latihan kata kerja (budak)
DESCRIPTION
tuisyenTRANSCRIPT
LATIHAN KATA KERJA LATIHAN1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1) Puan Hidayah____________ kari ayam dan rendang daging untuk hidangan makanmalam.A menggorengC menjerangB memasakD memotong
2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.45 malam.A berlepasC bertolakB berangkatD berjalan
3) Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan Maharaja Lawak.A menangisC ketawaB menjeritD melompat
4) EncikRamu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali.A membakarC mencontengB membersihkanD menghiasi
5) Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.A berpindahC berlariB bermainD berdiri
6) Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.A memintaC mengangkutB menjemputD menghantar
7) Kami sekeluarga ______di tepi pantaisambil melihat kanak-kanak bermain layang-layang.A berpindahC berehatB beraduD berlatih
8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para penumpang.A membawaC mengangkutB memanduD menunggang
9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing berlari ke arah mereka.A dudukC tidurB turunD lari
10) Ular sawa yang _____ayam-ayam Mak Limah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.A membunuhC mengulungB mematukD memakanLATIHAN2
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1) Amira ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.A merintihB mengeluhC mengenangD mengerang
2) Badan Nabil__________kerana ketakutan.A menggeliat B menggeletarC menggelupurD menggelepar
3) Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.A dihalang B dibuangC dihalauD ditindas4) Mak Cik Gayahsedang ___________bawang di dapur.A menumbukB mengetukC memukulD memalu
5) Kakak ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.A memicit B melenyekC memerahD menindih
6) Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.A merenggut B menyambarC merampasD mengambil
7) Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Kampar akan ______ pameran lukisan.A melaksanakan B menjalankanC mengadakanD melahirkan
8) Kampung Kelam dan Kampung Batang Pinang _________oleh sebatang sungai.A terbelah B terpisahC terpecahD terbahagi
9) Ular sawa itu __________ seekor kambing.A menelanB menegukC mengunyahD menghisap
10) Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.A merancangB menimbangC melaksana D melihat
LATIHAN 3
1) Mak Esah __________ ayam yang telah dipotong itu dengan garam dan kunyit sebelum menggorengnya.A) menaburB) melumurC) memalitD) mencalit
2) Saya ___________ kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak, kata Tuan Ismail.A) mengharapkan B) menginginkanC) meletakkanD) melepaskan
3)Keluarga Pak Mail telah ___________ di kampung ini sejak dua puluh tahun yang lalu.A) bermastautin B) berziarahC) bertukarD) bernaung
4) Malaysia banyak ______________ barangan elektrik untuk dieksport ke luar Negara.A) memperolehB) mendapatkanC) menyediakanD) menghasilkan
5) Pekerja itu sedang tekun __________ kain dengan corak batik di bengkel tersebut.A) menekan B) menekapC) mengecopD) mengecap
6) Nenek _____________ sayur kacang panjang untuk hidangan tengah hari nanti.A) menjerang B) mengukusC) mencelurD) merebus
7) Selain puisi, satu bidang lagi yang ___________ nama Dato Dr Usman Awang ialah drama.A) mewangikanB) mengharumkanC) mengindahkanD) menelokkan
8) Majlis perasmian pembukaan pasar raya baru itu ___________ dengan upacara memotong reben.A) di habisi B) disudahiC) didahuluiD) dilapisi9) Kerja-kerja meracun perlu dilakukan untuk _____________ tanaman daripada serangan penyakit dan serangga.A) memusnahkanB) membiarkanC) menghindarkanD) menghilangkan
10) Mengapakah kamu selalu ____________ dengan adik kamu? tanya Pak Ali kepada Hassan.A) berkasar B) bermasamC) beradabD) bertampar
LATIHAN 4
1. Budak yang nakal itu _______burung yang bertenggek di atas dahan pokok.A.melastik B. membaling C. menembak
2. Emak sedang ________bawang di dapur.A.menghiris B. membelah C. mencencang D. menggoreng
3. Walaupun Pak Busu buta, dia pandai __________raga.A.menenun B. menjahit C. menyulam D. menganyam
4.Samad dan adiknya _______semak di tepi rumah.A.menebas B. menebang C. mencabut
5.Pemuda itu telah ________beg tangan Kak Tijah.A.mencabut B. meragut C. mengangkat
6.Para penonton ______sambil menyaksikan acara lumba lari dalam temasya sukan itu.A.meraung B. melaung C. bersorak D. berseru
7.Pembeli memang suka _____kerana inginkan harga yang murah.A.ejek-mengejek B. minta-meminta C. tawar-menawar
8.Ibu _______air untuk membancuh kopi.A.menanak B. mencelur C. mengukus D. menjerang
9. Nelayan itu _____jalanya untuk menangkap ikan.A.menebarkan B. membukakan C. membalingkan D. membentangkan
10.Sultan telah __________pingat kepada Encik Lee yang banyak berjasa kepada masyarakat.A.menyerahkan B. menyampaikan C. menghadiahkan D. menganugerahkan
11.Pak Mat hendak ________pokok mangga di hadapan rumahnya.A.menebas B. memotong C. mencantas
12.Guru Besar ___________piala kepada para pemenang.A.memberikan B. menganugerahkan C. menyampaikan
13.Pak Hamid _________seekor kambing kerana hendak mengadakan kenduri pada malam itu.A.mencencang B. memotongC. menghiris D. menyembelih
14.Abang saya baru selesai___________peperiksaan UPSR.A.mengambil B. menduduki C. menerima
15.Anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang itu _________kesejukan.A.menggigil B. menghidap C. menggigit