lembaga urus strategik air selangor · 2019-07-09 · • mengelakkan kepentingan peribadi daripada...
TRANSCRIPT
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR2017-2021
PELANSTRATEGIKLEMBAGA URUS
AIR SELANGOR
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah Seksyen 14,40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 - 5511 1800 Faks : 03 - 5510 [email protected]
Lembaga Urus Air Selangor
luas_selangor
lembagaurusairselangor
www.luas.gov.my
PENASIHATDato’ Ir. Hashim Bin Osman
MODERATORIshak Bin Kamaruzaman
PENYELARASUnit Korporat
AHLI JAWATANKUASANor Zamri Bin SondorHaslina Binti AmerHaizam Irwan Bin TohaBidasari Binti BahashimIr. Muhamad Khairi Bin JalilNorfaezah Binti ShamsuddinMohd. Nazifi Bin NawawiNadasofa Binti Mohd. SaidiHarnani Binti ShaharuddinSiti Haida Binti RamliMazlan Bin Idrus
Mohd. Azhar Bin Mohd. YusoffAhmad Faidz Bin RazalliNorfazilah Binti ShaharudinSyaiful Adli Bin Mohd. KasimKhairul Aini Binti JaafarMohd. Tahir Bin Ab. TalibSuziealaliza Binti SurinRazilah Binti DoramanNor Atika Binti NasrahTuan Fatimah Binti Tuan Yahaya
3PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
KANDUNGAN
Perutusan Pengarah 4
Abstrak 6
Visi, Misi dan Slogan 7
Nilai Teras 8
Piagam Pelanggan 10
Penubuhan 11
Carta Ahli Lembaga Pengarah 12
Carta Organisasi 13
Fungsi 14
Punca Kuasa 16
Carta Hubungan Antara LUAS dan Institusi Kerajaan di dalam Pengurusan Sumber Air 17
Mekanisme Pengurusan Sumber Air Negeri 18
Fokus Strategik 19
Objektif dan Pelan Tindakan Objektif I : Kelestarian Kuantiti dan Kualiti Sumber Air 20 Objektif II : Kecekapan dan Keberkesanan Penyampaian 27 Objektif III : Pengukuhan dan Keberkesanan Kerjasama Strategik 30
Mekanisme Pemantauan Pelaksanaan 32
Penutup 33
5PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
PERUTUSAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
LUAS telah ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1999. Penubuhan LUAS ini adalah sebagai perintis dan peneraju kepada agensi bersepadu pengurusan sumber air di Malaysia. Di dalam tempoh 17 tahun ditubuhkan, LUAS telah berkembang dan berevolusi. Melalui penelitian dan pemahaman yang mendalam terhadap mandat yang diberi di dalam Enakmen LUAS 1999, peranan LUAS tersebut sebenarnya sangat luas, sinonim dengan akronim LUAS itu sendiri.
Justeru, untuk memastikan LUAS sentiasa berada di atas landasan yang tepat dan tidak lemas di dalam lautan peranannya, Pelan Strategik LUAS 2017 - 2021 ini dihasilkan dengan tumpuan kepada keharmonian di dalam pengurusan sumber air. Sebagai kesinambungan kepada perancangan yang lalu, pelan ini menentukan hala tuju LUAS bagi tempoh lima (5) tahun yang seterusnya. Ianya merangkumi segala aspek pengukuhan terhadap setiap elemen untuk menjadikan pengurusan sumber air Negeri Selangor sebuah pengurusan yang lestari.
Pelan ini adalah rujukan kepada semua warga LUAS untuk bergerak dengan rentak dan langkah yang sama. Semangat dan dedikasi seluruh warga LUAS dalam melaksanakan pelan ini adalah tonggak kepada merealisasikan visi dan misi LUAS.
Dato’ Ir. Hashim Bin Osman
Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor.
6 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
ABSTRAKPelan Strategik LUAS 2017 - 2021 ini dihasilkan untuk menetapkan hala tuju LUAS bagi tempoh lima (5) tahun. Pelan ini akan memastikan LUAS sentiasa berada di atas landasan yang tepat dan bergerak untuk mencapai visi dan misi bagi menyokong wawasan Negeri Selangor.
Pelan strategik ini menerangkan secara keseluruhan perancangan apa yang ingin dicapai oleh LUAS. Fokus strategik LUAS digambarkan melalui pelan tindakan bagi setiap objektif yang telah ditetapkan. Tiga (3) objektif yang ingin dicapai melalui pelan ini adalah;
i. Kelestarian Kuantiti dan Kualiti Sumber Air,
ii. Kecekapan dan Keberkesanan Penyampaian, dan
iii. Pengukuhan dan Keberkesanan Kerjasama Strategik.
Ketiga-tiga objektif ini dirangka untuk memantapkan dan mengukuhkan operasi LUAS bermula di peringkat pengurusan dalaman sehingga ke hubungan bersama pihak-pihak berkepentingan dan juga masyarakat. Ianya dirumus untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua di dalam aspek berkaitan sumber air negeri.
7PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
VISI“Menjadi organisasi peneraju pengurusan sumber air bersepadu
yang unggul bagi menyokong wawasan Negeri Selangor”
MISI“Mengurus sumber air Negeri Selangor secara holistik untuk
kesejahteraan sejagat”
SLOGAN“Air untuk semua”
8 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
NILAI TERAS Untuk mencapai visi dan misi, setiap warga LUAS berpegang pada enam (6) nilai teras yang menjadi tunggak kepada pelaksanaan setiap strategi yang dirangka. Nilai teras ini diterapkan dalam diri setiap warga LUAS supaya sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Nilai-nilai teras tersebut adalah;
Strategik ditafsirkan sebagai bertindak secara terancang dalam merangka, menggubal dan melaksanakan program-program bagi mencapai hasil yang optima, tepat dan berkesan. Justeru, setiap warga LUAS perlu;
• Mengkaji dengan teliti setiap keputusan yang ingin dilakukan,• Merancang dengan rapi setiap tindakan yang ingin dilaksanakan, dan• Melaksanakan sesuatu berdasarkan prosedur dan sistem yang telah disediakan.
Profesional ditafsirkan sebagai bertindak dengan penuh komitmen dengan memanfaatkan kompetensi dan kepakaran khusus apabila mencadangkan penyelesaian dan penambahbaikan bagi setiap perkara. Justeru, setiap warga LUAS perlu;
• Bersikap terbuka dalam menerima dan mengutarakan pendapat terhadap sesuatu perkara berkaitan tugasan,
• Membezakan di antara tanggungjawab sebagai warga LUAS dan kepentingan peribadi, dan
• Menghormati bidang khusus setiap warga LUAS yang lain.
1 Strategik
2 Profesional
1 Strategik
2 Profesional
9PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
Responsif ditafsirkan sebagai peka dan prihatin terhadap kehendak pihak berkepentingan dan keperluan pelanggan di samping memahami isu-isu dan senario semasa, serta pantas dalam mencari penyelesaian yang terbaik. Justeru, setiap warga LUAS perlu;
• Pantas dalam memberikan khidmat kepada pelanggan dari segi maklumat dan tindakan,• Sentiasa mengikuti isu-isu terkini dan meningkatkan pengetahuan am, dan• Memastikan tindakan susulan dirancang sekiranya berlaku sebarang masalah.
Kerja berpasukan ditafsirkan sebagai menggembeling tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi. Justeru, setiap warga LUAS perlu;
• Menghindarkan sikap mementingkan diri sendiri dan berkerjasama di dalam sesuatu perkara,• Memberikan komitmen yang tidak berbelah-bagi kepada mana-mana pasukan yang disertai, dan• Menghormati setiap warga LUAS sebagai rakan sepasukan.
Berintegriti ditafsirkan sebagai berkhidmat dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan berasaskan etika kerja cemerlang dan tingkah laku beramanah. Justeru, setiap warga LUAS perlu;
• Sentiasa telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan,• Mengelakkan kepentingan peribadi daripada menjejaskan prestasi dan etika kerja, dan• Dedikasi, komited dan bertanggunjawab ke atas setiap perkara yang dilakukan.
Inovatif ditafsirkan sebagai memberikan perkhidmatan dengan budaya kerja yang lebih cekap dan berkesan berasaskan kepada idea yang kreatif dan di luar kelaziman. Justeru, setiap warga LUAS perlu;
• Berfikiran di luar kotak kebiasaan dan kelaziman,• Melontarkan cadangan dan pendapat yang bernas di luar kebiasaan, dan• Sentiasa meningkatkan prestasi kerja dengan pembaharuan dalam keputusan dan tindakan.
3 Responsif
4 Kerja Berpasukan
5 Berintegriti
6 Inovatif
10 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
PIAGAM PELANGGAN
LUAS adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan sempurna bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti berikut;
• Abstraksi Air Bumi - 14 hari berkerja• Abstraksi Air Permukaan - 10 hari berkerja• Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik - 10 hari berkerja• Navigasi Jalan Air Pedalaman - 10 hari berkerja• Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar - 10 hari berkerja
• Aktiviti Pengubahan Sumber (Pembinaan Jeti) - 35 hari berkerja• Aktiviti Pengubahan Sumber (Selain Pembinaan Jeti) - 21 hari berkerja
- 2 hari berkerja
• Akuan Terima Aduan - 2 hari berkerja• Maklumbalas Tindakan Aduan - 14 hari berkerja
- 14 hari
1 Kelulusan Permohonan Lesen
2 Kelulusan Permohonan Kebenaran Bertulis
3 Cetakan Lesen dan Kebenaran Bertulis
4 Pengurusan Aduan Pelanggan (Tempoh Maklumbalas Aduan)
5 Pembayaran Baucar
11PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
PENUBUHAN
Penubuhan LUAS bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksanaan. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen LUAS 1999. LUAS dilancarkan pada 18 September 1999 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000.
LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor yang juga merupakan perintis di dalam pengurusan sumber air di Malaysia. LUAS dipertanggungjawabkan untuk memastikan sumber air negeri, merangkumi air bumi dan permukaan (sungai, tasik, kolam, bekas lombong), serta persisiran pantai Negeri Selangor sejauh 3 batu nautika supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara.
12 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
CARTA AHLI LEMBAGA
PENGARAH
AHLI YANG DILANTIK
AHLI YANG DILANTIK
AHLI YANG DILANTIK
AHLI YANG DILANTIK
AHLI YANG DILANTIK
AHLI
Y.B. Penasihat Undang-Undang
Negeri
AHLI
Y.B. Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri
AHLI
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan
dan Saliran
AHLI
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri
AHLI
Y.B. Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri
PENGERUSI
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor
TIMBALAN PENGERUSI
Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
SETIAUSAHA
Pengarah Lembaga Urus Air Selangor
13PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
PEJABAT PENGARAH
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BAHAGIAN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN
BAHAGIAN PERUNDANGAN &
PENGUATKUASAAN
UNIT PELESENAN
UNIT PENGURUSAN PEJABAT
PEJABAT WILAYAH SELANGOR/
BERNAMUNIT ABSTRAKSI
AIRUNIT
PENDAKWAAN
PEJABAT WILAYAH LANGAT/SEPANG
UNIT PENGUBAHAN SUMBER
UNIT PENGUATKUASAAN
PEJABAT WILAYAH KLANG/SG. BULOH
UNIT KAWALAN BADAN AIR
UNIT PENGURUSAN ALAM SEKITAR
UNIT PERANCANGAN & PENYELIDIKAN
UNIT PENGURUSAN MAKMAL UNIT PROJEK
UNIT PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA & INTEGRITI
UNIT KEWANGAN
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIT KORPORAT
UNIT AUDIT DALAM
BAHAGIAN PENGURUSAN LEMBANGAN
SUNGAI & PANTAI
CARTA ORGANISASI
14 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
FUNGSILUAS diperkasakan dengan perundangan dan penguatkuasaan berdasarkan Enakmen LUAS 1999. 17 fungsi utama LUAS yang diperuntukkan di dalam Seksyen 6 (1) enakmen tersebut adalah;
• Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar-dasar, cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mapan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisyen bagi maksud awam,
• Membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelbagai fungsi,
• Mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan di dalam negeri,
• Membangun dan melaksanakan panduan standard, prestasi cara-cara dan tatacara-tatacara berhubungan dengan pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air,
• Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi,
• Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri,
• Mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisyen, pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya,
• Menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubungan dengan fungsi LUAS,
• Menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan pengisytiharan kawasan yang ditetapkan dan dilindungi serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu,
15PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
• Menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air,
• Mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan tempat-tempat dan peralatan kepunyaan LUAS,
• Menjaga kepentingan pengguna-pengguna air berhubungan dengan jumlah, kualiti dan harga yang hendak dikenakan untuk bekalan air,
• Menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk LUAS dalam pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air,
• Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana-mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka,
• Menswastakan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pengusahaannya mengikut peruntukan Enakmen LUAS 1999,
• Menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau berhubungan dengan suatu sumber air, dan
• Membuat apa-apa benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.
16 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
PUNCA KUASA
LUASPIHAK BERKUASA NEGERI
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
ENAKMEN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR 1999
17PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
CARTA HUBUNGANANTARA LUAS DAN INSTITUSI KERAJAAN DI DALAM PENGURUSAN SUMBER AIR
KABINET
SETIAUSAHAKERAJAANNEGERI
MMKN
LEMBAGAURUS AIRSELANGOR
PENTADBIRTANAH/DAERAH
PIHAKBERKUASATEMPATAN
JABATANPERANCANGANBANDAR & DESA
JABATANPERHUTANAN
JABATANPERLINDUNGANHIDUPAN LIAR &TAMAN NEGARA
JABATANPENGAIRAN & SALIRAN
JABATANALAMSEKITAR
UPEN JABATANPERTANIAN
JABATANPERIKANAN
MAJLIS KAWALANHAKISAN PANTAINEGARA
MAJLISSUMBER AIRNEGARA
KEMENTERIANPERUMAHAN &KERAJAANTEMPATAN
JABATANPERDANAMENTERI
KEMENTERIANTENAGA,TEKNOLOGIHIJAU & AIR
KEMENTERIANPERTANIAN &INDUSTRIASAS TANI
KEMENTERIANSUMBER ASLI &ALAM SEKITAR
KEMENTERIANPENGANGKUTAN
Garisan Batasan hubunganPersekutuan-Negeri
PERINGKAT NEGERI
Pengurusan dan perlindungan lembangan sungai,badan air, air bumi,perairan pantai dantanah perairan
Pelan strukturPengawalanPerancanganPembangunan
Saliran bandarPerancanganpembangunan/kelulusan CF
Pengambilan pasirKawalan Guna Tanah
Perancangan dan Dasar Keselurahan
Pengurusan HutanKawalan HutanTadahan Air
PemuliharaanHidupan Liar
Program pertanian Tebatan banjirKerja SaliranKawalan HakisanPantai Pengairan
Program perikanan
KawalanPencemaranIndustri Kawalan tumpahan Minyak di tanah perairan
KeselamatanPelayaran danNavigasi Kawalanpencemaran dantumpahan minyak
Pelesenan JetiKawalan Navigasidi Kawasan Hadpelabuhan
ENAKMENLEMBAGA URUSAIR SELANGOR,1999
AKTA JALAN, PARIT DANBANGUNAN, 1974
AKTA KERAJAANTEMPATAN, 1976
AKTAPERANCANGANBANDAR DANDESA, 1974
AKTAPERHUTANANNEGARA, 1984
AKTAPEMULIHARAANHIDUPAN LIAR,2010
AKTAKERJA-KERJASALIRAN, 1954
AKTAPERIKANAN,
1985
AKTA KUALITIALAM
SEKELILING,1974
ORDINANPERKAPALAN
SAUDAGAR,1952
AKTA LEMBAGA
PELABUHAN,1963
KANUN TANAHNEGARA
PERBADANANPENGURUSANSISA PEPEJALNEGARA
JABATANPERKHIDMATANPEMBENTUNGAN
JABATANPERANCANGANBANDAR & DESA
UNITPERANCANGEKONOMI
JABATANLAUTMALAYSIA
LEMBAGAPELABUHANKELANG
JABATANPENGAIRAN & SALIRAN
JABATANALAMSEKITAR
INSTITUTPENYELIDIKANHIDRAULIKKEBANGSAANMALAYSIA
SPAN JABATANPERTANIAN
JABATANPERIKANAN
JABATANLAUTMALAYSIA
LEMBAGAPELABUHANKELANG
18 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
KERAJAANPERSEKUTUAN
JPSPERSEKUTUAN
Perwakilan / Penyelarasan Kuasa TertentuAkta Kerajaan Tempatan 1976Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974Akta Perancangan Bandar & Desa 1974
Perwakilan Kuasa TertentuAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Pembekalan Air dan PembentunganAkta Industri Perkhidmatan Air 2006
Penyelarasan dengan Akta Perhutanan Negara 1984
Penyelarasan Kuasa Akta Kerja-Kerja Saliran 1954 Akta Fungsi Menteri 1969
Penyelarasan dengan Akta Pembangunan Mineral 1994
Penyelarasan dengan Kanun Tanah Negara, Akta Kerja-Kerja Saliran 1954, Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
Akta Perikanan
1985
PBT & JPBD
JABATAN ALAMSEKITAR
SURUHANJAYAPERKHIDMATANAIR NEGARA
JABATANPERHUTANAN
JABATAN MINERALDAN GEOSAINS
PEJABAT TANAHDAN GALIAN
JABATANPERLINDUNGANHIDUPAN LIAR &TAMAN NEGARA
KERAJAANNEGERI
LUAS
JABATANPERIKANAN
JPSNEGERI
MEKANISME PENGURUSAN
SUMBER AIR NEGERI
19PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
FOKUS STRATEGIK
Sebagai sebuah badan pengurusan sumber air negeri, LUAS menumpukan objektifnya kepada perkhidmatan pengurusan sumber air yang cemerlang bermula daripada aspek operasi sehingga ke bidang utama. Nilai-nilai teras menjadi tunggak kepada pelaksanaan setiap objektif tersebut yang diterjemahkan kepada strategi dan program. Objektif ini seterusnya mendukung LUAS mencapai visi dan misi yang ditetapkan.
MENJADI ORGANISASI PENERAJU PENGURUSAN SUMBER AIR BERSEPADU YANG UNGGUL BAGI MEYOKONG WAWASAN NEGERI SELANGOR
MENGURUS SUMBER AIR NEGERI SELANGOR SECARA HOLISTIK UNTUK KESEJAHTERAAN SEJAGAT
STRATEGIK PROFESIONAL BERINTEGRITIRESPONSIF INOVATIFKERJA BERPASUKAN
KELESTARIAN KUANTITI DAN KUALITI SUMBER AIR
KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENYAMPAIAN
PENGUKUHAN DAN KEBERKESANAN KERJASAMA STRATEGIK
20 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
OBJEKTIF STRATEGIK DAN
PELAN TINDAKAN
OBJEKTIF I - KELESTARIAN KUANTITI DAN KUALITI SUMBER AIR
Kelestarian sumber air wujud melalui pemeliharaan dan pemuliharaan 3 aspek utama sumber air tersebut. Dari segi kuantiti; ianya mencukupi, dari segi kualiti; ianya bersih, dan dari segi keadaan persekitaran; ianya terpelihara. Pemeliharaan dan pemuliharaan ini perlu dilaksanakan dengan berlandaskan perundangan dan penguatkuasaan yang efektif.
STRATEGI
1. Kuantiti sumber air yang mencukupi.
2. Kualiti sumber air yang bersih.
3. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran sumber air.
4. Pemerkasaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
PENJELASAN
Kebolehdapatan sumber air perlu dipastikan supaya kuantitinya mencukupi sama ada semasa musim kering atau sebaliknya serta memenuhi segala bentuk permintaan daripada pelbagai sektor.
Kualiti sumber air adalah amat penting bagi memastikan ianya boleh digunakan iaitu selamat dan bersih bagi sebarang bentuk penggunaan.
Kuantiti dan kualiti sumber air sangat dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya. Justeru, keharmonian sesuatu aktiviti terhadap sumber air itu perlu dipastikan agar ianya tidak mempengaruhi kedua-dua aspek tersebut.
Perundangan adalah batu asas kepada fungsi yang dilaksanakan. Pemerkasaan dan penguatkuasaan perundangan itu perlu selari supaya ianya membantu menjayakan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.
21PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
STRATEGI
1. Kuantiti sumber air yang mencukupi.
PROGRAM
A. Pengurusan sumber air alternatif.
B. Kebolehdapatan sumber air.
C. Pengawasan kuantiti sumber air.
AKTIVITI
i) Melaksanakan kajian Carrying Capacity for Solar Panel Installation in Alternative Pond.
ii) Menyediakan pelan infrastruktur penyaluran sumber air dari kolam - kolam alternatif.
iii) Melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan empangan bawah tanah di Negeri Selangor.
iv) Melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan telaga- telaga air bumi alternatif berhampiran loji permbersihan air (LPA).
v) Membangunkan lengkuk operasi untuk operasi pengepaman air kolam alternatif.
i) Menjalankan kajian water allocation untuk sumber air Negeri Selangor.
ii) Membangunkan pelan perancangan penggunaan telaga air bumi sedia ada.
iii) Menjalankan kajian kebolehlaksanaan kolam alternatif Bukit Jenuk.
i) Membangunkan stesen pemantauan kuantiti sumber air di Lembangan Sungai Selangor.
ii) Membangunkan stesen pemantauan kuantiti sumber air di Lembangan Sungai Klang.
iii) Membangunkan stesen pemantauan kuantiti sumber air di Lembangan Sungai Langat.
PETUNJUK PRESTASI
1 kajian.
1 pelan.
1 kajian.
1 kajian.
1 lengkuk operasi.
1 kajian.
1 pelan.
1 kajian.
Data kualiti air diperolehi secara real-time.Data kualiti air diperolehi secara real-time.Data kualiti air diperolehi secara real-time.
TEMPOH PELAKSANAAN
2017-2018
2018
2018
2019
2018-2019
2018-2019
2018
2018
2017
2018
2017
PEMILIK
Unit Kawalan Badan Air
Unit Projek
Unit Projek
Unit Projek
Unit Projek
Unit Abstraksi Air
Unit Abstraksi Air
Pejabat Wilayah Langat/Sepang
Pejabat Wilayah Selangor/BernamPejabat Wilayah Klang/Sungai BulohPejabat Wilayah Langat/Sepang
STATUS SEMASA
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Di dalam proses pembangunan.
Tiada.
Tiada.
22 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
2. Kualiti sumber air yang bersih.
STRATEGI
A. Pengawasan kualiti sumber air.
PROGRAM
iv) Membangunkan Decision Support System (DSS) bagi pengurusan sumber air mapan di Lembangan Sungai Klang.
v) Membangunkan Decision Support System (DSS) bagi pengurusan sumber air mapan di Lembangan Sungai Langat.
vi) Menaiktaraf sistem pengepaman sumber air dari kolam Bukit Tampoi ke muka sauk loji pembersihan air (LPA) Bukit Tampoi.
i) Membangunkan stesen pemantauan kualiti sumber air di Lembangan Sungai Selangor.
ii) Membangunkan stesen pemantauan kualiti sumber air di Lembangan Sungai Klang.
iii) Membangunkan stesen pemantauan kualiti sumber air di Lembangan Sungai Langat.
iv) Menyediakan inventori punca pencemaran di sepanjang rizab Sungai Selangor.
v) Menyediakan inventori punca pencemaran di sepanjang rizab Sungai Klang.
vi) Menyediakan inventori punca pencemaran di sepanjang rizab Sungai Langat.
vii) Membangunkan sistem pemantauan beban pencemaran maksima harian (TMDL).
viii)Menjalankan kajian beban pencemaran maksimum harian (TMDL) bagi Lembangan Sungai Klang.
AKTIVITI
1 sistem.
1 sistem.
1 sistem.
Data kualiti air diperolehi secara real-time.Data kualiti air diperolehi secara real-time.Data kualiti air diperolehi secara real-time.1 inventori.
1 inventori.
1 inventori.
1 sistem.
1 kajian.
PETUNJUK PRESTASI
2018
2017
2020
2017
2018
2017
2017
2017
2017
2017-2019
2017-2018
TEMPOH PELAKSANAAN
Pejabat Wilayah Klang/Sungai Buloh
Pejabat Wilayah Langat/Sepang
Pejabat Wilayah Langat/Sepang
Pejabat Wilayah Selangor/BernamPejabat Wilayah Klang/Sungai BulohPejabat Wilayah Langat/Sepang
Pejabat Wilayah Selangor/BernamPejabat Wilayah Klang/Sungai BulohPejabat Wilayah Langat/Sepang
Unit Pengurusan Alam Sekitar
Unit Pengurusan Alam Sekitar
PEMILIK
Tiada.
Tiada.
Belum dilaksanakan.
Di dalam proses pembangunan.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
STATUS SEMASA
23PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
3. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran sumber air.
STRATEGI
A. Pengezonan dan pewujudan kawasan perlindungan.
B. Kajian pemerkasaan sumber air.
PROGRAM
ix) Menjalankan kajian beban pencemaran maksimum harian (TMDL) bagi Lembangan Sungai Selangor.
x) Menambahkan parameter analisa air bagi pensijilan akreditasi makmal.
i) Mewartakan well head protection bagi 5 buah telaga sedia ada.
ii) Menyediakan inventori cadangan pewartaan well head protection lain.
iii) Mewartakan well head protection bagi telaga lain.
iv) Menyediakan pelan ukur bagi mewartakan kesemua cabang sungai di Negeri Selangor.
v) Menyediakan pelan ukur bagi mewartakan perairan pantai Negeri Selangor.
i) Menjalankan kajian kesan pengambusan kolam/badan air dan pelencongan sungai.
ii) Menjalankan kajian water footprint untuk skim pelesenan dan caj abstraksi sumber air bagi aktiviti pertanian, akuakultur dan penternakan Negeri Selangor.
iii) Menjalankan kajian pemuliharaan muara sungai dan kawalan hakisan pantai serta kerja-kerja berkaitan di Bagan Sekinchan, daerah Sabak Bernam.
AKTIVITI
1 kajian.
5 parameter.
1 warta.
1 inventori.
1 warta.
631 cabang sungai.
291 KM garisan pantai.
1 kajian.
1 kajian.
1 kajian.
PETUNJUK PRESTASI
2018-2019
2021
2017
2018-2019
2020-2021
2017-2021
2019
2018
2017-2018
2017
TEMPOH PELAKSANAAN
Unit Pengurusan Alam Sekitar
Unit Pengurusan Makmal
Unit Perancangan dan Penyelidikan
Unit Abstraksi Air
Unit Perancangan dan PenyelidikanUnit Perancangan dan Penyelidikan
Unit Perancangan dan Penyelidikan
Unit Pengubahan Sumber
Unit Abstraksi Air
Pejabat Wilayah Selangor/Bernam
PEMILIK
Tiada.
Belum dilaksanakan.
Belum dilaksanakan.
Tiada.
Belum dilaksanakan.Pelan ukur untuk 159 cabang sungai.Belum dilaksanakan.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
STATUS SEMASA
24 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
STRATEGI
C. Penyediaan pelan pengurusan lembangan sungai dan pantai.
PROGRAM
iv) Menjalankan kajian kesesuaian jeti komersil berdasarkan mod pengangkutan bagi Sungai Langat dan Sungai Klang.
v) Menjalankan kajian garis panduan rekabentuk struktur jeti perikanan Negeri Selangor.
vi) Melaksanakan kajian peningkatan kualiti air kolam alternatif.
vii) Melaksanakan kajian pengurusan keselamatan sumber air berdasarkan aktiviti rekreasi air.
viii)Menyediakan pelan kemarau bersepadu Negeri Selangor.
ix) Melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek desalinasi untuk tujuan sumber air.
i) Menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi Lembangan Sungai Bernam.
ii) Menjalankan semakan semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi Lembangan Sungai Selangor.
iii) Menjalankan semakan semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi Lembangan Sungai Klang.
iv) Menjalankan semakan semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi Lembangan Sungai Langat.
AKTIVITI
1 kajian.
1 kajian.
3 kajian.
1 kajian.
1 kajian.
1 projek.
1 pelan.
1 pelan semakan semula.
1 pelan semakan semula.
1 pelan semakan semula.
PETUNJUK PRESTASI
2017
2017
2017-2021
2018
2017-2018
2018-2019
2017-2019
2020-2021
2021
2020
TEMPOH PELAKSANAAN
Unit Pengubahan Sumber
Unit Pengubahan Sumber
Unit Kawalan Badan Air
Unit Kawalan Badan Air
Unit Kawalan Badan AirUnit Kawalan Badan Air
Pejabat Wilayah Selangor/Bernam
Pejabat Wilayah Selangor/Bernam
Pejabat Wilayah Klang/Sungai Buloh
Pejabat Wilayah Langat/Sepang
PEMILIK
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Belum dilaksanakan.
Belum dilaksanakan.
Belum dilaksanakan.
STATUS SEMASA
25PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
4. Pemerkasaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
STRATEGI
D. Pengurusan navigasi jalan air pedalaman.
A. Pemerkasaan dasar dan perundangan.
PROGRAM
v) Menjalankan semakan semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) bagi daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
vi) Menjalankan semakan semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) bagi daerah Klang dan Kuala Langat.
vii) Menjalankan semakan semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) bagi daerah Klang dan Kuala Langat.
viii)Menjalankan semakan semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) bagi daerah Sepang.
ix) Menyediakan pelan tindakan menangani pencemaran di Sungai Sembah.
x) Menyediakan pelan tindakan menangani pencemaran di Sungai Semenyih.
i) Melaksanakan projek pembinaan menara kawalan (VTS) untuk navigasi jalan air pedalaman.
ii) Menyediakan carta hidrografi bagi laluan selamat navigasi jalan air pedalaman.
i) Melaksanakan semakan semula Enakmen LUAS 1999.
ii) Melaksanakan semakan semula undang-undang subsidiari.
iii) Menggubal peraturan.
AKTIVITI
1 pelan semakan semula.
1 pelan semakan semula.
1 pelan semakan semula.
1 pelan semakan semula.
1 pelan.
1 pelan.
1 menara kawalan.
1 carta hidrografi.
1 semakan semula.5 peraturan.
2 peraturan.
PETUNJUK PRESTASI
2018
2018
2018
2019
2017
2017
2018-2019
2019-2020
2017-2021
2017-2021
2017-2021
TEMPOH PELAKSANAAN
Pejabat Wilayah Selangor/Bernam
Pejabat Wilayah Klang/Sungai Buloh
Pejabat Wilayah Langat/Sepang
Pejabat Wilayah Langat/Sepang
Pejabat Wilayah Selangor/Bernam
Pejabat Wilayah Langat/Sepang
Unit Kawalan Badan Air
Unit Kawalan Badan Air
Unit Pendakwaan
Unit Pendakwaan
Unit Pendakwaan
PEMILIK
Belum dilaksanakan.
Belum dilaksanakan.
Belum dilaksanakan.
Belum dilaksanakan.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Di dalam proses kajian.Belum dilaksanakan.1 peraturan dalam semakan akhir.
STATUS SEMASA
26 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
STRATEGI PROGRAM
iv) Menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) penguatkuasaan.
v) Menyediakan garis panduan Aktiviti Pengubahan Sumber.
vi) Menyediakan manual permohonan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber.
vii) Mewujudkan mekanisme pemantauan lesen.
viii)Menyediakan garis panduan kriteria hak sara diri untuk semua aktiviti abstraksi sumber air.
AKTIVITI
2 SOP.
1 dokumen garis-garis panduan.1 manual.
1 mekanisme.
1 garis panduan.
PETUNJUK PRESTASI
2018-2019
2017-2018
2017-2018
2019
2017
TEMPOH PELAKSANAAN
Unit Penguatkuasaan
Unit Pengubahan Sumber
Unit Pengubahan Sumber
Unit Pelesenan
Unit Abstraksi Air
PEMILIK
4 SOP.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
STATUS SEMASA
27PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
OBJEKTIF II - KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENYAMPAIAN
Kecekapan dan keberkesanan penyampaian LUAS dipengaruhi oleh 3 perkara utama. Dari segi sumber manusia; ianya relevan, dari segi kewangan; ianya mampu, dan dari segi infrastruktur; ianya mencukupi. Dengan keseimbangan 3 perkara utama ini serta sokongan kuasa data dan maklumat, perkhidmatan yang berkualiti lebih mudah untuk dicapai.
STRATEGI
1. Pemantapan dan pengukuhan sumber manusia.
2. Pemantapan dan pengukuhan kewangan.
3. Pemerkasaan infrastruktur, aset dan sistem.
4. Pemerkasaan data dan maklumat.
5. Penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
PENJELASAN
Sumber manusia di LUAS perlu relevan, iaitu seimbang di antara kuantitinya dan perkhidmatan yang dilaksanakan, serta juga seimbang di antara kualitinya dengan ekspektasi dan hala tuju.
Kedudukan kewangan yang stabil serta perancangan kewangan yang tersusun adalah penggerak kepada pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab LUAS yang lancar.
Fungsi dan tanggungjawab LUAS menggambarkan kekuatan sumber manusia yang perlu ada. Sumber manusia pula menggambarkan infrastruktur dan keperluan yang perlu sedia. Justeru, infrastruktur dan aset perlu siaga dan seimbang dengan kehendak fungsi dan tanggungjawab LUAS.
Data dan maklumat adalah elemen penting di dalam proses membuat keputusan. Ianya juga memberi kefahaman kepada pihak luar tentang ruang lingkup perkhidmatan yang disampaikan. Apabila kuasa data dan maklumat dapat dimanfaatkan sepenuhnya, perkhidmatan lebih mudah disampaikan dan diterima.
Penyampaian perkhidmatan yang berkualiti perlu diiringi pengiktirafan dan pengurusan kualiti yang bertepatan. Ianya menjadi garis panduan supaya kualiti yang ditafsirkan adalah di atas landasan yang tepat.
28 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
1. Pemantapan dan pengukuhan sumber manusia.
2. Pemantapan dan pengukuhan kewangan.
3. Pemerkasaan infrastruktur, aset dan sistem.
4. Pemerkasaan data dan maklumat.
STRATEGI
A. Keseimbangan sumber manusia dan perkhidmatan.
B. Kualiti sumber manusia seiring hala tuju organisasi.
A. Pengurusan dan perancangan kewangan yang seimbang.
A. Pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur dan aset.
B. Pengukuhan rangkaian dan keselamatan teknologi maklumat.
A. Pengurusan data dan maklumat yang komprehensif.
PROGRAM
i) Menjalankan penstrukturan semula organisasi.
i) Menyediakan modul latihan kemahiran dan pengetahuan kakitangan.
i) Mewujudkan pelan rancangan kewangan organisasi.
ii) Mewujudkan perkhidmatan analisa sampel air kepada pihak luar.
i) Mewujudkan pelan pembangunan infrastruktur dan aset organisasi.
ii) Membangunkan perkhidmatan LUAS Careline.
iii) Membangunkan pejabat cawangan wilayah.
iv) Membangunkan Disaster Recovery Centre (DRC).
i) Membangunkan virtual environment technology.
ii) Membangunkan sistem keselamatan dan pemantauan aplikasi (web application firewall)
iii) Menjalankan Security Posture Assessment (SPA).
i) Mewujudkan gedung data organisasi dan sumber air.
ii) Menerbitkan buku maklumat sumber air Negeri Selangor.
AKTIVITI
1 penstrukturan setiap 2 tahun.
1 modul setiap tahun.
1 pelan.
Perkhidmatan analisa sampel air.
1 pelan.
1 perkhidmatan.
1 pejabat cawangan.1 projek.
1 projek.
1 sistem.
1 laporan penilaian.
1 gedung.
1 buku.
PETUNJUK PRESTASI
2017 dan 2019
2017-2021
2017
2018-2019
2017
2017-2018
2019-2020
2017
2019-2020
2017-2018
2018-2019
2018
2017-2018
TEMPOH PELAKSANAAN
Unit Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti
Unit Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti
Unit Kewangan
Unit Pengurusan Makmal
Unit Pengurusan Pejabat
Unit Korporat
Unit Pengurusan PejabatUnit Teknologi Maklumat
Unit Teknologi MaklumatUnit Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat
Unit Korporat
Unit Korporat
PEMILIK
Penstrukturan terakhir pada tahun 2014.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
2 pejabat cawangan.Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
STATUS SEMASA
29PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
5. Penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
STRATEGI
B. Penyediaan sistem pintar sebagai pemudahcara penyampaian perkhidmatan.
A. Pelaksanaan program pengurusan kualiti.
PROGRAM
i) Membangunkan sistem maklumat perkhidmatan teras.
ii) Membangunkan sistem maklumat sokongan.
iii) Melaksanakan integrasi sistem maklumat.
i) Menambahkan skop pensijilan MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014.
ii) Mendapatkan pensijilan MS ISO 17025:2005 di bawah Skim Akreditasi makmal Malaysia (SAMM).
iii) Mendapatkan pensijilan MS ISO 27001:2013 Information Security Management System (ISMS).
iv) Mendapatkan pensijilan MS ISO 14001:2015 Environmental Management System (EMS) bagi Sungai Damansara.
v) Mendapatkan pensijilan Good Laboratory Practices di bawah Skim Akreditasi makmal Malaysia (SAMM).
vi) Mendapatkan pensijilan SAGA (Standard Accounting System for Government Agencies).
AKTIVITI
3 sistem.
2 sistem.
2 integrasi.
3 skop perkhidmatan teras.1 pensijilan.
1 pensijilan.
1 pensijilan.
1 pensijilan.
1 pensijilan.
PETUNJUK PRESTASI
2017-2021
2017-2021
2017-2021
2017-2021
2017
2020-2021
2021
2019
2017-2018
TEMPOH PELAKSANAAN
Unit Teknologi MaklumatUnit Teknologi MaklumatUnit Teknologi Maklumat
Unit Korporat
Unit Pengurusan Makmal
Unit Teknologi Maklumat
Pejabat Wilayah Klang/Sungai Buloh
Unit Pengurusan Makmal
Unit Kewangan
PEMILIK
6 sistem.
7 sistem.
2 integrasi.
MS ISO 9001:2008 bagi 1 skop.Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
STATUS SEMASA
30 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
OBJEKTIF III - PENGUKUHAN DAN KEBERKESANAN KERJASAMA STRATEGIK
Kejayaan sesebuah pengurusan tidak diperolehi melalui tindakan bersendirian. Sokongan dan jaringan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dari pihak berkepentingan adalah pelengkap kepada kecemerlangan pengurusan tersebut. Kebersamaan perlu wujud di dalam setiap keputusan dan tindakan yang mana pada akhirnya memberi kemenangan kepada setiap yang terlibat.
STRATEGI
1. Kesepaduan organisasi berkepentingan.
2. Keterlibatan pihak berkepentingan awam.
PENJELASAN
Keselarian dan persefahaman di antara pelbagai organisasi berkepentingan adalah kunci kepada satu keputusan dan tindakan yang tepat. Kesepaduan tersebut akan membentuk satu institusi pengurusan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Pelengkap kepada jaringan kerjasama sesebuah pengurusan itu adalah masyarakat secara umumnya. Kesedaran secara berterusan perlu diberikan kepada masyarakat secara langsung atau tidak langsung melalui keterlibatan mereka di dalam ruang lingkup pengurusan tersebut.
31PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
1. Kesepaduan organisasi berkepentingan.
2. Keterlibatan pihak berkepentingan awam.
STRATEGI
A. Penyelarasan hal ehwal sumber air bersempadanan.
A. Perancangan dan pelaksanaan secara consultative dan inclusive.
B. Promosi dan publisiti.
C. Pendidikan dan kesedaran awam.
PROGRAM
i) Memeterai memorandum persefahaman bagi negeri-negeri yang bersempadanan.
i) Melaksanakan program penyertaan awam di dalam proses perancangan dan pelaksanaan berkaitan sumber air.
i) Melaksanakan kempen pengiklanan.
ii) Mewujudkan slot informasi sumber air di dalam media tempatan.
iii) Menganjurkan Selangor International Water Forum.
i) Melaksanakan program jalinan kolaboratif strategik.
AKTIVITI
1 memorandum.
1 program.
1 kempen.
1 slot di dalam 1 media tempatan.1 forum.
3 pihak dilantik untuk melaksanakan program-program kesedaran awam organisasi.
PETUNJUK PRESTASI
2017-2021
2017-2021
2018-2019
2017-2018
2018
2017-2021
TEMPOH PELAKSANAAN
Unit Pendakwaan
Unit Korporat
Unit Korporat
Unit Korporat
Unit Korporat
Unit Korporat
PEMILIK
Belum dilaksanakan.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
Tiada.
STATUS SEMASA
32 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
MEKANISME PEMANTAUAN
PELAKSANAANPelan Strategik LUAS 2017 - 2021 ini adalah rujukan utama LUAS bagi tempoh lima (5) tahun di dalam usaha untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Setiap perkara yang dirancang di dalam pelan ini akan dilaksanakan seperti berikut;
1. Menterjemahkan setiap strategi, program, aktiviti dan petunjuk prestasi ke dalam Rancangan Kerja Tahunan (RKT) setiap bahagian dan unit setiap tahun, dan
2. Melakukan penyesuaian terhadap aktiviti-aktiviti rutin (seperti pemantauan lesen, siasatan tapak, dll) kepada strategi, program dan aktiviti di dalam pelan ini dan disertakan di dalam RKT bahagian dan unit setiap tahun.
Pemantauan terhadap pelaksanaan segala perancangan di dalam pelan ini akan dilakukan dengan kekerapan dua (2) kali setahun. Ianya akan diikuti dengan penambahbaikan atau pindaan ke atas perancangan-perancangan tersebut yang dirasakan perlu supaya ianya kekal relevan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pelan. Pemantauan dan penambahbaikan akan dilakukan bersama semua ketua bahagian dan unit seperti berikut;
1. Melalui pencapaian setengah tahun RKT setiap bahagian dan unit, dan2. Melalui pencapaian tahunan RKT setiap bahagian dan unit
33PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
PENUTUPKeharmonian di dalam pengurusan sumber air meliputi pelbagai aspek. Pembangunan bagi mencapai hasrat wawasan Negeri Selangor perlu dicapai tanpa mengabaikan sumber air yang menjadi nadi kehidupan. Manakala pengurusan sumber air yang berkesan adalah hasil daripada usaha dan kerjasama semua pihak. Sekiranya semua elemen yang dimiliki oleh setiap pihak terlibat digerakkan seiringan, ianya akan memberi impak yang besar kepada Negeri Selangor dan rakyat terutamanya di dalam hal ehwal sumber air. Keharmonian inilah yang cuba dikukuhkan oleh LUAS sebagai sebuah agensi perintis dan peneraju pengurusan sumber air negara.
Tiga (3) objektif yang mengandungi sebelas (11) strategi di dalam pelan ini adalah hasil percambahan idea dan pandangan jauh jawatankuasa terhadap perkara yang perlu dilaksanakan oleh LUAS untuk kekal relevan dan cemerlang. Berpaksikan kepada keharmonian setiap elemen yang wujud di dalam pengurusan sumber air, Pelan Strategik LUAS 2017 - 2021 ini adalah kesinambungan perancangan LUAS di dalam usaha untuk melangkah setapak lagi menuju visi dan misi.
34 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
GLOSARI“Air” termasuk;
a) Air di dalam sumber air,
b) Air yang dikembalikan secara buatan ke dalam sumber air termasuk saliran dan air larian permukaan,
c) Air sisa, kumbahan dan effluen terhasil daripada kawasan kediaman, perniagaan, perindustrian atau aktiviti pertanian,
d) Hujan, dan
e) Air yang dikitar semula.
“Sumber air” bermaksud;
Mana-mana sungai, badan air dan air bumi dan sumber yang berada dalam lingkungan sungai, badan air dan air bumi.
35PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
SINGKATANICM - Integrated Coastal Management
IRBM - Integrated River Basin Management
JPBD - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran
LUAS - Lembaga Urus Air Selangor
MMKN - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
RKT - Rancangan Kerja Tahunan
SAGA - Standard Accounting System for Government Agencies
SPAN - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
Y.B - Yang Berhormat
36 PELAN STRATEGIK Lembaga Urus Air Selangor 2017-2021
“You can never cross the ocean unless you have the courage to lose sight of the shore”
- Christopher Columbus
“Always have a plan, and believe in it. Nothing happens by accident”
- Chuck Knox
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR2017-2021
PELANSTRATEGIKLEMBAGA URUS
AIR SELANGOR
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah Seksyen 14,40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 - 5511 1800 Faks : 03 - 5510 [email protected]
Lembaga Urus Air Selangor
luas_selangor
lembagaurusairselangor
www.luas.gov.my