lesson plan timbul dan tenggelam

Upload: lilyhanni

Post on 09-Oct-2015

131 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH dst tahun 1

TRANSCRIPT

Matapelajaran

: Dunia Sains dan TeknologiTarikh

: 9 September 2013

Kelas : 1 Iltizam

Masa : 8.45 - 9.45 pagiTema

: Sains HayatTajuk : 11. Timbul dan TenggelamStandard Kandungan : 11.1 - Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelamStandard Pembelajaran : 11.1.1 Mengenalpasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan. 11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,

Penulisan atau lisan.

Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat

mengenalpasti objek yang timbul dan tenggelam.Standard Prestasi

: B4D5E1

KPS

: Mengelas

Kaedah

: Eksperimen dan perbincangan

Kem. Saintifik

: Asas Mengelas, Memerhati

Bersepadu mengeksperimen, membuat hipotesis

Kemahiran Berfikir

: Pemikiran Kritis membanding dan membeza, mencirikan

Pemikiran kreatif menjana idea, membuat inferens

Sikap Saintifik dan Nilai: Bekerjasama

Murni

Pengetahuan Sedia Ada: Objek yang berat akan tenggelam dan objek ringan timbul.

BBM: Besen, bola pingpong, batu, air, gunting, daun, sudu plastik, pembaris plastik, pensel, getah pemadam, klip kertas, duit syiling.

Pentaksiran

: Aktiviti Pengayaan

FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASICATATAN

Set Induksi

- Guru menunjukkan satu situasi di kolam renang iaitu budak menggunakan pelampung untuk mandi.

( Lihat lampiran 1)- murid diminta meneka tajuk pembelajaran.Apa yang dapat kamu lihat di dalam gambar?

Mengapa budak tersebut menggunakan pelampung apabila mandi di kolam renang?Siapa tahu apa tajuk pembelajaran kita pada hari ini?KPS : Memerhati

KBKK : Membuat hipotesis

BBM : Gambar

Fasa Pencetusan Idea

- Guru menyediakan objek-objek seperti:

(klip kertas, pensel, pembaris plastik, sudu plastik, getah pemadam, batu,gunting duit syiling dan daun)- Murid diminta melihat objek-objek yang telah disediakan oleh guru.- Guru meminta murid meramal objek tersebut samada ianya timbul atau tenggelam. Murid diberi lembaran kerja.

( Lihat lampiran 2)

- Murid menulis ramalan mereka didalam lembaran kerja yang disediakan.

- kamu diminta menulis ramalan masing-masing terhadap objek yang diberikan samada ianya timbul atau tenggelam. KPS : Membuat Ramalan, memerhati

KBKK : Menjana idea

BBM : klip kertas, pensel, sudu plastic, getah pemadam, pembaris plastic, batu, daun, syiling),

Lembaran kerja

Fasa Penstrukturan Semula Idea

- Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

- Setiap kumpulan diberikan satu bekas berisi air dan objek-objek seperti di dalam lembaran kerja iaitu:

(klip kertas, pensel, pembaris plastic, sudu plastic, getah pemadam , batu, duit syiling, daun dan gunting)

- Murid diminta menguji sendiri objek- objek yang diberi dan merekod di dalam lembaran yang telah diberikan sebelum ini.

- Murid diminta membandingkan hasil eksperimen yang telah dibuat dengan ramalan mereka sebelum ini.

- beberapa murid dipanggil untuk membaca hasil eksperimen dan diminta untuk menyatakan kesalahan yang telah dibuat.

- guru menunjukkan semula ujikaji 2 objek (besar dan kecil) kepada murid iaitu bongkah kayu dan klip kertas.

-Murid diminta menyatakan secara beramai-ramai hasil daripada ujikaji yang dilihat.

Bongkah kayu? - timbul

Klip kertas? tenggelam

- guru menyoal murid berkaitan saiz 2 objek tersebut.

- guru menerangkan semula bahawa objek yang besar tidak semestinya tenggelam dan objek yang kecil tidak semestinya timbul. Ia bergantung kepada bahan asas objek tersebut yang membolehkannya tenggelam atau timbul.

- murid ditunjukkan contoh lain iaitu gambar orang menaiki sampan.

( Lihat lampiran 3)

- murid diminta menyatakan samada sampan tersebut tenggelam atau timbul.

- murid juga disoal samada sampan tersebut kecil atau besar.

Kamu perlu membuat eksperimen ini untuk mengetahui objek yang mana akan tenggelam dan objek yang timbul.

Setelah eksperimen dilakukan, kamu perlu mengisi jawapan pada lembaran kerja yang diberikan.

Cuba kamu perhatikan sampan ini, adakah sampan ini tenggelam atau timbul?

Sampan ini kecil atau besar?

Mengapakah sampan ini timbul?KPS : Membuat eksperimen, Meramal

KBKK : Menjana idea

BBM: besen, air, klip kertas, gunting, batu, syiling, pembaris plastic, sudu plastic, daun, lembaran kerja, bongkah kayu

Fasa Aplikasi Idea

- murid ditunjukkan dengan gambar kayu balak yang telah ditebang

dihanyutkan oleh air sungai ke kawasan pengumpulan kayu.

( Lihat lampiran 4)

- murid disoal samada kayu balak tersebut tenggelam atau timbul dan meminta mereka mengaitkan dengan saiz kayu balak tersebut.

Cuba kamu perhatikan kayu balak yang telah ditebang, mengapa ianya dihanyutkan oleh air sungai ke kawasan pengumpulan kayu?

Kayu balak objek yang besar atau kecil?

Refleksi/Penutup

- murid diminta untuk mencuba objek lain yang mereka ingin diketahui samada ianya tenggelam atau timbul.

-murid diminta membuat kesimpulan daripada pembelajaran mereka pada hari ini.

- Murid membuat lembaran kerja yang disediakan.

Refleksi :