ling shin yi-cerpen

Upload: samuelnsh

Post on 04-Nov-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

powerpoint

TRANSCRIPT

CERPEN

CerpenIbu dan Ceper karya Shahnon Ahmad

SinopsisSungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis menbandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. Kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah padi bagi menyara keluarganya. Ibu merupakan seorang wanita yang rajin.Selain bersawah,ibu menetak mengkuang bagi menabung kelangsungan hidup keluarga.Ibu aktif juga dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti membantu kenduri-kendara dan menziarahi jiran sekiranya ada kematian.Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga.Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat keratnya untuk mengusahakan sawah padi.Si suami banyak menghabiskan masa memenuhi hobinya,iaitu memikat burung ketitir.Penulis menjelaskan bahawa Sungai Ceper mendatangkan bencana juga kepada mereka.Ketika banjir,air Sungai Ceper memusnahkan padi yang ditanam oleh ibu.Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir.Selain banjir,kemarau mengancam penduduk kampung juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air dari perigi. Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan ayahnya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Sebagai akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi.Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyara keluarga. Penulis teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua.Ketika menjaga ibu yang sudah tua,kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukannya yang menggores perasaan ibu tua.Penulis amat menyesali ketelanjurannya. Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakin kotor sebagai akibat pencemaran.Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut.Air Sungai Ceper semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan Sungai Ceper gagal berfungsi. Air Sungai Ceper tidak mengalir lagi.Kekotoran yang terdapat dalam Sungai Ceper amat menjijikkan. Kini,penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi.Walau bagaimanapun,keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya.Hal ini demikian kerana Sungai Ceper tidak mampu lagi mengairi sawah padi seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda dahulu.Mengikut pengamatan penulis,kematian ibunya sama keadaannya seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.TemaKeprihatinan penulis terhadap pencemaran alam sekitar dan kasih sayangnya terhadap ibunyaKehidupan seorang ibu yang menjalani pelbagai kesukaran dalam liku-liku hidup seiring dengan perubahan yang berlaku pada sebatang sungai yang semakin tercemar.

Persoalan Kegigihan seorang perempuan yang memikul tanggungjawab sebagai isteri dan bergelar ibu dalam usahanya menyara kehidupan harian keluarga.Kurangnya kesedaran masyarakat dalam hal penjagaan alam sekitar.Ketabahan anak yang menjaga kebajikan ibunya yang telah tua.

4.Kesusahan masyarakat petani yang tinggal di desa dan bekerja sebagai pesawah.Watak Dan PerwatakanIbuBeliau ibu yang bertanggungjawab menyara keluarga.Beliau melakukan pelbagai pekerjaan seperti bersawah padi dan menetak mengkuangBeliau wanita yang tabah menempuh apa-apa jua cabaran yang mendatang.Biarpun seorang wanita,namun beliau aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan.Misalnya,ibu sering menyertai kenduri-kendara dan menziarahi keluarga penduduk yang kematian ahli keluarga.

5.Beliau tidak menyenangi sikap suaminya yamg suka menghabiskan masa memikat burung ketitir.6.Ada ketikanya beliau menjadi pemarah ekoran bencana alam yang kerap merosakkan tanaman padinya.7.Beliau lumpuh setelah terlanggar tunggul kayu.Kecelakaan yang dialaminya kekal sehingga beliau meninggal dunia. Ayah1.Ayah suami yang kurang bertanggungjawab kerana tidak turun ke sawah untuk menyara kehidupan keluarga.2.Ayah suka membuang masa dengan hobinya,iaitu memikat burung ketitir.3.Ayah hanya menjalankan tanggungjawab membantu keluarga setelah didesak oleh isterinya.

4.Beliau berikhtiar mencari sumber makanan lain apabila padi sawah tidak mendatangkan hasil.Buktinya ,ayah membawa balik gadung setiap kali mendenak ketitir.5.Ayah seorang yang penyayang.Misalnya,ayah membantu menjaga cucu dan memicit isterinya yang sakit.6.Ayah meninggal dunia sebagai akibat jatuh tersungkur di kepala tangga. Aku 1.Aku anak tunggal dalam keluarga.2.Aku amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.3.Aku mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.4.Aku bertanggungjawab menjaga kedua-dua ibu bapanya yang telah tua.5.Aku sudah berumah tangga dan beroleh dua orang anak dan sudah bercucu. LatarLatar tempatLatar tempat berlakunya peristiwa dalam cerpen ini adalah do sebuah desa.Di sinilah terdapatnya sebuah kawasan sawah padi dan sebatang sungai yang mengairinya.Kawasan rimba belantara tempat memikat burung ketitir turut menjadi latar tempat dalam cerpen ini.Selain itu,telaga tempat mengambil air ketika musim kemarau dinyatakan juga dalam cerpen tersebut. Latar masaLatar masa dalam cerpen ini adalah pada waktu siang dan malam.

Latar masyarakatMasyarakat pesawah yang mengusahakan tanaman padi. Contahnya, keluarga aku ialah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi.Masyarakat petani yang menjalankan kerja-kerja pertanian secara tradisional. Contohnya, penduduk di desa akumewakili latar masyarakat ini. Masyarakat petani yang kerap mengalami kesempitan hidup akibat bencana alam yang merosakkan tanaman mereka.Contohnya,keluaga aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah ruah ketika banjir dan airnya kering tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

4.Masyarakat yang mempunyai hobi memikat burung. Contohnya, ayah sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba.5.Masyarakat desa yang hidup saling membantu. Contoh: ibu meluangkan masa menghadiri kenduri-kendara dan menziarahi jiran yang kematian ahli keluarga. 6.Masyarakat yang tidak peka terhadap penjagaan alam sekitar. Contohnya, tingkah laku tidak bertanggungjawab sesetengah anggota masyarakat telah menyebabkan Sungai Ceper menjadi kotor. 7.Masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua. Contohnya, aku: menjaga ibunya yang sudah tua. Teknik PlotPelbagai teknik plot atay teknik penulisan digunakan oleh Shahnon Ahmad untuk mengembangkan plot cerita Ibu dan Ceper, seperti teknik-teknik yang berikut:Teknik pemerianTeknik pemerian ialah penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Contohnya:Kucinta Sungai Ceper sama seperti kecinta ibu. Ia bermula dari satu titir air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang dan berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. [hal.99] Itulah detik-detik yang tidak dapat kulupakan. Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku sendiri todak sedar sewaktu aku menjerit itu. [hal.106]

Teknik dialogTeknik dialog menunjukkan watak dalam cerpen berkomunikasi. Menerusi dialog antara watak, cerita dikembangkan oleh penulus. Antara cara penggunaan teknik dialog dalam cerpen ini termasuklah:Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini! [hal.102] Teknik imbas kembaliTeknik imbas kembali menunjukkan watak atau penulis mengimbau sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada suatu ketoka. Dalam cerpen Ibu dan Ceper, penulis banyak menggunakan teknik imbas kembali dalam cerpen ini termasuklah

Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya di paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolonh ibu uang mengelumang dengan air keruh dan sampah sarap. [hal.102] Aku masih ingat betul lagi. Dan itu sebenarnya empat puluh tahun yang lampau sewaktu aku masih anak teruna dan ibu masih boleh beranak lagi. [hal.106]Itulah detik-detik yang tidak dapat kulupakan. Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku sendiri todak sedar sewaktu aku menjerit itu. [hal.106]Gaya BahasaDalam aspek diksi atau pemilihan kata, pengarang telah menggunakan beberapa perkataan dialek masyarakat utara untuk menggambarkan kehidupan masyarakat desa yang terlibat dalam aktiniti penanaman padi. Misalnya, pengarang menggunakan perkataan selut, baruh, gemal,acilut,reba, meragau, ikan dan terbongkeh.Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang.Dalam cerpen ini, pengarang banyak menggunakan simile, misalnya:seperti air terjun[hal.99],,,bagaikan anak panak yang baru dilepaskan dari busur[hal.99]ibutidur bergolek bagaikan batang pisang[hal.102]airnya keruh macam susu[hal.102]mungkin suara ibu macam suara air[hal.102]Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding denagn kecergasan ibu sendiri.[hal.107]

Pengarang turut menyelitkan beberapa peribahasa. Antaranya termasuklah tulang empat kerat [hal.99] bermaksud tenaga ataukekutan fizikal, naik angin [hal.103] bermaksud marah, dan besar panjang [hal.108] bermaksud sudah dewasa.

Unsur persofinikasi, iaitu sifat manusia diberi oleh penulis kepada makhluk bukan manusia banyak juga ditemukan dalam cerpen ini. Antaranya termasuklah: Ceper terus menggila dan mengamuk [hal.103]Ceper iaitu sungai telah diberi sifat manusia, iaitu menggila dan mengamuk merupakan unsur personifikasi.air Ceper yang memukul dan embedal tebimg [hal.102]air Ceper telah diberi sifat manusia, iaitu tidak memukul dan membedal merupakan unsur personifikasi.

Ceper sudah bener-bener lemas. [hal.108]Ceper telah diberi sifat manusia, iaitu menjadi lemas yang merupakan unsur personifikasi. Seterusnya, pengarang banyak menggunakan perulangan kata untuk menimbulkan keindahan dalam karya, contohnya: bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa undang, bersama lmut yang lembut kehijau-hijauan. [hal.99-100]Kalau musim bersawah, bersawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, dipayalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya. [hal.100]

Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. [hal.103]

NilaiNilai tanggungjawab. Contohnya, sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.Nilai kegigihan. Contohnya, walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.Nilai kerajinan. Contohnya, ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut agak sukar bagi seorang wanita. Nilai kesabaran. Contohnya, ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarganya.Nilai berdikari. Contohnya, ibu mengusahakan sawah padi sendirian tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa. Pengajaran Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. Kita hendaklah gigih menjalani kehidupan walaupun dihimpit kesusahan.Kita perlulah bersabar menghadapi kerenah seseorang.Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri. Kita hendaklah menyayangi ibu bapa yang telah tua denag cara menjaga kebajikan mereka terutamanya ketika mereka semakin tua. Kita janganlah terlalu mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya kita hendaklah berdikari. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada orang ramai.