lawatan fatd
DESCRIPTION
lololTRANSCRIPT
MRSM GERIK
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KUALA LUMPUR
TARIKH : 29 SEPT 2012 HINGGA 30 SEPT 2012
HOMEROOM AL-RAZI DAN
HOMEROOM AL-SHAFIE
1
PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Satirah Bt. Mat Sharif
selaku guru penasihat Homeroom Al-Razi dan Puan Siti Hajar Bt. Ibrahim
selaku Homeroom Al-Shafie Maktab Rendah Sains Mara, Gerik.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Satirah dan Puan
Siti Hajar kerana telah menjaga kami dan memberi peluang kepada kami untuk
membuat program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur iaitu tempat lawatan
utamanya adalah Petrosains, Planeterium dan Universiti Islam Antarabangsa
(UIA). Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua MRSM
Gerik iaitu Tuan Haji Md Noh Bin Jani kerana memberi kebenaran program
lawatan sambil belajar ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada pemandu bas
yang akan membawa kami ke setiap distinasi yang dirancangkan.
Kami berasa amat bertuah kerana dapat menyertai program lawatan ini
bersama dengan guru-guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
pengalaman baru sekali gus menrapatkan hubungan antara kami dan guru-
guru.
Akhir kata, semoga program lawatan ini memberi manafaat kepada semua
peserta lawatan dan dapat memberi idea-idea baru dalam pembelajaran. Kami
memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan dan kesilapan sepanjang
rancangan perlaksanaan program lawatan ini.
Sekian terima kasih
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 4
2.0 Objektif 5
3.0 Tentative program 6-7
4.0 Ahli Jawatan Kuasa Lawatan 8
5.0 Anggaran Kos Perbelanjaan 9
6.0 penutup 10
3
1.0 PENGENALAN
Homeroom Al-Razi mempunyai 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang
murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Homeroom Al-Shafie pula
mempunyai 13 orang murid yang terdiri daripada 7 murid lelaki dan 6 murid
perempuan. Keseluruhan murid bagi kedua-dua homeroom adalah seramai 23
murid. Penasihat Homeroom Al-Razi ialah Puan Satirah Bt. Mat Sharif dan
penasihat Homeroom Al-Shafie ialah Puan Siti Hajar Bt. Ibrahim.
Setiap Homeroom diberi peluang untuk melaksanakan satu program lawatan
mengikut perancangan masing-masing. Pada kali ini Homeroom Al-Razi
membuat keputusan untuk mengadakan program lawatan sambil belajar ke
Kuala Lumpur iaitu Petrosains, Planeterium dan Universiti Islam Antarabangsa
dimana program lawatan tersebut dijangkakqan berlangsung pada 29/9/2012 @
sabtu.
4
2.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan tentang suasana pembelajaran di Universiti Islam
Antarabangsa bagi meningkatkan motivasi murid-murid.
2. Memberi pengalaman baru serta meningkatkan pengetahuan terhadap
sains inovasi yang terdapat di Petrosains.
3. Memberi pendedahan dan memupuk minat pelajar kepada sains
angkasa lepas.
4. Mengeratkan hubungan antara sesame pelajar dan antara pelajar dan
guru-guru.
5
3.0 TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA
7.00 – 7.30 Pagi - Berkumpul dan Pendaftaran di Foyer.
7.30 – 7.50 Pagi - Taklimat Guru Penasihat Homeroom / Guru Pengiring
8.00 Pagi - Bertolak ke Kuala Lumpur
1.00 Petang - Tiba di Hentian Rehat Jejantas Sungai Buluh
Rehat / Makan Tengahari / Solat Jama’ /Qasar
2.15 Petang - Bertolak Ke Universiti Islam Antarabangsa ( Kampus induk,
Gombak )
3.00 Petang - Tiba di UIA, Sesi Lawatan, Taklimat dan Suaikenal
bersama Pelajar UIA
5.00 Petang - Bertolak ke Asrama Penginapan POLAPUL
7.30 Petang - Tiba di Asrama Penginapan
- Makan malam
- Solat Jama’ Qasar
- Rehat dan Aktiviti Bebas
6
HARI KEDUA
7.00 Pagi - Sarapan Pagi
8.00 Pagi - Berkumpul dan Bertolak ke Plenatarium Negara
9.30 Pagi - Tiba di Plenatarium Negara / Sesi Lawatan, Taklimat dan
Tayangan.
12.00 T/hari - Bertolak Ke KLCC
1.00 Petang - Tiba di KLCC, Makan Tengahari, Solat Jama’/ Qasar
2.00 Petang - Lawatan Ke PetroSains, Taklimat dan Tayangan
5.00 Petang - Bertolak Balik Ke MRSM Gerik
8.00 Malam - Makan Malam Di R&R Tapah, Solat Jama’/Qasar
9.30 Malam - Bertolak Balik Ke MRSM Gerik.
1.00 Pagi - Tiba Di MRSM Gerik
7
4.0 AHLI JAWATAN KUASA LAWATAN
Penasihat: Puan Satirah Bt. Mat Sharif
Presiden: Fatdzirul Izzat Bin Abdul Radzi
Timbalan Presiden: NurHuda afiqah Bt. Sazeli
Setiausaha: Nik Nur Faqihah Bt. Nik Mud
Naib Setiausaha: Intan Nurfazlyana
Bendahari: Siti Nur Ain Syazwani
AJK Lawatan: Muhd Amirul B. Shuhaimi
AJK Penginapan:
AJK Pengangkutan:
AJK Disiplin:
8
5.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
BIL PERKARA KOS
1. Petrosains RM 6.00 setiap pelajar (23x6 = 138)
2. Planeterium RM 11.00 setiap pelajar (23x11= 253)
3. Penginapan RM 100.00 setiap dorm (100x2= 200)
4 Elaun pemandu RM 450.00
JUMLAH RM 1041.00
Bayaran setiap pelajar RM 50.00 (50 x 23 =1150)
RM 1150.00
9
6.0 PENUTUP
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Maktab Rendah
Sains Mara Gerik kerana membenarkan kami membuat program lawatan
sambil belajar ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada guru Penasihat Homeroom Al-Razi iaitu
Puan Satirah Bt. Mat Sharif dan guru penasihat Homeroom Al-Shafie iaitu Puan
Siti Hajar Bt. Ibrahim.
Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan program lawatan sambil
belajar ini.
Sekian terima kasih.
10
DISEDIAKAN OLEH
…………………………………..
(FATDZIRUL IZZAT BIN ABDUL RADZI)
DISAHKAN OLEH
………………………………………
(PUAN SATIRAH BT. MAT SHARIF)
DISOKONG OLEH
…………………………………………..
(PUAN SITI HAJAR BT. IBRAHI
11