latihan 3 gkb sinopsis buku kemahiran belajar

2
KEMAHIRAN BELAJAR: PETUA PELAJAR CEMERLANG SINOPSIS KEMAHIRAN BELAJAR: PETUA PELAJAR CEMERLANG merupakan bahan bacaan yang disajikan untuk mengetengahkan pelbagai petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Buku ini membincangkan tentang langkah-langkah bagi menguasai kemahiran belajar yang sepatutnya serta konsep sebenar melatih pelajar bagi tujuan mencapai kecemerlangan dalam setiap sudut. Secara umumnya, petua-petua ini dibahagikan kepada enam aspek, iaitu: Rangsangan. Petua yang boleh membantu pelajar meningkatkan keupayaan minda mereka dalam pemikiran yang lebih kritis. Penulis juga membincangkan mengenai kaedah penggunaan kedua-dua belah otak dan anggota ketika belajar. Kemahiran. Memuatkan petua bagi meningkatkan kemahiran belajar, langkah mengulangkaji berkesan persekitaran yang sesuai bagi proses pembelajaran serta teknik dan strategi belajar berkesan. Disiplin. Membincangkan tentang disiplin yang perlu diamalkan oleh pelajar serta keperluan memiliki imej diri yang positif. Kerohanian. Mengemukakan petua berkesan dalam meningkatkan kekuatan rohani dalam diri setiap pelajar dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkemahiran. Fizikal. Petua kemahiran dalam penjagaan aspek fizikal untuk proses kearah mencapai kejayaan menerusi kaedah pemakanan yang baik dan seimbang serta amalan riadah dan penjgaan waktu yang konsisten.

Upload: amirul-afiqs-amifiqs

Post on 09-Jul-2016

25 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan 3 GKB Sinopsis Buku Kemahiran Belajar

KEMAHIRAN BELAJAR: PETUA PELAJAR CEMERLANGSINOPSIS

KEMAHIRAN BELAJAR: PETUA PELAJAR CEMERLANG merupakan bahan bacaan yang disajikan untuk mengetengahkan pelbagai petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Buku ini membincangkan tentang langkah-langkah bagi menguasai kemahiran belajar yang sepatutnya serta konsep sebenar melatih pelajar bagi tujuan mencapai kecemerlangan dalam setiap sudut. Secara umumnya, petua-petua ini dibahagikan kepada enam aspek, iaitu:

Rangsangan. Petua yang boleh membantu pelajar meningkatkan keupayaan minda mereka dalam pemikiran yang lebih kritis. Penulis juga membincangkan mengenai kaedah penggunaan kedua-dua belah otak dan anggota ketika belajar.

Kemahiran. Memuatkan petua bagi meningkatkan kemahiran belajar, langkah mengulangkaji berkesan persekitaran yang sesuai bagi proses pembelajaran serta teknik dan strategi belajar berkesan.

Disiplin. Membincangkan tentang disiplin yang perlu diamalkan oleh pelajar serta keperluan memiliki imej diri yang positif.

Kerohanian. Mengemukakan petua berkesan dalam meningkatkan kekuatan rohani dalam diri setiap pelajar dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkemahiran.

Fizikal. Petua kemahiran dalam penjagaan aspek fizikal untuk proses kearah mencapai kejayaan menerusi kaedah pemakanan yang baik dan seimbang serta amalan riadah dan penjgaan waktu yang konsisten.

Hubungan. Membincangkan hal-hal perhubungan yang baik antara satu sama lain serta perhubungan dengan tuhan. Kaedah pemilihan kawan yang sesuai juga dirungkaikan oleh penulis.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar kerana setiap satunya mempunyai pelbagai keterangan yang lebih terperinci bagi memudahkan pelajar mengadaptasikannya. Petua yang dikemukakan mampu meningkatkan kemahiran pelajar serentak dengan peningkatan nilai sahsiah.

Page 2: Latihan 3 GKB Sinopsis Buku Kemahiran Belajar

RUJUKAN:

Kemahiran Belajar: Petua Pelajar Cemerlang

Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

Hj. Muhammad Zakaria

ISBN: 983-42448-1-9

Telaga Biru Sdn. Bhd.