latar tempat

Upload: nur-ayunie

Post on 15-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nn

TRANSCRIPT

LATAR TEMPAT

LATAR TEMPAT

1.Ruang tamu rumah Datuk Johari.

Pada suatu petang, semasa Hilmi bersendirian di rumah, Hilmi bermain piano Hayati di ruang tamu. Tanpa disedari Hilmi, Mak Minah pulang ke rumah. Mak Minah memekik nama Hilmi dan menepuk belakangnya. Hilmi terperanjat lalu terjatuh dari bangku dan pengsan. Apabila Hayati bermain lagu Blue Danube untuk kaum keluarga Datin Salmah di ruang tamu, dia mendapati behawa pianonya rosak. Akibatnya, Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah dan dikenakan hukuman potongan gaji oleh Datuk Johari untuk membaiki piano yang rosak itu.

Stesen minyak di Jalan Setapak.

Hilmi bekerja di sini setelah meninggalkan rumah Datuk Johari. Pada suatu hari, ketika Hilmi bekerja di bahagian hadapan stesen minyak itu, Mohsin memberhentikan motokarnya untuk mengisi minyak di situ. Malangnya, Mohsin ternampak Hilmi dan memberitahu tauke stesen minyak tersebut bahawa Hilmi seorang yang tidak baik dan memintanya memberhentikan Hilmi daripada bekerja di sana lagi. Jika tidak, Mohsin tidak akan mengisi minyak di sana lagi. Walau bagaimanapun, tauke stesen minyak itu sanggup kehilangan pelanggan seperti Mohsin daripada kehilangan pekerja yang rajin seperti Hilmi.

3.Bilik menunggu di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Semasa Hilmi menjalani pembedahan, Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah, Azizah, Hakim, isteri Encik Bakar dan Pak Long Karim menunggu di sana. Di bilik menunggu tersebut, Pak Long Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi bukan anaknya, tetapi anak Datuk Johari hasil hubungannya dengan isteri pertamanya. Pak Long Karim terpaksa menyimpan rahsia tersebut kerana tidak mahu rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah menjadi porak-peranda. Berita tersebut telah memeranjatkan Datuk Johari dan Datin Salmah. Datuk Johari menyesali kesalahannya yang menyeksa Hilmi dan ibunya begitu lama. Datin Salmah pula menangis kerana menyesal atas layanan buruknya terhadap Hilmi.

LATAR MASA

Sembilan belas tahun pertama.

Antara peristiwa yang telah berlaku dalam tempoh masa ini ialah Datuk Johari berkahwin dengan gadis sekampung di Kedah. Namun begitu, dia menceraikan isterinya itu dan berpindah ke Kuala Lumpur selepas meniduri isterinya pada malam pengantin. Berlaku perselisihan faham antara bapanya dengan bekas mentuanya, tetapi keadaan tersebut dapat diselamatkan apabila Pak Long Karim, iaitu abang sepupu Datuk Johari sanggup mengahwini janda Datuk Johari. Datuk Johari bekerja di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Datin Salmah ketika Datin Salmah berusia tujuh belas tahun.

Setahun dua bulan.

Dalam tempoh masa ini, Hilmi bekerja sebagai pembantu di stesen minyak di Jalan Setapak. Setelah bekerja di situ selama setahun dua bulan, Encik Bakar menawarkannya supaya bermain dalam quartetnya yang mengadakan persembahan di Hotel Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi menggantikan pemain biola yang berpindah ke Pulau Pinang. Dia menerima tawaran itu dan kemudiannya menjadi ahli Persatuan Pemuzik-pemuzik Nasional.

Waktu petang.

Pada masa lapang, Hilmi mengambil upah mencuci motokar apabila tidak bekerja di stesen minyak. Pada masa yang sama, dia belajar muzik daripada Encik Bakar pada waktu petang. Akhirnya, dia dapat membaca not muzik dan bermain pelbagai jenis alat muzik.