lesson study 2012
DESCRIPTION
contoh lesson studyTRANSCRIPT
Cemerlang Panitia Matematik Tambahan Laporan Kursus Dalaman
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEAFIELD
JALAN USJ 2/5, 47600. SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
LATIHAN DALAMAN “LESSON STUDY”
PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN
Pn Ho Siew Hoon
Pn Chuah Lay Suan
Pn Indra Devi
Pn Azlin Ainolniza Sani
1
Cemerlang Panitia Matematik Tambahan Laporan Kursus Dalaman
1.0 PENDAHULUAN
“LESSON STUDY” merupakan satu proses pembangunan profesional yang
melibatkan proses yang sistematik dalam memeriksa amalan atau kerja-kerja yang
telah dilakukan bagi mendapatkan output yang optimum. “LESSON STUDY”
dilakukan dengan cara berkumpulan dan setiap ahli kumpulan melakukan kerja
bersama-sama bagi memperbaiki setiap masalah yang timbul.
“LESSON STUDY” bagi guru pula melibatkan beberapa orang guru yang
berpengalaman dan kurang pengalaman yang bergabung untuk mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. “LESSON STUDY” dalam sistem
pendidikan melibatkan perancangan, pengajaran, memerhati dan mengkritik
pengajaran.
2.0 MATLAMAT
Memperbaiki pengajaran guru dan mempertingkatkan penguasaan pengetahuan dan
kemahiran guru dalam matapelajaran Matematik Tambahan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 OBJEKTIF AM
3.1.1 Meningkatkan profesionalisme guru SMK Seafield.
3.1.2 Guru menuju kearah penambah-baikan keberkesanan.
3.1.3 Melonjakkan sekolah SMK Seafield ke tahap kecemerlangan.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Guru dapat :
3.2.1 Meningkatkan taraf keberkesanan sebagai seorang guru dalam penyampaian P&P
Matematik Tambahan.
3.2.2 Menyediakan bahan persembahan yang kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian P&P efektif, menarik dan menyeronokkan.
3.2.3 Meningkatkan minat dan motivasi pelajar pelajar dalam matapelajaran Matematik
Tambahan.
2
Cemerlang Panitia Matematik Tambahan Laporan Kursus Dalaman
4.0 JAWATANKUASA
Jawatankuasa “LESSON STUDY” Matematik Tambaha terdiri daripada Guru
Kanan Mata Pelajaran , Ketua Panitia Matematik Tambahan, dan Guru-guru
Matematik Tambahan.
5.0 CARTA ORGANISASI
6.0 SASARAN
Guru-guru Matematik Tambahan.
7.0 PELAPORAN PELAKSANAAN
7.1 Ketua Panitia memberi penerangan tentang perlaksanaan proses “LESSON STUDY”.
Guru-guru berbincang bersama tajuk dalam pemilihan tajuk yang sesuai dan guru yang
terlibat sebagai pengajar.
7.2 Tajuk yang dipilih ialah Differentiation dan kelas-kelas yang terlibat merupakan kelas
yang mempunyai aras pengetahuan yang sama.
3
Guru Kanan Sains dan Matematik
Pn Loy Joke Jong
Ketua Panitia
Pn Ho Siew Hoon
Guru Matematik Tambahan
Pn Chuah Lay Suan (Guru Cemerlang)
Pn Indra Devi A/P Vallipan
Pn Azlin Ainolniza Sani
Cemerlang Panitia Matematik Tambahan Laporan Kursus Dalaman
7.3 Guru pengajar perlu menyediakan Rancangan Mengajar yang lengkap termasuk aktiviri-
aktiviti yang sesuai untuk P & P pada hari tersebut.
7.4 Semasa P&P dijalankan, guru-guru pencerap akan mengisi borang “LESSON STUDY”
mengenai penglibatan pelajar, keberkesanan, kekuatan dan kelemahan P&P serta cara-
cara memperbaiki P&P yang seterusnya
7.5 Setiap kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran, guru pengajar dan guru pencerap
berbincang bersama-sama mengenai pengajaran dan pembelajaran yang baru selesai.
Guru-guru mengeluarkan komen, idea dan cadangan masing-masing untuk memperbaiki
proses P &P yan g dijalankan sekaligus meningkatkan kemahiran guru.
Jadual pelaksaan “LESSON STUDY” adalah seperti berikut:
BUTIRAN TARIKH
PELAKSANAAN
CARA PELAKSANAAN
Perbincangan pelaksanaan “LESSON STUDY”
Belum ditetapkan Perbincangan semasa Mesyuarat Panitiapada 3 Julai 2012
“LESSON STUDY” 3 September 2012 Tempat : 4 FasihPengajar : Pn Azlin Ainolniza SaniPencerap: Pn Ho Siew Hoon Pn Chuah Lay Suan Pn Indra Devi
8.0 PEMANTAUAN
Pemantauan dijalankan oleh Guru Kanan Sains dan Matematik Pn Loy Joke Jong.
9.0 PENILAIAN
Perlaksanaan kursus dalaman tentang “LESSON STUDY” dan pelaksanaan
“LESSON STUDY” telah dijalankan dengan jayanya. Respon guru-guru terhadap
“LESSON STUDY” sangat positif dan memberangsangkan. Semua guru Matematik
Tambahan bekerjasama dalam perbincangan “LESSON STUDY” supaya P&P
seterunya diperbaiki. Oleh itu dalam “LESSON STUDY” yang ketiga, guru-guru telah
4
Cemerlang Panitia Matematik Tambahan Laporan Kursus Dalaman
mendapat inspirasi dalam menangani pelajar dan meperbaiki kelemahan masing-
masing, seterunya mengapplikasikan kemahiran yang diperlajari dalam P&P yang
akan datang.
10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kesuntukan masa dalam perancangan dan penyediaan “LESSON STUDY” ini
merupakan faktor penghalang perjalanan “LESSON STUDY”. Adalah menjadi
harapan panitia adalah supaya perancagan dibuat lebih awal supaya guru-guru pengajar
lebih bersedia dan kemungkinan alat bantu mengajar yang sesuai boleh digunakan bagi
membantu P&P yang lebih berkesan.
11.0 PENUTUP
“LESSON STUDY” telah memberi pendedahan yang baik kepada guru panitia
Matematik Tambahan dalam peningkatan keberkesanan P&P. Dengan besar
harapannya semoga semua guru dapat meningkatkan kualiti profesion keguruan dan
justeru melonjakkan sekolah SMK Seafield ke tahap kecemerlangan.
Disediakan oleh, Ho Siew Hoon Ketua Panitia Matematik Tambahan
5
Cemerlang Panitia Matematik Tambahan Laporan Kursus Dalaman
Perbincangan dijalankan antara guru selepas Lesson Study dijalankan.
6