laporan timbalan pengerusi
TRANSCRIPT
ULASAN / KOMEN TIMBALAN PENGERUSI PROJEK
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya kami, siswa
dan siswi Semester IV, Universiti Utara Malaysia telah berjaya melaksanakan Projek
Khidmat Masyarakat IV yang diadakan pada 12 Disember 2010 bertempat di Kampung
Stutong Baru, Kuching dengan lancar dan berkesan.
Projek Khidmat Masyarakat IV yang telah diadakan pada 12 Disember 2010 ini telah
mencapai matlamat yang telah ditetapkan di samping bertujuan untuk mendapatkan
keputusan yang cemerlang dalam subjek VRS 041 dan saya berdoa semoga segala
pengorbanan dan komitmen semua ahli komuniti akan mendapat ganjaran dan pulangan
yang setimpal dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang bagi modul Khidmat
Masyarakat IV ini.
Saya percaya bahawa setiap AJK yang telah dilantik telah menjalankan tugas dan peranan
masing-masing dengan sebaik mungkin bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar
dan paling penting sekali, ia mampu memberi kesan positif kepada setiap individu yang
terlibat terutamanya peserta kursus yang merupakan penduduk Kampung Stutong Baru.
Saya amat berbangga kerana setiap ahli komuniti telah saling bantu membantu antara satu
sama lain dan memberi kerjasama yang padu sepanjang projek ini dirancang dan
dilaksanakan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengacara majlis kerana
telah menyahut cabaran untuk menjadi pasangan pengacara pada hari tersebut. Itulah
dikatakan ’kalau tidak dipecah ruyong, manakan dapat sagunya’.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kepada pihak Penghulu Kampung Stutong
Baru, penduduk kampung yang telah sudi meluangkan masa dan memberikan komitmen
yang sangat baik dan AeroBase Sdn Bhd kerana telah berkerjasama melaksanakan projek
ini. Sekalung tahniah dan sejuta penghargaan diucapkan kepada Encik Yusman Bin Yacob
selaku Penyelaras projek kerana atas nasihat dan bimbingan beliau projek ini telah berjaya
dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada penaja lokasi yang telah sudi memberi keizinan
kepada kami untuk menjalankan projek ini di tempat beliau. Selain itu, ribuan terima kasih
diucapkan kepada para penaja dan penderma yang telah memberi sumbangan berupa
wang tunai, barangan, dan hamper bagi menjayakan projek ini.
Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang berpuas hati dengan
projek ini atau dengan pemilihan AJK yang telah dibuat. Saya juga ingin memohon maaf
sekiranya saya ada mengguris perasaan mana-mana pihak sepanjang saya menjalankan
tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi bagi projek ini.
Sesungguhnya apa yang baik itu, datang dari Allah S.W.T dan apa yang buruk itu adalah
dari kelemahan dan kekhilafan saya sendiri.
Disediakan Oleh,
(ROSILAWATI BINTI JUNAIDI)
Timbalan Pengerusi Projek
Khidmat Masyarakat IV