latihan bola sepak

Upload: drgiggs

Post on 04-Nov-2015

411 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ls

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT BOLA SEPAK SK BUKIT BOTA

KERTAS KERJA LATIHAN BOLA SEPAK SK JASINPengenalan

Program latihan selama tiga bulan ini dirancang bagi membentuk satu pasukan bola sepak bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Jasin yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSM Jasin yang akan diadakan pada bulan April 2015.. Untuk memastikan pasukan bola sepak bawah 12 tahun mencapai matlmat yang di tetapkan, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan perancangan program latihan bola sepak. Jurulatih adalah mereka yang memainkan peranan utama bagi melaksanakan program latihan. Jurulatih sebagai perancang utama dan fasilitator yang akan mengendalikan pelbagai aspek fisiologi, sosiologi dan fisiologi yang kompleks. Program latihan yang dirancang mengambilkira beberapa faktor seperti umur, kebolehan dan kualiti atlet yang terbabit. Kebolehan jurulatih untuk merancang program yang sesuai dan berkesan dapat memberi latihan yang secukupnya untuk memastikan atlet mencapai tahap prestasi yang maksimum .

Program latihan yng dirncang perlu mengambilkira faktor pemulihan atau rehat antara masa latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan. Kemantapan fizikal mempunyai signifikan berkaitan dengan pembentukan pelbagai tahap dan kesesuaian fizikal. Bagi menghasilkan mutu perminan yng seimbang dalam setiap pertandingan,keadaan fizikal pemain-pemain mestilah seimbang..Pemain-pemain mestilah mempunyai tahap kesihtan fizikal yang mantap dan seimbang.Selain itu,semua pemain mestilah mempunyai kemahiran dan tahap psikologi yang mantap dan kesihatan yang baik.Latihan yang dirancang bukan sahaja untuk menyediakan pemain-pemain yang meransangkan tetapi juga membantu mengelakkan pemain daripada kecederaan,ketidakseimbangan otot, ketahanan kardiovaskular dan dayatahan otot yang rendah, masalah kelenturan serta kecederaan sukan yang disebabkan oleh latihan fizikal yang tidak mencukupi.Latihan biasanya didefinisikan sebagai suatu proses pengulangan yang sistematik, progresif serta melibatkan proses pembelajaran dan pengadaptasian dengan situasi dan persekitaran. Atlet yang menceburi sukan dengan serius tidak sahaja menumpukan perhatian pada latihan fasa pertandingan sahaja bahkan meliputi latihan pada fasa persediaan, fasa pra-pertandingan, dan fasa transisi.

Prinsip latihan fizikal yang mustahak adalah meliputi aktiviti memanaskan, progresif, ketepatan, intensiti, tahap kapasiti, kekuatan, dan motivasi. Teras latihan fizikal dari segi keberkesanan pencegahan kecederaan memerlukan komponen kelenturan, kekuatan, kuasa dan dayatahan yang dipertingkatan. Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan hanya akan dapat dicapai sekiranya program latihan yang dirancang diikuti dengan jayanya. 2.0 Rasional

Pemain-pemain perlu persediaan yang cukup sebelum menyertai sebarang pertandingan.Persediaan merangkumi aspek fizikal,mental dan emosi. Oleh itu,satu program perlu dirancang untuk tujuan tersebut.

3.0 Matlamat

Program latihan ini adalah untuk memberi persediaan yang cukup kepada pemain-pemain dari segi mental,fizikal dan emosi sebelum menyertai pertandingan sebenar.

4.0. Objektif Program

Program latihan ini di adakan untuk mepertingkatkan kecergasan dari pelbagai aspek seperti dayatahan kardiovaskular, dayatahan otot, kepantasan, kekuatan seterusnya menyediakan pemain dari segi persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal dan persediaan psikologi untuk menghadapi pertandingan mahupun kejohanan sebenar. Antara objektif program ialah seperti berikut : 4.1 Menyediakan pasukan bolasepak bawah 12 tahun ke Kejohanan Bola sepak MSSM Jasin.4.2 Semua pemain dapat menguasai kemahiran dan meningkatkan kemahiran bola sepak melalui program yang lebih spesifik dan sistematik.4.3 Mempertingkatkan potensi dan memperkembangkan keupayaan biomotor pemain ke tahap yang optima.4.4 Pemain dapat mengimplikasikan perancangan dan strategi semasa kejohanan.4.5 Persediaan pemain daripada segi psikologi ,penetapan matlamat dan motivasi.Kesimpulannya objektif program tersebut antaranya menyediakan pemain dari aspek persediaan mental untuk menghadapi suasana pertandingan sebenar. Ianya adalah satu prosedur yang saintifik dan sistematik seterusnya akan dapat membantu pemain untuk persediaan fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi pertandingan sebenar. 5.0 Anjuran

Kelab Bola Sepak SK Jasin

5.0 Jawatankuasa Pelaksanaan Program Pengerusi

Tn.Haji Abbas bin Hj Aman (Guru Besar) Naib Pengerusi

Pn. Noriha Binti Abd Manaf (GPK KoKurikulum)

SetiausahaEncik Mohd Zainudin bin Md Isa (Setiausaha Sukan)Bendahari

Encik Noorthin B. TambyKetua Jurulatih

Encik Mohd Zainudin Bin Md IsaPenolong Jurulatih

Encik Suasrizan b. SaringEncik Fakhrul Hasan b. Abd RahmanEn. Suhaimi b. Salamon6.0 Kemudahan Tempat Latihan

7.1Padang SK Jasin7.0 Sasaran

Murid-murid tahun 2 - 6 SK JasinSENARAI NAMA PELATIH BOLASEPAK

SKJ

BILNAMATAHUN

1AHMAD FARIS (JEMPOL)6

2MEGI6

3POJIE6

4NURAMIN6

5HASBULLAH6

6AZIQ OTHMAN6

7DANIEL6

8FAIZ EMRAN5

9HAKIM NURUL AZAM5

10ZUL IQMAL5

11AIDIL AMMAR5

12LUQMAN HAQIMY4

13AIMAN6

SKJ II

BILNAMATAHUN

1RIFQI5

2AKID5

3SULAIMAN5

4ARSHAD5

6AIDIL DARWISH4

7HAIQAL (MAMMEE)4

8DARWISY BRAZIL4

9YUSRI4

10HAIKAL2

JADUAL LATIHAN BOLA SEPAK

Minggu Pertama dan KetigaHARI8.00-10.00am10.00-10.30am10.30-12.30pm5.15-6.45pm

IsninLatihan kemahiran

Selasa

Latihan kemahiran

Sabtu

Latihan Kecergasan FizikalREHATLatihan Kemahiran

Tendangan/hantaran

Minggu Kedua dan KeempatHARI8.00-10.00am10.00-10.30am10.30-12.30pm5.15-6.45pm

IsninLatihan kemahiran

Selasa

Undang-undang permainan

Sabtu

Latihan Kecergasan FizikalREHATLatihan Kemahiran dan Undang-undang permainan

Kesimpulan

Jurulatih atau pengamal sukan seharusnya dan berkewajipan untuk meningkatkan ilmu dari aspek merancang dan menyediakan program latihan. Pengetahuan yang mendalam dalam aspek pengurusan program latihan ini akan dapat menentukan hala tuju pemain bola sepak dan seterusnya dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang di kehendaki. Perancangan yang teliti adalah menjadi satu keperluan.

Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan dapat menilai sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Di samping itu jurulatih mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran bola sepak yang masih belum dikuasai oleh pemain. Dengan adanya program latihan ini, jurulatih, pengamal sukan dan guru-guru akan dapat menilai keberkesanan sesuatu gerakerja mahupun aktiviti yang dilaksanakan.

Program latihan ini sesungguhnya memberikan motivasi kepada pemain untuk meningkatkan prestasi berpandukan keupayaan dan kelemahan mereka dalam aspek-aspek pergerakan dan kemahiran yang tertentu. Di samping itu atlit akan dapat lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan yang sebenar. Perancangan dari semua aspek termasuk kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa di samping menerapkan faktor psikologi mental kepada pemain-pemain agar pemain lebih bersedia menghadapi kejohanan atau pertandingan sebenar.