latihan t6

4
Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon- belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh - sungguh pada setiap hari. Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan. Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh- rendah dan meriah. Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa. Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid- murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih. Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung.Kami berkunjung ke sana dengan menaiki kereta bapa yang baharu. Setibanya di destinasi,datuk menyambut kami dengan tangan

Upload: izzi-izhan

Post on 11-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

latihan bahasa melayu

TRANSCRIPT

Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikantepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasanadi padang riuh-rendah dan meriah.Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.

Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung.Kami berkunjung ke sana dengan menaiki kereta bapa yang baharu. Setibanya di destinasi,datuk menyambut kami dengan tangan terbuka.Kemudian,beliau membawa kami melawat dusunnya.Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk.Antaranya termasuklah pokok durian,pokok manggis,pokok rambutan dan sebagainya.Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Bau buah durian sungguh harum dan enak.Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar.Abang dan kakak pulamengait buah rambutan dengan galah yang panjang.Rasa buah rambutan manis dan lazat. Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut.Datuk mengopek buah durian untuk kami.Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian.Selain itu,kami juga menjamah buah manggis dan langsat. Sebelum pulang,datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan.Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk.Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah. Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya.Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.

Pada cuti penggal yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Kampung datuk terletak di Pekan, Pahang. Kami menaiki kereta bapa ke sana. Kira-kira 45 minit kemudian, kami pun sampai di pekarangan rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Hati saya girang sekali kerana dapat berjumpa dengan datuk dan nenek. Kami berlangkah kanan kerana pada waktu itu ialah musim buah-buahan. Datuk membawa kami ke dusunnya. Di dusun datuk terdapat banyak pokok buah-buahan, iaitu durian, manggis, duku, rambutan dan mangga. Pokok-pokok berbuah lebat dan buah-buahan telah masak ranum. Saya dan adik menolong datuk mengutip buah durian yang gugur di kawasan semak. Bapa pula mengait rambutan dengan galah yang panjang. Kami meletakkan buah-buahan itu di dalam raga. Setelah penat, kami berehat di bawah pokok yang rendang. Datuk dan bapa mengopek buah durian untuk kami makan. Air liur kami meleleh apabila menghidu bau durian yang harum. Kami menjamah durian dengan sepuas-puasnya. Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Datuk memberikan beberapa biji durian dan seikat rambutan kepada kami sebagai buah tangan. Saya berasa seronok kerana dapat menjejak kaki ke dusun datuk. Saya akan menziarahi datuk dan nenek lagi pada cuti sekolah yang akan datang.