latihan kemahiran asas bola tampar 5
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
1/24
LATIHAN MELAKUKAN SERVIS
Servis bola lantun
Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada.Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara
servis bawah apabila bola melantun melepasi ketinggian
pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkat-
peringkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan.
Kemudian cuba membuat servis bola lantun sehingga terkena
jaring. khir sekali pukul bola melepasi jaring.
Servis atas bahu tanpa bola
!uba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang
kali. "uruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika melakukan
aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan# bengkokkanbadan dan hayunkan tangan.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
2/24
Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai
ketinggian dua meter# dua meter setengah dan tiga meter.
$erdiri sejauh lima meter dari dinding. Lakukan servis secara
pukulan atas bahu ke dinding. rahkan sasaran secara
berperingkat-peringkat. %langi pukulan sebanyak lima kali
pada setiap sasaran.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
3/24
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
4/24
LATIHAN PUKULAN SANGGA
Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus sangga. %lang beberapa kali sehingga
yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. "eterusnyalambung bola tinggi dan cuba sangga semasa bola turun. %ji
sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke tanah.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
5/24
Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang.Pastikan selepas sahaja memukul bola# tetapkan kedudukan
badan untuk melakukan sanggaan yang baik.
Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. $ola disangga ke
dinding. %ntuk memudahkan aktiviti ini# biar bola melantun
terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. "eterusnyalakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa jatuhkan bola
ke tanah.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
6/24
LATIHAN MENGUMPAN BOLA
Mengumpan bola bersendirian
Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian
separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka ketikamenangkap bola. Lambung bola kemudian lakukan pukulan
mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak
memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. %lang aktiviti inibeberapa kali.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
7/24
Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
8/24
Mengumpan bola berpasangan
Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. !uba
lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar tidak
jatuh ke tanah. nda boleh menyangga jika tidak sempatmembuat umpanan.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
9/24
Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding."elang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
10/24
%ji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotansebaris. "uruh rakan berdiri pada gelung rotan yang pertama.
nda berdiri sejauh & atau ' meter dari barisan gelung rotan.
$uat umpanan ke arah rakan anda. (akan anda hanya
menangkap bola pada paras atas kepala. "elepas hantaran
dilakukan# rakan anda berpindah ke gelung rotan kedua.
Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga ke gelung
kelima.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
11/24
LATIHAN MEREJAM BOLA
Merejam bola bersendirian
)ayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan
bola. Tumpukan latihan ini kepada lonjakan kaki# bengkokkanbadan dan hayunkan tangan. nda juga boleh
menggantungkan bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan
lonjakan dan pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.
Merejam bola berpasangan
"eorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola
dengan tangan terhulur. pabila rakan memberi arahan
*lompat* ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak
dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di
tangan rakan. %lang aktiviti ini beberapa kali. "eterusnya#
minta rakan membuat umpanan secara melambung bola atau
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
12/24
pukulan umpanan. nda pula bertindak sebagai perejam bola
pada setiap bola yang di umpan. "ebaik-baiknya lakukan
aktiviti ini dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian
jaring boleh direndahkan untuk membina keyakinan untukmerejam bola.
LATIHAN MENGHADANG BOLA
Menghadang sendirian
Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola keranjang
dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit jaring ke
hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.
Menghadang berpasangan
$erdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-
tengah. Lakukan lonjakkan menegak serentak dengan rakan.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
13/24
!uba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan.
Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.
+alam aktiviti yang berikut# seorang rakan merejam bola dan
anda cuba menghadang bola yang direjam itu.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
14/24
PUKULAN SERVIS
"ervis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata
atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat
pelbagai cara pukulan servis. "ebagai permulaan untuk
bermain bola tampar# servis bawah bahu dan servis atas bahu
biasa digunakan.
Servis bawah bahu
Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan
mudah dipelajari. )aya servis ini juga mengelakkan daripada
,aul servis.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
15/24
Servis atas bahu
"ervis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan
tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis
atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
16/24
PUKULAN MEN!ANGGA
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah
paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang
menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servisatau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya
dapat memainkan bola dengan tangan. $ahagian tangan yang
sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku.Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan
menyangga dengan baik.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
17/24
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
18/24
PUKULAN MENGUMPAN
$iasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola
yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang
rakan sepasukan membuat rejaman. %mpanan dibuat apabila
kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat
diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. ni memberi
peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkankelajuan bola.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
19/24
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
20/24
PUKULAN REJAM
(ejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam
gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan
servis di dalam gelanggag lawan. !ara ini dianggap satu cara
menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan
lonjakan melebihi paras jaring. "emasa di udara pula# badan
perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
21/24
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
22/24
MENGHADANG
"eperti kemahiran merejam# kemahiran menghadang juga
agak sukar dikuasai. "ungguhpun begitu# kemahiran ini juga
penting untuk menghadang rejaman. alangan dilakukan oleh
dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan.
Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola
yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
23/24
RELI
$ola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar
dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini
dinamai reli. (eli berlaku jika kedua-dua pasukan sama
handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku
banyak permainan reli.
-
7/25/2019 Latihan Kemahiran Asas Bola Tampar 5
24/24