literasi dan numerasi

36
TAJUK 1 : KONSEP LITERASI DAN NUMERASI 1.1 Pengertian literasi dan numerasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Literasi yang juga disebut sebagai celik huruf atau kenal huruf turut menjelaskan tentang keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar, dan bertutur. 1.2 Definisi literasi dan numerasi dalam konteks Program LINUS Definisi Literasi dalam konteks LINUS ialah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Kemahiran literasi terdiri daripada kemahiran membaca dan menulis. TAJUK 2 : PERKEMBANGAN PROGRAM BERKAITAN DENGAN LITERASI DAN NUMERASI 2.1 Perkembangan program berkaitan literasi dan numerasi. Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya; Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.

Upload: hanis-jumali

Post on 23-Nov-2015

414 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

TAJUK 1 : KONSEP LITERASI DAN NUMERASI1.1 Pengertian literasi dan numerasi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Literasi yang juga disebut sebagai celik huruf atau kenal huruf turut menjelaskan tentang keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar, dan bertutur.

1.2 Definisi literasi dan numerasi dalam konteks Program LINUS

Definisi Literasi dalam konteks LINUS ialah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Kemahiran literasi terdiri daripada kemahiran membaca dan menulis.

TAJUK 2 : PERKEMBANGAN PROGRAM BERKAITAN DENGAN LITERASI DAN NUMERASI

2.1Perkembangan program berkaitan literasi dan numerasi.Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya; Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II. PROTIM selepas UPSR.

Oleh sebab itulah KPM melancarkan sub-NKRA iaitu Literasi dan Numerasi. Objektif utama program tersebut ialah setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dana numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Di samping itu, program LINUS juga turut dibentuk di mana LINUS merupakan singkatan bagi Ujian Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS merupakan program pemulihan yang direka untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi (Matematik) di akhir Tahun 3 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada pelajar yang mempunyai kesukaran dalam kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira).

2.2 Program literasi dan numerasi sebelum KBSR.Program literasi dan numerasi yang ada sebelum KBSR ialah Program Pemulihan. Program pemulihan telah bermula di Malaysia sejak 1960-an lagi. Pemulihan ialah rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan atau lapisan masyarakat. Rancangan pembelajaran pemulihan ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program ini hanya meliputi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Murid-murid yang ketinggalan, lemah atau belum menguasai kemahiran asas 3M akan menjalani program pemulihan dalam bilik darjahnya sendiri semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia yang dijalankan oleh guru Bahasa Malaysia. Program pemulihan diperluaskan fungsi dan pelaksanaannya. Guru Bahasa Melayu yang berkebolehan diberikan latihan khusus tentang pendidikan pemulihan bagi membolehkan guru-guru ini mengendalikan program pemulihan. Atas komitmen guru-guru ini, program pemulihan telah memainkan peranan yang besar ke arah pertumbuhan dan perkembangan literasi dan numerasi peringkat awal kanak-kanak.

2.3 Program literasi dan numerasi dalam KBSR.Antara program literasi dan numerasi dalam KBSR ialah penekanan 3M dalam KBSR. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. a. Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.b. Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. c. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

d. Kemahiran membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. e. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginativef. Kemahiran Mengira Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Matematik ini telah diolah dan disusun semula. Langkah yang diambil ini adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran Matematik kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan. Seterusnya dapat merealisasikan kerjaya yang cemerlang untuk diri, masyarakat dan negara.

Selain penekanan kepada 3M, program literasi da numerasi yang dijalakan ialah Pendidikan Pemulihan dalam KBSR. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979: (PERAKUAN 5)Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu. Sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR pada tahun 1983. Kurikulum baharu ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR. Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M. Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakan withdrawal system.

2.4 Program KIA2M, PROBIM, PROTIM dan LINUS.

a. Program KIA2MKIA2M merupakan singkatan bagi Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis. KIA2M telah dilaksanakan pada Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (TERAS KETIGA: MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN). Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) , KPM diberi mandate untuk melaksanakan Program KIA2M ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti kelas KIA2M dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Program KIA2M merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga daripada kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan di dalam kelas. KIA2M dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun 1. Keseluruhan program ini dijalankan selama tiga atau enam bulan. Semua murid Tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan KIA2M. Murid yang gagal melepasi Ujian Penapisan akan mengikuti program KIA2M. Pengajaran dan pembelajaran KIA2M dijalankan dalam waktu P&P Bahasa Melayu. Di samping itu, kemahiran KIA2M ini juga diajar secara penyerapan dalam waktu P&P Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. P&P KIA2M hanya melibatkan guru yang terlatih sahaja. Guru pemulihan amat digalakkan membantu guru KIA2M terutama dalam aspek P&P seperti pedagogi dan penyediaan bahan.

Matlamat utama program KIA2M adalah; Memastikan 100% murid Tahun 1 menguasai 2M. Membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Menyemai semangat berminat untuk belajar.

b. PROBIMPROBIM juga dikenali sebagai Program Bimbingan Khas Matematik. Program ini merupakan satu rancangan khas yang dimulakan dari Tingkatan 1 untuk membantu pelajar yang lemah dalam matematik. Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Kementerian Pendidikan telah meluluskan cadangan ini pada 12 Julai 93. Projek Perintis program ini telah dilaksanakan di 12 buah sekolah yang terpilih dari semua negeri pada sesi persekolahan 1993/1994 dan di 28 buah sekolah pada sesi persekolahan 1994/1995. Hasil daripada projek perintis ini menunjukkan bahawa bahan sokongan pengajaran yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam kerja matematik sekolah rendah dengan signifikannya manakala peningkatan prestasi dalam kerja matematik Tingkatan 1 masih boleh dipertingkatakan lagi.Program Bimbingan Khas Matematik Tingkatan 1 (ProBiM) 1) telah dilancarkan secara berperingkat mulai sesi persekolahan 1995/1996 di 70 buah sekolah, kemudian dilanjutkan kepada semua sekolah pada sesi persekolahan 1997. Pusat Perkembangan Kurikulum telah melatih 15 orang kakitangan sumber untuk setiap negeri. Kursus orientasi untuk kakitangan sumber ini telah dijalankan pada tahun 1995 hingga 1996. Kursus di peringkat negeri untuk sekolah lain dirancangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dengan bantuan kakitangan sumber tersebut.Tujuan program ini dijalankan adalah ditujukan kepada pelajar yang memasuki Tingkatan 1 dengan tahap pencapaian matematik KBSR yang masih belum memuaskan. Tumpuan ProBiM ialah untuk membentuk minat pelajar dalam pelajaran matematik melalui strategi dan bahan pengajaran yang telah disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar sedemikian. Program ini membina pengetahuan dan kecekapan pelajar yang lemah itu dalam aspek nombor supaya asas yang mencukupi diperolehi untuk mengikuti pelajaran matematik seperti pelajar lain dalam tajuk-tajuk seterusnya. Di Tingkatan 1, bahan sokongan bertajuk Nombor Bulat, Pecahan dan Perpuluhan telah disediakan untuk digunakan oleh guru dan pelajar yang lemah dalam matematik dari sekolah rendah, mempunyai peluang untuk berjaya dalam pelajaran matematik di sekolah menengah justeru menambahkan bilangan pelajar yang berjaya dalam matematik di peringkat yang lebih tinggi.

c. PROTIM PROTIM merupakan singkatan bagi Program Kemahiran Mengira. PROTIM merupakan satu program yang dilaksanakan kepada murid yang belum menguasai kemahiran mengira di Tahun 4 dan Tahun 5. Ia dilaksanakan mulai Mac 2010 di semua sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas dua bulan murid berada di Tahun 4 dan Tahun 5, kesemua murid di sekolah rendah akan menduduki Ujian Diagnostik yang dipanggil Praujian PROTIM Tahun 4 dan Praujian PROTIM Tahun 5. Bagi murid yang tidak melepasi skema yang ditetapkan, murid tersebut mesti mengikuti kelas PROTIM yang akan dilaksanakan selepas pelaksanaan praujian dianalisis. Bagi yang melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut akan mengikut kelas seperti biasa. Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan modul. BPK menyediakan modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran asasuntuk diikuti oleh murid. Penilaian dijalankan diakhir setiap unit pembelajaran untuk menilaipencapaian murid. Aktiviti mengira yang dijalinkan dalam modul bertujuan meningkatkan minat murid terhadap matematik. Sekolah digalakkan mengadakan perkhemahanpemulihan M3 untuk meningkatkan motivasi murid yang terlibat. Matlamat program ini adalah untuk memastikan murid Tahun 4 dan Tahun 5 menguasai kemahiran asas mengira.Objektif program ini pula adalah; Mengenal nombor bulat hingga 10 000; Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000; Menguasai operasi tolak dalam lingkungan 10 000; Menguasai fakta asas darab; Menguasai fakta asas bahagi.

d. LINUSLINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening.LINUSmerupakan program intervensiyang dirangka untuk membolehkan muridmemperoleh asasliterasi (Bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah.LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiranmembaca, menulis dan mengira (3M).Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran. Kandungan skop kurikulum literasi bermula denganpengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumiaspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran.Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua muridTahap Isekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.Kumpulan sasaran ialah murid Tahap1yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasikecualimurid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.i. Persamaan dan perbezaan program pemulihan dan pemulihan khas

Program PemulihanPemulihan Khas

Guru ada asas latihan keguruan.Guru ada asas perguruan dan kursus khas.

Dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Dijalankan waktu tertentu.

Perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar.Hanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan.Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan.

Ujian bulanan atau penggal.Ujian pencapaian bagi setiap kemahiran.

Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik.Perlu ujian saringan dan diagnostik.

Tidak memerlukan rekod yang terperinci. Penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting.

Kekal dalam kelas.Murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran.

Pemulihan dilakukan secara umum.Pemulihan dilakukan secara khusus.

Murid tahap satu dan dua yang tidak menguasai kemahiran.Keutamaan murid tahap satu yang dicalonkan guru kelas.

Pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru.Perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah.

Bilangan murid tidak dihadkan.Bilangan murid maksimum 15 orang.

Jadual berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan.

Terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar.Perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah.

TAJUK 3 : KEMAHIRAN LITERASI3.1 Dua aspek kemahiran literasi.

Dua aspek kemahiran literasi ialah pramembaca dan membaca.

3.2 Konsep pramembaca dan konsep membaca.

Konsep pramembacaMenurut Husin Fateh Din et. al, (2011), konsep pramembaca merupakan kemampuan dan tahap kesediaan seseorang itu untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Tahap kemampuan dan kesediaan membaca ini melibatkan aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan sama ada pada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Aktiviti pramembaca dilaksanakan supaya kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran: Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran melihat, iaitu mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. Memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar, iaitu mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan bunyi-bunyi yang berbeza. Membantu kanak-kanak supaya dapat mencapai kemahiran untuk menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut semua huruf kecil dan huruf besar serta dapat membezakannya. Menguasai kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi kata yang bermakna. Boleh menyebut suku kata tertutup dan terbuka. Dapat memahirkan kanak-kanak mencerakinkan bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. Dapat menguasai kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan bentuk-bentuk yang berbeza. Memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran gerak motor dan laku tangan bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan.

Konsep membacaAtan Long (1978) mendefinisikan membaca sebagai proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Marohaini (1999) pula menyatakan bahawa proses membaca melibatkan beberapa susun tugas yang perlu dilakukan oleh pembaca, iaitu: Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. Mengaitkan lambang atau perkataan itu dengan bunyi atau makna. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang telah sedia ada di kepala. Mengumpulkan dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat hingga menjadi sebuah idea yang lengkap. Mencuba menghuraikan atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan, guru atau ibu bapa.

i. Aspek-aspek dalam pra membaca dan membacaa. Aspek dalam membaca Mengenal Huruf Pelbagai strategi dan pendekatan boleh digunakan bertujuan untuk mengenalkan murid-murid dengan abjad/huruf dalam fonem Melayu. Kreativiti guru akan mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam menyebut huruf tersebut. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bererti dan murid-murid akan merasa gembira ketika belajar (Husin Fateh Din et. al, 2012). Berdasarkan kaedah huruf, nama huruf vokal terlebih dahulu diperkenalkan, diikuti dengan huruf konsonan. Kemudian, murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf besar setelah mereka menguasai keseluruhan abjad dalam huruf kecil. Murid-murid akan diperkenalkan dengan nama huruf : vokal - a, e, i, o dan u a, b, c, ........... x, y, z (huruf kecil) diikuti A, B, C ............ X, Y, Z (huruf besar) Konsonan (selain huruf vokal)

Menyebut Huruf Menyebut huruf merujuk kepada proses membunyikan abjad a hingga z. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi memastikan penguasaan murid mengenal abjad. Seterusnya diperkenalkan huruf kecil dan huruf besar secara berperingkat-peringkat. Sebutan huruf-huruf vokal didahulukan daripada huruf konsonan. Begitu juga sebutan huruf kecil perlu diperkukuh sebelum diperkenalkan dengan huruf besar.

Mencantumkan Suku KataSuku kata boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan vokal dan konsonan yang mempunyai status unit yang boleh diduduki pada awal kata, tengah kata atau pada akhir kata. Proses mencantumkan suku kata ini juga dikenali sebagai binaan kata atau perkataan yang dicerakinkan. Contohnya: Suku kata pada awal kata huruf u ku + da Suku kata pada tengah kata huruf u be + lu + kar Suku kata pada akhir kata huruf u sem + bi + lu

Menyebut Perkataan Dua Suku KataMenyebut perkataan bermakna berdasarkan dua pola yang mempunyai dua suku kata. Contohnya: a a sa + ya a i da + ki a u ba + ju a o la + kon a e sa + te

Membatang Perkataan Dua Suku KataProses membatang suku kata dan membina perkataan merujuk kepada proses mengeja sambil membaca sesuatu suku kata yang seterusnya akan membentuk perkataan. Contohnya: Proses 1 membatang huruf b + i menjadi bi Proses 2 membatang huruf r + u menjadi ru Proses 3 membatang suku kata bi + ru menjadi bi + ru

b. Aspek dalam membaca Membaca Suku KataMembaca suku kata adalah kemahiran melafazkan suku kata yang diberi berdasarkan tahap kebolehan murid. Suku kata dinyatakan sama ada menerusi kad suku kata lembaran kerja, bahan bacaan dan teks mudah. Kemahiran membaca suku kata boleh diajar dengan menggunakan pendekatan cerakinan dan binaan.

Membaca Perkataan Dua Suku KataMembaca perkataan dua suku kata berdasarkan kad perkataan, lembaran kerja, dan bahan bacaan mudah. Contoh: Kad perkataan - buku Bahan bacaan mudah - Buku saya. Ini buku saya. Buku saya biru. Saya beli buku biru.

a. Mencantumkan Perkataan Dua Suku KataProses mencantumkan atau menggabungkan dua suku kata untuk membina satu perkataan. Contoh: bu + ku buku

b. Membina Frasa Mudah Dua Suku KataProses mencantumkan atau menggabungkan dua perkataan untuk membina frasa. buku + biru buku biru

c. Membina Ayat Mudah Dua Suku Kata Proses mencantumkan atau menggabungkan dua atau lebih perkataan atau frasa untuk membina ayat. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh:baru beli + buku biru Saya baru beli buku biru.

TAJUK 4 : STRATEGI DAN APLIKASI PENGAJARAN LITERASI4.1 Strategi pengajaran pramembaca dan membacaa. Strategi Pramembaca Menunjukkan Gambar Huruf Vokal dan Konsonan Dalam bahasa Melayu terdapat 26 huruf, iaitu 5 huruf vokal dan 21 huruf konsonan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, gambar huruf vokal dan konsonan boleh ditunjukkan kepada murid. Huruf-huruf ini boleh dibina dalam pelbagai bentuk dan saiz serta ditunjukkan dengan pelbagai cara untuk menarik perhatian murid. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah: Menunjukkan kad huruf kecil - huruf vokal satu persatu. Menunjukkan kad huruf kecil - huruf vokal mengikut urutan. Menunjukkan kad huruf kecil - huruf vokal secara tidak berurutan. Menunjukkan kad huruf besar - huruf vokal satu persatu. Menunjukkan kad huruf besar - huruf vokal mengikut urutan. Menunjukkan kad huruf besar - huruf vokal secara tidak berurutan. Menunjukkan dua bentuk huruf, iaitu huruf kecil dan besar secara bergilir-gilir. Menunjukkan kad huruf yang pelbagai bentuk. Menggunakan kad huruf dalam pelbagai permainan bahasa.

Menulis Huruf di udara atau di atas Pasir Sebelum murid menulis huruf yang sebenar dalam buku tulis, murid juga boleh melakukan aktiviti menulis huruf di udara atau di atas pasir. Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas atau di luar kelas. Aktiviti ini boleh dilakukan serentak dengan aktiviti lain seperti aktiviti menyebut huruf yang bermula dengan menyebut huruf vokal dan kemudiannya diikuti dengan huruf konsonan.

Menyebut Huruf Vokal dan Konsonan Aktiviti menyebut huruf vokal dan konsonan boleh dilakukan secara serentak dengan aktiviti lain. Contohnya, semasa kad huruf ditunjukkan kepada murid, pada masa yang sama murid akan menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru. Aktiviti menyebut huruf ini boleh dilakukan berulang kali atau secara latih tubi sama ada secara individu, kumpulan ataupun kelas. Aktiviti ini juga boleh dipelbagaikan cara pelaksanaannya mengikut kreativiti guru sendiri.

a. Strategi membacaAntara strategi membaca adalah; Menyebut perkataan berdasarkan gambar Mencantumkan perkataan berdasarkan gambar Membaca ayat mudah berdasarkan gambar Membaca ayat secara berirama

Dari segi pelaksanaannya, strategi membaca hampir sama dengan aktiviti pramembaca. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan melibatkan murid secara kumpulan dan kelas. Contoh aktviti yang boleh dilakukan ialah: Menunjukkan huruf vokal dan membunyikan huruf tersebut. Menunjukkan gambar yang bunyi suku katanya bermula dengan huruf yang dibunyikan. Murid membunyikan huruf dan perkataan berdasarkan gambar yang ditunjuk.

4.2 Prosedur dan langkah pengajaran pramembaca dan membaca.

a. Pramembaca

Menulis Huruf di udara atau di atas Pasir Memberikan arahan dan prosedur aktiviti kepada murid. Menyediakan atau memilih tempat yang sesuai untuk aktiviti. Menyediakan bahan seperti pasir yang mencukupi bagi setiap orang murid. Murid melakukan aktiviti yang diarahkan.

Menyebut Huruf Vokal dan Konsonan Antara langkah pengajaran yang boleh dilakukan ialah: Guru menunjukkan kad huruf. Guru menyebut huruf berkenaan dan minta murid mengikutnya. Murid menyebut huruf bergilir-gilir secara individu. Murid menyebut huruf berglir-gilir secara kumpulan. Murid menyebut huruf secara kelas.

4.3 Kaitan antara pengajaran pramembaca dan membacaAktiviti pramembaca dan aktiviti membaca yang dijelaskan di atas boleh dilakukan oleh guru dalam pengajaran dengan menggunakan beberapa kaedah. Kaedah yang biasa digunakan oleh guru ialah kaedah abjad, kaedah suku kata, kaedah pandang sebut, dan kaedah fonik.

Kaedah Abjad Kaedah abjad juga dikenali sebagai kaedah menamakan huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu. Huruf yang dimaksudkan ialah A, B, C, hingga Z sama ada huruf kecil ataupun huruf besar. Kaedah ni boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut: Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid. Guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di atas papan tulis. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad-kad di papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

Kaedah Suku Kata Kaedah ini berasaskan kepada penyebutan suku kata. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata yang lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata : Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV ibu ela Contoh V + VK air aib Kata tunggal tiga suku kata Contoh KV + V + KV biasa cuaca Contoh KV + V + KV kaedah

Kata tunggal empat suku kata Contoh KV + KV + KV + KV panorama

Kaedah Pandang Sebut Kaedah Pandang dan Sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Kata. Kaedah ini memerlukan beberapa bahan utama, iaitu kad huruf, kad suku kata, kad perkataan dan kad gambar. Kaedah ini boleh diajar dengan menggunakan tiga pendekatan, iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan, dan pendekatan gabungan.Langkah-langkah pengajaran yang boleh dilaksanakan ialah: Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembang kemahiran membaca. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.

4.4 Cadangan aktiviti pramembaca dan membaca yang sesuai dengan kebolehan murid.Pada tahap pra membaca, murid lebih didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam aktiviti pra membaca ialah pengamatan penglihatan, pendengaran, pergerakan mata dan tangan.

a. Aktiviti yang melibatkan pengamatan penglihatan adalah bertujuan membolehkan murid membezakan perkataan, huruf, nombor yang hampir sama manakala tujuan kedua untuk melatih murid mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf, nombor, corak dan sebagainya.

Aktiviti diskriminasi yang sama. Contohnya, membulatkan gambar yang sama, membulatkan bentuk yang sama. Aktiviti diskriminasi yang tidak sama seperti menandakan (x) pada jenis yang tidak sama dan membulatkan gambar yang ganjl.

Aktiviti yang terdapat dalam pengamatakn juga melibatkan seaik ingatkembali. Ia bertujuan melatih murid-murid supaya dapat mengingat kembali apa juga yang diamati. Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini. Antaranya;

Menggunakan himpunan bahan maujud yang ditutup dengan kain. Dalam aktiviti ini, guru meminta murid mengumpul bahan maujud sebanyak mungkin di atas meja. Sebaik-baiknya gunakan bahan maujud bersaiz kecil yang terdapat di persekitaran murid. Kemudian seorang murid dijemput untuk meneliti semua bahan berkenaan sebelum ditutup menggunakan kain atau kertas yang sukar dilihat. Guru meminta murid menyebutkan kembali bahan maujud yang dilihat dan tugas guru mencatatkan markah yang diperoleh. Untuk itu satu senarai semak dan skor pencapaian murid diperlukan untuk tujuan semakan.

Cara kedua menerusi kad imbasan. Guru perlu menunjukkan kepada murid kad imbasan yang mengandungi gambar pelbagai jenis bentuk geometri dengan saiz, warna dan rupa yang berbeza dalam tempoh yang singkat. Kemudian murid diminta menunjukkan kepada guru gambar yang sepadan dengan bentuk yang ada pada kad imbasan tadi. Ujilah dengan bilangan gangguan pengamatan yang sedikit dahulu kemudian berperingkat jumlahnya. Mereka bukan sahaja diuji dari segi rupa tetapi juga pengamatan dari segi warna dan saiz.

b. Diskriminasi pendengaran pula bertujuan melihat keupayaan murid-murid untuk mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang telah didengar. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru boleh menggunakan pita rakaman dan kad gambar sebagai bahan bantu mengajar. Contoh aktiviti diskriminasi yang sama adalah; Guru memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi kucing jantan, kucing betina dan anak kucing. Contoh Arahan: Padankan bunyi kucing ini Contoh aktiviti diskriminasi yang berbeza pula ialah guru meminta murid membunyikan haiwan yang ditunjukkan pada kad gambar yang diberi. Contoh arahan: Bunyikan semua haiwan berikut.

c. Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakan tangan secara kemas, berpandu dan bersistematik. Ada empat kemahiran yang ditekankan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan dan mata iaitu; Melakukan latihan pergerakan tangan. Menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa. Melakukan latihan pergerakan mata. Melakukan latihan kordinasi tangan dan mataTerdapat dua jenis aktiviti yang telah dikenal pasti dan sesuai untuk tujuan ini,iaitu menyambung titik dan aktiviti menyalin corak. Menyambung titikAktiviti ini dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan menggunakan pensel warna antara titik-titik pada gambar mengikut urutan abjad yang disediakan. Jika murid berjaya melukis garisan tersebut mengikut susunan yang betul, maka hasilnya akan terbentuk satu gambar atau objek yang sempurna binaannya. Tetapi jika murid gagal melaksanakannya, gambar atau objek tersebut akan cacat dan tidak menarik.Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara berperingkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan gambar yang mempunyai bilangan titik sedikit, kemudian gambar yang mempunyai titik sederhana banyak hinggalah peringkat yang sukar dan rumit. Melalui cara ini murid-murid berpeluang menikmati keseronokan serta cabaran membuat aktiviti di samping mengalami aktiviti yang pelbagai aras kesukarannya. Secara tidak langsung akan berlakulah latihan kordinasi tangan dan mata. Menyalin corakCorak merupakan susunan motif (idea rekaan) sama ada secara teratur,terancang atau secara bebas. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.Motof corak pula terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik.Aktiviti menyalin corak ialah murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka sama ada secara pandang-lihat kemudian lukis atau secara berpandu, iaitu menggunkan kaedah tekap dengan menggunakan kertas karbon atau kertas surih. Guru juga perlu menjalankan aktiviti ini secara peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan corak yang mudah kemudian diikuti corak yang sukar.Tujuan supaya murid-murid dapat melalui tahap kesukaran yang pelbagai. Pada waktu yang sama guru perlu membimbing kerja murid supaya proses menyalin corak berlaku dengan cermat dan kemas. Ini penting supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan bersistematik.

Pada tahap membaca pula, aktiviti yang sesuai dilaksanakan adalah;a. Aktiviti peringkat bacaan mekanis Bacaan intensif Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri-ciri tatabahasa. Aktiviti bacaan mekanis boleh dilakukan dengan; Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menarik minat ataupun bermakna kepada murid-murid. Seelok-eloknya bahan itu beraneka jenis, meliuputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Petikan tersebut diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka untuk membaca dan memahaminya.

Penyampaian kemahiran membaca.Untuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan sempurna, seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan aktiviti bacaan kepada muridnya. Di antara langkah-langkahnya; Mula mula bermain dengan bunyi bunyi, membezakan bunyi a daripada an dan mencari perkataan perkataan yang menerbitkan bunyi bunyi itu bunyi ba, bi, bu...dan sebagainya.Diajar dulu secara lisan. Kemudian kenalkan lambang lambang suku kata terbuka, didahului bunyi huruf saksi a, i, u, e ( bertanda ), e dan o kerana bunyi bunyi ini ialah bunyi bunyi dalam susunan bunyi bunyi Melayu: e kerana bunyinya lebih kerap berlaku dalam bahasa Melayu. Bunyi o diletakkan pada akhir susunan ini kerana tidak berapa berbeza dengan bunyi a . Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran yang dinamakan asas bacaan ( Lampiran II ) didahului daripada alatan membaca/mengajar sebelum membaca.

Menyambung lagi pelajaran suku kata terbuka yang belum dikenalkan khas bunyi nya , nga dan lain lagi bunyi yang berkait seperti main , naik, jauh, kuih, buah,buat.... Bunyi h seperti jahit, pahit dsan perkataan perkataan tiga kerat bunyi seperti belajar, binatang,perempuan, sekolah, Melayu.... daripada buku.dan sebagainya. Mempelajari nama nama huruf sert mengenal huruf besar.( Lampiran III ). Tujuan untuk mengajar mengeja. Kenalkan bunyi bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta bunyi bunyi berpandu dua.

Kita juga boleh menyediakan Big Book . Big Book adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK---------------------------------------------------------------------------------------LNP 2202WPENGAJARAN LITERASI DAN NUMERASI---------------------------------------------------------------------------------------DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH j-QAF (DPLI SR j-QAF)

MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)AMBILAN KHAS DISEMBER 2012(PENGAJIAN ISLAM: KUMPULAN 2)

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD HANIS BIN JUMALINO. IC: 880228065547NO. MATRIK: 2012022320058NAMA PENSYARAH:ENCIK ZAINAL BIN KASSAN