanggungjawab dalam membangunkan sistem jaminan keselamatan makanan dan memastikan pelaksanaan jaminan keselamatan makanan oleh industri makanan. Antara program jaminan keselamatan makanan yang ditawarkan oleh cawangan ini ialah Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP), Good Manufacturing Practices (GMP) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Pelaksanaan sistem jaminan keselamatan makanan dapat membantu industri makanan menghasilkan produk yang mampu berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Selain aktiviti pensijilan, cawangan ini juga bertanggungjawab dalam merancang, menjalankan, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti perkhidmatan makanan seperti pengiktirafan kepada tenaga pengajar dan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM), pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) kepada pengusaha premis makanan dan juga pelaksanaan aktiviti keselamatan makanan dalam mengurangkan kejadian keracunan makanan seperti program KENDIRI dan sebagainya.
30 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
31LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Jadual 1 menunjukkan jumlah pensijilan HACCP yang dikeluarkan sehingga Disember 2016.
B. Skim Pensijilan GMP (Good Manufacturing Practices)
Skim Pensijilan “Good Manufacturing Practice” telah diwujudkan atas permintaan Sijil GMP oleh negara pengimport serta industri kecil dan sederhana (EKS) di negara ini. Skim pensijilan GMP, KKM ini telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan pada 19 Disember 2006. Sehingga Disember 2016, sebanyak 374 jumlah sijil telah dikeluarkan kepada syarikat makanan yang telah mendapat pengiktirafan GMP. Pengiktirafan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan dan membantu industri dalam meluaskan pasaran mereka. Jadual 2 menunjukkan jumlah pensijilan GMP yang dikeluarkan sehingga Disember 2016.
Jumlah Pensijilan HACCP mengikut Negeri
BIL NEGERI / JKN Sehingga 2015 2016 JUMLAH1 Johor 52 26 782 Kedah 14 7 213 Kelantan 2 5 74 Kuala Lumpur 5 11 165 Labuan 2 0 26 Melaka 3 8 117 Negeri Sembilan 5 6 118 Pahang 8 10 189 Perak 20 11 31
10 Perlis 2 0 211 Pulau Pinang 28 19 4712 Sabah 17 12 2913 Sarawak 11 8 1914 Selangor 99 85 18415 JUMLAH 268 208 476
*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
JADUAL02
Jumlah Pensijilan GMP Mengikut Negeri
BIL NEGERI / JKN Sehingga 2015 2016 JUMLAH1 Johor 18 19 372 Kedah 21 8 293 Kelantan 3 6 94 Melaka 2 10 125 Negeri Sembilan 7 7 146 Pahang 6 15 217 Perak 16 7 238 Perlis 1 0 19 Pulau Pinang 9 20 29
10 Sabah 20 18 3811 Sarawak 8 6 1412 Selangor 48 67 11513 Terengganu 7 1 814 Wp Kuala Lumpur 8 15 2315 Wp Labuan 1 0 1
JUMLAH 175 199 476
JADUAL03
32 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
C. Skim Pensijilan MeSTI
Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri” (MeSTI) adalah satu skim pensijilan yang memberi fokus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Premis pengilangan makanan akan diberi bimbingan teknikal secara percuma dalam membangunkan pensijilan MeSTI. Pensijilan MeSTI juga telah dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Kesihatan sejak tahun 2014 di bawah program Strategic Reform Initiatives (SRI) yang dipantau oleh PEMANDU (Performance Management Delivery Unit) dan di bawah program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang dipantau oleh TERAJU (Unit Peneraju Agenda Bumiputera).
Bagi meningkatkan jumlah premis pengilangan makanan mendapat Pensijilan MeSTI, kerjasama inter-agensi telah dijalankan dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Jabatan Pertanian, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sebagainya. Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak 3,145 premis pengilangan makanan telah berjaya mendapat Pensijilan MeSTI (rujuk Rajah 1).
Rajah 10: Pencapaian Skim Pensijilan MeSTI (Tahun 2012-2016)
2 SEKSYEN PERKHIDMATAN MAKANAN
A. Pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat)
Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada premis outlet makanan bagi menggalakkan pengusaha premis outlet makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Ianya adalah satu program penambahbaikan terhadap program pemantauan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
1400
1200
1000
800
600
400
200
0
283
436530
1152
744
2012 2013 2014 2015 2016
Bil Pensijilan MeSTI
33LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Pengiktirafan ini melibatkan 2 komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis outlet makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini. Sebanyak 1542 buah premis outlet makanan telah berjaya diiktiraf BeSS sejak ia mula dilaksanakan iaitu pada tahun 2013 sehingga 2016.
Berikut merupakan jadual pencapaian Pengiktirafan BeSS mengikut negeri dari tahun 2013 hingga 2016.
Rajah 11: Bilangan Premis Outlet Makanan Mendapat Pengiktirafan BeSS Bagi Tahun 2013-2016)
Pencapaian Pengiktirafan BeSS Mengikut Negeri (Tahun 2013-2016)
BIL NEGERI Bil. Premis Diiktiraf BeSS
Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015 Tahun 20161 Perlis 1 0 16 222 Kedah 6 4 50 553 Pulau Pinang 9 15 55 514 Perak 13 16 53 545 Selangor 7 31 60 936 Negeri Sembilan 0 20 38 277 Melaka 0 9 27 288 Johor 3 2 34 699 Pahang 2 1 50 49
10 Terengganu 0 4 29 3111 Kelantan 7 28 30 3612 Wp KL & Putrajaya 33 14 25 5713 Sabah 3 15 45 4514 Sarawak 10 30 37 4915 Wp Labuan 8 7 9 20
JUMLAH 102 196 558 686
*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
JADUAL04
800
700
500
600
400
300
200
100
0
102
196
686
558
2013 2014 2015 2016
34 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Rajah 12: Bilangan Premis Outlet Makanan Mendapat Pengiktirafan BeSS Mengikut Negeri (Tahun 2013-2016)
B. Aktiviti Keselamatan Makanan di Sekolah
Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di sekolah adalah merupakan salah satu strategi bagi menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2008. Pelaksanaan program ini membantu meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan dan bertindak sebagai first line of defence dalam pencegahan kejadian keracunan makanan.
Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kantin/dapur asrama sekolah melibatkan perkongsian tanggungjawab dimana pihak kontraktor/pengusaha perlu menjalankan pemeriksaan sendiri dan tahap kebersihan premis dipantau secara terus oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), KPM dan KKM.
Pemantauan berkala tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan di kantin dan dapur asrama sekolah adalah salah satu aktiviti rutin yang dijalankan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat negeri dan daerah. Bagi membantu dan menyokong pihak institusi supaya lebih bersedia dan mampu menjamin tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan di kantin dan dapur asrama, maka program KENDIRI ini diperkenalkan.
250
200
150
100
50
0
39
130 136
191
85108 108
129101102
44
Perlis
Perak
Selan
gor
Neger
i Sem
bilan
Pahan
g
WPK
L & Pu
trajay
a
Tere
ngga
nu
Mela
ka
Sabah
Kelan
tan
Saraw
akW
P Lab
uan
Johor
Pulau Pinan
g
Kedah
115
64 64
126
35LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Jumlah sekolah yang melaksanakan KENDIRI mengikut negeri bagi tahun 2016.
BIL NEGERI 2016
Dapur Asrama Kantin1 Perlis 19 792 Kedah 12 943 Pulau Pinang 33 2784 Perak 23 3675 WPKL 22 2976 Selangor 15 3067 Negeri Sembilan 9 2478 Melaka 28 2279 Johor 38 582
10 Pahang 49 33411 Terengganu 16 15712 Kelantan 40 18913 Sabah 27 16214 Sarawak 169 12915 Wp Labuan 1 26
JUMLAH 501 3474
JADUAL05
Berikut merupakan jadual jumlah sekolah yang melaksanakan KENDIRI mengikut negeri bagi tahun 2016.
Rajah 13: Bilangan sekolah yang melaksanakan KENDIRI mengikut negeri bagi tahun 2016
600
500
300
200
100
400
PerlisPerak
Selangor
Negeri
Sembilan
PahangWPKL
Terengganu
Melaka
Sabah
Kelantan
Sarawak
WP
LabuanJo
hor
Pulau PinangKedah
019
7912
9433
278
23
367
22
297
15
306
9
247
28
227
38
582
4916 40
189
334
157
27
162 169129
1 26
DAPUR ASRAMA SEKOLAH KANTIN SEKOLAH
36 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
JADUAL06
PerkaraTahun
2012 2013 2014 2015 2016Jumlah keseluruhan kejadian di semua premis 454 495 501 412 524Jumlah kejadian di sekolah 115 130 151 118 167Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bil. kejadian tahun sebelumnya - Bil. kejadian tahun semasa x 100% / Bil. kejadian tahun sebelumnya* Sasaran KPI > 5%
21.2% -13.0% -1.2% 17.7% - 27.2%
Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bilangan sekolah KPM dengan kejadian KRM x 100% / Bilangan sekolah KPM pada tahun semasa* Sasaran KPI < 1.4%
- - 1.49 1.16 1.64
Jadual 6 menunjukkan situasi Kejadian Keracunan Makanan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tempoh 2012 hingga 2016. Kejadiaan keracunan makanan pada tahun 2016 telah melebihi sasaran yang ditetapkan, iaitu sebanyak 167 kejadian keracunan makanan berlaku berbanding dengan 118 kejadian pada tahun 2015. Peningkatan mendadak episod KRM di sekolah (KPM) pada tahun 2016 akibat daripada pelaksanaan program KENDIRI yang tidak efektif.
Situasi Kejadian Keracunan Makanan Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tempoh 2012 - 2016
7
Lawatan Pemeriksaan Kebersihan di Dapur Asrama dibeberapa sekolah di Ayer
Keroh Melaka, Gopeng Perak, Kuching Sarawak dan
Putrajaya.
Mesyuarat Penyelarasan Mekanisma
Penyiasatan Keracunan Makanan.
Aktiviti-aktiviti keselamatan makanan lain di sekolah adalah
seperti berikut:
37LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Rajah 14: Bilangan Episod Keracunan Makanan Mengikut Negeri Bagi Tahun 2016
Rajah 14 menunjukkan bilangan kejadian keracunan makanan di sekolah (KPM) mengikut negeri pada tahun 2016. Kejadian keracunan makanan di sekolah paling banyak berlaku di negeri Perak dan Selangor dengan masing-masing mencatat sebanyak 32 dan 29 episod, manakala tiada sebarang kejadian keracunan makanan di sekolah di WP Labuan.
C. Aktiviti Keselamatan Makanan di Program Latihan Khidmat Negara
Keberkesanan Program KENDIRI dalam mencegah kejadian keracunan makanan di sekolah telah diperluaskan pelaksanaannya di dapur Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 dan elemen-elemen penilaiannya diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan premis.
Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kem PLKN melibatkan perkongsian tanggungjawab di mana pihak pengusaha kem perlu menjalankan pemeriksaan sendiri dan tahap kebersihan premis dipantau secara terus oleh Timbalan Komandan Pengurusan Kem PLKN, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan KKM.
Aktiviti-aktiviti keselamatan makanan
lain di PLKN adalah seperti berikut:
Lawatan pemantauan keselamatan
makanan ke atas tiga (3)
buah kem PLKN.
Taklimat Keselamatan
Makanan kepada pelatih di semua
kem PLKN
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Teknikal Pertandingan Penyediaan
Makanan Selamat di Kompleks Sajian
PLKN.
PerlisPerak
Selangor
Negeri Sembila
n
PahangWPKL
Terengganu
MelakaSabah
Kelantan
Sarawak
WP LabuanJo
hor
Pulau PinangKedah
35
30
15
10
5
0
20
1
15
7
32
9
29
8
2
25
13
18 181917
BILANGAN EPISOD
38 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
JADUAL07 Situasi Kejadian Keracunan Makanan Di Kem Plkn Bagi Tempoh 2012 -2016
PerkaraTahun
2012 2013 2014 2015 2016
Jumlah keseluruhan kejadian di semua premis 454 495 501 412 524
Jumlah kejadian di PLKN 5 6 7 1 5
Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bil. kejadian tahun sebelumnya- Bil. kejadian tahun semasa x 100% / Bil. kejadian tahun sebelumnya* Sasaran KPI > 5%
61.5% - 40% -16.7% 17.7% - 27.2%
Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bilangan kem dengan episode keracunan makanan x 100% / Bilangan kem pada tahun semasa* Sasaran KPI < 10%
- - 8.75 1.30 6.49
Jadual 7 menunjukkan situasi Kejadian Keracunan Makanan di Kem PLKN bagi tempoh 2012 hingga 2016. Melalui pelaksanaan Program KENDIRI, kadar keracunan makanan di PLKN pada tahun 2012 telah menunjukkan penurunan sebanyak 61.5% di mana sebanyak 5 kejadian keracunan makanan telah berlaku pada tahun 2012 berbanding 13 kejadian pada tahun tahun 2011. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan 1 episod pada tahun 2013 menyebabkan sasaran tidak dapat dicapai. Pada tahun 2014, berlaku juga tambahan 1 episod berbanding tahun 2013, namun sasaran < 10% kem yang terlibat dapat dicapai dengan hanya 7 kem terlibat berbanding 80 kem keseluruhan. Pada tahun 2016 terdapat peningkatan sebanyak 5 episod berbanding 1 episod pada tahun 2015.
Rajah 15: Bilangan Kejadian Keracunan Makanan di PLKN Mengikut Negeri Bagi Tahun 2016
3
2
1
00 0 00 00 00 00 0
1
2
BILANGAN EPISOD
11
39LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
JADUAL08
D. Program Susu 1Malaysia (PS1M)
Pembekalan susu Ultra Heat Treatment (UHT) di bawah PS1M bagi tahun 2016 telah bermula pada 17 Julai sehingga November 2016. Pembekalan telah dijalankan oleh lima (5) buah syarikat pembekal mengikut zon negeri seperti jadual 6.
Zon/Negeri Syarikat Pembekal Kilang Pemprosesan
Zon 1 : Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Hybrid Allied Sdn. Bhd. Dutch Lady Milk Industries (M) Bhd.
Zon 2 : Kelantan dan Terengganu Dutch Lady Milk Industries (M) Bhd.
Dutch Lady Milk Industries (M) Bhd.
Zon 3 : Johor dan Pahang Konsuma Sdn. Bhd. Dutch Lady Milk Industries (M) Bhd.
Zon 4 : Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
Sabah International Dairies Sdn. Bhd. Sabah International Dairies Sdn. Bhd.
Zon 5 : Perak, WPKL dan WP Putrajaya Holstein Milk Company Sabah International Dairies Sdn. Bhd.
Pemantauan pelaksanaan PS1M telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengikut Prosedur Pemantauan Mekanisme Kawalan Pengedaran PS1M. Aktiviti pemantauan merangkumi kawalan keselamatan susu UHT di peringkat kilang pemprosesan, gudang/ tempat penyimpanan dan stor/ tempat penyimpanan di sekolah.
Bagi tahun 2016, sebanyak dua (2) kilang pemprosesan telah diberikan kelulusan bagi tujuan pembekalan susu di bawah PS1M. Audit pemantauan bagi kilang pemprosesan susu UHT dijalankan sebanyak dua (2) kali setahun.
Bagi memastikan keselamatan susu UHT yang dibekalkan, pemantauan disepanjang rantaian di peringkat kilang, gudang, setor penyimpanan dan kenderaan dijalankan.
Rajah 16: Bilangan Episod Kejadian Simptom Klinikal Bagi Tahun 2011-2016
Maklumat Syarikat Pembekal Dan Kilang Pemprosesan Bagi Program Susu 1Malaysia 2016
100
60
40
20
80
0
BILANGAN EPISOD
2011 2012 2013 2014 2015 2016
97
78
42 41
12 10
40 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Sepanjang tahun 2011-2016, jumlah episod kejadian simptom klinikal yang disyaki berpunca daripada pengambilan susu UHT didapati telah menurun kepada 10 episod berbanding tahun 2011, di mana 97 episod telah dilaporkan. Manakala, jumlah murid yang terlibat pada tahun 2016 adalah sebanyak 255 (0.03%) orang murid daripada 791,244 orang penerima berbanding 3,379 (0.24%) orang pelajar daripada 1,406,904 orang penerima susu di bawah PS1M pada tahun 2011.
Bagi menangani masalah kejadian simptom klinikal, tindakan susulan mengikut lokaliti telah dijalankan. Stok susu di sekolah yang terlibat dengan kejadian simptom klinikal akan ditahan pengedarannya dan digantikan dengan susu yang lain bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PS1M. Negeri Sarawak mencatatkan kejadian simptom klinikal yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 5 episod seperti Rajah 17.
Rajah 17: Bilangan Episod Kejadian Simptom Klinikal PS1M Mengikut Negeri Bagi Tahun 2016
Imej 4: Bengkel KENDIRI
Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan dan Penyediaan Modul Latihan KENDIRI20-22 September 2016
100
60
40
20
80
0
BILANGAN EPISOD
2011 2012 2013 2014 2015 2016
97
78
42 41
12 10
41LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
E. Program Latihan Pengendali Makanan (LPM)
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan dalam aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri dan premis makanan dan seterusnya mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara ini.
Rajah 18: Bilangan pengendali makanan yang dilatih mengikut negeri bagi 2016
Rajah 18 menunjukkan bilangan pengendali makanan yang dilatih oleh SLPM mengikut negeri bagi tahun 2016. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi manakala Wilayah Persekutuan Labuan adalah paling rendah berdasarkan kepadatan penduduk di setiap negeri. Sepanjang tahun 2016 juga, seramai 232,070 orang pengendali makanan telah dilatih oleh 275 buah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang telah diiktiraf oleh KKM. Jumlah pengendali makanan yang telah dilatih sejak tahun 1996 adalah 1,597,540 orang. Seramai 34 orang telah berjaya dalam penilaian pengajaran Kursus Wajib Tenaga Pengajar yang telah diadakan sebanyak satu (1) sesi iaitu pada bulan November 2016. Sehingga Disember 2016, seramai 407 orang telah diberi pengiktirafan sebagai Tenaga Pengajar dan aktif mengendalikan Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM).
232
6744
3675
6708
7767
9856
3602
4255
9588
6079
8688
2453
17899
9582
13931
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Penang
Kelantan
Terengganu
Sabah
Sarawak
Labuan
Kuala Lumpur & Putrajaya
A Aktiviti Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (JPPM)
Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 hendaklah bertanggungjawab untuk membuat cadangan dan syor kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi semua perkara yang berkaitan dengan pembangunan standard. Jawatankuasa ini adalah sebuah jawatankuasa antara agensi yang terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang.
Terdapat 11 Jawatankuasa Kerja Pakar (JKKP) di bawah jawatankuasa ini yang berfungsi mengkaji permohonan dari pihak industri atau lain-lain pihak untuk meminda Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sebagai langkah harmonisasi dengan standard Codex.
06 CAWANGAN STANDARD DAN CODEX06
Fungsi
Bertanggungjawab dalam pembangunan standard dan garis panduan yang berkaitan serta memastikan pendirian kerajaan dipertahankan di peringkat antarabangsa dan rantau Asia melalui Codex, ASEAN dan APEC.
42 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
43LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Senarai JKKP adalah seperti di Lampiran 1. Beberapa isu yang telah dibincangkan dalam mesyuarat JKKP adalah seperti berikut:
Lampiran 1: Senarai Jawatankuasa Kerja Pakar
Bil. Jawatankuasa Kerja Pakar Isu
1. Jawatankuasa Kerja Pakar Pemakanan / Akuan Pemakanan / Pengiklanan
• Perbincangan Garis Panduan Pengiklanan dan Pelabelan Maklumat Pemakanan Makanan Segera.
• Perbincangan Harmonisasi Aditif Makanan di Bawah Peraturan 91B Dengan Kategori Makanan 1.1.2, 1.5.1 dan 1.5.2 Di Bawah GSFA.
• Perbincangan Pindaan Peraturan 90 Full Cream Milk Powder or Dried Full Cream Milk.
• Perbincangan Ulasan-ulasan yang diterima daripada Seranta Awam atas Talian yang berkaitan Garam Beriodin, Susu Tepung Rumusan Unrtuk Kanak-kanak dan Infant Formula for Special Medical Purpose.
• Permohonan Akuan Fungsi Yeast Beta Glucan Milk for Use in Formulated Powder for Children.
• Perbincangan Berkaitan Peraturan-Peraturan Iklan Makanan 20__.• Perbincangan Berkaitan Cadangan Peraturan Food Supplement/Spplemented
Food.• Perbincangan Nilai Maksimum Bagi Nutrien Spingolipid & Spingomylin
.• Perbincangan Nilai Maksimum Bagi Nutrien Ganglioside.• Perbincangan Nilai Maksimum Bagi Nutrien Beta Palmitin.• Perbincangan untuk mengkategorikan produk di bawah Peraturan 388 Makanan
Bertujuan Khas.
2. Jawatankuasa Kerja Pakar Aditif Makanan
• Ulasan-ulasan yang diterima daripada Seranta Awam atas Talian yang berkaitan dengan harmonisasi aditif makanan di bawah Peraturan-Peraturan 1985 dengan standard Codex dan Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan.
• Akuan ”No added MSG” dan membangunkan peraturan baru bagi Processing Aids.
3. Jawatankuasa Kerja Pakar Mikrobiologi
• Penambahan kultur probiotik Lactobacillus reuteri DSM 17938 di bawah pindaan Jadual Kedua Belas A.
• Permohonan industri bagi Bacillus coagulans GBI-30, 6086 sebagai kultur probiotik di bawah Jadual Kedua Belas A.
4. Jawatankuasa Kerja Pakar Standard Komoditi Makanan
• Paras histamine dalam ikan dan hasilan ikan.• Spesifikasi koko dan produk koko.• Minuman beralkohol meszcal, tequila dan ice wine.• Jenis spesis tepung ubi yang boleh dimakan.• Spesifikasi tepung ubi.
5. Jawatankuasa Kerja Pakar Pelabelan Makanan
• Pelabelan bagi “tiada gula tambahan” di bawah Peraturan 18A.• Pelabelan bagi berat bersih di bawah Peraturan 11(1)(i)
6. Jawatankuasa Kerja Pakar Residu Drug dalam Makanan
• Ulasan-ulasan yang telah diterima daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bagi penyenaraian residu drug di bawah Jadual Kelima Belas A.
• Penyenaraian MRL bagi drug ‘ractopamine’ ke dalam Jadual Kelima Belas A supaya selaras dengan Codex.
7. Jawatankuasa Kerja Pakar Bungkusan dan Bekas Makanan
• Membangunkan peraturan untuk botol susu, puting susu dan puting kosong.• Membincangkan ulasan Peraturan 27B Plastic Materials and Articles.• Membincangkan tafsiran Peraturan 36 Patung, duit, dll., tidak boleh diletakkan
dalam makanan.
44 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
B Pewartaan perundangan makanan
Di bawah Akta Makanan 1983, terdapat tujuh (7) set pewartaan yang melibatkan:
(a) Peraturan baru iaitu Peraturan-Peraturan Makanan (Fi Analisis Makanan) 2016;(b) Pindaan berkaitan pindaan peraturan di bawah Peraturan Kebersihan Makanan
2009; dan(c) Lima (5) set pindaan peraturan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985.
Pindaan peraturan di bawah PPM 1985 adalah termasuk pindaan Peraturan 361 berkaitan standard am bagi minuman beralkohol, Peraturan baru 386A Compounded hard liqour, harmonisasi aditif makanan dengan standard codex di bawah Peraturan 19, pindaan terhadap kaedah kiraan jumlah koliform bagi standard bakteriologi serta mewajibkan pelakuan haba dikenakan kepada susu mentah yang dijual untuk dimakan terus oleh manusia di bawah Peraturan 82 yang merupakan consequential amendment daripada pindaan peraturan 51 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Disamping itu, terdapat 2 seranta awam atas talian dijalankan bagi memaklumkan draf pindaan-pindaan peraturan yang merangkumi pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
i Semakan Label
Permohonan semakan label diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai salah satu cara untuk membantu pihak industri memastikan label produk makanan yang dijual di pasaran mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Bermula tahun 2016, caj telah dikenakan ke atas permohonon Semakan Pelabelan sebanyak
RM250 bagi setiap label. Sebanyak 800 label telah diproses melalui perkhidmatan ini pada tahun 2016. Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan mengenai status label produk mereka dan sekiranya memerlukan penerangan lanjut, pihak industri dinasihatkan memohon untuk Khidmat Nasihat Pelabelan.
ii Khidmat Nasihat Pelabelan
Khidmat Nasihat Pelabelan diperkenalkan oleh KKM untuk membantu pihak industri mematuhi peruntukan pelabelan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan dalam masa yang sama membantu pihak industri untuk lebih memahami peruntukan peraturan pelabelan.
Khidmat Nasihat Pelabelan diberikan melalui Jawatankuasa Khidmat Nasihat Label kepada industri secara sukarela dengan caj sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap label. Pemohon perlu meminda label produk mereka berdasarkan komen yang diberikan berpandukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sebanyak 207 label telah disemak oleh Jawatankuasa Khidmat Nasihat Label pada tahun 2016.
C Khidmat Semakan Label Produk dan Khidmat
45LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
D Aktiviti di bawah Seksyen Codex dan Antarabangsa
Secara amnya, Seksyen Codex dan Antarabangsa berperanan dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat kebangsaan dan juga bertanggungjawab dalam urusan hubungan antarabangsa dan serantau berkaitan keselamatan makanan. i) Aktiviti Codex di Peringkat Kebangsaan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) selaku Codex Contact Point (CCP) Malaysia dan Sekretariat bagi Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC), terus memainkan peranan utama dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat kebangsaan terutamanya dalam penyediaan pendirian negara ke atas isu Codex yang berkepentingan dan penglibatan Malaysia di dalam mesyuarat Codex.
JKC terdiri darpada 25 Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan (JKCK) dan lima (5) Task Force (TF) Codex yang telah diwujudkan bagi menyediakan pendirian Malaysia ke atas perkara-perkara yang dibincangkan di bawah jawatankuasa Codex antarabangsa yang berkaitan (Lampiran 2). Sehingga kini, lima (5) daripada JKCK telah dihentikan aktivitinya berikutan jawatankuasa berkaitannya di peringkat antarabangsa telah ditamatkan (adjourned sine die). Di samping itu, empat (4) TF juga telah dihentikan aktivitinya berikutan jawatankuasa berkaitannya di peringkat antarabangsa telah dibubarkan (dissolved).
Pada tahun 2016, Malaysia telah menyertai 11 mesyuarat Codex di peringkat antarabangsa yang melibatkan seramai 25 orang delegasi. Delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil dari Kementerian Kesihatan dan pelbagai agensi lain adalah dipilih mengikut kepakaran di dalam bidang yang berkaitan bagi memastikan pendirian negara dalam isu berkepentingan dapat dipertahankan.
Di peringkat kebangsaan pula, sebanyak satu (1) mesyuarat JKC dan 34 mesyuarat JKCK telah diadakan sebagai persediaan dan tindaksusul ke atas mesyuarat Codex di peringkat antarabangsa.
ii) Aktiviti berkaitan Keselamatan Makanan di Peringkat ASEAN
a) Malaysia sebagai Health Cluster 4 Country Coordinator
ASEAN Expert Group on Food Safety (AEGFS) telah dinaiktaraf menjadi ASEAN Health Cluster 4: Ensuring Food Safety pada tahun 2015. Objektif ASEAN Health Cluster 4: Ensuring Food Safety adalah untuk meningkatkan mekanisma serantau dalam memperkukuhkan sistem kawalan makanan yang berpusatkan rakyat dan berkaitan dengan perlindungan kesihatan pengguna. Ia juga menangani isu keselamatan makanan berdasarkan pendekatan dari ladang ke meja makan untuk memastikan perlindungan kesihatan pengguna. Setiap negara ASEAN merupakan Country Coordinator bagi Health Cluster 4. Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Pertama ASEAN Health Cluster 4 yang telah diadakan di Vientiane, Lao PDR pada 26 hingga 28 April 2016. Mesyuarat membincangkan pelan kerja ASEAN Health Cluster 4 bagi tempoh lima tahun (2016 - 2020) serta terma dan syarat bagi Health Cluster dan Health Cluster Coordinator. Malaysia juga telah membentangkan status pelan kerja ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC).
b) Malaysia sebagai National Focal Point of the ASEAN Task Force on Codex (ATFC)
Mesyuarat ATFC merupakan forum di peringkat ASEAN yang telah diinisiasikan oleh Malaysia di bawah Senior Officials Meeting of ASEAN Ministers of Agriculture and Forestry (SOM-AMAF) bagi membincang dan menggubal pendirian ASEAN ke atas isu-isu Codex yang berkepentingan.
46 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Mesyuarat 16th ATFC telah diadakan di Ha Noi, Vietnam dari 31 Mei hingga 2 Jun 2016. Malaysia sebagai Focal Point bagi Codex Committee on General Principles (CCGP) dan Codex Committee on Fats and Oils (CCFO) telah membentangkan status semasa isu yang dibincangkan dalam Committee tersebut.
Di samping itu, Malaysia juga telah membentangkan satu kertas cadangan iaitu Additional or Revised Nutrient Reference Values for Labelling Purposes di bawah Codex Committee on Nutrition and Foods for Special Dietary Users (CCNFSDU) untuk pertimbangan dan sokongan sebagai pendirian ASEAN.
c) Malaysia sebagai National Focal Point for the ASEAN Consultative Committee on Standards and Quality Prepared Foodstuff Product Working Group (ACCSQ-PFPWG)
ASEAN Consultative Committee on Standards and Quality Prepared Foodstuff Product Working Group (ACCSQ PFPWG) adalah salah satu kumpulan kerja ASEAN di bawah struktur Mesyuarat ASEAN Economic Minister (AEM). Kumpulan kerja ini merupakan platform perkongsian maklumat berkaitan standard, peraturan, prosedur dan keperluan mandatori negara-negara ASEAN (AMS) berkaitan makanan berbungkus. Ia bertanggungjawab mengenalpasti standard makanan berbungkus yang boleh diharmonisasi sebagai standard ASEAN; membangun, menjalankan dan memantau Mutual Recognition Arrangement (MRA) makanan berbungkus serta mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur bagi meningkatkan kepercayaan dalam analisis dan pemeriksaan Conformity Assessment.
Mesyuarat ACCSQ PFPWG dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan telah diadakan dua kali setahun. Bagi tahun 2016, mesyuarat ke-22 ACCSQ PFPWG diadakan di Surabaya, Indonesia pada 2-3 Jun 2016 dan mesyuarat ke-23 ACCSQ PFPWG diadakan di Jakarta, Indonesia pada 10-11 November 2016.
Di antara hasil pencapaian mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan PFPWG bagi tahun 2016 adalah:
a. Task Force for Harmonization of Standards Prepared Foods (TF HPFS)
TF HPFS telah menganjurkan 2 bengkel dengan sokongan dari ASEAN Regional Integration Support by the EU (ARISE) dalam membangunkan garis panduan dan keperluan bagi ASEAN untuk pencemaran makanan dan Food Contact Material:
i. ASEAN Principles and Criteria for the establishment of Maximum Level (ML) for Contaminants and Toxins in Food and Feed.
ii. ASEAN Guidelines on Food Contact Materials sebagai sebahagian daripada ASEAN Common Food Control Requirements (ACFCR)
b. Task Force for Mutual Recognition Arrangement (MRA) for Prepared Foodstuff Products (TF MRA)
TF MRA telah memuktamadkan draf ke-7 MRA on Inspection and Certification System on Food Hygiene for Prepared Foodstuff Products (MRA on Prepared Foodstuff) dan telah dikemukakan kepada ACCSQ untuk pengesahan.
c. ASEAN Food Testing Laboratories Committee (AFTLC)
Malaysia sebagai ASEAN Food Reference Laboratory on Genetically Modified Organisms (AFRL GMO) telah membentangkan status semasa program yang dijalankan oleh AFRL GMO di peringkat kebangsan dan serantau.
Di samping itu, ACCSQ PFPWG telah membangunkan ASEAN Food Safety Regulatory Framework dengan kerjasama sektor kesihatan dan sektor pertanian dan ianya telah diluluskan oleh tiga Badan Menteri ASEAN iaitu ASEAN Economic Ministers (AEM), ASEAN Ministers on Agriculture and Forestry (AMAF) and ASEAN Health Ministers Meeting (AHMM) pada September 2016.
47LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
d) 4th Meeting of the ASEAN Sanitary and Phytosanitary Contact Points (4th ASCP), 6th Meeting of the ASEAN Committee on Sanitary and Phytosanitary Measures (6th AC-SPS) and 3rd ASEAN-China TWG Meeting
Mesyuarat ke-4 ASEAN Sanitary and Phytosanitary Contact Points (ASCP), Mesyuarat ke-6 ASEAN Committee on Sanitary and Phytosanitary (AC-SPS) dan Mesyuarat ke-3 ASEAN-China Technical Working Groups (TWG) on Food Safety, Animal Inspection and Quarantine, Plant Inspection and Quarantine telah diadakan secara back-to-back dari 16 hingga 20 Mei 2016 di Bohol, Filipina.
Mesyuarat ASCP memainkan peranan dalam menghubungkan SOM-AMAF dan badan-badan ASEAN berkaitan SPS bagi memastikan sinergi rangka kerja dasar berkaitan SPS.
Mesyuarat AC-SPS bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara ASEAN agar keperluan Chapter 8 of the Sanitary and Phytosanitary Measures di bawah ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) dapat dilaksanakan dengan berkesan.Mesyuarat ASEAN-China TWG diadakan pada setiap dua tahun bagi meningkatkan kerjasama SPS antara negara-negara ASEAN dan China untuk memudahkan perdagangan selaras dengan keperluan di bawah Perjanjian SPS WTO.
iii) Penglibatan dalam Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas, Dua Hala dan Pelbagai Hala
Pada tahun 2016, BKKM telah terlibat dalam beberapa rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), dua hala dan pelbagai hala serta memberi input berhubung isu-isu berkaitan Sanitary and Phytosanitary Measures (SPS) dan juga Technical Barrier to Trade (TBT) serta rundingan kerjasama ekonomi berkaitan keselamatan makanan.
BKKM telah terlibat dalam rundingan-rundingan FTA seperti Regional Comprehensive Economic Partnership Agreement (RCEP) dan Malaysia European Free Trade Association (EFTA) Economic Partnership Agreement (MEEPA) berkaitan SPS dan TBT.
BKKM telah terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat FTA seperti berikut:
• 6th Malaysia European Free Trade Association (EFTA) Economic Partnership Agreement (MEEPA) pada 14-17 Mac 2016 di Kuala Lumpur, Malaysia
• 5th Meeting of the ASEAN Australia New Zealand Free Trade Agreement (AANZFTA) Sub-Committee on SPS pada 14-16 Mac 2016 di Melbourne, Australia.
• 12th Meeting of the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) pada 26-29 April 2016 di Perth, Australia.
• 4th Meeting of the ASEAN Sanitary and Phytosanitary Contact Points (ASCP) pada 16-17 Mei 2016 di Bohol, Filipina.
• 6th Meeting of the ASEAN Committee on Sanitary and Phytosanitary Measures (AC-SPS) pada 17-18 Mei 2016 di Bohol, Filipina.
• 3rd Meeting of ASEAN - China SPS Cooperation: Technical Working Groups (TWG) Meeting on Animal Inspection and Quarantine, Plant Inspection and Quarantine and Food Safety pada 19-20 Mei 2016 di Bohol, Filipina.
• 13th Meeting of the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) pada 15-18 Jun 2016 di Auckland, New Zealand.
• 2nd Meeting of Malaysia New Zealand Free Trade Agreement (MNZFTA) SPS Committee pada 1-2 Ogos 2016 di Wellington, New Zealand.
• 14th Meeting of the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) on 16-19 Ogos 2016 di Ho Chi Minh, Vietnam.
• 15th Meeting of the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) pada 18-21 Oktober 2016 di Tianjin, China.
• 16th Meeting of the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) pada 7-10 Disember 2016 di Tangerang, Indonesia.
A Pengiktirafan makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk analisis makanan bagi pengeluaran sijil kesihatan Sebanyak 45 buah makmal swasta telah diiktiraf oleh KKM untuk analisis makanan bagi
pengeluaran sijil kesihatan sepanjang tahun 2016.
B Pencapaian Fresh Food Of Plant Origin (FFPO)
Bermula pada 17 Februari 2016, semua negara yang ingin mengeksport fresh food of plant origin (FFPO) ke Indonesia perlu mendapat kelulusan daripada pihak Indonesian Agriculture Quarantine Agency (IAQA) sebelum pengeksportan dapat dijalankan ke negara berkenaan. Sebagai memenuhi keperluan eksport produk FFPO ke Indonesia, satu garis panduan diwujudkan sebagai panduan perkhidmatan analisis sampel makanan dan pengeluaran Certificate of Analysis (COA) oleh Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sehingga kini, skop analisis MKKM yang diiktiraf oleh IAQA adalah residu racun perosak dan mikrobiologi. Berikut adalah kriteria penerimaan sampel untuk produk FFPO.
PARAMETER JENIS SAMPEL BERAT MINIMUM
BEKAS/ JENIS PEMBUNGKUS
SUHU PENYIMPANAN
SEMASA PENGANGKUTAN
Residu Racun Perosak - Organofosforus FFPO 1 kg Brown paper/
plastic Suhu bilik
Residu Racun Perosak - Organoklorin FFPO 1 kg Brown paper/
plastic Suhu bilik
Residu Racun Perosak - Piretroid Sintetik FFPO 1 kg Brown paper/
plastic Suhu bilik
Mikrobiologi - Salmonella
Sayur- sayuran Lain-lain FFPO
(selain sayur sayuran)250 g500 g
Pembungkus steril / pembungkus
asal4 - 8 ºC
Mikrobiologi - E.coliSayur- sayuran Lain-lain FFPO
(selain sayur-sayuran)250 g500 g
Pembungkus steril / pembungkus
asal4 - 8 ºC
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Bagi memenuhi keperluan ekport ke Indonesia, empat MKKM telah dipertanggungjawabkan dalam menganalisis sample FFPO iaitu MKKM Selangor, MKKM Pulau Pinang, MKKM Perlis dan MKKM Sarawak.
06 CAWANGAN MAKMAL07
Fungsi
Bertanggungjawab dalam merancang, memantau dan mengatur aktiviti yang dilaksanakan oleh sepuluh (10) buah makmal keselamatan dan kualiti makanan.
LAPORAN TAHUNAN BKKM - 201648
49LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
C Pencapaian plan tindakan makmal-makmal makanan KKM bagi tahun 2016
i) Pencapaian Ujian Kecekapan, Proficiency Testing (PT) Semua makmal makanan telah menyertai ujian kecekapan (PT) yang
telah dianjurkan oleh pelbagai agensi bagi memantau kesahihan ujian yang dijalankan di samping dapat menentukan kompetensi makmal dan juruanalisis. Berikut adalah pencapaian ujian kecekapan (PT) bagi tahun 2016.
Rajah 19: Pencapaian PT Bagi Semua Makmal Makanan, KKM Tahun 2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Perlis
Selangor
Pahang
Terengganu
Kebangsaan
Kelantan
Sarawak
SandakanMiri
Johor Bahru
Kota Bahru
Kota Kinabalu
Pulau PinangKedah
60.00
80.00
100.00100.00
91.67
75.00
90.9180.00
58.33
100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00120.00
40.00
20.00
0.00
% P
enca
paia
n
% Pencapaian
Makmal
50 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
ii) Pencapaian Peratusan (%) Laboratory Turn Around Time (LTAT)
Bagi pencapaian LTAT pada tahun 2016, kesemua makmal makanan KKM telah mencapai peratusan yang tinggi dimana peratusan yang paling tinggi adalah 100 % manakala paling rendah adalah 87.15%. Berikut adalah peratusan capaian LTAT bagi tahun 2016.
Rajah 20: Peratusan Capaian LTAT Bagi Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM) Tahun 2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Rajah 21: Peratusan Capaian LTAT Bagi Makmal Kesihatan Awam (MKA) Tahun 2016
Perlis
Selangor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sarawak
SandakanMiri
Pulau PinangKedah
60.00
80.00
100.0097.56 99.17
93.7087.15
99.79 99.79 99.47
93.01
100.0099.76
120.00
40.00
20.00
0.00
% P
enca
paia
n
% Capai TAT
Makmal
98.04
100.00100.00
MKAI MKAK MKAJB MKAKB MKAKK
95.0388.67
60.00
80.00
100.00
120.00
40.00
20.00
0.00
% Capai TAT
% P
enca
paia
n
Makmal
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
51LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
iii) Program Latihan Kerjasama dengan International Food Safety Training Centre (IFSTC)
Pada tahun 2016, sebanyak tiga program latihan telah dilaksanakan hasil kerjasama dengan IFSTC iaitu:
BIL PROGRAM LATIHAN TARIKH PENCERAMAH
1 Training on Method Validation for Food Chemical Analysis 9 - 11 Mei 2016 En Tan Cheng Keng
MKAK
2 Training on Method Validation for Food Microbiology Analysis
18 - 20 Julai 2016
3 Training on Estimation of Uncertainty for Microbiology Analysis.
26 - 28 Julai 2016
En Mohamad Suhaimi Bin Ismail
MKKM Perlis
Rajah 22: Peratusan Capaian LTAT Keseluruhan Bagi Semua Makmal Makanan, KKM Tahun 2016
Cik Dorothy Dayang Henry Sum MKKM Miri
PSKDH PP SE
L
PHG
TGH KTNSW
KMIRI
SDKMKAI
MKAKMKAJBMKAKBMKAKK
60.00
80.00
100.0097.56 99.17 99.79 99.79
95.03
88.6798.04
100.00
99.7693.01
99.47
87.1593.70
100.00 100.00
120.00
40.00
20.00
0.00
% P
enca
paia
n% Capai TAT
Makmal
Cawangan Surveilan terdiri daripada tiga seksyen iaitu Seksyen Surveilan, Seksyen Penilaian Risiko dan Seksyen Juruanalisis Makanan. Cawangan ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan menyiasat isu-isu berkaitan keselamatan makanan serta menilai keberkesanan tindakan aktiviti kawalan keselamatan makanan. Input daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh cawangan ini akan digunakan dalam menentukan tindakan yang bersesuaian bagi menangani isu-isu keselamatan makanan.
1.0 SEKSYEN SURVEILAN
1.1 Pengenalan
Seksyen Surveilan telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan berperanan untuk merancang dan menyelaras aktiviti surveilan keselamatan makanan di peringkat kebangsaan. Fungsi utama Seksyen Surveilan adalah memastikan makanan yang terdapat di pasaran tempatan adalah selamat untuk dimakan. Di samping itu, Seksyen Surveilan turut menjalankan kajian keselamatan makanan secara kerjasama dengan agensi berkepakaran dan universiti tempatan dalam menangani isu keselamatan makanan.
06 CAWANGAN SURVEILAN08
Fungsi
Bertanggungjawab dalam mengenalpasti keperluan atau jurang data saintifik; mengumpul, menjana dan menganalisa data saintifik bagi menyokong pengurusan risiko keselamatan makanan.
52 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
53LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
1.2 Aktiviti dan Pencapaian
Aktiviti utama Seksyen Surveilan terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:
a) Surveilan Terancang dan Surveilan Aktif b) Kajian Keselamatan Makananc) Bank Maklumat Keselamatan Makanan
1.2.1 Surveilan Terancang dan Surveilan Aktif
Aktiviti ini dijalankan bertujuan bagi penjanaan data samada untuk:
a) mengkaji semula standard sedia ada; b) menggubal peraturan baru;c) mengenalpasti status semasa produk makanan di pasaran tempatan; ataud) mengenalpasti keberkesanan aktiviti penguatkuasaan.
Pada tahun 2016, sebanyak 1,794 sampel dari 12 jenis komoditi makanan dan
bahan pembungkusan makanan telah dianalisis bagi parameter mikrobiologi (52%) dan kimia (48%). Daripada 12 jenis komoditi makanan yang dianalisis, tiga (3) komoditi tertinggi adalah daging dan hasil daging (37%), susu dan hasil susu (20%) dan ikan dan hasil ikan (12%) seperti di Rajah 1.1.
Rajah 23: Peratusan Sampel Surveilan Terancang dan Surveilan Aktif yang Dianalisis Mengikut Komoditi bagi Tahun 2016
Makanan Bertujuan Khas
1%
Ikan dan Hasil IkanTeh, Kopi, Cikori dan
Hasil Berkaitan12%1%
Susu dan Hasil Susu
20%
Telur dan Hasil Telur
4%
Sayur-sayuran dan Hasil Sayur- sayuran
Telur
4%
Daging dan HasilDaging
37%
Kekeras dan HasilKekeras
2%
Cuka, Sos, Cutni dan Jeruk
2%
BungkusanBagi
Makanan
Pelbagai
3%
6%
4%
Konfeksi4%
54 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Manakala parameter analisis yang diuji adalah melibatkan antimicrobial resistance (AMR), acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH), aditif makanan, mikrobiologi, residu racun perosak, phthalates, deoxyribonucleic acid (DNA) dan logam berat di mana AMR menunjukan peratusan parameter analisis yang tertinggi diikuti oleh parameter mikrobiologi, acrlyamide dan aditif makanan seperti di Rajah 1.2.
Rajah 24: Peratus Jumlah Sampel Mengikut Parameter yang Dianalisis
Kajian ini dijalankan oleh Jabatan Kesihatan
Negeri (JKN) atau Makmal Makanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia. Tujuan kajian spesifik dijalankan adalah
untuk menyelesaikan isu setempat berkaitan keselamatan dan kualiti makanan. Pihak yang berminat perlu menghantar kertas cadangan kajian kepada ibu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) untuk kelulusan dan permohonan peruntukkan. Pada tahun 2016, sebanyak 10 kajian spesifik telah diluluskan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 202,000.00 kepada 5 JKN dan 5 Makmal Makanan.
Kajian ini adalah kajian kerjasama keselamatan
dan kualiti makanan di antara BKKM dengan agensi
berkepakaran atau universiti. Pada tahun 2016 sejumlah 8 kajian
kerjasama telah dijalankan bersama Universiti Putra Malaysia(6), Agensi Nuklear Malaysia (1) dan Universiti Sains Islam Malaysia (1) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM 347, 800.00.
1.2.2 Kajian Keselamatan Makanan
Kajian keselamatan makanan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:
KAJIAN
SPESIFIKKAJIA
N
KERJASAMA
30
25
20
15
10
5
0
14
6 5
Anti m
icrobial
Res
istan
ce
Aditif M
akan
an
Resid
y Rac
un
Pero
sak
Deoxy
ribonucle
ic
Acid
(DNA)
Mikr
obiolo
gi
Parameter Analisis
Jumlah Lesen
Jum
lah
Sam
ples
(%)
Phthala
tes
Logam
Ber
at
Polycyc
lic A
rom
atic
H
ydro
carb
on (PAH)
Acryla
mid
e
4 4
28
23
3
13
55LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
1.2.3 Bank Maklumat Keselamatan Makanan
Bank maklumat keselamatan makanan adalah pusat pengumpulan isu-isu keselamatan makanan dari dalam dan luar negara. Maklumat-maklumat tersebut akan dianalisis untuk mengenalpasti status keselamatan makanan dan merancang aktiviti surveilan jika didapati perlu.
Terdapat empat (4) aktiviti yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat keselamatan makanan iaitu:
Food Search dan CAT Team merupakan aktiviti pencarian maklumat terkini berkaitan isu keselamatan makanan di peringkat antarabangsa dan nasional. Bagi aktiviti food search, pencarian isu meliputi lebih daripada 90 laman sesawang di peringkat nasional dan antarabangsa manakala CAT Team pula melibatkan 9 jenis akhbar tempatan serta melalui saluran berita utama iaitu TV1, TV3 dan NTV7 setiap hari. Pada tahun 2016, sebanyak 2,856 isu keselamatan makanan dikenalpasti melalui aktiviti food search dan 756 isu melalui CAT Team.
Manakala EURASFF dan INFOSAN merupakan sistem notifikasi dan pertukaran maklumat peringkat antarabangsa apabila risiko kepada kesihatan manusia dikesan dalam rantaian makanan. Sistem EURASFF juga membolehkan pertukaran maklumat di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) apabila risiko kepada kesihatan haiwan dikesan dalam rantaian makanan haiwan. Pada tahun 2016, sebanyak 11 notifikasi EURASFF dan 5 notifikasi INFOSAN diterima.
Laman sesawang (Food Search)
Suratkhabar tempatan (Crisis Alert Team - CAT Team)
EU Rapid Alert System for Food and Feed (EURASFF)
International Food Safety Authorities Network (INFOSAN)
56 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
1.3 Penganjuran Seminar
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia telah menganjurkan Seminar “Food Traceability and Scientific Strategies to Verify Food Origin and Authenticity of Edible Bird’s Nest” pada 30 Ogos 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Presint 3, Putrajaya. Objektif seminar ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan kepentingan kaedah kebolehkesanan (traceability) dan ketulenan (authenticity) sarang burung walit yang merupakan salah satu elemen penting dalam aspek kawalan keselamatan makanan negara. Seramai 150 peserta yang terdiri daripada pengusaha, pengeksport, agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan telah hadir ke seminar ini.
Imej 4: Peserta seminar bergambar bersama Profesor Russell Frew dari University of Ottago, New Zealand yang telah menyampaikan ceramah semasa seminar
57LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
2.0 SEKSYEN PENILAIAN RISIKO
2.1 Pengenalan
Seksyen Penilaian Risiko telah ditubuhkan pada tahun 2011, selepas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dinaiktaraf kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Seksyen ini bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan penilaian risiko keselamatan makanan,Total Diet Study (TDS), Food Consumption Database dan Sekretariat ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC).
2.2 Aktiviti dan Pencapaian
2.2.1 Penilaian Risiko
Penilaian risiko merupakan penilaian saintifik ke atas kesan kesihatan manusia yang disebabkan oleh pendedahan kepada hazard daripada makanan. Ia merupakan asas dalam kawalan keselamatan makanan. Penilaian risiko terdiri daripada empat elemen iaitu: (i) pengenalan hazard, (ii) pencirian hazard, (iii) penilaian pendedahan, dan (iv) pencirian risiko. Dengan menjalankan penilaian risiko, bahaya dan potensi risiko sesuatu hazard makanan termasuklah hazard kimia, mikrobiologi dan fizikal ke atas populasi boleh dinilai. Ia boleh digunakan dalam menangani isu keselamatan makanan termasuklah melalui penetapan standard dan mengkaji semula langkah pengawalan sedia ada untuk melindungi kesihatan pengguna.
Pada tahun 2016, Seksyen Penilaian Risiko telah menyediakan laporan profil
risiko, penilaian pendedahan, maklumbalas input teknikal keselamatan makanan dan penilaian risiko mengikut hazard dan parameter yang dikenalpasti. Selain itu, Seksyen Penilaian Risiko juga telah menyediakan Ulasan Agensi ke atas Makanan Terubah Suai Genetik (GMO) yang dikemukakan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
2.2.2 Total Diet Study
TDS dijalankan adalah untuk menganggarkan pengambilan makanan penduduk Malaysia terhadap bahan kimia yang mungkin terdapat dalam bekalan makanan dan menentukan sama ada terdapat kesan ke atas keselamatan dan kesihatan awam. Pendekatan TDS adalah yang paling hampir dengan pengambilan makanan sebenar populasi kerana sampel makanan disediakan seperti yang dimakan sebelum dianalisis mengikut parameter dalam makmal.
58 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
2.2.2.1 Hasil Kajian Total Diet Study 2014/2015
Pada tahun 2016, Seksyen Penilaian Risiko telah menyediakan laporan Kajian Total Diet Study 2014/2015. Sejumlah 171 item makanan daripada 12 kumpulan makanan telah diambil secara rawak di seluruh Malaysia dan dianalisis untuk parameter cemaran logam berat dan bahan pengawet.
a) Parameter Cemaran Logam Berat
Peratusan pendedahan kepada cemaran logam berat iaitu arsenik inorganik dan kadmium melalui pengambilan makanan bagi pengguna sederhana mengikut kumpulan makanan ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 25: Peratusan pendedahan kepada cemaran logam berat iaitu arsenik inorganik(kiri) dan kadmium(kanan) melalui pengambilan makanan bagi pengguna sederhana mengikut kumpulan makanan
Untuk arsenik inorganik, sumber utama adalah “ ikan dan produk ikan”, “ bijirin dan produk bijirin” dan “minuman” yang menyumbang masing-masing kepada 84%, 8% dan 4% daripada jumlah pendedahan. Penemuan menunjukkan bahawa pendedahan arsenik inorganik melalui pengambilan makanan tidak menimbulkan risiko kepada kesihatan.
Bagi kadmium, sumber makanan utama adalah “minuman”, “ bijirin dan produk bijirin” dan “buah-buahan dan produk buah-buahan” yang menyumbangkan masing-masing kepada 43%, 18% dan 12% daripada jumlah pendedahan. Tahap pendedahan kadmium melalui pengambilan makanan adalah rendah. Penilaian tahap pendedahan methylmercury melalui pengambilan makanan untuk pengguna sederhana juga menunjukkan risiko yang rendah kepada kesihatan walaubagaimanapun bagi pengguna berisiko tinggi terutamanya wanita hamil disyorkan untuk makan diet seimbang untuk mengelakkan pendedahan yang berlebihan kepada methylmercury.
Rajah 26: Peratusan pendedahan kepada cemaran logam berat iaitu asid benzoik (kiri) dan asid sorbik (kanan) melalui pengambilan makanan bagi pengguna sederhana mengikut kumpulan makanan
59LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
b) Parameter Bahan Tambah Pengawet
Peratusan pendedahan kepada bahan tambah pengawet melalui pengambilan makanan iaitu asid benzoik dan asid sorbik bagi pengguna sederhana mengikut kumpulan makanan ditunjukkan dalam Rajah 2.
2.2.2.2 Persediaan Kajian Total Diet Study 2017/2018
Pada tahun 2016, Seksyen Penilaian Risiko juga telah menjalankan persediaan untuk pelaksanaan Kajian Total Diet Study 2017. Prosedur Operasi Standard untuk Kajian Total Diet Study yang terdahulu telah dikaji semula dan dikemaskini. Taklimat Prosedur Operasi Standard yang baru untuk Kajian Total Diet Study 2017 telah diberikan kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi Kajian Total Diet Study di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri, Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan dan juga Makmal Kesihatan Awam.
Rajah 26: Peratusan pendedahan kepada cemaran logam berat iaitu asid benzoik (kiri) dan asid sorbik (kanan) melalui pengambilan makanan bagi pengguna sederhana mengikut kumpulan makanan
Penyumbang kepada asid benzoik melalui pengambilan makanan adalah “ bijirin dan produk bijirin”, “minuman” dan “bahan perasa” yang masing-masing menyumbang kepada 37%, 36% dan 16% daripada jumlah pendedahan. Secara umumnya, jumlah pendedahan adalah rendah dan tiada kemungkinan untuk penduduk dewasa untuk mengalami kesan kesihatan tidak diingini daripada asid benzoik melalui pengambilan makanan.
Pendedahan terhadap asid sorbik juga adalah rendah dan tiada kemungkinan boleh menimbulkan kesan kesihatan yang membimbangkan kepada penduduk dewasa melalui pengambilan makanan. Penyumbang kepada asid sorbik adalah “minuman”, “daging dan produk daging” dan “ bijirin dan produk bijirin” yang masing-masing menyumbang kepada 33%, 22% dan 20% daripada jumlah pendedahan.
60 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
2.2.3 ASEAN Food Consumption Database
ASEAN Food Consumption Database juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di bawah Seksyen Penilaian Risiko. ianya merupakan sumber informasi mengenai data pengambilan makanan dari seluruh negara anggota ASEAN.
ASEAN Food Consumption Database dibangunkan untuk menyelaraskan data
pengambilan makanan ASEAN di tahap 1 (kumpulan makanan) dan di tahap 2 (subkumpulan makanan) untuk tujuan menjalankan penilaian risiko yang reliable. Pada tahun 2013, sebuah Kumpulan Kerja Elektronik untuk Data Pengambilan Makanan ASEAN untuk Penilaian Pendedahan ditubuhkan untuk membantu dalam pembangunan ASEAN Food Consumption Database dengan Malaysia sebagai negara peneraju. Walau bagaimanapun kesan dari sambutan yang kurang menggalakkan dari negara-negara ASEAN, projek harmonisasi tidak dapat diteruskan.
Pada tahun 2016, FAO / WHO telah memperkenalkan penggunaan sistem pengkodan pengkategorian global yang dibangunkan oleh European Food Safety Authority (EFSA) iaitu FoodEx2 Codification Tool sebagai langkah untuk menyelaraskan Data Pengambilan Makanan Individu dan Penilaian Pendedahan di ASEAN. Oleh itu, Workshop on the FoodEx2 Codification Tool in Bangkok, Thailand pada 17-18 Oktober 2016 telah diadakan untuk melatih para peserta untuk melakukan pengkategorian awal berdasarkan klasifikasi makanan menggunakan FoodEx2.
X
Imej 5: Workshop on the FoodEx2 Codification Tool in Bangkok,
Thailand on 17-18 October 2016
FoodEx2 adalah sistem klasifikasi dan perihalan makanan yang menyeluruh yang bertujuan untuk memenuhi keperluan dalam memberikan gambaran makanan bagi kumpulan data merentasi domain keselamatan makanan yang pelbagai. Sistem ini adalah kombinasi klasifikasi dan deskripsi yang fleksibel, termasuk hierarki yang berbeza untuk domain keselamatan makanan yang berlainan; sistem ini juga termasuk aspek pencirian. FoodEx2 adalah alat bahasa umum untuk pangkalan data bagi bidang keselamatan makanan.
Penerangan ringkas dan tujuan Alat Pengkodifikasi FoodEx2:Konsultan juga telah datang
ke Malaysia dan mengadakan Latihan FoodEx2: Harmonisasi Data Pengambilan Makanan di ASEAN pada 20 Oktober 2017 di Putrajaya, Malaysia. Bengkel ini telah dihadiri oleh kakitangan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Bahagian Pemakanan, Institut Kesihatan Awam dan Institut Penyelidikan Perubatan.
61LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
2.2.4 ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC)
Di peringkat ASEAN pula, Malaysia memainkan peranan yang aktif sebagai negara tuan rumah serta Sekretariat ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC) yang ditempatkan di Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan. Penubuhan ARAC merupakan salah satu daripada tonggak penting dalam penerapan mekanisma penilaian risiko bersepadu dengan menggabungkan dan menggunakan kepakaran saintifik merentasi ASEAN untuk memberikan pandangan saintifik bebas dalam memudahkan pembangunan langkah-langkah keselamatan makanan berasaskan bukti sains dan mencapai kata sepakat di kalangan negara ASEAN.
Majlis Pelancaran ARAC yang dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan telah diadakan dengan jayanya pada 22 Mac 2016 di Putrajaya. Majlis ini bertujuan memperkenalkan ARAC yang ditempatkan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia secara rasmi sekaligus meningkatkan lagi visibility ARAC di rantau ASEAN dan peringkat antarabangsa. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa, serantau dan tempatan termasuklah Secretary General of ASEAN, wakil badan-badan ASEAN sektoral berkaitan, wakil European Commission berkaitan kesihatan dan keselamatan makanan (DG SANTE), Pegawai-pegawai Tinggi dari negara ASEAN, pihak media dan lain-lain.
Imej 6 : Setiausaha Agung ASEAN Bersama Perwakilan ARAC
62 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Selepas majlis pelancarannya, 1st Scientific Committee Meeting of ARAC telah diadakan pada 23 dan 24 Mac 2016 di Pejabat ARAC, Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah membuat penilaian ke atas kertas permohonan penilaian risiko yang dikemukakan oleh beberapa badan sektoral ASEAN dan bersetuju supaya penilaian risiko dijalankan ke atas Total Aflatoxins (AFT) and Aflatoxin B1 (AFB1) in peanut and corn, including their products.
Imej 7 : 1st Scientific Committee Meeting of ARAC
Lanjutan daripada keputusan Scientific Committee tersebut, 1st Scientific Panel Meeting of ARAC telah diadakan pada 26 hingga 27 Oktober 2016 di Pejabat ARAC, Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah mencapai kata sepakat mengenai pendekatan untuk menjalankan penilaian risiko ke atas Total Aflatoxins (AFT) dan Aflatoxin B1 (AFB1) dalam kacang tanah dan jagung serta telah menghasilkan satu pelan kerja bagi pelaksanaan aktiviti penilaian risiko ini. Penilaian risiko ini dijangka akan selesai dijalankan pada suku ke 3 tahun 2017.
Imej 8 :
63LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
3.0 MAJLIS JURUANALISIS MAKANAN MALAYSIA
3.1 Pengenalan
Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta Juruanalisis Makanan 2011. Majlis dianggotai oleh 11 orang anggota dengan seorang Setiausaha Majlis.
Seiring dengan kelulusan penstrukturan semula Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia secara rasminya diwujudkan di bawah struktur organisasi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan Waran Perjawatan Bil. S117 Tahun 2016 berkuatkuasa mulai 1 April 2016
Sekretariat di bawah Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia adalah bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 di mana antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mendaftarkan orang yang menjalankan amalan sebagai juruanalisis makanan dan mengawal selia amalan juruanalisis makanan berdaftar. Akta Juruanalisis Makanan 2011 telah berkuatkuasa pada 15 Mac 2014.
3.2 Meterai Perbadanan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia
Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia melalui Mesyuarat Majlis Bil. 1/2016 pada 6 April 2016 telah bersetuju dengan rekaan seperti Gambarajah 1 untuk dijadikan meterai perbadanan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia.
Rajah 27: Meterai Perbadanan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia
Penerangan :
Ikon kelengkapan makmal sebagai elemen utama melambangkan juruanalisis
Ikon berwarna hijau yang berbentuk seakan daun atau organik, ianya mewakili sektor makanan, manakala bentuk bulat di atasnya menyerupai figura manusia yang mewakili anggota majlis
64 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
JADUAL16 Maklumat berkaitan Pendaftaran Juruanalisis Makanan bagi tahun 2014 - 2016.
PerkaraTahun
Jumlah2014 2015 2016
Permohonan keseluruhan (termasuk ahli Majlis) 209 209 209 585
Jumlah keseluruhan Juruanalisis Makanan Berdaftar 187 187 187 495
Bilangan JMB mengikut sektor:
Makmal Agensi Kerajaan 116 116 116 221
Makmal Swasta 40 40 40 145
Makmal Industri Makanan 24 24 24 112
Makmal Universiti 7 7 7 17
Maklumat Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Tahun 2016
BIL MESYUARAT TARIKH MESYUARAT TEMPAT MESYUARAT
1 Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia Bil. 1/2016
6 April 2016 Bilik Mesyuarat SaffronBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Menara Prisma, Presint 3
2 Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia Bil. 2/2016
21 Julai 2016 Bilik Mesyuarat PengarahBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Blok E7, Presint 1
3 Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia Bil. 3/2016
29 Disember 2016 Bilik Mesyuarat SaffronBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Menara Prisma, Presint 3
*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
JADUAL15
3.3 Aktiviti dan Pencapaian bagi tahun 2016
3.3.1 Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia
Pada tahun 2016 Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia telah mengadakan 3 mesyuarat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Juruanalisis Makanan 2011. Melalui mesyuarat yang diadakan, Majlis membuat pertimbangan ke atas permohonan pendaftaran yang telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan Proses Pendaftaran Juruanalisis Makanan di samping perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pendaftaran juruanalisis makanan dan pentadbiran Majlis.
3.3.2 Pendaftaran Juruanalisis Makanan
Sehingga Disember 2016, terdapat seramai 495 orang Juruanalisis Makanan Berdaftar (JMB) dari sektor awam dan swasta yang terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan, makmal swasta, industri dan institusi pengajian tinggi. Maklumat terperinci berkaitan pendaftaran juruanalisis makanan adalah seperti Jadual 2 manakala pecahan juruanalisis makanan berdaftar mengikut tahun dan sektor adalah seperti dalam Rajah 1.
*Data sehingga Disember 2016.
65LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
JADUAL17 Data permohonan perakuan amalan tahunan, tambahan bidang analisis dan
pertukaran tempat amalan yang diluluskan bagi tahun 2014 - 2016
PerkaraTahun
2014 2015 2016Bilangan pemegang Perakuan Amalan Tahunan 209 209 209
Tambahan Bidang Analisis Makanan 0** 2 8
Pertukaran tempat amalan 0** 2 7
3.3.3 Perakuan Amalan Tahunan dan Permohonan Tambahan Bidang Analisis Makanan serta Pertukaran Tempat Amalan
Maklumat terperinci berkaitan perakuan amalan tahunan, tambahan
bidang analisis dan pertukaran tempat amalan yang diluluskan adalah seperti Jadual 3.
* Data sehingga Disember 2016.** Tiada permohonan perakuan amalan tahunan dibuat bagi tahun 2014 memandangkan
Akta mula berkuatkuasa pada Mac 2014 dan juruanalisis makanan baru mula membuat permohonan pendaftaran.
Rajah 28: Bilangan Juruanalisis Makanan Berdaftar bagi Tahun 2014 - 2016
MAKMAL AGENSI KERAJAAN MAKMAL UNIVERSITIM AKMAL INDUSTRI MAKANAN MAKMAL SWASTA
2014
116
7
24
40
84
621
46
214
67 59
2015 2016
Bilangan Pendaftaran Juruanalisis Makanan mengikut Tahun
66 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
A Modal Insan
AGIHAN PERUNTUKAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BAGI PROGRAM KESEKAMATAN DAN KUALITI MAKANAN BAGI TAHUN 2016
Luar Negara
RM367,000.00RM250,000.00
RM383,000.00
Ibu PejabatPKKM
Jabatan KesihatanNegeri (JKN)
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan merancang dan menjalankan kursus berdasarkan peruntukan pembangunan RMK-11 sebanyak RM1000,000.00 yang diterima melalui Bahagian Pengurusan Latihan (BPL). Peruntukan ini diagihkan kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan peringkat Ibu Pejabat dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) serta untuk kursus Luar Negara seperti berikut:
06 CAWANGAN POLISI DAN PEMBANGUNAN 0609
67LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
JADUAL18 Senarai kursus yang telah dijalankan pada tahun 2016
Seksyen Modal Insan telah menganjurkan lima (5) kursus dan enam (6) sesi pembelajaran sepanjang hayat pada tahun 2016. Peserta kursus melibatkan anggota PKKM di peringkat ibu pejabat dan juga peringkat negeri dan juga JAKIM.
BIL TAJUK TARIKH TEMPAT
1 Kursus Pengurusan Rekod Menggunakan Sistem Digital Document Management System (DDMS)
19,20 dan 27 Januari 2016 PKKM, Putrajaya
2 Kursus Microsoft Powerpoint 24-25 Februari 2016 PKKM, Putrajaya
3 Bengkel Analisis Keberkesanan Latihan dan Laporan
15-16 Mac 2016 PKKM, Putrajaya
4 Seminar Bijak Wang 16 Mei 2016 PKKM, Putrajaya
5 Kursus Online ReallyEnglish 14 Jun - 7 September 2016 -
6 Kursus Pelaksanaan Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi PTM Lantikan Tahun 2015
21-25 November 2016 Avillion Admiral Cove, Port Dickson
*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
IMEJ 9: Kursus pelaksanaan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi PTM lantikan baru tahun 2015
Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
68 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Senarai sesi pembelajaran sepanjang hayat yang telah dijalankan pada tahun 2016
BIL TAJUK TARIKH
1 Pengurusan Fail dan Dokumen 26 Februari 2016
2 Ramadhan Pencetus Produktiviti Muslim 20 Jun 2016
3 Smart Integrity 20 Jun 2016
4 Kuasa Minda Positif 17 Ogos 2016
5 Taklimat Matrix Evaluation 10-11 Ogos 2016
6 Pengurusan Dokumen Terperingkat 18 Ogos 2016
*Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
JADUAL19
Pada tahun 2016, sejumlah 10 latihan telah dilaksanakan oleh IFSTC Malaysia. Satu (1) lati-han diadakan dengan kerjasama University of Maryland (UMD) iaitu Inspection of Dairy Prod-ucts. Seramai 259 orang peserta yang terdiri daripada industri makanan, agensi kerajaan yang lain, ahli akademia, agensi swasta dan pegawai daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di semua peringkat.
B International Food Safety Training Centre (IFSTC) Malaysia
Senarai latihan anjuran IFSTC pada tahun 2016
BIL LATIHAN TARIKH
1 Good Manufacturing Practice (GMP) 1-3 Mac 2016
2 Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) 9-11 Mac 2016
3 Inspection of Dairy Products 4-8 April 2016
4 Malaysian Food Act and Regulations 12-14 April 2016
5 Method Validation for Chemical Analysis 9-11 Mei 2016
6 Method Validation for Microbiology Analysis 18-20 Julai 2016
7 Measurement of Uncertainty for Chemical Analysis 26-28 Julai 2016
8 Product Labelling I 6-7 September 2016
9 Food Safety Certification Programme 27-28 September 2016
10 Product Labelling II 18-19 Oktober 2016
JADUAL20
69LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
C Food Safety System of Malaysia (FSSM)
FSSM merupakan sistem maklumat makanan yang dapat memenuhi fungsi dan tanggungjawab Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) dalam melindungi orang ramai terhadap bahaya kesihatan dalam penyediaan, penyimpanan, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, jualan dan penyediaan makanan serta memudahkan perdagangan makanan dan sejajar dengan teknologi semasa dan keperluan masa depan.
Aplikasi ini boleh diakses menerusi portal web dan peranti mudah alih. Skop projek FSSM termasuk pembangunan aplikasi, integrasi bersama pihak dalaman dan luaran, migrasi data, pentauliahan perkakasan dan latihan.
Selaras dengan hasrat ini, pada tahun 2016 lawatan pra-pelaksanaan FSSM bagi aktiviti di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) dan Pintu Masuk telah diadakan. Dimana PKKM bersama-sama dengan pihak MIMOS berhad telah mengadakan satu lawatan kerja ke JKN, PKD dan Pintu Masuk di negeri Kedah dan Selangor bagi melihat proses kerja di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
IMEJ 10: Lawatan Pra-Pelaksanaan Projek FSSM
* Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan
10
Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2016 bagi kategori sekolah rendah telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan dan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan pada 18 Oktober 2016 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.
1. MAJLIS ANUGERAH KANTIN BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT 2016 PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
06 CAWANGAN KOMUNIKASI DAN KEPENGGUNAAN10
Fungsi
Bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras aktiviti promosi keselamatan makanan di pelbagai peringkat dan menguruskan komunikasi awam serta maklumbalas aduan berkenaan keselamatan dan kualiti makanan.
70 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
71LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Berikut merupakan jumlah capaian dalam Facebook dan Twitter portal yang terpilih untuk Kempen BeSS :
Kempen promosi BeSS juga dilaksanakan melalui papan iklan elektronik infoboard di lapan kawasan rehat dan rawat (RnR) dari November 2016 hingga Januari 2017.
Media FB Reach Twitter ReachSinar Harian 310,000 -My News Hub 260,000 -Oh Bulan 190,000 8,770
Beautiful Nara 88,500 10,300The Vocket 30,200 209Jumlah 878,700 19,279
Facebook dan Twitter Portal Media
Papan iklan elektronik infoboard di RnR
Kempen promosi Premis Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) telah dilaksanakan di beberapa portal terpilih berdasarkan jumlah followers yang tinggi di media sosial.
2. KEMPEN PROMOSI PREMIS MAKANAN BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT (BeSS)
72 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Penerbitan Video Doodles BeSS untuk pengusaha dan pengguna telah dimuatnaik ke Facebook PKKM bemula 23 November 2016. Doodles ini diterbitkan dalam dua versi iaitu versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Penerbitan Video Doodles
Program keselamatan dan Kualiti Makanan turut aktif dalam media sosial dan mempunyai akaun facebook dan twitter sendiri.
3. MEDIA SOSIAL
73LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Infografik merupakan gabungan dua perkataan iaitu info (maklumat) dan grafik yang dihasilkan dalam bentuk visual data yang dapat membantu pembaca/pengguna untuk memahami maklumat dengan mudah. Kewujudannya seiring dengan perkembangan dunia digital yang semakin pesat melalui media sosial.
Sehubungan itu bermula 2016, PKKM talah menggunakan kaedah ini dalam menyebarkan maklumat mengenai keselamatan dan kualiti makanan secara meluas.
Promosi keselamatan makanan semasa bulan ramadan telah dilaksanakan dengan jayanya melalui beberapa aktiviti seperti pengiklanan promosi ‘Perhati dan Pilih” di radio dan kolaborasi di dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadan RTM 1 bersama personaliti Sheila Rusly. Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ini telah meraih dua (2) juta tontonan awam dan menjadi platform terbaik dalam menyalurkan maklumat mengenai keselamatan makanan selain ia merupakan rancangan top 5 di RTM 1. Manakala tontonan di dalam talian iaitu TV Online RTM pula telah meraih sekitar 30 ribu orang pelawat.
1. Manakala tontonan di dalam talian iaitu TV Online RTM pula telah meraih sekitar 30 ribu orang pelawat.
Promosi yang dijalankan menyeru orang ramai agar sentiasa mengamalkan sikap ‘Perhati dan Pilih’ ketika membeli juadah di bazar ramadan.
5. PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN DI BULAN RAMADHAN
Promosi Keselamatan Makanan “Perhati dan Pilih” melalui radio RTM telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan. Sebanyak 819 spots di 2 siaran radio seluruh Malaysia telah menyiarkan iklan promosi tersebut sepanjang 30 saat.
4. INFOGRAFIK KESELAMATAN MAKANAN
74 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
Empat bahan baru untuk laman web MoH KliK berbentuk permainan interaktif dan video animasi 2D untuk kanak-kanak telah diterbitkan. Website MoH KliK pada tahun 2016 telah berjaya menarik seramai 135,651 pelawat dengan purata lawatan sehari seramai 240 orang.
MoH Klik merupakan laman web interaktif dalam mempromosikan keselamatan makanan kepada kumpulan kanak-kanak serta remaja. Ia mengandungi permainan 2D, informasi, Komik dan lain-lain sebagai medium untuk mendidik kanak-kanak dan remaja terhadap kepentingan keselamatan makanan.
BIL NAMA PROGRAM/ AKTIVITI/MAJLIS
TARIKH TEMPAT BAHAN / AKTIVITI PAMERAN SASARAN
1 Malaysian International Halal Showcase 2016 (MIHAS)
30/3 - 2/4/2016
KLCC Promosi Skim Pensijilan Makanan Selamat (PJKM) dan BeSS, Pendaftaran premis dan pelabelan
Orang awam dan industri
2 The 19th SME Annual Showcase (SMIDEX)
17 - 19 Mei 2016
KLCC Promosi Skim Pensijilan Makanan Selamat (PJKM) dan BeSS, Pendaftaran premis dan pelabelan
Orang awam dan industri
3 Malaysia International Food and Beverages (MIFB)
27 - 29 Julai 2016
KLCC Promosi Skim Pensijilan Makanan Selamat (PJKM) dan BeSS, Pendaftaran premis dan pelabelan
Orang awam dan industri
4 Halal Fiesta Malaysia 2016 (HALFEST)
31/8 - 4/9/2016
Mines convention Centre
Promosi Skim Pensijilan Makanan Selamat (PJKM) dan BeSS, Pendaftaran premis dan pelabelan
Orang awam dan industri
5 Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism 2016 (MAHA)
1 - 13 Dis 2016
MAEPS, Serdang
Promosi Skim Pensijilan Makanan Selamat (PJKM) dan BeSS, Pendaftaran premis dan pelabelan
Orang awam dan industri
6. MOH KLIK (KELAB LAMAN INTERAKTIF KESELAMATAN MAKANAN)
7. PAMERAN PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN
75LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
STRUKTUR JAWATANKUASA KERJA PAKAR (JKKP) DI BAWAHJAWATANKUASA PENASIHAT PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985 (JPPM)
Lampiran 2
Nota :JKKP : Jawatankuasa Kerja Pakar
Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan
Makanan 1985
JKKP Pemakanan /
Akuan pemakanan / Pengiklanan
JKKP Aditif
Makanan
JKKP Kontaminan
dalam Makanan
JKKP Mikrobiologi
JKKP Standard Komoditi Makanan
JKKP Pelabelan Makanan
JKKP Bungkusan dan Bekas Makanan
JKKP Residu Drug
dalam Makanan
JKKP Ad hoc Standard Air
Minuman
JKKP Ad hoc Makanan Diubah
Suai Secara Genetik
Pasukan Petugas Residu Racun Perosak dalam
Makanan
76 LAPORAN TAHUNAN BKKM - 2016
CA
RTA
OR
GA
NIS
ASI
JA
WA
TAN
KU
ASA
KEB
AN
GSA
AN
CO
DEX
OR
GA
NIZ
ATI
ON
STR
UC
TUR
E O
F TH
E M
ALA
YSIA
N N
ATI
ON
AL
CO
DEX
CO
MM
ITTE
ELa
mpi
ran
2
JAW
ATA
NK
UA
SA K
EBA
NG
SAA
N C
OD
EX (J
KC
)
CO
DEX
CO
NTA
CT
POIN
T
EXEC
UTI
VE C
OM
MIT
TEE
OF
CA
C
JKC
K E
XEC
/NC
SC E
XEC
JAW
ATA
NK
UA
SA S
UB
JEK
UM
UM
(
) Se
kret
aria
t / S
ecre
taria
t* A
djou
rned
Sin
e Di
e#
Diss
olve
d NO
TA/N
OTE
:-
BKKM
- Ba
hagi
an K
esel
amat
an d
an K
ualiti
Mak
anan
KKM
- Ke
men
teria
n Ke
sihat
an M
alay
siaJK
CK -
Jawa
nkua
sa K
ecil C
odex
Keb
angs
aan
FSQ
D - F
ood
Safe
ty a
nd Q
uality
Divi
sion
MO
H - M
inist
ry o
f Hea
lthNC
SC -
Natio
nal C
odex
Sub
-Com
mitt
ee
#Ani
mal
Fee
ding
TF A
F
#Foo
d De
rived
from
Bi
otec
hnol
ogy
TF F
BT
#Fru
it Ju
ices
TF F
J
Antim
icrob
ial R
esist
ance
TF A
MR
#Pro
cess
ing
and
Hand
ling
of Q
uick
Fro
zen
Food
sTF
QFF
FAO
/WH
O R
EGIO
NA
L C
OO
RD
INAT
ING
C
OM
MIT
TEE
FOR
ASI
A
TASK
FO
RC
E C
OD
EXJA
WAT
AN
KU
ASA
KO
MO
DIT
I
CO
DEX
ALI
MEN
TAR
IUS
CO
MM
ISSI
ON
Gen
eral
Prin
ciple
sJK
CK G
P / N
CSC
GP
Food
Lab
ellin
gJK
CK F
L / N
CSC
FL
Cont
amin
ants
in
Food
s
Food
Add
itives
JKCK
FA
/ NCS
C FA
(BKK
M, K
KM /
FSQ
D, M
OH)
Met
hods
of A
nalys
is an
d Sa
mpl
ing
JKCK
MAS
/ NC
SC M
AS
Food
Impo
rt an
d Ex
port
Insp
ectio
n an
d Ce
rtific
atio
n Sy
stem
s
Nutri
tion
and
Food
s fo
r Spe
cial D
ieta
ry U
ses
Food
Hyg
iene
JKCK
FH
/ NCS
C FH
(BKK
M, K
KM /
FSQ
D, M
OH)
Pest
icide
Res
idue
sJK
CK P
R / N
CSC
PR
Resid
ues
of V
eter
inar
y D
rugs
in F
oods
Fats
and
Oils
JKCK
FO
/ NC
SC F
O
Fres
h Fr
uits
and
Veg
etab
les
JKCK
FFV
/ NC
SC F
FV
*Coc
oa P
rodu
cts
and
Choc
olat
e JK
CK C
PC /
NCSC
CPC
Proc
esse
d Fr
uits
and
Veg
etab
les
JKCK
PFV
/ NC
SC P
FV(B
KKM
, KKM
/ FS
QD,
MO
H)
* Mea
t Hyg
iene
JKCK
MH
/ NCS
C M
H
Suga
rsJK
CK S
ugar
s / N
CSC
Suga
rs(B
KKM
, KKM
/ FS
QD,
MO
H)
*Veg
etab
le P
rote
ins
JKCK
VP
/ NCS
C VP
(BKK
M, K
KM /
FSQ
D, M
OH)
*Nat
ural
Min
eral
Wat
ers
JKCK
NM
W /
NCSC
NM
W
Spice
s an
d Cu
linar
y He
rbs
JKCK
SCH
/ NC
SC S
CH
*Fish
and
Fish
ery
Prod
ucts
JKCK
FFP
/ NC
SC F
FP
Cere
als,
Pul
ses
and
Legu
mes
JKCK
CPL
/ NC
SC C
PL(B
KKM
, KKM
/ FS
QD,
MO
H)
Milk
and
Milk
Pro
duct
s
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN(FOOD SAFETY AND QUALITY DIVISION)KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA)ARAS 4, MENARA PRISMANO, 26, JALAN PERSIARAN PERDANAPRESINT 3, 62675 PUTRAJAYA
Tel. : 603 - 8885 0797Faks : 603 - 8885 0769E-mail : [email protected] http//fsq.moh.gov.my