lembaga lebuhraya malaysia -...
TRANSCRIPT
LEMBAGA LEBUHRAYA
MALAYSIA (LLM) Penubuhan LLM :
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah ditubuhkan mengikut
Undang-Undang Malaysia Akta 231, Akta Lembaga Lebuhraya
Malaysia (Perbadanan) 1980.
Tujuan menubuhkan Lembaga Lebuhraya Malaysia ialah menyelia
dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan,
pengendalian dan penyenggaraan lebuhraya-lebuhraya antara
bandar untuk mengenakan dan mengutip tol dan membuat peruntukan undang-undang berkenaan dengan perkara-perkara
yang berkaitan.
MISI LLM: Menjadikan Llm Bertaraf Dunia
Dalam Pembangunan, Pengurusan
Dan Kawalseliaan Lebuhraya
VISI LLM : • Melaksanakan Pembangunan, Pengurusan Dan Pengawalseliaan Lebuhraya
Yang Meliputi Perancangan, Rekabentuk, Pembinaan, Operasi Dan
Penyenggaraan Lebuhraya Tol Yang Berkualiti Mengikut Piawaian
Antarabangsa
• Memberi Perkhidmatan Cekap, Selesa Dan Selamat Serta Memenuhi
Kepuasan Pelanggan
• Memastikan Keperluan Sosial Dan Alam Sekitar Dipenuhi
• Menjadi Pakar Rujuk Dalam Pembangunan Dan Pengurusan Lebuhraya Tol
FUNGSI LLM Menurut Akta 231, Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980, fungsi penubuhan
Lembaga adalah seperti berikut:-
a) Menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan lebuh raya –
lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan;
b) Menyelia dan melaksana reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan kawasan rehat dan
lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya;
c) Memungut tol daripada penggunapengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari
kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya
d) Merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang
cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya; dan
e) Pada amnya melakukan apa-apa juga perkara untuk memajukan lagi dan menggunakan
dengan wajar lebuh raya dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya.
TAJUK PROJEK INOVASI : PAPANTANDA
SEMENTARA YANG DIPASANG SEMASA
PENUTUPAN LORONG DI LEBUHRAYA KERAP
TUMBANG
NAMA ALAT INOVASI :
Signboard lock (SB LOCK):
TUJUAN PROJEK :
Meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya
Mewujudkan sistem penyampaian informasi yang lebih berkesan kepada pengguna lebuhraya
Mengatasi masalah papan tanda kerap tumbang berdasarkan pelbagai faktor yang dikenalpasti.
Memastikan proses pengurusan trafik berjalan lancar dan lokasi penutupan lorong lebih kemas dan teratur
Meminimumkan jumlah kerosakan papan tanda sementara dan mengurangkan kos pembaikan dan penyenggaraan yang ditanggung pihak konsesi.
Memudahkan tugasan traffic team dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan papan tanda sementara
Membantu mengurangkan penggunaan masa dan tenaga kerja.
Mencipta alat yang berkualiti tinggi, fleksibel, efisien dan memberi nilai yang kepada organisasi dan orang awam secara keseluruhannya
PROSES PELAKSANAAN INOVASI Proses kerja bermula dari permohonan pengurusan trafik oleh pihak
konsesi/pihak ketiga/kontraktor bagi kerja-kerja penyenggaraan dan
pembaikan yang melibatkan penutupan lorong.
Seterusnya bagi permohonan luar rizab dan melebihi 30 hari perlu dihantar ke
ibu pejabat llm beserta ulasan untuk kelulusan dan pewartaan.
Manakala bagi permohonan yang tidak melebihi 30 hari akan diproses oleh
pejabat wilayah.
Pejabat wilayah akan mengeluarkan surat kelulusan pelaksanaan kerja
kepada pihak konsesi.
Setelah mendapat kelulusan kerja, pihak konsesi akan melaksanakan kerja-
kerja ditapak dan pemantauan dibuat oleh pejabat wilayah
MASALAH UTAMA TELAH DIKENALPASTI BERLAKU ADALAH PADA PROSES
PEMANTAUAN DITAPAK YANGMANA TERDAPAT PAPANTANDA SEMENTARA YANG
DIPASANG SEMASA PENUTUPAN LORONG DI LEBUHRAYA KERAP TUMBANG.
PROSES PELAKSANAAN INOVASI Menerima permohonan pengurusan trafik daripada pihak konsesi.
Setelah permohonan diluluskan pihak konsesi akan melaksanakan pengurusan trafik di tapak
(penutupan lorong).
SB Lock akan dilekatkan pada bahagian tiang “ Guardrail “ dengan cara menegak dan
diketatkan.
Papantanda sementara dinaiktaraf dengan menggunakan1 tiang berukuran 7 kaki tinggi.
Papantanda sementara akan dipasangkan pada SB LOCK dan diketatkan
Sementara di “ Plastik Berrier “ SB Lock akan diletakkan secara melintang dan diketatkan.
Papantanda sementara akan di pasang secara menegak dan pasangkan ke atas SB Lock.
PROSES SEBELUM DAN SELEPAS SEBELUM PROJEK :
Kos kasar penggunaan dan penyenggaraan papan tanda yang ditanggung pihak konsesi adalah hampir RM 283,200.00 setahun
Kadar penggunaan masa yang diambil oleh pihak traffic team membetulkan
semula papan tanda yang tumbang akibat pelbagai faktor adalah dalam
anggaran 2 minit/1unit.
Anggota traffic team terpaksa membuat pemantauan lebih kerap untuk
memastikan tiada papan tanda tumbang yang memberi risiko kepada
pengguna lebuhraya
Tugasan traffic dalam kerja-kerja penyenggaraan lebuhraya banyak tergendala
Pengguna lebuhraya tidak mendapat info yang jelas terdapat kerja-kerja
penutupan lorong dihadapan sekiranya papan tanda tumbang.
Risiko kemalangan kepada pengguna sekiranya melanggar atau cuba
mengelak daripada melanggar papan tanda yang tumbang.
SELEPAS PROJEK :
Penciptaan alat telah membantu mengurangkan kos penyenggaraan papan tanda rosak akibat tumbang dengan anggaran pengurangan kos keseluruhan sebanyak RM 197,000.00 setahun bersamaan RM 957.00 per KM.
Penjimatan masa yang diambil pihak traffic team untuk membetulkan papan tanda yang tumbang dapat dikurangkan hampir 50% daripada tempoh asal masa yang diambil.
Beban/Tenaga kerja dapat dikurangkan dan pihak traffic team dapat memberi fokus kepada kerja-kerja penyenggaraan lain lebuhraya.
Penciptaan alat yang lebih kukuh, stabil dan fleksibel untuk memegang dan mengetatkan papan tanda supaya tidak tumbang dengan pelbagai permukaan.
Penyampaian informasi yang lebih berkesan kepada pengguna lebuhraya sekiranya terdapat kerja-kerja yang melibatkan penutupan lorong dihadapan.
Mengurangkan risiko kemalangan kerana tiada papan tanda yang tumbang sekiranya alat ini diaplikasikan di tapak.
PROSES SEBELUM DAN SELEPAS
FAEDAH DAN HASIL
Pemasangan SB Lock mudah dan cepat serta selamat kepada pekerja dan pengguna.
Fizikal SB Lock yang kecil dan ringan membuatkan ia mudah dibawa dan menjimatkan
ruang kenderaan pasukan Traffic team.
Meminimumkan penggunaan ruang dilorong kecemasan lebuhraya.
Memudahkan Pasukan Traffic Team untuk membuat pemantauan di lokasi penutupan
lorong lebuhraya.
Dapat mengelak daripada berlaku kemalangan yang disebabkan oleh papantanda
sementara sediada yang sering tumbang.
Struktur papantanda lebih kemas teratur dan tidak tumbang disebabkan faktor angin
dan cuaca.
Dapat mengurangkan kos penyenggaraan papantanda tumbang.
Mudah dilihat dari jauh dan memberi amaran awal kepada pengguna
IMPAK INOVASI KEPADA LLM & KKR : Meningkatkan imej LLM dalam memberi perkhidmatan yang cepat dan berkualiti
kepada pelanggan
Mengurangkan aduan daripada pengguna berhubung pengurusan trafik di lebuhraya.
Menambahbaik dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan
selaras dengan Program Transformasi Kerajaan.
IMPAK INOVASI KEPADA PELANGGAN:
Meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya dengan adanya penyampaian informasi lebih berkesan kepada pengguna lebuhraya
Melancarkan pengurusan trafik ketika kerja-kerja penutupan lorong dilaksanakan
Memudahkan pihak traffic team melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan papan
tanda tumbang, menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga kerja.
Pencapaian 100% dalam mengurangkan papan tanda tumbang ketika kerja-kerja
penutupan lorong dilaksanakan.
PENGIKTIRAFAN:
Alat ini telah mendapat pengiktifaran oleh pihak pengurusan Lembaga lebuhraya malaysia untuk diseragamkan penggunaanya diseluruh lebuhraya di Malaysia dengan kerjasama pihak konsesi lebuhraya.
Pindaan Garis Panduan Pengurusan trafik dengan mengaplikasikan SB lock dalam kerja-kerja melibatkan aktiviti penutupan lorong.
Penciptaan alat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antaranya :
2010 – KONVENSEN KIK PERINGKAT LLM (JOHAN)
– KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA (PERAK)
2011 – KONVENSYEN KIK PERINGKAT WILAYAH SABAH/SARAWAK (EMAS)
2013 – KONVENSYEN KIK PERINGKAT LLM (KETIGA)
- KONVENSYEN KIK PERINGKAT KKR (JOHAN)
2014 - KONVENSYEN ICC PERINGKAT WILAYAH UTARA (EMAS)
- KONVENSYEN ICC PERINGKAT KEBANGSAAN (EMAS)
- KONVENSYEN KIK PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN