larian jarak jauh

7
LARIAN JARAK JAUH Acara jarak jauh ialah acara yang merangkumi acara 5000m hingga 10 000m. Contoh acara ialah Marathon, lumba jalan kaki, merentas desa, medley relay, 4x1600m, 5000m dan 3000m lari berhalangan. Namun begitu acara sukan seperti medley relay, 4x800m dan 4x1600m amat jarang dilakukan dimana-mana kejohanan. SEJARAH Sejarah lari jarak jauh tidak tertulis secara tepat dan terperinci sejak manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Namun begitu, terdapat versi yang mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani. Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi perang tersebut, telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa pesanan. Si pembawa pesanan berlari ke Athena yang letaknya sejauh 40.8 km (25.4 batu) dalam sehari untuk mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota, si pembawa pesanan berteriak dan dia akhirnya pengsan dan meninggal

Upload: fara-adhwa

Post on 07-Dec-2015

117 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

balapan

TRANSCRIPT

LARIAN JARAK JAUH

Acara jarak jauh  ialah acara yang merangkumi acara 5000m hingga 10 000m. Contoh acara ialah Marathon, lumba jalan kaki, merentas desa, medley relay, 4x1600m, 5000m dan 3000m lari berhalangan. Namun begitu acara sukan seperti medley relay, 4x800m dan  4x1600m amat jarang dilakukan dimana-mana kejohanan.

SEJARAH

Sejarah lari jarak jauh tidak tertulis secara tepat dan terperinci sejak manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Namun begitu, terdapat versi yang mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani.

Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi perang tersebut, telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa pesanan. Si pembawa pesanan berlari ke Athena yang letaknya sejauh 40.8 km (25.4 batu) dalam sehari untuk mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota, si pembawa pesanan berteriak dan dia akhirnya pengsan dan meninggal dunia. Untuk mengenang kemenangan terhadap perang tersebut dan untuk menghormati si pembawa pesanan maka beberapa tahun selepas itu diadakan perlawanan lumba lari dan sukan ini semakin berkembang menjadi satu sukan olahraga. Disebabkan prestasi atau pencapaian yang memberangsangkan, sukan ini terpecah menjadi berbagai cabang larian.

Dikhabarkan cabang olahraga larian seperti marathon yang pertama kali dipertandingkan dalam olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini telah dimenangi oleh Eucles dan pada perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari Filipina. Setelah mengalami

pelbagai kejadian dan mengambil masa yang panjang, perlumbaan ini berubah menjadi salah satu acara olimpik dan pada tahun yang berikutnya, perlumbaan ini mendapat julukan olimpik moden.

TEKNIK LARIAN

Permulaan

1. Teknik permulaan standing start adalah sesuai digunakan dalam acara jarak jauh dan sederhana. Standing start digunakan untuk meningkatkan tahap konsentrasi dan respon semasa berlepas.

2. Gambar diatas menunjukkan contoh lain bagi standing start iaitu falling start dan 3 or 4 point stances. Gerakan larian sejak permulaan lebih rileks dan tidak dilakukan secara maksimum. Kedudukan mata ialah fokus kehadapan dalam jarak 10-20m.

3. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlaku di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari.

4. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping menyimpan tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian. 

Semasa berlari

a Kedudukan badan

Kedudukan badan untuk acara jarak sederhana dan jarak jauh adalah sangat berbeza dengan cara larian acara pecut.

Gambar diatas menunjukkan beza Ketika berlari dan mendekati garis penamat, kedudukan badan agak condong kehadapan. Ketika membuat dip, badan akan ke hadapan sedikit namun tidak seconding seperti pada larian pecut. Pergerakan lutut juga tidak tinggi, sekadar untuk memastikan keseluruhan tapak kaki tidak mencecah trek.

b Pergerakan tangan

Tangan dihayun menyilang dan tidak melepasi garis tengah badan. Tangan dibengkokkan disiku kurang daripada 90° dan dihayun ke atas setinggi dagu dan kebawah separas pinggul dengan bukaan seluas lebih kurang 120°.

c Pergerakan kaki

Gambar diatas  menunjukkan kedudukan tumit kaki belakang dan hujung tapak kaki ketika tapak kaki mencecah tanah. Ketika kaki mencecah tanah, tumit belakang tapak kaki akan mendarat dahulu, diikuti dengan keseluruhan tapak kaki kemudian hujung tapak kaki hadapan. Setiap langkahan rapat dan berubah mengikut kelajuan.

i. Atlit digalakkan untuk menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuan sehingga ke peringkat akhir larian. Hal ini kerana, Walaupun kederasan larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi dalam acara jarak jauh ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan sepanjang larian. Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri untuk tidak menjejaskan larian sendiri.

ii. Berlari di lorong yang paling dalam. Ini bertujuan untuk mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar.

iii. Mengekalkan kepantasan. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam kumpulan.Tujuannya untuk bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak terakhir larian.

iv. Meningkatkan kepantasan pada akhir larian. Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan dalam mencapai garisan penamat.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG UMUM LARI JARAK JAUH

PERMULAAN

i. Larian hendaklah dimulakan dengan letupan pistol. ii. Kata perintah yang standard bagi larian jarak jauh hendaklah digunakan.

iii. Bagi perlumbaan antarabangsa, amaran lima minit, tiga minit dan satu minit hendalkah diberikan.

iv. Stesen hadapan di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-peserta dari satu-satu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.

STESEN PERSEGARAN

i. Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan penamat perlumbaan.

ii. Bagi semua acara, minuman hendaklah disediakan pada setiap pusingan jika keadaan cuaca memerlukan ia di sediakan.

PENSKORAN

i. Setelah perlumbaan selesai, para hakim hendaklah memutuskan kedudukan-kedudukan muktamat para peserta setiap pasukan yang bertanding, mencampurkannya dan mengisytiharkan pasukan yang memperoleh jumlah yang terendah sebagai pemenang.

ii. Jika terdapat jumlah yang seri, kemenangan akan di berikan kepada pasukan yang peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terakhir pasukan yang seri dengannya.