lisa dan rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik lisa. 12...
TRANSCRIPT
![Page 1: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/1.jpg)
Lisa dan Rahsianya
Disokong oleh:
Pusat Kesedaran Wanita
![Page 2: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/2.jpg)
1
Lisa ialah seorang kanak-kanak
berumur sembilan tahun yang
suka menyanyi. Di rumah, setelah
menyiapkan kerja rumah, Lisa akan
menyanyi kepada adik perempuannya
semasa ibu bapanya menyediakan
makan malam.
![Page 3: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/3.jpg)
2
Satu hari, semasa makan malam,
ibu bapa Lisa memberitahunya
bahawa Pak Cik Jin akan datang
tinggal bersama mereka untuk
sementara waktu. Pak Cik Jin ialah
adik kepada ibu Lisa.
![Page 4: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/4.jpg)
3
Beberapa hari kemudian,
Pak Cik Jin tiba. Dia membawa
beberapa permainan papan
untuk Lisa sekeluarga.
![Page 5: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/5.jpg)
4
Lisa mula bermain permainan
tersebut dengan Pak Cik Jin.
![Page 6: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/6.jpg)
5
Selepas itu, bermain permainan
papan menjadi suatu kebiasaan
untuk keluarga Lisa.
![Page 7: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/7.jpg)
6
Satu hari, Pak Cik Jin terdengar
Lisa menyanyi kepada adiknya.
Pak Cik Jin memberitahu ibu bapa
Lisa yang dia sangat berbakat.
![Page 8: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/8.jpg)
7
Pak Cik Jin memuji Lisa dan
memberikan hadiah kepadanya.
![Page 9: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/9.jpg)
8
Lisa sangat gembira dan
mengucapkan terima kasih.
![Page 10: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/10.jpg)
9
Satu hari, ketika Lisa sedang
menyiapkan kerja rumah di dalam
biliknya, Pak Cik Jin masuk ke
dalam bilik Lisa. Dia memberitahu
Lisa yang dia boleh membantu Lisa
menyiapkan kerja rumahnya.
![Page 11: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/11.jpg)
10
Pak Cik Jin duduk di sebelah Lisa.
Dia memeriksa kerja rumah Lisa
dan memberi Lisa ‘high five’ kerana
semua kerja rumah Lisa betul.
![Page 12: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/12.jpg)
11
Semasa makan malam, Lisa
memberitahu ibu bapanya bahawa
Pak Cik Jin membantunya menyiapkan
kerja rumah. Ibu bapa Lisa sangat
gembira. Mereka berkata ini memberikan
mereka lebih masa untuk melakukan
kerja-kerja rumah, menyiapkan makan
malam dan menjaga adik Lisa.
![Page 13: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/13.jpg)
12
Sekarang, Pak Cik Jin datang
ke bilik Lisa setiap hari untuk
membantu Lisa menyiapkan kerja
rumahnya. Lisa dan Pak Cik Jin
banyak bersembang.
![Page 14: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/14.jpg)
13
Pak Cik Jin meletakkan tangannya
di atas bahu Lisa. Dia berkata,
“Kamu sangat istimewa, Lisa.”
Lisa sangat gembira.
![Page 15: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/15.jpg)
14
Satu hari, semasa Lisa sedang
menyiapkan kerja rumahnya,
Pak Cik Jin masuk ke dalam
bilik Lisa dan menutup pintu.
![Page 16: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/16.jpg)
15
Dia duduk di sebelah Lisa seperti
biasa. Tapi kali ini, dia menyentuh
paha Lisa.
![Page 17: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/17.jpg)
16
Pak Cik Jin memberitahunya, “Ini
cuma satu permainan… kerana kamu
istimewa.” Lisa berasa tidak selesa
dan cuba menjauhkan diri. Pak Cik Jin
memberitahu Lisa, “Jangan beritahu
sesiapa pun tentang perkara ini sebab
tak ada orang yang akan percaya kamu.”
![Page 18: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/18.jpg)
17
Perkara yang sama berlaku
keesokan hari dan hari-hari yang
seterusnya. Lisa tidak tahu apa
yang perlu dibuat. Dia takut.
Dia berhenti menyanyi kepada
adiknya.
![Page 19: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/19.jpg)
18
Ibu Lisa bertanya kepadanya,
“Lisa tak apa-apa ke? Dah lama
ibu tak dengar Lisa menyanyi.”
Lisa berdiam diri. Dia nampak
Pak Cik Jin memerhatikannya
dari tangga rumah.
![Page 20: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/20.jpg)
19
Pak Cik Jin turun ke bawah dan
bertanya, “Hey! Kita makan apa
malam ni?” Ibu Lisa ketawa dan
menjawab, “Pizza!”
![Page 21: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/21.jpg)
20
Di sekolah, Lisa menjadi sangat
pendiam. Kawan baiknya Rani
bertanya kepadanya, “Ada masalah
ke Lisa? Kenapa kamu senyap sangat?
Kenapa kamu tak bermain dengan
kami lagi?” Lisa hanya menggelengkan
kepalanya dan tunduk.
![Page 22: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/22.jpg)
21
Rani memandang Lisa. Dia berkata,
“Kamu nampak sedih. Ibu saya kata,
jika ada sesuatu yang membuatkan
saya sedih atau takut, saya mesti
beritahu seseorang. Saya tak boleh
rahsiakannya. Jadi beritahulah saya.
Kenapa kamu sedih?”
![Page 23: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/23.jpg)
22
Selepas beberapa ketika, Lisa
memandang Rani dan berkata, “Pak Cik
Jin… menyentuh saya… saya tak suka.
Dia buat begitu setiap hari dalam bilik
saya… ketika ibu dan ayah menyediakan
makan malam di dapur. Saya sangat
takut.” Kemudian Lisa menangis.
![Page 24: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/24.jpg)
23
Rani berkata, “Kamu perlu beritahu
ibu bapa kamu.” Lisa berkata, “Saya
tak boleh beritahu mereka kerana
mereka sangat sukakan Pak Cik Jin.
Lagipun Pak Cik Jin kata mereka
tak akan percayakan saya.”
![Page 25: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/25.jpg)
24
Sebaik sahaja Rani pulang ke rumah
dari sekolah, dia memberitahu ibunya,
Puan Mala, tentang apa yang diberitahu
oleh Lisa. Puan Mala sangat terkejut
dan memberitahu Rani yang dia akan
mendapatkan pertolongan untuk Lisa.
Malam itu, Puan Mala menelefon Puan
Julia, guru kelas Rani dan Lisa.
![Page 26: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/26.jpg)
25
Keesokan paginya, Puan Julia
memanggil Lisa dan bertanya
kepadanya apa yang berlaku.
Lisa menceritakan segalanya
kepada Puan Julia.
![Page 27: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/27.jpg)
26
Puan Julia berkata, “Lisa, kamu mesti
berasa sangat takut. Pak Cik Jin
kamu tak sepatutnya buat macam
itu kepada kamu. Memang bagus
kamu tak merahsiakan perkara ini dan
memberitahu Rani. Sekarang, kita kena
pastikan perkara ini tak berlaku lagi.”
![Page 28: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/28.jpg)
27
Puan Julia menelefon ibu bapa
Lisa untuk datang ke sekolah dan
memberitahu mereka apa yang
terjadi.
![Page 29: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/29.jpg)
28
Ibu bapa Lisa sangat terkejut.
Ibu Lisa memeluknya dan berkata,
“Ibu minta maaf di atas apa yang
berlaku kepada kamu. Ibu tak tahu.
Apa yang dilakukan oleh Pak Cik Jin
memang salah. Lisa sangat berani
kerana memberitahu Rani dan Cikgu.”
![Page 30: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/30.jpg)
29
Ayah Lisa berkata, “Kita akan buat
laporan polis sekarang. Pak Cik Jin
tak boleh tinggal dengan kita lagi.
Apa yang Lisa buat memang betul.
Jangan risau. Kami akan pastikan
dia tak sakiti kamu lagi.”
![Page 31: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/31.jpg)
30
Kedua ibu bapa Lisa memeluknya.
![Page 32: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/32.jpg)
31
Ingat: jika kamu terima sentuhan yang
tidak baik, jangan rahsiakannya.
Beritahu seseorang mengenainya.
Itulah cara untuk kamu menghentikan
perbuatan tersebut.
![Page 33: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/33.jpg)
32
Isikan bulatan dengan nama orang
yang kamu percaya dan yang boleh
membantu kamu.
![Page 34: Lisa dan Rahsianya€¦ · kerja-kerja rumah, menyiapkan makan malam dan menjaga adik Lisa. 12 Sekarang, Pak Cik Jin datang ke bilik Lisa setiap hari untuk membantu Lisa menyiapkan](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052520/6078faac78075b01b00fd770/html5/thumbnails/34.jpg)
www.wccpenang.org
WCC Penang
Pusat Kesedaran Wanita adalah sebuah organisasi bukan
berkeuntungan yang ditubuhkan untuk membendung
keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak serta
mempertingkatkan kesaksamaan gender dan keadilan sosial.
Penulis
Prema E. Devaraj
Penterjemah
Hajar Abdul Rahim, Nadila Daud,
Salma Rasid, Asmar Bakhari
Kartunis
Azmi Hussin
Lakaran dan Reka Letak
C-Square Sdn Bhd, Penang
Penerbit
Pusat Kesedaran Wanita
Disokong oleh
Yayasan Hasanah
© 2020, Pusat Kesedaran Wanita, Pulau Pinang