laporan tahunan ljbm 2019.pdf · 2021. 1. 22. · berkuatkuasa mulai 6.2.2019 sehingga 5.2.2021....
TRANSCRIPT
-
LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA(LJBM)
& PENYATA KEWANGAN
LAPORANTAHUNAN
2019
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 1
021116
4021
KENYATAAN YANG DIPERTUA
MAKLUMAT KORPORAT
MAKLUMAT STATISTIK
PENYATA KEWANGAN 2019
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2019
KANDUNGAN
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 2
KENYATAANYANGDIPERTUA
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 3
KENYATAANYANG DIPERTUA
“ Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) meneruskan misi untuk memupuk perkembangan profesion ukur bahan dan kejuruteraan kos yang bertaraf antarabangsa melalui kawalseliaan dan pembangunan profesional yang berterusan.
“Tirai 2019 dibuka dengan pelantikan Ahli Lembaga bagi Sesi 2019–2021 yang berkuatkuasa mulai 6.2.2019 sehingga 5.2.2021. Barisan kepimpinan LJBM merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Kerja Raya Malaysia di atas kepercayaan yang diberikan untuk kami terus menerajui LJBM. Mandat dan kuasa yang diberikan adalah menurut Akta Juruukur Bahan Malaysia 1967 (Pindaan 2015) dan undang- undang lain yang ditadbirnya. Amanah yang diberikan ini dilaksanakan dengan sebaiknya. Kepada ahli-ahli Lembaga yang telah menamatkan perkhidmatan, kami
Prakata
mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan komitmen yang diberikan serta mendoakan kejayaan anda di masa hadapan.
Berlandaskan Visi Lembaga Juruukur Bahan Malaysia “Untuk menjadi agensi cemerlang yang ulung dalam mengawalselia profesion juruukur bahan dan kejuruteraan kos” LJBM telah memfokuskan kepada perkhidmatan pendaftaran dan pengawalseliaan, mencana pembangunan profesional yang berterusan dan memantapkan bidang penjenamaan.
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 4
Tadbir Urus Menjadi Panduan Utama
LJBM terus dipandu oleh faktor utama yang memastikan kelancaran operasinya, iaitu ketelusan. Komposisi Ahli Lembaga LJBM yang diasaskan oleh prinsip perwakilan yang terdiri daripada empat pihak berkepentingan utama iaitu sektor awam, swasta, universiti dan badan berkanun/pihak berkuasa tempatan bagi memastikan semua keputusan utama dibuat berdasarkan perbincangan dan keputusan bersama.
Tahun 2019, LJBM telah menguatkuasakan Surat Aku Janji kepada Ahli Lembaga, dimana semua Ahli Lembaga telah diwajibkan menandatangani Surat Aku Janji ini untuk menimbulkan kesedaran akan pentingnya melaksanakan sikap amanah, setia, jujur dan profesional serta mewujudkan pengurusan yang berintegriti.
Dalam menjalankan fungsinya, LJBM juga telah mewar-warkan tentang pemakaian Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang antara lain berkait dengan keperluan memperolehi pensijilan ISO 37001 dan pengkuatkusaan Sistem Anti Bribery Management System (ABMS) yang dibangunkan oleh CIDB yang memberi impak kepada perniagaan komersial termasuk firma perunding ukur bahan. Disamping itu, cadangan pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran firma perlu melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga sedang diperhalusi.
Masyarakat global telah menjangkakan permulaan yang mencabar apabila melangkah ke dekad baharu. Dalam hal ini LJBM telah mewujudkan “Think Tank Group” yang dianggotai oleh Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa bagi membincangkan halatuju profesion ukur bahan masa hadapan yang turut berhadapan dengan Industri Revolusi 4.0. Kajian dan maklumbalas adalah secara menyeluruh untuk mengenalpasti kehendak pihak industri dan akademik. “Think Tank Group” ini juga menilai semula kepentingan pendaftaran dan “added value” yang diperolehi selepas berdaftar disamping untuk menyemak semula dan menambahbaik Pelan Strategik LJBM, mengenalpasti kaedah merawat risiko juga turut diteliti secara lebih berkesan.
TADBIR URUSLEMBAGA
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 5
358
19 70
906697
2836
60
Firma Perunding Ukur Bahan
Firma Perunding Multi-Disiplin
Pejabat Cawangan
Juruukur Bahan Consultant
Juruukur Bahan Professional
Juruukur Bahan Provisional
Juruukur Bahan Technologist
Jumlah Pendaftaran
Peranan LJBM
Fokus kepada Perkhidmatan Pendaftaran dan Pengawalseliaan
LJBM meneruskan peranan dan misi untuk menjadi agensi cemerlang yang ulung dalam mengawalselia profesion ukur bahan dan kejuruteraan kos. Inisiatif ini termasuk:
Berlatarkan persekitaran ini, LJBM telah memperkemaskan peraturan dan mengatur aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan bilangan pendaftaran ahli-ahli baru dan bilangan ahli yang memperbaharui pendaftaran. Ini bagi memastikan hanya juruukur bahan dan firma perunding ukur bahan yang berdaftar sahaja yang menawarkan perkhidmatan di pasaran. Sukacita saya memaklumkan bahawa LJBM telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyediakan program-program bagi menarik minat serta mendorong ahli-ahli yang berkecenderungan untuk menaiktaraf pendaftaran khususnya dikalangan Juruukur Bahan Siswazah dan menaiktaraf daripada “Juruukur Bahan Professional QS” kepada “Juruukur Bahan Consultant QS”
400
300
200
100
2017 2018 20190
Statistik Penaiktarafan Pendaftaran
Laporan Statistik Pendaftaran Aktif Setakat 31.12.2019
Daripada Juruukur Bahan Technologist kepada Juruukur Bahan Provisional
Tier-1 / Special Route / TPC : PVQS kepada PQS
Tier-2 / Klausa Peralihan : Juruukur Bahan Professional kepada Juruukur Bahan Consultant
N/A26
343
42
83
49 51
4 1
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 6
Tahun 2019 juga menyaksikan LJBM telah membangunkan rangka tindakan dasar dan garis panduan akreditasi ukur bahan. Manual ini telah disemak dan dikaji semula dalam konteks menyempurnakan proses dan prosedur akreditasi. Tindakan ini adalah untuk menetapkan hala tuju pengawalseliaan proses akreditasi bagi program-program ukur bahan yang ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi dari dalam dan luar negara.
LJBM turut mengenal pasti inisiatif yang perlu bagi mengukuhkan prestasi dan mendorong penambahbaikan amalan ukur bahan. Inisiatif ini dilaksanakan melalui sesi-sesi dialog bersama pengemudi firma perunding ukur bahan, wakil-wakil agensi kerajaan, wakil badan bukan kerajaan, wakil daripada sektor swasta dan para akademia. Langkah ini dilaksanakan dengan mengakui bahawa penawaran perkhidmatan ukur bahan yang lebih mantap dapat membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih berdaya saing dan seterusnya menyumbang kepada daya tahan industri pembangunan negara.
Mencana Pembangunan Profesional yang Berterusan
Melangkaui keutamaan pada masa terdekat, LJBM telah meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan inisiatif pembelajaran berterusan di kalangan ahli dengan menganjurkan seminar-seminar yang memberi penekanan tentang kemahiran teras dan pengetahuan profesion ukur bahan. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menyediakan Juruukur Bahan yang berdaya saing, mampu merebut peluang di masa hadapan serta bersedia menangani cabaran.
Sebagai sebuah agensi yang mengawalselia profesion ukur bahan, LJBM telah terlibat sama dalam merangka polisi kerajaan yang berkaitan dengan profesion. Penglibatan antara lainnya adalah Projek Integrasi Pendaftaran Dan Pelesenan Perniagaan Di Bawah Program Berimpak Tinggi 1 Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SME HIP1), Program Outreach Bagi Penganjuran Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Input Kertas Strategi Industri Pembinaan Bagi Rancangan Malaysia Ke-12, yang merangkumi Kumpulan Kerja Teknikal (TWG)/IAPG Sektor dan Perkhidmatan - Industri Pembinaan, Bengkel Focus Group Di Bawah Kumpulan Kerja Teknikal (TWG)/IAPG, Pelan Antirasuah Nasional (NACP), Libat Urus Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia (EFTA) dan Bengkel Libat Urus Berkaitan Bab Perolehan Kerajaan Di Bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Antara Malaysia Dengan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (Malaysia-EFTA ECONOMIC PARTNERSHIP AGREEMENT - MEEPA).
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 7
Memantapkan Bidang Penjenamaan
Tempoh yang akan datang bakal menyaksikan perubahan yang ketara dalam wacana awam apabila teknologi terus membawa perubahan kepada kelajuan dan kaedah komunikasi. LJBM telah mula mengambil sikap lebih telus dan terbuka dalam membuat penyesuaian dengan perubahan ini.
Bermula daripada tahun 2019, sijil pendaftaran, Permit Beramal dan resit yang dilaksanakan melalui Sistem Pendaftaran Pembaharuan Juruukur Bahan (ReQSys) telah dapat dijana melalui sistem setelah semua proses pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran dilengkapkan dan pembayaran diselesaikan. Selain mempercepatkan proses ianya juga dapat mengurangkan kos operasi. Mengambilkira keperluan ahli atau firma perunding ukur bahan yang memerlukan sijil pendaftaran atau permit beramal sepertimana sebelum ini, LJBM turut menyediakan perkhidmatan untuk mencetak sijil melalui permohonan yang dikemukakan.
Disamping itu, dalam melaksanakan usaha untuk mendorong penggunaan teknologi maklumat, Sistem Online Pendaftaran Peperiksaan iaitu “MyExam” telah ditambahbaik melibatkan penambahbaikan rekod dan makluman keputusan peperiksaan melalui sistem tersebut.
Penggunaan media komunikasi sebagai kaedah atau perantara yang digunakan untuk berkomunikasi dan mempermudah dalam menyampai informasi telah melahirkan media baru dengan cara komunikasi yang lebih efisyen. Salah satu platform media baru yang menjadi trend kehidupan masa kini adalah media sosial yang menjadi ejen perubahan kepada tatacara berkomunikasi. LJBM berharap paparan aktiviti dan maklumat terkini yang disalurkan melalui laman Twitter, Instagram, Facebook dan LinkedIn dapat menyalurkan informasi dengan lebih cepat, mudah dan bermanfaat kepada semua.
Dalam memperkasakan medium komunikasi ini, besarlah harapan LJBM agar ahli-ahli sentiasa mengemaskini maklumat email di sistem ReQSys daripada semasa ke semasa.
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 8
Meskipun LJBM merupakan badan berkanun, LJBM tidak bergantung kepada dana awam daripada kerajaan untuk membiayai operasi harian. Sebaliknya, operasi LJBM dibiayai oleh pendapatan yang diperolehi daripada yuran pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan lebihan yang diperolehi daripada kursus dan seminar yang dianjurkan.
Program tanggungjawab sosial korporat merupakan komitmen LJBM bagi meningkatkan kesejahteraan ahli dan memberi laluan yang kondusif dan efektif bagi LJBM mempromosikan bidang ukur bahan dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan perkhidmatan ukur bahan.
Penganjuran PQRS 2019 yang disasarkan untuk Juruukur Bahan Siswazah pada 22 Oktober 2019 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya telah berjaya merekodkan kehadiran 795 peserta; di mana mereka juga telah memperbaharui pendaftaran bagi tahun 2020. LJBM berasa sukacita melihat program sebegini yang berjaya dianjurkan dengan kolaborasi bersama Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan universiti-universiti yang menawarkan program ukur bahan yang diiktiraf.
Sebagai tanggungjawab sosial LJBM kepada ahli, pemberian subsidi telah ditawarkan kepada ahli yang menyertai Kongres Pacific Association of Quantity Surveyors pada 26-27 Ogos 2019 di Kuching, Sarawak bagi menggalakkan dan meringankan kos ahli menyertai kongres ini. Secara umumnya, penganjuran kongres ini yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah telah memberi impak yang tinggi kepada Malaysia sebagai negara penganjur amnya, dan profesion ukur bahan di Malaysia khususnya.
TANGGUNGJAWABSOSIAL KORPORAT
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 9
Dalam aspek pengawalan dan penyeliaan terhadap kewangan, Jawatankuasa- Jawatankuasa LJBM telah diingatkan untuk mengambil berat tentang pematuhan kepada Garispanduan Kewangan dan Garispanduan Pejabat yang telah ditetapkan, selain daripada pematuhan kepada Akta Ukur Bahan Dan Kaedah-Kaedah Ukur Bahan yang perlu dipatuhi. LJBM berusaha untuk mengurangkan prokitaran.Ini bermaksud LJBM berusaha untuk merangsang pendapatan melalui penambahan bilangan ahli dan penganjuran seminar bagi mengurangkan kitaran kejatuhan pendapatan yang mendadak. Pengurangan bilangan ahli-ahli yang tidak memperbaharui pendaftaran pada kadar yang rendah juga menyokong kelestarian aktiviti dan pendapatan LJBM sekaligus memastikan bahawa risiko kewangan ditadbir urus dengan baik.
Jabatan Audit Negara Malaysia telah mengaudit Penyata Kewangan LJBM yang terdiri daripada kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2019 dan Penyata Keuntungan atau Kerugian dan Penyata Pendapatan Komprehensif Lain dan Penyata Aliran Tunai untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2019. Penyata Kewangan ini telah disahkan memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan LJBM selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia.
Pada tahun 2019, LJBM telah memberikan tumpuan pada usaha untuk meletakkan sistem kewangan pada kedudukan yang terbaik untuk menghadapi persekitaran baharu pada tahun-tahun yang akan datang. Dalam hal ini, LJBM meletakkan keutamaan segera kepada usaha-usaha pelaksanaan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan atau “Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA)” berdasarkan keperluan pemakaian Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2018.
Dalam usaha meningkatkan integriti kewangan, LJBM telah menambahbaik Manual Prosedur Kewangan dan mewujudkan Manual Prosedur Perolehan dengan mengambilkira pemakaian terhadap keperluan yang diperuntukkan di Kaedah-Kaedah Ukur Bahan. Turut diberi tumpuan adalah unjuran penilaian bajet dan penetapan polisi penilaian prestasi bajet yang perlu dilaksanakan pada setiap suku tahun.
KEWANGANLJBM
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 10
Walaupun LJBM memberikan perhatian kepada rangka kerja dan prosedur, namun akhirnya, pelaksanaan mandat LJBM adalah menerusi pertimbangan dan tindakan Jawatankuasa dan kakitangan LJBM. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan yang setulusnya kepada semua atas dedikasi dan usaha gigih mereka. Saya juga amat berterima kasih kepada Ahli Lembaga atas sokongan dan bimbingan yang diberikan.
Secara peribadi saya percaya rangka kerja tadbir urus korporat yang kukuh dan disokong oleh kepimpinan yang mantap serta amalan pengurusan yang baik dapat menyumbang kepada peningkatan akauntabiliti dan ketelusan. Dengan mandat yang diberikan serta menyedari keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya, sukacita saya maklumkan bahawa LJBM telah melalui proses pelaksanaan perancangan yang lancar. Komitmen untuk mencapai visi, menegaskan semula peranan kami di Malaysia dan memacu misi untuk melaksanakan tanggungjawab yang jelas serta tidak berbelah bahagi.
PROF (ADJUNG) DATO’ Sr AZIZ BIN ABDULLAH, CQSYang DiPertuaLembaga Juruukur Bahan Malaysia
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 11
MAKLUMATKORPORAT
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 12
Untuk menjadi agensi cemerlang yang ulung dalam mengawalseliaprofesion ukur bahan dan
kejuruteraan kos.
Visi Objektif
Pengenalan
Piagam Pelanggan
Untuk memupuk perkembangan profesion ukur bahan dan kejuruteraan kos yang bertarafantarabangsa melalui kawalseliaan dan pembangunan professionalyang berterusan.
Misi
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) adalah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Juruukur Bahan 1967 (pindaan 2015)
Piagam Pelanggan adalah untuk memproses dan meluluskan semua permohonan yang lengkap untuk pendaftaran dengan Lembaga dalam tempoh masa dua bulan daripada tarikh penerimaan sesuatu permohonan oleh Lembaga.
Objektif-objektif Lembaga Juruukur Bahan Malaysia adalah:
Untuk melindungi kepentingan orang awam.
Untuk memastikan pertanggungjawaban dan kualiti perkhidmatan.
Untuk terlibat sama dalam merangka polisi kerajaan yang berkaitan dengan profesion.
Untuk memastikan profesion ukur bahan sentiasa relevan dan lestari.
Untuk melindungi hak dan kepentingan juruukur bahan berdaftar selaras dengan Akta Juruukur Bahan.
-
Ahli - Ahli
Sr Nik Zainal Alam Bin Hasan, CQSSr Amran Bin Mohd Majid, CQSSr Maselawati Binti Shamsuddin, CQSSr Isabel Sim Tseu Yu, CQSSr Dainna Binti Baharuddin, CQSSr Noridah Binti Shafii, CQSSr Mohamad Shazali Bin Sulaiman, CQSSr Moh Mee Ying, CQSSr Kamarudin Bin Sulaiman, CQSAssoc. Prof. Sr Dr. Lim Yoke Mui, CQSSr Mohd Sahak Bin Surip, CQSSr Roziyah Binti Ismail, CQSSr Muhamad Zulazhar Bin Mohd, CQSSr Rogayah Binti Yunus, PQS
Setiausaha
Sr Jamisah Binti Ibrahim, CQS
Yang DiPertua
Prof (Adjung) Sr Dato’ Aziz Bin Abdullah, CQS
Pendaftar
Sr Noraisah Binti Kadirin, CQS
13LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019
AHLI LEMBAGASESI KE-19 TAHUN 2019-2021
Wakil daripada Lembaga
Ir. Sundraraj A/L A. Krishnasamy(Wakil Lembaga Jurutera Malaysia)
Ar Mustapha Bin Mohd Salleh(Wakil Lembaga Arkitek Malaysia)
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 14
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia | Sesi ke-19 Tahun 2019-2021
STRUKTURORGANISASI
Yang DiPertua
Jawatankuasa
Setiausaha Pendaftar
Pengurusan
Penerbitan &Teknologi Maklumat
Continuous Professional
Development (CPD)
Pendaftaran& Kelayakan
Skala FI &Amalan
Akta & Hubungan Antarabangsa
Majlis AkreditasiUkur Bahan Tatasusila
Majlis PeperiksaanUkur Bahan
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 15
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia | Sesi ke-19 Tahun 2019-2021
STRUKTUR ORGANISASI SEKRETARIAT
Setiausaha Eksekutif
Unit Pendaftaran & Teknologi Maklumat
Unit Komunikasi Korporat & Kewangan Unit Professional Standard
Pegawai Teknologi Maklumat
Pendaftaran & Teknologi Maklumat
Pegawai TadbirPerolehan, Pengurusan Aset
& Fasiliti
Pegawai TadbirContinuious Professional
Development (CPD)
Pegawai TadbirKomunikasi, Kualiti &
Sumber Manusia
Pegawai TadbirProfessional Standard
Pegawai Tadbir Skala FI Dan
Amalan, Tatasusila & Akta Dan Hubungan
Antarabangsa
Pegawai Tadbir Peperiksaan & Assesment Of Professional
Competence (APC)
Pegawai Tadbir Akreditasi
Pen. Pegawai TadbirPendaftaran & Teknologi
Maklumat
Pen. Pegawai TadbirPendaftaran & Penerbitan
Pen. Pegawai Tadbir
Akauntan
Pen. Pegawai TadbirPendaftaran
Pembantu Operasi
Pembantu Operasi
Pen. Pegawai Tadbir - Kewangan
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 16
MAKLUMATSTATISTIK
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 17
Statistik Pendaftaran Individu (Juruukur Bahan Technologist, Juruukur Bahan Provisional, Juruukur Bahan Professional dan Juruukur Bahan Consultant)
PENDAFTARAN INDIVIDUJUMLAH PENDAFTARAN: 1,001 orang
PENDAFTARAN FIRMA JUMLAH PENDAFTARAN: 16 firma
Nota: Kategori Juruukur Bahan Technologist mula diperkenalkan pada tahun 2017 berikutan pindaan Akta Juruukur Bahan 1967
500
2016 2017 2018 2019
Juruukur BahanProvisional
Juruukur BahanProfessional
Juruukur BahanConsultant
Juruukur BahanTechnologist
1500
2000
2500
3000
0
1000
6 37 60
19462135
2287
3112
705 691 786 788826 884
Pecahan Statistik Pendaftaran Bagi Tahun 2019
Juruukur BahanTechnologist
Juruukur BahanProvisional Juruukur Bahan
Consultant
Juruukur BahanProfessional
95
58
23825
PraktisMultidisiplin
KetuanpunyaanTunggal
PertubuhanPerbadanan
95
58
23
825
5
110
Ahli Juruukur Bahan Berdaftar | Sesi ke-19 Tahun 2019-2021
STATISTIKPENDAFTARAN
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 18
SESI MEI 201814.05.2018
Professional Practice-I & Professional Practice-II
Jumlah Calon: 25Lulus: 13
Pendaftaran & Kelayakan Akta & Hubungan Antarabangsa9 4
5 4
3 6
3 4
3
Majlis Akreditasi Ukur Bahan (QSAC) Pengurusan
Majlis Peperiksaan Ukur Bahan (QSEC)
Teknologi Maklumat &Penerbitan
Skala FI & Amalan Continuing Professional Development (CPD)
Tatasusila
Berikut merupakan statistik keputusan Peperiksaan Tier-I bagi Sesi Julai dan November 2019:
52%
75%
26%
55%
PeratusLulus
SESI NOVEMBER 201812.11.2018
SESI NOVEMBER 201925.11.2019
Professional Practice-I & Professional Practice-II
Jumlah Calon: 18Lulus: 10
Professional Practice-I & Professional Practice-II
Jumlah Calon: 36Lulus: 27
SESI JULAI 201929.07.2019
Professional Practice-I & Professional Practice-II
Jumlah Calon: 27Lulus: 7
Mesyuarat Jawatankuasa | Setakat Disember 2019
Majlis Peperiksaan | Bagi Tahun 2019
STATISTIK BILANGAN
STATISTIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TIER-II
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 19
LJBM telah meluluskan akreditasi bagi program ukur bahan yang ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) tempatan dan luar negara sehingga 2019 adalah seperti berikut:
BIL PROGRAM IJAZAH UKUR BAHAN YANG DIIKTIRAF (MALAYSIA) TEMPOH AKREDITASI
1 INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIABACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONOURS)25.7.2014 – 24.7.2019
DALAM PENILAIAN
2 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIABACHELOR OF QUANTITY SURVEYING - FULL TIME STUDY ONLY 5.10.2014 – 28.10.2019
3 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (SPACE) BACHELOR OF QUANTITY SURVEYING - PART TIME STUDY ONLY 5.10.2014 – 28.10.2019
4 UNIVERSITI MALAYABSc (HONS) IN QUANTITY SURVEYING 1.1.2015 – 31.12.2019
5 TAYLOR’S UNIVERSITYBACHELOR IN QUANTITY SURVEYING (HONS) 20.1.2016 – 19.1.2021
6 UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (SG. LONG CAMPUS)BACHELOR OF SCIENCE (HONS) QUANTITY SURVEYING 20.1.2017 – 21.1.2022
7 HERIOT WATT UNIVERSITY MALAYSIABACHELOR OF SCIENCE IN QUANTITY SURVEYING 20.2.2017 – 19.2.2020
8 UCSI UNIVERSITYBACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONS) 28.2.2018 – 27.2.2021
9 UNIVERSITY OF READING MALAYSIABSc (HONS) QUANTITY SURVEYING 20.7.2018 – 19.7.2021
10 UNIVERSITY MALAYSIA SARAWAKBACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONS) JULAI 2018 – JULAI 2021
11 LINTON UNIVERSITY COLLEGEBACHELOR OF SCIENCE (HONOURS) IN QUANTITY SURVEYING 28.8.2018 – 27.2.2021
12 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SERI ISKANDARBACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONS) 9.9.2018 – 8.9.2023
13 SEGi UNIVERSITYB.SC. (HONS) QUANTITY SURVEYING 5.9.2018 – 4.9.2020
14 INTI INTERNATIONAL UNIVERSITYBACHELOR OF SCIENCE (HONS) QUANTITY SURVEYING 9.9.2018 – 8.9.2020
15 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SAMARAHANBACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONS) SEPT 2018 – SEPT 2020
16 UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY SARAWAKBACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONS) 29.10.2018 – 28.10.2020
17 TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGEBACHELOR IN QUANTITY SURVEYING (HONS) 17.12.2018 – 16.12.2020
Majlis Akreditasi | Bagi Tahun 2019
SENARAI PROGRAM UKUR BAHAN YANG DIIKTIRAF
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 20
BIL PROGRAM IJAZAH UKUR BAHAN YANG DIIKTIRAF (MALAYSIA) TEMPOH AKREDITASI
18 INFRASTURCTURE UNIVERSITY KUALA LUMPURBACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONS) 18.6.2019 – 17.6.2022
19 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAMBACHELOR OF QUANTITY SURVEYING (HONS) 25.7.2019 – 24.7.2024
20UNIVERSITI SAINS MALAYSIABACHELOR OF SCIENCE (HOUSING, BUILDING & PLANNING) (HONOURS) (QUANTITY SURVEYING)
29.8.2019 – 28.8.2024
21
IMPERIA COLLEGE (formerly known as IMPERIA Institute Of Technology)BSc (HONS) QUANTITY SURVEYING & COST MANAGEMENT (3+0) IN COLLABORATION WITH LIVERPOOL JOHN MOORES UNIVERSITY
19.12.2019 – 18.12.2021
BIL PROGRAM IJAZAH UKUR BAHAN YANG DIIKTIRAF (ANTARABANGSA) TEMPOH AKREDITASI
1CURTIN UNIVERSITY OF TECHNOLOGYBACHELOR OF APPLIED SCIENCE (CONSTRUCTION MANAGEMENT & ECONOMICS) – For Internal Full-Time Mode of Study Only
17.12.2014 – 16.12.2019DALAM PENILAIAN
2 UNIVERSITY OF PORTSMOUTHBSc (HONS) QUANTITY SURVEYING 3.5.2015 – 2.5.2020
3 UNIVERSITY OF READINGBSc (HONS) QUANTITY SURVEYING 3.5.2015 – 2.5.2020
4 SHEFFIELD HALLAM UNIVERSITYBSc (HONS) QUANTITY SURVEYING 26.6.2015 – 25.6.2020
5 HERIOT WATT UNIVERSITYBSc (HONS) QUANTITY SURVEYING 1.9.2015 – 31.8.2020
6 UNIVERSITY OF THE WEST OF ENGLANDB.SC. (HONS) IN QUANTITY SURVEYING & COMMERCIAL MANAGEMENT 1.9.2015 – 31.8.2020
7 LIVERPOOL JOHN MOORES UNIVERSITYBACHELOR OF SCIENCE (HONS) IN QUANTITY SURVEYING 21.7.2016 – 20.7.2021
8 NORTHUMBRIA UNIVERSITYBACHELOR OF SCIENCE (HONS) QUANTITY SURVEYING26.10.2016 – 25.10.2019
DALAM PENILAIAN
9NOTTINGHAM TRENT UNIVERSITYBSc (HONS) IN QUANTITY SURVEYING & CONSTRUCTION COMMERCIAL MANAGEMENT
30.10.2018 – 29.10.2023
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 21
AKTIVITI SEPANJANGTAHUN 2019
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 22
AKTIVITI TAHUNANJawatankuasa Pendaftaran dan Kelayakan
Bagi Tahun 2019
Program Pendaftaran Berkelompok LJBM dengan Universiti yang Diiktiraf
i. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Pendaftaran Berkelompok dengan Universiti yang diiktiraf.
TARIKH PROGRAM LOKASI
24.06.2019 Premiera Hotel Kuala Lumpur
Kolej Universiti Tuanku Abdul
Rahman
University College of Technology Sarawak
Segi University
Program Pendaftaran Berkelompok merupakan inisiatif yang telah dimulakan sejak tahun 2014 melibatkan institusi pengajian tinggi yang menawarkan program Ukur Bahan yang diiktiraf oleh LJBM. Objektif program ini adalah untuk mempermudahkan pendaftaran oleh pelajar tahun akhir dari segi prosedur pendaftaran, keperluan dokumen permohonan dan keperluan pembaharuan pendaftaran untuk tahun pertama. Program ini membolehkan pelajar tahun akhir berdaftar dan menerima sijil pendaftaran masing-masing seawal tarikh graduasi mereka.
Aktiviti berkaitan pelaksanaan program
Jumlah Universiti Di Bawah Program Pendaftaran Berkelompok
Jumlah Pendaftaran PVQS melalui Program Pendaftaran Berkelompok
10
1387
2014
- 20
19
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 23
ii. “Roadshow” Program Pendaftaran Berkelompok bagi tahun 2019
TARIKH LOKASI
29.04.2019 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
03.05.2019 Universiti Teknologi MARA Sarawak, Kota Samarahan
08.05.2019 Universiti Malaya Kuala Lumpur
12.06.2019 Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
26.06.2019 Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar
17.07.2019 INTI International University, Nilai
08.08.2019 Tunku Abdul Rahman University College, Setapak
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 24
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai keperluan berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, termasuk implikasi terhadap mereka yang tidak berdaftar tetapi masih menjalankan kerja-kerja sebagai Juruukur Bahan.
Golongan sasaran bagi program berkaitan pendaftaran ini adalah :
Pelaksanaan Program Berkaitan Pendaftaran LJBM sepanjang tahun 2019
TARIKH PROGRAM LOKASI BIL. PESERTA
08.01.2019
Program “Membership Drive”
Tunku Abdul Rahman University College, SetapakWakil LJBM : Sr Mohamad Shazali Sulaiman 66
23.01.2019Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur,
Jalan SemarakWakil LJBM : Sr Mohamad Shazali bin Sulaiman
55
11.09.2019 Heriot-Watt University Malaysia, CyberjayaWakil LJBM : Sr Mohamad Shazali Sulaiman 34
05.12.2019
Program “Route to Professional QS and Membership Drive
Talk”–untuk kakitangan Perbadanan Putrajaya, Putrajaya Holdings dan KLCC Projeks Sdn Bhd
Kompleks Perbadanan Putrajaya, PutrajayaWakil LJBM :
Sr Nik Zainal Alam HasanSr Fadilah Mohamad Camaludin
48
Pelajar-pelajar Universiti yang menawarkan program Ukur Bahan
Jabatan Kerajaan yang berminat
Firma-firma berkaitan pembinaan (program secara usahasama berdasarkan permintaan daripada firma sendiri)
Program Berkaitan Pendaftaran LJBM
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 25
Seminar “Essentials For Directors : Corporate Directors Training Programme”
Juruukur BahanConsultant
7
24
15
22
Juruukur Bahan Professional
Jumlah Peserta
2018 2019
Majlis Penyampaian Sijil Professional LJBM
56 52
2017-2018 2018-2019
Tarikh Program Lokasi
24.06.2019 Majlis Penyampaian Sijil Professional LJBMPremiera Hotel Kuala Lumpur
Merupakan program tahunan yang dimulakan sejak tahun 2017. Program pada kali ini adalah penganjuran kali ketiga. Sijil Professional LJBM disampaikan kepada mereka yang memperolehi pendaftaran professional mereka pada tahun 2018 – 2019. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Malaysia sebagai tetamu kehormat.
Tarikh Program Lokasi
05.12.2019
Seminar “Essentials for Directors: Corporate Directors Training Programme”
Anjuran bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Menara SSM @ Sentral, Kuala Lumpur
Program ini telah diadakan pada 5 Disember 2019 di Menara SSM @ Sentral, Kuala Lumpur. Ini merupakan program tahunan anjuran LJBM dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Peserta adalah terdiri daripada prinsipal/rakankongsi/ pengarah bagi firma-firma Perunding Ukur Bahan yang baru berdaftar dengan LJBM pada tahun 2018/2019.
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 26
Kumpulan Intermediate : Perkongsian mengenai prosedur Assessment of Professional Competence (APC) dan pendedahan mengenai asas penyediaan Laporan Analisa Kritikal.
Kumpulan Advance : Khusus untuk mereka yang telah menyediakan Laporan Analisa Kritikal yang lengkap. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan, di mana terdapat fasilitator yang akan meneliti laporan Analisa Kritikal mereka dan memberikan bimbingan secara individu.
Berikut adalah statisitik penghantaran laporan Analisa selepas bengkel diadakan :
Kumpulan Intermediate 41
33
16
26Kumpulan Advance
Penghantaran Laporan Analisa Kritikal :
Penghantaran Laporan Analisa Kritikal :
Kehadiran :
Kehadiran :
Program Penaiktarafan Sebagai Juruukur Bahan Professional
Program diadakan bertujuan untuk membimbing Juruukur Bahan Provisional dalam prosedur penaiktarafan pendaftaran mereka sebagai Juruukur Bahan Professional.
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan seperti berikut :
Tarikh Program Lokasi
27.07.2019 Bengkel Penyediaan Laporan Analisa Kritikal Bangunan RISM, Petaling Jaya
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 27
Program “Open Day” LJBM
Program diadakan untuk membantu ahli berdaftar melengkapkan keperluan pembaharuan pendaftaran mereka bagi tahun 2020.
Turut disediakan adalah khidmat nasihat laluan pendaftaran dan prosedur permohonan pendaftaran bagi mereka yang berkelayakan untuk berdaftar dengan LJBM.
151
147
2018
2019
Peserta
Tarikh Program Lokasi
23.12.2019“Open Day”
Pembaharuan Pendaftaran 2020
Makmal Komputer, Tingkat 14, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 28
PQRS 5.0 telah diadakan pada 1 Oktober 2019 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya Kuala Lumpur dengan bertemakan “#PQSmatters”. Program ini adalah anjuran bersama LJBM, Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia dan Universiti Malaya (UM); dan disokong oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan institusi pengajian tempatan lain yang menawarkan program ukur bahan. Program ini berjaya menarik seramai 795 orang peserta dan disempurnakan dengan perasmian oleh Yang DiPertua LJBM, Prof (Adjung) Dato’ Sr Aziz bin Abdullah, CQS.
Matlamat utama program ini adalah sebagai ruang khusus untuk graduan ukur bahan berkumpul dan berkongsi pandangan mengenai profession ukur bahan dari pelbagai sudut berbeza, dan dalam masa yang sama membantu menggalakkan mereka menaik taraf pendaftaran sebagai Juruukur Bahan Professional.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti berikut:
Seminar dan Forum
Pendaftaran Baharu Ahli Ukur Bahan LJBM
Program derma darah
Ruang Pameran oleh Universiti-universiti yang menawarkan program ukur bahan yang diiktiraf LJBM
Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran RISM
Pembaharuan Pendaftaran Ahli Ukur Bahan LJBM
Jumlah Penyertaan : 795
PVQS
Bukan AhliBerdaftar
Pelajar UM
(FOC)
QST
632
92
66
5
PQRS 4.0(Tahun 2018)
PQRS 5.0(Tahun 2019)
Perbandingan Bilangan Peserta PQRS
795
538
Tarikh Program Lokasi
01.10.2019 Programme for QS Registration Scheme 5.0 (2019)Dewan Tunku Canselor,
Universiti Malaya Kuala Lumpur
“Program for QS Registration Scheme 2019” (PQRS 5.0) #PQSmatters
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 29
Objektif :
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan lanjut dan tips menjawab peperiksaan dengan baik.
Bilik Kuarza, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.
Bilik Delima 3, Tingkat 1, Menara Kerja Raya (Blok G), Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.
Bilik Delima 2, Tingkat 1, Menara Kerja Raya (Blok G), Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.
17 Calon
24 Calon
7 Calon
Sesi Julai 201901.07.2019
11.11.2019 (Bil.2)
Sesi November 201904.11. 2019 (Bil. 1)
Nota peperiksaan akan disediakan kepada calon yang hadir taklimat.
AKTIVITI TAHUNANMajlis Peperiksaan Ukur Bahan (QSEC)
Bagi Tahun 2019
Taklimat Penyediaan Peperiksaan TIER-II
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 30
Bilik Latihan Mawar 3, Tingkat 12, Blok B Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.
Bilik Latihan Hibiscus, Tingkat 18 Menara PJD, 50, Jalan Tun Razak, Sentul Selatan, 50400 Kuala Lumpur.
Sesi Julai 201929.07.2019
Sesi November 201925.11.2019
Hasil Dapatan
Keputusan PeperiksaanSesi Julai 2019
Keputusan PeperiksaanSesi November 2019
Peserta
Peserta
Calon peperiksaan : 27 orang
Calon peperiksaan : 36 orang
Lulus7 orang
Lulus27 orang
Gagal20 orang
Gagal9 orang
2726%
3675%
Peperiksaan TIER-II
Objektif :
Skim penilaian bagi Jurukur Bahan Professional yang ingin menaiktaraf pendaftaran ke Juruukur Bahan Konsultant
Nota peperiksaan akan disediakan kepada calon yang hadir taklimat.
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 31
Lawatan akreditasi dilakukan bertujuan membuat penilaian kualitatif bagi mengesahkan perkara yang dijelaskan dalam dokumentasi dan isu-isu yang dibangkitkan daripada penilaian dokumen berdasarkan Laporan Awal yang dinilai oleh panel penilai.
BIL. NAMA PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI / NAMA PROGRAMKATEGORI
AKREDITASITARIKH
LAWATAN PANEL PENILAI
1 Infrastructure University Kuala Lumpur Bachelor of Quantity Surveying (Hons)AkreditasiSemula
16.07.2019–
17.07.2019
Pengerusi:Sr Roziyah Ismail, CQSPanel:Sr Khairani Ahmad, CQSSr Dr. Norazian Mohd Yusuwan, PQSSr Nor Azlinda Mohamed Sabli, PQS
2Nottingham Trent University, United KingdomBSc. (Hons) Quantity Surveying & Construction Commercial Management
AkreditasiSemula
30.07.2019–
31.07.2019
Pengerusi:Sr Kwan Hock Hai, CQSPanel:Sr Khairani Ahmad, CQS
3Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah AlamBachelor of Quantity Surveying (Hons)
AkreditasiSemula
12.09.2019–
13.09.2019
Pengerusi:Sr Dr. Wan Maimun Wan Abdullah, CQSPanel:PM Sr Dr. Faizul Azli Mohd Rahim, PQSPM Sr Dr. Kherun Nita Ali, CQSSr Dr. Mohd Suhaimi Mohd Danuri, CQS
4Universiti Sains MalaysiaBachelor of Science (Housing, Bulding & Planning) (Honours) (Quantity Surveying)
AkreditasiSemula
19.09.2019–
20.09.2019
Pengerusi:Sr Wan Ainon Zuraiha Wan Abd Khalid, CQSPanel:Sr Norizan Ahmad, CQSPM Sr Dr. Sarajul Fikri, CQSSr Masnizan Che Mat, PQS
5Curtin University, Perth, AustraliaBachelor of Applied Science (Construction Management), (Face-To-Face Full-Time Programme)
AkreditasiSemula
02.12.2019–
03.12.2019
Pengerusi:Sr Roziyah Ismail, CQSPanel:PM Sr Dr. Fadhlin Abdullah, CQSPM Sr Dr. Kherun Nita Ali, CQS
6 Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaBachelor of Quantity Surveying (Honours)AkreditasiSemula
17.12.2019–
18.12.2019
Pengerusi:Sr Nik Zainal Alam Hasan, CQSPanel:PM Sr Dr. Faridah Ismail, CQSSr Dr. Othman Mohamed, PQSSr Siti Suhana Judi, PQS
Objektif :
AKTIVITI TAHUNANMajlis Akreditasi Ukur Bahan (QSAC)
Bagi Tahun 2019
Penilaian Akreditasi Program Ijazah Ukur Bahan
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 32
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 33
Pecahan kehadiran semasa bengkel adalah seperti berikut:
Memberi pendedahan kepada calon-calon Panel Penilai mengenai proses akreditasi yang dikendalikan oleh LJBM;
Seramai 24 orang calon Panel Penilai telah selesai diberi pendedahan mengenai proses akreditasi yang dikendalikan oleh LJBM;
Peserta yang hadir turut melaksanakan latih tubi bagi penyediaan laporan akreditasi program Ijazah dan Diploma Ukur Bahan.
Latih tubi bagi penyediaan laporan akreditasi program Ijazah dan Diploma Ukur Bahan.
Peserta
24 orang dari ahli akademik dan
industri.Calon Panel Penilai Akademik
Calon Panel Penilai Industri
15
9
Hasil Dapatan
Objektif :
Objektif bengkel ini diadakan adalah seperti berikut:
Bengkel Panel Penilai Akreditasi Bagi Program Ijazah & Diploma Ukur Bahan
Tarikh Program Lokasi
15.10.20191. Encik Mohd Ishak bin Mohd Hussaini2. Madya Sr Dr. Fadhlin Abdullah, CQS3. Sr Khairani Ahmad, CQS
Tingkat 12, Blok B Bangunan Kementerian Kerja Raya (KKR),
Kuala Lumpur
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 34
Pengenalan
Mesyuarat Majlis Akreditasi Ukur Bahan (QSAC) telah bersetuju untuk mengadakan Dialog Tahunan Bersama Pemberi Pendidikan Tempatan (PPT) 2019 seiring dengan penganjuran PAQS 2019 di Kuching, Sarawak.
Dialog ini merupakan platform perbincangan berkenaan isu semasa program ukur bahan yang dihadiri oleh wakil daripada universiti tempatan yang mengendalikan program ukur bahan.
Tarikh Program Lokasi
25.08.2019 (Ahad)
2.00 petang –
4.30 petang
Pusat Islam Tun Abang Salahudin (PITAS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Jalan Datuk Mohammad Musa,94300 Kota Samarahan, Sarawak.
Objektif :
Objektif bengkel ini diadakan adalah seperti berikut:
Memaklumkan kepada pihak PPT mengenai perkembangan terkini akreditasi yang dikendalikan oleh LJBM;
Memaklumkan kepada PPT mengenai status program-program Ukur Bahan yang diiktiraf oleh LJBM dan RISM;
Peserta adalah terdiri daripada wakil universiti tempatan yang mengendalikan program ijazah dan diploma ukur bahan.
Mendapatkan maklumbalas daripada PPT mengenai pengendalian program ukur bahan yang dikendalikan oleh mereka
Dialog Tahunan Bersama Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) 2019
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 35
i. Seramai 72 peserta terdiri daripada wakil universiti dan ahli QSAC yang telah menghadiri dialog ini dengan pecahan berikut:
ii. Peserta diberi pendedahan maklumat terhadap Manual Akreditasi LJBM Edisi Ketiga yang dilancarkan semasa dialog tersebut.
iii. Peserta diberi pendedahan proses pendaftaran sebagai Profesional QS melalui Academic Route dengan mengemukakan Laporan CA.
iv. Peserta boleh membincangkan isu semasa bersama panel daripada wakil QSAC, MQA, dan RISM dalam sesi dialog.
Hasil Dapatan
Kehadiran Peserta
Ahli QSAC
Wakil PPT58
72
14
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 36
1 231
“Your 50 Construction Contract FAQ”
Sr Jaspal Singh a/l Nachatar Singh, CQS
Premiera Hotel, Kuala Lumpur
16 Januari 2019
4 126
“Best Practice For S.O and P.D in Contract Administration”
Sr Norshimah binti Hj. Meon, CQS
The Klagan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
22 – 23 April 2019
2 78
Bengkel Penilaian dan Penilaian Tuntutan Kontrak “(Workshop & Issues in Contractual Claims)”
Sr Norliza binti Din, PQS
Premiera Hotel, Kuala Lumpur
6 – 7 Mac 2019
5 262
“Know Your Term of Contract – Payment, Extension of Time, Variation and Termination”
Pn Chandra Devi a/p Letchunmanan
Premiera Hotel, Kuala Lumpur
17 – 18 Julai 2019
3 107
“Practical and Legal Issues Pertaining to Payment in Construction Payment (PWD 203 & 203A)” Sr Jaspal Singh a/l Nachatar Singh, CQS
Riverside Hotel, Kuching, Sarawak
19 – 20 Mac 2019
AKTIVITI TAHUNANJawatankuasa Continuous Professional Development (CPD)
Bagi Tahun 2019
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 37
7 83
Isu-Isu Praktikal & Perundangan Berkenaan Bayaran Dalam Kontrak Binaan (CIPAA) Sr Jaspal Singh a/l Nachatar Singh, CQS
Grand Continental Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu
24 – 25 September 2019
9 212
“Management of Value and Procurement of Construction Projects”
Sr Rohanis binti Ab. Ghani, PQS
Premiera Hotel, Kuala Lumpur
6 November 2019
8 263
“Arbitration Issues in Malaysia Construction Industry”
Mr. Nadesh Ganabaskaran
Premiera Hotel, Kuala Lumpur
14 Oktober 2019
10 291
“Understanding Construction Contracts - Time, Money and Quality Aspect in Construction”
Ir Oon Chee Kheng
Premiera Hotel, Kuala Lumpur
10 - 11 Disember 2019
6 198“Legal Issues in Adjudication”
Sr Hj. Amran bin Mohd Majid, CQS
Premiera Hotel, Kuala Lumpur
6 – 7 Ogos 2019
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 38
“Human Wisdom Amidst Emerging Technologies” merupakan tema bagi persidangan PAQS 2019 yang diadakan di Kuching, Sarawak. Persidangan ini telah menarik penyertaan seramai 550 wakil yang terdiri daripada 14 buah negara. Pacific Association of Quantity Surveying Conference atau Kongres PAQS 2019 bersidang selama 2 hari ini dianjurkan oleh Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM).
Kongres ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berhormat Tuan Baru Bian iaitu Menteri Kerja Raya Malaysia dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Penyertaan daripada empat belas (14) negara di Rantau Pasifik di kongres ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan meneroka peluang perniagaan dengan memperkuatkan komuniti juruukur bahan yang semakin berkembang.
AKTIVITI TAHUNANKongres Peringkat Antarabangsa
Bagi Tahun 2019
“PAQS 2019 Kuching Sarawak”
Tarikh Program Lokasi
26-27 Ogos 2019
“PAQS 2019 Kuching Sarawak” Pullman Hotel, Sarawak
-
LAPORAN TAHUNAN & PENYATA KEWANGAN 2019 39
Kongres ini di akhiri dengan majlis penyerahan bendera PAQS 2019 oleh Presiden LJBM iaitu Prof (Adjung) Sr Dato’ Aziz bin Abdullah kepada Presiden Institut Juruukur dan Penilai Singapura iaitu Khoo Sze Boon sebagai satu peristiwa penting di dalam persediaan untuk Kongres PAQS 2020. PAQS ke-24 bagi tahun 2020 yang akan diadakan pada 4-8 September 2020 bertempat di Marina Bay Sands, Singapura.
-
Tingkat 17, Blok F, Ibu Pejabat JKR,Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur
603-2610 7823603-2610 8147603-2610 8140
603-2692 5680
http://www.bqsm.gov.my