lecture mesir purba
TRANSCRIPT
SFES 2365
Sejarah Sains dan Teknologi
Sains Mesir Purba
Latar belakang
Tamadun Mesir Purba
Muncul sejak 3000 S.M.
Bergantung dengan aliran sg. Nil – nadi kehidupan
Pertanian
Kedudukan geografi – Di Utara terdapat laut
Mediterranean, di sebelah Barat dan Timur terdapat
padang pasir, hulu sungai Nil, jeram dan air terjun.
Perkembangan Tamadun Mesir
Tamadun Mesir – berlangsung di bawah beberapa
kerajaan.
3000 S.M – pemerintahan Firaun pertama bernama
Menes, dikenali Kerajaan Sulung.
Diperintah berturutan 6 dinasti firaun, bertahan hingga
2200 S.M.
Keturunan Firaun lemah, pemerintahan tidak adil, raja2
kecil memberontak dan menubuhkan kerajaan sendiri.
Tamadun Mesir
2050 S.M. – bangkit Firaun Thebes – satukan kembali
negara Mesir.
Memulakan kerajaan pertengahan.
1750 S.M. – kerajaan pertengahan hancur diserang puak
Hiksos dari benua Asia.
Keagamaan
Percaya adanya tuhan dan alam akhirat, tetapi tuhan
mereka banyak.
Antara tuhan besar – Ra (tuhan matahari) & Osiris (tuhan
yang memberi kebahagiaan di alam akhirat).
Maharaja Firaun – bukan satu daripada tuhan mereka,
tetapi oleh kerana maharaja mempunyai kuasa mutlak,
yang menentukan soal hidup mati rakyatnya, dan kerana
begitu berkuasa, beliau dianggap sebagai wakil tuhan di
bumi.
Keagamaan
Mereka percaya akan adanya roh, yang dikenali sbg ka,
yang terus hidup walaupun seseorg itu telah mati dari segi
jasadnya.
Roh ka ini terus hidup, dan diadili di akhirat nanti, lalu
diberi pembalasan mengikut kadar perbuatannya di dunia.
Matematik
Sejarah Matematik Mesir bermula 2100 S.M.
Menulis pada tembok batu, daun lontar papirus (sejenis
rumput yg tumbuh ditebing sg Nil), tembikar, kayu & kulit.
Tulisan pd tembok kayu dikenali heiroglif.
Matematik
Angka heiroglif umumnya ditulis dari kiri ke kanan.
Selain heiroglif pd tembok batu, 2 bentuk tulisan lain
dikenali sebagai heiratik (tulisan keagamaan) dan tulisan
demotik (tulisan biasa).
Matematik
Angka demotik merupakan bentuk ringkas yg lebih mudah
dan berasal drpd angka heiroglif.
Mereka tidak mempunyai angka sifar, dan tidak
mengetahui sistem angka perpuluhan.
Angka pecahan telah mereka gunakan, tetapi angka
pecahan mereka ganjil kerana angka pembilangnya hanya
terdiri drpd angka 1.
Matematik
Contoh: Mereka menulis ¾ sebagai ½ + ¼ .
Mereka boleh mengira luas segi empat, luas bulatan, isi
padu kubus, silinder dan sfera.
Nilai fi sebagai 3.16.
Aritmetik mudah melibatkan operasi +, -, x, dan bahagi,
kerana org2 Mesir merupakan kaum yg praktikal,
bukannya ahli falsafah.
Gunakan angka utk pengiraan asas, spt mengira jumlah
buruh @ membahagi catuan mknn.
Matematik
Sg Nil – pengukur tanah – mula ilmu Geometri.
Geometri berasal drpd perkataan Yunani, iaitu ilmu
mengukur tanah (geo ialah tanah, metri ialah mengukur).
Astronomi
Jadual aliran sg. Nil – penting bagi menentukan musim
untuk bercucuk-tanam. Terdapat 3 musim:
Musim banjir
Musim menanam (bermula selepas banjir tahunan-Julai)
Musim menuai
Astronomi
Bintang Solthis :
kini dikenali sbg bintang Sirius
Kemunculannya seiring dgn kejadian banjir (lazimnya)
Muncul pada waktu dinihari-sgt terang, mudah dikenali
Kemunculan bintang Solthis menandakan kemunculan tahun
baru
Astronomi
Kalendar Mesir:
Dibuat berdasarkan bulan
Ada 12 bulan dalam setahun
1 Bulan = 29@30 hari
1 Setahun = 354 hari
Kerana kekurangan jumlah hari,
satu bulan akan ditambah bagi
setiap 2 @3 tahun supaya ia
selari dgn musim.
Astronomi
• Tetapi, kalendar ini dianggap sangat menyusahkan-lalu mereka
mencari kalendar lain, iaitu dengan mengukur bayang-bayang dari
tiang:
Mengukur jumlah hari dlm setahun dengan mencacakkan sebatang
tiang.
Mereka tahu bayang-bayang tiang berubah mengikut peredaran musim.
Jumlah hari setahun didapati dengan menghitung jumlah hari sehingga
bayang tiang kembali ke tempat asalnya.
Astronomi
Konsep jam:
1 hari = bermula dari terbit matahari sehingga terbitnya
matahari pada keesokkan hari.
Waktu malam = ada 12 jam/waktu (mengikut edaran bintang)
Waktu siang = 12 jam/waktu (mengikut edaran matahari) –
dikira dgn jam matahari.
Tamadun mesir
Tidak berfalsafah tinggi + tidak
berfikir dengan telus tentang kejadian alam
Tetapi, percaya akan adanya alam
lain iaitu alam hidup selepas
mati.
Kepercayaan ini jelas dilihat pada lukisan tinggalan
mereka pada piramid (dewa-dewa didalam
syurga)
Perubatan
Ahli agama ubat-ubatan + jampi mentera
Mereka menganggap segala penyakit adalah diakibatkan
oleh hantu dan syaitan – hanya boleh disembuhkan oleh
ahli agama mereka melalui jampi mantera & pemakaian
tangkal azimat.
“Hai selsema, anak kepada bapa
selsema, engkau yang mematahkan
tulang, merosakkan tengkorak,
menyebabkan sakit kepal, keluarlah….
“ (Durant, 1935:182)
Pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan cth:
(i) lelaki berkhatan utk mencegah jangkitan penyakit
kelamin.
Mereka mengidap penyakit spt batuk kering, karang,
campak, lumpuh, gila babi, apendiks, dll.
Amalan menyalut gigi emas.
Tidak makan berlebihan, amalan berpuasa dsbnya.
Hamba paksaan yg membina piramid – diberi mkn bwg
putih, bwg, & lobak utk mencegah bakteria, dan menjauhi
drpd penyakit.
Cara menyimpan mayat – proses mengawet mayat –
direndam dalam bhn kimia sblm dibalut dan disimpan dlm
piramid.
Wpun begitu, mereka tidak mempedulikan tentang
anatomi dan fisiologi tubuh manusia, dan tidak fhm fungsi
anggota bdn dgn baik.
Urat saraf dikatakan membawa angin, dan bendalir
buangan, bukannya pembuluh daraf; hati & perut dikatakan
sbg pusat akal pemikiran.
Namun mereka tahu tugas jantung sbg pusat pergerakan
organ2 badan.
Teknologi
Piramid – dibina sejak 2600 S.M. lagi.
Dibina drpd jongkong2 batu kapur, yg berat setiap satunya
kira2 2.5 tan.
Kemahiran memotong batu, dan membuat struktur batu.
Ilmu kelogaman – guna logam2 lembut spt emas & timah.
Tahu kaedah melebut pasir utk dijadikan kaca.
Kesimpulan
Telah wujud ilmu2 matematik, perubatan & ilmu2 sains lain
di samping perkembangan teknologi.
Kesannya mempengaruhi tamadun lain.
Tidak wajar bagi kita menganggap perkembangan sesuatu
tamadun bebas daripada pengaruh tamadun lain.