laporan waj3114 fasa iv 2015
DESCRIPTION
bigTRANSCRIPT
LAPORAN WAJ3114 FASA IV 2015
CERAMAH DAN BENGKEL
PROGRAM BINA INSAN GURU
2015
LAPORAN REFLEKTIF
TAJUK: CERAMAH DAN BENGKEL
A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA
5 Februari 2015, bersamaan hari Khamis seramai 21 orang guru PPG
Ambilan Jun 2011 (BM 2) berkumpul di Sekolah Kebangsaan Temenggong
Abdul Rahman 1 (STAR 1). Ianya bertujuan bagi menjalani satu lagi program
yang telah ditetapkan oleh pihak IPG. Aktiviti yang telah dijalankan adalah
Ceramah dan Bengkel berkaitan dengan Pengurusan Pendidikan.Program ini
turut disertai oleh 15 orang guru STAR 1.
Sebelum ceramah dan bengkel bermula, banner program telah dipasang di
Dewan Sri Temenggong bagi menandakan program PPG akan dijalankan.
Banner program Ceramah dan Bengkel “Pengurusan Pendidikan”
Jam 1.45 petang ,agenda pertama program iaitu pendaftaran dilakukan. Para
peserta program perlu mendaftarkan nama ke dalam borang yang telah
dikhaskan oleh urus setia. Semasa pendaftaran,setiap peserta program telah
diberikan pamplet program dan sebuah beg sebagai cenderamata.
Para peserta sedang mendaftar di hadapan Dewan Sri Temenggong
Jam 2.00 petang, ceramah dan bengkel pengurusan pendidikan bermula.
Ceramah disampaikan oleh Encik Jamaludin Bin Abdul Rahman, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah), Pejabat Pendidikan Daerah Johor
Bahru.
Penceramah jemputan En Jamaludin B A.Rahman
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah(Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Tajuk ceramah yang akan disampaikan oleh beliau ialah Membugar Integriti
Memacu Transformasi Cemerlang Organisasi.
Tajuk ceramah Membugar Integriti Memacu Transformasi Cemerlang
Organisasi
Inti pati utama ceramah
Ceramah yang beliau sampaikan ini mengambil masa selama 2 jam.
Sepanjang ceramah ini para peserta tekun mendengar apa yang
disampaikan.
Penceramah sedang menyampaikan ceramahnya.
Peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan
Ceramah berakhir pada jam 4.00 petang. Sebagai tanda terima kasih
penceramah telah diberikan cenderamata oleh peserta kursus sebagai tanda
kenang-kenangan. Cenderamata telah disampaikan oleh En Izam b
Samsudin, wakil peserta PPG BM Kumpulan 2.
Cenderamata kepada En Jamaludin B a.Rahman
Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Peserta PPG juga telah memberikan cenderamata kepada Guru Besar, Guru
Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,STAR 1
sebagai tanda terima kasih. Cenderamata ini telah disampaikan oleh En
Muhamad b Smail,selaku Ketua Kumpulan BM 2.
Cenderamata kepada En Salim B Haji Bakar
Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman (STAR 1)
Cenderamata kepada Pn Kamariah bt
Guru Penolong Kanan 1
SK Temenggong Abdul Rahman (STAR 1)
Cenderamata kepada En Mazli B Ja’afar
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Temenggong Abdul Rahman (STAR 1)
Sebagai tanda kenang-kenangan, sesi bergambar bersama dengan
penceramah dan pihak pentadbir SK Temenggong Abdul Rahman telah
dijalankan.
Gambar bersama penceramah dan pentadbir
SK Temenggong Abdul Rahman